Urusan pengiklanan, sms 014-3233287 @ mel-e ibnuamir@yahoo.com, subjek: Iklan Karya Fansuri
Latest News

22 - 28 Rejab | 4 - 10 Julai (Ahad - Sabtu)

Wednesday, July 07, 2010 , Posted by nota untuk Syiah at 7:43 AM

26 Syaaban | 7 Ogos (Sabtu)

Dinihari. Perangai berfoya-foyaku masih kekal tidak berubah. Selepas habis acara di Rumah Pena, aku bersidai di Jalan Yap Ah Shak. Gembira sudah luput dari jiwa.

Harus aku tidak jadi pergi ke Rumah Pena esok pagi, walau sudah dijemput teman...

Petang. Setiap apa yang kusentuh petang ini serba tak menjadi. Tidak lama lagi nak puasa. Dan, aku harus memulakan rancangan untuk menyusun jadualku dengan baik.

Malam ini aku keluar makan. Sedikit terkejut kerana motor aku ada masalah. Entah, siapalah yang punya kerja sampai raga dan tubuh dan badan motorku terkopak.

####################

25 Syaaban | 6 Ogos (Jumaat)

Ny call aku dan kami bertembung di Kg Abdullah Hukum. Dua kali aku tidak dapat nak merasa nasi yang dia kata sangat sedap itu.


Perbincangan sore ini berkisarkan hal debat di Masjid Zahir Alor Setar melibatkan tok guru pondok yang tidak dikenali tapi hebat. Ada seorang brader di Penang yang bangkitkan cerita ini kepadaku dahulu.

"Aku nak kau semak balik, adakah di Kelantan berlaku debat macam tu di sana?" aku membangkitkan usul kepada Ny.

"Ini hipotesis aku sahaja," balasnya, "Aku rasa orang Kedah ni memang kuat debat."

Ceh! Belum apa-apa lagi dah jatuhkan hukum. Appaa daaa...

Malam. Aku solat Maghrib dan Isyak di Masjid Negara. Lepas Isyak, aku terus ke Rumah Pena lagi. Daku isi borang nak jelajah 1Malaysia. Betulkah tindakan aku ni?

Di bucu, kami berbual lagi. Aku bertanya brader yang jaga penjara ni betulkah di Penjara Pudu ada bilik khas untuk pengamal ilmu hitam? Dia kata tidak. Filem Mantra yang aku tengok tu hanya rekaan semata-mata.

Oh! Begitu rupa-rupanya. Kekosongan jiwa menyebabkan tahanan penjara itu boleh buat macam-macam dan kreatif pula. Penjara mengajar mereka menjadi kreatif. Dan, tidak kurang pula yang sanggup membunuh diri.

Bagaimana nak wujudkan akta untuk tangkap pengamal ilmu hitam ni? Fuh! Daku kenalah bentuk kumpulan baru yang betul-betul berminat untuk menghidupkan wacana ini.

####################

24 Syaaban | 5 Ogos (Khamis)
Terasa lapang sedikit ketika makan-makan bersama rakan-rakan. K dah datang lalu berbisik, memberikan penjelasan "Kadangkala cek sampai dah, tapi kewangan tak cukup duit.."

Dalam kedudukan begini, aku cuba berjihad dengan menukar aliran fikiranku, semua ini ujian Tuhan dan rezeki Tuhan itu mahu diberikan dengan jalan lain pula agaknya.

Malam ini mungkin kena pi UKM kot. Aku pun tak tau ada ke tidak, sedang kemas apa-apa yang patut.

Malam. Sampai di Bandar Baru Bangi, aku terjumpa Aqil Fitri. Aku pelik juga, dah lama tidak dengar cerita dia. Dan, malam itu berlangsunglah kisah 'seni untuk masyarakat' dan 'seni untuk seni'.

"Bila Hitler perintah, karya dibakar dan Hitler seolah-olah dia dah membuat kod etika baharu ke atas karya-karya yang tidak sehaluan dengan matlamat Nazi itu," kata Aqil Fitri.

Aku membuat rumusan sendiri, seni untuk seni ini bukan bermusuh dengan seni untuk masyarakat jika hati kita baik. Cuma, boleh dikata, seni untuk masyarakat ini martabatnya jauh lebih tinggi berbanding seni untuk seni.

####################

23 Syaaban | 4 Ogos (Rabu)
Ke JPB, dikutuk kerana tidak hadir syura Kami. Kalau ikutkan hati nak jugak daku kutuk balik - dulu masa awai-awai aku mai time Alo tengah dok cari orang hangpa tak dak. Tapi, aku cuma ketawa seolah-olah tiada apa-apa berlaku.

Hari Sabtu, time tu aku pi pejabat, seorang pun tak ada, last sekali aku pi bertemu Alo sendiri di rumahnya di Ampang, tang tu depa tak tahu.

Aku kena balik mengadap keluarga di kampung. Lama dah aku tak balik ni. Apabila aku di kampung, aku tak mai, terus kena bambu. Adil depa hukum aku macam tu?

Adil ker, dengan keadaan Cikgu Pa yang takut-takut nak mansuhkan AMCP, tapi aku memang nak mansuh, cuma aku di kampung, maka dengan sebab itu, aku terus dibambu?

Puak-puak ni, kalau aku cabar suruh bambu Cikgu Pa, tobat lahum tak berani. Aku sorang saja yang berani bambu Cikgu Pa ni. Perangai 'bias' ni mengingatkan aku kepada seorang pensyarah aku yang penakut.

Kalau 44 wartawan Berita Kampus buat silap, senang-senang jer dia nak marah. Tapi, cuba kalau TNC HEP yang buat silap, mampuih dia tak berani nak bambu sampai ke sudah!

Tapi yang lebih menyayatkan hati aku ialah sangkaanku meleset. Aku ingat memang betul ada cek untuk daku ini. Rupanya dah tiada. Aku ingat kena mengadap depa ni, sebab depa yang dok pegang cek.

Hancurnya hati aku! Kalau kena kutuk lepas tu dapat cek oke la juga. Ini tidak, perasaanku terbakar dan aku dengar kewangan ada masalah baru-baru ini. Maka aku pun buat andaian...

Ada kemungkinan, aku kena jaga Khamis saja sebab mereka dah ada masalah bebanan kewangan kot? Aku selalu memikirkan masalah orang Pas; 'ajar' mereka cara nak jawab. Mana ada orang dok fikir masalah aku?

Aku pun nak kena cari makan juga. Depa senanglah, gaji tetap, tapi bila disuruh mai syura dah mula merungut mintak jugak aku mai. Aku ni kan kena usaha sendiri dan menjalani kehidupan yang lebih payah dari depa.

Sepatutnya, gaji dah tetap, hati tidak rungsing selalu macam aku. Sampai hati betul depa main-main perasaan aku dengan bab duit ni. Betullah kata orang, jangan dok main-mainkan perasaan orang dengan bab rezeki ni.

"Bulan ni semua orang tak dapat cek," kata Kay lewat sms. Jadi, macam mana pulak aku boleh terdengar yang aku dapat? Macam mana pulak boleh cakap kena ada dua check point sebelum aku boleh dapat cek?

Hati aku dah rentung terbakar hangus dah ni. Depa ingat, depa sajakah boleh marah, kutuk aku macam la aku ni dah tak ada maruah. Tak perlu la aku tulis benda apa yang depa dah cakap tadi.

Aku terus belah dan buat muka macam biasa, tapi tetap saja telingaku menangkap kutukan demi kutukan dan pemergianku masih tetap jua diiringi dengan kutukan sampailah aku sendiri masuk ke dalam lif. Tak mahu nak jerkah kaum Hawa. Tidak macho dan tidak cool.

Sampainya hati... inilah perjuangan Islam agaknya. Iblis mencucuh nyalaan api ke dalam rongga hatiku, "Kau telah diperalatkan demi sebuah perjuangan Islam!"

"Tidak, aku tidak pernah meninggalkannya dan belum pernah aku menanggalkan jubah agama dari jiwaku! Aku cuma protes ke atas sikap mereka yang mahu aku berada di depan sedangkan kalau aku berterusan begini, macam mana aku nak susun hidup berkeluarga, cari rumah dan sebagainya..."


Sedangkan, Alo pun ada cakap, kalau Gandhi tak wujud, nescaya India tetap juga merdeka. Sebab itulah di dalam senarai nama pemimpin agung Gandhi pun jatuh terletak di tangga ke berapa.

Aku pun macam tu la juga. Kalau aku tak ada pun, akan mansuh juga AMCP ni. Daku cukup benci terhadap sikap bertawakal kepada seseorang tokoh. Awat! Kalau Anwar tak ada, BN tak akan jatuh ka?

Aku ni, lagilah bukan tokoh, bukan sapa-sapa. Hajat nak bebaskan Yala, Patani pun tertunda tetapi aku tidak pernah pun nak kacau hidup sesiapa pun untuk ajak depa bersekali denganku. Urgh!


Aku hantar 3 buah buku ke perpustakaan. Kena denda 90 sen sebab lewat hantar. Adus! Aku terfikir juga nak jadi pustakawan, hidup akrab bertemankan buku-buku.

Tetiba, datang fikiran dalam batinku. Aku rasa, depa ingat aku tak ada kerja kot, sebab tu dalam fikiran depa ni, nak swastakan beban perjuangan mansuhkan AMCP ni ke atasku. Dan, yang lebih 'zalim' mana ada terasa pun nak fikirkan makan minum aku dan segala macam tuntutan kehidupan.

Nak kerja kat sana pun, ramai sangat orang dengki kalau tulis banyak sikit. Jadi, apa benda yang boleh daku buat la ni? Jika demikian fikiran mereka (swastakan perjuangan kerana aku free tak bekerja), maka baik aku kena cari kerja juga. Bukan sebab dok fikir hal duit, tapi kerana nak lari dari orang (bukan lari dari medan.)

Sungguh kejam dan zalim Cikgu Pa ni. Harus bagaimana lagi aku lakukan. Kena menukang novel jugak untuk kutuk Cikgu Pa yang takut mansuh AMCP ni.

Lepas keluar perpustakaan negara, aku pergi KLCC, merawat hati yang duka lara, tetiba teringin nak tengok wayang. Aku tengok cerita hantu Indon, sebab aku memang suka cerita seram. Tajuk Kain Kafan Perawan.

Dalam masa menunggu tayangan, aku singgah Kikokuniya macam biasa. Daku rasa memang mimpi dan angan nak bantai Cikgu Pa ni dengan meletakkan watak JI ambush Kinokuniya tu aku kena mulakan juga lah. Mesti aku cuba try mengarang sikit-sikit. Kununnya, aku ni wartawan yang patah hati sebab cek tak dapat.

Then, lari bawak diri ke KLCC, nak tengok wayang, then masuk Kino, baca buku, then siswa JI ambush kat Kino, kepala JI tu anak usrah aku sendiri di kampus. Lalu, depa angkat aku jadi jurubiacara depa bila Musa Hassan and the gang of SB Bukit Aman mengepung KLCC. Fuh! Thriller!

Tapi, yang tak bestnya, seolah-olah JI pun nak swastakan perjuangan dia ke atas aku sama kalau macam ini. Oh, tak boleh, tak boleh, kena tukar, kena tukar ... tak aci, tak aci.. Orang Jalan Pahang pun nak swastakan kat aku, yang Jemaah Islamiyyah pun nak swastakan dekat aku. Teruklah aku macam ni.

Aah! Melainkan jika dengan menjadi jurucakap JI ini, maka sekalian awek pelancong America dan Mongolia dan Korea dan Parsi semuanya jatuh cinta kepadaku yang menjadi hero dan wira mereka, maka yang bab itu suatu pengecualian. Kalau aku boleh menjadi wira untuk aweks global ni maka kira oke la kalau JI swastakan perjuangan depa kat aku (untuk jadi jurucakap antara JI dan Musa Hassan). Ahem!

Balik dari wayang, aku turun draw duit. Ambil lagi duit separuh untuk bayar bilik sewa SPKB. Alahai, senak perut tengok duit makin berkurangan. Tapi, kira terhiburlah sikit menonton Ratu Felisha dan cewek Indon kat filem tadi. Huh! Seram apanya (seram jugaklah), ada juga bikini, terlondeh sana-sini dan etc... malaih aku nak cerita. Posa pun dah nak dekat dah. Patutnya, dah kena taubat dah ni.

Komen puan Zurinah Hassan

Malam ini, daku naik syeikh pabila menonton debat antara Tan Sri Ibrahim Abu Shah dengan Dato' Saifuddin Abdullah di TV3. Tajuknya lebih kurang, wajarkah mahasiswa berpolitik?

Pabila kumasukkan ayat bertalu-tali di FB, kulihat bertalu-talu pula orang bagi komen. Hurm... barangkali orang memang marah betul agaknya kepada sikap Umno ni. Tapi yang paling aku suka ialah bila puan Zurinah Hassan pun masuk mencelah.

Wanita ini mengingatkanku kepada peristiwa lama ketika aku bersendirian melawan HEP. Buku memoir Said Zahari menjadi bahan motivasi dan puisi protes Zurinah menjadi penyuntik semangat kepadaku.

####################

Balik ke KL, naik bas jam 11:15 pagi. Sempat lagi aku tanam biji durian di halaman rumah. Dalam bas, aku sempat berfacebook dan menyudahkan bacaan beberapa halaman dalam Risalah Untuk Kaum Muslimin.

Tiba di Hentian Duta tepat-tepat 5:30 petang. Naik teksi kena RM14.30 untuk balik ke SPKB. Aku terus pi Jalan Pahang Barat tapi tak boleh naik sebab tak ada orang.

Aku dah bayar separuh duit bilik sewa. Bakinya lagi esok. Cek masih ada di pejabat yang gagal kumasuki petang ini. Urgh!

Di SPKB, ada orang baru masuk dan nampaknya dia ni macam Cina. Hai, bilalah aku nak cari rumah baharu nih? Semangat aku nak berdepan dengan keadaan jadi lemah hari ini. Macam-macam yang terjadi.

Ambil satu contoh aku baru nak serang TPM Muhyiddin Yassin kerana ketiadaann kesungguhan dalam usaha membebaskan Palestin, tapi aku dengar pula berita dari seorang rakan di S'pore bahawa ada saudaraku juga yang ungkit balik tulisan aku yang lama. Alahai, kena menjawab lagi ni...

Sedap-sedap aku nak mengutuk Umno, Najib, Rosmah, tiba-tiba member-member sendiri yang dok ganggu kita. Kalaulah depa pun ikut sama kutuk Najib, serang Rosmah, tak apa juga. Ini tidak, dengan orang bawah, bukan main menyinga, tapi adakah mereka berani kutuk penguasa.

Kalau fair, adil - bermaksud, mengutuk teman-teman pun berani, dan dalam masa yang sama berani juga nak kutuk Musa Hassan, Rosmah, Najib, aku respek la jugak.

Apa pendirian Umno, Muhyiddin ke atas Amerika, Israel, PBB?
Puisi Ny dibacakan TPM. Aku pun tumpang bangga kerana kawan kamcing aku dah dapat macam-macam la anugerah. Hanya yang aku tak pernah berpuas hati ialah lidah pemimpin ini yang tidak senada dengan perkara yang sepatutnya mereka laksanakan.

Aku melihat Umno ini seperti menipu rakyatnya sendiri dalam isu Palestin ini. Kalaulah mengutuk pun cukup la sekadar puisi sahaja. Lepas tu PBB. Dan, rakyat kita pun masih berkiblatkan kepada PBB juga lagi.

Drama apa dan wayang apa ini? Daku lihat kita kena gerakkan kempen supaya semua negara ini pakat keluar daripada ikatan belenggu PBB, dan bina sebuah lagi badan antarabangsa mirip PBB.

Aku yakin Najib dan Muhyiddin sudah tentu tak akan berani mengucapkan hal ini. Setakat kutuk, dan ratapan tu bolehlah. Dan kita sendiri masih memilih untuk bersetuju dengan sikap 'mengutuk yes, angkat senjata tidak'.

####################

21 Syaaban | 2 Ogos (Isnin)

Seharian menyiapkan bahan termasuk bahan sastera tiba-tiba pabila kuhantar dekat Dr Nots, maka dia bilang, "Lepas ni, aku jaga hari Khamis sahaja."


Apa-apa hal, rujuk Pak Tam. Alahai, apa sudah jadi? Petang tadi, Kak Sal chating denganku di FB, katanya Pak Tam sudah kaciwa denganku. Apa nak buat, aku pun ada urusan sedikit di kampung ini.

Takkanlah kerana aku tak dak, semangat melawan untuk mansuhkan AMCP tidak berjalan. Aku pun wira pun, cuma orang jalanan saja. Perjuanganku untuk bebaskan Yala dan Champa dan Palestin mungkin tergendala kerana hal-hal ini, mungkin?

Tapi kalau betullah aku kena jaga Khamis sahaja, alamak dah tak bestlah. Kuharap, di sana nanti, akan ada la juga ruang untukku di H Daily pulak. Mungkin di H Daily lebih berkesan untuk mansuhkan AMCP?

Ish! Kaciwa sungguh di hati ini jika satu persatu ruang sudah tertutup. Harus aku bangkit untuk jelaskan salah faham yang ada jika benar dugaan yang bertapak di hatiku saat ini.

Coretan kisah di FB
Tadi di FB ada pandangan dan maklumat menarik. Chen Mutahhari bertanya apakah aku percaya bahawa hal Israk Mikraj itu bukan sekali sahaja? Aku kata, kemungkinan itu tetap saja ada, tapi aku tidak jelaskan lanjut.

Aku rasa, Nabi Idris pernah naik ke langit dan terus masuk syurga, Nabi Isa dikatakan pernah naik (Isra') ke langit. Chen bertanyakan hal ini sebagai maklumbalas terhadap pautanku yang mahu cari Mohammed Dureidi di Beit Lid, Palestin. Lelaki ini berusia 122 tahun. Dia hidup sejak Palestin di bawah Turki.

Aku mesti cari lelaki ini. Dia pasti ada banyak cerita dan rahsia-rahsia di Kana'an. Tetapi bagaimana caranya?

Hilmi cakap di FB-ada rumah lelong di Pinggiran Batu Caves, berharga RM75,000. Mungkinkah sesuai untuk dijadikan pejabat SPKB yang baharu? Semoga aku berjaya hendaknya. Ameen...

Ah! Malam ini, akan aku habiskan DVD Lion of the Desert terlebih dahulu. Esok pagi aku perlu berangkat ke ibu kota untuk menyelesaikan segala masalah yang ada di mana-mana!

####################

20 Syaaban | 1 Ogos (Ahad)
Aku jumpa 'remote control', rupa-rupanya itu untuk VCD dan bukan DVD. Telefon Imran, nampaknya dia juga tak tahu di manakah tempat letak duduk DVD itu.

Aku fikir nak kena bawa balik juga Lion of the Desert di KL. Tapi aku rasa kenalah tunda dulu hajatku itu kerana khuatir ia hilang pula jika dibawa ke KL nanti.

Ketika makan durian-tersembul fikiran baru-nak tanam durian di tanah yang aku nak teroka nanti di Pendang ini. Hajat murniku itu, aku suarakan kepada mak.

"Biji durian yang kita tanam ni boleh tumbuhkah?" demikian aku bertanya. Maka pun cakap memang boleh tumbuh pun. "Tapi, nak pi tanam kat mana?" tanya mak lagi. 

"Taman Wawasan, rumah kita yang baharu itu," begitu aku membalas. "Hah! Pi lah, ikut sukalah..."

Sore ini lepas cari tiket bas untuk balik KL, aku nak bawa 3 biji buah durian sebagai langkah percubaan. Bila Ibah tahu hajatku itu, dia langsung berpesan, "Jangan tanah dekat longkang, nanti merekah simen."

"Alah, tak tumbuh punya, tok sah risaulah," mak mencelah. "Oh patut la mak bagi, sebab mak tau tak tumbuh," kataku. Depa tergelak. Aku nyatakan hajatku untuk cari tahi lembu sebagai baja pupuk asli.

"Tok sah buatlah, nanti orang tergelak saja," kata mak lagi. Hakim asyik merap sahaja dengan aku. Mak cakap, naluri budak-budak kecil macam Hakim memang tahu bahawa aku akan berjauhan dengannya dalam tempoh terdekat ini. Aku rasa mungkin tak balik esok, Selasa kot? Hatiku berbalah lagi. Ah, tengoklah nanti.


Petang. Petang ini, aku tengok cerita A Space Odyssey. Daku ingat okay jalan ceritanya, bolehlah masukkan di dalam senarai filem wajib tonton sebelum mati. Rupanya lembab dan membosankan juga. Tak jadilah...


Mengarang dua karya agung di bulan Ramadhan
Sejak semalam daku berkira-kira nak menyusun semula dua karya agungku - (1) Tafsir Al-Fansuri; (2) Surat seputar kefahamanku berhubung Kebudayaan Barat yang aku ditujukan kepada Prof Dr SMN Al-Attas.

Kedua-duanya mungkin bermula dalam bulan Ramadhan ini. Surat-surat ini mungkin daku himpun banyak-banyak macam guruku T S Lanang lakukan semasa dia belajar di Amerika. Lepas tu, bila dah cukup sebulan, baru dia pos dekat Dato' Baha Zain. Surat itu diberikan judul, Surat T S Lanang kepada Baha Zain.

Biarlah dalam seumur hidupku ada sesuatu kenangan yang berharga yang boleh tinggalkan kepada umat ini. Di akhirnya nanti, barulah perlahan-lahan aku cari alamat rumah Al-Attas di Damansara itu. Insya Allah. Ameen..

Malam. Akhirnya, aku keluar beli tiket bas. Balik Selasa pagi. Oleh kerana aku keluar malam, Jadi tidak jadi nak menanam pokok durian. Emak dan Ibah pesan untuk beli nasi lemak yang Hakim suka makan itu.

Tidak pernah kami melihat Hakim berselera semacam itu. Aku jadi terhibur melihatnya makan. Kami keluar semula ke Shahab, menjemput adik iparku yang baharu tiba dari Kuala Lumpur.

Hala nak balik, barulah boleh menonton Lion of the Desert. Aku puas hati. Jiwa ini tidak ralat lagi kalau balik ke KL sekali pun. Walaupun tiada 'remote', tapi hasil sentuhan Ibah ke atas DVD player itu mengkagumkan!



####################

19 Syaaban | 31 Julai (Sabtu)
Mak masak nasi daging. Nasi ini jika di Kuala Lumpur dinamakan nasi briyani dekat Restoren Buharry dekat Jalan Yap Ah Shak, tempatku selalu berlabuh berfoya-foya mencari ilham itu. Tetapi entah di mana silapnya, nasi emak buat hari ini mentah sikit.

"Rasanya mungkin Ali balik Isnin pagi kot," kataku kepada emak tadi. Mak tak ada masalah apa-apa. Hajatnya sudah tertunai untuk masak nasi daging.

Aku berazam keras untuk menghabiskan Lion of the Desert (Anthony Quinn) hari ini jika tiada aral melintang. Ah, macam mana dengan novel untuk mansuhkan AMCP?

Malam ini akan kucoba merangkanya sebaik mungkin. Dah tentu tiada penerbit. Aku kena guna duit sendirian berhad kalau macam ni. Mana ada orang berani nak terbitkan kisah JI buat 'hijack' dekat Kino dan aku pulak wartawan yang terperangkap dalam Kino tu.

Lalu, kununnya aku sendirilah yang memandai-mandai yang mengugut dan menggertak dan mengancam Musa Hassan agar desak Najib buat sidang khas di Parlimen untuk mansuhkan AMCP dan Auku dan ISA tu. Huh!

Hangpa ingat, ada orang berani ker nak terbit cerita mimpi dahsyat dan lagak ngeri seperti yang daku tengah dok fikirkan ini?

Malam. Aku berazam kuat menonton Lion of the Desert selepas menonton Vampire: Los Muertos di TV2 dan Shroom di TV3. Penemuan dalam cerita vampire itu-salib Berzier? Ada juga kutemukan di dalam internet mengenainya. Dalam Shroom, aku berkenalan dengan Irish Druids.

Dalam renungan, tenungan dan menunganku, Druids inilah kaum purba pagan yang seangkatan dengan Celtics yang mana inti kefahaman dan kebudayaan mereka itu menjadi ramuan segala nilai dan fahaman yang terserap kemudiannya di dalam Kebudayaan Barat sebagai yang ditafsirkan oleh SMN Al-Attas.

Hal ini telah kupahatkannya sebagai nota kuliah Sekolah Pemikiran Kg Baru di dalam Facebook malam ini.

Alamak! Malangnya! 'Remote-control' DVD dah hilang, tidak dapat nak menonton Lion of the Desert! Urgh!

####################

18 Syaaban | 30 Julai (Jumaat)
Mood menulis rebah hari ini dek penangan Facebook. Aku main sungguh Facebook ni. Kalau dibukukan bagus juga perkara-perkara yang aku catatkan itu.

Solat Jumaat tadi, ustaz dekat taman perumahan kami berkhutbah, "Tak sampai 10 hari lagi, Ramadan akan jadi tetamu kita. Layanilah dia dengan sebaiknya."

Kita semua akan menjadi menyambut Idul Fitri dan Idul Adha tetapi belum ada juga yang berkata bahawa tujuan menyambut kedua-dua perayaan ni amat terkait dengan penurunan al-Quran dan tamatnya wahyu Tuhan itu.

Aku layangkan pertanyaan itu lewat Facebook, mahu lihat berapa ramai yang akan berhasil menemu jawapan sebagai yang tersimpan di dalam hatiku saat ini. Jawapan ini belum kudengar daripada mana-mana ceramah.

Ustaz Abu Saif telah berkomentar 'ganaz'; Jenayah Ketayap Putih! Kuharap dia akan lebarkan ufuk bahasan berhubung perkara ini kepada ustaz-ustaz dalam Pas juga. Ah, biarlah disentuh juga isu iklan percuma dan hal ustaz-ustaz yang tidak profesional ini. Kita mesti berani kritik ustaz-ustaz ni sebelum mereka perintah kita!

Bagaimana daku nak masukkan dan jalinkan isu kesemua ini dalam novel aku yang mungkin merapu, mungkin tak menjadi itu? Aku perlukan teman-teman untuk tampil memberikan bimbingan dan nasihat juga rasanya.

Selepas dedahkan hal cikgu Pa, Zack Es yang pengecut dan bacul di dalam memansuhkan AMCP itu apakah aku boleh menyerapkan kisah siswa UKM4 dan kes perbicaraan siswa UM yang terlibat dengan kes Rosmah Puaka itu? Ish, macam mana cara aku nak masukkan dan nak susun segala plot ini? Haiz...

Apakah aku perlu masukkan unsur polis baik juga yang kononnya aku kenali semasa makan nasi lemak dekat Balai Polis Dang Wangi itu? Mungkinkah aku boleh selitkan gurauanku kepada polis SB itu bahawa aku akan merancang untuk 'hijack' Kinokuniya dan pawagam TGV di KLCC untuk paksa Najib membuat sidang khas di Parlimen berhubung hijack yang daku lakukan bersama Jemaah Islamiyyah itu?

Ya daku mesti selitkan juga unsur Rosmah yang sedang mengupah orang-orang tertentu untuk melakukan sihir dalam usaha membendung tindakan revolusioner yang aku rancangkan bersama-sama JI kampus ini.

Ya, dalam Kinokuniya itu juga, mesti ada kira-kira 50 orang pelancong asing dan 30 orang tempatan. Kepala JI kampus dengan tiba-tiba melantik aku jadi kepala 'hijack'. Ish, tak best kalau cerita macam ni...watak daku yang lemah-lembut dan romantis ini tentu tidak sesuai menjadi kepala penyamun. Kalau Najib tu oke la jugak!

Dalam 50 orang pelancong tu mestilah ada 10 orang awek Jepun, 10 awek China, 10 minah Korea, 10 minah Parsi (Iran daaa...) dan...jangan dilupakan... mesti ada 10 orang aweks MONGOLIA yang bergengsi! Ahem!

(gengsi tu apa haa... aku tengok orang Indon ni sikit-sikit cakap gengsi, aku teringin nak pakai, tapi tak paham gengsi tu gapo dio!? La ni aku dok fight isu penggunaan kalimat AUTENTIK. Nasib baiklah ayat itu meluncur keluar dari bibir ranum Mila yang bergetah! Menurunlah sedikit martabat dan darjat kemarahanku ini. Ahem!)

Aku tak fikir watakku sesuai jadi kepala 'hijack' yang merancang semua ini. Sebab, aku tak ada pengalaman pegang senapang dan 'machine gun' serta bom C4! JI mesti dilibatkan sama sebab Musa Hassan akan turutlah daku libatkan dalam peristiwa 'hijack' ini.

Ahah! Mahu tak mahu, aku mesti akur bahawa aku ini seorang wartawan yang sangat suka mengunjungi Kino dan sesekali akan masuk TGV KLCC itu. Mungkin ini akan nampak lebih 'real' dan jelas.

Tapi, bagaimana tadi daku boleh terfikir yang daku boleh jadi kepala 'hijack' ya? Aduh! Sakit kepala memikir plot dan jalan cerita sebegini? Please... help me...! Aku keluar rehat sekejap... nanti aku merapu balik oke!?

Malam. Malam ini aku beritahu emak mengenai kemungkinan aku pulang pada Ahad pagi. Mak akur dan dia tidak cakap banyak. "Tak apa, abah pun boleh hantar sampai ke Pendang nanti," kata mak.

Cukuplah kot seminggu dah di rumah. Aku perlu balik untuk jelaskan bayaran bilik sewa juga. Perlu bayar bil dan segala macam lagi, beli emas dinar, carum KWSP, buat urusan beli rumah untuk opis SPKB yang baru.

Eh hal remeh macam ni tak kan aku nak muatkan dalam novel aku yang merapu itu? Perlukah nak diceritakan juga betapa aku pernah sengkek, nak masukkan tulisan kat H Daily pun tak lepas. Nak ceritakan ker? Urgh!

Oke... sambung balik plot dan jalan ceritanya. Aku seorang wartawan, sedang membelek buku Risalah Untuk Kaum Muslimin dekat Kinokuniya, KLCC. Kemudian, aku cari buku mengenai filem Islam Iran untuk master aku yang sedang berdepan dengan masalah penulisan proposal itu. (Sekali lagi... urgh!)

Then, tiba-tiba, aku dengar bunyi siren, semua pengawal keselamatan telah ditembak mati oleh JI yang sudah dilatih oleh Al-Qaeda. Musa Hassan jadi gabra sebab baru-baru ini sahaja PDRM dan Bukit Aman dah buat pertemuan dengan FBI di hotel kat Mid Valley. Jenuh dia menjawab kat FBI (He he he, padan muka hang!)

Entah bagaimana, kebetulan anak usrah aku yang jadi ketua dalam JI tu. Daku pulak adalah naqib dia dahulu! (Kah! Kah! Kah! Confirm PTS tak boleh nak terbitkan ni). Jadi kununnya dia ni masih hormatkan aku la...

Lepas tu, aku tanya dia sejak awal pembabitannya dengan JI ni. Wah! Tang ni mungkin dah jadi banyak bab!

Jadi, anak usrah aku ini kemudiannya mintak aku jadi perantara antara JI yang 'hijack' Kino dan TGV ni. Aku yang akan selalu telefon Musa Hassan untuk melepaskan 50 orang awek Jepun, Korea dan Mongolia itu.

Yes! Kat sini, JI dah buat banyak tuntutan dan tuntutan itu aku jelaskan kepada Musa Hassan dan Musa akan lepaskan tuntutan itu untuk Najib bacakan dalam sidang tergempar di Parlimen!

Dan, selepas habis semua tuntutan itu, aku pun sengaja memandai-mandai lagi. Aku ambil kesempatan ini, lalu aku tambah dengan tuntutan aku sendiri kepada Musa Hassan supaya dia sampaikan kepada Najib.

"Dan... ini tuntutan yang terakhir, mansuhkan AKTA MESIN CETAK DAN PENERBITAN sekarang!" kata aku kepada Musa Hassan yang semakin gabra dengan tindakan gila-gila JI itu.

"Tapi,, te.. te.. tapi," kata Musa dengan riak nadanya yang bergelombang terketar-ketar.

"Tapi, hapa lagi Musa!" sergah dan jerkahku dengan gaya yang penuh autentik kepada Ketua Polis Negara yang berpeluh itu. Bergetar kepala lututnya mendengarkan suaraku yang semakin tangguh lagi bergengsi!

"No, i want Najib do it now! Right now!" begitu aku bercakap dalam bahasa penjajah sehingga melupakan hakikat bahawa aku pernah kritik PPSMI dulu. "Suruh Najib mansuhkan segera AMCP di Parlimen!"

(Ahah! Isu PPSMI pun mungkin boleh diselitkan dalam novel merapu ini.)

"Kalau tidak, akan lebih ramai pelancong Mongolia akan terus dibunuh!" Demikian daku menipu Ketua Polis itu lagi. Kah! kah! Kah! seronok juga berangan-angan ni.

Kata Dr Siddiq Fadhil selemah-lemah jiwa hamba yang lama tertanam di dalam fikiran Labu Labi, berani juga mereka melaksanakan protes terhadap majikannya Haji Bakhil meski pun hal itu berlaku dalam mimpi.

"Dalam mimpi itulah Haji Bakhil mereka jadikan kera, pelayan bar dan budak suruhan di night club," kata beliau lagi, lalu disambut gelak tawa ramai ustaz-ustaz dalam sebuah acara di Kelantan, tahun 2008.

Bak kata kumpulan muzik Nidji, "Mimpi... adalah kunci untuk kita menaklukkan dunia!"

Tetapi, bagiku tak perlulah sampai menakluk dunia, walaupun itulah yang daku hajatkan. Sekurang-kurangnya mimpi untuk menjatuhkan Musa Hassan, Najib Razak dan Rosmah Mansuh pun dah cukup alhamdulillah!

Mimpi bagi Nidji, adalah kunci untuk menaklukkan dunia ini. Bagi aku, mimpi adalah kunci guna menjatuhkan empayar dinasti Najib Mongolia-Rosmah Puaka dengan segala legasinya sejurus kepulanganku di ibu kota!

####################

17 Syaaban | 29 Julai (Khamis)
Menyelesaikan bahan sastera. Melangsaikan beberapa tugasan tertunggak. Baru daku sedar Raimi Abim dan juga penyair-deklamator Marsli N O ada buat panggilan. Maaf, panggilan kalian tidak berjawab tadi.

Dalam renungan, menungan dan tenunganku hal ini mungkin ada kaitan dengan Malam Puisi Riong anjuran BH dan Abim yang tersiar dalam Facebook baru-baru ini. Kalau tiada aral, mungkin aku pi kot...

Imran balik dengan membawa khabar berita bahawa akhirnya keluarga mereka dah boleh bersatu semula di Sg Petani. Adik iparku itu tidak jadi menyewa rumah di Pulau Pinang. Dia akan berulang dari SP ke Penang.

Keluar Pendang, beli santan. Kerana santan habis, aku 'shopping' di Mesra Petronas. Aku sempat keluarkan RMx,xxx dari ATM di Mesra Pendang. Duit Imran untuk aktifkan akaun bankku itu, berjaya daku keluarkan.

Hari ini dan untuk hari-hari yang seterusnya, Sarah dan Hakim sudah menjadi rakan baik. Hakimlah yang suka ganggu aku menaip di nettbookku ini. Sarah masih lagi gadis pemalu dan sukar untuk bermain dengan aku.

Petang ini kubawa mereka naik motor dan jalan-jalan walaupun tugasan sedang menunggu di KL. Tetapi, apa nak dibuat? Dah nasib. Kena la jaga anak-anak buah yang ditinggalkan ibu bapa mereka yang sedang kerja.

Orang-orang di KL khasnya kaum ibu di Jalan Pahang Barat dah mula merungut berhubung ketidakhadiranku dalam mesyuarat dan pertemuan KAMI untuk kali ketiga ini. Di YM, kaum-kaum ibu sudah mula bising.

"Masalah negara apa yang diurus di kampung tu?" tanya wartawati di sana apabila aku kata aku sedang berjuang menyelesaikan masalah negara saat ini. "Negara Pasir Berdengung ker?" tanya mereka lagi.

"Negara Yala, negara Champa.." begitu aku membalas. Apa-apa pun yang pastinya, cek aku ada kat depa dan kata Intan, aku perlu... "Lepasi 2 check point, untuk bersoal-jawab dengan Kak Sal, Kak Anis..."

Urgh! Urgh! Urgh! Tapi, tak mengapa, bagaikan seorang wira sakti, hulubalang, hulumangkuk dan mangkuks hayun, akan kudepani segala check point dengan tabah hati dan berani mati! (Ah! Kacang jer tuh...he...he...)

Malam ini, baru selesai semua bahan aku hantar. Tetapi, Alo sudah ambik halaman 16. Mungkin itu bahagian untuk menjelaskan hasil pertemuan perbincangan kelmarin mengenai hala tuju KAMI. Ah, isu halaman sastera yang makin berkurangan akibat ditelan iklan pun menarik juga disentuh dalam novel gila aku nanti. Yach!

Ibah dan suaminya, adik iparku ke Jitra jumpa bomoh untuk 'putuskan ubat'. Bomoh tulang kata mereka. Aku dapat rezeki murah, durian runtuh nampaknya malam ini. Dapat makan ayam kampung dan pulut kuning!

Sudah beberapa bulan kakinya cedera dan masalah kakinya bersimen itu menyulitkan gerakannya. Keluarga... ini yang kupelajari mutakhir ini. Hidup perlu lebih banyak memberi daripada menerima, saling bahu-membahu untuk membuatkan kehidupan orang lain menjadi lebih ceria supaya jiwa kita juga disinari cahaya bahagia!

#####################

16 Syaaban | 28 Julai (Rabu)
Hari ini KAMI buat pertemuan lagi di Harakah sedangkan aku masih di kampung. Tadi malam daku terima pesanan sms bertalu-talu berhubung jemputan ke majlis perbincangan anjuran KAMI itu.

Tidak boleh berterusan begini nampaknya. Rakyat barangkali tidak terkesan dengan cara-cara menulis ilmiah untuk memansuhkan Akta Mesin Cetak dan Penerbitan (AMCP) ini

Aku mesti gunakan kaedah yang lebih kreatif. Mungkin menyusun novel mengenai pergolakan dalam Harakah ini sendiri? Baru boleh merawikan kisah siapa yang benar-benar berjuang dan siapa yang ambil kesempatan.

Barulah nanti orang tahu apakah cikgu Pa yang benar-benar seorang pejuang untuk memansuhkan akta ini. La ni, orang tahu. Boleh aku ceritakan siapakah manusia yang bernama Zack Es ini.

Dahulu bukan main ke depan jadi jaguh pembela untuk mansuhkan AMCP ni siap sampai di rumah Alo untuk cadangkan gabungan media-media alternatif ini. Tup! Tup! Elok diberi warning oleh Cikgu Pa, terus senyap!

Cikgu Pa pulak takut kat KDN, lepas tu minta Zack Es tidak terlalu lancang untuk bantah KDN sebab takut KDN tidak bagi permit kat Harakah. Huh! Tapi, bagaimana daku nak susun plot dan latar ni. Aku ni bukan la reti sangat nak mengarang novel nih! Mungkin perlu diganti nama dengan Barakah? Ish, nanti nampak sangat!

Nak ganti nama cikgu Pa (Orgh!) dengan nama apa? Zack Es apa namanya (Huh!)? Alo? TMJ? Daku sendiri (Irgh!) Nama kedai nasi lemak dekat Dang Wangi? (Ergh!) Pak Jawahir (Urgh!) Rumah Pena? (Argh!)

Nama girlfriend aku? Megan Fox, Deana Russo, Roselyn Sanchez dan lain-lain wanita cantik yang bakal jadi perencah peramu dalam sajian hidang novel guna memansuhkan AMCP ini bagaimana pula nama mereka itu?

Petang. Aku pi gunting rambut dekat kedai gunting Kadir. Dia tanya aku lagi, aku pakai nama apa masa tulis di Harakah. Dengan rasa berat, aku cerita juga nama samaranku itu. Sulit juga nanti kalau orang kenal. Orang akan tanya macam-macam pasai masalah politik negara. Kita dah banyak bersuara, bertindaknya tidak-tidak!

"Nak buang misai tak?" tanya Kadir lagi selepas dia selesai potong rambut aku. Aik, sampaikan Kadir pun perasan akan kepanjangan misaiku ini. Ini sudah masuk kes berat ni, walaupun aku memang jarang berjumpa dengan dia. Boleh dibilang dengan jari, berapa kerat sangat hari-hariku di Pendang ini.

"Tak payah," jawabku ringkas, tidak perlu aku ceritakan sebab apa aku nak simpan. Sejak aku dok geledah Risalah Untuk Kaum Muslimin ini, aku selalu dok berangan nak memiliki misai macam Syed Naquib Al-Attas.

Satu lagi daku berazam secara tidak sengaja; biarlah sampai khatam bacaan Risalah itu, maka baharulah akan kugunting dan 'trim' misaiku yang mula tumbuh dengan lebat ini. Keh! Keh! Keh!

Alah! Kiranya macam Musang Berjanggut la. Lagi tidak jumpa perempuan (bukan betina) untuk dijadikannya sebagai isteri, maka dia haramkan mencukur rambut yang tumbuh di wajahnya itu. Kah! Kah! Kah!

Pergi mohon tanah di Pejabat Tanah Pendang
Aku melilau pergi merata untuk cari Pejabat Tanah di Pendang. Imran kata baru-baru ini pak mertua dia minta 'tanah permintaan' di Perik. Tapi, aku silap cakap, aku kata tanah simpanan.

"Jangan-jangan tanah simpanan tu yang diwartakan untuk hutan simpan agaknya?" kata kerani itu. Jadi, aku ni lagilah terpana oleh kenyataan yang terbentang di depan mata.

Bagaimanapun, kerani itu beri juga sekeping kertas borang untuk aku isikan nanti. Ish, aku nak tanam apa kat Pendang ni? Aku cadang nak cari tanah untuk bina bangunan SPKB kat Pendang ni. Moga dipermudahkan.

Menurut apa yang aku faham, sesiapa pun boleh cari tanah dan usahakan tanah yang mereka fikir tak bertuan. Tanamlah apa sahaja. "Lepas 10 tahun usahakan, baru kami boleh keluarkan geran," kata kerani itu.

#####################


15 Syaaban | 27 Julai (Selasa)
NY call, memberitahu akan hal dirinya yang tidak dapat ke Seminar Pemikiran Azizi Abdullah, Shahnon Ahmad dan W S Rendra di USM.

"Ahad ni, baru mula seminar tu," katanya. Aku pun berkira-kira mahu pergi, tapi bila fikirkan berlambaknya tugasan di ibu kota, aku kena batalkan hajat suciku itu.

Setidak-tidaknya, ada dua hal, isu Sayembara Deklamasi Sajak Kemerdekaan yang dibatalkan JKKN dan pemansuhan Akta Mesin Cetak dan Penerbitan (AMCP).

Daku pergi ke Alor Setar, bank-in akaun bank peribadi, aktifkan akaun bank Garap Maju Enterprise. Hasil duit dari insurans Imran itu memang memberi manfaat besarlah juga buat diri ini. Kalau tiada modal untuk aktifkan akaun, mungkin sukar nak buat 'loan'.

Petang. Sebelum balik Pendang, hujan lebat turun mencurah-curah. Aku terpaksa berteduh di Pusat Dakwah Alur Setar. Ada rakaman ucapan Haron Din berhubung makhluk halus. Maka, di sinilah daku mula terfikirkan sesuatu yang ganjil sedikit mengenai roh jahat dan roh baik.

Hantu Raya, Pelesit, Polong yang dibela itu dalam syarat perjanjiannya ingin tuannya yang baharu apabila tuan yang asal sudah hampir meninggal dunia. Roh jahat ini dipanggil SAKA. Saka ini perlu dibuang.

Apa yang berlaku sebenarnya, adalah berkaitan dengan 'perjanjian' Iblis dengan Tuhan bahawa Azazil @ Iblis @ Azazel (dalam Bible) @ Lucifer untuk menyesatkan Adam dan KETURUNAN ADAM itu sendiri.

Maka apabila ada anak-anak Adam mati, SAKA itu akan mendesak agar dirinya 'DIPINDAHKAN' kepada salah seorang waris keturunannya dengan tujuan MENYESATKAN SELURUH KETURUNAN lelaki tadi.

Demikianlah yang akan berlaku seterusnya terus-menerus tanpa hentinya sehingga ada kalangan mereka yang sedar, lalu berusaha keras untuk memutuskan rantaian kesesatan melalui proses PEMINDAHAN SAKA itu.

Yang sedar itu akan berikhtiar dan berusaha keras membuangnya agar dirinya tidak tersesat atau disesatkan oleh SAKA tadi. Jadi, syarat PEMINDAHAN SAKA kepada pewaris pengamal ilmu sihir ini terkait dengan isi perjanjian Iblis kepada Tuhan, bahawa dia akan terus menyesatkan keturunan Adam a.s ini.

Maka PEMINDAHAN dan PENYERAHAN SAKA adalah usaha Iblis dan juak-juaknya untuk mewariskan dan memindahkan isi kesesatan mereka sendiri.

'Nur Muhammad', 'roh baik' yang BERPINDAH-PINDAH?

Adapun Nur Muhammad dikatakan roh yang sering berpindah-pindah di atas batang tubuh dan roh dan jasad nabi-nabi sebelum ini, mungkin demikianlah juga sifatnya.

Ia pernah 'hadir' berpindah alam ke dunia 'duduk' di atas tubuh nabi Adam dan kemudiannya berpindah ke atas Syits dan kemudian Idris dan kemudiannya Nuh dan kemudiannya Ibrahim Khalilullah dan Musa dan Isa dan akhirnya BERPINDAH RANDAH ia ke batang tubuh dan roh Nabi Muhammad s.a.w.

Roh baik (Nur Muhammad) ini akan selalu memayungi nabi-nabi dan wali-wali, mewariskan kalam benar dan menghapuskan kesesatan yang ditimbulkan oleh Iblis dan saka yang diwarisi para pengamal ilmu ajaran sesat.

Sebagaimana Nur Muhammad berpindah-pindah dan 'diwarisi' oleh orang-orang saleh yang terpilih, demikian juga SAKA-SAKA yang 'diwarisi' oleh pengamal ilmu sesat dan pengamal ajaran sesat itu turun-temurun.

Bezanya, Nur Muhammad membisikkan pengetahuan dan ilham rabbani sementera SAKA membisikkan kata sesat guna memutarbelitkan kebenaran dan menganjurkan ke arah permusuhan dan kerosakan berganda. Wallahu'alam... (nota ini adalah postulat dan andaian dan teori baharu. Ia masih diperingkat permulaan).

Malam. Menonton The Vampires Diaries dan kemudian Supernatural. Aku sempat membuat penyelidikan ke atas isi kandungan dialog drama tersebut. Aku menemui kalimat Azazel dan Shamain.

Apabila kutelusuri di internet rupa-rupanya Azazel (Azazil) itu dalam Bible merujuk kepada dewa berkepala kambing yang ditemui mereka di padang pasir. Daku agak, mungkin Iblis sendiri pernah jumpa mereka untuk sesatkan mereka ini di Padang Teh ketika mereka tersesat selama 40 tahun di situ.

Kemudian, aku semak kalimat Shamain. Rupa-rupanya, ia adalah sejenis perayaan kaum Celtics yang pernah terkenal dengan ajaran pagan, sembahan berhala. Ajaran kaum Celtics inilah yang menurut Prof Al-Attas dah mempengaruhi pemikiran Barat.

Sehinggakan, apabila beliau bangkit membuat rumusan berhubung apakah itu Barat (atau Kebudayaan Barat), maka kaum Celtics ini tidak ditinggalkan dalam rumusannya itu. Beliau maju ke depan dalam membentangkan buah fikirannya itu. Kini, aku menulis kertas cadangan dan menulis surat kepada Dato' Saifuddin Abdullah. Ia mengenai kursus Kebudayaan Barat (spt Titas) dalam tafsiran Al-Attas perlu aku  majukan kepadanya.

Kak Sal, Amran Rashidi, Alo, TMJ dah pakat call dan sms aku rupanya ketika tengah ralit di tempat lain. Jadi esok ni ada acara pemansuhan Akta Mesin Cetak dan Penerbitan dan isu sayembara puisi merdeka yang dah terbengkalai itu. Kepada teman-teman, kupohon maaf di atas keterlanjuran diri ini. (isk, isk, isk)

#####################

14 Syaaban | 26 Julai (Isnin)
Adik balik dan keadaan tegang sebab adik iparku, (isterinya) baru mula masuk kerja di Pulau Pinang. Sarah tinggal sendirian. Abah balik dan mak pun mensabarkannya.

Sarah masih tidur ketika abahnya tiba. Akhirnya selesai satu bab dan api ketegangan mula surut dan sedikit reda setelah timbunan nasihat diberikan mereka.

Aku terfikir nak bawa Hakim dan Sarah, kedua-dua keponanakanku ke Sg Rambai, tempat air terjun. Itu yang menjadi topik bualan petang ini.

"Kat situ ada tokong Buddha besar," kata Imran. "Kura tu tuhan depa. Nama tempat tu pun Kura. Adakah nama tempat tu diambil dari nama kura tokong tu ka atau sebaliknya tak taulah."


Aku pun teringat kepada sotong kurita Paul yang namanya mula jadi hangat dan menjadi bualan orang-ramai saat demam bola masih hangat. Jadi, macam inilah insan diperdayakan syaitan sedikit demi sedikit.

Seperti kura-kura yang diangkat menjadi Tuhan, maka seperti itulah sotong diangkat menjadi Tuhan!


#####################

13 Syaaban | 25 Julai (Ahad)
Pergi ke Alor Setar hajatnya nak beli Dinar Emas. Rupa-rupanya semua operasinya sudah dibawa berpindah ke Kangar, Perlis.

"Dah lama dah kami tak jual emas ni. Alor Setar, Bayan Baru dan Sg Petani semua dah berpindah di Kangar," kata kerani itu sambil menyerahkan nombor telefon yang boleh aku hubungi. Hala nak balik, aku singgah Kompleks Peruda.

Di sana, aku cara Kimi, tapi dia tidak ada, gagal dihubungi. "Aku ada kelas la ni," katanya. Kalaulah Kimi ada di sini, aku nak bincang hal percetakan buku-buku aku.

Aku masuk pula Pustaka Salam, kulihat ada rak khas untuk buku-buku PTS di sini. Pemasaran mereka bagus sekali. Tiada apa-apa penemuan terbaru melainkan sebuah buku yang menghimpunkan wasiat nabi yang daku rasa menarik untuk dibaca. Tapi, aku tak bawa duit, maka kubunuh hasrat mahu membelinya.

Cuti sat dari usaha memansuhkan AMCP
Hilman sms, katanya dia mahu ke rumah Alo malam ini untuk bincang isu pemansuhan Akta Mesin Cetak dan Penerbitan (AMCP). Aku terpaksa rehat sekejap di kampung. Beberapa hari lalu Alo call dengan kerapnya dan aku tak angkat. TMJ siap hantar mel-e kat aku lewat FB, mintak aku jadi penggerak utama.

Dear Sir, maaf banyak-banyak. Bukanlah diri ini mahu melarikan diri. Tapi kita juga ada urusan keluarga yang tak boleh kita abaikan. Manalah masa nak diagihkan kepada usaha membebaskan Yala, manalah masa untuk diperuntukkan kepada usaha belajar Master. Urgh! Urgh! Harap kalian memahami keadaanku di sini. Urgh!

Bagaimanapun restuku bersama kalian dan maafkanlah diri ini dan terimalah kelemahan diri ini seadanya.

#####################


12 Syaaban | 24 Julai (Sabtu)
Tiba di rumah Pendang jam 5:45 pagi lebih kurang menjelang Subuh. Abah dan mak terkejut tengok aku balik dengan Imran semalam.

Kulihat DVD 4 jam The Lion of the Desert, Anthony Quinn (memegang peran Umar Mukhtar) dalam perang Libya melawan Jerman. Abah cakap Hamzah (The Lion of the Desert, kata orang putih, tapi orang Arab cakap Asadullah - Singa Allah)

Selalunya, pelakon yang pegang watak orang Islam di Hollywood ni memang Anthony Quinn. Jadi, Imran tersilap beli. Tak pa. yang untung daku juga.

"Ini bukan zaman Hitler ka abah?" tanyaku kembali. "Boleh jadilah," balas abah, "Tapi, Hitler ada kat Jerman."

Baru-baru ini gambar Hitler dengan tentera Islamnya dan pertemuannya dengan Mufti Palestin tersebar jelas di Facebook. Jika benar, kenapa Hitler boleh arahkan tenteranya menakluk Libya pula?

Hurm! Harus kucari jawapannya lewat DVD selama 4 jam ini. Malam ni melayan DVD sampai dinihari yihaa.. yariba, yariba, anggre, anggre... (huh, perjuangan mansuhkan Akta Mesin Cetak dan Penerbitan) hilang entah ke mana...

Hajat nak bermalam di Gunung Jerai! (Tak jadi...)
Kaktie nak belanja kami semua bermalam di Gunung Jerai. Kantuk yang masih tersisa semenjak semalaman berkereta dari Kg Baru ke Pendang, telah membunuh impian dan hasratku ke sana.

Akhirnya, hanya depa yang pi. Duduk 4 jam di atas sana dan balik ke rumah menjelang Maghrib. Pulang ke desa kini membuatkan aku lebih cemas diburu waktu. Mahu manfaatkan betul-betul masaku di sini. Cari petunjuk menakluk Yala, Kanaan dan suluh pedoman guna mengusir Bani Yaakob yang tersisa di Temasek!

Aku fikir kena cari susun balik tentera Imam Mahdi di bawah telapak kakiku. Huh! Besar sungguh cita-citaku mahu menakluk dunia ini. Balik dari Gunung Jerai mungkin kena bertemu Pak Ndak Majid Gayung dan jumpa balik Pak Su Mid Bukit Tembaga! Wajib! Mesti!

#####################

6 Syaaban | 18 Julai (Ahad)
Banyak uruskan bahan Kami (Kumpulan Aktivis Media Independen). Daku dah mula disibukkan dengan rencana penulisan untuk mansuhkan AMCP.

Menonton filem Dancing at the Harvest Moon (2002), di TV2, berkenalan dengan penyair John Keats. Orang putih, kalau buat filem, depa masukkan unsur penyair depa dalam karya filem-filem mereka juga.

Bagaimana cara memperkenalkan penyair John Keats tu? Mereka bermula dengan Jacqueline Bisset yang memegang watak Maggie Webber dalam filem itu. Maggie - pensyarah kesusasteraan Inggeris di sebuah universiti.

(Jatuh cinta pulak dah dengan Jacqueline Bisset, haiz. Aku percaya Megan Fox dan Deana Russo sangat memahami keadaanku ini. Jangan marah sayang...)

Rupanya Jacqueline Bisset ni bekas pelakon James Bond zaman dulu. Wikipedia melaporkan, "At the time Newsweek declared her 'the most beautiful film actress of all time."

Jadi, dengan cara meletakkan watak Maggie Webber itulah, maka mereka perkenalkan penyair dari belahan dunia Barat. Jadi, jika kalian nak tahu siapa John Keats, maka inilah url nya...

http://englishhistory.net/keats.html ... http://en.wikipedia.org/wiki/John_Keats dan http://www.john-keats.com. Atau taip saja nama John Keats, nanti akan bertemulah gamaknya.

Usaha lebarkan perjuangan Kami, SPKB di Indonesia
Tengah dok menaip sambil tengok filem tadi, Febriansyah menegurku di YM. Tuhan mengetahui akan niatku, lalu terus terus bertanya, "Kenal wartawan Indonesia? Ada nomor hape? Mel-e?"

"Namanya Dani. Dia wartawan kompas," kata mantan pimpinan Kammi (Keluarga Mahasiswa Muslim Indonesia) itu. "Nomor hape: +6285780227498 dan mel-e; redaksi@kompas.com."

Aku teringat SK meminta aku cari buku yang NY of BH baca itu. Petikan kenyataan itu menjadi bahan pertikaian kecil bersama SK. Jadi, aku sebagai orang tengah cuba mendamaikan.

Jadi, aku kirim sms kepada NY kalau-kalau dia tahu di mana tempat nak mencari buku itu. Juga aku meminta NY cari mel-e wartawan yang mungkin boleh diajak untuk mansuhkan AMCP itu.

Oke, teruskan bekerja ya Fansuri. Masa makin suntuk ni. Hang tak boleh lama-lama mengarang di Facebook dan Blog dah la ni. Cuba-cubalah bawak-bawak berehat dan bertaubat!

Malam. Lemah seharian di SPKB. Tengok tulisan seorang rakan di FB yang marah-marah sejak petang, maka aku mesti campurtangan walaupun dia mungkin marah lagi dengan jawapan itu.

Selesai makan nasi briyani (rasa macam nasi daging) di Restoren Buharry, tempat aku selalu dok 'berfoya-foya' itu, aku terfikir macam-macam akan kehidupanku ini.

Lepas satu, satu masalah. Dulu PPSMI, aku dok tulis macam-macam kat H Daily sampai di block la ni. La ni bila Alo minta aku tulis hal pemansuhan Akta Mesin Cetak dan Penerbitan (AMCP) ni macam mana aku nak buat?

Aku bersyukur, lepas dok godam bahan PPSMI, akhirnya ada jugak nampak aksi demonstrasi tu dan ada juga sahamku secara kecil-kecilan dalam usaha pemansuhan PPSMI.

AMCP ni macam tak ada orang, seolah-olahnya begitu. Aku cuma mampu tinggal berdoa semoga godaman tulisanku ini akan berhasil mendapatkan sokongan ramai pihak.

Apabila rakyat dah nak sertai demo, ghairah bercakap isu masalah AMCP ini, maka aku bolehlah rehat, balik tengok mak abah. Moga digerakkan hati umat lewat tulisan tentang bantahan AMCP itu kelak. Tuhan... gerakkan hati umat untuk bantah Akta Mesin Cetak dan Penerbitan. Ameen...


#####################

5 Syaaban | 17 Julai (Sabtu)
Dinihari. Aku 'berfoya' di Restoren Buharry macam biasa di Jalan Yap Ah Shak. Bila aku tiba budak restoren tu terus hantar teh tarik. Depa ni sudah mula kenal aku nampaknya. Hurm, tak sangka pulak depa cam!

"Selalu abang datang pesan teh tarik," kata seorang daripadanya. "Abang ni baru balik kerja?" Mereka cuba beramah-mesra. Aku mengiyakan saja.

Di sini aku 'update' bualanku dengan Zarif dan masukkan ia ke dalam FB di bawah nota 'Catatan Seorang Wartawan', SPKB.

Pagi. Aku keluar makan ini dekat Masjid Jamek Kg Baru. Masa makan di sini, aku teringat nak beli MP3 'player' di Low Yatt. Sejak semalam selepas berbual dengan Zarif, aku teringin nak beli perakam mp3. Rasa rugi kerana banyak debat sebelum ini tidak dirakam.

Dan, bualan dengan Zarif selesai berkuliah dengan Dr Zainiy Uthman semalam bagus juga isinya, tetapi tidak sempat dirakam. Kalau rakam dan catat, jangan-jangan dah boleh tulis buku-buku!

Pabila hampir pulang, aku terperasan satu perkara mengenai 'brader' yang kerap aku berurusan dengannya di sini. Aku lihat 'brader' ni punya mata helang dan bertelinga lintah.

"Tadi, makan roti canai satu kan?" dia tanya walaupun aku bukan order kat dia. Dia juga punya ingatan yang kuat. Aku angguk. "RM4.80 saja." Aku terus bayar, tak cakap banyak.

Hanya dua teori berputar di otakku. Sama ada dia ni memang cam aku dan tahu apa benda yang aku selalu makan atau dia ni memang terlatih dalam bab kira-mengira ni. Atau dia seorang askar atau seorang pengakap. Eh! Mungkinkah dia juga seorang pengawas sekolah yang suka berawas?

Aku rasa gelagatku berfoya-foya di Restoren Buharry tu dan makan-makan di Restoren An-Nur ini, ada persamaannya. Lama-kelamaan, orang akan kenal kita. Tidak, daku tidak boleh dikenali!

Lama-kelamaan, Israel akan tangkap daku nanti! Ejen Mossad Israel hadir di mana-mana. Bukit Aman punya SB (cawangan khas) ada telinga, mata di mana sahaja.

Tidak! Ejen FBI, CIA juga ejen Al-Qaeda seperti diriku ini mesti ada dua muka. Mesti sembunyi identiti, jangan sampai diketahui Najib Mongolia dan 'suaminya' Kak Rose! Ahaks!

Petang. Apabila pergi ke Harakah sekitar 3:45 petang tadi, rupanya tiada orang. Ini kali kedua mesyuarat bantah Akta Mesin Cetak dan Penerbitan (AMCP) tak jadi. Aku call TMJ. Ya, dia kata 'confirm' syura tak jadi. Rupanya, 4 petang syura tu. TMJ kata jam 3. Aku ingat, aku lewat.

Aku pi Haslam, terjumpa aweks 'cool', muka cun macam Raja Farah. Ini modal untuk menukang sebuah cerpen yang baik juga. Ketika ini, dalam bilik berhawa dingin, ada filem Hindustan, cerita mengenai siswa yang masuk lapangan politik.

Abishek jadi orang jahat. Laki Kajol (aku lupa namanya) jadi siswa yang nak masuk politik untuk kununnya memperbaiki taraf mutu siasah di India. Semua unsur ini boleh kuadun dan kusulam.

Mungkin aku boleh cipta watakku bermonolog di Haslam. Tetapi aku bukan jadi Picasso pencinta wanita. Daku boleh berangan macam seorang cerpenis muda yang sedang monolog seperti dalam cerpen Pak Samad Ismail, 'Ingin Menjadi Pujangga'. Ia mungkin sesuai untuk ditiru gayanya.

Bincang hal pemansuhan AMCP dengan Alo di Ampang
Akhirnya, aku sms Alo dan dia minta aku datang ke rumah. Banyak juga isu yang timbul. Sekali lagi, memang suatu keperluan, kefardhuan dan jatuh hukum wajib ke atasku untuk beli perakam mp3 ini. Maka, antara cadangan berbangkit adalah.

Buat Facebook gerakan Kami-Geram # menemui pensyarah Komunikasi USM (guru-guru aku sendiri) # tubuhkan akaun bank Kami, tapi aku ingat nak sahkan SPKB sebagai NGO dan bukan lagi NGI, then barulah aku wujudkan akaun bank bagi SPKB pula # angkat A Samad Said, Subky Latiff dan Said Zahari sebagai ikon pemansuhan AMCP # jumpa Syed Abdul Hamid Albar sebab kali terakhir dia letak jawatan sebagai menteri di KDN, dia pernah sebut bahawa AMCP dah tak relevan. Demikianlah antara yang sempat kucatatkan tadi.

"Ana tahu kenyataan Syed Hamid Albar bantah AMCP ni sebab baca laporan enta masa enta kerja di Malaysiakini la," kata Alo. "Ana nak tahu kenapa tetiba dia buat kenyataan begitu?"

Alo minta aku cari juga laporan mengenai 1,000 wartawan arus perdana yang hadir untuk minta AMCP ini dimansuhkan. "Mulanya, depa ni ada 500 sahaja, tapi tiba-tiba jadi 1,000," kata Alo.

Aku nampak nak kena kontek Siti dari Pantau, Indonesia sama, lalu aku pun keluarkan buku Bill Kovach yang kubeli di Samarinda dahulu. Ia diterbitkan Pantau tentang hal kewartawanan. Ada juga termuat sebuah ulasan Andreas Harsono di dalam buku tersebut.

"Enta fotostat buku ni kat ana nanti," katanya lagi ketika menyelak helaian halaman buku itu.

Bila Alo belek-belek, aku pun cerita dekat dia bahawa FAO M'siakini pernah cakap yang Andreas Harsono tu kawan dia ketika dia buat kajian mengenai ruang awam di Utan Kayu, Indonesia.

Daku juga berharap, agar Siti Pantau dapat promote Kami dan SPKB di peringkat Indonesia dan antarabangsa untuk melawan AMCP ini.

"Kita kena sokong Selangor nak buat Akta Kebebasan Maklumat (Freedom of Information Act) ni," kata Alo. Katanya lagi, kalau kena gaya, mungkin media antarabangsa ambil perhatian sebabnya, mereka memang suka idea-idea kebebasan bersuara dan kebebasan bersuara ini.

Daku pun mula teringat kawan-kawan di Indonesia. Satu persatu wajah mereka hingga menerpa di kepala. Febrian di PKS di Bogor, Arwan, Hudan di Banjarmasin, Freddy di Minahasa dan Wuri di Samarinda. Memang dah nak mula babak adegan episod drama meluaskan 'Nusantaraya' ni.

Ahah! Dulu aku fikir Nusantara Baru. Tampaknya tidak autentik nama itu. Nusantara Raya juga tidak hadhari. Nusantara Raya yang dipendekkan menjadi 'Nusantaraya' baru nampak 'autentik' macam dalam iklan Mee Segera Indonesia yang autentik lakonan Mila AF dan Deddy Mizwar itu.

Err...autentik natang apa ya? Kurasa nak buat lawak sikit dalam kolumku di Harakah tu, barulah nampak hadhari dan kelihatan autentik sedikit. Ahaks!

Rupanya ada iklan korban lembu banyak juga di Harakah
Bualan kami berpindah seputar permasalahan iklan-iklan di Harakah. Tiba-tiba sahaja Alo buka cerita sendiri mengenai iklan di laman sastera itu tanpa perlu aku membuka cerita mengenainya.

"Banyak sangat iklan tu masuk akhir-akhir ini," kata Alo lagi. Lalu, dia meminta Luqman bawa senaskhah akhbar untuk ditunjukkannya kepadaku. "Iklan pi ke Surabaya pun masuk juga."

Lah! Ada tiga iklan daripada pihak yang sama masuk rupanya. Yang aku jadi angin sikit tu sebab nampaknya macam percuma, tidak dibayar. Satu setengah halaman sudah RM6,000 sepatutnya untuk Harakah dapat. Dan, bila tengok iklan teknik belajar al-Quran Al-Baghdadi, aku rasa daku tau dah siapa mereka ni.

Depa ni lah yang dulunya, dok tanya kalau-kalau teknik bacaan al-Quran tu dapat masuk dalam Permata Pintar masa aku dok menjalani kursus di Kolej Pendeta Zaaba, UKM tempoh hari.

Sah! Bukan saja iklan korban sembelih lembu di Kemboja, iklan di Surabaya, teknik Al-Baghdadi pun naik juga. Kami buat kiraan. "Kira-kira RM32,000 juga sebulan Harakah boleh dapat," Alo membuat rumusan. Wah! Tapi, sejak Alo sakit, iklan tu masuk senang ja secara percuma! Urgh!

Cek Tunas Cipta dah tiba
Pulang dari Ampang, aku menaip sekejap di NZ Garden. Perut memulas, aku terus balik singgah di Restoren Kg Pandan di Jalan Yap Kwan Seng. Order nasi briyani. Abah tiba-tiba call.

"Cek puisi Tunas Cipta baru sampai di rumah," kata abah. Daku jawab bahawa aku akan sms no akaun bank aku nanti. Syukurlah. Teringat munajat syukur yang tak siap. Untuk kita latih umat ini agar lurus hati dan suci jiwanya ialah kita mesti latih mereka supaya banyakkan bersyukur.

Sungguh banyak nikmat Tuhan yang tidak kita syukuri dan kita selalu kita lupa bersyukur. Aku titipkan bicara Dr Zainiy Uthman semalam. Katanya itu biasa saja tapi apabila kata itu melompat dari hati yang suci dan ikhlas mengungkapkannya, maka ia membekas di jiwaku.

"Bersyukurlah kita kerana menerima nikmat Iman & Islam." Islam dengan kupasan yang jelas dan cahaya iman yang memandu kita menyebabkan kita tidak tersesat dan meraba-raba dalam kegelapan ketika menggapai kebenaran di dalam kehidupan ini.

Tetapi, mahu asuh macam mana kalau umat makan nasi pun tidak habis di pinggan? Nasi masih ada di pinggan, kemudian mereka hisap rokok dan cemarkan nasi itu dengan abu rokok pulak.

Sungguh kurang ajar, biadap sungguh dengan pemberian Tuhan. Tak hormatkan beras dan nasi!

Tuhan, beri kami kesabaran, petunjuk dan pedoman guna mengasuh umat ini dengan pengertian hidup yang mendalam sebagai umat Islam yang sempurna.

Angkatlah kami ke darjat tinggi. Beri kami kuasa, tetapi janganlah dibiarkan kami hanyut dalam arus kekuasaan itu sehingga kami akhirnya lemas tanpa mendapat rahmat-MU. Jangan jadikan kami sombong dan takbur dengan kekuasaan itu. Amin ya QAHHAR, ya JABBAR.

#####################

4 Syaaban | 16 Julai (Jumaat)
Bagai dijangka, mesyuarat pagi Geram (Gerakan Rakyat Mansuhkan Akta Mesin Cetak dan Penerbitan) tiada dapat daku hadiri.

Panggilan mesej di telefon bimbit meluru bertalu-talu. Petang ini aku buat keputusan, daripada beli emas dinar RM550, lebih baik aku simpan untuk beli basikal lipat di Kasar, Kelantan sebagai persiapanku ke Mekah kelak.

Menulis surat terbuka kepada Saifuddin Abdullah
Aku terus mengarang surat terbuka kepada Dato' Saifuddin Abdullah, tapi semua itu terhenti gara-gara ada orang baru masuk ke SPKB.

Kutangguhkan kerja-kerja ini kerana mahu pergi ke kuliah Islam & Secularism malam ini. Kuliah terakhir Dr Zainiy Uthman berpindah di ADM LT 1 dan bukan lagi di Shafie Room, UIAM.

Kuliah terakhir ini mengingatkan pesan terakhir T S Lanang kepada siswa wartawan... (1) kebenaran adalah kebenaran dan orang-ramai yang sokong kebatilan tetap tidak benar---jadi istiqamah memihak kebenaran itu suatu kefardhuan, begitu yang saya faham

(2) Pesan kedua ialah T S Lanang meminta kami teliti ayat-ayat dari Bible; kesilapan manusia hari ini bertunjang daripada wangkah?

"Bible kata 'money' punca kejahatan," kata beliau. "Sebenarnya bukan 'money', tapi 'the LOVE' of money yang menjadi antara punca kejahatan manusia itu."

Duit tidak pernah bersalah tapi 'kecintaan' dan 'ketamakan' kepada harta dunia itu yang menjadi antara sebab kepada keruntuhan akhlak insan sehingga mereka tidak lagi bersifat manusiawi.

'The Last Supper' adalah antara babak penting dalam Bible. Tuhan peruntukkan kisah 'Santapan Terakhir' itu dalam Al-Qur'an dalam Surah Al-Mai'dah kalau tak salah fahamanku.

Bagiku.. 'Santapan Terakhir' atau 'The Last Supper' bukanlah hanya terhad kepada acara makan malam Nabi Isa a.s bersama Hawariyyun, tapi sebenarnya itulah 'kuliah' baginda yang terakhir!

Ia bukan 'The Last Supper' sebenarnya tapi 'The Last Lecturer'! Dan Brown (Da Vinci Code) dan lain-lain filem menyorot semua ni dari kacamata teori konspirasi. Ia mungkin ada pesan nasihat yang terakhir dan berguna tapi pihak gereja telah pendamkan. Kemungkinan ada di mana-mana.

Ia seakan-akan sama seperti peristiwa Khutbah Al-Wida'. Suatu kajian terhadap hal ini, mestilah dijalankan dengan penuh berhati-hati kerana ia wujud dalam kedua-dua kitab kebenaran agama samawi ini. Penjelajahan akan berlangsung bermula sekarang...

Isi kuliah terakhir Dr Zainiy
1. "You must love your heritage..." kata beliau setelah bercerita mengenai kesusahan beliau dan Prof Al-Attas menggali manuskrip lama untuk mengisi perpustakaan Istac.

2. Puisi-puisi Rumi menjadi kekal sehingga ke hari ini kerana bait-baitnya memuatkan ayat dari al-Qur'an dan hadis nabi.

"Selepas Al-Qur'an, puisi-puisi Ar-Rumi adalah antara rujukan..." katanya. "Puisi kita hari ini tidak kekal sebab ia tidak seperti Ar-Rumi."

3. Ada bezanya antara ta'dib dan tarbiyyah. Tarbiyyah boleh dilaksanakan ke atas manusia serta haiwan. Kita boleh melatih (tarbiyyah) gajah, kuda, monyet untuk melakukan kerja untuk kita.

"Tapi, ta'dib (proses mengadabkan) hanyalah untuk manusia," katanya sambil merujuk suatu hadis, "Addabani rabbiy fa ahsana ta'diibii."

4. Beliau juga menyentuh soal peranan masjid. Maka, saya teringat idea rakan-rakan yang mahu membuat borang kaji selidik untuk membuat penilaian khutbah Jumaat oleh khatib-khatib. Syor yang baik, tapi siapakah yang berani menyuarakan?

5. Beliau bercakap mengenai Al-Kulliyy (universal) ---> yang menetaskan kalimat 'menyeluruh' di sini. Daripada sinilah tumbuhnya kalimat University.

6. Ilmu->amanah->Khalifah. Ilmu itu amanah manakala amanah dikait dengan Khalifah. Setakat ini sajalah 6 pesan terakhir yang sempat dicatat bermodalkan kefahaman yang ada.

Terberdebat dengan 'Zack'
Malam ini entah bagaimana, terberdebat dengan 'Zack' lepas berpapasan keluar kuliah. Saja-saja dia bertanyakan soalan, maka terpaksalah kukirim pesanan juga kepadanya seperti mana yang kupesankan kepada rakan-rakan debatku yang lain.

"Lain kali...kalau nak tanya, pastikan kita boleh mendengar dengan sabar jawapan orang itu," kataku. "Kalau tak boleh dengar, rasa nak marah, lebih baik jangan tanya."

Antara pepatah Mongolia yang sebati sebagai pegangan hidupku, "Lebih baik berdebat dengan sabar daripada berdamai secara pura-pura."

Antara inti debat yang secara tak langsung jadi titik pertikaian ialah.

Antara inti perdebatan; kebebasan
1. Pemikiran bukan jenayah. Oleh itu pemikir bukan penjenayah. Mereka tidak boleh ditangkap. Sebaliknya, dia melihat pemikiran suatu jenayah. Kes yang dibincangkan ialah Kassim Ahmad.

Aku menganjurkan debat terbuka, sebaliknya dia berasa risau kerana khuatir pengaruh Kassim akan berkembang. Aku selalu OPTIMIS dan yakin bahawa Allah akan mengirim jaguh pendebat terbaru yang boleh menumpaskan keyakinan dan kepercayaan salah yang baru berkembang itu.

"Mujaddid akan lahir setiap 100 tahun," demikian aku menyebutkan dari sebuah hadis. Apabila ada debat, maka suatu masa nanti, perlahan-lahan rakyat akan dapat melihat dengan jelas, siapa pemimpin mereka yang sebenar.

Aku tidak sempat menyebutkan bahawa dalam teori komunikasi yang dibentangkan Lazarsfeld; Two Step Flow (kalau tak salah)... pandangan yang salah akhirnya akan rebah, sebabnya di sana akan lahir 'pemimpin pendapat atau masyhur disebut 'Opinion Leader'.

'Opinion Leader' ini yang akan menjadi 'mujaddid' untuk menjawab segala pertanyaan yang gagal dijawab para ulama, cendekia yang terkenal pada era itu.

Contoh kes yang aku bekalkan tadi ialah debat Imam Abu Hanifah yang masih kecil dan tiba-tiba namanya terjulang setelah berhasil menumbangkan si Atheis Dahri. Debat terbuka adalah ruang untuk umat mengenalpasti siapakah 'mujaddid' pada zaman itu.

Debat terbuka juga terilham daripada ayat Voltaire, "Saya tidaklah bersetuju dengan anda, tapi hak anda untuk bersuara, akan saya berikan."

Zack tergelak. Barangkali kerana melihat aku tertarik dengan Barat. Hari ini, kena hati-hati jika mahu sebut nama pemikir dan ahli falsafah Barat. teruk kena kecam. Mujurlah ini sidang minum teh sahaja. Mujurlah dah tua-tua begini diri ini dah boleh bersabar dan boleh belajar mendengar.

Tentang maksud fitrah, kami tak bercanggah. Cuma, aku beritahu pandangan peribadi, FITRAH itu mungkin terserap dalam perbendaharaan Melayu menjadikan PUTERA.

Contoh ayat, "Najib diputerakan di Mongolia." Ini bermaksud, Najib lahir di'fitrah'kan (putera) di Mongolia. Hadis nabi menyebutkan, "Kullu mauluudin yuuladu 'alal FITRAH."

Aku rasa seronok melihat anak-anak muda ramai di kuliah tadi yang memegang buku Islam and Secularism. Sepatutnya, lebih ramai yang akan pegang buku ini.

"Minggu lepas tak ramai ya?" kataku kepada Zack. "Sekarang budak-budak dah mula kuliah, jadi ramailah sikit anak-anak muda yang hadir mengunyah buah fikir Al-Attas di sini."

"Tak de..." balas rakan debatku itu, "Itu memang kelas mereka tadi." Oh! Aku ingat mereka ni hadir dengan rela hati. Tapi, bagus juga sebab mereka dah dilatih dengan fikiran berat sebegitu.

Surat yang memuatkan saranan SPKB kepada Timbalan KPT Dato SA masih terperap di dalam nettbook. Sudah tiba masanya Kebudayaan Barat dalam takrifan Prof Al-Attas diangkat menjadi kursus seperti TITAS (Tamadun Islam dan Tamadun Asia) yang diajarkan di kampus-kampus.

Kami berpisah setelah sebak guruh di langit dan tangisan hujan yang gugur lebat tadi makin reda
di daerah ini. Perlahan-lahan kami menuju ke parkir motor.

"Mencari kebenaran sangat panjang," kataku membuat rumusan. Zack senyum lalu berkata, "Ya, mestilah..." Begitulah...debat sebenarnya bukan punca permusuhan, tetapi ia membuat kita semakin matang berfikir dan mengurangkan salah dalam bertindak.

Geram sedang mula bertindak
Sedar-sedar di SPKB, kiriman sms Alo hinggap lagi, "Amat perlukan khidmat anta KAMI lawan KDN, AMCP (Akta Mesin Cetak dan Penerbitan.)"

Tadi sebelum berangkat pergi UIAM, TMJ call, "Apasal tak mai tadi?" Daku terdiam menyedari kealpaan diri ini. "Ingat, esok jam 3 petang di Jalan Pahang Barat."

Penggerak yang ada hanya 5 orang. Kami perlukan sekurang-kurangnya 10 orang. Lagi 5 orang yang perlu dicari. Begitu bebanan awal yang terpundak di atas bahu.

Huh! Lima orang? Nak cari seorang wakil wartawan pun susah. Tak ada cara lain. Aku mesti lobi Alo agar H.Daily dapat siarkan semua tulisan atas nama KAMI, SPKB dan Sasterawan Merdeka!

#####################

3 Syaaban | 15 Julai (Khamis)
Daku bangun pagi ini lalu mendapat berita bahawa permit Harakah sudah pun diperbaharui. Aku kontek Dr Not, TMJ tak dapat-dapat.

Melihat telefon bimbit, ada panggilan Alo yang tiada sempat aku jawab. Dia berharap sangat aku datang hari ini. Tapi, aku nak pastikan dahulu apakah hari ini, aku perlu hantar bahan sastera atau tidak.

Last sekali, Yusdar memberi penjelasan yang aku sendiri semakin tak jelas ekoran gangguan suara di telefon.

"Permit baru dapat hari ini. Tetapi hari ni, kami tidak buat apa-apa lagi," katanya. "Isnin, baru la Ali boleh hantar bahan tu. Sabtu, Ahad ni kami deadline untuk masuk bahan yang Rabu hari tu."

Cantek! Boleh aku selesaikan caruman KWSP. Semalam tengok duit ada baki lagi. Hajat nak beli dinar emas lagi. Entahlah boleh ke tidak. Mungkin lepas carum, aku jenguk Alo sekejap. Atau aku pergi berfoya-foya tengok wayang menghiburkan hati yang duka lara semalam...

Petang. Selesai urusan caruman di KWSP, aku balik SPKB. Cukup 6 bulan dah aku carum. Moga aku berjaya menubuhkan pejabat SPKB yang sah kali ini dengan membuat 'loan' untuk membeli rumah yang baharu. Ameen...

Hoirul S'pore call. Dia kini di Akademi Pengajian Melayu UM, tinggal di Pantai Hillpark. Dia ingin cari kereta sewa dan motor yang murah-murah. Aku mengenalinya di Samarinda tatkala kami di sana bersama-sama terjun dalam acara Mastera DBP pada tahun 2007.

Entah bilalah daku boleh bincang dengan dia untuk tubuhkan Parti 'Islam' Singapura ni? Dahulu, ada Pas Singapura. PKMS (Umno Singapura) macam ada masalah dalaman setelah daku berbual dengan seorang penggeraknya sebelum ini di FB chat. Oh! Tg Pagar! Kerajaanku dan tanahku!

Daku kirim no hp Saif DBP selepas aku tiada berdaya membantunya untuk mencari kereta sewa itu. Petang ini, NY call. Lalu kami berlabuh fikiran di Kg Pantai Dalam, pekena nasi ayam kukus.

"Ada SB ikut kau tak?" NY bertanya. Aku pun tak faham kenapa dengan tiba-tiba soalan ni dah berbangkit. Sedangkan, sebelum ni kami saling mencurigai bahawa kalau-kalau antara kami la ni dah mula menjadi SB Bukit Aman. Bagaimanapun, aku rasa tak ada SB ikut aku.

"Mana ada, aku orang bawahan," kataku sambil menolak jauh-jauh sangkaan tersebut. "Lain la kalau aku ni orang atasan yang ada pengaruh."

Kami bertukar membaca buku. Dia bawa buku Indon; Singapura, Basis Israel di Asia Tenggara.

Aku cerita kat dia tentang penemuanku mengenai Rumah Hantu Freemason di Pulau Pinang. Ini terjadi secara kebetulan sebab aku melihat rekabentuk Lodge Freemason di Singapura di dalam buku itu seperti sama dengan rumah hantu di Penang.

Dan, dia menyelak halaman helaian demi helaian Risalah Untuk Kaum Muslimin karya Al-Attas.

Ada perkembangan terbaru mengenai Saif. Dia sudah bercuti untuk ambil master di UPM. Suatu perkembangan yang baik. Demikian menurut NY. Aku ni entah bilalah agak-agaknya?

Perkembangan baru dia ajak pergi Seminar Azizi Abdullah di Penang dan Seminar Rendra. Wow! "Aku cuba dapatkan rumah penginapan dalam USM tu, tapi kau tidur dalam kereta sajalah," katanya. Cait! Sungguh bedebah...

Tapi, okay juga. Kalau aku, boleh tunjuk kat dia kat mana aku boleh tahu wujudnya perkuburan Yahudi di Jalan Yahudi (kini dikenali Jalan Zainal Abidin) di Pulau Pinang. Aku dapat tahu hal itu setelah aku jumpa petunjuk tu di Rumah P Ramlee. Fuh, aku dah jadi Robert Langdon macam ni.

Mula belajar memahami Seni Halus
Sambil mengutuk dan mengumpat pimpinan parti, dia ajak aku pi RA Fine Art untuk mendalami seni halus. "Tapi, aku rasa kau tak berminat kot..." katanya.

Baru-baru ini, ketika menulis ulasan cerpen Zanazanzaly, aku temui kelibat Picasso dalam karya beliau. Aku pernah dengar nama ini, tetapi aku tak begitu serius membuat pembacaan mengenai sosok ulung ini. Barangkali, ini adalah langkah awal untuk menelaah hasil karya seni halus pula.

Dia bagi aku peta menuju ke Raja Ahmad Fine Art yang terletak dekat Jalan Ampang. "Aku rasa kau patut datang untuk faham untuk dengar ceramah RA ni," katanya lagi.

Aku rasa kawasan ni dekat Restoren Arab juga. Hmm.. lepas dengar ceramah seni halus, pekena Restoren Arab sat, hisap shisha sikit baru nampak 'cool' untuk mengurat seorang dua awek Arab kat situ. Ahaks! (Astaghfirullahal Azhim... isk, isk, isk)

Aku mengeluh sebab aku seorang sahaja yang terkial-kial mengawal pemberitaan dan rencana di sastera. Depa takpalah, sebab dah ramai orang. Ada juga teman bincang sikit-sikit. Daku seorang saja. "Sebab tu aku kena pi Rumah Pena, bertukar fikiran dengan ramai orang," kataku lagi.

Aku teringat Latiff Mohidin, lukisan catan (cat minyak) dan mendengar khutbahnya tentang seni halus ini terbuka dan bebas untuk dinilai dan dikritik daripada semua segi. Daku terfikir perkara ini mungkin boleh aku cuba di Jalan Telawi.

"Garis-garis halus tu ada maknanya, bayang-bayang tu ada juga maknanya, warna merah itu ada maknanya juga. Kau kena tengok aliran, mazhab dan latarbelakang peristiwa kejadian pada tahun itu," begitu panjangnya khutbahnya. Aku terpegun sejenak.

"Jadi, kalau ada lukisan kapal selam yang menyelam di lautan merah, mungkin boleh kaitkan dengan pembunuhan wanita model Mongolia?" daku bertanya.

Huh! Patah semangat dia nak meluncurkan isi khutbahnya lagi. Bagaimanapun, daku lebih minat dengan Goodreads yang dia cadangkan untuk menaikkan semangat untuk terus membaca.

Wahai kengkawan sekalian. Di bawah inilah laman Goodreads daku. Jadi, selamat mendaftar...

http://www.goodreads.com/friend/i?i=LTM2MDMwOTA4NTc6MzU4

Aku syor juga kat dia kalau-kalau dia berminat untuk me'Youtube'kan perbincangan buku-buku. Tapi, Pena tiada bajet cukup untuk beli video. Akhirnya, wujud resolusi rapuh.

"Kita buat la sembang buku," katanya dan aku pun mengangguk lemah. Bila ada diskusi bebuku ni, aku rasa baru ada peningkatan kefahaman sikit, walaupun nampak skima di mata orang.

Isu wala' dalam Pas
"Kau rasa isu walak di dalam Pas ni sihat tak?" dia bertanya. Aku ambil masa yang lama untuk jawab hal ini. Maklumlah isu-isu agama ni, perlu disandarkan kepada orang yang lebih arif.

"Aku rasa dalam politik kita kena akur bahawa ada ketikanya ulama pun buat silap dalam perhitungan politik," katanya, "Jadi, kita boleh kritik juga ke atas ulamak politik."

Baru-baru ini di Haslam, NY bertembung dengan rakan lamanya di Mesir lalu terbongkar cerita lama, Kerajaan Perpaduan. Isu ini banyak menyebabkan perpecahan yang parah dalam Pas.

Aku ingat seorang member yang dulu melihat hal politik dan agama mesti dipisah, kerana beliau mahu membuat perbezaan antara kenyataan Nik Aziz (Tuhan Mencarut) dengan kuliah-kuliah agama. Tuhan Mencarut adalah kenyataan politik dan boleh kita tolak, katanya.

Aku setuju. Tapi, bila mai isu kerajaan perpaduan, orang yang sama juga bangkitkan hal wala'. Ni kerajaan perpaduan ni kenyataan agama yang datang dari Tuhan atau kenyataan peribadi?

Aku juga tak sempat khutbahkan bahan fikiranku tadi. Aku nak cakap bahawa isu wala' ia mesti diawali dengan syura, consensus. Mula-mula Allah suruh wa amrhum SYURA (consensus) baina hum. Jadi, wala' kepada pemimpin terangkat setelah berlaku mesyuarat (pendirian jemaah).

Bukan 'pandangan peribadi' pemimpin jemaah yang mengeluarkan pandangan tanpa restu parti.

Daku hanya sempat bangkitkan sikap pimpinan kampus yang menolak mas'ul hanya kerana taat kepada Amir Jemaah di kampus. Entah dari manakah kita mesti bermula? Mesti ada revolusi!

Mesti ada debat dan pertikaian silang pemikiran. Kita belum handal dan faqih lagi dalam debat agama di Malaysia. Ini lagi tahap tinggi. Aku cerita juga hal Izutsu yang tak nak masuk Islam itu, setelah Prof Al-Attas ajak dia yang mahir mengenai selok-belok agama Buddha.

"Kalau saya masuk Islam, mereka tak nak dengar lagi cakap saya," katanya kepada Al-Attas.

Malam. Lepas solat Isyak di Masjid Al-Khadijah. Kami minummalam lagi. Aku baru sedar sms Jimadie masuk ke hp. Dia tak nak terbabit. "Aku malas nak masuk jawatankuasa..." katanya.

Dulu dia ada bagitahu yang dia tak boleh masuk mana-mana jawatankuasa. Aku faham kalau jawatankuasa tu melibatkan parti politik atau mungkin pertubuhan NGO. Takut 'bias', katanya.

Dan lagi, katanya dulu, hal kemasukannya dalam mana-mana jawatankuasa itu melanggar etika kewartawanan. Aku pernah dengar T S Lanang kata, kalau boleh wartawan jangan masuk parti.

Tapi, yang aku pelik, ini jawatankuasa mansuhkan gerakan mansuhkan akta mesin cetak, bukan mewakili mana-mana parti. ALO pun masuk. Tadi, aku tengok Zul Sulung Siasah, editor SK pun ada dalam YouTube TV Pas ketika mereka berbincang di rumah Alo tadi.

Oo.. patutlah Alo call aku pagi tadi. Jangan-jangan, nak ajak aku pi ke rumah dia di Ampang kot?

Fuh, Kalau tidak, aku ada la juga kawan-kawan yang boleh diajak berbincang mengenai hal ini.

"Aku kat BH ni memang susah," kata NY. "Ini, Malaysiakini pun yang bebas dan nak berjuang mansuhkan akta mesin cetak tu pun tak nak terlibat apa kes?"

Sebelum malam merangkak ke jam 11, kami berpisah dan kusempat lepaskan persoalan kepada NY; Imam Mahdi mungkin bukan Arab. Namanya Muhammad Abdullah tapi dia mungkin Ajam.

"Abdul Qadir Al-Jailani keturunan nabi, tapi dia Parsi. Laksamana Cheng Ho atau Zheng He tu keturunan nabi tapi dia Cina. Imam Mahdi keturunan nabi, tapi dia mungkin bukan Arab," kata aku lagi sebagai babak drama hujah terakhir.

Daku bangkitkan isu ini sebab, masa maghrib tadi, kami berbual kisah Panglima Kiai Salleh yang hebat itu. Mungkin tok-tok guru silat boleh dihantar ke Palestin? Mungkinkah Imam Mahdi la ni orang Melayu yang bernama Muhammad bin Abdullah, seorang jaguh silat handalan juga?

Ya lah... entah kenapa sejak akhir-akhir ini daku teringat nama pakcik Kelang Tanjung Tuan itu. Namanya Muhammad Basir bin Abdullah. Dia asal Johor, tempat Panglima Kiai Salleh... Namaku Ali, tak kan aku ni jelmaan Ali Shariati merangkap jelmaan Saidina Ali? Ah! mustahil... mustahil...

Pabila SK bertanya kepadaku di FB dahulu - kenapakah nama lengkapku mirip nama anak lelaki Hassan Al-Askari itu yang hilang itu, aku jawab hal itu terjadi secara kebetulan dan abah pun tak terfikir nama anak Imam Ke-11 Syiah dari keturunan Ahli Bait itu.

"Saya tanya sebab ingatkan ia berkaitan dan kena-mengena," kata SK. Abah bukan Syiah. Dia sengaja suka letakkan nama orang-orang lama, begitulah daku menjelaskan. Dia memang mahu namakan Omar, Uthman dan Ali, mewakili nama khalifah dahulu.

Lalu, terciptalah namaku seperti yang ada pada hari ini. Tapi, kenapakah hatiku selalu didorong dan kerap disuruh-suruh untuk menakluki Yala, Singapura dan Palestin? Why? Why? Why? Pur que? (Kenapa, di dalam bahasa Mongolia.. eh silap taip, bahasa Venezuela...) Haih! Haiz!

#####################

2 Syaaban | 14 Julai (Rabu)
ALO call diri ini, "Mai lah rumah, kita bincang-bincang sikit hal pemansuhan Akta Mesin Cetak ni..."

"Hari ini ana sibuk sikit la syeikh," pantas aku menolak.

"Tak pa, mai la bila-bila... nampak macam tak berjalan pun..."

Banyak betul benda nak kena tulis la ni sampaikan nak berblog pun macam dah tak sempat, padahal ada banyak saja benda-benda penting yang mahu aku dedahkan. Dunia ini betullah dah semakin menuju ke arah kehancuran.

Malam. Terima sms lagi dari Alo, katanya semua pimpinan parti sudah tidak siarkan akhbar dan mereka tunggu jawapan Hishammuddin. Aku tak puas hati, kita harus PESIMIS!?

Aku tak jadi nak mengarang kalau macam ni. Ideaku jadi tumpul setelah tidak diasah lagi. Dekat mana pulak aku nak berkarya dan mendapat duit imbuhan kalau macam ni?

Mak sms lagi, bertanyakan keadaanku. Pah, adik iparku dah dapat kerja dan Isnin ini dia dengan Imran akan ke Putrajaya. Jadi, haruskan aku balik ke Pendang buat seketika sambil menunggu kelulusan permit Harakah daripada KDN ini?

#####################

25 Rejab | 7 Julai (Rabu)
Aku berbual dengan Pak Lang Don, kawan Brader Din Tabligh. Dia banyak pengalaman sungguh nampaknya dan dia berasal dari Parit Buntar.

Antara pesan-pesannya yang menyeludup masuk ke dalam fikiranku ...

1. Kalau kita kerja kontraktor, jangan sesekali bagitahu kepada anak buah bahawa kita tak ada duit. Nanti mereka dah tak bersemangat nak bekerja.

2. Duit kita dah tidak laku di luar negara. "Kalau pi S'pore, kena tukar duit di JB, tak boleh lagi tukar di S'pore sebab duit kita dah tak laku."

Tambahnya putaran ekonomi kita kini terjelma bagaikan anak-anak kecil yang bermain pondok-pondok. Kita ambil daun-daun kat pokok itu untuk dijadikan duit untuk beli barang keperluan.

Tapi, 'duit pokok' itu tidak boleh digunakan untuk beli beras, gula dan lain-lain di kedai sebab tak laku. Aku rasa, sebab itu agaknya Dr M nak nilai ringgit perlu ditambat pada harga emas tu kot?

Sebenarnya, bukan harga barang naik, tetapi duit kita yang jatuh. "Tahun 1994 matawang kita dah jatuh. Dan pada 1996 ringgit jatuh sekali lagi," kata Pak Lang. "Kami orang meniaga, kami sudah nampak perjalanan naik turun harga barang semua ini."

Seperkara lagi, katanya, tempoh meniaga sepanjang 20 - 30 tahun, bukan lama, demikian jikalau mengikut tafsiran orang-orang Cina. Habis tu, apa maksud lama? Pak Lang Don bertanya.

"Maksud lama tu seperti kita berniaga sejak zaman tok saya yang asal mula sampai di negara ini," kata Cina itu kepada Pak Lang Don. Mereka sudah cukup teruji dengan pengalaman hidup.

Bangunan terbengkalai di Tg. Tuan
Tetiba meresap dalam ingatanku mengenai sebuah bangunan terbengkalai di Tg. Tuan. Aku hari tu sempat tanya Ali Rustam kalau-kalau aku boleh bina balik bangunan tu.

Daku melihat Pak Lang amat berpengalaman dalam bidang kontraktor pembinaan. Dia pun tahu harga kayu sepanjang sehasta, besi dan semua peralatannya.

"Buruh tenaga mahir pun RM70 sehari, 8 jam bekerja," katanya apabila aku bertanyakan harga upah pekerja. Kalau dapat projek, boleh aku upah mahasiswa untuk bangunkan Safar sikit-sikit!

Tukang sapu plaster itu pun upahnya RM150 - RM200 sehari dalam tempoh 8 jam bekerja. Jika tenaga siswa dapat digunakan dalam tempoh cuti semester, maka tak payah guna Indon! Jimat!

Pembangunan Kg Baru guna pelabur luar?
Satu hal yang aku tak terfikir, dan baru tadi Pak Lang bangkitkan ialah kemungkinan kerajaan ni akan menarik pelabur asing untuk menyuntik modal dalam usaha pembangunan di Kg Baru.

"Kerajaan memang tak ada duit nak beli tanah di Kg Baru. Jadi, salah satu cara ialah dengan menggunakan duit pelabur luar dahulu untuk membayar pampasan dan membina bangunan.

"Kalau tidak dibuat begitu, macam mana nak beli tanah-tanah di Kg Baru ni?" katanya lagi.

Wah! Sampai jauh ke situ pulak Pak Lang ni merenung tindakan-tindakan kerajaan. Aku pun tak terfikir hal ini. Sejauh yang pernah aku sembang dengan orang-orang di Kg Baru ini, mereka dah optimis bahawa kerajaan tak boleh beli tanah mereka sebab tanah mereka sangat tinggi nilainya.

Cek dah tiba
Cek bulan ini dah tiba. Aku sms Khairul tadi. Khairul balas balik, "Dah sampai, ada kat Darna."

Fuh! Lega rasanya. Boleh bayar semua piutang, bil tertunggak dan carum KWSP. Ini dah masuk bulan ke-6. Harap-harap, bolehlah aku buat loan cari rumah, then aku nak stay di Pendang lama sikit untuk beruzlah dan berkhalwat di Gunung Jerai mencari kekuatan untuk menakluki Yala!

Bila dah ada rumah di Lembah Kelang ini, barulah aku rasa tenang sikit untuk keluar berkelana jauh-jauh ke Amerika ka, ke Mongolia ka, ke Mekah ikut jalan darat merentasi Laluan Sutera ka.

Ya Allah, ya Tuhan kami, makbulkanlah segala doa, cita-cita dan pengharapan kami ini. Ameen...

#####################

24 Rejab | 6 Julai (Selasa)
Daku rasa lebih lapang hari ini. Tetiba, dapat panggilan NY of BH, makan di Kg Abdullah Hukum pada mulanya. Akhirnya, tempat itu tutup.

Kami labuhkan dermaa intelektual di Kg Pantai Dalam pula. Khutbah daku agak baru kali ini; tetiba saja bicara soal Risalah Untuk Kaum Muslimin.

Antara isu yang dibangkitkan ialah...

1. Mengislamkan fikiran umat Islam itu bermula dengan mengupayakan penghadaman Risalah Untuk Kaum Muslimin (RUKM). Daku mesti mengambil alih fungsi Sunan Kalijaga dalam rangka usaha merakyatkan RUKM ini.

"Ustaz Fathi Yakan mungkin lupa atau tidak terfikir soal mengislamkan pemikiran Muslimin," kataku. Aku teringat bahawa beliau menulis dalam kitab Apa Ertinya Saya Menganut Islam.

"Dia tulis saya mestilah Muslim dari sudut Aqidah, juga Syariat," tambah aku lagi. "Tapi, tidak disebutkan pula bahawa kita mestilah Muslim daripada sudut PEMIKIRAN."

Di sini NY menambah persoalan ilmu-ilmu dan pengetahuan lama dalam dakwah usrah yang dah tertanggal dalam pengetahuan mahasiswa hari ini, seperti Usul Isyrin dan lain-lain.

Daku angguk, tanda bersetuju. Kalau depa tengok balik Usul Isyrin, mungkin mereka kawal diri dalam isu yang bertunas di kampus sekarang - hal Syiah dan Wahabi.

2. Aku mengeluarkan buku RUKM untuk dia belek-belek. Dia melihat Al-Attas ada tulis faham sastera. Lalu, dia cadangkan supaya setiap bab atau perenggan ditarik supaya disyarahkan dan diperhalusi dengan lebih baik agar mudah difahami oleh ramai orang.

Apakah peranan murid-murid Al-Attas selama ni? Tanya NY lagi. Lalu aku pun bangkitkan teori bahawa ada kemungkinan mereka sibuk sehingga sulit nak kembangkan karya Al-Attas dengan lebih jauh. Dia fikir bab faham sastera perlu disyarahkan juga.

"Kelemahan ustaz-ustaz sekarang ialah kerana mereka tidak menguasai sastera," kata NY. Di Mesir, menurutnya, pelajar agama memang belajar sastera Arab. Tapi, di di universiti tempatan mungkin tiada bakal-bakal ustaz yang belajar sastera Arab, katanya lagi.

Daku rasa mungkin dengan sebab tiadanya usaha untuk mengembangkan faham sastera Arab di dada pelajar ini, maka faham Wahabi pun menular dengan lebih deras.

Membuka Sekolah Falsafah Rakyat (Safar)
Daku beritahu dia jua mengenai angan-anganku yang baharu muncul mutakhir ini ekoran fikiran Al-Attas yang bercambah, bertunas dalam fikiranku kini. Aku tiru Sekolah Agama Rakyat; SAR.

"Aku ingat nak menubuhkan Safar; Sekolah Falsafah Rakyat, untuk mengislamkan pemikiran orang ramai," demikian kataku.

Hal ini adalah lanjutan debatku dengan dia dahulu apabila aku nyatakan rasa sensitifku terhadap sikap sesetengah orang yang kerap membuat kenyataan bagi Islam. Lebih awla disebut menurut 'pandangan ulamak' berbanding 'menurut pandangan Islam'.

"Habis tu, kau nak bubarkan SPKB?" tanya NY lagi.

"Tak bubar... SPKB tu induk," balasku. Dulu, aku nak pusatkan kegiatan di Pustaka Masjid dan nampaknya aku gagal. Pemikiran orang masjid ni lain. Fikiran orang makan gaji tak sama dengan fikiran para relawan masyarakat dan aktivis yang sentiasa bersedia menggerakkan fikiran umat.

Safar adalah juga Pustaka Rakyat setelah rencanaku menubuhkan Pustaka Masjid ada masalah. Pustaka Rakyat a.k.a Safar adalah tempat menghimpunkan buku-buku kawan-kawan, khazanah timbunan majalah lama yang tidak terpakai.

Imam Al-Ghazali dah banyak kitabnya di biliknya. Aku pun dah berselerak. Tapi, aku tidak kuat daya hafalan. Jadi, kalau ada Pustaka Rakyat a.k.a Safar ni, masalah ini boleh selesai juga. Boleh jadi, aku dapat pindahkan sebahagian besar buku-buku aku ini di Safar itu. Ameen...

#####################

23 Rejab | 5 Julai (Isnin)
Menyibukkan diri dengan urusan menggodam bahan sastera. Hampir tiada masa untuk keluar. Masa akhir-akhir ini seperti bongkah-bongkah ais yang berbungkal-bungkal lalu ia cair menjadi sungai waktu lalu mengalir deras terlalu cepat.

Daku pun dihurung rasa hairan dengan tabiat alam. Atau mungkin hubungan kejiwaanku dengan alam sudah tidak lagi mesra dan akrab atau aku tidak lagi akrab dengan azan dan melanggar sunnatullah dan fitrah kejadian alam.

Mutakhir ini, aku mula mendapat pengertian makna baharu terhadap FITRAH, iaitu LUHUR. Di sana, kulihat HALA (gantian hubungan horizontal) dan TALA (gantian hubungan vertikal). Kalau ada lebihan waktu, bolehlah aku susun semual nota kuliah dalam blog SPKB.

Huh! Falsafah... falsafah... ahahh! Falsafah bukan istilah Melayu. Aku fikir, pendeta atau pandita itu yang lebih tepat menggantikan falsafah. Failasuf adalah guru bangsa, menggantikan pendeta!

Ismail Hussein guru kepada menteri-menteri hari ini?
Hal kependetaan ini jugalah yang mengingatkan aku terhadap Pendeta Ismail Hussein. Siapakah yang memberi gelar nama pendeta kepada beliau ini?

Baru-baru ini di Rumah Pena, Dato' Baha ada bangkitkan isu Ismail Hussein adalah guru kepada ramai menteri. Hal ini pernah aku dengar dari mulut Ismail Hussein sendiri dalam sidang media anjurannya di Johor setelah tamat Kongres Permuafakatan Melayu di Persada; Mei 2008.

"Murid-murid Ismail Hussein ini kebanyakannya menteri. Dia angkat telefon begitu saja," kata Dato' Baha Zain kepada kami; aku, NY, SM Zakir, Salleh Rahmad, Marjan, dan Al-Johori.

"Jadi, terus boleh dapat tanah, dan segala macam lagi kemudahan. Itu kelebihan dia..."

Baru aku teringat. Bila aku hadir dalam sidang media Gapena itu, memang Ismail Hussen cakap, "Kita harap dengan resolusi Kongres hari ini membantah PPSMI, maka menteri-menteri yang jadi murid-murid kita ini rasa segan sikitlah denan guru mereka ini..."

Aku mulanya nak tergelaklah juga. Ingatkan dia buat lawak. Tapi, bila Dato' Baha pun cakap cam tu, maka aku pun tahulah sejauh manakah kekuatan sang pendeta 'guru bangsa' itu.


#####################

22 Rejab | 4 Julai (Ahad)
Jumpa adik dan di Rapid KL dan berjaya mendapat kembali motorsikalku yang lama tersadai dekat Pandan Indah.

"Abang tertinggal no hp abang dalam kereta masyi," kata kakti pagi ni. Dan tindakanku meminta Naim buat miscall itu berjaya jua menyebabkan kakti menghubungi Naim.

Mulanya, aku ingat telefon sudah hilang dalam bilik SPKB. Rupanya, ketika Naim call hp aku, hp aku dalam kereta masyi sedang berdenyut-denyut.

Turun di Rapid KL Cempaka. Lalu barulah daku sedar yang aku sudah pun menyulitkan hajat mereka nak ke IKEA di Damansara.

Malam. Balik dari Pandan Indah, kulihat tv; Lindsay Lohan ada adik, Ali Lohan. Daku pun tidak tahulah sekarang ini, aku mahu jadi apa. Haruskan aku berterus-terang dengan Megan Fox akan hal hatiku ini yang seringkali berubah-ubah?

Apa bicara bakal isteri-isteriku nanti? Tapi, kalau mahu cari orang rumah, kita mesti cari rumah, dan juga tanah. Aku perlu juga menceburi bidang hartanah.

Langsung ingatanku diheret kepada persoalan hartanah di Melaka yan dibincang di Rumah Pena baru-baru ini. Kata orang-orang di sana, ada tanah murah tempat perladangan kelapa sawit.

Hartanah di Melaka?
Encik S Rahmad bercerita mengenai tanah di Alor Gajah yang harganya cuma RM5 sekaki. Daku pernah dengar hal tanah lot ini mahu dibuka untuk dibangunkan perkampungan artis dulu. Ada juga aku isi borang dulu, tapi aku dah tak dengar cerita. Kini, timbul semula.

"Ada borang dalam kereta tu kalau nak," kata En Salleh ketika menawarkan kat Marjan secara 'ajak-ajak ayam'. Marjan diam. Lalu, tawaran tu dibuka semula kepada NY of BH. Dia pun sama..

"Nanti kau menyesal kot kalau rumah kami berjiranan dengan Diana Danielle," SM Z bergurau dengan NY of BH yang berdiam itu. Aku ketawa berdekah-dekah.

Seronok betul bila ada orang berangan-angan macam ni. Kalau ada pelaburan tanah kat Beverly Hills, mungkin depa pun nak berjiran dengan Megan, adik-beradik Lohan dan lain-lainnya.

Jiwa kapitalis terbit semula bila berbincang hal-hal seperti ini... Tanah, tanah, tanah...

Currently have 0 comments: