Urusan pengiklanan, sms 014-3233287 @ mel-e ibnuamir@yahoo.com, subjek: Iklan Karya Fansuri
Latest News

Catatan ringkas Fansuri mencari Perani di Singapura

Monday, November 01, 2010 , Posted by nota untuk Syiah at 2:55 AM

Sabtu
Selepas 'lunch' di Restoren Kepala Ikan Kg Pandan di Pandan Mewah, (dan selepas 'terkena' sebanyak RM89), maka kami pun belah pulang.

"Tak mau makan dah kat sini," kata adikku itu. Aku dapat berasakan, bahawa sejak balik dari Temasek dan Muar, aku sudah mula jadi 'hantu' makan.

Aku sudah mula berkira-kira mahu ke Muar, pekena mee bandung, mencari Murtabak Singapura di Tg Agas, Muar dan mencari lain-lain tempat yang ada makanan enak, lazat dan menyelerakan!

Kritikan Alo ke atasku, "Enta bukan jenis jalan-jalan cari makan punya orang..." mungkin akan terbatal agaknya! 'Penyakit' Alo dan Ny yang jenis jalan-jalan cari makan mula terkena ke atasku. Dulu, kununnya sufi lar. Makan ala kadar, makan ketika lapar, berhenti sebelum kenyang... (kunun!)

Tapi, aku guna 'fatwa' Imam Malik kali ini. Berpakaian cantik sebagai tanda syukur kepada Allah. Maka, kita akan makan makanan terbaik, menyelerakan dan paling sedap sebagai tanda bersyukur kepada Gusti Alloh!

Err...betul tak kaedah aku berfikir ni? Err... demi nafsu makan, err...apalah salahnya kita menyandar pendirian kepada Imam Malik.. kan..kan..kan..? Huh! Siapa berani larang kalau guna hujah agama...? Kah! Kah! Kah!

Cerita Kinah dah tamat belajar
Di Seri Iskandar, bawa balik semua barang-barang Kinah. Tak kusangka dia sudah tamat belajar di sini. Tiga tahun sangat singkat. Pejam celik, pejam celik, nampak dia dah tamat belajar di sini. Kununnya dia akan jalani latihan praktikal di ibu kota, demikian aku diberitahu oleh emak.

Masih terbayang di ingatan kelibat dia menari 'chicken dance' ketika menjalani minggu orientasi dan diberikan kepercayaan untuk mengendalikan program ceramah Makhluk Halus di UiTM Seri Iskandar itu.

"Depa buat macam-macam pembangunan kat situ, hantu-hantu pun mengamuk," kata Kinah. "Sebab tu, kami buat program ceramah makhluk halus."

Di rumah, dia adalah mangsa kata-kata dan usikan kami sekeluarga. Di luar rumah dia diberikan kepercayaan untuk kendalikan program dekat universiti. Siapa sangka!? Tetapi, dia masih juga menjadi penyeri keluarga!

Diancam, ugut orang pentadbiran!?
Ketika makan di Restoren Kg Pandan tadi, aku terima panggilan daripada orang yang tidak dikenali. Aku tak jawab sebab tengah makan. Selain makan, aku terima sms berbunyi seperti berikut:-

"Siap kamu ali kamu itu pemalas ada apa2 berita dari kamu dalam harakah siap." --- 3:17:38 p.m, 13 Nov, 2010.

"Skrg kamu ada syarikat atas kerja pemalas kamu(penyegan) pulangkan balik duit dekat syarini. Cepat kalau tdk siap kamu." --- 3:10:02 p.m, 13 Nov, 2010.

"Siap kamu apa2 cerita dari kamu dlm harakah saya saman kamu cerita itu bohong kamu pemalas nak claim hono siap kamu saya ada rakan lawyer,dato,dr, menteri saya saman kamu. Kamu pemalas." --- 3:04:44 p.m, 13 Nov, 2010.

"Oh ali bukhari kamu ada pergi kemboja kamu tu stringer. Sebenarnya kamu tipu kamu penyebab semua siap kamu kalau ada apa2 dlm tentang korban bukan itu cerita je." --- 2:57:23 p.m, 13 Nov, 2010.

Sekarang, aku ada dua pilihan- apakah mahu dedah dan hebahkan muatan isi kandungan sms ini? Atau aku pi terus buat laporan dan aduan kat mana-mana pihak. Kawan-kawan pandang macam mana?

######################

Jumaat
Pi Istana Budaya, Ny call sekali lagi. Di sana terjumpa Haris Z dan Pak Raja Aminullah. Di sana, baru kenal Ruslan, edtior TC. Aku beritahu juga mengenai hal tulisan SK berhubung maklumbalasnya ke atas pandangan FT yang termuat di dalam TC baru-baru ini.

"Bolehlah masuk Komentar," kata Ruslan. "Tak panjang... dalam satu muka surat setengah saja..."

Dalam bualan dinihari itu, Ny mengeluh hal penulis muda yang tidak ingin-enggan berpersatuan. Aku sarankan ditubuhkan Kelab Pena di universiti-universiti. Tapi, dia bertanya juga, siapa nak turun kampus?

Dalam kepalaku hadir banyak rencana. Boleh guna pentas Sudut Pidato di tiap-tiap universiti untuk hebah hal kewujudan Kelab Pena di kampus itu. Yang kan menyekatnya nanti, hanya dorongan politik kepartian sempit!

Ketika asyik berbual itu, abah call, esok pergi ke rumah Masyi untuk makan tengah hari sekali. Aku juga telah hantar senaskhah Harakah kepada Ny, entah bilalah dia nak bagi CD Kalah-Bar dan Final Draft tu? Haih!

######################

Khamis
Bertapa di SPKB, berpuasa dengan syarat peraturan longgar. Mengirim bahan ke TMJ, Taufek dan Yus. Sibuknya... urgh!

Pagi ini lepas kuliah Subuh daku bertukang khutbah pencerdasan Sekolah Pemikiran Jalan Petrie, Muar di Warung An-Nur. Awan ilham terhempas ke batu jemala, begitu juga bebait puisi yang hadhir tiba tatkala bersiram tadi. Terpaksa kubawa pensel, buku catatan puisi di kamar persiraman.

Tiba-tiba hari ini mengidam dan kempunan Murtabak Singapura! Ya, pabila kugodam internet, aku terjumpa sebiji rupa paras restoren Murtabak Singapura di Muar malam itu ketika aku beritahu Ny. Rupanya, di situlah Tg Agas! Aku berazam akan ke Muar lagi. Sendirian! Insya Allah Ta'ala...

Mungkinkah pemergianku kali ini memungkinkan diri ini ke Pulau Besar pula? Wallahu Ta'ala 'Alam...

Ziaty kirim mel-e lewat FB, bertanyakan sama ada akan ke Hatyai anjuran DBP. Ya, kalau ada kesempatan, mungkin aku boleh tengok kapal misteri yang hanyut di pantai Mai Ken. Sudah ada rakan-rakan FB di Patani yang menjelaskan kedudukan kapal misteri itu. Katanya, tongkang. Kalau ada duit, aku nak beli kapal itu!

Don Shy call mengingatkan bahwa walimahnya yang makin hampir. "21 di Melaka, 27 di Taiping," katanya. "Abang Ali boleh mai sekali dengan Haidi dan Fahmi." Hatiku sudah ingin datang, insya Allah Ta'ala...

##################

Rabu
Pagi ini di Masjid Jamek Kg Baru, menukang khutbah pencerdasan SPJP (Sekolah Pemikiran Jalan Petrie) di Muar; 65 - 78. (Tetapi, aku mulakan dengan ayat 63 sebab ayat permulaannya di situ).

Bagaimanapun ada keistimewaan pada ayat 65, sebab ada disebut bahtera yang berlayar di lautan, teringatlah pula kapal misteri yang berlabuh di pantai Mai Ken, Pattani. Harus buat catatan Breathless in Patani pulak ni!

Berlabuh di KFC, KLCC sambil menunggu tayangan filem Estet, aku mengirim nota kepada parpol Temasek; Syafarin dan rakannya termasuk Facebook media Malaysia. Nampaknya Syafarin ada respon sikit, menunjuk bahawa dia sudah tahu hal itu. Sama ada mereka akan bertindak atau tidak, itu belum aku pasti.

Kapal misteri a.k.a bahtera hitam yang tersadai di pantai itu, menurutnya adalah 'bahtera Nuh'. Tiba-tiba daku terima 'wahyu' untuk memilikinya!

Estet
Sedikit kesal kerana pengarah filem ini tidak berada di tempat yang sewajarnya. Kenapa Shamsul anak Yusof Haslam yang diangkat sebagai pengarah terbaik. Ada apa dengan KL Drift? Ada menayangkan jalan cerita dan buah fikiran yang baikkah?

Bagaimanapun, filem ini membuat aku terfikir sesuatu - bangsa Eropah ada hutang besar dengan bangsa Asia (Melayu, Cina dan India) yang mereka jajah dahulu ketika melancarkan program emperialisme.

Sekurang-kurangnya, Perdana Menteri Australia, Julia Gillard sudah mohon maaf kepada Aborigines, Maori di Australia. Bangsa-bangsa Barat yang lain bila lagi? 

Di Perpustakaan Negara Malaysia
Di PNM pinjam tiga buah buku, dapat idea mengarang anekdot apabila aku baca Mana Sikana.

Ketika sedang minum-minum di cafe, Lila call, bertanya aku pergi Hatyai atau pun tidak.

"RM300 saja," katanya. "Ziaty pun pergi. Kalau awak pergi pun bagus juga. Kalau nak pergi, nanti saya forward no hp pegawaia DBP."

#####################

Selasa
Hantar bahan ke Taufek / ke bengkel motor, aku beli helmet baharu setelah helmet biru lama dicuri orang, RM42 / ke Bank Islam Dang Wangi draw RM100 / kemudian beli nasi lemak 3 bungkus, di situ sambil menunggu nasi dibungkus, sempat kukirim sajak kepada Ku Seman / pergi ke KLCC bayar Digi. Brader tu cakap jumlah bil semua RM272!

"Saya bayar RM80 dulu dan harap boleh sambung balik perkhidmatan?" aku bertanya. Dia angguk setuju.

Aku rasa ini akibat penangan kiriman sms lewat Digi saat aku berada di Singapura dulu agaknya. Kenapa aku hantar kat Facebook pun depa caj? Boleh tak aku saman Digi? Juga sama Facebook? Urgh! Sungguh breathless diri ini di Kuala Lumpur!

Dahaga banget! Aku beli air lemon botol besar; RM2:50! Sambil berbaris, sempat kucatat baris-baris sajak dan nota catatan. Tidak rugi menjadi pemikir. Setiap saat berfikir bernilai pahala!

Di Burger King, KLCC, malangnya signal tak kuat dan aku menderita kebosanan! Urgh!

####################

Isnin
Hari yang membosankan. Dalam masa yang sama nak kena hantar bahan dan dalam masa yang sama aku nak kena susun semula Breathless in Muar dan Breathless in Temasek! Urgh!

####################

Ahad
Pagi ni aku berjalan ke arah masjid Tg Agas yang sebenarnya jauh. Mujur ditakdirkan Allah, ada seorang lelaki yang keluar dekat sebuah kompleks berdekatan mee bandung semalam yang menunjukku arah jalan lurus!

"Jauh Tg Agas tu, masjid di sini lebih dekat," katanya. "Jalan lurus jer, lepas padang sebelah kiri tu, kamu akan nampak masjid di sebelah kanan."

Aku terus berjalan. Nampak papan tanda Masjid Compound. Teringat kata-kata Dr Alinor yang menyatakan bahawa Prof Shaharir menganggap Compound itu asal sebenarnya Kampung. SPKB kini juga sedang meneliti istilah Camp (tentera), Camping (berkhemah) Campus (universiti).

Adakah ini semua merujuk kepada warisan kesan peninggalan daripada istilah negara Campa?

Masjd Jamek Sultan Ibrahim ini sungguh indah. Di kolam wuduknya ada air memancut yang akan melahirkan ketenangan buat mereka yang melihatnya. Air-air yang mengalir ini dilukiskan Tuhan dalam Al-Quran sebagai, "Jannatin tajri min tahtiha al-Anhar..." - syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai.

Kuliah Subuh di sini rupa-rupanya mengamalkan talaqqi. Kami membaca Surah al-Hajj, ayat daripada 2 helai terakhir daripada surah itu. Ayat-ayat ini patut kujadikan khutbah pencerdasan sekolah pemikiran di sini.

Perasmian Sekolah Pemikiran Jalan Petrie, Muar
Pada 6:45 pagi, di depan riak beralun Sungai Muar yang disaksikan seekor ikan belacak yang berlari-lari di atas wajah kali yang sedang tidur, aku mengisytiharkan, "Bahawa sebuah SPJP sudah terbentuk di sini...!"

Balik ke hotel, terserempak dengan kak Nisah di lobby, kami naik lif sekali dan berpecah kemudiannya. Tak banyak bercakap hanya dia bertanya adakah aku hadir untuk membuat liputan. Aku jawab ringkas, "Ya..."

Masuk ke hotel, alamaks..terbuka lagi debat-debat agung dengan Ny. Dia dihujani kata-kata yang ditadahnya dalam sebuah mangkuk puisi (yang ni kata-kata ko Ny, daku bagi kredit dekat ko ni).

Nampaknya, dia tidak berpuas hati dengan penjelasanku semalam bahawa kebenaran itu bagiku sudah menjadi milikku sendiri dan tiada boleh dikongsi dan dihebahkan kepada orang lain. Hal ini sulit dibincangkan, kerana aku selalu menganggap dia orang syariat dan aku orang makrifat. Adakah boleh masuk debat antara Nabi Musa a.s dan Nabi Khidhir a.s? Hal itulah yang selalu aku bangkitkan kepadanya.

(Berpagian sampai sarapan di hotel, dia asyik melambungkan kata-kata puitis tentang KEBENARAN yang berulangkali didengungkannya. Aku jadi hairan dengan sikapnya itu. Aku baru faham, beginilah yang terjadi kepada Al-Hallaj dan lain-lain yang mabuk dirasuk kata-kata kerana diresapi hujan ilham nurani atau nur aini bertimpa-timpa di batu jemala!)

Misalnya, ada sejenis puasa nabi yang tidak boleh diikuti orang awam lain. Juga, Pak Su Mid Bukit Tembaga ada kisahkan hal pertemuannya di sebuah stesen keretapi di Kangar atau Alur Setar (tak ingat). Maka, lelaki ganjil ini memberitahu Pak Su, "Bahawa amalan yang sedang dia buat ini cuma untuk dia sendiri..."

Melihat 'kali coklat menjalar ke lautan' dan Gunung Ledang dipanggang mentari
Ketika sahabatku itu masuk ke kamar mandi, aku merenung riak beralun di bawah dengan asyiknya. Aku lihat riak beralun Sungai Muar yang tenang dan damai. Mustahilkah ada naga yang sedang bertapa di dalamnya?

Jadi, di manakah W S Rendra mendapatkan ilham mengarang dan menggubah Sajak Pertemuan Mahasiswa? Ayat yang menarik dan selalu meresap dan kerap menari-nari di lidahku...

"...melihat kali coklat menjalar ke lautan ..." - ini membuatkan aku terfikir Sungai Muar yang terletak di muara ini berwarna coklat dan melabuhkan destinasi akhirnya di hujung muara dan seterusnya ke sungai.


Dari Hotel Muar Traders ke Pagoh
Kami menemui tapak sejarah Kota Buruk. Ny juga beritahu bahawa tiga tahun lalu dia pernah temubual pakar sejarah tempat di daerah Muar ini. Kami mencari rumahnya di sebelah kiri jalan, tapi tidak bertemu.

Akhirnya, kami tiba dan di sana aku catat beberapa pandangan menarik daripada brader Amiruddin Ketua 1 PPJ. Kira-kira 8 syor baharu yang beliau bangkitkan untuk menyelesaikan masalah hak cipta.

Aku jua mengenali Siti Hawa yang bekerja di MyIPO di Kompleks Daya Bumi. Di sini rupanya pejabat yang berkaitan hak cipta itu. Akan aku ke sana nanti insya Allah untuk bertanya hal-hal paten reka cipta.

S M Zakir 'bedal' isu berkaitan Komsas sehingga wakil Muhyiddin Yassin dengan tawadhuk dan rendah diri, bangkit menyatakan kesungguhan bahawa dia akan buat satu pertemuan dengan badan-badan penulis untuk membincangkan masalah Komsas ini. Apabila acara hampir tamat, maka S M Zakir berbisik kepadaku.

"Tak tahu pula wakil kementerian ada di sini, kita bedal serupa sahaja," katanya tersenyum. Ya, bagus juga bercakap, meluahkan segala isi hati. Semoga akan ada perkembangan lanjut mengenai hak cipta ini.

##################

Sabtu

Subuh ini, dengar kuliah mengenai Buraq. Aku terfikir kedudukan Jibril dengan Nabi Muhammad adalah seperti Musa a.s dengan Khidhir a.s dalam kembara rohani.

Di nasi lemak Mak Wanjor, aku terfikir kedudukan ayat 13 dan ayat 26 yang merupakan gandaan kepada 13 itu sendiri. Dalam Al-Maidah, ada 13 orang berkumpul termasuk Nabi Isa a.s tapi akhirnya Judas Iscariot mengkhianati Nabi Isa. Pada 26 haribulan pula kerap tsunami dan gempa bumi. Aku fikir, Tafsir Al-Fansuri patut menyemak kedua-dua ayat ini pada tiap-tiap surah.

Balik ke rumah, aku mendapat panggilan Alo dan Ny. Alo minta ke rumahnya di Ampang. Kebetulan petang itu hujan. Maka, aku batalkan pertemuan. Sementara Ny mengajakku ke Muar.

"Ada acara PPJ dengan DBP Wilayah Selatan," katanya. "Program Amir." Rupanya, acara ini anjuran abang Amir yang diberitahunya kepadaku semalam.

Petang. Setelah awan redup dan cuaca hujan teduh, aku keluar ke KL Sentral, makan minum di Food Court kemudian terus ke stesen UKM. Gelagat manusia bercium dalam 'train' membikin darahku menyirap!

Di Restoren Jejantas Ayer Keroh, Melaka. Bergebang hal (1) Adakah boleh makan masakan pondan; (2) Adakah Mongolia (Moghul atau Mughal dalam bahasa Parsi, meninggalkan khazanah ilmiah)?

"Aku rasa ada, sebab tu aku nak lengkapkan Pustaka Pena tu," kataku sambil mengukuh hujah, bahawa Turki (Empayar Bani Uthmaniyyah) dipilih selepas jatuhnya kekuasaan Mongolia (Mughal, Moghul).

Malam. Nampak papan tanda, "Murtabak Singapura" di sebuah pekan selepas menyusur keluar tol menuju ke Muar. Aku teringat 'debat kecil' antaraku dengan NH di Facebook mengenai kedudukan istilah 'murtabak' dan 'martabak'. Bagiku, hal ini termasuk dalam Debat Bujur, bukan Debat Lintang.

Apakah takrif debat bujur dan debat lintang ini? Akan daku khutbahkan dalam khutbah pencerdasan di Sepat (Sekolah Pemikiran Tg Pagar) kelak, insya Allah Ta'ala.

11:15 malam berlabuh di Muar Traders Hotel. Pertama kali aku hadhir tiba selepas lama aku berangan-angan tiba di sini. Kenapa? Biar ia kekal sebagai suatu rahsia yang kekal abadi dan tenggelam dalam putaran waktu.

Biar sampai orang tertanya-tanya kenapakah Rosebud itu yang disebut taikun media Kane di Amerika seperti yang dilukiskan bancuhan warna-warni kehidupannya di layar perak; Citizen Kane.

Pekena Mee Bandung Muar di persisiran sungai Muar malam ini sungguh mengasyikkan bersama Ny, S M Zakir dan Amiruddin PPJ. Daripada seorang budak mentah yang tidak mengetahui apa-apa, akhirnya Tuhan bawa jejak langkahku menapak di sini, bersama dengan mereka yang pernah kubaca namanya di akhbar.

Pagi dinihari ini, tiba-tiba terbuka lagi perihal amalan solatku yang mirip Syiah. Susah betul, bila sudah berbual dengan orang yang suka bertanya dan meminta pandanganku, kemudian sukar menerima perbezaan.

Aku juga menganggap agama ini perlu hanya di dunia sebab manusia perlukan pedoman. Di akhirat, agama ini bukannya suatu keperluan lagi. Agama ini perlu di dunia ini sebab kita perlu ada jalan-jalan yang menerangkan Ketauhidan dan pesan-pesan rohani yang ditinggalkan oleh para nabi untuk manusia mengenali pencipta-Nya.

####################

Jumaat
Bersembang dengan Syafiq - TV Al-Hijrah ada RM60 juta kapital. Maka, daku baru jelas sedikit kedudukan tv baharu ini. Aku mengetahui bahawa Tok Ayah Kak Wan ada ilmu penunduk jin.

"Kalau berkawan itu ertinya kita ada perjanjian, tapi kalau ada ilmu penunduk terus, itu ertinya kita setaraf atau bawah sikit daripada Nabi Sulaiman a.s," kataku.

Ariff ada cincin batu serai. Ini semua ilmu-ilmu Melayu yang perlu aku susun dan simpan dalam Pustaka Pena.

Sempat sembang dengan SM Zakir sekejap mengenai pustaka itu. Dia nampaknya bersetuju tapi ada cabaran seperti buku-buku akan mudah hilang dan sebagainya.

Amiruddin PPJ beritahu aku tentang program kolokium hak cipta anjuran PPJ dengan DBP Wilayah Selatan. Katanya, Ny pun ikut hadir sama nanti.

####################

Khamis
Selepas menghantar bahan malam ini, Kimi Maahad call. Hatinya digerakkan Allah untuk menelefonku. Sudah ada kumpulan 'wali' muda rupanya di Kedah ini. Daripada beliau, aku tahu bahawa ada sejenis pokok, emas hutan yang boleh dimanfaatkan untuk membuat emas.

Jadi, lagenda yang menyatakan bahawa ada kitab berhubung kaedah membuat emas yang terpaksa dibakar oleh orang-orang pondok itu mungkin ada kebenarannya juga. Orang-orang pondok terpaksa bakar kerana mereka bimbang ia akan disalahgunakan.

"Jadi, sebab itulah Kelantan boleh buat dinar emas," kata Kimi lagi. Aku teringat kata Ustaz Othman Ibrahim, wakil Tarekat Syazaliyyah di Kedah pada 1997 dahulu.

"Kelantan akan jadi negeri terkaya 10 tahun daripada sekarang," kata ustaz tarekat itu. Tahun itu 1997. Jadi, 10 tahun daripada masa dia bercakap itu, bermakna pada 2007 Kelantan jadi kaya. Mungkin kaya dengan komoditi minyak dan emas juga agaknya.

Harap aku dapat bertemu dengan puak-puak wali muda untuk bincang hal Niwo (New Islamic World Order) dan Neo Ikhwan Safa.

####################

Subuh di Masjid Sultan. Tiada kuliah Subuh. Selepas Subuh aku keluar merantau dan berkelana mencari tempat internet, mencari tempat backpackers, dan lain-lain perkara.

Berjaya menubuhkan Sekolah Pemikiran Busorah Street (SPBS) dan Sekolah Pemikiran Bras Basah di sini, hari ini. Batu asas belum diletakkan dan ucapan perasmian belum dirangka. Mungkin akan datang aku akan buat.

Tadi terjumpa kedai buku Evernew yang banyak menjual buku komunis. Kujangkakan mereka ini pendokong komunis. Daripada kad perniagaan, baru kuketahui bahawa mereka ini sebenarnya menjual buku-buku Cultural Revolution.

Murtabak atau martabak?

Di Facebook, sempat bertukar-tukar fikiran dengan puan Nisah Haron. Aku tengok Murtabak Singapura, jadi aku ingat Murtabak. Tapi, dia kata ejaan betulnya adalah martabak. Aku pening. Aku terima murtabak dan juga martabak. Tapi, kalau ikut penerangannya, murtabak itu tiada betul jua adanya.

Alangkah baiknya jika Saif DBP ada. Bolehlah kubergebang dengannya berhubung hal tersebut. Hangpa rasa macam mana? Martabak ka murtabak?

Bertemu pemimpin pembangkang Singapura
Malam ini dijangka bertemu dengan seorang pimpinan parti pembangkang di Singapura di Masjid Sultan.

"Saya solat Maghrib di sana, sebelum bertemu kaunselor di Malaysia," kata beliau. Aku akur. Aku cuba bersolat di sana Maghrib kelak.

SK syor supaya daku bertemu Muhsin di Wardah Books. 

"Dia mungkin tahu tarekat Nur Ashki Jerrahi atau mungkin dia boleh beritahu Ali orang-orang yang boleh beritahu Ali berhubung hal tarekat itu," kata SK kepadaku.

Ah! Sudahlah sikit-sikit. Jangan menaip banyak sangat. Nanti terpecah banyak pulak rerahsiaku di sini.

Currently have 0 comments: