Urusan pengiklanan, sms 014-3233287 @ mel-e ibnuamir@yahoo.com, subjek: Iklan Karya Fansuri
Latest News

15 - 21 Rejab | 27 Jun - 3 Julai (Ahad - Sabtu)

Monday, June 28, 2010 , Posted by nota untuk Syiah at 11:36 PM

21 Rejab | 3 Julai (Sabtu)

Dinihari. Di Jalan Yap Ah Shak, menghabiskan masa menonton YouTube dan memeriksa penulisan baru di nettbook aku. Selepas Subuh daku buat revolusi ber'hibernate'.

Dan, pagi ini, panggilan NY tiada berjawab. "Kau tunggu aku di bucu DBP," sms NY meluncur ke hp aku sekitar jam 8 pagi tadi."

Letih yang mewah bertakung dalam acuan tubuh menyebabkanku terlena. Sebetulnya, hari ini ada mesyuarat Gapena (1).

Juga, ada mesyuarat Gerakan Anti Judi kat bangunan Pas Jalan Raja Laut (2). Semalam, Hasni DBP menjemputku supaya hadir di Rumah Pena.

"Aras 2, jam 9 pagi," kata Hasni lagi, semalam. Di samping itu hari ini juga ada program Sutung Umar di Kelantan Delight KL Sentral, jam 9 pagi (3). Jadi, pagi ini sahaja sudah ada tiga acara!

Dan, bagi ketiga-tiga acara itu, aku tak menghadirinya. Seperti biasa..revolusi dan 'reform' harus bermula tengah hari. Itu pendirian kami makhluk Sosialis! (Ahem!)

Petang. Aku habiskan nasi lemak Rumah Pena semalam. Sambalnya dah hampir basi. Tapi, aku makan bahagian nasi yang masih putih dan tidak terkena bahagian sambal basi itu.

Aku teringat dalam buku sejarah dunia yang menuliskan kisah bagaimana Siddhartha Gauthama Buddha akhirnya menemui ajal setelah makan nasi basi. Fuh! Perjuangan betul!

Petang ini, daku mengarang sebuah cerpen. Memang bosan. Kalau kita dah nak buat benda baik, asyik mengantuklah jua. Terlelap dua, tiga kali juga. Lalu, daku pun bermimpi... zzz... zzz... zzz...

Sembang dengan 'brader' Penama
"Ah! Israel ni macam polis kita," marah Setiausaha 1 Penama itu. Daku baru kenal dia semalam. "Kalau kita Penama dan Pena nak hantar rombongan macam Mari Marvara, rachel Corrie tu, dia boleh buat macam polis juga."

"Maksud abang?" aku bertanya meminta pandangan. Aku teringat semalam bahawa aku melobi pandanganku agar Pena dan Penama cuba mengirim sukarelawan ke Palestin. Dia menolak.

"Sedangkan Arab tak bantu, inikan kita? Polis kalau nak tangkap kita, dia letak dadah dalam kereta kita. Israel pun macam polis juga. Kita datang tanpa senjata tetapi nanti dia masukkan senjata milik orang Islam dalam kapal kita. Akhirnya kita terpalit fitnah," hujahnya.

"Jadi? Apa lagi yang boleh kita buat? Boleh tak kita jadi macam badan pelobi, jumpa menteri dan desak Zahid Hamidi tubuhkan pasukan tentera OIC macam yang dia nak buat dulu tu?"

Dia diam. Tidak menjawab atau pun mengulas. Sebaliknya, masih lagi menyentuh persoalan klise yang pernah kudengar dahulu. Mengungkit kelemahan umat Islam sendiri, mengulas kegagalan boikot, pemulauan produk Israel. Dan banyak lagilah yang dia sebutkan.

"Saya rasa lebih baik kita teruskan dengan kegiatan begini sahajalah," katanya lemah bernada kecewa dan melemahkan orang lain seperti aku.

Ya ini masalah yang sama di kampus. Kalau naqib, amir jemaah dakwah kampus sudah takutkan HEP dan Auku, maka yang muda-muda, junior itu lebih-lebih lagi takutkan pihak pentadbir IPT.

"Teruskanlah dengan pembacaan puisi macam ini. Kita pun dapat lepaskan geram. Hati rasa puas dan kerajaan pun izinkan," katanya. Aku tidak suka jawapan ini. 'Selfish'. Jadi, kita buat ini semua hanya sekadar nak puaskan hati sendiri sahaja! Usaha melobi fikiranku gagal lagi. Urgh!

Aku kritik Gapena?
Di pejabat Pena, NY minta aku 'kondem' Gapena. Aku cakap, bukan tidak mahu tulis. Aku hanya tulis hal-hal yang aku benar-benar jelas sahaja. "Kau tak baca ker tulisan aku?" dia bertanya.

Maka, dengan jujurnya daku menjawab. "Aku beli BH sebab nak main teka silangkata saja."

"Kau kenalah baca, kalau tidak macam mana kau nak tahu isu sastera," katanya lagi. "Tulisan kau aku baca. Kali terakhir sebelum ini pun kau asyik tulis pasal Mongolia saja tak pasal-pasal isu sastera dikaitkan pulak dengan Najib."

Hasni of DBP ketawa mendengarnya. Aku pun jawab, "Kita tak boleh biarkan isu ini orang lupa begitu sahaja. Mesti juga aku kena melakukan sesuatu."

Berbual dengan Dato' Baha Zain
Malam ini, Dato' Baha Zain sebut hal Mansor Ahmad Saman, Latiff Mohidin... "Ada empat orang lama yang hebat-hebat dahulunya... sekarang entah di mana..." kata Dato' Baha Zain.

Aku terlupa lagi dua orang yang dia sebut. Daku rasa nak rakam juga pemikiran santai serius dia malam ini. Aku rasa, geng-geng lama dia ni mempunyai kebolehan tinggi yang amat luar biasa!

Hah! Did he says... Mansor Ahmad Saman!!!???

"Dia ada tulis surat panjang kepada saya..." katanya ketika mengenangkan peristiwa lalu. Ya! Aku simpan surat panjang T S Lanang buat Baha Zain itu. Kalau aku tunjuk buku 'surat panjang' guruku itu kepada Baha Zain, barangkali beliau mesti suka!

"Oh... jadi you student dia dulu? You ambik mass comn?" Dato' Baha mengulangi pertanyaan. "Ramai student dia yang suka dengan cara dia mengajar."

Dialog dengan Razali Endun

Razali Endun dan Osman Ayob mula merapatiku di ruang makan itu, mereka bukak cerita hono. Aku kata ada, jangan bimbang. Jenuh juga aku nak kena bersilat lidah bertikam hujah dengan kalangan kelompok sasterawan jaguh-jaguh handalan yang lama-lama ini.

Razali turun bangkitkan isu ruangan sastera Harakah yang semakin mengecil dibahan ruangan iklan. Ya, tentang hal ini, Alo cukup tak berkenan. Aku tahu sangat pendirian Alo tentang hal ini.

Dia kata, melalui iklan korban lembu dekat Kemboja itu sepatutnya boleh dapatkan duit untuk Harakah dan boleh tampung perbelanjaan Harakah yang semakin merosot juga.

"Ya lah, iklan tu dah boleh muatkan satu artikel lagi," kata Razali, yang memandang dari sudut pandang lain pula. Dia sedikit sebanyak sudah jelas dengan penerangan aku itu.

Aku terfikir juga nak maklumkan kepada Ustaz Idris Ahmad mengenai hal ini. Tidak boleh iklan percuma sahaja ketika Harakah merosot. Kawan tu, kawanlah juga. Bisnes mesti dihadapi secara profesional. Bukannya aku dan Alo tak bagi ruangan iklan tu. Kalau nak... belilah ruangan tu.

Tadi, pakcik penjual buku itu kata, bahawa beliau sudah mengirim artikel baru yang mengkritik pandangan Nawawee Mohamad. Jadi, gelanggang sastera ini telah mewah dengan polemik! Iklan percuma sembelihan korban ini perlu dibuat sesuatu agar tidak mengganggu ruang sastera itu.

Ya, bukan kena buang terus. Maksudku kalau nak masuk pun, bak kata Alo, kena profesionallah. Kena bayarlah untuk tampung belanja kos operasi dan kos cetak Harakah juga. Urgh!

Kena ada seseorang yang beritahu masalah ini kepada Ustaz Idris Ahmad. Aduh! Siapa lagi? Aku jugaklah tu yang nak kena disembelih ni. Tapi, soalan terawal - bagaimana daku harus bermula?

Mengorbankan malam intelektual Hakim
Sepatutnya, malam ini aku ke acara Hakim di UIAM kerana ada kuliah Islam dan Sekularisme; bahan fikiran Prof Dr SMN Al-Attas sejak zaman-zaman 1970-an lagi.

Tetapi, daku perlu fikirkan jugak keperluan untuk melobi fikiran dan pandanganku kepada pihak tertentu. Ada yang berjaya dan ada yang tidak. Biasalah, kalah dan menang tu. Urgh!

Orang-orang di Hakim telah menetap di daerah pergunungan seperti 'wali-wali' Songo. Kena ada seseorang yang berperanan sebagai Sunan Kali Jaga yang melobi dan berdakwah kepada rakyat tempatan, menyisir di pesisiran pantai, menyusur kali sungai dan masuk ke daerah pedalaman.

Huh! Siapa lagi yang patut mengambil peranan Sunan Kalijaga itu? Aku la tu... siapa lagi?

Malam. "Kring..." deringan telefon mengejutkan diri ini dari terbuai lena oleh mimpi semalam. Kisah-kisah semalam masih membekas dengan mendalam di dalam hati, jiwa dan diri ini.

"Abang long," Kakti menyeru namaku. Aku terjaga dari balutan mimpi di Rumah Pena semalam lena. "Kakti ada kat KL ni. La ni ada kat KLCC. Jom pi jumpa di Kg Baru."

Rupa-rupanya, dia ada acara di sini. Aku jemput dia di LRT Kg Baru. Lepas itu, aku bawak jalan di NZ Garden, tempat daku berbincang dengan Dato' Saifuddin Abdullah tentang idea Parlimen Mahasiswa itu. Aweks cool, awek cun lagi bergetah ada di mana-mana. Aku kena control mata.

Aku nyatakan hasratku untuk mencuba Syisya, sejenis paip 'rokok' yang kelihatan cool itu. Daku lihat dalam filem Ali Baba Bujang Lapok, penyamun-penyamun tu dok hisap selamba badak jer.

"Tok sah lah abang long," nasihat adikku itu, walaupun aku berhelah untuk memberi kesegaran nafas. Aku berhujah, ia ada perisa strawberry dan sebagainya. "Ah! Better don't!!!"

Hakim dah bising mulut, boleh berjalan!
"Hakim la ni dah boleh berlari dah," katanya, memberitahu hal perkembangan anak saudaraku yang kedua itu. "Dia selalu bising dah la ni. Dulu, mak dan abah selalu cakap pasai Sarah. La ni depa selalu cakap pasai perangai Hakim."

Kali terakhir aku meninggalkan bumi Pendang, dia hanya boleh merangkak dan kerap merapati daku ketika aku sedang sibuk menyiapkan bahan sastera untuk Harakah dari kampung.

Dia akan bermain dengan wayar-wayar netbook dan hal itu sudah tentulah menghiburkan serta membikin diri ini hangin satu badan. Hai budak-budak. Nak marah-marah pun tak boleh. Hi..Hi..

Selesai makan, aku bawak Kakti balik ke rumah kembar dia, Masyi di Pandan Indah. Sampai kat sana, tetiba motor aku pancit. Mujurlah hampir dah nak sampai ke rumah.

Akhirnya, Masyi baru sampai rumah lewat kerana menonton bola. Motor aku tinggalkan di sana. Esok baru boleh perbaiki kot. Dengan keretanya, Masyi dan Kakti membawaku pulang ke SPKB.

################################

20 Rejab | 2 Julai (Jumaat)
Petang. Aku tiba di Kompleks PKNS Shah Alam. Sesampainya tadi, aku beritahu Don F mengenai kedatanganku.

Hajatku di sini ialah mahu bertemu Zanazanzaly untuk sidang media berikutan pelancaran antologi cerpennya. Tapi, aku tiba sikit lewat, lalu tempatnya diisi dengan Dr Wan Abu Bakar (e-sastera).

"Hari tu, saya nampak kelibat dia di Karangkraf," kata beliau. "Itu...kalau tak salah sayalah."

Berdasarkan petunjuk seorang awek cun yang jaga 'booth' DBP, maka daku pun mula menapak kaki, berkeliling dan bertawaf dari 'booth' ke 'booth', tapi tiada daku bertemu kelibat Zana. Hatiku dirundung kaciwa, khuatirkan perjalananku ke sini sia-sia cuma. Lalu, aku tinggalkan sms sahaja kepadanya, menyatakan kehadiranku di sini.

Sambil meninjau buku, mataku tertancap pada filem IP MAN 2. Aku teringat kata Don F dulu...

"Ini kisah tok guru Bruce Lee... moralnya jangan mencemuh bangsa lain. Dia menang bukan sebab dia kuat tapi sebab dia nak jaga maruah seni mempertahankan diri Cina..."

Rugi aku tak pi tengok filem ni. Aku kena cari DVD nih! Wajib!

Pertanyaan Nazri dan Don F
"Pernahkah Nabi Muhammad s.a.w membunuh orang?" tanya Don F kepadaku. Soalan ini sebenarnya berangkat daripada pertanyaan Nazri.

Sedang menunggu sms balik dari Zana, akhirnya Don F dan Nazri tiba di Kompleks PKNS itu. Jadi, kami berlabuh di Restoren FC. Maka, soalan itulah yang terawal dihamburkan mereka kepadaku. Ya.. hangpa rasa bagaimana kalau ada orang tanya, apakah nabi pernah bunuh orang?

Mereka berhujah, Nabi Musa a.s pernah bunuh orang dan hal itu diberitakan di dalam Al-Quran. Kemudian, tak kan Nabi Muhammad tak bunuh orang dalam perang.

Seterusnya, mungkinkah ada perawi lain enggan memperihalkan cerita Rasulullah bunuh orang dalam perang ini kerana ingin menjaga maruah nabi?

"Apa perasaan nabi ketika dia bunuh orang dalam peperangan itu?" tanya mereka lagi, apabila meminta 'fatwa'ku yang meranum lebat di dalam kepala.

Lalu aku jawab...Pertamanya, Musa belum dilantik menjadi nabi dan rasul ketika dia membunuh orang. Jadi tidak timbul isu seorang nabi dan rasul bunuh orang. Kedua, ia bukannya niat bunuh. Niat awalnya ialah untuk meleraikan perkelahian antara seorang Qibti dengan Yahudi.

"Tiba-tiba dengan sekali tumbuk sahaja orang itu mati," kataku, "lalu, nak dibuat bagaimana? Ini bunuh tanpa niat (bahasa mahkamah). Dalam mahkamah bunuh tanpa niat tak salah."

Bertemu Zana, Rozais
"Sabar banyak ker sabar sikit?" tanya Rozais kepadaku depan Affin Bank tadi. Kuliahku dengan dengan Don F dan Nazri sudah tergantung. Aku meluru keluar restoren untuk menemui mereka.

"Ya, saya boleh sabar banyak..." balasku, ringkas.

"Kalau sabar banyak tak pa lah," katanya. "Sebabnya, sebelum ini kami dah banyak berusaha, banyak rintangannya."

Ada banyak yang ditimbulkan. Tetapi oleh kerana mereka mahu bergegas ke Rumah Pena maka aku tak dapat berbual panjang. Kedua-dua cerpen itu kubeli dengan harga RM15, sebagai usaha peribadiku untuk membantu rakan-rakan penulis. Apatah lagi penulis wanita.

Selesai berbual dengan Don F dan Nazri, maka aku berangkat pulang ke Rumah Pena. Daku rasa tertarik dengan pertanyaan terakhir mereka mengenai kekuatan doa.

"Kalau doa sungguh-sungguh... kita akan dapat," kata Nazri. Don F pun mencelah, "Tuhan pun berfirman, Aku berada di atas kepercayaan hamba kepada-Ku."

Dalam hal ini, aku jawab, kita kena 90% berusaha dan bakinya 10% lagi ialah berdoa. Di sini, aku melihat ramai yang berdoa banyak, tapi usahanya sangat sedikit. Sedangkan, kita adalah hamba.

Mustahil Allah akan bekerja untuk kita sedangkan kita hamba-Nya? Orang Islam berdoa sahaja, agar Palestin bebas tapi mereka tidak menyumbangkan wang. Berdoalah, anda tak akan berjaya.

Malam. Di bilik pejabat Pena, Al-Johori bercerita mengenai seorang penulis yang minum kopi, kemudian anaknya pergi membeli barang keperluannya di kedai.

"Anak dia mati kecelakaan jalan raya. Jadi, Subuh itu bila dia keluar bilik, orang dah ramai di luar biliknya," kata Al-Johori. "Isterinya tak berani beritahu dia kerana tak mahu ganggu dia menulis. Sejak itu, dia jadi trauma..."

Kisah itu dibangkitkan ketika SMZ, SR, NY, Dato' Baha Zain, Marjan dan daku berada di pejabat itu. Aku tak pasti siapakah penulis itu, tapi pastinya orang yang hebat juga.

Sembang dengan Sutung
Baru kusedar, sajak Dr M; Melayu Mudah Lupa, ada campur tangan Sutung. Lepas NY, Marjan dok jolok-jolok dengan beberapa pertanyaan, maka terpecah sedikit kisah itu. Dia kemudiannya, terus bangkit. Kami agak, dia bimbang lagi banyak rahsia terpecah.

"Ada dua orang yang karya mereka tak boleh disunting," kata Sutung tadi sebelum dia bangkit meninggalkan kami. "Mereka ialah Affandi Hassan dan Syed Naquib."

Syed Naquib Al-Attas, kata Sutung akan sunting sendiri tulisannya dan dia tidak bagi orang lain sunting. Ya, dia memang teliti orangnya, begitu yang pernah kudengar daripada ramai orang.

Affandi, kata Sutung, pernah hantar 12 cerpen dan dia minta cerpennya dimasukkan pada setiap keluaran dalam Dewan Sastera.

"Kalau kau (Sutung) tak mahu pakai cerpen ni, buang saja dalam tong sampah," kata Sutung ketika mengulas pesan Affandi kepadanya semasa dia menjadi editor DS dahulu.

"Jadi, aku guna dua saja cerpen dia, yang baki 10 cerpen lagi aku buang dalam tong sampah."

Sekali peristiwa, Affandi, ada perkataan Keling dalam cerpennya. Jadi...Sutung susah hati kerana Affandi memang tak suka orang sunting karyanya. Dalam masa yang sama, orang India tak suka kepenggunaan perkataan ini. Apa nak dibuat?

"Maka, terpaksalah dibuat surat, tukar kalimat 'anak Keling' kepada anak India..." katanya.

'Orang Bisa' tu nak diterjemahkan sebagai apa?
Bualan dengan Sutung meloncat-loncat kepada isu penterjemahan pula. Dia meminta NY lanyak penterjemahan sebuah buku puisi di ITNM.

"Buaya darat mereka terjemahkan sebagai 'crocodile...'" kata Sutung. "Rosak penterjemahan."

Padahal, katanya, ada istilah lain seperti casanova dan romeo. "Malah, lebih banyak istilah lagi, sebab Barat ni lebih hebat daripada kita mengenai makna buaya darat ni," tambahnya lagi.

Dia bercakap lagi mengenai 'puisi' yang ada kaitan dengan Kelantan yang tak boleh diterjemah ke bahasa baku biasa. Ada lagi perkataan dalam mahkamah, 'I fuck you, you cry for more...'

"Ha...Macam mana nak terjemah ungkapan tu?" tanya dia lagi. "Kalau terjemah dalam bahasa Kelantan boleh... aku gocohmu, mung ..." (entah, aku pun tak ingat)

Akhirnya, bualan itu berpindah kepada penterjemahan 'orang bisa' ke bahasa baku. Dia pun tak tahu mahu terjemahkan ia sebagai apa?

Kata Sutung, 'orang bisa' ini ada dua watak; baik dan jahat. Dia baik, tetapi bila ada pergaduhan, dia akan pi terpa pi bergaduh dahulu.

Aku rasa 'orang bisa' ni 'split identity'. (err...macam aku kot?). Nazru HEP USM ialah orang yang pertama sedarkan aku bahawa aku ada dua watak; baik dan jahat. Kalau tidak, aku pun tak tahu depa pandang aku macam tu selama ini. Dan, itulah modal yang telah menyelamatkan diri ini.

"Kami nak hukum awak tak sanggup," kata Nazru lalu menjelaskan faktor-faktor kenapa daku tak dapat dihukum di bawah Auku. "Awak dah cuba wujudkan dua watak dalam diri awak."

"Ish... mana ada?" aku pertahankan diri. Aku rasa, maksud 'split identity' dalam fahaman Nazru itu ialah, keadaan di mana, aku boleh menulis di Harakah dan dalam masa yang sama daku boleh menulis dalam Utusan dan Berita Harian masa aku masih mahasiswa dulu.

Keadaan itu menyebabkan merekanampak aku pembangkang, tapi ada orang nampak aku orang kerajaan. Dan hal itu, menurut pegawai HEP ini, menyulitkan mereka menjatuhkan hukuman ke atasku. Ah! Lantaklah hangpa nak kata aku ada dua watak pun.

Aku melayan semua media tanpa 'bias'. Orang saja yang 'bias' terhadap diri ini. Takkan daku nak kirim cerpen, sajak kat Utusan, BH pun tak boleh? Fuh! Teruknya mentaliti purba, kolot HEP ni.

Jadi, Anwar Ibrahim la ni bagaimana? Orang Bisa kah? Dalam masa yang sama nampak seperti sokong Yahudi, tapi kadangkala anti Yahudi. B'nai B'rith dah siap isytihar dia musuh Yahudi la ni.

RTM, TV3 la ni memetik kenyataan seorang penulis dan laporan di Washington Post seolah-olah laporan itu bagaikan timbunan wahyu, ilham bertindan. Kenyataan media Barat itu seperti Bible dalam usaha mereka mengoyakrabakkan imej seteru mereka. Ini tanda pilihan raya nak dekat.

Huh! Jahudi, orang yang kenal aku mungkin kata aku ini baik, tapi jika depa tahu kecenderungan aku nak letup Tzipi Livni, Ariel Sharon, Benjamin Netanyahu...maybe depa kata aku 'orang bisa'?

Dan juga, depa mungkin ingat aku nak cari menutup aurat, tapi jika depa tahu kekisah 'chenta'ku dengan Megan Fox, Lindsay Lohan, Deana Russo, Debby Reynolds, Rani Mukherjee, mungkin mereka akan kata aku ni 'orang bisa' juga. Huh!

Sebagai Casanova Bertaqwa a.k.a Romeo Beriman, wajiblah ke atas diriku untuk memendamkan rerahsiaku ini. Biar pecah di perut, jangan pecah di blog dan di rumah urut! Kah! Kah! Kah!

Kisah rahsia 'chenta'ku ini, perlu juga diedarkan kepada masyarakat juga. Mungkinkah Creative Enterprise, Alaf21 boleh menerbitkan kekisah gelapku ini? (Ahem!)

################################

19 Rejab | 1 Julai (Khamis)
Pagi ini aku bermimpi masuk ke suatu daerah, mungkin pustaka Istac. Dan, aku melangkah masuk ke dalam. Di dalamnya, aku melihat ada kerusi yang sangat cantik. Ia seperti lambang keunggulan ilmuan.

Ia bergoyang-goyang laksana sebuah kerusi rotan tempat orang-orang berehat dan bersantai, hanya bezanya ialah ia dibina dengan tilam empuk dan nampak lembut.

Pagi ini aku terjaga dan di dalam hatiku berbisik suatu perkara...

Kerusi ini milik Syed Muhammad Naquib Al-Attas. Kemudian aku teringat bahawa dia adalah pemilik Kerusi Al-Ghazali! Mungkin kerusi ini adalah lambang serta simbolik kehebatan beliau.

Aku terdengar ceramah dan 'talk' dalam bilik berhampiran, lalu daku masuk melangkah. Di sana, aku tengok ramai orang datang, lelaki dan perempuan. Dia bercakap entah isu apa.

Kali ini, dah masuk kali ketiga aku mimpi jumpa Al-Attas. Aku dengar esok ada kuliah di UIAM anjuran Hakim, mungkin aku kena pi ke sana kot?

Petang. Hari ini aku siapkan bahan lagi seperti biasa. Catatan kali ini akan muatkan kisah SMN Al-Attas menangani masalah demonstrasi pelajar pada 1968.

Ini adalah cerita tentang bagaimana awal-awal perjalanan hidup pelajar itu membina watak Sosialis dan kaedah pensyarah itu bersikap mengatasinya.

Jadi, aku teringat bahawa Al-Attas dan abangnya Hussein Alatas menemui Harussani (Mufti Pulau Pinang ketika itu) agar beliau dapat jadi pengerusi Biro Agama Gerakan yang mereka nak tubuhkan dalam PRU 1969 dahulu.

Rakaman wawancara itu dilakukan oleh Alo ketika di Siasah dan aku sudah mendengar sendiri dalam rakaman itu betapa Harussani enggan dirinya masuk Gerakan.

Akhirnya, kekallah Gerakan seperti yang ada pada hari ini, dikenali sebagai parti Cina, walhal asalnya Sosialis, tetapi kedua-dua beradik Al-Attas itu mahu orang agamawan hadir untuk mengimbangi elemen Sosialis dalam parti tersebut.

Inilah antara isu kenapa aku tidak suka agamawan yang menolak kehadirannya dalam parti, tapi apabila dijemput (atau terpaksa kerana dipaksa) mahu Umno, tak kisahlah pulak!

Jadi, memang benarlah pada 1968, setahun sebelum 1969 pengaruh Sosialis mencengkam begitu kuat di dalam kampus.

Dan, parti Gerakan yang mahu ditubuhkan kedua-dua pensyarah itu tentu sahaja ada pengaruh Sosialis yang cuba pula diimbangi pengaruh Islam, tetapi ia akhirnya kurang berjaya gara-gara keengganan agamawan itu sendiri.

Aku baru jumpa juga karya FT mengenai Ketupat Cinta. Kali ni agak ganas dia menyerang ulama
40 yang masuk Umno itu. Mufti Malun pun dia balun!

Setelah kuperiksa, tiada kalimat 'keling' dan 'pariah', maka aku pun hantar kesemua bahan itu ke dalam mel-e rasmi Jalan Pahang Barat. Fuh! Selamat!

Sms rakan-rakan Yala, Bogor menjengah ke hp
Malam ini, tetiba sms Athief Yala masuk ke dalam hp daku, "Salam! Sekarang kami otw dari Kl Sentral ke LCCT untuk ambil flight ke Surabaya (ada program @ Amboon).. mungkin 10 - 12 Julai, kami ada di KL pulak. Athief + Aladi..."

Selamat jalan kawan. Nanti kalau sampai di KL, jangan pula lupa menghubungi diri ini. Aku kenal Athief sejak kumpulan mahasiswa ini melancarkan protes terhadap penangkapan askar Thai ke atas mahasiswa-mahasiswa Yala sebelum ini.

Malam ini Febriansyah, rakan lama di Kammi (Keluarga Aksi Mahasiswa Muslim Indonesia) chat denganku di YM. Dia sudah dua anak dan bekerja, menetap di Bogor, Jabar (Jawa Barat).

"Ana sudah pegang PKS di sini," katanya. Kami berkenalan sekitar 2007 kalau tak salah ketika Citizen International sedang buat bengkel di USM berhubung masalah selatan Thai.

Hmm... Ramai kawan, maka senanglah sikit nak buat kerja-kerja reformasi di Asia Tenggara ini.

################################

18 Rejab | 30 Jun (Rabu)
Jam 8:40 pagi, selepas sarapan daku temui Risalah Untuk Kaum Muslimin. Alhamdulillah syukur. Maka dengan ini daku isytiharkan bermulalah usaha untuk membawa muatan isinya kepada rakan-rakan.

"Sebenarnya faham-faham failasuf Yunani itu bukanlah sesuatu yang berasal timbul dari akal nazari mereka, akan tetapi berasal dari wahyu yang telah diturunkan kepada para nabi dan rasul terdahulu yang telah diutus menyampaikannya kepada semua bangsa insani."

Bait-bait pertama ini aku petik lalu masukkan dalam FB aku sebagai suatu permulaan. Kulihat Dr Awang Sariyan a.k.a Kembara Bahasa telah pun ada menurunkan komentar balas.

Sejak kelmarin, aku tertarik dengan catatan Zarif yang termuat di blognya dan di FB rakannya - mengenai kisah Prof Naquib Al-Attas menangani keangkuhan seorang pimpinan pelajar.

Jadi, cara dia mencabar budak itu agak menarik. Budak itu kata, kita semua adalah sama. Sebab, masa itu, faham Sosialisme berkembang dengan kuatnya di universiti-universiti.

"Awak gantikan tempat saya, biar saya ambil buku awak. Awak ajar ilmu yang saya ajar dan saya akan hadiri kuliah saya," bentak Al-Attas. "Buat macam tu sekarang!"

Budak itu yang teragak-agak dan terdiam lama itu akhirnya mengalah lalu berkata, "Tidak tuan, saya tidak boleh melaksanakannya."

Depa cakap omputih. Jadi, diri ini sebagai 'pejuang bahasa' (ehem! kununnya...), maka daku pun terjemahkannya ke dalam bahasa Melayu.

Berbalik kepada perenggan awal RUKM yang aku masukkan di FB itu, aku rasa amat baik kalau umat ini cuba memahami apakah itu Kebudayaan Barat terlebih dulu.

Mungkin, adalah baik jika ada takrifkan semula apakah itu 'Kebudayaan Barat'?

Malam. Malam menjelang tiba. Maghrib ini seorang ibu muda sambil mengendong anaknya, dia menadah simpati di tepi mesin Maybank Masjid Kg Baru. Sebenarnya kelibatnya ini pernah aku lihat sejak petang kelmarin.

Aku keluar ATM Maybank tadi, dia memberi salam tetapi aku jawab perlahan lalu berpura-pura memalingkan wajahku ke arah lain pula.

Tiba-tiba timbullah rasa belas. Selepas menghidupkan motor, aku merapatinya lalu memberinya RM1. Lalu, aku pun mengangkat pertanyaan, "Dari mana ni kak?"

"Perak..." katanya, dan riak-riak pada matanya kelihatan mula berair sikit.

Dan, dia bercerita mengenai tujuannya ke sini. Katanya, anaknya menderita sakit polio di HKL.

"Anak perempuan saya tu di Wad 9 sekarang," katanya. "Namanya Nor.." Ada juga dia berikan nama wad itu. Wad pedtriatik. Entah aku mungkin silap dengar agaknya.

Kalau ada masa mungkin boleh buat siasatan dan tindakan lanjut. Sejak semalam aku perhatikan dia di sana, duduk di sekitar situ. Entah di mana dia tidur dan di mana dia makan.

Tidak teringat pula nak tanya di mana dia tidur dan makan minumnya pula bagaimana. Di dalam masjid, kuliah Maghrib membicarakan hal kematian yang tidak menentu tibanya.

Maka, aku pun meninggalkan ibu muda itu tanpa jua bertanya apakah dia sudah makan ataupun belum dan di mana tempat tidurnya malam ini. Urgh!

Semoga Allah mengampunkan aku dan moga bila kelapangan, dapat disiasat maklumat ibu muda itu. Moga aku berjaya membuat reform dan islah ke atas umat ini, insya Allah... Ameen...

################################

17 Rejab | 29 Jun (Selasa)
Pagi ini selepas sarapan, daku mendapat panggilan abah. Katanya puisi daku ada termuat dalam Tunas Cipta. Majalah tu sudah pun dihantar ke rumah. Dapat RM100 untuk puisi. Kira oke lah.

Baru aku sedar 'rate' puisi di TC. Dewan Sastera bagi RM200 dan TC bagi RM100. "Tapi, cek tu depa akan hantar kemudian," demikian kata abah lagi.

Aku fikir sendirian, memang bermanfaat juga pesanan Saif of DBP kepadaku dulu. Setiap malam sebelum tidur karang satu puisi. Cukup tiga bulan, aku dah ada 90 buah puisi. Cukup 100, sudah boleh bikin antologi. Hanya masalahku, tiada fokus dan tumpuan yang cukup kuat.

Menyelesaikan masalah motor
Petang. Aku keluar berjalan kaki ke kedai motor di bawah Flat PKNS, mencari-cari kedai motor dan ketika inilah aku baru sedar sesuatu ketika ingin bank-in cek Maybank puisiku itu.

Dalam perjalanan ke Flat PKNS itu aku sedar bahawa cek itu terselit di celah-celah buku RUKM. Dan, jika buku itu hilang, itu bererti... ya...jangan... jangan wah, janganlah hilang... dan yang turut kukesalkan ialah...

Waaa..RUKM Al-Attas dah hilang! Wargh! Urgh! Aku betul-betul berasakan kehilangannya. Aku pun membuat perjanjian kepada Tuhan...

Ingin jadi Sunan Kali Jaga, mengislamkan seluruh Tanah Jawa!
"Jika hamba dapat balik RUKM itu ya Tuhan maka diri ini akan bertindak sebagai Raden Mas Said a.k.a Sunan Kaji Jaga," demikian doa munajat dan harapanku kepada-Nya!

Ketika Sunan Muria di Gunung Muria, saat Sunan Gunung Jati di Gunung Jati dan deretan wali lain berdakwah, mengajar di lereng perbukitan dan pergunungan, maka hanya Sunan Kali Jaga yang diutuskan ke seluruh daerah Tanah Jawa guna mengislamkan para penduduknya.

Jadi daku fikir, kesemua guru-guruku ini sudah sibuk di Atma, UKM, sibuk di Istac dan pengikut fikrah Al-Attas sudah terperap dan terkurung dalam medan pengajian di UIAM, justeru aku pun harus beralih arah, melebarkan isi muatan RUKM ke serata daerah Malaya Merdeka!

Aku harus buka gelanggang ilmiah di merata-rata ceruk dan rantau. Juga, daku mesti berkelana!

"Plug ni dah lama," katanya lepas tukar plug motor. "Upah RM5, plug RM5, jadi semua RM10."

Ah! Sudah jauh aku mengelamun. Tadi dia bawa aku balik SPKB. Brader tu bawa aku pulang bila aku memberitahu kedudukan motor aku di SPKB itu. Fuh! Berpeluh aku. Ingatkan rosak teruk...

Apa pun, aku minta penangguhan. Mahu 'draw' duit dulu. Aku pegi jolok duit, pekena nasi lemak Dang Wangi lagi. Pabila pulang, kulihat kedai motor tu dah tutup. Aku tunda bayar esok hari!

Ibu muda di tepi masjid Kg Baru
Ketika aku keluar daripada urusan 'draw' duit tadi, kelibat seorang ibu muda dengan anaknya itu telah menendang pintu kamar hatiku. Cara dia mengelus wajahnya menyebabkan hatiku berasa sangat terharu. Aku tidak fikir bahawa dia adalah orang tempatan di sini. Siapakah dia ini?

################################

16 Rejab | 28 Jun (Isnin)
Pagi ini aku keluar sarapan, lepas itu aku masih ber'gayut' dengan internet.

Dapat mesej YM daripada seorang rakan mengenai 'interview' yang kunun dia buat ke atas Ustaz al-Ghari. Tapi, isi bualan yang termuat di dalam YM itu membuatkan diri ini kurang yakin.

Tidak betul kukuh. Susah nak pertahankan sebab sekarang tidak ramailah yang jujur pertahan tulisan, idea, fikiran dan pekerjaan mereka sendiri.

Naluri kewartawananku menolak hal ini. Ia bukannya dari Ustaz Al-Ghari. Kelmarin, rakanku kata, dia akan temubual Al-Ghari dalam jam 7 petang.

Bila aku tanya balik, dengan siapa dia berbual di YM berhubung isu JI - Wahabi dan Al-Ghari ini, maka dia diam tidak menjawab. Jadi, aku syak, antara aku dan Al-Ghari kini dah ada 2 rantaian.

Aku <---> rakanku di YM <---> wakil al-Ghari di YM <---> Ustaz Al-Ghari

Kewartawanan juga adalah periwayat hadis!
Saudara sekalian! Kalau kita mahu mencari kebenaran dan membela keadilan, maka wajiblah ke atas kita untuk berdepan dengan apa sahaja kemungkinan.

Kita mesti mencari fakta daripada sumber yang asli, bukan dari mulut-mulut wakil sumber yang kita nak jumpa itu. Kalau tidak, ramai orang akan rosak pemikirannya kelak.

Daku rasa sulit juga nak interview Ustaz Al-Ghari ini memandangkan hidup ini kerap dibelenggu oleh waktu 'deadline' akhbar. Jadi, aku perlukan pembantu juga.

Aku terus sms Ustaz Al-Ghari, memperkenal diriku lalu aku terus menunggu... Sambil itu fikiran aku terus menerawang dalam ruang akliah Najib Razak yang sarat berselirat dengan kabut awan hitam sekali gus meninjau hati Musa Hassan yang gelap.

"Apa Najib dan Musa nak sebenarnya?" desis hatiku. "Awatnya kalau Wahabi perang dengan ASWJ dan Syiah pun. Depa kacau hang ka wahai Najib dan Musa? Geram sungguh aku!"

La ni, dalam Umno dah bertembung Wahabi dan ASWJ. Ust Nakhaie pun masuk Umno, jadi kot mana pun jumpa balik Ust Asri dan rakan-rakannya yang berjumlah 40 orang itu dalam Umno.

Menggodek FB, lalu aku bertemu FB SPKB yang telah mula dilancarkan hari ini dengan Don S yang menjadi penciptanya. Jadi, aku lancarkan terus Facebook SPKB hari ini.

KTMB Tg Pagar dan Pelancaran Facebook SPKB
Aku berbual dengan Syafarin daripada Pertubuhan Kebangsaan Melayu Singapura (PKMS) yang dahulunya lebih dikenali sebagai 'Umno Singapura'. Dia menegurku lewat Gmail chat.

Oleh sebab aku dah hantar bahan sastera cepat, jadi sempat berborak dengannya lama sikit. Di sini, aku mengambil ruang kesempatan untuk bertanya akan hal KTMB Tg Pagar.

Lalu, dia berkata, "Melayu Singapura dah jadi dayus." Aku diam. Bualan kami pun mati ditikam oleh kesibukan mengendalikan waktu masing-masing.

Malam. Sudah dua hari motorku jadi 'mayat', tak dapat berfungsi seperti yang kuharapkan. Ini amat menyakitkan jiwaku. Motorku tidak sihat, harus kusandarkan harapan ke wad bengkel. Di sana, kuharap kos rawatannya tidak melambung tinggi seperti selalu.

Berbekalkan buku wartawan Bill Kovach dan Risalah Untuk Kaum Muslimin (RUKM) aku keluar mencari bengkel motor di Kg Baru. Malangnya, kedua-dua bengkel itu telah ditutup! Urgh!

Sebelum pulang, sempat kuredah isi RUKM. Malam ini, Al-Attas berkuliah kepadaku tentang isi bukunya yang memperihalkan kedudukan Nabi Isa yang mengesahkan Taurat dan menjelaskan kedatangan Muhammad s.a.w sebagai nabi akhir zaman.

Jadi, Kristian ingin sampaikan risalahnya ke seluruh alam sehingga ia sanggup mengubah jati diri untuk mendapat kedudukannya sebagai agama dunia terulung dan Islam itu adalah saingannya!

Ustaz Al-Ghari dah jawab sms aku
Akhirnya, malam ini barulah Ustaz Al-Ghari menjawab, "Belum, boleh datang. Syukran."

Tadi siang, aku tanya apakah dia ada keluarkan sebarang kenyataan dan adakah wartawan yang 'interview' dia berhubung hal ini? Jadi dia kata belum ada lagi dan aku boleh datang bertemunya.

################################

15 Rejab | 27 Jun (Ahad)
Pagi. Pagi ni ketika keluar bersarapan, aku check peti surat SPKB. Kulihat ada sekeping cek daripada Utusan Melayu. Ia berkaitan sebuah puisiku di akhbar itu; berjudul 'Pengalaman garam kehidupan'.

Dapat mesej sms daripada ALO, katanya ada sms dari Khalid Samad yang dia terima daripada Nathan; penyokong India Pas.

"Mereka tidak suka perkataan 'Keling' dalam Harakah," kata ALO. "Laman tu laman sastera, kot-kot FT tulis dalam Ketupat Cinta agaknya. Sekarang dah jadi isu..."

Fuh! Susahnya jadi 'newspaperman' ni. Kena berhati-hati dalam banyak perkara. Kadangkala tu aku pun tak perasan. Kita pun tak ada maksud untuk menghina dan menyinggung hati orang.

Tulisan pakcik baru aku hantar
Malam. Malam ini baru kuhantar tulisan pakcik dalam Facebook dan Detik Daily. Baru aku rasa lapang dan lega segala hati dan perasaan. Semoga selepas ini tidak timbul lagi pertanyaan.

Aku letakkan terus no hp dia kat situ, biar semua orang telefon dan sms dia. Nah!! Rasakan!! Itu pun kalau ada orang nak 'call' dia. Aku cabar Musa Hassan untuk 'call' dia juga.

Kuharap, sempatlah kusaksikan kejadian Abang Mus (Musa Hassan), Brader Najib (Najib Razak) dan Kak Ros (Rosmah Mansor) berentap dengan pakcik kelak. (kalau pakcik tu berani laa..)

Selesai urusan FB dan Detik Daily. Aku nak keluar makan. Tetapi, motor dah tak boleh nak start pulak dah! Argh! Motor dah meragam. Janganlah rosak teruk sangat. Habis duit aku nanti.

Currently have 0 comments: