Urusan pengiklanan, sms 014-3233287 @ mel-e ibnuamir@yahoo.com, subjek: Iklan Karya Fansuri
Latest News

1 - 7 Zulkaedah | 10 - 16 Oktober - (Ahad - Sabtu)

Sunday, October 10, 2010 , Posted by nota untuk Syiah at 10:32 AM

7 Zulkaedah | 16 Okt (Sabtu)
Baru berkenalan dengan Fadli Al-Akiti, Maizura Idris, Dr Norhayati, Hazwan Ariff di Rumah Pena. Aku tidak jadi jumpa Alo untuk bincang isu kolum sastera.

Di Rumah Pena
Aku bangkitkan pertanyaan dan juga kekisah lama mengenai Dr Zurinah Hassan, Fatimah Sham dan Fatimah Busu dalam Dialog Orang Muda (Dom) itu. Mereka ini kalau bergabung di USM sekitar 1970-an dulu, aduh! Sungguh menyengat! Aku tidak tahu sejauhmanakah mereka ini mengetahui sejarah-sejarah lama ini.

Mereka ajak aku menonton tonton teater peruma, tetapi aku lebih suka tonton Zamora, Free Land and Men.

Zamora Trailer

#########################

6 Zulkaedah | 15 Okt (Jumaat)
Pagi ini, usai solat Subuh, 4 darai ini masih berlabun di Teratak Pak Ali di Jalan Raja Muda Musa. Dan, aku terserempak dengan 'lelaki' berpakaian seperti orang alim di sini. Selalu juga dia melilau melewar di daerah ini.

Kelibatnya seperti pernah kulihat pada 2004 ketika aku masih wartawan pelatih di Bernama. Daku tinggal di Jalan Daud Kg Baru ketika itu. Dia ni kerap solat di belakang saf. Daku syak dia khunsa. Dia bersolat dengan menutup wajahnya. Tapi, sekarang kelibatnya sudah tiada di masjid. Entah dekat mana dia bersolat la ni ya?

Sekarang aku terserempak dia di Teratak Pak Ali. Tapi, apakah dia ini yang pernah kulihat bersolat sendirian di belakang saf lelaki bersendirian di Masjid Jamek Kg Baru, seolah-olah dia ini 'khunsa'? Eh, betul ker?

Aku menoleh ke luar teratak. 4 orang darai itu masih juga setia berlabun di bawah dingin embun. Daku belum juga mendapat maklumat mengenai kegiatan mereka. Jiwa wartawan sentiasa memberontak mencari jawapan.

Percubaan mencarum semula di KWSP
Ke KWSP, tiada berjaya carum kerana aku bawa duit 'cash'. Mereka ini, hanya menerima cek. Kalau wang tunai, maka aku mesti carum sendiri wang KWSP itu di bank-bank tertentu.

Aku nyatakan juga hasratku untuk mengurangkan caruman. Baru aku tahu, kita boleh letak sendiri jumlah duit kita tiap-tiap bulan dan boleh kurangkan sendiri mengikut kadar yang kita suka.

"Encik boleh rujuk jadual ketiga dalam laman web KWSP," kata seorang kerani tadi. Aku catat jadual yang menunjukkan- kalau gajiku RM1,500, maka caruman RM165 adalah untuk pekerja, RM180 (majikan).

Aku cetak penyata KWSP. Dah lebih 6 bulan kucarum. Harus boleh buat 'loan' untuk cari rumah. Kemudian, terus kembara kelana ke serata alam bermodalkan ESQ Islami guna membangunkan kerajaan baharu. Amin...

Petang ini, bertemu Ny di Kg Pantai Dalam. Tiba-tiba Alo sms, minta jumpa dia segera kerana mahu bincang hal kolum sastera Harakah. Akhirnya, kami capai keputusan, jumpa malam esok kerana aku kena jumpa Ny.

Pustaka Pena perlu diwujudkan
Aku nyatakan pendirianku, bahawa tidak salah kalau dia jadi AJK Pena dan menulis di BH. Aku boleh terima ketiadaannya dalam Pena jika tugasannya sebagai wartawan tidak memungkinkan dia bergiat cergas di dalam Pena. Tapi, dah dia fikir macam tu, tak apa lah. Aku pun tak pernah terfikirkan bahawa aku nak masuk Pena.

"Tetapi, apabila aku fikirkan keperluan untuk menubuhkan Pustaka Pena di Rumah Pena, maka aku fikir, aku perlu ada jawatan dalam Pena untuk menguruskan dan mengimarahkan Pustaka Pena itu," kataku lagi, berkhutbah panjang. Syukur dia nampak bersetuju. Cuma, dia minta aku hubungi S M Zakir.

"Kau perlukan masa sekurang-kurangnya dua tahun untuk bertanding untuk dapatkan jawatan di Pena," kata Ny lagi. "Jadi, lebih baik terus berjumpa Zakir untuk bentangkan idea Pustaka Pena itu."

Antara isu lain yang berbangkit ialah perihal Turki dan Mongolia yang bersaudara dari sudut 'aqidah' kepercayaan ke atas Tuhan yang sama. Juga, mengenai saranan menemui Pusat Kebudayaan Korea, Jerman, Mongolia, Jepun dsb untuk mengasah pengalaman, mengasuh pengertian hidup ini.

Lagi pun, kata Ny, aku masih bujang dan tiada tanggungan (dan juga aku masih taruna sunti, bisik hatiku yang gatal lagi meghela ini). Zakir, katanya, dah dapat tawaran itu tapi terpaksa tolak kerana berkeluarga.

Balik ke rumah, rakan penulis di SPKB ajak aku pergi ke Finas kerana esok ada filem dokumentari. Aku pun rasa berat. Dia kata, dia dah siap skrip filem dan hantar kepada Karyawan.

"Jadi, ahli Karyawan RM10, then submit skrip filem RM10," katanya ketika menceritakan pengalaman.


Agi, rakan serumahku yang bekerja di Jakel, hilang dompet. Dia terpaksa menebalkan mukanya untuk mintak duit daripadaku. Kesian, dia tidak makan lagi. Aku bagi dia RM10. Aku pernah hidup susah beb!

###########################

5 Zulkaedah | 14 Okt (Khamis)
Ya, selepas Subuh ini, aku tiada juga membaca Yasin, perut terasa lapar. Aku berpuasa mengikut fiqh peribadi aku sendiri yang jarang daku kongsi fahamanku dengan orang lain. Mazhabku dah banyak beza dengan orang.

Mungkin pada masa depan, aku kena wujudkan ESQ Islamik mengikut ketentuan tatacara fiqh dan panduan kerohanianku sendiri. Aku kena kaji berapa buah negara yang ada di Amerika Syarikat untuk daku Islamkan negara koboi yang dimiliki oleh puak Kaum Red Indian itu pada asalnya.

Menubuhkan ESQ Islamik Al-Fansuri
Sepatutnya, hari ini aku pergi ke GSC untuk tonton filem Bossa Nova; terbitan Amerika Latin itu. Menurut Es Kay Amerika Latin masih kuat dan taat beragama. Jadi produk amalan kerohanian ESQ Islamik Al-Fansuriah ini tidak sesuai mengikut cara hidup penduduk Amerika Selatan itu. Tak pa, aku mesti mencuba.

Tetiba, aku teringatkan Melayu Suriname yang Gapena nak jenguk sangat mereka itu di sana. Ya Suriname itu mungkin boleh membantu kumpulan ESQ Islamik Al-Fansuri itu di Amerika Selatan dan Amerika Syarikat.

Melayu Suriname itu khabarnya hadir tiba dari Tanah Jawa. Adakah budaya serta adat istiadat Jawa itu masih berbekas di jiwa, hati mereka? Atau, kebudayaan mereka tenggelam oleh sekian banyak longgokan timbunan kebudayaan Amerika Latin itu sendiri? Masihkah mereka berbahasa Melayu Jawa?

#######################

4 Zulkaedah | 13 Okt (Rabu)
Selepas Subuh kulihat darai-darai itu tak lagi berlabun di Teratak Pak Ali. Entah ke mana mereka menghilang? Pertanyaan ini tiada terjawab.

Aku ke TGV Cap Square. Alahai filem Wall Street sudah tak ada di sini? Semua cerita Hindustan saja. Aku syak taukeh TGV di Cap Square ni memang India.

Aku pi KLCC, Wall St ditayangkan jam 9:45 malam. Mungkin dah makin berkurangan orang kot. Tetapi bila mai kat filem Piranha nampaknya masih juga ia ditayangkan. Adakah kerana ramainya perempuan telanjang di dalam filem itu, maka ia masih juga bertahan? Oh bangsaku! Apa nak jadi dengan kita semua hari ini?

Alo call, tiada aku jawab tadi. Sukarnya nak jawab bila kita ada tugasan nak menyelamatkan dunia. Kat Kino belek-belek buku, lalu kupelajari sesuatu; ada novel dihargai apabila pengarangnya menulis kisah-kisah purba bangsa mereka. Mungkin aku boleh mulakan dengan kisah Sang Kelembai agak-agaknya?

Ny call, dua kali. Kali pertama, ajak aku minum. Tapi, aku sibuk di sini. Telefon kali kedua, dia suruh aku cari sebuah buku di Kinokuniya. Aku tak janji, tapi mana tahu kalau-kalau tergerak ke Kino nanti.

"The Frickle Question... Howard Jacobson... Baru menang man booker prize..." sms Ny. "Kalau awek pelayan Kino tu tak tau apa tu manbooker, suh dia dating dengan aku dulu... ha ha ha."

Huh! Boleh tahan jua 'keganasan'nya... Tapi, dulu masa aku tanya di kaunter, yang jaga tu bukan awek, tetapi balak jua adanya. Ah! Hentam sahajalah..balak pun ada hak untuk mendapatkan maklumat berhubung apa itu manbooker? Tak kanlah nak dating dengan awek, amoi sahaja kalau depa tak tahu pasai manbooker.

Janganlah kita (Hapa? Kita?) diskriminasikan para balak, Ah Kau lalu melebih-lebihkan awek, Ah Moi pula...

Sebenarnya...ada isu yang serius dan tak kalah menarik juga untuk dibincangkan di sini mengenai pengetahuan jurujual buku di gedung gudang buku ini. Pernah suatu ketika aku bertanyakan seorang jurujual lelaki tentang sebuah buku yang aku pernah baca di matrikulasi dahulu; To Kill A Mockingbird.

"Ada tak terjemahan buku ini dalam bahasa Melayu?" aku bertanya kepada jurujual lelaki Melayu itu. Ia muda dan kulihat ia bukan betul-betul minat buku-buku.

"Tak salahnya ada, cuba cari di Perpustakaan Negara," katanya, acuh tidak acuh, suara seperti angkuh pada pendengaranku. Tak periksa langsung dalam sistem. "Kalau tak salah Patah Sayap Terbang Jua."

Aku geli perut, nak tergelak dalam hati. Itu tajuk novel arwah A Samad Ismail daa... Lain kali, kalau tak tahu, cakap saja terus-terang dan jujur, jangan berlagak sangat cara bercakap tu. Cakap terus-terang contohnya...

"Maaf encik saya kurang periksa..." / "Saya masih baru dalam hal ni, nanti saya cuba tanya orang."

Cakap macam tu pun dah kira ok. Kemudian, ambil buku itu dan tanyakan pada rakan-rakan sekerja. Biarlah nampak ada inisiatif dan sedikit usaha di pandangan mata pembeli buku. Kita pun akan hormat.

Sekali peristiwa, aku tiba di PTS, lalu bertanyakan kedudukan To Kill A Mockingbird itu. Lalu, ada pegawai berkata buku itu termasuk dalam senarai yang akan diterjemahkan. Ya, maknanya belum ada terjemahan lagi. Adus! Masalah besar jurujual buku di negara ini. Kena ada kursus untuk mereka ni.

Awek MPH, Istana Budaya dan Aswara?
Rerupanya, Ny bukan bermain-main apabila mengajakku berlabun di bucu ini malam. Selepas itu, L.I turutlah sama menghubungi lewat chat Facebook ini. Mereka 'mengumpan' dengan tiga dara - Aswara, Istana Budaya dan MPH. Ish! Betulkah ini? Kadang-kadang aku macam tak percaya. Tapi, kalau betul, rasa rugi pula.

"Yang dari Istana Budaya tu penari..." katanya L.I lagi. Ahah! Baru aku teringat, Jangan-jangan, mereka ni kot yang akan jadi panelis dalam acara Dialog Orang Muda (Dom) kelak? Tajuknya berkaitan penulis wanita.

Aku masih jua setia di sini; menggodam bahan, mengunyah fakta, meredah belantara di rimba data, menakluk segala aksara yang bertabur di dunia internet maya, sambil menantikan tayangan filem Wall St, 9:45 malam ini.

#########################

3 Zulkaedah | 12 Okt (Selasa)

Lepas Subuh, aku tak dengar kuliah, sebab perut sudah lapar. Aku ke Teratak Pak Ali lagi. Dan jemaah darai jelita itu masih juga berlabun di situ. Siapakah mereka ini? Dari daerah manakah mereka ini beroperasi?

Ke Mid Valley, aku ingat GSC tiket murah hari ini. Kena RM8 juga. Silap perhitungan. Jadi, bila tiket murah?

"Esok, kata kerani itu," kata kerani itu. La.. aku ingat hari Selasa murah. Aku terus beli Eat, Pray and Love dan ia agak lama; 2 jam 30 minit kurang lebih. Aku masuk jam 4:30 petang keluar 6:50 petang. Bagus, daku puas hati. Ia merawikan kembara rohani Insan Barat mencari Tuhan menurut ajaran kejiwaan Hindu.

Akankah diri ini bakal mengambil ijazah tarekat Nur Ashki dan Gullen School?
Daku bercita-cita mahu ambil tarekat Nur Ashki dan Gullen School dari Turki untuk kembangkan kerohanian Islam di sini. Nanti boleh aku rangka silibus ESQ Islam kepada Non-Islam di sini dan pelancong Barat di sini.

Mungkin aku kena beli senaskhah novel Elizabeth Gilbert ini sebagai permulaan untuk membuat kajian awal.

Hajat daku ingin menulis di Burger King tiada kesampaian kerana kelajuan Celcom Broadband merosot teruk hingga daku mengantuk bangat sampai daku tak dapat hantar bahan artikel tadi. Mungkinkah Najib - Rosmah sedang beriltizam agar gerakan menjatuhkan mereka yang kudalangi ini dilumpuhkan? Argh! Urgh!

Akan menubuhkan pasukan penyiasat persendirian
Jam 9 malam, masuk pawagam semula; menonton The Other Guys. Kali ini daku terlewat sedikit sahaja dan dapatlah kutulis beberapa ungkapan dialog ke dalam telefon bimbitku.

Ya Goldman Sachs. Disebutkan juga kes 'permit tetangga', apakah entah istilahnya dalam bahasa Inggeris ini? Aku rasa SPKB perlu tubuhkan pasukan kumpulan penyiasat persendirian guna menyiasat kes-kes macam ni.

Keluar panggung, kulihat ada filem Amerika Latin percuma di GSC Mid Valley dan GSC Pavilion dan GSC 1 Utama. Kalau free aku pergii. Bassa Nova? Lagu inilah yang Saloma menyanyi dalam Nasib Do Re Mi. Juga, Ibrahim Din sudah sebut kalimat 'Rumba' dalam dialognya. Apa yang berlaku sebenarnya pada zaman itu?

#########################

2 Zulkaedah | 11 Okt (Isnin)
Selepas solat Subuh, aku bawa perakam suara digital untuk rakam isi kuliah. Hajatku supaya dapat rakamkan semua ilmu pengetahuan ini sebagai modal dan bekalan akhiratku jua adanya.

Di Teratak Pak Ali, kulihat darai-darai jelita. Sebenarnya, sejak pagi Subuh kelmarin lagi, aku nampak kelibat mereka ini. Mungkinkah mereka datang dari sini juga? Di sini rupanya 'port', tempat mereka berlabuh lepak.

Petang ni pi Kelana Jaya, ambil tiket The Other Guys lalu kuambil Malay Mail percuma di LRT Kelana Jaya itu. Rupanya, malam ini ada tayangan percuma filem The Other Guys juga di TGV KLCC.

Malam ini sungguh kalut. Kubawa leptop untuk hantar bahan sastera ke Harakah. Sempat juga aku menulis di Kinokuniya. Mujurlah aku teringat isu Hang Tuah bukan Cina yang sempat kutulis sekilas di Facebook dulu.

Lalu daku copy-paste dalam notepad dan kupanjangkan sedikit isinya, kusendalkan dengan hujah baharu dan kuhujat dengan hal lain. Sedang asyik mahsyuk menggodam, aku ditegur seorang amoi yang bekerja di situ.

"Encik, minta maaf ya," katanya, penuh hormat. "Di sini tidak boleh guna plug untuk menaip leptop."

Daku akur. Teguran pun baik. Cuma aku hairan..apa fungsi plug dekat situ jika tidak digunakan? Selesai kirim bahan, aku masuk pawagam walaupun setengah jam telat. Tak pa, esok boleh tonton lagi filem ini dari mula.

Walau The Other Guys ini termuat hal kelucahan komedi, dan paparan seks humor, namun aku lebih senang dengan isi akhirnya yang kulihat agak penting. Sempat aku salin beberapa istilah itu dalam telefon bimbitku.

Goldman Sachs! Apa kaitannya dengan Goldman Sachs tiba-tiba di akhir filem ini?

#########################

1 Zulkaedah | 10 Okt (Ahad)
Agak-agaknya TV2 memang peruntukkan Ahad petang sebagai hari filem klasik, mungkin. Kali ini, ia mengisahkan Anna Karenina, (Leo Tolstoy).

Daku rasa karya Tolstoy ni nampaknya hebat kerana ia berkisarkan kisah kecurangan orang berkuasa. Langsung aku teringat Rosmah. Hari ini, bebas sedikit mengarang...suka...suka...

Daku tonton Knight Rider di TV9. Ketika menggodam nama heroinnya; Deanna Russo, aku terjumpa dengan Aaron Russo di Wiki. Ketik DI SINI. Depa ni adik-beradik ka? Paling sadis, kutemui nama Tal Russo, iaitu nama pegawai tinggi Israel. Urgh! Adurgh! Habis... adakah Deanna Russo turut terjebak dalam lingkaran ini?

Alo sms petang tadi, "Bila nak mai rumah? Banyak kerja-kerja kita tertangguh..." Daku rasa, musim ini, adalah musim melawan KDN balik menggunakan Harakah dan Harakah Daily. Cuma, aku rasa agak penatlah juga jika KDN tak bagi aku tulis macam aku bantai PPSMI dulu.

Tulis isu PPSMI dulu, tak dak pulak KDN gatai-gatai meghela nak kacau daun. Mai tang bab bantah AMCP ni, depa amat tidak senang. Jadi rumusan awalku-bantah AMCP tu cabarannya lebih kuat berbanding PPSMI itu. Tadi, aku tegur Jimadie di FB, buat 'perjanjian' longgar bahawa aku nak sentuh isu AMCP di M'kini.

Makin hampir turun selatan Malaya, ertinya makin hampir pula ke fasa menuju ke utara tanahair
Malam ini, Haidi call, tanya aku tentang Tanjung Piai di Johor, Kukup dan Pontian. Insya Allah nanti aku turun, tidak boleh cakap banyak sangat mengenai perancangan-perancangan la ni. Bahaya ada di mana-mana.

Aku selalu anggap bahawa gerakan hati rakan-rakan itu sebenarnya mewakili arahan Tuhan juga. Tuhan mahu bersuara kepadaku lewat perkataan dan ucapan orang-orang tertentu di sekelilingku.

Currently have 0 comments: