Urusan pengiklanan, sms 014-3233287 @ mel-e ibnuamir@yahoo.com, subjek: Iklan Karya Fansuri
Latest News

9 - 15 Zulkaedah | 17 - 23 Okt. - (Ahad - Sabtu)

Monday, October 18, 2010 , Posted by nota untuk Syiah at 3:14 AM

15 Zulkaedah | 23 Okt. (Sabtu) 
Imran cakap dia akan datang KL, Pah akan berkursus 4 hari di Putrajaya dan ini peluang untuk aku selesaikan beberapa urusan tertentu.

Esok, kenduri di rumah Pak Ndak kerana meraikan kelahiran sepupu aku yang muda. Masyi dah kata oke nak pergi sama. Aku juga mengajak Imran sekali ke sana.

Ny datang lagi membuat liputan di PNM. Tapi tiada dapat aku hadir sekali. Semalam, kami berbual di warung Wak Manjor, balun nasi lemak dan selepas balun kami berlabun sampai dia nampak letih.

Ketika tersesat di Kg Keramat, Ny sentuh puisi Kassim Ahmad. Jadi aku bercerita hal Alo baca puisi Kassim Ahmad di hotel Grand Season dulu, kemudian Presiden Pas TGHH tegur, apasal baca puisi Kassim Ahmad?

"Dulu kalau ulamak nak tafsirkan Al-Qur'an, mereka teliti syair-syair Jahiliyyah... bla, bla, bla..." kata Ny. "Jadi, apa salahnya dengan sajak puisi ni?"

"Kau berani tegur Haji Abdul Hadi ker?" aku bangkitkan pertanyaan, dengan nada mencabar. Ny terdiam dan bungkamlah sudah segala suara, kelu lidah lumpuh bicara.

Perlahan-lahan, aku jadi mengerti dan mula menyedari. Kecerdikan dan kebijaksanaan dan ilmu tinggi, bukan aset dan alat awal dalam membuat perubahan dalam masyarakat. Kita perlukan jururobah yang bukan sahaja cerdik dan bijaksana, malah tabah hati dan berani mati!

Jangan tanya sama ada aku berani bantai pemimpin Pas atau tidak. Tu... yang aku dok bantai Cikgu Pa tu apa dia? Jangan cabar aku berbantah dengan pemimpin Pas kalau hangpa sendiri takut nak tegur pemimpin Pas.

#############################


14 Zulkaedah | 22 Okt. (Jumaat)
Demonstrasi di masjid-masjid melawan Rosmah bermula hari ini. Fikiran aku mula bercelaru; adakah ia demo melawan penghinaan ke atas busana muslimah tajaan Rosmah?

Atau, ia mengenai campurtangan Rosmah dalam hal urusan kenegaraan? Rosmah pergi ke Amerika, bertemu Michelle Obama untuk membawa idea busana muslimah itu dengan menggunakan duit rakyat.


Di Haslam, cik Pyan mula hikayatkan kekisah reriwayat Siasah yang terlungkup. Ya cerita itu mirip kisah yang dilaporkan oleh Dzul T of SK kepadaku di Mid Valley malam itu.

"Biasalah...Sayuti kisah apa, peduli apa kalau orang Umno nak beli Siasah?" kata cik Pyan lagi. "Tapi, orang-orang bawah macam kami ni nak disimpan ke mana?"

Aku lebih peduli nasib orang-orang macam cik Pyan dan Kak Som. Eh! Kak Som! Aku terlupa nak tanya hal dia. Yang lain tu, biaq pi kat depa la. Aku peduli hapa nasib depa tu. Dulu, masa dok rancang konspirasi nak reject aku, mana depa ada perikemanusiaan pun. Syukurlah kepada Allah yang menunjukkan kuasaNya. Aku hanya perlu menunggu 3 tahun (2007 - 2010) untuk menonton derita orang-orang yang zalim dan keji!

Ny call, minta senaskhah akhbar Harakah yang ada gambarnya di bahagian ruangan sastera. Daku rasa mahu bertindak macam Gordon Gekko, membuat urusniaga baharu.

Di Perpustakaan Negara Malaysia, kuserahkan Harakah lalu kuminta CD seminar peradaban Asia Barat yang berkulit keras itu. Tapi, kata Ny, dia akan bagi terus. Entahlah. Aku hanya menunggu...

Malam ini, ada acara deklamasi puisi 1Malaysia bermula jam 12 tengah malam ini sehingga hari Ahad, tengah hari. Aku terfikir nak buat deklamasi hadis dan deklamasi al-Qur'an (tadarus hadis, tadarus al-Qur'an)!

#############################

13 Zulkaedah | 21 Okt. (Khamis) 
Puasa Khamis dan bermula godaman bebahan haraki untuk harakah. Cik Pyan call, bertanyakan khabarku. Kesempatan itu kutanyakan hal Siasah.

"Satu dunia dah tahu..." kata cik Pyan lagi. "Hang baru nak tanya..."

Yang aku nak tahu sekarang, macam mana nak dapatkan balik kolum-kolum aku di Siasah dulu; Rahsia Dari Menara. Itu yang termahal sekali! Aku tak kisah Siasah nak tutup, tapi kolum-kolum itu aku perlu simpan!

"Bila-bila hang mai Haslam ka," katanya lagi. "Nanti boleh kita sembang panjang..."


#######################

12 Zulkaedah | 20 Okt. (Rabu)
Ke Mid Valley untuk menonton Red; sebuah filem mengenai bekas CIA.  Aku bertembung Dzul T. dari SK. Aku baru tahu rahsia Siasah.

"Razali Syabas dah beli Siasah," katanya. Di Chile Mid Valley, pecah juga rahsia PKR ke dalam pengetahuanku. Rupanya Dzul juga jenis kaki wayang macam aku. Jadi kalau daku ada lebihan tiket percuma, boleh aku jemput dia sambil bertukar-tukar fikiran mengenai rahsia pembangkang.

Pabila aku beri tiket Red, maka sebagai balasannya, dia belanja aku Reign of Assasin. Agak menarik. Sebuah kisah perkelahian dunia kungfu ketika hulubalang di China sedang berjuang mencari mayat Buddha.

##############################

11 Zulkaedah | 19 Okt. (Selasa)
Sejak terbaca kenyataan Dr Mahathir kelmarin, hatiku makin tidak tenang dan malamku diganggu igauan yang entah hapa-hapa. Urgh!

Aku hairan, macam manalah sesetengah orang kita boleh 'cool', tidak rasa apa-apa, tidak diserang 'sawan' dan 'histeria' yang sedang aku hadapi kini. Urgh! Urgh!

Di manakah letaknya kecintaan mereka terhadap negara ini apabila melihat Kak Ros dan Abang Najib sangat berleluasa dalam memporak-perandakan negara ini? Urgh! Urgh! Urgh!

Carum KWSP, Oktober
Berjaya carum KWSP untuk bulan ni di Maybank. Aku ingat kena denda tadi sebab terlewat. Tapi, syukurlah kerani tu 'cool' saja, tak tanya apa pun. Harapnya, untuk bulan 9 yang lewat itu, aku tak didenda juga nanti. 

Sebenarnya untuk bulan 9 yang dah terlepas itu, daku perlukan borang KWSP juga. Malangnya aku tertinggal borang caruman bulan 9 tu di Pendang. Hal itu kujelaskan kepada kerani di kaunter pertanyaan tadi.

"Encik kena ambil balik di pejabat KWSP," katanya lagi. "Tak ada cara lain," Lalu dia memberi borang bayaran yang banyak untuk kusimpan. "Nah, ambik banyak sikit, nanti tinggal isi saja slip ini."

Fuh! Rupanya tak kena denda sebab lewat carum kwsp di Maybank. Setiap kali aku berjaya carum atau beli emas, aku selalu berasa gembira kerana aku seolah-olah sudah menjadi kapitalis dan Don Vito; Godfather!

Nak jadi Pak Samad Said
Pergi ke Mydin bersebelahan Maybank Chow Kitt itu. Kubeli pen highlighter. Daku terbaca Pak Samad Said selalu gariskan catatan di buku-buku di pustakanya. Kulihat Ny ada menggariskuningkan bahan bacaannya.

Baru-baru ini ketika menonton filem percuma Nonna's Trip di GSC Mid Valley, kulihat kelibat Pak Samad kali ketiga. Sabtu memang dia berfoya-foya ke? Boleh jadi, sampai ke tua aku kena masuk pawagam kot?

Aku beli pen highlighter warna hijau, nampak Islamik sikit. Kalau kuning nampak Hindu, kalau merah nampak komunis, kalau biru nampak macam Umno, kalau 'pink' nampak macam Puteri Umno. Kah! Kah! Kah!

Aku beli juga pensel tekan (pensel picit) sebab dalam buku Pak Samad Said, berjudul 'Dari Salina sehingga ke Langit Petang' beliau ada sebutkan kebagusan menulis cerpen dan novel menggunakan pensel.

Aku rasa ini kaedah terbaik untuk aku menulis puisi pada bila-bila masa ketika berada di LRT atau ketika aku hadir mana-mana acara. Ketika masa-masa senggang boleh ada buku khas untuk menurunkan catatan puisi.

Mahu mengarang dan menggubah puisi panjang
Sekarang adalah masa yang tepat barangkali untuk mengarang puisi panjang untuk mengutuk Mahathir setelah menyatakan bahawa pilihan raya itu perlu bagi editor akhbar. Huh! Tidak pernah aku diserang sawan, histeria dan jadi gila meroyan sebegini. Aku pun tak tahu apa benda yang melekat ke atasku sampai aku naik syeikh!

Daku rasa, ini masa yang mungkin tepat untuk mengarang puisi panjang, sajak balada untuk mencari Perani di Singapura. Kini aku sudah ada tempat melepak di KFC Jalan Raja Laut. Cuma sedikit kesejukan, kedinginan di sini. Aku kena bawa baju sejuk dan sarung tangan untuk melawan arus kedinginan di sini.

Awek minah salleh ahli kitab dan ESQ Islami Al-Fansuri
Seorang awek minah salleh, berpakaian selekeh ala-ala sosialis tiba-tiba datang menegurku yang sedang asyik menaip di sini, "Derma... derma...?" katanya sambil menyelak-nyelak gambar budak-budak kurang upaya. 

Aku tidak sediakan duit. Lazimnya kalau aku nampak orang buta yang menjual tisu dari jauh, aku simpan juga RM1 untuk dia. Tapi, sayangnya minah salleh itu datang dalam keadaan aku sibuk menaip dan tidak bersedia.

Aisehmen... kalau tidak boleh mengurat guna meredakan sedikit ketegangan akibat kemarahan yang masih jua meluap-luap terhadap Dr Mahathir ini. "Ikhlas?" katanya lagi. Aku geleng kepala, sambil berkata, "No.."


Apa? Ikhlas? Lantas aku teringatkan Elizabeth Gilbert dalam filem, novel Eat, Pray and Love. Daku teringat juga rencanaku yang ingin menyusun kurikulum silibus ESQ Islami Al-Fansuri.

Ikhlas? Dari mana minah salleh sebatas usia 30-an ini mempelajari perkataan atau ma'na ikhlas ini? Haruskah kunikahi 2, 3 awek minah salleh (ahli kitab) guna merumuskan ESQ Islami Al-Fansuri ini? Kuh! Kuh! Kuh!

#####################

10 Zulkaedah | 18 Okt. (Isnin)
Hari lahir Imran. Aku juga berpuasa, berazam mahu puasa Isnin, Khamis. Masyi pula tanya adakah aku sudah beli tiket raya? Dia minta aku belikan sekali untuknya. Oh, aku tak teringat pula nak beli tiket raya itu.

Pak Ndak chat dalam Facebook, mengajakku makan tengah hari kerana meraikan sepupuku yang baru lahir.

"Ahad ni, kat Sungai Buloh," kata Pak Ndak. "Nak ajak semua anak menakan yang duduk di K.L."

Dana Istana Negara untuk Pustaka Pena
Ny chat di FB, katanya dia berhasil mendapat The History of Philosophy dengan harga RM67. Dia terkejut kerana murah sangat disebabkan buku itu cetakan pada 1967.

"Patutnya, kalau cetakan lama, mahal sikitlah," katanya. Dia juga sarankan aku buat kertas kerja untuk beri kepada Zakir berhubung cadangan membentuk Pustaka Pena itu. Aku terfikir mahu ambil bantuan Istana Negara. Ish, mampukah diri ini mahu pergi ke istana merafakkan sembah bertemu baginda sultan?

Lagi pun, Rumah Pena sudah tidak jauh dari Istana Negara. Semoga Tuhan menyokong usahaku ini. Ameen...

Penjawat awam dapat bonus, suatu pembaziran?
Cik Ai sedang hangin tiba-tiba di YM, aku tidak fasih apakah kejadian yang sebenar. Tetapi, di Facebook itu barulah aku dapat kesan akan hal tulisan seseorang yang mungkin menyebabkan dia hangin.

Agaknya, kerana tulisan mamat dari Putrajaya itu kot - bonus kepada kakitangan awam adalah pembaziran - yang jadikan dia hangin? Aku tidak fikir bonus itu suatu pembaziran.

Belanjawan seluar dalam itu masih tergolong dalam pembaziran kalau nak dibahaskan dengan panjang lebar. Tapi, itulah pasal... Sudah begitu kehendak Rosmah kan? Apa nak dikatakan lagi?

#######################

9 Zulkaedah | 17 Okt. (Ahad)
Terlepas filem Bossa Nova di GSC Mid Valley. Tapi, kuganti rasa ralat itu dengan Nonna's Trip di GSC One Utama. Dalam pada itu pun, aku terlepas Cromwell, sebuah filem terbaik untuk ditonton oleh Najib Razak seisi keluarga termasuk Rosmah.

Menonton Cromwell dan Nonna's Trip dan mengingatkan Bossa Nova, aku terfikir mahu lebarkan ESQ Islamik Al-Fansuri ke daerah Amerika Latin, Amerika Sharikat. Adakah boleh kumanfaatkan Al-Ma'thurat di peringkat awalan? Adakah Ratib Al-Haddad sesuai? Tapi, aku perlu semak juga, adakah ia boleh dibuat menurut syarak?

Cromwell


Bossa Nova

Currently have 0 comments: