Urusan pengiklanan, sms 014-3233287 @ mel-e ibnuamir@yahoo.com, subjek: Iklan Karya Fansuri
Latest News

Muharam

Wednesday, December 08, 2010 , Posted by nota untuk Syiah at 9:17 PM

1 Safar 1432 H | 6 Januari (Khamis)
Bermimpi ke sebuah tempat, suara hati berkata ia di Temasek, aku rasa ia sebuah tempat terpinggir dan setinggan, berhampiran laut.

Ke Alliance Bank, minta kerani hitung berapa bayaran installment setiap bulan dengan usiaku kalau rumah lelong itu mencecah RM50,000.

"RM278 setiap bulan," kata Leon, seorang pegawai eksekutif Cina di situ. Lelaki itu agak muda dibanding aku. "Kalau bayar lebih, tahun pun akan kurang, interest pun kurang."

Apabila daku cakap bahawa loan itu untuk rumah lelong, seorang pegawai wanita Cina menyampuk, "Kalau rumah lelong, kami tidak terima daripada bank lain, hanya di Alliance sahaja yang kami terima."

Pulak dah! Kalau Bank Islam lain pula. Dia tidak mahu kita buat loan dengan dia kalau rumah itu dilelong atas nama dia. Inilah yang kulihat terbalik antara Bank Islam dan Alliance Bank.

Aku terima panggilan misteri hari ini. Kemudian, menjengah sms, "Saya wakil Cahaya Diriku dan Putra..."


Patutlah, malam tadi aku mimpi Temasek. Ada isyarat petanda rupa-rupanya. "... Saya kini berada di Kuala Lumpur..." sms pemanggil misteri itu dipetik. Huh! Sherlock Fansuri Holmes sedang keluar dari tubuhku!

#########################
29 Muharam | 5 Januari (Rabu)
Hujan lebat. Makan di Nasi Lemak Mak Wanjor, Kg Baru. Mujurlah ada kumpulan puisi Salasilah, Zurinah Hassan. Kuselak dan kusemak, lalu aku teringat mimpi yang lalu.

Puan ZH ada cakap, cari 'ubat' dengan formula (apa ntah), lalu hari yang sama, ketika ke PNM, aku terjumpa buku ini, mungkin inilah ubat penawarnya. Daku tertarik dengan sebaris ayat dalam buku itu kemudiannya aku titipkannya di FB lewat telefon bimbitku. Kemudian, Jenn kata, "Pergi klinik kalau breathless selalu."

Langsung aku berpuisi dalam FB, "Klinik tutup, tabib demo, rawatan mahal, UBAT dari Amerika, kita perlu dasar baharu lebih terbuka, dasar pandang ke Cuba, rawatan terbaik pendidikan percuma!"

Macam mana aku boleh terlintas menulis begini dan menyebut UBAT? Mungkin ada petunjuk baharu. Boleh jadi, kitab kumpulan puisi ini juga adalah lambang kepada penawar penyakit umat?

#########################

26 Muharam | 1 Januari (Sabtu)
Mula berforum di Pulau Pangkor. Paling menarik pembentangan Mana Sikana, Budi Darma dan Baha Zain. Di sini aku terfikir, mungkin nama Mana Sikana terbit daripada ayat Qur'an - "Wa arina Mana Sikana..."

Tengah berfesbuk, tiba-tiba hal catatanku menarik perhatian seorang penyair muda dari Singapura. Dia tidak senang dengan pendirian Budi Darma yang melihat Melayu Temasek sebagai kaum terpinggir. 

Debat bermula. Turut hadir bersama ialah Zulfikar Sharif yang kini menetap di Australia. Sangat menarik juga. Aku rasa dah tiba saatnya untuk aku promosi sebuah laman web yang mengumpulkan puak-puak ini daripada serata Nusantara. Moga Gusti Alloh mengabulkan setiap doa permintaan halus tulus daripada hamba-Nya.

Malam. Aku keluar merayau-rayau tanda bantahan kepada kehadiran Zambry Kadir, MB Perak di sini. Aku keluar tepi pantai, terjumpa sebuah batu besar, lalu aku letakkan batu asas penubuhan sekolah pemikiran merangkap kerajaan Melayu baharu di sini.

Tiba-tiba di sini aku dapat pencerahan baharu tentang sepotong hadis, "Apabila ada dua khalifah dibai'ah, maka bunuhlah yang kedua daripadanya."

Ertinya, revolusi dan pertumpahan darah itu sah dan halal dalam kes ini. Maka, jika revolusi itu sah, maka hal lompatan parti pada 16 September itu juga lebih bermaruah sebenarnya.

Yang tidak bermaruah ialah menculik songlap adun-adun lalu kedua-dua adun itu melompat parti dan jatuhlah sebuah negeri. Itulah keadaannya di Perak sekarang ini. Selesai pencerahan, aku keluar dari Sanggar Buana.

Selesai sidang media, aku merapati NY, aku lihat ada gambar amah Indon yang kononnya diperkosa seorang menteri. Apabila aku cuba buka, tak jumpa pula. Tuhan nak sekat aku ker untuk buat penyiasatan ini?

Keluar makan malam dengan Gopa dan Marsli N O. Aku beranikan diri bertanyakan soalan-soalan pelik dan berunsurkan mistik kepada Gopa sepanjang jalanan pergi dan balik. Banyak itu yang kutimba dan kudulang.

#########################

23 Muharam / 29 Disember (Rabu)
Ke Standard Chartered tapi pegawainya seperti sibuk dan tidak melayani aku dengan baik. Dia tidak cetak berapakah ansuran bulanan yang harus kubayar jika membuat 'loan rumah' dengannya untuk membina SPKB.

"Saya tidak ada pencetak," katanya. "Kalau RM100,000 harga rumah tu, ertinya RM445 sebulan dalam tempoh 30 tahun. Dan kami tidak tawarkan pinjaman bagi RM50,000 ke bawah."

Agak berat bank ni. Dia hanya memberi 60 peratus pinjaman daripada harga rumah itu. Urgh! Urgh! Urgh!

Ke Mydin membeli plug panjang bagi memudahkan aku menaip di ruang tamu SPKB. Juga membayar hutang kad kredit untuk adikku. Menaip cerpen hari ini dengan penuh ketenangan dan ilham mengalir dengann lancar.

Malam ini ada bahan tersiar lagi di Jalan Telawi-http://jalantelawi.com/2010/12/bagaimanakah-smm-bermula/

Dan, syukur tersiar juga cerita pendekku di-http://www.receiptstories.my/index.php?cd=read&story_id=917

####################

22 Muharam / 28 Disember (Rabu)
Ke Public Bank, meninjau 'loan rumah' / pejabat SPKB. RM202 sebulan kalau aku siap bayar insuaran sekali gus. Kalau tidak, RM216 termasuk insuran. Itu semua dalam tempoh 30 tahun. 

Selepas itu, aku bertemu seorang pegawai Cina di bahagian bawah. Barulah aku tahu sedikit sebanyak apa itu bon dan equity. Teringin lama dah nak beli bon di luar negeri. Fuh! Baru nampak macam kapitalis sikit.

####################

17 Muharam / 23 Disember (Khamis)

Adikku sudah beri duit aktif akaun. Sejak semalam mengirim bahan. Hari ini juga mengirim bahan buat TMJ. Kisah yang disampaikan Ny itu benar.

Iaitu tentang bahan-bahan sastera yang kuhantar sebelum ini belum masuk lagi. Belakangan ini, aku kritik Muru yang mahu menolak Interlok itu. Agaknya, itu yang tak masuk tu.

Petang ini, sudah aku sahkan dengan Yus. "Tulisan Afandi Hassan ke yang masuk?" Yus pun mengiyakan. Rupanya, banyak catatan yang belum masuk. "Oh, tak apa, malam ini saya semak balik mana-mana bahan yang tak masuk. Nanti kita masukkan semula."

Sebagai murabbi alam ini, aku mesti sentiasa tenang dan 'cool'. Fahami masalah ra'yat. Pagi ini, kutemui 1 urat uban di bahagian kanan kepalaku. Daku sudah tua. Daku perlu memikir keras, siapakah yang aku perlu lamar untuk meninggalkan zuriat di dunia. Ya, mimpi remajaku pudar. Uban di atas kepala, selangkah ke alam baqa.

Seorang isteri dari belahan dunia Mongolia, seorang isteri dari belahan dunia Parsi (Syiah) mesti dimut'ahkan, juga isteri dari belahan dunia Maghribi atau Turki, dan seorang isteri dari UAE atau Emiriah Arab Bersatu dari Arab Saudi (Wahabi). Hah! Cukuplah empat orang kan? Eh! Syiah cakap  boleh lebih daripada empat kan?

########################

16 Muharam / 22 Disember (Rabu)

Ke Public Bank Jalan Raja Laut tapi ditutup. Aku ke Hong Leong Bank pula, tetapi keraninya keluar. Namun ada pegawai yang lain datang kepadaku lalu dia berjanji bahawa pegawai bank yang menguruskan 'loan rumah' itu akan menghubungi aku nanti.

Di bengkel motor Chow Kitt, selesaikan hal raga motor; RM15. Lega rasanya, kalau tidak rasa janggal pabila tiada raga nak letak barang-barang ni. Tiba-tiba, Ny call lalu mengutukku bertubi-tubi.

Selepas tamat berhujah balas, dan aku memberi kemenangan percuma (maklumlah...aku sukar ditumbangkan) kepadanya, maka barulah dia lega dan tenang selepas melepaskan dendam, he... he...

Semua isu keluar, Jabariahlah, Qadariyahlah. Tapi, aku tetap 'cool'. Akhirnya, barulah aku tahu tujuannya itu..

Bincang DKN di DOM
Lalu, dia pun berkata, "Januari depan, kami jemput kau jadi panelis, bahas Dasar Kebudayaan Negara (DKN) untuk Dialog Orang Muda (DOM)."

Aku ingat nak sentuh kebudayaan Syiah, Wahabi di Malaysia, peranan sasterawan membina budaya baharu. Buku yang memuatkan surat J J Kusni kepada anak muda Nahdhatul Ulamak mungkin sesuai.

Mungkin akan hebahkan 13 Rukun Perubahan Budaya Baharu termasuk Dasar Baharu Kebudayaan Melayu (DBKB). Tengoklah macam mana nanti. Kita hanya merancang, Tuhan yang menentukan. 

Tapi, yang lebih penting bagiku ialah, pertanyaan Ny berhubung kenapa tulisanku sudah tak ada di Harakah? Katanya, telah dua kali dah.. Aku jawab, aku hantar macam biasa. Kadangkala keputusan ini datang entah di mana-mana. Ada kerajaan dalam kerajaan, dan "...ada negara dalam negara..." bak kata Bung Pram.

Pramoedya Ananta Toer berkata demikian ketika mengenangkan dirinya ditangkap Angkatan Darat di bawah pemerintahan Sukarno. Bukan Sukarno yang melakukan tetapi Angkatan Darat. Suharto cuma memanfaatkan sahaja situasi 'ada negara dalam negara' itu. Begitu kata Pramoedya. 

Aku fikir, kita mesti sedar hal kedudukan 'negara dalam negara' ini. Berapa ramai CIA dalam negara? Rakyat mesti diberitahu. Umat mesti disedarkan. Umat bagaikan seekor naga yang sedang hampir jaga daripada tidur lena yang panjang! Penulis hari ini adalah 'ulamak' silam yang memikul tugas membanting kebenaran.

Hantar tv dan adab-adab aktivis SPKB dengan umat
Hantar tv di bawah Flat PKNS Kg Baru. Kali ini orang lain pula yang sambutku dengan baik. Daku tidak lagi disambut secara acuh tidak acuh. Rupanya, Surah Abasa itu sangat penting.

Hendaklah menemui orang dengan (1) berdepan dan (2) bermanis muka. Jangan kita (1) membelakangi muka kita di hadapan lawan bercakap dan (2) bermasam muka, menjawab acuh tidak acuh kepada orang.

"Berapa agak-agaknya saya nak kena bayar?" aku bertanya untuk menghitung budget duit. Orang kedua ini agak bagus dan dia jawab pertanyaan itu, walaupun mungkin tersalah. "RM90 lebih kurang."

Pengajaran buat diriku sendiri. Cuba jawab permasalahan umat dan jangan cakap tidak tahu, acuh tidak acuh dengan pertanyaan orang lain. Cuba berikhtiar menyediakan jawapan sebaik dan mesti beritahu ...

Bahawa (1) jawapan ini tak semestinya betul; (2) kalau silap, nanti saya cuba ikhtiar untuk mendapat jawapan yang terbaik. (3) wallahu 'alam... inilah jawapan saya, mungkin tuan boleh tanya orang lain untuk membatalkan pandangan ini. Maka, sayugia diperingatkan bahawa di atas prinsip inilah SPKB menta'dibkan umatnya.

Nama tuan punya kedai ini Muaz, seorang tukang kunci, dan cara beliau menyambut tetamu ini patut dijadikan sempadan. Dia bukan tukang pomen perbaiki tv. Tapi, aku rasa aku sanggup tunggu walaupun lama.

"Kena tunggu sikit ya bang," katanya. "Sebab, orang yang perbaiki tv ni balik kampung." 

Kimi jumpa tok guru di Gunung Jerai
Petang ini sebelum aku hantar tv ke bengkel, Kimi hantar sms multimedia. Ada gambar dia dengan tok guru di Hotel Regency, Puncak Gunung Jerai. Aku sentiasa rasa dia ada simpan sesuatu dan dia pula bukan cerita hal mistik ini banyak sangat. Seorang yang 'koro' ketika di Maktab Mahmud. {Sama macam aku juga... ;) }

Tapi, tiada siapa yang tahu, apakah yang berlaku kepada seseorang itu apabila tiba masa depannya. Terakhir aku lihat catatan Kimi di FB, dia amat berminat dengan hadis mengenai Imam Mahdi dan kumpulan berkuda.

Aku agak sebab inilah dia tegur aku bila aku catatkan dalam statusku di Facebook; "Untuk atasi petrol yang sedang meningkat ini, maka hendaklah kita semua pakat membela kuda pada masa depan."

Idea ini memang lawak, tapi disambut dengan serius oleh Kimi. Dia kata ada baka 10 ekor kuda yang selamat dalam Perang Badar dan keturunan kuda-kuda yang disentuh oleh Rasulullah ini hidup sampai hari ini.

"Seekor RM30,000 harga kuda tu," katanya lagi. Aku pun tak paham. Tuhan beri Kimi ilmu lain. Yang aku terima ini berbeza pula. Aku banyak menulis, mengarang dan bertindak mengikut gerak hati dan mimpi. Pabila ada gesaan agar gadis Maghribi dinikahi orang-orang kita, aku melihat sebuah perkampungan Melayu Raya di masa depan. Perkampungan ini menjalankan dua ekonomi utama; menternak kuda dan menanam padi huma!

Aku akan terus menulis, mengarang dan mencatat walaupun ada orang kata aku gila. Ah! Daku peduli hapa!? Lagi tak diusung ke Tampoi, Hospital Bahagia Tanjung Rambutan, aku terus buat kerja-kerja aku.

Said Nursi pernah dikirim ke wad gila. Doktor pun kata, "Jika Said Nursi ini gila, nescaya dunia ini sudah dihuni oleh orang-orang gila juga." Ini bermaksud, Said Nursi masih waras sebagai rang-orang di luar.

Mungkin suatu masa nanti, teka-teki puzzle ni akan bersambung dan bersanad kepada orang-orang yang akan punya keahlian dalam memimpin. Aku rasa mereka yang punya kesedaran kalani, ibarat Pendeta Buhaira kala Nabi Muhammad s.a.w masih anak kecil dan Pendeta Waraqah Naufal (paman Khadijah) saat mengesahkan kerasulan Nabi Muhammad s.a.w ketika baginda sudah dewasa.

Entahlah kenapa, aku rasa Imam Mahdi pun mungkin tidak tahu dan tidak sedar bahawa dia itu Imam Mahdi, sehinggalah dengan tiba-tiba, ada orang lain (seperti Buhaira dan Waraqah) yang mengenalinya.

Dia sebenarnya pemuda biasa dan mungkin juga tidak tertonjol seperti tuan-tuan guru kerana mungkin musuh kini akan sedang mengintai keperibadian tok-tok guru yang berserban dan berjubah.

Wah! Ini hari Rabu, sepatutnya hari menonton movie! Tapi aku sudah kesuntukan masa. Rumusan, jangan lagi keluarkan duit untuk tonton filem. Memadailah dengan apa-apa yang ada. Aku bukannya tiada tiket percuma!

#################################

15 Muharam / 21 Disember (Selasa)
Petang ini keluar ke EON Bank Jalan Raja Laut. Nama pegawai cantik itu N tapi dia masih baharu dan masih juga bergantung belajar daripada Mr Tan berhubung 'loan rumah'. Aku terjatuh cinta untuk kali ke-3,276!

Aku hantar buku di PNM, 'renew' Mana Sikana, pinjam buku puisi Salasilah Zurinah Hassan dan bahan esei, cerpen Keris Mas. Di KLCC, bayar bil Digi, tapi itu pun masih belum memadai. Aku bayar RM100 dulu. 

{Ahah! Aku baru teringat sehari dua ini termimpi pesanan Zurinah Hassan. Agaknya buku tu kot yang dia suruh aku baca? Mungkin aku boleh susun buku baru bersandarkan puisi-puisinya ini?}

"Saya boleh buka balik 'line' yang kena 'bar' tu," kata sang kerani. "Tapi, nanti Digi akan 'bar' balik."

Malam. Ke Berjaya Times Square, aras 10, tonton Gulliver's Travel, versi 3D. Aku perlukan sebuah rumah di tepi laut untuk membina kapal aku sendiri. Tiba-tiba, aku teringatkan Basit, junior aku di USM yang jadi cikgu kat kawasan Pantai Morib. 

Atau, aku mungkin boleh buat 'loan rumah' untuk buat pejabat SPKB kat mana-mana rumah di tepi laut. Aku kan berlayar ke Turki, Parsi menemui pimpinan OIC guna menyatukan Syiah dan Wahabi.

Ada orang kata sulit nak satukan Syiah dan Wahabi. Sunni dan Syiah jauh lebih mudah nak didamaikan. Aku fikir, kalau dah senang, berilah urusan 'mudah' nak satukan Sunni - Syiah itu kepada orang lain.

Aku nak buat benda-benda yang sulit. Kiranya, kes 'Mission Impossible' lar ni. Kalau senang, bagi tugasan tu kat orang lain. SPKB hanya berminat dengan kes 'Mission Impossible' sahaja.

Berjaya atau tidak, itu terserah kepada Allah s.w.t. Kita cuma diminta berusaha. Kalau gagal sekali pun, Allah akan bagi pahala bukan? Tuhan bukan suruh kita bekerja sampai pastikan menang, baru boleh dapat pahala!

##############################

14 Muharam / 20 Disember (Isnin)
Selesai hantar bahan, malam ini aku pergi kedai elektrik, buat tinjauan televisyen murah untuk gantikan tv yang lama. Sejak mendengar Klasik Nasional ini, aku terfikir juga nak hantar ucapan buat Najib Razak, Muhyiddin Yassin. Ish, deejay radio tu nak baca tak? Aku terfikir nak jadi deejay, buat stesen radio SPKB nanti.

Malam. Oleh kerana aku perlu meninjau banyak maklumat, maku aku perlu dua buah tv. Tv yang terbakar ni, aku pergi hantar untuk perbaiki juga, tapi tv baharu mesti dibeli juga.

"Kami akan bawa tv rosak tu ke kilang," kata minah yang kerja di kedai elektrik di Chow Kitt tu. "Harga berapa, kami tak tahu, bila nak siap pun kami tak tahu. Semuanya bergantung kepada kilang."

###############################

13 Muharam / 19 Disember (Ahad)
Sah! TV rusak. Pabila kupasang tadi, berasap! Kucuba tv internet pula. Rupanya banyak talian TV2 Stream internet tidak boleh dibuka. Aku jadi kesepian malam ini. Harus kubawa tv ini bengkel.

{Aku fikir, jika aku boleh bina blog yang menawarkan tayangan filem percuma atau tv internet percuma, blog itu tentu dikunjungi dan daripada sini bolehlah kita kutip duit. Ia mestilah bersifat merentasi antarabangsa, dan bukan hanya terhad kepada tv stream Malaysia saja. Anak didik, anak asuhanku Mark Zuckerberg dah pun buat Facebook, hal ini tentulah tidak mustahil bagiku.}

Duit lagi. Lagi-lagi duit... Selesai bab motor, tv pula yang rusak. Urgh! Rusak programku. Kini, aku terpaksa beralih kepada radio. Betapa pentingnya maklumat hari ini. Radio mestilah dipasang sentiasa untuk aku dapat mencerap cerita dan berita daripada semua pihak.

Petang ini tak boleh tonton filem klasik, ini malam tiada dapat berfoya-foya di TV2 dan cerita hantu seram di TV9 jam 10 malam. Urgh! Urgh! Oke, masa untuk menghantar tv ke bengkel sekarang! Sekali lagi... Urgh!

Malam. Aku ke kedai di bawah Flat PKNS Kg Baru yang boleh perbaiki tv rosak itu. Tapi, layanan tidaklah memuaskan. Hidup segan mati tidak mahu. Orang yang memperbaiki tv rosak itu tidak ada di kedai.

"Dia tengah cuti," kata tuan punya kedai. Aku tanya, bila dia balik. "Tak tahu bila dia balik," jawabnya lagi, acuh tidak acuh. Aku fikir nak hantar jer kat orang Cina, servis lagi baik kot. Ini pun suatu isu juga.

Telinga lintahku jadi radar, berputar-putar mengutip bualan orang Umno yang beri peluang buat Cina untuk meniaga. "Nak buat cam mana? Bagi projek kat Melayu, depa hampeh, bagi kat Cina, kerja jalan."

TG Nik Aziz dulu pun pernah diasak Umno mengenai hal yang sama. Umno tanya, sebab apa dia bagi projek kat orang Cina. Jadi, jawab Nik Aziz, sebab Cina ni buat kerja betul. Bagi kerja dekat orang Melayu, teruk.

Daku ni nak bantu Melayu meniaga dan sikap ini bukan rasis. Bantu bangsa sendiri amalan mulia serta dituntut agama. Bila aku tanya kat dia, mana lagi kedai Melayu yang boleh perbaiki radio, dia jawab tak tahu. Ceh!

Semoga Allah selamatkan diri ini dan keturunanku dan orang yang bersamaku agar tidak terjebak dalam sikap begini. Aku teringat cerita Ny tentang gedung buku milik Cina di Bangi, sedangkan kawasan itu Melayu ramai.

Dan, semoga pada masa-masa akan datang, orang-orang aku akan dapat memecahkan monopoli perusahaan perbukuan, permotoran, pertelevisyenan, perkomputeran dan lain-lain. Aku perlu jua buat pautan fakulti baru untuk hebahkan permasalahan ini. Semoga dipermudahkan oleh Allah s.w.t. Ameen...

##########################

12 Muharam / 18 Disember (Sabtu)
Mimpi mengenai 'Zurinah Hassan' bagi tugasan kepadaku mengenai formula sejenis 'ubat?' Ada sejenis ubat yang aku perlu kaji. Ini petanda baharu...

Aku agak, sekarang waktunya untuk menolak ubat-ubatan Barat, lalu kita kena guna ubat-ubat herba kita sendiri. Siswa perubatan kita mesti dilatih dua cabang ilmu rawatan; Barat dan alternatif. Hurm... pagi ini, kubatalkan hajatku ke Dom. Pastinya Ny tentu dok tertunggu-tunggu aku.

Baru ambil motor petang ini di bengkel. Brader tu cakap RM280. Tolak RM50 deposit, tinggal RM230 yang mesti aku bayar. Depa tolak motor aku ke Sentul untuk diperbaiki. Nampaknya perusahaan perbaiki motor ini masih dimonopoli oleh bangsa Cina. Bagaimana mahu pecahkan monopoli ini?

Di bengkel itu, seorang pakcik tiba-tiba hatinya digerakkan Tuhan untuk bercerita hal masalah perceraiannya. Dia tak puas hati kerana tidak dapat membantah keputusan Hakim. Kes beliau pernah dibicarakan di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Terengganu.

Sebagai Khalifah, Godfather dan makhluk Sosialis Syiah-Sunni, aku tak boleh lari daripada mendengar segala bentuk permasalahan umat dan derita rakyat yang kian rencam menggugat dunia!

Alahai, televisyen aku rosak, terbakar pulak dah! Urgh! Eh, malam ini baru aku perasan, Bakaq Haq a.k.a Penarek Beca antara yang hadir dalam Hauzah Syiah di Taman Sri Gombak itu. Urgh!

Asal-usul aku berkenalan dengan 'Fiqh' Solat Jamak

Ya... Bakaq Haq inilah yang minta aku semak Fiqh Sunnah Syed Sabiq setelah aku terkeliru dengan jawapan Faisal Tehrani bahawa ada solat jamak walaupun tidak bermusafir. Aku temu bual Faisal untuk Siasah selepas dia menang banyak anugerah tahun 2007 dulu.

"Hang baca Fiqh Sunnah Syed Sabiq," kata Penarek Becha kepadaku dahulu. "Aku amal solat jamak ni sejak aku menganut Ahli Sunnah Wal Jama'ah lagi."

Masa tu, kebetulan aku menang hadiah puisi Balada Burhan di Kota Raya. Memang aku terkejut dengan fiqh solat jamak yang Faisal cakap kepadaaku. Restoren Haslam adalah saksi bisu ke atas temu bual itu.

##################################

11 Muharam / 17 Disember (Jumaat)
Mimpi tentang laut. Aku rasa Pulau Pangkor kot? Selepas hantar bahan ke Taufek, aku pergi ke EON untuk berurusan mengenai loan rumah demi mendapatkan sebuah pejabat SPKB yang baharu.

Di Restoren Hamid, dekat EON, aku terima sms LI, "Ada bi Norziati?" Aku tak faham maksudnya, tapi, aku tak juga membalasnya. Segelas teh tarik dan satu set roti bakar mengisi perutku saat hujan lebat menggila.

Hujan lebat, aku gagal sempurnakan tugasku untuk bertemu 'banker' di EON Bank. Urgh! Malam ini, aku pi tengok bengkel motor. Rupanya, depa tutup sebelah malam. Sampai petang sahaja kot depa beroperasi?

Petang. Ke Maybank TAR mendapatkan penjelasan tentang loan rumah untuk pejabat SPKB. Hujan lebat, rintik. Aku lewati Jalan Raja Bot. Ada 'shooting' di situ. Filem apa entah? Pengarah Ahmad Idham pun ada.

Adik Zizie Izzeity, bini Bung Mokhtar Radin pun ada. Aku agak, dia jadi hero kot? Dalam jalanan pulang, aku singgah ke sebuah kedai menjual alat-alat mistik Melayu. Oleh sebab hujan lebat, aku cari tempat berteduh.

Telinga lintahku bagaikan radar satelit CIA, KGB dan Bukit Aman menangkap isyarat bualan seorang brader yang nak tarik duit dengan menggunakan Buluh Tumpat di Taman Tunku Jaafar Seremban.

Petang ini di SPKB, ketika bersantaian dengan bebahan yang kutaip, maka Ny call, "Kau terselamat ker?"

"Terselamat apa?" kubalas balik. Suka betul bertanyakan hal yang tak jelas. Suka berangan jadi penyiasat.

"Aku ingat kau kena tangkap kat Hauzah Syiah di Taman Sri Gombak tu..." katanya lagi. Kah! Kah! Kah! "Dalam laporan, antara amalan mereka (Syiah) ialah solat jamak walaupun tidak bermusafir."

Ish kang tak pepasal depa kata aku Syiah. Walhal aku ASWJ jua adanya. Bukan kuikut sebab Nikah Mutah. {Errr... kalau iya pun, errr... apalah masalahnya kan? Kalau hati dah sama-sama suka.. ahaks!}

##################################

10 Muharam / 16 Disember (Khamis)
Bermimpi mengenai dua buah masjid; Johor dan Singapura. Padahal, kedudukan masjid itu sangat dekat. Lalu aku simpulkan, ia mungkin Masjid dekat Makam Habib Noh (Singapura) yang dekat Masjid Teluk Belanga.

Tapi, masjid Johor itu imamnya kawan aku, siap boleh berehat lagi. Aku teringat SK cakap bahawa di masjid itu memang ada tempat untuk istirehat. Tapi, kenapa jemaahnya tidak mahu bergerak ke depan saf?

Mereka tidak angkat takbir. Saf belakang ada anak-anak muda. Bila aku mara ke depan, rupa-rupanya dah masuk ke rakaat kedua. Entah kenapa aku rasa itu solat Jumaat?

Di belakangnya ada tasik? Sungai. Rakan imam ajak aku memancing. Kami dapat ikan putih, besar tapi tidak menggelepar. Wah! Apa ma'nanya mimpiku ini. Jarak antara kedua-dua masjid agak rapat di sebuah simpang empat. Aku kena breathless lagi gamaknya ke Temasek kalau begini.

Malam ini, aku keluar tengok motor lagi di bengkel. Rupanya, bengkel tutup sebelah malam. Ceist! Akhirnya, selesai sudah kuhantar bahan ke Jalan Pahang Barat. Seminar Pengislaman Ilmu di Puri Pujangga, UKM gagal kuhadiri lantaran sibuk dengan tugasan penulisan dan motor aku yang 'demam' di musim hujan.

Malam ini, tersiar berita sekumpulan ajaran sesat diserbu. Pabila kuamati dan cermati, rerupanya puak Syiah. Aduhai! Sampai hati depa dituduh sesat. Dr Mahmood Zuhdi masa aku temu bual dia dulu untuk Siasah, dia sendiri cakap mazhab itu bukannya sesat. Tapi, Jakim terpaksa buat perisytiharan itu untuk satukan semua.

##################################

9 Muharam / 15 Disember (Rabu)
Ke KLCC TGV, menonton Hantu Kak Limah Balik Rumah. Aku ambil kesempatan ke RHB KLCC. Jatuh cinta kali ke-4,532. Namanya (biarlah rahsia...) kutujukan lagu Cinta Untuk Nabila kepadanya...

Di situ, aku dapat penerangan mengenai jumlah loan yang boleh aku dapat untuk menubuhkan pejabat SPKB. Di sini, aku dapat juga nombor kontek pegawai bank CIMB untuk buat loan juga.

Di Kinokuniya, terserempak dengan Razak, pensyarah Wailalak University, Nakhon Si Thammarat. Prof Ungku Aziz pula berdiri di sebelahku sambil membelek-belek buku di rak poetry saat aku belek Gay Haiku.

Mr Razak kata, kunjungannya ke sini kerana ada seminar di UKM. Seminar apa entah? Tiadalah kuperiksa.

##################################

8 Muharam / 14 Disember (Selasa)
Semalam tolak motor, pagi ini bawak motor ke bengkel, daku perhatikan lampu neon di jalanan Kg Baru terpasang percuma hingga tengah hari.

"Dah rosak pistonnya," kata sang brader di bengkel tu, "Lebih kurang RM200 lebih jugalah kalau nak buka balik semua ni." Dia mintak deposit RM50. Ya, tinggal lagi RM150 lebih jugalah yang aku nak kena bayar lagi ni. Aduh! Banyak betul duit keluar tidak pasal-pasal.

Rasa kena cari kerja tetap daa... sampai bila nak tujah langit sendirian melawan awan kekuasaan kapitalis!?

Selepas makan tengah hari, aku masukkan nota dinding di FB, bahawa membiarkan lampu terbuka siang hari ini adalah pembaziran. Juga, aku bawa fikiran kepada kaum ibu, betapa perlunya mereka bersungguh-sungguh mengadakan konvensyen untuk susun resolusi bagi mengatasi gejala buang anak ini.

Bertanyakan hal 'loan' rumah
Pergi ke Maybank Chow Kitt, membuat pertemuan dengan pegawai untuk buat 'loan' rumah. Dengan rumah lelong, mungkin aku boleh bayar RM294 setiap bulan. Aku tertarik dengan rumah di Damansara Damai.

"Dalam tempoh 26 tahun," kata Fadzli, pegawai Maybank itu, "dengan loan rumah sebanyak RM45,000 untuk rumah tu. Dalam tempoh 3 tahun, awak tak boleh jual, lepas 3 tahun baru boleh jual."

###########################

7 Muharam / 13 Disember (Isnin)
Gagal menyiapkan bahan, itu bererti hidup terkurung di SPKB. Motor itu masih jua sakit. Setelah siap bahan itu aku kena hantar motor ke bengkel.

Seminar di IAIS tu aku tidak jadi pergi. Ruginya diri ini! Oh ho! Oh ho! Alangkah kesalnya kerana hidup diburu waktu dan diri ini masih terbuai leka!

Antara lagu-lagu yang berhasil melaghokan diri ini adalah Ria Amelia, Susi dan Haleeda...






#########################

6 Muharam / 12 Disember (Ahad)
Abah call, menyatakan bahawa dia sudah sampai. Dia tidak turun Sungai Petani, sebab Imran rupa-rupanya ada di Perik, rumah mertuanya. Abang ipar dia, (abang Pah, isterinya) meninggal dunia tempoh hari.

Jadi, abah dan mak turun ke Alur Setar, Kaktie yang ambik. Rupa-rupanya, dari Sungai Petani ke Alur Setar, tak kena apa-apa bayaran pun, sama macam aku hari tu, dari Seremban ke KL Sentral tak kena bayar!

Aku ceritakan kisahku balik dari Singapore, kemudian dari Johor Bahru, naik keretapi turun ke Seremban. Di atas bas, baru teringat nak ubah tiket balik KL Sentral. Kaunter masa tu dah tutup. Penjaga kaunter tu cakap, boleh berurusan dengan pengawal keretapi tu untuk bayar duit.

Aku cerita kat abah, aku tunggu nak bayar, tap pengawal tu cakap, tunggu sampai Segamat. Akhirnya, aku pun terlelap sampai ke Kajang, (terlepas dah Seremban) dan tak bayar sampai KL Sentral.

"KL ke Seremban memang free, tak payah bayar..." kata abah sambil menceritakan pengalamannya, lalu dia bercerita halnya turun ke Seremban menziarahi sepupuku Norizan yang kecelakaan jalan raya itu.

Oh! Macam tu rupanya. Mulanya, aku ikut rasa hati saja nak turun ke Seremban masa di JB malam tu. Begitu kisah seorang aku yang bergerak mengikut kata hati dan rasa di jiwa.

Petang. Aqil chat, dia bertanya apakah aku akan hadir di Puri Pujangga UKM esok? Dengan selamba penuh keyakinan, aku jawab ya, walhal motor masih belum kuperbaiki. Terlupa pulak dah! Dia kini di Iran, bermula November lalu, kalau aku tak silap.

"Mac ni habislah study di Iran tu," katanya. Aku rasa, dia buat kajian mengenai Ali Shari'ati. Aku agaklah.

Pauline bebaru ini pernah rawikan kematian ayahnya di Facebook. Tiba-tiba, aku teringat Cik Pyan bercakap mengenai seorang ahli parti politik Menglembu yang mengajarnya dalam kelas bahasa Inggeris di Karangkraf.

Jadi, barulah aku perasan, apabila Pauline mengesahkan bahawa ayahnya pernah mengajar bahasa Inggeris di Karangkraf itu. Ya, insan yang sama rerupanya. Dan kita akan lebih kenal seseorang itu selepas kematiannya!

Malam. Alo call, katanya, sejak dia kena 'mild-stroke' ini, sudah banyak kehidupannya kena disesuaikan dengan situasi beliau yang semakin sarat lemah itu. Daripada bualan ringkas Isyak tadi... aku merumuskan...

Bahawa perlu ditulis kembali kedudukan dirinya dalam bahagian tertentu / macam mana keadaan dia ketika kehilangan puterinya /// kedudukannya dengan kebebasan akhbar // kedudukannya dengan kegiatan pelajar /// selebihnya kubuat sendiri kedudukannya sebagai ketua editor yang berdepan dengan karenah pimpinan parti. 

"Ana nak tulis tentang anak enta pun ana tak kenal dia sangat," kataku. Tapi, akhirnya dia menjawab.

"Tak pa, tulis bagaimana enta lihat keadaan ana semasa dalam tempoh Syafiqah meninggal dunia."
##############################

5 Muharam / 11 Disember (Sabtu)

Abah call. Depa dah ada kat rumah Masyi. Petang ini mereka mahu pergi ke Seremban, melawat sepupu aku, anak arwah Pak Anjang Omar yang ditimpa kecelakaan jalan raya. Cedera di kaki khabarnya.

Seharian ini aku berazam nak buat 5 bahan untuk Harakah. Kemudian cerpen. Huh! Ganbatte! Moga berjaya ya Fansuri. Tapi, bagaikan kebiasaannya, aku terleka dibuai arus deras tsunami Facebook jua adanya. Urgh!

#############################


4 Muharam / 10 Disember (Jumaat)
Mengarang bahan, petang, keluar menapak ke Jalan Pahang Barat. Tiba pejabat akhirnya aku mendapat cek walau terpaksa bergelut dengan pelbagai cabaran. Aku tahu Cik Pyan di Harakah aras 3 dengan Yus. Kata si Yus, nanti dia kerja 'shift' pagi. Jadi, mungkin boleh ronggeng dengan Cik Pyan sebelah malam.

"Ada budak Harakah Daily dulu dia TV Pas nak mogok sendirian kalau orang Siasah masuk Harakah Daily," kata Yus. "Kak Zack sudah datang balik 'sakit' lama dia."

Huh! Bertindan-tindan masalah. Boleh buat novel pergolakan politik antara wartawan ni. Sesudah itu aku pun menapak ke Dang Wangi, kerana motor aku tidak sihat. Aku bank-in cek, kemudian cari nasi lemak. 

"Nasi lemak habis dik," kata kakak itu. Aku menapak balik dalam keadaan hampa. Dalam kehampaan itu, aku menemui sebuah gerai di bawah pokok rendang di hujung, dekat bucu Jalan Raja Abdullah Off Jalan Yap Ah Shak. Di situ aku pekena teh tarik dan sebungkus nasi lemak sambil menonton Pirates of Carribbean. 

Resolusi Perairan Lautan Champa
Aku terus teringat kapal MANN 3031 yang terlantar di pantai Pattani. Kononnya ia dari Singapura. Maka, aku berangan menjadi kapten Jack Sparrow. Resolusi itu telah aku kembangkan dalam FB.

Pertama, PBB perlu ubah nama Laut China Selatan kepada Laut Champa. Kedua, kapal bahtera MANN itu perlu diambil untuk berlayar bagi membuka negara-negara Melayu baharu. Dan lain-lain yang aku tak ingat.

Aku terfikir juga tuduhan Barat yang menyatakan raja-raja Melayu ini asalnya lanun. Sebenarnya ada tiga saja yang aku nampak pada diri pelaut dan pelayar Melayu ini; (1) Pedagang, saudagar; (2) mubaligh, pendakwah; (3) lanun, raja laut. Maka, dalam Barat, pelaut itu semestinya lanun. Vikings adalah contoh lanun.

Huh! Depa dok buat tafsiran ini semua menurut kaca mata pelaut Barat. Memanglah pelaut Barat tu lanun saja sebab Vikings tu bukannya pedagang dan pendakwah Kristian, tapi lanun jua adanya.

############################

3 Muharam / 9 Disember (Khamis)
Yusdar call, dia ada di kedai besi buruk. Barangkali dia sedang meneliti suratkhabar lama di situ. Kemudian, dia terpandang sajakku yang tersiar di Mingguan Malaysia.

"Ali, sajak Ali tersiar di Mingguan Malaysia, tajuknya keikhlasan," katanya tadi. "Ali ada pergi ke Singapura ke baru-baru ini?"

Syahadan, hatta, arakian, maka inilah puisinya...

KEIKHLASAN

Keikhlasan tidak akan ditulis
kerana ia rahsia batin antara
manusia dengan Tuhan-Nya.

Keikhlasan itu sungguh suci
juga halus dan kudus sekali
sehingga tangan malaikat pun
tidak sanggup mencatatnya.

H FANSURI
Sekolah Pemikiran Tg Pagar (Sepat)
Singapura.

Malam. Aku sedar motor ketika mahu keluar makan. Susah hati aku jikalau rosak enjin sekali lagi. Ya Allah, moga motorkubaik-baik saja. Walau cek dah tiba, (kata Khairul Harakah), tapi apa ertinya jika motor rosak.

Tengah makan, Kimi call."Aku kat PJ la ni, dekat Hotel Hilton," katanya. Malangnya, motor rosak. Kalau tidak, mungkin aku boleh 'pederaih' pi PJ dengan motor. Boleh sembang panjang hal-hal perjuangan SPKB.

###########################

2 Muharam / 8 Disember (Rabu)
Mak call, tapi hp tertutup. Selepas malamnya, baru aku buka. Lalu, terlihat sms mak, "Mak dan abah nak mai KL ni, nak hantar Masyi. Kaktie kata Ali pi Singapore, betul ka?" Erk!

Aku terima berita bahawa budak-budak UM, mahu solat hajat da tidur di surau Kerinchi. Hajat di hati, nak la pergi ke sana. Tapi, bebanan tugas menanti menyebabkan aku tidak dapat lagi ke sana.

Aku kena sedar diri. Diri ini bukan lagi aktivis mahasiswa. Masa aku sudah berlalu. Daku sudah tua dan perlu jadi tok wan atau bahasa kasarnya, jadi Godfather kepada siswa! Tetapi, Godfather kena nikahlah dulu hoi!

Huh! Banyak berangan betul aku...

###########################

1 Muharam / 7 Disember (Selasa)
Ke mesyuarat Pena-hasil rumusan mesyuarat aku diminta Kak Wan untuk jaga meja pendaftaran. Mujur tidak kena jaga benda-benda berat dan menggalas tanggungjawab maha dahsyat.

"Ali tolong jaga meja pendaftaran ya," kata Kak Wan. "Tolong daftarkan ahli-ahli Pena..."

Di sini, aku baru mengenali Shauki Majid daripada Yadim dan Amran daripada DBP. Ny baru datang, untuk hadir ke acara Paksi, Budayawan Bertindak di Madrasah Tarbiah Kg Bandar Dalam malam ini.

Aku pun tidak tahu di mana tempatnya. Hasil carian di Google Maps dengan Lila dan Gee, akhirnya jumpalah juga tempatnya. Tapi, kedua-dua mereka akhirnya tidak datang sebab acara itu bermula malam.

Sepanjang jalanan, Ny timbulkan isu kenapa kaum penulis tidak hadir ke acara malam itu. "Kau tengok si... dan si ... tak datang-datang pun." Ah! Persoalan biasa sahaja ini. Umno juga dijemput, hati dan perasaan orang tentang kenapa mereka tidak datang tu, itu semua urusan Gusti Alloh.

Ny kelihatan makin genius dan tampak 'cool' ketika membaca buku sufi dan mengenali Ibnu 'Arabi. Daku tak dapat cari lagi Usul Fiqh Dr Wahbah Al-Zuhaily. Kami makan di Mancongkam dekat Restoren Haji Tapah.

Selesai Maghrib, baru kami bertolak semula ke madrasah itu. Daku kagum betul dengan Ishak Surin, cara dia ni berfikir menunjukkan inilah cara gaya orang-orang lama, para pejuang Melayu dahulu berfikir.

"Kita perlu tolak ta'rif warisan yang dikembangkan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu. PBB adalah tempat himpunan para penjajah," katanya lagi. Begitu kejap kental caranya berfikir. Dia lawan betul-betul.

Selepas itu, aku bertemu Dr Siti Zainun. Beliau mahu tubuhkan muzium Abdullah Hukum, lantik Khoo Kay Kim jadi penasihat jawatankuasa ini dan cari tesis-tesis budak universiti mengenai Kg Abdullah Hukum untuk diletakkan dalam muzium. Pergh! Dahsyat-dahsyat cara depa ni berfikir. Mungkin kedahsyatan ini timbul dari limpahan kesengsaraan mengalir dan lama bertakung dalam acuan jiwa mereka.

Dan, Cikgu Mie Teras tidak pernah lupa menderetkan segenggam kekhuatiran, membariskan kaedah-kaedah pemaju yang mahu menipu jawatankuasa terbabit. Beliau menyentuh pengalamannya di Bris, Sik, Kedah. 

"Mereka akan panggil seorang demi seorang untuk meretakkan jawatankuasa tersebut," katanya. "Akhirnya nanti, Budayawan Bertindak dan Paksi ini dituduh pula sebagai penghasut yang meminta mereka tidak menjual tanah mereka sebelum ini."

Program itu ramai juga yang syok sendiri. Kumpulan muzik dalam kalangan anak-anak muda ada yang ambil masa yang lama dan menyanyikan tiga buah lagu yang aku kira tidak sesuai untuk pakcik makcik di situ 

Adab-adab 'bergig'

Dalam renungan, tenungan dan menunganku, anak-anak muda Sosialis perlu didedahkan dengan adab bergig di kampung laman dan berdepan dengan orang tua. Tapi, macam mana aku nak sampaikan pesan ini? Urgh!

Dan seorang aku, sebagai insan berjiwa 'separuh Islamis', 'separuh Sosialis' dan (tiga) suku Kapitalis, ber'Ibnu Arabis', maka aku sedang fikirkan tatacara baru (new order) guna mempersatukan blok-blok ini.

Terhimpun dalam nafasku, jiwa seekor buaya berhikmah, berfailasuf lagi intelektual yang berjemuran di tebing muara di kuala, tempat himpunan laut dan kali, antara air tawar dan masin, antara panas laut dan dingin kali.

Huh! Falsafah! Falsafah! Failasuf! Failasuf... {Hangpa mana tau? Kuang! Kuang! Kuang!}

Balik daripada acara itu maka daku pun dihadapkan dengan serangan berbentuk pertanyaan lagi tentang solat jamak yang kuambil daripada Fiqh Sunnah Syed Sabiq. Ny masih berminat melanjutkan bahasannya.

"Jangan dijamak solat itu selalu," katanya. Daku akur akan hal itu. Tetapi dia juga menukar taktik baharu, iaitu sindiran, "Kita ni lebih sibuk gamaknya jika dibandingkan dengan Imam Sayuti dan iman lain."

Bagaimanapun, sempat aku meluncurkan ma'na sebenar hadis itu. "Kalau kau semak balik, memang jelas ada disebutkan bahawa nabi berjamak di rumah bukan sebab hujan atau kerana musafir... jadi..."

Tetiba, dia terus bercakap terus-menerus, lalu memotong hujahku...Lama-kelamaan, daku mengerti dan sedar diri. Inilah taktik untuk tak beri aku ruang berhujah kerana khuatir dedahan hujahnya patah terkulai diretakkan oleh hentakan, kekuatan, ketajaman hayunan pedang hehujahku. Guruku Rasululloh! Bukannya Syioh! Hee...

Currently have 18 comments:

  1. Anonymous says:

    hahaha...
    mahasiswa mcm saya bolehlah mintak tunjuk ajar godfather macam a.Ali, super senior....hehe

  1. ha, ha... tentang Godfather tu, a. Ali gurau saja deh.. saja syok dok berangan-angan..

  1. Anonymous says:

    mahasiswa sekarang ni termasuk saya kurang bagus tulisannya spt a.ALi...hehehe
    bila dapat buletin semua org buang dlm tong sampah sj, tak ambik cakna...

  1. tak cuba guna sudut pidato? cubalah mana tahu kalau2 ia berhasil? Zaman kami dulu tak ada sudut pidato.

    universiti mana?

  1. naimisa says:

    Buletin di kampus berapa harganya sekarang?

    @Naimisa

  1. agaknya percuma kot buletin kampus tu Naimisa.. entahlah, mungkin ada harganya tak?

    Anonymous-ada hajat nak buat website berita student ker?

  1. Anonymous says:

    a.Ali,maksudnya website yang ceritakan aktiviti student ke?
    kalau yang itu sudah ada, SRC (MPP) dah buat, cuma dalam bentuk buletin ni yang nak diedarkan kualiti dan mutu penyampaian dalam buletin kurang bagus...

    kalau nak harapkan orang baca dalam blog saja, konfom depa takkan bukak punya...

    satu lagi, kalau macam di UIA, risalah2 yang berunsur islamic, mereka tak ambik juga, banyaknya buang...

  1. ooo... dah ada..

    kalau macam tu, abg ali rasa website yg turut siarkan isu semasa politik nasional, termasuk politik pelajar.

    maka, ada dua mauduk di sini ...

    1. politik nasional
    2. politik pelajar

    kalau ada contoh risalah kampus tu boleh nanti bagi kat abg ali nanti?

  1. Anonymous says:

    a.Ali, risalah berkala,
    cthnya: dekat PRK...

    okey, insyaAllah...

    tapi risalah tu illegal....
    kalau yg legal tak ada pasal politik2 ni...

    cerita pasal kerja MPP sj...
    next keluaran, saya cuba bagi dekat a.Ali...

  1. apa nama risalah yg ILLEGAL tu?

    dan apa nama yang LEGAL tu?

    boleh tak masukkan dalam mel-e abg ali; ibnuamir@gmail.com dalam format jpeg?

    atau, satu kaedah lagi, hantar guna postal adress, (alamat pejabat) spkb.

    tq

  1. Anonymous says:

    a.Ali, insyaAllah bila berkesempatan...
    buat masa ni tak dak la pulak risalah terbaru...huhu

  1. ada bilik-bilik kuliah, tutorial yang kosong tak untuk kita buat kuliah kewartawanan untuk pelajar?

  1. Anonymous says:

    dimana UIA?
    bila?
    ada saja, boleh cari...

  1. ya, di UIAM, bukan kena minta dekat pihak pentadbiran ker?

    Atau pun, boleh guna nama persatuan di dalam UIAM?

  1. Anonymous says:

    a.Ali,
    tak perlu kalau nak buat sembunyi2, kalau nak buat formal, contoh program yg memang nak invite org ramai, baru guna nama persatuan dan apply dalam proposal, tempat tu...
    ada sesetengah tempat kena booking, kalau yg tu guna la nama persatuan apa2...

  1. jika demikian, kita buatlah secara sembunyi-sembunyi dulu...

  1. Anonymous says:

    ya boleh kalau sembunyi2....=)
    silalah, jemput datang ke UIA

  1. Anonymous says:

    abg ali, saya macam plan nak buat macam sharing moment dgn abg ali untuk pebulisan...hurm, tapi saya bkn siapa2, cuma boleh plan je, kalau usul tak diterima apalah daya, tapi saya akan usulkan dahulu, agak2 sudi ah abg ali meluangkan masa dan berkongsi?huhu