Urusan pengiklanan, sms 014-3233287 @ mel-e ibnuamir@yahoo.com, subjek: Iklan Karya Fansuri
Latest News

21 - 29 Syawal | 1 - 9 Oktober - (Jumaat - Sabtu)

Thursday, September 30, 2010 , Posted by nota untuk Syiah at 8:46 PM

29 Syawal | 9 Oktober (Sabtu)
Kuliah Subuh ini tidak kalah menariknya. Kalau aku catat ucapan ustaz ini macam zamanku di Maktab Mahmud (masa aku suci dulu), mungkin aku dapat bukukan catatan berguna sebagai modal pelaburan akhiratku nanti.

Sejak pemergian tuan Samsuri Roslan, daku dapat rasakan bahawa betapa miskinnya diri ini di akhirat kelak. Jadi, sesuatu perlu dilakukan segera supaya dapat aku buat sesuatu demi agama, bangsa dan negara.

Hadiri hari terbuka anjuran Masjid Jamek Kg Baru tadi. Sangat menarik walau kepala berdenyut. Aku berasa ada pergolakan dalaman tubuh badanku sendiri sekarang ini. Hala nak balik motor tak hidup.

Dari masjid daku tolak motor sehingga ke flat pasar minggu. Abang pomen tu tukar plug yang sudah merebak kesan karbon dan akhirnya selamat dan sejahteralah motor Kriss aku itu adanya.

"Minyak berkumpul di dalam enjin tu," kata abang tu lagi. Aku pun terfikir darah yang mungkin terkumpul di beberapa urat berselirat. Syukur, motor dan tubuh sihat selepas berpeluh akibat tolak motor.

Aku perlu susun 'wirid' olahraga (senaman) juga selain wirid jiwa, baru ada keseimbangan di jiwa dan di raga.

Balik SPKB kulihat kunci di pintu SPKB itu masih boleh diperbaiki. Alhamdulillah, sudah semakin kejap serta aku yakin ia tidak akan dicerobohi lagi. Masalah motor selesai dan ketegangan yang memuncak di kepala pun akhirnya mengalir keluar bersama angin-angin sendawa selepas penat berjaya mengusung motor.

Banyak masalah kesihatan yang berjaya diselesaikan setakat ini. Kalau kita tidak boleh bantu orang, bantu diri sendiri pun sudah menyebabkan masyarakat kita tidak melihat kita sebagai tanggungan; liabiliti.

Malam ini, aku habiskan terus tiket filem percuma Magika di TGV, KLCC. Rupa-rupanya penuh panggung di sini, kalau masa cuti. Budak-budak sekolah yang ramai tengok. Pandai sungguh budak-budak KRU ni.

######################

28 Syawal | 8 Oktober (Jumaat)

Menerima sms Ny sungguh banyak dan kulihat dia bersemangat sungguh hari ini. Entah kenapa. Agak ganjil.

Selesai bank-in cek di Bank Islam, aku terus buka puasa hari ke-6. Esok raya. Aku buka puasa di nasi lemak Dang Wangi.

Selepas kuliah Subuh, aku baca Al-Kahfi. Sampai kepada ayat, min duuniha SITRA, aku teringat SUTERA, LALUAN SUTERA. SMN Al-Attas pernah mengaitkan satu kalimat dalam surah Sajadah; KAAFUURA dengan KAPUR Barus di Acheh. Aku sulit nak terima pada mulanya.

Tetapi, sekarang bila aku terserempak dengan SITRA dalam surah Al-Kahfi ini, aku rasa ada kemungkinan juga Arab purba (sebelum Risalah Nabi Muhammad, sebelum Islam) pernah terserempak lalu bergaul istilah.

Aku jadi ahli Pena seumur hidup!
Demi melihat Zalila dan Ny dah jadi ahli seumur hidup, maka aku pun terus jadi ahli seumur hidup juga. Depa ada melawak tadi bahawa nak angkat aku duduk dalam Pena. Tetapi hal itu mustahil sebab daku belum daftar jadi ahli. Tapi, aku bayar RM100 sahaja dulu. Nanti, aku bayar penuh lagi RM100.

Dengan kesibukan bagi memastikan protokol Niwo berlangsung dengan baik, aku sepatutnya tidak masuk ke dalam Kami sehingga diberi jawatan. Memadai dengan menjadi orang biasa sahaja. Dengan itu juga, Pena ini bukanlah pelabuhan bagiku. Tetapi, tadi juga aku debat isu kedudukan bahasa Arab dalam Al-Quran.

Aku terbitkan kemungkinan bahasa Melayu dan Latin Roman pun mungkin terserap masuk di dalam al-Quran lalu kulihat Ny pun jadi gelabah semacam jer nak jawab. Hanya dia sekadar mampu menjawab...

"Aku rasa ko kena selak Lisaanul 'Arab," katanya lagi. "Tu la pasal, rugi juga dulu masa aku mengaji, tak beli kitab kat sana. Beli kitab di sana memang murah-murah harganya."

Lah, tukar tajuk pulak dah. Aku cakap hal lain. Tapi, aku rasa kata-kata itu menyebabkan aku terfikirkan hal lain pula. Rumah Pena kena ada rak pustaka. Ahli-ahli Pena boleh buat sistem barter, saling pinjam meminjam buku di pustaka Pena itu. Ah! Aku terfikir balik, nak buat semua ini, kalau ada jawatan, mungkin mudah!

Gagal melobi pemansuhan AMCP di Rumah Pena
Di bucu, daku bersembang dengan Pak Es Ar, jawapan beliau tidak memungkinkan revolusi islah berlaku.

"Saya bukan tak sokong pemansuhan akta tu. Tetapi bila difikir balik, nasib baik jugalah ada AMCP. Kalau tidak ada akta itu, jadi macam hari tu la - nama Allah nak digunakan sewenang-wenangnya..."

Aku boleh jawab benda ni, tapi dek hormat-kudiamkan sahaja terlebih dahulu. Mungkin pandangan orang lain ini boleh kucatat lalu kujawab sedikit demi sedikit dalam bentuk penulisan berkala insya Allah Ta'ala.

Bertemu dengan Roslan yang baru aku kenal. Kami sama-sama bungkam berdiam. Mungkin perlu lebih masa. Akhir pertemuam aku sempat tanya, "Lan, siapa Presiden NUJ Utusan?"

Dia ingat-ingat lupa namanya. Dibantu oleh Ny, akhirnya aku baru tahu Hata Hawari nama presiden itu. Depa ni mungkin kumpulan grup Amran, bekas presiden Nuj Utusan yang terbuang dan dibuang itu.

Mabuk kuasa dan mabuk fikiran
Berlabuh dekat Jalan Yap Ah Shak, kulihat ada Cina mabuk, muntah-muntah di Restoren Buharry, eee, yark! Euww... Di bucu tadi, kulihat wajah-wajah manusia mabuk kekuasaan, mereka saling jatuh-menjatuhkan.

Kini, di Jalan Yap Ah Shak, yang mabuk-mabuk dan muntah-muntah itu jatuh terguling di atas lantai restoren. Kedua-dua mereka menderita hal yang sama. Akan jatuh dengan sendirinya dan saling menjatuhkan. Ini sikap pemabuk; mabuk khamar dan mabuk kuasa.

Boleh buat cerpen dan puisi satu untuk ibu Perani, watak gadis Melayu Bugis yang tertindas di Singapura.

##########################

27 Syawal | 7 Oktober (Khamis)
Hari sibuk menggodam bahan. Seharian ini tumpuan banyak terganggu kalau menulis di rumah. Aku singgah di KFC, Jalan Raja Laut. Sms Ny mengenai Vargas mengingatkan aku tentang seorang rakan di Amerika.

Dia juga Vargas. Katanya, dia memang bukan asli dari Amerika. 'Keluarga' Vargas ini memang bukan di US.



##########################

26 Syawal | 6 Oktober (Rabu)
Aku pi mesyuarakat Kumpulan Aktivis Media Independen (Kami). Berbagai isu dilontarkan. Kali ini aku puas hati sebab dah ada alat perakam elektronik macam Zarif tu. Banyak idea yang terperap dalam gajet itu.

Setelah habis mesyuarat, aku terima cek Harakah. Aku bergegas segera ke TGV, KLCC, kerana malam ini ada tayangan filem percuma The Switch yang kudapat dari Cinema Online. Juga, berjaya kutebus Magika kat kaunter tadi. Fuh! Dua 'movie' percuma dalam satu hari.

Petangnya tadi disibukkan dengan perjuangan, malamnya terisi dengan kegiatan lagho. Apa nak jadi ya jikalau aku hidup pada zaman A Samad Ismail, Usman Awang dan lain-lainnya itu.

Tapi, aku berjaya juga solat Isyak berjemaah di surau KLCC selepas berbuka puasa di medan selera tingkat 4 di sana. Aku berjaya mengesan kenaikan harga sepinggan makanan yang sudah melampau-lampau.

Dulu koteaw kerang yang aku suka makan tu dalam RM4.50 sahaja, tapi dah naik sampai RM6.50 apa kes!? Last sekali, aku bedal nasi kandar sajalah. Burp..!!

##########################

25 Syawal | 5 Oktober (Selasa)

Berjaya sahur, solat Subuh jemaah dan betullah, memang qariyah ini baca Yasin setiap kali Subuh lepas. Tarekat apa? Amalan warisan Pak Yazid?

Kelmarin terima sms Alo, esok jam 3 petang ada mesyuarat deraf pelan bertindak mansuhkan Akta Mesin Cetak dan Penerbitan (AMCP). Esok kena bersedia.

Aku terima juga sms Alo, ada orang merungut ruangan sastera yang kecil itu pun sudah terlajak masuk artikel politik. Aku rasa ini kerana dengan tiba-tiba artikel Pak Razali yang aku nak masukkan ke ruangan lain tu dah diterbangkan ke ruangan lain. Maka, Yus cakap tempat tu kosong.

Jadi terpaksalah daku redahkan dengan bahan politik aku sendiri. Apa nak dikato? Apa pun, ini menunjukkan bahawa memang peminat sastera Harakah dok pantau juga perkembangan di ruangan ini. Alhamdulillah. 

Baru dapat tiket filem Magika dan kisah petualangan J J Kusni
Ke Cinema Online, dapat maklumat dari Aini bahawa tiket filem Magika tu masih ada dia simpan. Lalu, daku pun pergilah ke Kelana Jaya. Dalam LRT aku meratah buku J J Kusni, ahli Lekra sezaman Bung Pram dalam bukunya yang bertajuk, "Aku Telah Dikutuk Jadi Laut".

Gaya bahasanya itu puitis cantik dan indah sekali. Daku suka ditambah pula lewat pengalamannya yang didera oleh seribu macam kemanisan dan kenikmatan hidup berpetualangan sehingga ke belahan dunia lain di Paris.

Dia dibuang negara barangkali. Entah jenayah yang semacam apa? Moyang di Balikpapan yang syor aku beli buku ini. Aku mengenalinya sudah lama, tetapi perkenalan kami menjadi semakin lebih rapat dan mesra ketika aku berpetualang di Samarinda. Kisah di Samarinda ini agak menarik. Kuharap dapat kutulis juga nantinya.

Balik dari LRT Kg Baru, aku terus ke Flat Pasar Minggu yang khabarnya akan dirobohkan itu. Tukar minyak hitam RM12 dan esoknya aku mungkin datang lagi kerana nak kena tukar 'casing' motor yang dah rosak itu. 

"RM40 harganya," kata si pomen motor itu. "Kalau confirm jadi beli, baru saya pi ambik 'casing' tu..."

"Ya, jadi beli," balasku ringkas. "Kalau bukan esok, lusa saya datang kot..."

Sambil tukar minyak hitam, di corong radia tetuang udara itu aku mendengar Presiden Majlis Peguam sedang ditemubual ketika berkereta ke Wisma Bernama. Ia tentang isu pembunuhan Sosilawati. Dalam kereta boleh interview juga rupanya ya? Aku terfikir nak tulis cerpen mengenai Presiden Persatuan Pemanduan Berhemah.

Kebetulan masa DJ Radio itu sedang menemubual sang presiden sedang menasihatkan agar jangan menelefon dan jangan buat panggilan ketika memandu kerana takut kecelakaan jalan raya. Tiba-tiba, si dia sendiri yang 'accident'! Hah! Hangpa jangan dok ceduk idea cerpen aku pulak... Kah! Kah! Kah!

Lepas buka puasa kusiapkan catatan awal; Breathless in KL di FB. Nasib aku tidaklah begitu baik. Ia hilang entah di mana. Haiz. Daku kaciwa. Banyak hutang puisi, hutang cerpen dan hutang novel yang belum kulunas!

Aku terfikir ingin bukukan kumpulan cerpen, Aku mahu mencari Perani, Balada Burhan di Kg Baru cadangan Saif dan hutang puisi si SK juga. Juga novel mengenai perkampungan Melayu di ibu kota syor Ny juga. Cuma Dia yang tentukan apakah aku mampu melaksanakannya dengan jayanya atau tidak. Tuhan beriku pedoman!

######################

24 Syawal | 4 Oktober (Isnin)
Hari ke-2 puasa. Lepas sahur aku dapat subuh jemaah. Depa baca Yasin lepas Subuh. Mulanya aku sangka mereka mungkin baca Ratib Al-Attas.

Ke TM Tar, hati tersangkut pandangan mataku disambar. Dugaan puasa. Hati rusuh, jiwa resah. Sebuah puisi patut kugubah bagi menyatakan rusuh resahku di sini.

Di sini aku terserempak dengan abang Amran, kolumnis BH. Dia macam tidak selesa. Sangkaanku, dia masih menyewa di sini. Daku mungkin boleh semak alamatnya dengan kerani cun di sini kerana dia membayar bilnya di sini juga seperti aku. Ah! Mungkin Ny of BH boleh membantu?

Perang jiran sebelah masih berlaku. Aku ingat depa dah belah lepas raya, rupanya masih ada. Patutlah, orang tertentu hendak sangat hilang ghaib ke 'alam sebelah' kerana tidak tahan dengan perangai manusia.

Selesai 'draw' duit untuk bayar bil telefon rumah, daku mintak borang potong talian kerana dah lama tak guna. Di TM, aku call Aini Cinema Online, bertanyakan kalau-kalau dia simpan tiket filem percuma Magika.

"Call esok," kata seorang kerani lain. "Hari ini dia bercuti...". Banyak betul senarai yang aku kena buat la ni. Nak kena jumpa Al-Masri bincang 'novel' perubatan alternatif dan rawatan ruqyah, juga pergi TH Perdana cari rumah lelong, dan beberapa hal penting yang perlu kurahsiakan daripada Najib Razak, SB Bukit Aman.

Selepas solat Isya' berjemaah, perlahan-lahan aku dah mula faham bahawa semua hadis yang sesuai dengan kerohanian jiwaku inilah yang perlu kujadikan wirid harian sehingga ke hari tua kelak.

Juga aku baru faham sesuatu, seperti mana amalan solat itu wirid, maka masa mengarang itu juga adalah suatu wirid juga. Maka, aku perlu susun wirid amalan ritual, termasuk menyusun wirid penulisan juga.

Tarekat perlu rangka silibus ESQ untuk Non-Muslim
Semalam ketika saling melantunkan pendapat di FB, daku serta SK saling bertukar hujah mengenai keperluan ESQ Islamik untuk melatih kerohanian Insan Barat yang dahagakan petunjuk rohani. Mungkin ini boleh bawa mereka kepada Islam juga. Aku resah tatkala memikirkan, kenapa insan Barat ini selalu ambil Yoga. Kita ada wirid-wirid yang menyuburkan ketenangan jiwa dan zikir-zikir yang meneguhkan ketangkasan rohani.

Pemergian Samsuri Roslan berasaskan sms Alo benar-benar menginsafkan. Ajal maut di tangan Tuhan. Moga bertambah dan bermutulah amalanku hendaknya. Pemergian Roslan menyebabkan aku nak mengarang suatu yang bersifat amalan kerohanian buat diri sendiri dan sahabat handai sebagai bekalan akhirat. Ameen.

Selesai hantar bahan aku dapati bahanku di'reject'. Semua ini terjadi kerana lambat. Aku belajar sesuatu. Lain kali, jangan lambat. Kecepatan akan menjadi perhitungan di pihak pengurusan akhbar.

Rujuk kitab asal
Aku belajar sesuatu semasa mengarang hal Singapura dilanggar todak tadi. Rupanya ada banyak hal yang kita anggap betul rupa-rupanya tersasar kerana tidak berpandukan rujukan yang asal. Jadi baru aku faham kenapa Paksu Hamid tunjukkan buku-buku yang salah catatan menurut hematnya.

"Ibnu 'Arabi sudah ada 400 lebih jenama..." katanya kepadaku, enggan menyelak langsung buku Ibnu 'Arabi yang aku pinjam daripada PNM itu. Pengajaran buat diriku sendiri - semak dahulu kitab rujukan asal.

Di internet, daku bertembung dengan 'seteru' yang pernah menutup laluanku mengarang dahulu. Tiba-tiba lahir dalam jiwaku; suatu perasaan untuk terus bersaing. Bagus juga ada seteru ini, boleh meningkatkan azam!

##########################

23 Syawal | 3 Oktober (Ahad)
Hari pertama puasa. Aku tutup hp. Perlukan ketenangan diri. Aku barulah terperasan bahawa En Zaidi DBP ajak daku buat liputan di Ukay Bistari lewat FB. Aku cuba hukum diri sendiri untuk jejak kawasan itu nanti.

Kepada En Zaidi, maaf. Nanti kita jumpa dekat DBP ya, borak-borak panjang lebar, insya Allah Ta'ala...

Aku berteleku menenangkan diri di rumah dan ada nikmatnya bila mengarang tanpa gangguan dengan hp daku tutup. Petang ini sambil mengarang, menonton filem klasik Yankee Doodle Dandy. Daku baru jelas sedikit hal kedudukan orang Ireland Amerika yang mungkin berasal daripada Irish Druids.

Rerupanya, Cohan inilah yang menyuntik semangat 'American Dream' dalam jiwa Amerika itu. Di dalam sudut lain, aku sedang mengesyaki bahawa darah Yahudi mungkin juga mengalir keluar dalam darahnya sebab nama dia Cohan, sementara nama keluarga Yahudi adalah Cohen.

Juga, aku baru sedar bahawa nama-nama Irish di Amerika adalah Dennis seperti filem Dennis the Menace itu.

Mesyuarat agung Rumah Pena pun aku tidak pergi walau mendapat kiriman sms dari En SM Zakir. Petang ini Ny mengirim nota chat FB, mengajakku pergi ke BookXcess di PJ. Juga, aku buat 'dono' (don't know), tidak pergi kerana asyik melayan filem klasik petang ini. Sorry brader... nanti kita pi cari peta Israel sekali.

Syukur, dengan izin Allah, daku berjayalah solat Isyak berjemaah dekat Masjid Jamek Kg Baru setelah Isyak semalam gagal jemaah dan Subuh berjemaah pun gagal jua selepasku bersahur pagi tadi. Hadis yang kubaca di Pendang itu benar-benar meresap sebagai pegangan dan pedoman wirid amalanku.

SPKB diceroboh?

Mashi sms, dia minta harga tambang ke Singapura dengan pesawat kerana dia jadi pergi Singapura bersama kami sekeluarga. Tetapi, malam ini pula aku terima pautan di wall FB, ada suatu keluarga yang terpisah sebab pihak Imigresen dah buat hal apa ntah. Semoga nama aku bersih di negara republik berkenaan.

Rakan penulis yang dok serumah ini, daku syak dah masuk ke ruang bilik SPKB. Dia sendiri mengaku ambik novel Ramlee Awang Murshid. Kalau betul, aku perlukan masa nak 'sound', tapi 'sound' cara elok-eloklah.

Kenapa ramai sangat nak masuk geledah, selongkar ibu pejabat SPKB yang dah macam tongkang pecah ni aku pun tak tahu. Ny Jumaat lalu, masa di Bukit Jalil dah cakap, nak letak meja satu supaya dia dan L.I boleh duduk sekali. Tapi, aku juga perlukan 'privacy'. Sekarang, dah kena 'ceroboh' oleh pendatang baharu... :(

T S Lanang larang aku pergi ziarahnya di rumahnya

Lalu, aku teringat idolaku T S Lanang dulu yang aku teringin sangat nak pi ke rumahnya. Ketika aku nyatakan hajatku untuk ziarahnya di rumah, maka dia menjawab...

"Tak boleh datang," katanya, tegas. "Saya nak duduk rumah ni untuk banyak masa untuk berfikir."


Mungkin, pabila sampai waktunya kelak saat aku dah capai maqam martabat Paksu Mid Bukit Tembaga, jadi bolehlah aku buka ruang gelanggang tamu untuk penziarah aku kelak. (Insya Allah Ta'ala, ameen...) masa itu, boleh kudoakan mereka seperti Paksu doakan para penziarahnya dengan ayat terakhir surah Nuh; (Nuh: 28).

"O my Lord! Forgive me, my parents, all who enter my HOUSE in Faith, and (all) believing women: and to the wrong-doers grant Thou no increase but in Perdition!"

Sekarang, SPKB berdarjat 'Sanggar' bagi pendeta muda dan aku selalu melihat sosok T S Lanang itu seperti pendeta lagaknya. Watak Paksu pula adalah kelibat orang sakti (agamawan) dan rumahnya di Bukit Tembaga itulah 'Langgar' bagiku. Langgar terbuka saat kucapai darjat kesaktian bagai orang sakti, insya Allah Ta'ala.

########################

22 Syawal | 2 Oktober (Sabtu)

Terima prarasa yang kurang baik. Aku batalkan perjalanan ke Sg Merab. Sejak kelmarin ditinju pertanyaan bertubi-tubi dan diasak tumbuk soalan bertalu-talu, rasa lain macam. Kututup hp sebab rasa diintip, diintai orang.

Kelmarin, bagaikan SB, Ny bertanyakan hal Gunung Jerai dan semuanya. Tapi, itu cuma gurauan aku sahaja. Cuma, hal yang tidak 'best' dan berita yang menggoncangkan hatiku ialah - aku disangsikan ramai penulis.

"Ada satu gambar di Facebook, kat situ tiba-tiba timbul nama kau, Ali... dia orang dok bincang pasal kau," kata Ny. "Kau dok syak kat orang, orang sedang syak pada kau, itu kau tidak ambil kira..."

Syawal dah nak habis, puasa 6 pun belum lagi
Kini di akhir Syawal, aku pun belum tamatkan puasa 6 lagi. Kelmarin sebelum bertolak dari Pendang, sempat kutelaah sebuah hadis yang sangat baik menurut hematku.

Nabi pesan untuk masuk syurga maka, sebarkanlah salam, berilah orang makan, berpuasalah sepanjang tahun dan bersolat sepanjang malam. Kemudian, sahabat bertanya, bagaimanakah mahu laksanakan semua itu.

Sebarkan salam itu aku faham, tapi rupa-rupanya memberi orang makan itu juga tak bermaksud buat kenduri, puasa sepanjang tahun bukan bererti puasa tetiap hari macam Paksu Abdul Hamid Bukit Tembaga serta solat malam bukan bererti solat setiap malam seperti yang disangka dalam konteks hadis itu.

1. Kalau kita memberi makan kepada anak isteri kita, ertinya kita sudah memberi makanan kepada orang.
2. Kalau kita berpuasa di bulan Ramadhan, lalu ditambah dengan puasa 6 di bulan Syawal, maka bererti kita berpuasa setiap hari.
3. Kalau kita boleh solat berjemaah masa Isya' dan kemudian solat berjemaah Subuh, itu bererti kita bersolat sepanjang malam.

Aku akan cuba berpuasa esok insya Allah dan aku cuba bersolat jemaah Isyak dan Subuh berjemaah. Di sini, aku boleh uji diriku sendiri, apakah aku kuat atau pun tidak. Esok bermulalah masa mujahadah..fasa pertama.

Hp akan aku tutup jua esok kerana tiada mahu gangguan seperti mana aku tutup hp hari ini... Cubalah tengok. Kalau berjaya, berjayalah. Kalau tidak berjaya, apa nak buat...

Bagus juga hari ini, bila 'melarikan' diri, maka dapat kuteruskan beberapa penulisan dan nampak proaktif sikit.

######################

21 Syawal | 1 Oktober (Jumaat)

Baru balik ke KL. Maka, bermulalah suatu perjalanan baharu yang aku pun tidak tahu ke mana penghujungnya.

Sebelum balik, di rumah tadi abah mengingatkan hal passport aku, sama ada masih hidup atau tidak. Rupa-rupanya dia nak ingatkan waktu kami bertemu di Singapura sebelum Raya Haji nanti. Mungkin pada hujung Oktober ini juga kalau aku tak silap.

"Lepas ni, kita terus jumpa di S'pore lah?" tanya abah. Aku mengangguk. Nama aku bersih kata abah. Jadi tiada masalah kalau nak masuk negara republik itu. Aku pun dah tak tahu yang mana satu Jalan Pichitan, tempat Dr Burhanuddin Al-Hulaimy memulakan kegiatan politiknya dahulu di sana. 

Juga, Kg Taugeh yang disebut oleh pakcik yang aku jumpa di Tanjung Tuan itu. Entah kat mana ya? Agaknya terkubur terus, dikambus oleh pusaran arus kemodenan yang demikian pesat menggugat.

Di Bukit Jalil
Aku terima panggilan daripada Zarif. Katanya, esok ada pertemuan di rumah Prof Wan di Sg Merab jam 2. Di Bukit Jalil, bersembang panjang dengan Ny. Antara rumusan Sekolah Pemikiran Bukit Aman...

- tercapai rumusan mengenai cara memulakan debat sk vs ft. Tapi, dia tak mau campur tangan banyak sangat sebab takut.
- tasykil beliau mengenai kedudukan alam ghaib, kedudukan khadam, malaikat ruhaniyyin, tarekat, bunian, nakhoda khalifah. Ada maklumat penting dalam buku prosiding Ikrab kerasnya itu - iaitu mengenai suatu puak di Kalaibah (Kedah??) yang makan gandum dan main pedang.
- Aku sebutkan juga kekecewaan aku terhadap sikap pemikiran orang-orang kita yang... apabila mendengar hal-ehwal mistik ni sikit, pasti dah terfikir pasal nak kaya, seks, nak bela khadam, wafaq.

Otak orang-orang Melayu ni nak jadi apa ha! Aku rasa macam nak jerkah saja. Kalau aku boleh masuk alam sebelah, daku tumpukan hal-ehwal akademik. Selalu sangat pergi ke situ kalau kita bercakap hal ghaib. Mana ada yang langsung terfikir hal ini ada kaitan dengan akademik dan kajian sejarah bangsa.

Currently have 0 comments: