Urusan pengiklanan, sms 014-3233287 @ mel-e ibnuamir@yahoo.com, subjek: Iklan Karya Fansuri
Latest News

8 - 14 Rejab | 20 - 26 Jun (Ahad - Sabtu)

Sunday, June 20, 2010 , Posted by nota untuk Syiah at 2:47 AM

14 Rejab | 26 Jun (Sabtu)

Dinihari. Ke Jalan Yap Ah Shak berfoya-foya, sambil menonton Sherlock Holmes (The Priory School) yang tertunggak sejak beberapa hari di dalam 'nettbook'ku.

Seorang lelaki tua yang sihat tubuh badan mendorong seorang wanita buta menjual tisu di restoren ini. Pantang betul aku. Jadi, aku ringankan mulut untuk bertanya, "Dari mana ni encik?"

"Brickfield," jawab lelaki itu kemudian menambah, "Saya ni tolong bawak perempuan ni saja."

Aku teringat di Brickfield ramai orang buta yang kelihatan di sana. Ada persatuan orang butakah di Brickfield tu? Betapa kasihannya si buta yang terpaksa menempuh ranjau perjalanan jauh dan amatlah sulit kehidupannya jika lelaki itu sekadar mengambil kesempatan ke atas dirinya.

Apa bekalanku di akhirat? Apa bekalku ke Mekah melalui jalan darat? Keinginan naik mendadak untuk beli tilam angin dan 'sleeping bag' (beg tidur) sebagai alat kelengkapanku ke Mekah kelak.

Bila menonton The A-Team tadi, daku teringin nak beli set kelengkapan 'bangsal kanvas tentera' yang mudah dinaik-turunkan itu. Banyaknya bekalan tapi banyak pula masaku terbuang! Urgh!

Petang. Kami bertemu semula di Restoren Saba petang ini jam 3. Berbincang secara santai. Aku keluarkan semula Risalah Untuk Kaum Muslimin, terbitan Istac untuk bacaan Don F.

Aku minta ada salah seorang daripada mereka mengambil video klip untuk aku bacakan risalah ini di YouTube kelak. Mereka kata tak kisah. Hanya mereka bertanya waktu bila yang sesuai?

"Istac ini macam tempat insan yang 'pelik' dan terasing sikit pemikirannya," kata F, adik Don Shy yang mencelah bualan kami. "Ini tempat orang-orang falsafah."

Don F meminta penjelasan lanjut. Aku tak cakap banyak. Sekadar mengiyakan. Lain orang, lain sudut pandang. Aku fikir sudahlah tiba masanya untuk aku 'rendahkan' bahasa perbincangan di Istac ini ke suatu daerah yang boleh ditangkap, dicerap oleh orang ramai, insya Allah.

Penubuhan Facebook SPKB
Ketika F turun, Don Shy tanya, adakah kami ini berasa 'pelik' dengan diri sendiri. Aku dan Don F saling berpandangan serta menaruh rasa yang mencurigakan. 'Pelik'? Apa maksudnya itu?

"Aku tak rasa pelik pa pun," kata Don F. "Biasa saja. Mungkin kita saja kot yang dok sini lama sangat. Kalau itu yang hang cakap pelik...ya... mungkin 'pelik' juga."

"Abang Ali ingat, abang Ali ni memang pelik pun," aku menambah. "Kita sendiri boleh rasa kita pelik, lain dari yang lain cara fikiran..."

"Ya.. itu yang saya maksudkan," kata Don Shy kembali. Kemudian, baru kami faham apa yang terkandung dan yang tersirat di sebalik pertanyaannya itu.

Lalu, dia membentangkan idea untuk tubuhkan SPKB seperti Istac. Kami tiada tempat pejabat (mungkin kerana kosnya mahal), dan ia juga tidak memerlukan pendaftaran R.O.S.

"Kita tubuhkan fakulti, dekan. Kemudian, kita wujudkan resolusi kita sendiri," tambah Don Shy lagi. "Nanti, bila ramai, kita boleh wujudkan yuran keahlian."

Aku rasa, konsep ini lebih kurang sama dengan Ikhwan As-Safa pada zaman dulu kot.

Kita kurang pakar bahasa Sanskrit
Tadi, F ada cakap mengenai seorang rakannya yang mahu belajar bahasa Sanskrit. Khabarnya, pada permulaan, dia ditawar belajar bahasa ini di India, tetapi dia menolak. Akhirnya, dia belajar bahasa Sanskrit di Indonesia sahaja.

Hal ini menyebabkan aku berasa sungguh gembira dan tertarik sekali. Sebelum ini, daku dengar daripada Dr A bahawa Roshadi dah belajar bahasa Pallava (Pali) di Indonesia juga. Aku rasa, Indonesia ni dah macam tempat pemusatan ilmu-ilmu bahasa purba la.

Sudah lama aku tidak bertemu guru kewartawananku T S Lanang, a.k.a Mansor Ahmad Saman. Dia ada kamus Inggeris - Sanskrit. Aku nampak kamus tu dalam rak pustaka di bilik pejabatnya

Ah! Sungguh lekeh dan beleh sungguh tahap pengajian kita di negara ini. Bukan aku nak rendah-rendahkan, memang dah betul. Kalau nak belajar di luar lingkaran pengetahuan sikit dan hal itu tiada kena mengena dengan pekerjaan masa depan, maka tak payahlah nak belajar.

Itulah antara masalah besar pemikiran orang hari ini. Maka, penyakit jahil murakab ini merebak bagaikan wabak yang sukar nak dibendung lagi.

"Sebelum ni, dia ada cakap yang dia nak belajar bahasa Yahudi," katanya. Wah! Daku jadi semakin tertarik mendengar ceritanya. Memang ada anjuran untuk belajar bahasa Yahudi daripada Rasulullah s.a.w sendiri.

Jadi, Don Shy kata, kalau kami ada ada Facebook SPKB, maka bolehlah merancakkan lagi usaha untuk mencerdaskan bangsa.

"Akhir daripada resolusi pertemuan, kita boleh masukkan dalam Facebook itu," katanya lagi.

Malam. Kami pergi ke Shah Alam. Sepanjang perjalanan aku lontarkan persoalan, apakah sabda Rasulullah s.a.w dalam mimpi seseorang itu boleh diangkat sebagai hadis?

Tiada seorang pun yang berani dan mampu menjawabnya. Aku hampir-hampir nak katakan ya. Tapi, aku juga tidak tahu, apakah soalan semacam ini pernah disuarakan oleh ahli cerdik pandai?

Sepanjang 'mesyuarat' atas kereta membawa ke C.M, Coklat Meleleh di Seksyen 6 Shah Alam tu hanya isu itu yang berlegar dan ia membawa kepada 'hadis' tuntutlah ilmu ke negeri China, pergi ke Samudera kerana dalam negeri itu ada ramai orang yang akan jadi wali.

Isu ini kemudiannya melarut-larut pula kepada kisah adikku bermimpi jumpa nabi dan kisah Sri yang juga bermimpi jumpa nabi dan akhirnya boleh bercakap dengan pokok.

Semua dah nak pitam, pening kepala nak menjawab. Daku mula sedar sesuatu. Daku kena susun ilmu perlu untuk menyebabkan umat ini dapat berdebat secara sihat!

######################

13 Rejab | 25 Jun (Jumaat)
Selepas jolok Maybank ATM dalam RM100, akhirnya, daku terus ke Istac untuk membeli buku Risalah Untuk Kaum Muslimin karangan Al-Attas.

Syukur, akhirnya dapat membeli Risalah Untuk Kaum Muslimin (RUKM) petang ini. Cik M, sejurus melihat kelibatku di muka pintu, dia tersenyum.

"Salam, dapat mesej saya di FB tak?" soal beliau.

"Ya, ada..." jawabku ringkas, lalu melangkah masuk ke ruang bilik itu.

"Kami tengah punggah barang-barang tiba-tiba terjumpa buku itu," kata Cik M lagi. Dia bangun sambil membelek beberapa buah RUKM yang masih tersisa.

Alhamdulillah, tercapai jugalah hasratku untuk membeli buku itu, dan membacanya di YouTube kelak, insya Allah Ta'ala. Semoga Tuhan mengirim kekuatan rohani buat diri ini.

Membaca rangkaian sastera sufi
Menghitung deretan buku-buku yang tersusun rapi atas rak itu aku pun terjumpa buku berjudul Rangkaian Sastera Sufi. Ia memuatkan tokoh-tokoh sufi yang telah diangkat menjadi penyair. Wah! Bapak Sutardji pun diangkat menjadi penyair sufi!

"Alifbataku belum sebatas Allah!" bait puisinya kupetik dari buku itu.

Aku juga bertemu nama Martin Lings; guru penyelia tesis PhD Prof Dr Syed Muhammad Naquib Al-Attas ketika dia masih belajar di Eropah. Nama Islamnya, Syeikh ... (aku lupa namanya).

Rupa-rupanya, Martin Lings ini seorang peminat syair, sajak sufi juga. Daku juga berasa gembira kerana di dalam buku itu, aku bertembung dengan nama-nama tokoh sufi yang aku suka...

Antaranya, Ibnu Athaillah As-Sakandari (Pengarang Al-Hikam), Ibnu 'Arabi (Fusus Al-Hikam), Al-Hallaj, Jamaludin Ar-Rumi dan beberapa jagoan sufi yang lainnya.

Paling menarik, ada seorang sufi yang datang dari Cina dan ia tetap diangkat sebagai penyair sufi juga. Namanya Wang Tui... (Orang Tua Hui).

Sungguhlah luasnya ilmu Tuhan. Sungguhlah luasnya samudera ilmu kesusasteraan Islam ini. Sungguhlah banyaknya riak-riak gelombang yang wajib aku meniti dan makin banyak badai pengetahuan kesusasteraan yang harus kuredah dan harungi.

Hajat pakcik yang tak terkawal
Makcik call, apakah aku dah terima tulisan pakcik atau tidak, tapi aku belum buka internet lagi.

"Tajuknya, Barisan Iblis," kata makcik. Rasa terbebanlah juga dan daku tidak menolak yang aku rasa marah apabila ada orang asyik tekan untuk siarkan bahan-bahan mereka.

Hampir-hampir aku nak gertak, "Kalau call selalu sangat dan tanya kerap sangat, nanti cakap kat pakcik saya tak akan siarkan."

Atau daku nak 'sound', "Kalau kata hantar, tapi yang sebenarnya tulisan itu tidak masuk inbox saya, maka anggaplah ini kali terakhir kita bekerjasama."

Geram sungguh, ingat kita tak mahu tolong depakah? Pertamanya, aku nak tolong, tapi jangan selalu tekan sangat.

Kedua, aku nak tolong, tapi tolong jangan susahkan aku sampaikan bahan yang nak dihantar tak masuk-masuk inbox, lalu dalam masa sama, deng an penuh yakin, anggap bahan tu dah masuk.

Pantang betul aku orang-orang buat kerja macam ni. Depa ni main-main. Buang masaku, ertinya hina aku dan menghina pekerjaan aku! Kata, mahu jatuhkan BN, cakap nak lawan Musa Hassan, tapi buat kerja tak pernah nak serius!

Kalau nak berjuang tapi akhirnya takut dan ketakutan itu membabitkan masa aku, memang aku hangin. Jika takut dan ketakutan tu tak babitkan masa aku tidak mengapalah juga.

Contohnya, nak buat kerja, kemudian mintak tolong aku. Lepas tu, bila aku dah buat, kemudian mintak aku jangan siarkan. Ini maksudnya, mereka telah menghina masa daku untuk membuat kerja-kerja mereka yang separuh jalan itu.

Kerja aku sendiri pun tidak siap dan terbengkalai, nak buat kerja untuk orang lain pulak.

Kalau aku buat kerja sendiri, maka kerja aku tidak menjadi, daku rugi masa aku sendiri, tak apa jugak. Tetapi, kalau orang lain minta daku tolong dan lepas itu, minta daku jangan teruskan kerja mereka itu, maka aku nak 'say good bye' sajalah.

Harap lepas ni, aku akan ada kekuatan untuk cakap benda ni kat depa. Biar depa hormat masa aku sama. Aku tak mahu rosakkan masa orang lain. Aku harap depa tak kan rosakkan masa aku. Aku ni dah lah jenis buang masa. Aku dah banyak tanggung kerugian akibat sikap burukku itu.

Aku harap tindakanku kali ni tepat. Sorry. Kali ini mesti aku kata terus-terang saja. Dah banyak kali kejadian ini berlaku. Suruh aku buat itu dan ini, kemudian cakap kat aku jangan teruskan kerja yang mereka suruh aku buat itu.

Kepadamu Tuhan...daku bermohon agar daku tidaklah lagi dibebankan dengan kerja-kerja orang tua ini yang banyak membuang masaku kerana aku sendiri sudah banyaklah membuang masaku sendiri dengan percuma! Oh Tuhan... berkatilah kehidupan kami di dunia ini.

Jangan lagi aku dibebankan ketakutan orang-orang tua ini sehingga akhirnya masa aku terbuang dengan percuma. Jika mereka dah bagi tugas, jangan dibelokkan hati mereka untuk melarangku daripada mengirim bahan-bahan protes mereka buat Najib Razak dan Musa Hassan itu! Amin.

Panggilan dari seorang teman
Selepas menjawab panggilan makcik, tiba-tiba masuk panggilan dari NY of BH. Ketika itu, daku asyik membaca dan menelaah RUKM Al-Attas di aras LG dekat Istac.

Setelah aku beritahu kedudukanku di Istac, maka bualan pun terhenti. Mungkin dia fikir aku sibuk agaknya.

"La ni bukan main lagi kau kerjakan Najib Razak yer?" guraunya. Aku tergelak kecil. Mutakhir ini aku kritik Musa Hassan dengan agak jelas dan keras juga. Harapnya sampai suatu saat nanti, Musa Hassan akan respon juga beberapa catatanku di blog mahu pun di FB. Ameen...

Setelah menelaah, aku pun berkelana, meninjau-ninjau kedudukan pustaka Istac yang dikatakan hebat dan agak lengkap dengan manuskrip itu. Padanlah tutup sebab dah habis waktu pejabat.

Pengalaman meronda, berkelana dalam kawasan Istac itu sungguh indah, mengasyikkan sekali. Ukiran dan senibinanya sungguh mempesonakan dan hadhari, dibancuh daripada ramuan fikiran tamadun yang terulung dan resipi senibinanya diangkat daripada seniukir bangsa-bangsa agung!

Tonton filem The A-Team
Telah masuk panggilan Don F dan Don S yang mengajak pergi menonton filem The A-Team. Aku perlu bergegas keluar. Singgah sebentar kat Hentian Jalan Duta, 'pekena' nasi lemak 'sedaih', lalu daku teruskan perjalanan ke TGV One Utama.

Malam. Selepas tayangan filem bersama mereka motorku memecut ke Restoren Saba Wangsa Maju. Sambil menunggu kelibat Don-Don, aku sambung menelaah RUKM. Bagus juga kalau daku kerap bawa buku ini ke mana-mana, lama-kelamaan akan habis juga dibaca, insya Allah Ta'ala.

Mana-mana isu yang aku tak faham bolehlah daku sumbat dalam FB. Atau, isu-isu yang aku dah jelas, boleh aku sumbat juga dalam FB itu.

Apabila Don F dan Don S tiba, maka restoren Arab itu telah ditutup. Kami pindah ke NZ Garden, Jalan Ampang (nak ditukar kepada Jalan Dr Mahathir?) Di sini tempat daku dan geng Teh Tarik Umno dok minum-minum sambil pekena teh tarik dengan Dato' Saifudin Abdullah.

Malam ini, aku berbual sambil pekena Roti Nan. Asap shisha berterbangan dihembus angin kota yang malam-malamnya kian dicemari budaya Barat. Lalu, terbangkit kisah kelompok Kristian.

Khabarnya, ada golongan Kristian yang bermain muzik di depan orang dalam feri Pulau Pinang.

"Depa main muzik tu semata-mata nak hiburkan hati kita saja," kata Don Shy. Mendengar hal itu tetiba hatiku dikepung rasa keinginan untuk membeli violin (biola). Aku mahu main lagu-lagu klasik yang aku minati; Bescame Mucho dan Brucia La Terra, lagu tema Godfather Mafia.

Bualan itu berpindah kepada peranan muballigh Kristian oleh kerana GPTD. Don S tak berkenan sangat dengan GPTD. Katanya, tidak banyak berkesan dan aku tidak banyak omentar kerana belum jua daku mendapat maklumat yang menyeluruh berhubung projek itu.

Dakwah GPTD ke mana hala dan arah tujunya?
"Mereka GPTD ni nak tiru muballigh Kristian yang berdakwah kat kawasan pedalaman itulah agaknya," kata Don F, mempertahan sambil memujuk hati rakannya itu.

"Jika kita tiba di suatu tempat lalu nampak banyak gereja, relevenkah untuk kita terancam?" tanya Don F, yang kulihat semakin banyak meliberalkan dirinya sendiri kini.

Menurut Don S, ya patut juga rasa terancam. Menurut hematku, hal itu fenomena biasa, lumrah bagi mereka yang masih setia menaruh kepercayaan kepada agama sebagai kata putus atau kata akhir dalam menjalani kehidupan di dunia dan di akhirat kelak.

"Rasa terancam tu tidaklah salah sebaliknya membalas ancaman tu yang boleh didebat lanjut. Dendam tak salah. Balas dendam itulah yang boleh didebatkan lanjut," begitu daku 'berfatwa'.

Pemikiran tidak boleh dipersalahkan, tapi amal tindakan yang wujud dari pemikiran itulah yang dipersalahkan. Marah tak salah, tapi menterjemah emosi marah dalam bentuk bunuh orang dan meletupkan wanita Mongolia dengan C4 itulah yang boleh dipersalahkan dalam pelbagai sudut.

Wahabi yang hadir dalam bentuk ideologi, pemikiran tidak boleh dipersalahkan. Tapi, keganasan itulah yang boleh didebatkan (kalau ada). Kalau pun ada keganasan itu, Musa Hassan patut tahu cara bertanya mereka iaitu dengan menyiasat dan bertanya sebab kenapa mereka 'mengganas'.

Akhirnya, jikalau polis jujur, dan berani, tidak takut terhadap ketua mereka, Amerika dan Israel, mereka akan bebas, sebab mereka berjuang melawan Amerika dan Israel.

Perasaan terancam, rasa dendam, rasa ghairah dan berahi kepada wanita Mongolia bukan salah. Ia dihukum betul atau salah, boleh didebat kat mahkamah untuk dijatuhkan hukuman setimpal ketika kita membalas ancaman, membalas dendam atau menterjemahkan ghairah berahi kepada wanita Mongolia dengan menzinainya di Port Dickson.

"Jadi, abang Ali fikir," aku pun ber'fatwa;, "Kita masih boleh simpan angan-angan agar Megan Fox, Lindsay Lohan itu menjadi salah seorang daripada wanita-wanita kita di syurga."

Wah! Koq ke situlah pula rumusanku itu! Eh! Boleh ke aku melamar Rachel Corrie sebagai salah seorang daripada isteri-isteriku di syorga nantinya? Haih!

"Abang Ali cuba la cari adik perempuan Rachel Corrie tengok. Mungkin cun macam kakaknya juga," kata Don F. Hmm.. aku berhajat sangat nak ke Palestin Ramadhan ni. Moga berhasillah!

Berkelana ke Mekah, guna jalan darat
"Abang Ali boleh cuba buat macam Qabin...," kata Don Shy ketika terbuka kisah hasratku untuk pergi ke Mekah menggunakan jalan darat. "Qabin tu, dia mintak penajaan sendiri untuk pergi ke Gunung Everest. Masa tu, dia masih student UiTM lagi."

Entah macam mana pula tiba-tiba terbuka kisahku berkelana ke Mekah, guna jalan darat ni. Don F serahkan 'fatwa' yang dicetak dari internet berhubung riwayat yang menyatakan Nabi Muhammad keluar berhijrah pada malam (Ibnu Ishak) dan pada siang (Imam Bukhari).

Semalaman ini mereka juga acapkali menyentuh hal yang aku tulis dalam blog ini. "Cubalah buat 'back-up' satu," kata Don S. "Mana tahu kalau-kalau blogspot.com tutup akaun ka?"

"Ya, mana tahu kalau-kalau suatu masa nanti ada orang yang nak buat kajian tentang pemikiran abang Ali ka?" kata Don S lagi.

"Tetapi nanti masa depa nak kaji pemikiran abang Ali tu, kalau depa tengok catatan abang Ali tentang Megan Fox macam mana?" Don F mengembangkan buah fikir kerisauannya.

"Tak pa," balas Don F, "Depa kena sebut ini adalah naluri fitrah kemanusiaan seorang lelaki."

Angin dinihari mula menghembus dengan kuatnya. Dan, aku mula melihat mata Don Shy merah!

"Jom lah balik. Pon dah ngantuk dah tu," kataku menamatkan bualan. KLCC yang berhampiran dengan NZ Garden itu dengan megahnya berdiri menikam langit tua. Ia menjadi saksi bahawa di sini pernah hadir tiga anak muda, yang setia bergebang isu apa saja guna mencorak peta dunia!

######################

12 Rejab | 24 Jun (Khamis)
Mendapat penemuan baru mengenai JI. Aku dah dapat no hp Ust Zamihan Al-Ghari. Aku cadang nak wawancara dia.

Di FB, Wanto cakap, dia call Ust ILIM tu dan beliau menafikan bahawa dia ada menyebut nama Tuan Guru, Shahidan Kassim dan lain-lainnya. Aduh.. duh! Nampaknya sudah semakin menarik drama ni. Boleh dibuat novel ni.

Di FB bang Mail ajak selamatkan Kg Tg Tokong. Dia menulis demikian saat mengulas kiriman pautan Akta Warisan yang aku up di FB. Aku ingat akta itu mungkin sesuai untuk bahas isu KTMB Tg Pagar. Yes, boleh guna akta!

Dapat member Afrika Selatan
Ali, budak Tabligh itu nama sebenarnya Arifin. Di Malaysia dia tukar nama entah sebab apa. Dia dah bagi nama rakannya di Afrika Selatan dan no hp bersama e-mel mereka.

Daku sudah jemput rakannya itu ke dalam YM aku. Mungkin berguna kemudian hari. Fuh! Daku sudah mula menjadi seperti Schindler dalam filem Schindler List nih!

Arifin melihat aku menaip di nettbook ini. Beliau masih tidak banyak tahu akan hal ehwal IT. Dia masih belum tahu Facebook, YM, Skype dan lain-lainnya. Aku rasa kasihan pula.

"Yang mana lebih mudah berhubung bang?" tanya Arifin saat baru pulang dari Putrajaya tadi, kerana menguruskan hal passport dan visanya.

"Semuanya sama dik," kataku. "Terpulang kepada cara bagaimana kita nak menggunanya."

Syura Don di Restoren Arab esok malam!
Bro Shy a.k.a Don S tinggalkan pesanan di bahagian Dinding FB aku. Katanya mahu dibuat syura Don di Restoren Arab esok malam. Aku rasa berminat. Lagi pun, dah lama tak mesyuarat!

Kebetulan dia YM, lalu daku pun menegur, "Oke, set! (Jimpa malam esok)"

"Lewat sikit la, atas 10 malam," katanya kembali.

"Aik, sampai ke malam buka? Restoren tu 24 jam ker?"

"Sampai jam 2 pagi kalau tak salah. Nama Restoren Arab itu adalah Restoren Saba."

Syahadan daku pun terus menggodam bahan sastera. Tak boleh keluar dari penjara SPKB untuk ke Istac atau ke pustaka UIAM Gombak untuk cari bahan filem Islam Iran. Haiz... Haih... Urgh!

#################################

11 Rejab | 23 Jun (Rabu)
Selepas pekena nasi lemak Dang Wangi, aku uruskan motor. Hatiku lapang apabila melihat jangkaanku meleset. Duit masih ada dalam ATM. Fuh!

Balik ke SPKB, aku terus ber'FB'. Cik M dari Istac beritahu bahawa Risalah Untuk Kaum Muslimin (RM46) telah ada dalam simpanan mereka. Cuma tinggal sebuah sahaja. Nanti bila-bila aku pi sana, insya Allah Ta'ala.

Malam. Seorang budak Tabligh asli Kalimantan Timur (Kaltim) sampai di SPKB. Memang la ni, tempat ni jadi transit budak-budak Tabligh. Keluarganya ada di Makassar.

Maka, inilah hasil daripada 'wawancara' tidak rasmi aku dengannya tadi...

Belajar sistem mengajar Mufti
Namanya Ali, anak Bugis, tinggal di kecamatan Tg Redep, Kabupaten Berau, Kaltim (Kalimantan Timur). Dan, anak muda Bugis itu beritahu tentang sistem mengajar Mufti yang jauh lebih tinggi berbanding Maulana.

Sistem-sistem mengajar itu kini berada di Pakistan, Mesir, Timur Tengah, Saudi, India. Jadi, kat Malaysia, Indonesia ni, pengajian agama kita masih berada di tahap yang rendah lagi.

"Lapan tahun kami belajar. Kami ambil cara pembelajaran di Yala, Thailand," katanya. Ahah!!! Did he says Yala? "Hp, duit, alat elektronik, radio tak boleh bawak masuk."

Selepas 8 tahun, mereka akan dapat 'title' Maulana. Maulana sudah boleh buka pondok. Mengaji mufti ini maksudnya macam Master atau Phd.

Mereka sudah boleh mencetak fatwa-fatwa sendiri. Kemudian guru besar akan datang membuat perbandingan antara fatwa-fatwa yang mereka tulis sebelum ini. Guru besar akan memilih fatwa pelajar-pelajar 'mufti' ini yang paling terbaik. Macam tu rupanya sistem pengajian depa!

Nama madrasah tempat pengajiannya, Kg Apa-Apa di Pasir Mas, Kelantan. Dia sudah tahu kitab tertinggi bagi mazhab Hanafi. Nampak sekali imbas macam biasa saja perawakannya.

"Kitab fiqah Hanafi namanya al-Hidayah," katanya. "Kalau asy-Syafie, al-Mahalli." Di sini, aku pelik sikit. Bukankah Al-Umm itu kitabnya fiqah Imam asy-Shafie?

Dia bercakap mengenai saudaranya. Ada yang ke Sekolah tinggi ilmu pertanian (stiper), di Tg Redep, Berau, kaltim. Cuma dia yang berkelana di Madrasah Darul Ulum ad-Diniyyah

Ust Nawawi Abdullah adalah Mudir di situ. Ustaz Marzuki adalah pembantunya, seorang lulusan Maahad Tahfiz. Dia boleh bercakap Arab dengan fasih.

Dulu, ketika Empat orang Jemaah Tabligh dari Palestin pernah tiba di pondok mereka. Antara mereka, pengusaha ladang zaitun dan penternak kambing.

Aku try nak catat nama mereka ala-ala lelaki Yahudi dalam filem Schindler List tu. Tapi rupanya dia pun tak ingat nama mereka. Bercakap mengenai kambing, ustaz Nawawi ada ternak kambing susu. Seekor kambing, katanya, boleh diperah susunya pagi dan petang.

"Seekor kambing boleh dapat secawan susunya, boleh merawat gastrik dan dibuat ubat juga. Sebotol RM3 dijual kepada orang awam, kalau untuk pelajar, RM1.70 sahaja.

"Untung bela kambing susu ni. 1kg susu kambing boleh dapat RM12," kata budak Tabligh yang berusia sekitar 22 tahun itu. Akhirnya, aku tanya hal JI ni. Lalu, dia terdiam dan tersenyum.

Entahlah dia sendiri tak tahu dan kurang pasti pula. Mungkinkah dia takut dan berhati-hati? Hai macam manalah nasib negaraku ini. Seseorang harus dikorbankan untuk mencapai revolusi. Jika aku yang terpilih untuk dikorbankan, maka demi sesungguhnya, aku telah terlalu lama bersedia!

Dalam sengketa Wahabi, Syiah, Sunni di negara ini bukan penjara dan tiada pertumpahan darah, yang mewarnai peta penyelesaian. Tapi, dapatkah aku menjadi orang tengah dalam kemelut ini?

#################################

10 Rejab | 22 Jun (Selasa)
Bagai dijangka, aku tidak hadir demonstrasi persendirian yang pakcik buat itu. Kututup hp. Aku tak tahu apakah Salahuddin Ayub hadir atau tidak?

Maaf pakcik dan makcik. Bukan diri ini tidak menyokong demonstrasi tadi. Tapi, apakan daya, prinsip kami jelas - reform kami bermula tengah hari!

Musa bawa Bani Israel keluar Exodus (hijrah keluar Mesir), menyeberangi Lautan Merah pun bermula malam hari.

Nabi Lut a.s keluar dari Sadum pada malam juga. Rasulullah keluar rumah dan arah Ali tidur di perbaringannya, pada waktu malam juga. Daku hanya ikut sunnah nabi terdahulu. Ceewaahh! (Walhal, aku ikut 'sunnah', 'millah' Isham! Kah! Kah!)

Dah jumpa 'Risalah Untuk Kaum Muslimin' (Yiihaa... yariba (2x), anggre (2x)
Petang. Hari ini, daku menyunting bahan tentang isu PMR, UPSR yang akan dimansuhkan oleh kerajaan. Aku bagi kat Taufek. Tidak lama selepas itu, Cik Pyan tegur daku di YM.

"Haslam he.. roti bakar dia banyak sedap!" katanya. Kami berjanji 6:30 di Haslam. Elok nak tutup nettbook untuk gegas pergi Haslam, daku lihat ada pesanan di FB daripada Cik M of Istac.

"Salam Ali... Saya M dari ISTAC, IIUM...Ingat tak? Please to inform you reg the books of 'Risalah Untuk Kaum Muslimin'. Are you still interested to buy the book? Please let me know...," tulisannya di FB dipetik sebagai berkata.

Aku tak jawab lagi. Sudah lewat sekarang ini, aku harus pergi ke Haslam untuk jumpa Cik Pyan.

"Suruh Alo berhenti sajalah daripada saki menjadi editor Harakah!"
Rupanya, Yus pun ada sekali di sana. Kami makan-makan dan Yus berbicara mengenai tulisanku selama ini; isu Jins Shamsudin dan Tg Pagar termasuk kritikanku ke atas Najib dan Rosmah.

"Dia ni tak ada kerja lain," kata Yus. "Kot mana pun mesti kritik Najib dan Rosmah."

Petang ini, isu Penjara Pudu yang mahu diangkat sebagai warisan menarik perhatianku. Aku tak faham sangat isunya. Nantilah daku teliti balik isu ini. Cik Pyan dok gebang isu KTMB Tg. Pagar. Aku rasa depa ni rujuk tulisanku di Harakah baru-baru ini ekoran kenyataan Jins Shamsudin tu.

Lepas tu baru masuk cerita bab Alo yang dah makin pulih. "Dia patut jadi macam Subky Latiff," kata Cik Pyan. "Tak la dia tu teruk sangat. Boleh tulis buku. Hang cakap macam tu kat dia."

Aku terdiam lalu angguk saja. Entahkan pandangan ini masuk dalam ruang fikiran Alo atau tidak belum tentu. Bos aku ni ketegar juga (err... ketegar macam aku jugak, he.. he..)

Mesyuarat dengan TG Hj Abdul Hadi Awang mengenai isu JI di kampus
Malam. Kami berpisah dan daku pun teruslah pekena nasi lemak Dang Wangi. Di sini, Dr A sms, bertanyakan aku apakah aku akan ke mesyuarat di bangunan Pas Jalan Raja Laut malam ini.

Aku tanya dia balik mesyuarat apa? Aku tidak dijemput apa pun. "Mesyuarat tentang J.I. Kalau anda pergi, boleh wakili Budayawan Bertindak. Hasni wakili Paksi."

Akhirnya, aku dapat bercakap depan Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang. Ini kali pertama, daku bertentang mata dengannya. Hal ini berlaku dalam sesi debat antara semua pihak yang hadir.

"Nak mintak tolong tuan guru tolong nyatakan dalam Parlimen supaya Ketua Polis Negara dapat turun ke Parlimen Mahasiswa untuk debatkan isu ini," kataku. Aku lihat depa catat. Semoga ada tindakan hendaknya nanti.

Daku baru faham letak duduk perkara ini. Ada seorang ustaz di ILIM sedang masukkan senarai nama orang-orang Wahabi dalam kategori pengganas.

"Sebab itu, ada isu ulamak dan Dr Asri nak masuk Umno nanti," kata seorang ahli yang hadir.

Pendirianku terhadap hal ini - aku rasa tak sepatutnya ustaz ILIM tu buat macam ni. Kalau kita anti Wahabi sekali pun (aku pun tak berkenan juga kepada aliran ni) tetapi janganlah sampai kita perangkap depa dalam jaringan pengganas sehingga Israel, Umno-Apco, boleh menang!

Tamat mesyuarat, aku jumpa Cikgu Mie Teras, bertanyakan dirinya peluang aku nak masuk ke Palestin selepas misi Flotilla hangus dibakar rentung oleh Israel.

"Enta daftar dulu. Ada empat kategori; siswa, media, selebriti, orang kenamaan," kata beliau. "Enta mungkin boleh masuk atas nama media."

Tapi, kata cikgu Mie, mereka akan tapi juga takut-takut kehadiran kita akan merencatkan tugas misi kemanusiaan itu. Dulu, ada kes di Mesir. Hanya seorang ada masalah, semua tidur lokap.

Aku berkenalan dengan brader Abim Wangsa Maju malam ni. Dia cerita hal cv aku dulu. Patut la depa takut nak ajak daku kerja dengan depa. Kononnya depa tak mampu nak bayar sebab aku ni dah berpengalaman banyak sangat. Lalu, aku cakap la kat dia...

"Elaun RM500 sebulan pun ana ambil. Boleh ja kerja di Abim tu," kataku. "Cuma, jangan ingat orang media bekerja 9 pagi ke 5 petang. Tak dak pejabat pun kami boleh kerja."

Selain isu pustaka dan masjid mesti beroperasi 24 jam, daku melihat, pengamal media pun mesti bekerja dalam tempoh 24 jam dan tak mereka tidak tertakluk atau terperangkap dalam tempoh 9 pagi ke 5 petang seperti yang diamalkan di pejabat.

Kerani pejabat pos dan pegawai kaunter bolehlah kerja macam tu. Sidang media, ceramah politik dan demonstrasi, kejadian rogol, peristiwa tanah runtuh dan kecelakaan jalan raya terjadi bukan semuanya dalam tempoh 9 pagi ke 5 petang. Kejadian pecah rumah ada yang terjadi jam 3 pagi.

Aku terpaksa bersabar sebanyak-banyaknya agar masyarakat faham cara kerja macam aku ini. Aku harap, kalau mereka tak hina dan pandang rendah kat aku, maka janganlah depa hina orang macam aku. Apa yang berlaku sekarang, kami yang selalu dihina-hina dan direndah-rendahkan.

#################################

9 Rejab | 21 Jun (Isnin)
Pagi ini, sebelum bersarapan, aku penuhkan air mineral. Lihat brader teksi masukkan air banyak dalam botol-botol kecil. Ahahh! Idea nak buat bisnes pun tiba. Ka Ching! Ka Ching! Ka Ching!

Rasa sedikit tersusun rancangan, idea penulisanku. Aku sudah buat sistem, ala restoren; penyepit baju akan menyepit kertas atas sidai seperti tukang masak lakukan saat mereka ambil pesanan daripada pelanggan.

Jadi, dengan cara ini, mungkin pemikiranku lebih tersusun. Aku dapat idea ini saat berbual dengan Tok Saad masa tengah tengok bola malam tu dekat sebuah restoren di Kg Baru dekat Kelab Sultan Sulaiman.

Projek kambing SPKB dalam perbincangan
Semalam, baru dapat berbual dengan Deep Peace of Jala tentang kambing.

"Ada tanah yang nak dibangunkan rumah untuk anak-anak yatim," kata beliau. "Di tepi rumah tu, ada kawasan lapang, mungkin boleh guna untuk ternakan."

Aku terfikir juga nak tuntut ilmu bertani dan ilmu penternakan daripada lelaki veteren; Pak Mat Amin dari Kampung Perdamaian Sukhirin yang baru kelmarin aku sempat berbual dengannya.

Nabi Isa a.s, Hawariyyun, The Last Supper
Bangun dari mimpi tadi, daku teringat seorang anak muda yang mengelap sepatuku. Hatiku jadi hiba tiba-tiba. Aku teringat kisah Nabi Isa yang cuci kaki Hawariyyun pada pertistiwa The Last Supper. Aku tak pasti adakah dalam riwayat Islam disebut perihal Isa berbual demikian.

Kisah ini penting dicatatkan kerana Al-Qur'an merakam peristiwa ini termasuk Bible. Mereka ini menamakan peristiwa itu sebagai The Last Supper. Cerita ini disebut dalam surah Al-Ma'idah di mana, Nabi Isa a.s berdoa agar makanan syurga diturunkan kepada mereka dari langit.

Jadi, siapakah yang mencuci kakiku tadi dalam mimpi? Siapakah yang mengelap sepatuku itu?

Malam. Sedang makan nasi lemak Dang Wangi, mak cik Klang call. Kata beliau pakcik akan buat demonstrasi bersendirian di Dataran Merdeka esok jam 8 pagi.

"Kalau makcik call Salahuddin Ayub Ali rasa okay tak?" makcik meminta pendapatku. Aku tak bangkang apa pun, mengiyakan begitu sahaja.

Tidak lama selepas itu, makcik call semula, memberitahu aku bahawa Salahudin berasa terkejut dengan demonstrasi yang pakcik nak buat itu.

"Dia kata nak datang esok," tambah makcik lagi. The Star, Metro, kata beliau, akan datang juga nanti untuk buat liputan. Makcik mintak aku datang. Dengan rasa berat, aku kata insya Allah!

Daripada Alo, katanya, beliau mendengar Hishamudin Rais berkata, "Jika sesuatu revolusi akan berlaku di sebelah pagi, nescaya saya tak akan sertai walaupun saya penyokong revolusi."

Kenapa? Kenapakah sosialis tegar seperti Isham Rais tak datang menyertai revolusi? Pur que?

"Ini kerana," kata Isham Rais, seperti yang diriwayatkan oleh Alo terhadapku, "kehidupan saya hanya bermula jam 12 tengah hari setiap hari." Kah! Kah! Kah!

#################################

8 Rejab | 20 Jun (Ahad)
Ah! Remote control tv aku hilang. Susah hati aku. Sulit nak tonton tv. Mak sms, minta aku sms abah sempena Hari Bapa. Aku akur, taat dan patuh!

Menonton Lagenda Sunan Gunung Jati di TV3. Lalu, aku lontarkan nota di FB mengenai asal-usul tamadun manusia yang bermula di pergunungan.

Syafarin, daripada 'Umno Singapura' mengirim mel-e kepadaku kerana dia tertarik dengan nota kuliah SPKB mengenai wawancara seorang wartawan India kepada Ketua Menteri. Ia adalah klip video dari filem Mudhalvan.

Aku benar-benar ingin tahu, apakah pendirian 'Umno Singapura' terhadap pendirian PAP yang nak ambil KTMB Tg Pagar ini? 'Umno' kini jadi pembangkang di Singapura!

Berbual dengan veteran komunis Kg Sukhirin
Aku berbual dengan tuan Mat Amin veteran komunis di Narathiwat. Dia meminta aku datang ke Rantau Panjang kalau nak tahu kisah komunis. Di sana, mungkin aku boleh buat wawancara lagi.

Ah! hari ini (20 Jun) hari lahir bapak Mat Amin rupanya. Selamat hari lahir pak! Berikut adalah temubual ringkas bersama Encik Mat Amin, Regimen 10 Komunis yang terkenal itu.

5:09pm: Saya : salam, apa khabar? ini tuan mat amin? atau cucunya?

5:10pmMat - salam, khbar baik, ya, panggil saya Mat Amin saja..., Kita semua adalah hambaNya, Apa khabar saudara di sana

5:11pmSaya - encik mat amin di rumah ke sekarang ni?

5:12pmMat - ya

5:12pmSaya - saya sihat saja di sini, rumah encik di mana ya?

5:15pmMat - Saya jauh di utara tanah air

5:16pmSaya - Kedah? Selatan Thai?

5:16pmMat - Selatan Thai, saudara di mana?

5:17pmSaya - saya orang Pendang, Kedah, kini bekerja di Kuala Lumpur

5:18pmMat - o..... negeri jelapang padi...

5:19pmSaya - encik mat di selatan thai ni kg apa ya?

5:20pmMat - pernah ke Narathiwart?

5:23pmSaya - belum lagi, tapi hajat hati itu ada, encik di narathiwat? kg apa?

5:23pmMat - ya.... di Narathiwat

5:25pmSaya - masih menulis lagi ya?

5:25pmMat - tak... bertani je...

5:27pmSaya - anak2 berapa ramai encik mat?

5:28pmMat - dah ramai dan dah bercucu, semoga tak lama lagi ada cicitnya

5:28pmSaya - insya Allah, ameen, semua cucu di selatan thai? atau, ada juga di Malaysia?

5:29pmMat - semua di Selatan Thai

5:29pmSaya - semua di narathiwat?

5:29pmMat - ya...

5:32pmSaya - di narathiwat tu, tentera Thai tak ganggu kah org melayu kita?

5:32pmMat - tak ada masalah, dalam tentera thai pun ramai budak2 melayu

5:33pmSaya - pendirian kerajaan Thai dengan komunis Melayu macam mana?

5:34pmMat - mereka antikomunis juga... tapi tak macam malaysia, di sini komunis boleh disebut di parlimen, dalam kabinet Thai ramai orang komunis... tapi tidak atas nama parti komunis

5:35pmSaya - di Parlimen, komunis guna nama apa?

5:35pmMat - kalau dulu mereka banyak bergabung dengan parti thaksin

5:36pmSaya - thai rak thai?

5:36pmMat - sebelum itu mereka dalam parti harapan baru bersama chaovalit

5:36pmSaya - yg baju merah tu sokong thanksin ke cik mat?

5:37pmMat - setelah chaovalit bergabung dengan thaksin membentuk thai rak thai, mereka pun ikut serta, baju merah penyokong thaksin

5:37pmSaya - ada anak2 cik mat yang masuk parti politik di sana?

5:39pmMat - semua masih belajar.... tumpu pelajaran dulu

5:40pmSaya - oo... mereka melayu kita dalam askar thai ni, ada terlibat ke dengan pembunuhan Melayu di selatan thai?

5:40pmMat - selatan thai memang kusut untuk dianalisa, sehingga sekarang kami pun tak dapat membaca keadaan sebenar di sini

5:41pmSaya - kami pun tak faham banyak benda. itu sebab nak tanya juga

5:42pmMat - Kalau soal revolusi... kami pun pernah lancarkan revolusi / perang.... mesti ada prinsipnya juga

5:44pmSaya - boleh ke kalau kami anak2 muda pergi berbincang hal2 di sana, nak tahu juga sejarah2 lama

5:44pmMat - biasa.... selalu ramai orang datang sini, melawat dan macam2

5:47pmSaya - mcm mana nak melawat, say tak tahu kg apa?

5:49pmMat - kawan saya boleh bantu membawa saudara ke kampung sukhirin di tempat yang dijanjikan..... sudah pasti jangan terlalu jauh dari sini, umpamanya kalau Kedah ... sempadan kedah terlalu jauh untuk mereka ke sana menjemput saudara

5:51pmMat - Apa kata saudara masuk melalui Kelantan.... sempadan Rantau Panjang - Sungai Golok

5:51pmSaya - jadi, saya kena buat macam mana? oo.. jadi, saya cuma tunggu di Rantau Panjang?

5:52pmMat - saudara boleh tetapkan masa dan janji dengan pihak kampung.... (ini saya boleh bantu)

5:52pmSaya - pihak kampung di rantau panjang?

5:52pmMat - pihak kampung akan hantar orang jemput saudara di imigresen sebelah thai, tapi perbelanjaan perjalanan spt sewa kereta kena pihak saudara tanggung, saya pun tak mampu membayarnya

5:53pmSaya - encik Mat ada nombor hp org yg boleh saya hubungi?, tak pa, hal belanja perjalanan itu biarlah saya sendiri semuanya

5:54pmMat - saya tak guna hp ... boleh hubung melalui fb ini, dan bila sampai masa janji, baru saya bagi tahu no hp rakan saya yang menjemput saudara itu

6:00pmSaya - baik.. ini no hp saya, +6014-3233287

6:01pmMat - terima kasih.

Malam
. Daku pergi Restoren Kari Ikan Kg Pandan lagi. Di situ ada keluarga besar makan besar untuk meraikan Hari Bapa. Baguslah, masih ada nilai-nilai kekeluargaan yang utuh lagi.

Aku teringatkan abah, orang yang mengajarku cara-cara dan kaedah melawan keganasan, lawan balik gejala buli-buli, gangsterism di sekolah-sekolah. Sikap inilah yang akan kuwarisan dan daku akan wariskan kepada keturunanku nanti, insya Allah Ta'ala.

Sebelum pulang, aku 'test' soket dan 'plug' dio restoren itu. Alamak! Tak berfungsi. Mungkin dah rosak kot. Jadi, ia bukanlah tempat yang sesuai untuk aku mengarang!

Akhirnya, aku bertemu kembali 'remote control' tv yang hilang dari pandangan mataku itu. Dah puas mengemas SPKB barulah aku jumpa ia terselit di celah buku biografi Hassan al-Banna yang ditulis oleh Anis Matta! Fuh! Lega...!

Currently have 0 comments: