Urusan pengiklanan, sms 014-3233287 @ mel-e ibnuamir@yahoo.com, subjek: Iklan Karya Fansuri
Latest News

27 Syaaban - 4 Ramadhan | 8 - 14 Ogos (Ahad - Sabtu)

Friday, August 13, 2010 , Posted by nota untuk Syiah at 1:15 PM

11 Ramadhan | 21 Ogos (Sabtu) 

Pergi ke rumah Prof Wan di Sg Merab. Aku terlewat sampai. Ny tak jadi datang. Lutfi, Zarif, Ali Atan dan abangnya Arif menunggu di UKM.


Mujurlah Hilmi tiba-tiba call ketika aku di LRT Kg Baru. Jadi, aku boleh pi dengan dia. Itu pun banyak dugaan sepanjang perjalanan. Aku tunggu di stesen Bangi dan dia tunggu dekat komuter UKM. Akhirnya, tibalah juga di rumahnya. Rumahnya macam Istac! Wah!

Dalam perjalanan, Hilmi sebut mengenai tuduhan dan fitnah dan dakwaan yang terpalit ke atas Prof Al-Attas. Tuduhan membazir dan rasuah, padahal ia tidak berlaku. Kasihan sungguh.


"Prof Al-Attas tak suka beli barang dari orang tengah, jadi dia terus berurusan dengan pembekal," kata Hilmi ketika kami dalam perjalanan ke rumah Prof Wan.


Hal itu, tambah Hilmi menyebabkan wujudnya ruang untuk menuduh beliau atas rasuah. Oh! Sungguh zalim...

"Tuduhan lain Al-Attas itu dikatakan suka membeli barang mahal-mahal dan membazir," katanya lagi. "Sebenarnya, barang-barang perabot itu berkualiti tinggi dan tahan lama. Kalau UIAM beli, memang setiap tahun kena tukar, kena pakai duit banyak juga."

Akhirnya, baru aku tahu bahawa ada rancangan-rancangan tersirat nak bukukan pengalaman mereka di Istac ini, untuk buat pendedahan berhubung fitnah yang pernah dilemparkan ke atas mereka.


Kalau aku nak tolong, mahu dimulakan dari arah mana? Prof Wan? Dr Zainiy Uthman?

Kuliah mengenai Budaya Ilmu ini sepertinya akan diadakan secara bersiri. Rugi aku tak ada MP3 player. Aku bercadang mahu membukukan jawapan dan kuliah-kuliah ini juga walaupun ada tegahan Prof Wan yang minta jangan ditulis dalam blog dan Facebook. Ah! Aku rasa hal sensitif kot yang mereka agak keberatan.

Kalau isu-isu ilmiah, akademik, tak ada apa rasanya kot? Aku namakan kuliah ini sebagai Kuliah Terakhir, The Last Lecturer, macam The Last Supper; kisah Nabi Isa dan Hawariyyun dalam jamuan terakhir mereka.

Kuliah Terakhir - The Last Lecturer
Prof Wan sebak juga bila menyebut kisah Umar yang tidak dapat menerima hakikat tentang pemergian nabi itu. Katanya, selepas ini, Tuhan tidak lagi bercakap dengan mereka.

"Macam Prof Al-Attas, kalau dia dah tak ada, siapa nak ganti dia? Ibu mertua saya kalau dah tak ada, habis peluang saya dan tak boleh lagi bercakap dengannya," katanya dengan nada sebak. Memang dia pun mutakhir ini sibuk menjaga ibu mertuanya yang sedang tenat berjuang meneruskan hidupnya itu.
 
"Saya ni tak pernah ada cita-cita nak menggantikan tempat Al-Attas. Jadi pembantu dia pun, syukurlah, nikmat besar dah," katanya lagi.
######################

10 Ramadhan | 20 Ogos (Jumaat)
Di Jalan Raja Muda Musa mengusha awek, mengutip dosa sebagai modal istighfar pada malam hari. (Kah! Kah! Kah! Astaghfirullahal Azhim...)

Bertemu Solahuddin USM. Kini dia di Menara Berkembara Petronas kat aras 56. Kami bertukar-tukar no hp. Dia juga mengikuti perkembanganku di FB rupa-rupanya. Memang FB ini akan jadi kuasa yang sungguh kuat.

Petang ini, hajatku ke UM tak kesampaian, ingat boleh jumpa buku Ma'na Kebahagian. Di dalamnya ada takrif Barat menurut Al-Attas.

Malam. Ny datang berkenalan dengan Naz, 'house-mate' aku yang  dah ada novel itu. Kedudukannya sebagai novelis menyebabkan Ny sanggup datang ke sini. Naz terharu kerana wartawan BH Sastera menziarahinya. Rupa-rupanya, hari ini ada iftar bersama Abim di BH, sebab itu Ny call aku petang tadi.

"So, rumah ni dah jadi rumah penulis," kata Ny lagi. Kuat berangan member aku ni. Tetapi manalah tahu kalau-kalau mulut dia masin, rumah ini akan jadi sejarah selepas daku mati. Aku banyak diam. Malam ini aku cepat mengantuk. Entahlah kenapa. Terlelap aku di atas sofa tadi.

Kami berlabuh di kedai makan nasi lemak Dang Wangi akhirnya Ny bagi mengiktiraf nasi lemak itu sebagai sedap. Aku cerita kenapa aku boleh tiba ke sini. Daku kerap bank-in cek di Bank Islam di sini, kemudiannya, aku singgah di sini bagi meraikan kejayaanku bank-in cek.

"Kadang-kadang, selepas bank-in cek aku terus ke pawagam Capsquare yang tidak jauh dari situ," kataku lagi. Jalan kaki pun boleh sampai. Kg Baru ni unik bagiku. Ada bahagian kecil nampak kampung, tapi sebelahnya itu sudah moderen dengan begitu pesat dan pantas sekali!

Antara bebelan khutbah yang paling menarik ialah kemunculan Assasin, Hassasin. Dia menegur kehidupanku sebagai minimalisme sebagai keadaan yang merbahaya.

"Kelompok ini boleh ditarik menjadi Assasin," katanya, sambil merujuk bukunya The Assasin Business yang dibelinya dengan harga RM17. "Tapi, kelompok ini akhirnya sukar dikendalikan sebab mereka ada kesedaran moral..."

Patutnya, aku dah beli MP3 player di Low Yatt, untuk merakam bualan-bualan semacam ini. Patutnya dengan bertukar fikiran seperti inilah, pengetahuan kita akan mula bertambah.

Antara lain, falsafahku menyebutkan isu takbur dan makar (tipu daya) Tuhan yang tidak boleh dianggap gelap, sebab Dia adalah Tuhan. Fa alhamaha fujuraha wa taqwaaha - maka Dia yang ilhamkan kejahatan dan jalan menuju ketaqwaan. Hal ini mungkin tercurah dalam tafsiranku kelak, biar pun Ny lihat daku cenderung seperti Muktazilah. Aku tidak pernah baca fikiran Muktazilah, tahu-tahu saja bila aku cakap, orang dah dakwa daku Muktazilah. Lah... aku nak buat macam mana?

Rumusan lain (1) kelemahan Universiti Al-Azhar, sikap pegawai Universiti Al-Azhar yang meloyakan. "Burkha...!" kata Ny. "Itu maksudnya dia suruh kau datang esok, walaupun masih ada banyak masa."

(2) Aku bangkitkan isu terjemahan kitab-kitab Arab ke dalam bahasa Melayu yang sangat kurang. Yang ada, ialah dalam bahasa Indonesia. Dia bersetuju. Kalau aku faqih dan fasih berbahasa Arab, insya Allah aku mahu terjemahkan Futuuhat Makkiyah Ibnu Arabi, pegangan Paksu Hamid Bukit Tembaga itu. Baru 'cool'.

(3) Ada dua hikmah kenapa Al-Quran itu diturunkan dalam bahasa Arab. Pertama, bahasa itu indah dan ayat yang disebutkan dalam bahasa Arab itu menyampaikan makna yang lebih jelas ketimbang bahasa lain. Kedua, bangsa Arab itu sendiri adalah bangsa yang kuat ingatan dan daya hafalannya. Itu sangat membantu dalam hal penyusunan semula Al-Quran selepas berlalunya beberapa tempoh masa.

######################

9 Ramadhan | 19 Ogos (Khamis)
Mengirim bahan sastera. Juga bahan lain. Banyak betul masa aku terbuang di FB. Kalaulah dihimpunkan balik dan digunakan secara kreatif, mungkin boleh buat duit ni. Hurm...

Don F mengirimkan sms, menyatakan bahawa Syakir al-Kanadi (Canada) tidak dapat berbuka puasa. Juga, Hasni Paksi mengirim sms berhubung mesyuarat kos buku terbitan Paksi itu.

######################

8 Ramadhan | 18 Ogos (Rabu)
Don F kirim sms berhubung cadangan berbuka puasa di Kg Baru esok. Aku setuju. Alo sms, "Lama tak sembang-sembang dengan anta. Datanglah Ampang."

Pergi ke Kelana Jaya, mengambil tiket filem Grown Ups dan hadiah The Expandables; t-shirt, pisau. Dalam LRT aku tadarus Al-Quran.

Al-Qur'an Society
Aku terfikir nak memasyarakatkan Al-Quran, mungkin boleh berkempen seperti baca Al-Quran@LRT. Setiap ahli digalakkan mendaftarkan nama mereka dalam Goodreads.com dan masukkan Al-Quran dalam senarai bacaan mereka.

Aku tiba di Kg Baru, jam 4:32. Beratur ambil bubur lambuk. Aku beli murtabak Din dan air jagung di Bazaar Jalan Raja Alang. Masa jalan, aku fikir bahasa Arab yang diajar hari ini melambatkan orang fahami Al-Quran.

###################

7 Ramadhan | 17 Ogos (Selasa)
Pagi jam 9 kurang lebih, menerima sms dari Prof Wan Atma. Ada ahli keluarganya sakit. Jadi, pertemuan ilmiah mahu dilangsungkan di rumah.


Ini mungkin peluang baik untukku mengetengahkan kursus Kebudayaan Barat dalam fikiran Al-Attas seperti kursus Titas di universiti itu. Mungkin hasil perbincangan itu boleh dibawa kepada kementerian pengajian tinggi dengan Saifuddin Abdullah.

Jam 3 petang Lutfi Ishak sms, "Aku nak pi rumah Prof Wan jam 5 petang ni Sabtu ni, hang nak ikut?"

Terlewat ambil bubur lambuk, tapi mujurlah ada rezekiku lagi di sana. Kemudian, inilah kali pertama aku jalan di Bazaar Ramadhan Jalan Raja Muda Musa. Ya, kelibat awek itu ada di sana.

Petang ini, syahadah memetik pandangan seorang pemikir Islam di India. Katanya, beliau, "Rakyat Malaysia tidak mendiskriminasikan masyarakat Kerala..."

Ya, memang betul. Mantan Perdana Menteri kita adalah anak jurai keturunan Kerala juga. (Ish, boleh tahan juga aku mengutuk orang-orang ni dalam bulan Ramadhan ni. Aliran pahala puasaku ni entah hanyut ke mana agaknya ya...)

Malam ini, Prof Wan call balik, dan kami buat perjanjian. "Sabtu depan, jam 2 petang sampai 5 petang..."

###################

6 Ramadhan | 16 Ogos (Isnin) 
Selepas menggodam bahan sastera, novel bersiri FT tiba, terpaksa buang semula artikelku. Kata Alo, hari ini, aku kena isikan halaman 16 sahaja.

Sibuk mengendalikan bahan akhbar. Sms Yus yang bertanyakan hal Sharil Tabi. Baru aku tahu kedudukan.

"Saya nampak Ali di Astro Awani. Tapi, nama sudah jadi Sharil Tabi," katanya melaporkan. Eh, bila masalah pulak aku dah tukar nama? Izwan tersilap letak nama aku ker?

Baru tengok GMUN 2010, yang berada di bawah UN. Aku sedang mengumpul nama-nama mereka dalam Fansuri's List (peniruan daripada filem Schindler's List). Nanti aku cuba lobi mereka kalau berkesempatan.

Yang aku nak tanya, dengan segala rumusan dan resolusi ini, ke arah manakah perginya kalau tiada peranan PBB. Kalau semua ini masih lagi suatu sandiwara, belia ini perlu mendesak negara-negara mereka agar keluar segera daripada United Nations atau Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu itu.

Angin Rindu Sarajevo siarkan babak Natasha berdemonstrasi di UIAM. Tapi, kena tangkap juga. Ada dua pertanyaan di sini. Bukankah Malaysia melawan penindasan bangsa Serbia ke atas Bosnia? Jadi, kenapakah mereka itu ditangkap di bawah undang-undang universiti?

Kedua, UIAM di bawah Akta Syarikat. Jadi Auku tidak terkena ke atas UIAM. Tapi mungkin juga aku silap pandang. Apakah di sana ada undang-undang khas seperti yang dinyatakan lewat drama itu?

Mukadimah drama ini amat cepat dan pantas berjalan, tidak sempat aku catatkan nama-nama pelakon Bosnia ini untuk kusimpan di dalam Fansuri's List. Juga, kalau mereka ada Facebook, boleh aku jemput mereka itu.

Sahur, aku singgah di Warong Perasan. Awek tu cakap, dia jaga gerai makanan di Jalan Raja Muda Musa. 

"Sebelah kedai-kedai runcit tu, sebelah kanan jalan, kita jual murtabak, kuih... datanglah," katanya.

###################

5 Ramadhan | 15 Ogos (Ahad)  
Filem Hanging Up di TV2 mengingatkan aku mengenai anak-anak yang sudah tidak mempedulikan ibu bapa.

Aku rasa, hari ini orang dah mula buang anak dan anak dah mula buang ibu bapa mereka. Semoga penyakit ini tidak merebak dalam kalangan ahli keluargaku dan keturunanku. Ameen...

###################

4 Ramadhan | 14 Ogos (Sabtu) 

Sepatutnya kuhadir ke mesyuarat Seminar Ekonomi di MBSA, Selangor anjuran kumpulan anak-anak muda dan YB-YB yang menyokong Anwar Ibrahim itu. Tapi...aku punya rencana lain. Mungkin daku akan menulis surat peribadi berhubung kaedah dan cara-cara meningkatkan iktisad dan pendidikan Selangor, insya Allah.

Petang di Amcorp Mall, bergelut sakan dengan Ny dan Lutfi ketika membeli-belah buku-buku. Rupanya aku tidak digoda oleh aneka juadah dan makanan, tetapi digoda oleh buku-buku. Ralat kerana tidak membeli The History of Myths karya Karen Armstrong.
###################

3 Ramadhan | 13 Ogos (Jumaat)
Ada orang baru masuk SPKB. Naz namanya dia pun menulis juga. Novel yang dia tulis sudah dua buah. Mungkin aku boleh berguru dengannya.

Apabila aku ceritakan yang aku bertugas sebagai penulis sambilan, maka matanya seperti bercahaya. Dia tanya aku tulis kat mana. Daku malas nak bagitahu Harakah. Jadi, aku jawab.

"Dewan Masyarakat, Dewan Sastera..."

"Oh, DBP, kenal Fadhli Al-Akiti?" tanya dia semula.

"Kenal, tapi saya pun tidak pernah jumpa dia. Dia pun tak kenal saya agaknya," kataku kembali. Naz ni, rupanya dok berkenal-kenalan juga dengan rakan-rakan penulis ni. Ramai lagi yang aku tak kenal ni.

Petang ini, aku carum duit. Kali ini tidak tertera bulan ke 6 caruman KWSP. Aku minta penjelasan. Katanya, sudah masuk caruman aku itu, cuma ia tidak tertera di atas kertas yang aku cetak tadi.

Urgh! Kalau macam ni, sukar nak tunjuk dekat bank untuk minta 'loan'. Hala nak pergi bank tadi sebelum ke KWSP tadi, kulihat bubur lambuk Pak Hassan di Jalan Raja Abdullah. Mungkin kena rasa juga sikit. Panjang sungguhlah depa dok beratur ni.

Kalau macam ni, kena ubah sikit rutin seharianku. Jam 4 petang kena beratur kat bubur lambuk Pak Hassan. Kemudian, boleh beratur kat Masjid Jamek Kg Baru pula.

Lepas ambil bubur lambuk tu, aku akan 'cuci mata' di sekitar Bazaar Ramadhan di Jalan Raja Alang ini untuk modal aku beristighfar pada malam harinya. He.. he..

Kemudian, hampir jam 6 petang daku balik SPKB untuk tonton Jejak Rasul, diikuti Syahadah dan kemudian, aku mengadap nettbook. Mengarang tafsir ka, atau mengusik dan menyakat orang kat Facebook ka...

Macam tadi, aku sedang jalan-jalan cuci mata, lepas tu tiba-tiba si Izwan (member lama ex-Harakah) Astro Awani tarik tangan aku. Dia tanya sikit pandangan aku mengenai harga ayam melambung la ni.

Aku pun bantailah cakap - kerajaan kena selesaikan masalah ni di peringkat pemborong, kerana puncanya ini semua adalah di pihak pemborong sebenarnya. Ah, demikianlah kisahnya.

Kemudian, lepas berbuka, aku akan berterawih di masjid jamek Kg Baru. Begitulah kisahnya rutin hidupku di bulan Ramadhan yang mulia ini.

###################

2 Ramadhan | 12 Ogos (Khamis)
Aku terima berita gembira, Mr Lanh cakap, aku dah boleh ambil balik ruangan sastera Isnin, Khamis. Selepas itu, gangguan iklan tu tak ada lagi rasanya. Aku rasalah. Bagus juga kalau tak ada iklan tu, tapi kalau ada pun, bagus juga, dengan syarat bayarlah kos iklan tu, supaya boleh bayar honorarium penyumbang.

Terima sms dari Prof Wan, "Ali ada call saya tadi?" Mesej itu tidak kujawab. Bila aku check hp, memang aku ada call dia, tapi aku rasa hp ni tertekan nama dia agaknya.

Aku melihat ini sebagai suatu petanda untuk aku ziarah beliau di bulan Ramadhan ini di Atma. Semoga diri ini diberikan ruang dan peluang dan kesempatan hendaknya.

Malam. Selesai bahan sastera harakah. Aku pi dekat Cathay Cineileisure, tonton The Expendables dengan tiga orang Don. Rumusan terawal ialah mengupah dan menggajikan platun askarku sendiri dalam usaha membuka Yala dan Champa dan Palestin dan Singgora dan Menara (Narathiwat) dan Satun (Setoi).

Kami bermesyuarat dan aku buka The Wisdom of Al-Harits al-Muhasibi. Mungkin karya-karya rohani sangat sesuai untuk dilantunkan ke dalam jiwa askar-askar dan komando yang akan aku bentuk untuk menggempur Bani Yaakob di Bumi Kanaan itu, termasuk Yala dan Champa dan negara-negara lain yang baharu.

###################

1 Ramadhan | 11 Ogos (Rabu)
Bermulalah puasa. Tetapi, aku dah mula mengarut. Menulis surat pertama kepada Prof Al-Attas semalam kira oke lagi. Tapi, bila menulis kepada Muhyiddin Yassin, aku mengutuk tentang Najib dan Rosmah, puasa aku ni kira macam mana ha? Namun, aku sudah mula Tafsir Al-Fansuri, modal awal sebagai amal bekal di akhirat.

Petang. Aku pi beratur ambil bubur lambuk. Hari pertama Kosmo taja bubur lambuk. Bernama TV datang tanya soalan ringkas kat brader yang ada depan aku tu. Dia tanya tentang apa rasa bubur lambuk ni.

Aku rasa, kalau dia tanya apa rasa bubur lambuk tu, aku nak jawab lebih kurang begini...

"Inilah rasa bubur lambuk yang paling AUTENTIK!" biar demam malaria satu Malaya dan terus koma!

Kat Bazaar Ramadhan Jalan Raja Alang ini, kulihat ramai wartawan penyiaran datang. Artis belum menjengah dan menteri pun belum turun lagi. Mungkin nanti kot depa turun?

Aku ingat nak pi Berjaya Times Square tadi. Cinema Online jemput aku pi press conference filem City Under Seige tu, lakonan Aaron Kwok, tapi tak jadilah. Kupatahkan hasratku itu.

Malam. Selepas buka puasa, aku pi tonton City Under Seige. Depa serbu pelakon-pelakon filem City Under Seige gila-gila. Glamer dan sungguh gojes Amber Chia. (astaghfirullahal azhim).

Apabila Aaron Kwok keluar panggung, terus orang-orang Cina serbu dan ikut dia. Begitu kehidupan mereka. Sebagai Muslim, aku harus bersyukur kepada Allah kerana dilahirkan dengan panduan kitab pedoman.

###################

29 Syaaban | 10 Ogos (Selasa)
Aku hantar bahan. Daku merancang beberapa penulisan Ramadhan ini, entah berjaya entahkan tidak, hal itu tergantung kepada Tuhan sendiri.

Kali ini, Ny betul-betul datang dan kami bersidai di nasi lemak Wak Manjor. Dia tanya tentang buku catatan Berita Kampus yang aku bawa. Ya, kenangan lama yang sukar dilupuskan dari ingatan.

Tiba-tiba, cikgu Azhar Tabligh datang. Aku bercerita hal-hal yang lalu kepada Ny. Dia anti Abim sebab Abim Mesir masih bergelumang dengan Nadi Umno di Mesir. Aku minta dia tengok semua ini satu persatu.

Kisah orang Abim dan Syed Naquib Al-Attas sendiri yang tidak suka Anwar masuk Umno kerana Anwar ini cenderung kepada Ismail Faruqi dan Hassan Turabi.

Aku tidak fikir budak-budak Pas kampus, Gamis dan budak-budak sekolah agama faham pergolakan terjadi dalam Abim. Depa pun bukannya nak cerita sangat hal dalaman depa kat aku. Adil ke aku nak cerita semua?

Kalau ada sharing yang betul-betul jujur dan ikhlas, puas hati jugak aku nak share. Ini dok diam, mai tang aku punya story, nak sangat ambil tahu, itu yang buat aku malaih nak cerita tu.

Tapi, bila aku tak cerita sejarah ni, depa boleh jadi bengap sejarah lampau jemaah dan pergerakan di kampus ni. Akan hadir orang-orang yang 'faham selapis'. Kalau nak selesaikan masalah, kena ada orang yang 'faham banyak lapis'.

Antara contoh faham selapis ialah orang-orang yang hairan kenapa Ibrahim Yaakoh dan Ahmad Boestamam masih sokong Jepun walaupun Jepun itu penjajah. Baca sendiri pendirian Boestamam, baru boleh nilai kaedah mereka berfikir ketika itu. Demikian juga, hal-hal pendirian aku yang banyak orang tak tahu.


Nak cerita panjang. Tetapi orang 'faham selapis' siap bawa keluar nas al-Quran dan segala macam lagi untuk hukum beberapa tindakan aku sendiri yang masuk PKPIM dan tiba-tiba boleh kerja di Harakah dan bolehlah pula jadi ahli Pas. Kalau faham selapis, memang 'fail' nak faham cara aku bertindak.

Dalam dunia ini kalau aku mati, nak cari balik orang seperti aku, kena tunggu 20 tahun barangkali. Satu benda yang rakanku cakap - ialah hal 'Non Partisan'. Aku boleh jelaskan panjang lebar, tapi aku nak orang tu tahan mendengar dan bersabar untuk memahami satu persatu.

Macam ni sajalah. Aku menyokong Non-Partisan. Tapi, kenapa aku jadi ahli Pas dan banyak mencurah kerja aku di Harakah. Aku masih lagi Non-Partisan. Tetapi, aku sokong 100% idea Saifuddin Abdullah yang mahu mahasiswa diberikan kebebasan untuk menyertai parti politik.

Walhal kalau aku masih siswa sekali pun, aku tentu tidak akan masuk parti lagi. Agak-agak hangpa, pasai pa aku lebih memihak Non Partisan, tapi aku sendiri dalam masa yang sama menyokong kuat supaya mahasiswa diberikan ruang untuk berparti politik? Aku nak tengok sapa boleh menilai cara aku berfikir.

Hangpa mungkin takut nak jawab. Silap jawab, nanti aku kata hangpa 'faham selapis' pulak. Har... har.. har..

Prof Wan Atma, murid Syed Naquib call
Entah bagaimana, aku terima panggilan Prof Wan tadi. Mulanya aku was-was, tapi bila dapat sembang, aku tahu bahawa beliau adalah orang yang sebenarnya.

Rupanya, dia nampak nama aku dalam paper, tepi kolum Saifuddin Abdullah dalam Utusan Malaysia? Tetapi, hari apa? Jangan-jangan, masa majlis deklamasi puisi riong BH atau acara Dom Pena agaknya depa dah letak nama aku di situ, sampai Prof Wan boleh dapat nombor aku?

Perlahan-lahan, hatiku diresap rasa bersalah kepada teman-teman. Mereka perlu bantuan aku masa aku telah lama berada di kampung halaman. Aku tak tahu apa-apa sejak mutakhir ini.

Nampaknya Tuhan gerakkan hati dan nurani dan batiniah mereka untuk letakkan nama aku dekat mana-mana sedangkan aku bukanlah siapa-siapa pun. Aku pun tak tahu cara mereka pandang aku macam mana.

Perlahan-lahan, aku faham sikit kenapa Ny selalu cakap, kena datang ke tempat-tempat sekian-sekian untuk menghadam isu sastera dan juga hal-hal polemik yang terjadi di sekitarnya. Fuh! Banyak betul kena belajar ni.

Apa pun, aku rasa gembira sekali pabila menerima panggilan telefon Prof Wan itu. Sepertinya, mimpi aku nak bertemu Prof Al-Attas dalam jaga hampir menjadi kenyataan. Setakat ni, terbawa-bawa dalam mimpi saja.

Malam. Aku ke Harakah ambil cek dan terus bank-in. Aku sempat pergi ke nasi lemak Dang Wangi lalu bertanya, puasa kali ini, pukul berapa depa buka gerai?

"Minggu depan baru bukak. Kami bukak lewat, jam 4 petang," kata makcik tu. Hurm...

###################


28 Syaaban | 9 Ogos (Isnin)
Cek sudah tiba, kata D lewat mel-e FB. Ketika aku hantar bahan ke Harakah via mel-e, aku terlihat catatan D mengenai cek itu. Fuh! Lega!

Petang ini, Ny ajak makan nasi lemak Wak Manjor, edisi sebelum bulan puasa. Tapi, oleh sebab aku lewat balas sms, maka dia pun tak jadi datang.

Sales person di Al-Rajhi sudah call aku berhubung housing loan. Aku pun beri maklumat kepadanya tentang rumah di Pinggiran Batu Caves itu.

Aku terus ambil tiket wayang di Kelana Jaya. Sepanjang perjalanan, termasuk ketika berada dalam LRT, aku jatuh cinta banyak kali. Hai, entahlah, apa nak jadi dengan hatiku ini. Aku tidak takut dengan Musa Hassan, Najib Razak, Rosmah Mansur (setakat ini), tapi aku takut pada renungan, tenungan dan menungan wanita

Semoga aku lepas bebas daripada serangan ancaman yang ditimbulkan oleh kaum Hawa ini. Hala nak balik, aku bertembung dengan Mat Saleh yang membawa basikal lipat di LRT di Kelana Jaya. Teringatlah hajatku nak ke Mekah melalui jalan darat itu. Khabarnya, dah ada bas dari KL ke Makkah la ni.

Bila sampai ke LRT Kg Baru, aku lepak di Warong Perasan. terserempak dengan 'aweks cool'. Ini cinta aku untuk pandang kali yang ke-1989. Bagaikan Don Juan de Marco sang 'womanizer', aku tinggalkan si dia juga.

"Pukul berapa restoren ni tutup?" aku bertanya ramah. "Pagi...dalam pukul 4 pagi," katanya. Renungan tenungan matanya... fuh, menjelira berdesup ke dalam lubuk hatiku, menusuk ke dalam jantung kalbuku.
###################

27 Syaaban | 8 Ogos (Ahad)

Terasa nak beli MP3 player hari ini, tapi filem-filem dan rancangan di TV hari ini memang menyeronokkan. Aku juga terlalu leka dengan FB la ni.

Alangkah baiknya, jika beberapa pandangan yang termuat di FB ini, daku kembangkan sebagai penulisan, rencana dan barangkali novel?

Aku sms kepada sales person RHB berhubung rumah yang aku rasa ingin beli, tapi nampaknya N belum jawab. Apakah no hp dia dah berubah?

Jumaat baru-baru ini aku sudah pergi ke Al-Rajhi dekat NZ Garden yang berdekatan dengan KLCC itu. Kerani itu berjanji akan perkenalkan aku dengan seorang jurujual.

"Kalau bukan hari ini, mungkin Isnin depan dia akan hubungi encik," katanya. Dan, inilah percubaanku untuk kali yang kedua untuk mencari rumah. Semoga percubaan kali ini membuahkan hasil. Ameen...

Jumaat lalu juga menyebabkan aku terfikir nak mencari kitab tafsir Al-Quran yang bermutu setelah berbincang dengan Ny. Menurutnya, Tafsir Al-Zamakhsyari seorang penganut Muktazilah adalah antara yang terbaik.

Kalau hajatku sampai dan dimakbulkan Allah, maka tertunailah hajatku untuk mengarang Tafsir Al-Fansuri.

Currently have 2 comments:

  1. Unknown says:

    ikut fikirku yang cetek, mahasiswa wajib dibenar berpolitik, bercakap tentang poltik, tapi janganlah sampai diwajib 'aktif' kumpulan budak Pas, walaupun itu yang mesti jadi objektif utama bila dah kuar dan kerja, tapi dalam 'U' berilah masa untuk mereka cedok ilmu dengan mendalam, kerana bagi budak yang sami'na wa ata'na, mereka akan korban apa saja untuk 'kumpulan budak Pas' kerana takut berdosa, pelajaran jadi terabai bagi yang otak lambat pick-up...macam aku dulu le....noktah fikiran selapis.

  1. asma,

    ayat ini saya perlu masa untuk faham maksudnya, "mahasiswa wajib dibenar berpolitik, bercakap tentang poltik, tapi janganlah sampai diwajib 'aktif' kumpulan budak Pas, walaupun itu yang mesti jadi objektif utama bila dah kuar dan kerja..."

    berhubung ayat ini, "...tapi dalam 'U' berilah masa untuk mereka cedok ilmu dengan mendalam, kerana bagi budak yang sami'na wa ata'na, mereka akan korban apa saja untuk 'kumpulan budak Pas' kerana takut berdosa, pelajaran jadi terabai bagi yang otak lambat pick-up...

    Jawapan: di universiti memang dah ada pensyarah sains politik. Masa tak cukup di kuliah, boleh buat forum-seminar-kolokium dan jemput pensyarah ini pada sebelah malam

    tentang 'fikiran selapis' ini saya minta maaf kalau2 ada yang terasa.

    bebanan menjawab pertanyaan kdg2 menyebabkan saya mudah panas.

    pertanyaan kerap berulang-ulang dan ramai yang tidak tahu latar belakang sejarah.

    untuk mengelakkan kita terjebak di dalam 'faham selapis', paling awal ialah kita kena faham sejarah. ini langkah awal untuk kita dapatkan gambaran menyeluruh gerakan, jemaah Islam di negara ini.

    saya ingin menambah, iaitu JEMAAH bukan lagi isunya sebab yg penting adalah INDIVIDU.

    adakah INDIVIDU dalam jemaah itu yg menyerang atau INDIVIDU jemaah itu yang diserang oleh individu jemaah lain?

    Inilah yang patut dibincangkan dan bukan lagi isu jemaah. wallahu'alam

    http://spkb77.blogspot.com/2010/08/al-asilah-wal-ajwibah-siri-soal-jawab.html