Urusan pengiklanan, sms 014-3233287 @ mel-e ibnuamir@yahoo.com, subjek: Iklan Karya Fansuri
Latest News

1 - 7 Rejab | 13 - 19 Jun (Ahad - Sabtu)

Sunday, June 13, 2010 , Posted by nota untuk Syiah at 7:35 AM

7 Rejab | 19 Jun (Sabtu)
Dinihari. Menaip di Jalan Yap Ah Shak di celah kehangatan sorakan bola sepak. Kesempatan itu aku guna untuk sms Kimi Maahad berhubung buku yang aku rasa nak cetak dengannya.

Terus dia call daku balik, lalu kami berbual sedikit sebanyak. Kimi rupanya dapat 'job' membuat 'packaging' barangan HPA selama ini.

Kimi sudah ada mesin cetak 'second hand'. Kira-kira ratus ribu jugalah dia belanja. Aku teringin nak beli 'fast-print'. Harganya RM10k kalau tak silap.

Hari ini, aku dapat maklumat tentang pembayaran yang perlu aku lakukan jika mahu menjadi ejen hartanah. "RM1,000," rakanku membalas ringkas. Urgh!

Petang. Di Perpustakaan Negara Malaysia, aku cari buku-buku mengenai filem Iran, akhirnya daku pinjam teater Hang Li Poh, Film an Introduction, dan Filem-Filem P Ramlee.

Akhirnya, daku jumpa makalah bertajuk Sejarah Alternatif Dalam Ta'ziyeh (Iran) dan boria (Pulau Pinang), tulisan FT. Aku jumpa cuma dalam sistem sahaja, bukan baca 'hardcopy'.

Barangkali, kalau ada makalah tu, mungkin boleh dimasukkan sebagai proposal aku kot?

Kinah jadi 'hero'!
Mak call, bercerita mengenai Kinah yang dah jadi hero sebab call polis setelah nampak dua orang yang datang 'mencuri' kabel di taman perumahan kami.

Kejadian berlaku antara 2:30 pagi-4:30 pagi. Dia terus call polis. Internet punya pasal, maka dia sanggup jerkah orang yang disangkakan pencuri itu.

"Bila polis datang dua orang tu tetap tak berganjak," kata mak. Akhirnya, polis sahkan mereka itu memang orang Telekom. Tapi, kenapa ambil kabel pagi-pagi? Bukannya pada waktu pejabat?

Apa-apa pun, kata mak, adikku itu sudah jadi hero taman ini. Ya! Semuanya gara-gara internet! Kalau kabel hilang lagi, dia tak boleh melayari internet. Setakat ini, dah tiga kejadian curi terjadi!

Hakim sudah pun berjalan. Sarah dah mula main dengan dia. Depa berkawan rapat, kata emak.

"Kalau Hakim pegang kunci Sarah tak bagi. Dia jaga Hakim sungguh. Tapi, kalaulah dia yang pegang kunci tu, tak apa pulak," kata mak. Aku tergelak mendengarkan peristiwa itu.

Imran sudah mula angkut barang dari Sg Petani ke rumah Taman Wawasan, Pendang yang mak beli itu. Semoga, hubungan mereka terjalin dengan lebih akrab. Ameen...

Alo call, minta aku datang rumahnya di Ampang. Masa ini, aku sedang menaip dekat PNM juga. Tiba-tiba, aku dapati internet tak boleh akses. Aku kena bayar bil dahulu.

Tak boleh jadi ni, aku pun macam Kinah jugak; tak boleh berkompromi dengan keadaan di mana internet terputus. Sesuatu tindakan perlu dilakukan segera!

Di KLCC
Lalu, kuputuskan mahu membayar bil Celcom Broadband di KLCC. Aku tanya, apakah boleh kita bayar guna debit Maybank. "Boleh..." kata jurujual itu. Fuh! Sekali lagi aku terasa amat hadhari.

Kesempatan di KLCC, aku manfaatkan ke Kinokuniya seperti biasa. Terjumpa Karim Raslan dan rakan-rakannya di sana. Ah! Aku orang kecil dan tak pandai 'speaking'. Jadi, aku biarkan sahaja.

Turun di TGV, aku melihat filem Hindustan yang tak kalah menariknya. Rangeet kalau tak salah ingatanku. Ia ada kaitan dengan politik India sikit. Teringat Mudhalvan dan Nayak yang aku nak lepaskan klip videonya di FB nanti. Ini semua gara-gara wartawan RTM yang kacau Anwar tu la.

Aku tak duduk lama, memandangkan dah masuk Maghrib. Lagi pun, perlu pergi jumpa Alo kejap lagi. Kena jumpa dulu dengan dia yang dah lama dok call, sms aku untuk jumpa dia ni.

Rumah Alo
Dia semakin sihat, beratnya hilang 18kg. Dia sudah semakin semangat berbual. Seleranya sudah ada. Semangat untuk berdebat isu-isu seperti biasa pun ada sambil mengutuk sana-sini.

Aku layangkan dua buah fikiran kepadanya. Pertama-idea menubuhkan pustaka masjid ataupun menubuhkan Pustaka Rakyat di Kelab Sultan Sulaiman.

"Ana ingat nak cari kabin-kabin yang tidak digunakan, lepas tu susun rak buku di dalamnya," demikian aku mencadangkan jika Harakah berminat mahu sebarluaskan idea itu.

Dan juga, aku bentangkan idea berkelana ke Mekah, menunaikan fardhu haji menggunakan jalan darat. "Mungkin, Harakah dapat siarkan catatan di blog kami," demikianlah sarananku.

Alo sentuh isu rakan-rakan yang tidak mendapat 'claim' akibat kedengkian rakan sekerja. Hal ini sangat merungsingkan fikirannya. Aku tidak dapat beri banyak pandangan dalam hal dengki ini.

"Ana pun sebenarnya dah tak mau dah bergelumang dengan isu-isu dalaman ni," kata Alo. Ya aku pun macam tu juga. Biar kita buat amal banyak-banyak. Hal nak gaduh dengan Cikgu Pa ni, kena kendurkan sat dulu. Kalau tidak, tak sempat nak buat kerja-kerja perubahan..

################################

6 Rejab | 18 Jun (Jumaat)
Hari membosankan. Aku silap bajet masa. Mengarang tapi tak sempat nak hantar ke Jalan Pahang Barat. Semua ini gara-gara FB. Argh! Urgh!

Sepatutnya, hari ini aku pi PNM untuk cari buku-buku tentang filem Islam Iran. Tapi, tulah pasal. Aku ralit dan leka mengarang dan tertunda oleh gila FB. Aku harus tahu bagaimana mahu mengawal kegilaanku ber'FB' ini.

Hari ini, daku tertarik dengan cerita seorang wartawan RTM yang terkena libasan kata-kata oleh Anwar Ibrahim.

RTM reporter annoys Anwar


Aku dah tuliskan nota SPKB berhubung hal ini dalam FB. Di sana, aku baru lihat ada dua orang yang komen. Aku tak lihat ramai orang komen catatanku. Pur que? Kenapa?

Wartawan RTM itu sepatutnya bersikap ganas kepada Najib Razak. Ini, dengan Anwar berani la. Dengan Najib mana berani? Aku sebenarnya lebih memihak wartawan. Tapi, dalam kes ini, daku tak dapat memihak kepada beliau kerana hujah Anwar itu ada kebenarannya.

Hangpa tengoklah sendiri hujah-hujah Anwar di atas. Kang kalau aku cakap lebih-lebih, ada yang kata aku ni pro Anwar pulak dah. Haih, susah betul la ni. Macam-macam orang ada!

Patutnya wartawan tu berani tanyakan semua soalan panas kat Najib Razak macam di bawah ni.

Wartawan menemubual Ketua Menteri (Filem Muthalvan)


Kalau dia berani tanya soalan panas kat Najib macam ni dan dalam masa yang sama berani pulak tanya soalan panas dekat Anwar, maknanya dia 'balance' dan layak dihormati.

Kalau tidak, hanya berani jolok soalan hot kat Anwar, tapi dengan Najib lembut kepala lutut, aku pun susahlah nak bagi penghormatan aku dekat dia. Sapa nama mamat wartawan RTM ni ha?

Petang. Aku keluar makan malam di Restoren Kg Pandan dekat KLCC. Di sini, aku menaip lagi untuk Jalan Telawi. Entah depa boleh pakai ke tidak?

Rasa tenang juga di sini. Asyik terperap jer di SPKB pening kepala den! Bateri aku pun dah habis dah. Rupanya, ia hanya boleh bertahan selama 3 jam sahaja!

Seorang rakan membalas kiriman sms aku. Katanya, jika aku berhasrat menjadi agen hartanah, maka aku dikenakan sedikit bayaran. Ah! Susah macam ni. Daku rasa, baik aku jadikan syarikat yang aku ada la ni sebagai syarikat hartanah. Ish! Boleh ker aku buat macam tu ha?

Malam. Hampir jam 10 malam, aku belah dari restoren itu. Beli nasi untuk makan malam nanti. Dan, aku terus belah untuk menonton Mega Movie
Lara Croft di TV3.

Aku suka babak di mana ada seorang tua kata 'SALAMAT' kat
Lara Croft (Angelina Jolie). Daku lepaskan satu lagi nota SPKB dalam Facebook.

Rakan YM-Sam Champa of Vietnam sudah mula menuntut janjiku kepadanya dahulu. "Katanya, anda mahu kirim Koran kepada saya. Saya sedang menunggunya." Aku rasa bersalah lagi. Hai, entah bila aku nak ke Vietnam untuk jumpa Sam ni? Dia Kristian, ingin baca Al-Qur'an. Dosa jika aku tangguh-tangguhkan. Kalau ajalnya tiba macam mana? Tuhan, beri daku kesempatan!

Dapat sms abang Razak, Presiden Abim, yang mengajak kami turun ke LRT Putra, ada program wakaf katanya, jam 2 petang. Tapi, esok aku berhajat ke mesyuarat Paksi juga pada waktu yang sama. Aku harus buat pilihan tepat agar aku tidak menyesal.

Dinihari ini, sahabatku Kimi Maahad balas balik sms aku, "Sorry lambat balas mesej. Aku cetak macam-macam termasuk buku. Support la sahabat.. tq."

Buku! Did you say books my friend? Yiihaa... yariba, yariba.. anggree... anggree.. oke, dah tamat masa clubbing pada jam 3 pagi ni. Gadis-gadis bergetah keluar la ni. Aku nak berfoya-foya kejap di Jalan Yap Ah Shak, sambil minum-minum dapat kukhatamkan tulisan untuk Jalan Telawi.

################################

5 Rejab | 17 Jun (Khamis)
Dinihari. Bertemu dengan Zack secara tak disangka itu banyak melantun prasangka gelap yang kian marak bersarang di dalam hatiku.

Apabila Zack pulang, aku dan Tok Saad melagakan fikiran jahat, melanggar tebing prasangka dengan penuh waspada.

"Aku banyak menaruh rasa curiga kepadanya," kataku kepada Tok Saad. Rakanku itu mengakuinya, kerana dia juga ada pengalaman tersendiri.

Jadi, daku ceritakan pengalaman lamaku di Maahad kepada Tok Saad. Bini Tok Saad pun budak Maahad, sama 'batch' dengan aku rupanya. Jadi tidak sukar untuk dia memahami keadaan masa lalu. Jadi, pertemuan dengan Zack itu makin menguat sangkaanku bahawa aku perlu bercerita rasa tak puas hati aku kepada Badan Dakwah.

"Dia antara yang bergiat dalam dakwah di sekolah. Dan ketika aku haus rohani, mereka telah lumpuhkan keyakinanku kepada usaha mencari kebenaran dalam hidupku," kata daku kepada Tok Saad. Ish, jahat betul aku malam ini! Aku dah cerita yang buruk-buruk tentang hal lama!

Tengah hari. Sedang terkial-kial menggodam bahan, aku sms Kimi, bertanya percetakan yang dia sedang usahakan itu. Tidak lama selepas itu Kimi pun jawab. Tapi, jawapannya tidaklah buat jiwaku puas. Kata Kimi, dia pun dah lama nak call aku. Cheh! Setakat tu, aku pun boleh cakap...

Kebetulan, Rozais 'online' di FB. Maka, peluang itu daku guna untuk minta pengesahan mengenai sajak beliau. Ya! Betul. Memang dia yang nak hantar. Oke! Set.

Lama-lama semakin ramailah kawan yang hantar. Tidak lagi daku terpaksa bertembung dengan karya-karya yang tak dapat kusiarkan kerana kerendahan mutu gaya bahasa dan penulisannya.

Menggodam FB membawa daku bertemu seorang editor PTS yang kebetulan budak Maahad lah juga. Ish! Memanglah... Aku rasa memang dah tiba masanya aku konsisten mengarang biografi.

Semua rakan-rakannya ini adalah rakan-rakan baikku di Maahad juga. Tetapi, alangkah sulitnya nak bangunkan teguran ke atas madrasahku sendiri. Baru aku sedar kenapa A Samad Ismail tak dapat menulis banyak perkara darihal kisah-kisah silamnya itu.

Said Zahari pujuk A Samad Ismail tulis sejarah gelap kewartawanan dan politik
Aku dan Alo pernah berbual di rumah Said Zahari di Subang Jaya. Pak Said meminta Pak Samad bercerita dan biarlah dia sahaja yang merakamkan isi kisah Pak Samad itu lewat pita rakaman.

"Saya pujuk dia... Mad, kau ceritalah, biar aku yang tulis semua," demikian Pak Said memujuk tokoh wartawan veteran itu. Ya, memang bukan senang kita nak bangunkan kritikan ni.

Daku juga pernah desak Alo tulis isu-isu yang dia tak puas hati dekat Jalan Pahang Barat. "Enta tulis buku tu diam-diam, bila mati nanti, wasiatkan sapa-sapa untuk terbitkan," demikian aku menyarankan. Sampai sekarang aku tak tahu apakah hal itu masuk dalam fikirannya.

Aku nampak, satu-satunya orang yang sanggup mengkritik rakannya sendiri adalah Said Zahari. Safar Hasim yang jemput dia masuk menjadi Karyawan Tamu UKM untuk mengarang memoir Meniti Lautan Gelora, maka dalam buku yang sama dia mengkritik pendirian Safar Hasim yang menganggap Mogok Utusan 1961 itu disebabkan wartawan menuntut kepentingan diri; gaji dsb.

Sedangkan, menurut Pak Said, Mogok Utusan 1961 itu jelas sekali dilaksanakan bersama Usman Awang untuk membendung pengaruh Umno yang akan mengawal laporan pemberitaan mereka.

Masalah taqdim
Tengah dok menyusun sajak tadi ada orang cuba nak taqdim (perkenalkan daku dengan seorang sahabiah). Aku terpaksa tolak dengan menyatakan belum terfikir lagi.

Entah kenapa aku kurang jadi berminat la ni. Aku tolak cara tradisi ini. Ini bukan cara aku. Kalau ada orang nak perkenalkan aku dengan seseorang, aku rasa 90 peratus usaha itu mesti tak jadi.

Dulu kat USM daku pernah suka kepada seseorang. Daku belum kenal rapat pun. Budak jemaah. Biasalah. Aku fikir dia ingat aku bukannya kaki surau, bukan kaki masjid, bukan jenis orang yang solat Tahajud, dahi aku tak hitam; tak nampak bekas sujud, lalu dia buat alasan macam-macam.

Aku terus 'fed-up'! Depa ni nak kahwin dengan malaikat kot? Malaikat yang baik pun tak kahwin dan hal ni sekali lagi menyebabkan aku jadi anti dekat orang-orang yang nampak luarannya baik tapi sengatan mereka ke atas perasaan aku sangat mendalam.

Aku tak percaya dekat Baitul Muslim. Ia berjaya pada sesetengah kes. Tetapi, bukan semuanya berjaya. Aku lama-lama dah jadi meluat dan menyampah pada pemakaian istilah yang aku tidak faham dalam jemaah Islam ini. Budaya dan cara berfikir aku dah berbeza dah sekarang ini.

Biarlah. Masa itu sudah berlalu. Bila aku susah di USM, bukan orang jemaah nak tolong. Bila aku sengsara jiwa di Maahad, aku tengah mencari diri semasa remajaku, bukan Badan Dakwah yang boleh beri ketenangan jiwa. Aku cari petunjuk dalam Al-Hikam.

Sebab itu daku suka Ketika Cinta Bertasbih mempromosikan Al-Hikam. Inilah jatidiri yang perlu ada pada setiap anak-anak muda yang baru bergerak mencari kebenaran dalam dirinya sendiri.

Ketika aku jumpa kenyataan di Rumah P Ramlee di Pulau Pinang, bahawa wujud Yahudi Road di sana, mana ada pimpinan jemaah asli Pulau Pinang yang layan intelektual aku.

"Ada.. alah, perkara lama.. isu remeh saja tu," katanya acuh tak acuh. Akhirnya aku terpaksa la cari, ronda sendiri sampai aku jumpa Jewish Cemetery (Perkuburan Yahudi).

Jemaah tidak melayani daya fikir orang macam aku. Jemaah tua anggap budak-budak ni macam hamba sahaya tugasnya angkut kerusi meja sahaja. Tidak lebih dari itu. Anak-anak muda bukan golongan yang boleh diajak memberikan pendapat sebagai lelaki dewasa.

Sekianlah khutbahku menghentam golongan tua dalam jemaah. Urgh! Huh aku masih tidak puas hati lagi ni. Nantilah kuhumbankan segala kemarahan yang bertimba-timba ini dalam buku aku.

Aku dah jadi macam Anwar agaknya. Kata pakcik Basir, Anwar ada dendam dengan rakyat. Apa yang dia buat kini ada dendam tersirat. Apabila dia berjuang, ada juga masa-masanya dia marah kepada beberapa pihak tertentu.

Daripada apa yang daku dengar, ada kawan-kawan dia yang dah kena marah. Ada yang mungkin tidak setia. Ada yang khianat. Aku tak fikir rakan-rakan Pena faham hal ini. Tetapi, kewajipanku adalah untuk menerangkan keadaan sama ada mereka faham atau tidak, setuju atau tidak.

Jangan marah kalau hangpa tanya-lepas tu aku catat semua jawapanku di sini. Ini ladang tempat aku menanam benih fikrah dan menuainya setelah aku mati kelak...

Well, if you dare to ask, i assume that you are ready to listen! --- H Fansuri (1977 - 20??)

Maaf daku menggunakan bahasa penjajah. Kalau hangpa dah mula bertanya, maka aku andaikan hangpa sedia untuk mendengar. Jika kalian tiada kekuatan (tak sabar) mendengar penjelasanku, maka lain kali jangan sesekali berani bertanya dan mencabar segala pendirian dan fahamanku...

Kisah adik lelakiku yang sedikit terabai
Petang ini juga ketika hampir selesai bahan, Sani menegurku di FB. Aku seperti terlupa. Aku ada adik lelaki rupanya yang paling kecil. Dia agak terpencil kerana dari ibu nombor dua.

Berbual dengannya sekejap menyebabkan daku rasa tenang dan terhibur. Rasa berdosa pun ada sebab dah lama aku tidak bertanyakan khabarnya. Aku mesti beri perhatian dan ambil tahu juga hal keadaannya. Dia pun adik aku juga yang tidak boleh aku abaikan.

"Abang long dok mana la ni?" demikian lembut pertanyaannya. Masa dia kecil dahulu, memang aku pun tak banyak berbual sebab dia masih kecil sangat.

Dia kemudian dihantar ke Maahad Tahfiz. Daripada khabar yang aku dengar daripada abah, tiga juzuk sudah ada dalam kepalanya. Kuharap, 3 juzuk tu masih kekal, tidak terbang dari dadanya!

Malam. Selesai mengirim bahan, perutku yang lapar ini kuhalakan di Restoren Buharry, tempat lama aku berfoya-foya dulu di Jalan Yap Ah Shak. Amoi yang pakai separuh, tiga suku baju serta Arab hadhari di sini, fuh boleh tahanlah juga!

Balik SPKB, Dinsman sms, "... Paksi dah lama tak mesyuarat. Saya cadang Sabtu ni, 2 petang di Restoren Tupai, selepas seminar LLG-Usman Awang di Dewan Cina KL..."

Ada agenda yang tidak menarik perhatianku. Tapi, lama-kelamaan, aku terfikir juga kalau-kalau dapat kuhadir, boleh juga aku layangkan fikiranku kepada Paksi mengenai KTMB Tg Pagar.

Aku harap Paksi dapat berbuat sesuatu untuk menarik minat seniman dan karyawan supaya kat KTMB Tg Pagar ni ada kegiatan-kegiatan ilmiah yang berfaedah!

################################

4 Rejab | 16 Jun (Rabu)
Sedang menyiapkan cerpen yang mungkin boleh kuangkat sebagai kisahku pada zaman kecil ketika mula-muda mencari Tauhid dan Tuhan.

Ia mungkin juga menerbitkan pandangan aku terhadap sistem pendidikan zaman sekarang yang semakin menuju ke zaman kerosakan.

Semalam daku bermimpi mengenai Sukri, rakan lama di Maktab Mahmud. Dia agak nakal dan buas. Dia juga handal mengirim kisah lucu, lucah. Cerita dalam kategori ini kami namakan sebagai CERITA RAKYAT.

Kalau salah pembawaan cerita lucu lucah ini, kita bakal ditempeleng orang. Ketika hal itu kami ceritakan semula kepada Sukri, dia akan bicara dengan sembang kemaihnya.

"Tu dia la... hang tak pandai cerita!" Lalu, kami akan menyeranahnya, "Kepala hotak hang!"

Ahah! Sukri akan jadi suatu watak yang daku cuba abadikan dalam catatan hidupku. Tapi entah kenapa aku termimpikan dia tadi malam?

Apabila bangun, aku pun teringat kisahnya yang gagal dalam ujian lalu terpaksa meninggalkan bangku sekolah kami dengan sedih yang amat sangat. Dan, kami pun melepaskan pemergiannya dengan hati yang sarat berat.

Bila aku tahu L.I 'junior' aku di Maktab Mahmud, memuncak kerinduanku pada zaman yang lalu kerana sekolah ini banyak mengirim makna batiniah yang menjadikan aku seperti hari ini.

Rakan-rakan adalah samudera pengetahuan. Baik buruk yang tenggelam dan lubuk jiwa mereka itu akan memercikkan buruk baik sekali gus memantulkan sikap yang sama ke dalam jiwa kita.

Sukri-walaupun kami agak 'sakit' dengan dia, tapi kami juga senang dengan gurauan jenaka yang kerap dilontarkan. Dia handal menghafal ayat al-Quran yang terkait dengan ilmu persilatan,

Demikian juga ayat-ayat al-Quran yang bertujuan menundukkan perempuan, tapi nas al-Quran untuk bacaan dan ujian di kelas, dia sukar atau barangkali malas nak menghafalnya. Mungkin, ia ada kaitan dengan tujuan hidupnya juga. Kalau ada kaitan dengan silat maka mudahlah dia ingat.

"Mohd Sukri ..." smsnya baru dilepaskan kepadaku pada 2:28:46 petang di telefon bimbitku. Dia meminta nomborku di FB baru-baru ini. Mungkin kini dia sedang ber'FB' agaknya lalu terjumpa nombor aku itu. Hai Kri, Kri... aku baru termimpi pasai hang. Lepas tu, terus dapat sms hang!

Pada usia-usia begini, aku sudah dapat mimpi-mimpi yang mula aneh-aneh. Semoga Tuhan akan selalu mengirim petunjuk rahsia kepadaku untuk mengolah semua wajah dan peta dunia hari ini!

Sambung semula menulis
Oke, teman-teman, aku harus mengarang semula untuk mengubah wajah dunia. Daku juga ingin mengarang kekisah cintaku kepada Megan Fox, Yutte Stensgaard, Deana Russo, Lindsay Lohan, Debbie Reynolds, Catherine Schell. Alah! Kalian tanyalah Ibnu Google dan Abu Yahoo senang!

Tapi, cintaku terhadap mereka ini tak pernah mereka balas. Dan, kini daku tiada modal untukku karang kekisah riwayat cintaku ini. Aku terpaksalah bergantung harap kepada kekisah cinta dari limpahan sungai derita akibat chinta yang aku tengok sebelum ini untuk menulis kekisah chenta.

Inilah lelagu cinta yang sedang daku teliti guna menyematkan kembali ruhani cinta di dalam hati dan jiwaku yang gersang dengan nafas-nafas chenta!


Samuga Tohan akan mengembalikan daya kreativitiku untuk mengarang kisah 'chenta' yang dah hampir tenggelam lemas dalam sungai batinku. Samuga Dia tidak melumpuhkan penulisan kisah chentaku buat Shannen Doherty, Deana Russo, Debbie Reynolds, Catherine Schell dan lainnya!

Mel-e dari DBP
Selepas aku susun lelagu chinta dalam Mixpod yang terbaru, godam FB, usik orang sana sini, lalu daku pun buka gmail. Puan Nordiana of DBP yang diperkenalkan oleh Zanazanzaly baru-baru ini telah membalas surat pertanyaanku beberapa hari yang lalu.

Kata beliau, "Salam Ibnuamir, salam kenal. Saya juga sentiasa mendengar nama saudara di ruang-ruang tertentu saudara menulis."

"Untuk makluman saudara, bilangan cerpen untuk dimuatkan dalam kumpulan cerpen, sekurang-kurangnya, 20 buah cerpen dan ke atas."

"Dan, mengikut prosedur di DBP sekarang, cerpen-cerpen yang dimuatkan / pernah diterbitkan di mana2 penerbitan lain selain DBP, perlu mendapat izin terbit oleh pihak penerbitan tersebut, secara bertulis, barulah dikemukakan kepada kami, Bahagian Penerbitan Sastera."

Ya, begitulah teman-teman. Jikalau kalian juga berminat, inilah daging maklumat yang aku kelar isinya agar bisa kita meratah kelazatan dan keenakannya bersama-sama! Cuma 20 cerpen. Tapi, macam mana nak karang 20 cerpen kekisah chenta bagi terune sunti seperti diri ini!? Urgh!

Malam. Sedang menikmati nasi lemak Dang Wangi. Cik Pyan sms, "Aku di luar Haslam." Maka, daku pun pi terus terjah ke sana. Lalu, terbuka rancanganku nak menternak kambing.

"Aku ada tanah pusaka 2 ekar," kata Cik Pyan. Aku tawarkan separuh separuh keuntungan dan mungkin 1/3 jika ada pihak yang sudi bela kambing-kambingku. Dia tengah berfikir...

Bualan kami berlanjutan pada isu komik. Anak-anak dia tak suka baca komik PTS. Aku tanyalah pasai apa? Dia kata, sebabnya budak-budak ni lebih sukakan fantasi.

"Komik-komik PTS banyak nasihat sahaja, unsur fantasinya kurang," kata Cik Pyan lagi.

"Saya rasa depa kena adunkan, gabung jalin unsur fantasi dan nasihat, mungkin dengan cara itu, depa boleh maju," kataku. Cik Pyan mengangguk setuju. Tanpa bantahan. Kami berpisah...

Tiba di rumah, Ukt Atr sms bertanyakan khabarku dan Alo. Aku kata Alo sihat-sihat sahaja dan aku bertanya pula apa khabarnya. Seperti biasa, dia oke sahaja, katanya.

"Ana nak sms Alo tetapi takut mengganggu," tambah Atr lagi. Aku jawab, "Sms jer, tak ganggu punya dengan sms itu." Aku kemudian terus menggodam bahan sastera Harakah sambil tunggu panggilan Tok Saad yang mahu mengajak aku menonton bola malam ini.

Rachel Corrie masuk syurga?
Tok Saad tiba seperti yang dijanjikan semalam. Kami berlabuh di sebuah restoren berhampiran Kelab Sultan Sulaiman, Kg Baru, yang tidak berapa jauh dari SPKB.

Dia bercerita mengenai perkembangannya membeli rumah di Jelatek dan hal itu membuat daku ingin beli rumah di situ juga. Jelatek masih dalam kawasan KL. Tapi, harganya RM200k!

Hmm... aku perlu jadi agen hartanah sambilan untuk cari hartanah sendiri! Aku teringat Palestin di mana rumah saudara-saudara kita sudah dirobohkan dan tanah mereka dirampas!

"Aku harap Rachel Corrie tu akan masuk syurga," kataku. Saad rupanya tak tahu kisah Rachel. Jadi, aku ceritakan semula hal perjuangan Rachel itu dari A sampai Z.

Aku teringat kisah seorang lelaki Yahudi yang melarang anaknya makan di tempat terbuka pada bulan Ramadhan. Bila dia mati, seorang ulama bermimpi bahawa lelaki Yahudi itu masuk syurga.

Jadi, daku berdoa semoga Rachel Corrie ini masuk syurga dengan sebab dia memperjuang tanah Palestin yang tiada kaitan dengan dia pun. Aku pun tak dapat menjadi seberani Rachel Corrie.

Kami pulang setelah permainan bola tamat. Takdirnya, aku bertemu 'Zack', rakan lamaku dekat Maktab Mahmud. Kebetulan pula, dia kenal rapat dengan Tok Saad. Mereka berbual agak lama.

"Kimi dah buka percetakan," katanya ketika bercakap hal perkembangan rakan-rakan Maahad yang lain. Zack kini seorang ustaz. Dia ligat dan sakan berceramah sahaja sekarang ini.

Tadi petang dia ceramah di Sg Besi. Ish, adakah ini petanda isyarat agar aku menulis kisah-kisah lamaku di Maahad? Tuhan pun macam dah nak bagi petunjuk saja ni..

Kimi, rakan baik aku sudah buka perusahaan percetakan. Demikianlah kata Zack tadi. Daku fikir nak minta dia bagi 'special price' untuk cetak buku-buku aku kelak.

Balik SPKB aku layan The Persuaders seperti biasa. Aku suka cerita ni sebab aktres-aktres yang berlakon dalam drama itu semua lawa-lawa. Ala James Bond dan Jason King. Awek mesti cun!

Seperti Lagenda Budak Setan. Semua aktres wanita lawa-lawa semuanya. Tajuk The Persuaders malam ini, Read and Destroy, cerita seorang lelaki yang ingin cetak biografi kehidupannya tetapi ada masalah dengan Akta Rahsia Rasmi di negaranya sendiri.

Maka, dia terpaksa bawa manuskrip itu ke negara lain. Jika sukar cari penerbit atau penerbit itu minta ubah sana-sini (jika terkait dengan politik), maka baik kuterbit sendiri. Kumpul modal dan cari Kimi; rakan lamaku di Maahad itu yang sudah membuka perusahaan percetakannya sendiri.

No hp Kimi telah aku dapatkan daripada Zack tadi. Tapi apakah Kimi akan mencetak kalau kisah bergelora di Maahad ini turut menyentuh kisah-kisahnya juga? Hurm... aku dalam dilema! Haih!

################################

3 Rejab | 15 Jun (Selasa)
Keluar last-minute untuk bayar caruman KWSP. Sudah masuk bulan yang kelima. Masuk bulan keenam, mungkin dah boleh start buat loan kot?

Walaupun aku kehilangan rekod-rekod lama, tetapi kerani itu berjaya juga mencarinya. Fuh, lega. Selesai satu bab. Then, aku pergi Cinema Online.

Dalam perjalanan ke Cinema Online, S sms - resume aku telah dihantar ke pejabat TKM Penang. Dapat tak dapat, itu semua kerja Allah.

Aku hanya dapat selimut Karate Kid sahaja. Waaa! Ingat dapat tiket free!

"Tiket saja ker cik?" aku bertanya lagi, meminta kepastian darinya.

"Ya, tu sahaja yang ada," sang kerani itu membalasnya. Urgh! Inilah yang aku dapat, sehelai selimut merah Karate Kid yang tidak panjang pun. Bagaimanapun, syukur!!!

Mencari rumah Al-Attas!
Prof Wan kata, rumah Al-Attas ada di sebuah apartment di Damansara; Tropicana Golf Country Club. Memang aku nampak Tropicana. Tapi, masih tak nampak kelab golf yang dimaksudkan tu.

Beberapa hari lalu, aku dok berangan nak jadi khadam Al-Attas - tolong beli barang dapur kalau dia rasa sukar nak keluar selalu. Tadi, lepas solat, dapat suatu ilham baru.

Kalau aku dapat jumpa apartment mana-mana yang aku sangka rumah Al-Attas maka daku nak minta pengawal bawah tu tolong beri alamat beliau. Lalu, alamat tu aku letakkan ke atas notaku, dan selepas itu, barulah aku boleh poskan kepada beliau.

Fuh! Bilalah aku dapat bertemu dengannya? Kalau dapat jumpa, ini tentunya suatu pengalaman, dan kenangan bersejarah di dalam hidupku selepas dimaki, dicarut dengan ungkapan 'PONDAN' oleh Tan Sri A Samad Ismail. Fuh! Bangga betul aku kena carut dengan tokoh wartawan hebat!

Malam. Selepas menaip, aku keluar pekena nasi lemak Dang Wangi. Tok Saad yang sudah lama tidak hubungi aku, tiba-tiba sms, menyatakan dirinya kini menjadi bujang.

"Keluarga aku kat kampung seminggu," dia sms. "Aku tengok bola kat Restoren Ali di Wangsa Maju." Dia nak cari kawan untuk tonton bola sekali.

Dia minta aku cari restoren yang ada skrin besar untuk tonton perlawanan bola jam 10 esok kat Kg Baru. Aku sarankan sebuah restoren mamak di Jalan Yahya Syeikh Ahmad.

"Ok, esok kita jumpa di sana untuk perlawanan bola jam 10 malam!" kata Tok Saad lagi. Dia ni rakan lamaku sejak kami berkuliah di USM. Sekarang dia kapten tentera di area Wangsa Maju.

Daku kirim sms mengenai program wakaf kepada seorang rakan. Kini, hanya menunggu kiriman balasannya. Malam ini, bila aku buka blog, nampaknya blog Bagan Utama pun sudah tidak lagi di dalam senarai blog-blog yang aku bina sebelum ini.

Dahulu budak-budak ni ejaskan blog itu atas nama aku, sampai Alo pun syak aku dalangnya. Apa agaknya rancangan mereka sekarang? Ya, sesekali hatiku tertanya-tanya juga.

################################

2 Rejab | 14 Jun (Isnin)
Seharian ini, aku tumpu penulisan. Dapat tulis dua bab. Rupanya kalau kita betul-betul fokus tanpa gangguan blog dan facebook, maka boleh dapat dua cerpen, satu artikel.

Tetapi dakwah di FB janganlah ditinggalkan. Aku kena ikhtiar juga menulis kat FB setiap hari, satu pepatah hikmah yang berkualiti dan meninggalkan kesan mendalam terhadap audien khalayak mad'u aku.

Aku hairan kenapa FT tak hantar KC lagi dalam mel-e Alo. Jadi daku terus rembat artikel Puzi Hadi. Sejak pagi tadi, dia sudah sms kepadaku.

Hari ini aku dok rancang nak ambil tiket Karate Kid sebenarnya, tapi oleh sebab 'deadline', maka niat aku tu terpaksa kubatalkan. Esok hari terakhir caruman KWSP. Mesti pergi juga besok!

Aku nak pi ke Palestin!
Minggu ini juga aku ingat nak daftarkan namaku ke Palestin jika Tuhan idjinkan. Kita boleh pilih cara bagaimana kita mahu mati. Kalau mati atas katil, nampak lekeh sangat. Tak kita nak mati di atas katil. Aku nak juga mati, ruhku tercabut saat musuh datang kepung, mati dalam sujud ka?

Biar anak cucu cicit keturunanku akan berbangga bercerita mengenai ayah dan datuknya. Tetapi aku belum lagi menurunkan zuriat. Aduh! Macam mana ni?

Ya, menurut Don S di FB tadi, aku kena nikah dulu. SK sudah hantar alamat dekat Taman Tasek Perdana, tempat di mana aku mesti daftarkan nama itu.

Aku fikir, sebelum pi Palestin (kalau jadi), kena mengadap Paksu Mid dulu dan mengadap Pakcik Klang untuk minta pendapat juga. Oh, mak abah pun mesti aku berjumpa juga. Tapi, entahlah, aku rasa mak tak bagi aku pi. Ah! Daun serai daun gaharu, belum try, belum tahu!

Ahah! Kat mana Mohamed FB di Gaza, Rafah tu. Dah tak ada berita mengenainya sekarang ni!

Hidupkan KTMB Tg Pagar dengan wacana dan pesta buku Islam?
Yahudi oh Yahudi! Aku rasa, kalau nak lawan Yahudi dalam konteks M'sia ni, kita perlu perjuang supaya KTMB Tg Pagar tidak diubah kedudukannya. Aku percaya ada jarum Yahudi di belakang ekonomi Singapura ni. Aku fikir nak buat kuliah pengajian dan hidupkan KTMB Tg Pagar tu la...

Mungkin kengkawan di S'pore boleh diajak untuk hidupkan wacana di sekitar Tg Pagar tu dulu?

Ah! Relevenkah membuat pesta buku agama Islam di KTMB Tg Pagar ini? Please help me God!

Malam ini, aku pi pekena nasi lemak Dang Wangi. Hatiku kaciwa. Nasi lemak rupanya tak ada ini malam. Hatiku dirundung kaciwa! Hanya yang kupesan adalah koteaw goreng. Burrp!

Naurah dan Hasni berbalas 'pantun' di FB aku. Dan malam ni aku berkenalan dengan anak bekas editor lamaku di Bernama; Ali Mamat. Dia rupanya pernah membaca coretanku mengenai ayah dia yang kerap balik T'ganu setiap minggu untuk ziarah orang tuanya. Alahai, kecilnya dunia ini.

################################

1 Rejab | 13 Jun (Ahad)
Aku rasa, sejak aku tau LI sebagai 'junior' aku, semangat untuk tulis segala kenangan lama aku dekat Maktab Mahmud semakin membara.

Dia menyebutkan nama Hassan Zuhdi, mungkinkah dia juga pengikut silat Abjad yang heboh di sekolah dulu? Fuh! Kenangan betul...

Dia juga menyebut nama Izat Hambali. Adakah dia juga tahu sikap senior aku dengan Al-Arqam? Kalaulah daku ada masa nak tulis novel, kisah aku tengok Aurad Muhammadiyah antara yang aku nak tulis sangat-sangat ni.

Jadi, mungkin dengan catatan ini, boleh aku rumuskan beberapa pendirian aku tentang agama, sikap aku terhadap jemaah pelajar yang kerap disalahertikan kawan-kawan aku sendiri. Kali ini, biarlah mereka marah-marah pun tak apa.

"Pasai pa hang sorang saja yang pro Anwar?" L.I bertanya. "Yang lain semuanya kat Maktab Mahmud tu dah masuk Pas.."

Aku tak dapat jawab sebab isunya memerlukan penjelasan yang sangat panjang. Kenapa selepas kuliah, aku masuk Pas? Tak ada orang yang boleh jawab soalan ini, melainkan aku sorang saja.

Aku kena ceritakan juga sikap aku yang menyebal ke atas geng-geng ketayap yang berlagak dan mencemuh orang-orang semacam aku. Soalan LI terkadang ada unsur sinis. Jadi, sulit juga daku nak jawab, melainkan soalan itu diapungkan dengan nada serius.

Aku tak rasa depa kenai brader Zamri Zakaria yang masuk PKPIM dan Abim. Aku tak fikir juga depa kenai siapa brader Anas Mohsin; seorang pimpinan badan dakwah yang masuk Abim.

Aku jumpa abang Anas dalam Muktamar Abim ke-25, pada tahun 1996 masa aku di KMK. Aku terkejut dia ada di muktamar tu. Masa tu aku terserempak dengan ramai lagi geng Maahad yang Abim ni. Ya la, masa tu memang zaman tenat kerana Abim masih terpalit dengan imej Umno.

Abang Anas murid kesukaan Paksu Mid Bukit Tembaga. Dan, aku tak fikir mereka tahu siapa itu Paksu Mid. Faham kepartian dan gerakan siswa yang mereka faham ini baru selapis saja.

Bukannya aku tak boleh sebut nama-nama budak Maahad yang masuk PKPIM, Abim ni. Tetapi, pada saat itu, kalau dedahkan, mungkin kami dicemuh oleh rakan-rakan sekolah sendiri.

Aku tak fikir kawan-kawan daku ni tahu sejarah PPINK (Persatuan Pelajar Islam Negeri Kedah) dan betapa PPINK (cawangan PKPIM di Kedah) dah tubuhkan badan dakwah Maktab Mahmud.

Sikap dan pemikiran begini masih wujud. Orang masih tak faham kenapa Dr Burhanuddin boleh bergabung dengan Jepun termasuk Ahmad Boestamam dan Ibrahim Yaakob juga.

Orang yang tak faham sejarah penubuhan PKR akan terus saja cakap, "Dalam negara ni, antara Umno dan Pas sahaja. PKR tu tempat Umno yang pro Anwar."

Depa tak tahu apa peranan Abim masa tu. Depa tak tahu bagaimana ngo-ngo berebut-rebut nak masuk sehingga ada Abim yang tersingkir. Mana ada Umno yang tubuhkan PKR ni? Jangan silap cakap! Aku juga sedang meneliti strategi Anwar nak meletakkan Dr Muhammad Nur Manuty di dalam Biro Agama PKR. Aku agak ini adalah untuk memberikan 'mileage' Islam dalam PKR.

Daku tidak rasa anak-anak muda sebaya aku tahu bahawa strategi Anwar letakkan Muhammad Nur Manuty dalam jawatan Biro Agama PKR ini adalah sama seperti strategi SMN Al-Attas dan saudaranya Syed Hussein Alatas yang mahu meletakkan Harussani dalam Biro Agama Gerakan.

NY pernah tanya apabila ternampak catatan notaku dalam sepucuk surat dulu saat kami sedang berborak kat Kg Pantai Dalam. Nota itu menyentuh perihal adik-beradik Al-Attas sedang pujuk Harussani masuk Gerakan ketika dia masih Mufti Pulau Pinang.

Alo temubual Harussani dan daku mendengar rakaman itu. "Dua-dua beradik itu nak wujudkan Biro Agama dalam Gerakan dan mereka minta saya masuk parti itu," kata Harussani menolak.

Bila jatuh kerajaan PR di Perak kepada BN masa itulah aku dengar bualan Aziz Bari dengan TMJ bahawa Harussani ini lebih banyak memihak kepada Umno.

Masa inilah aku dapat tengok Dr Siddiq Fadhil pun takut-takut dan berhati nak bercakap. Daku tau la sebab aku sendiri yang call dia masa kerja sat dekat Kajang dulu.

Aduhai... banyaknya benda yang aku perlu tulis kerana kalau tak dedahkan, maka makin bengap politik orang-orang sekeliling daku ini. Senang-senang saja orang tanya soalan dengan nada sinis, "Pasai pa hang sorang saja yang pro Anwar? Yang lain semua masuk Pas?"

Maka NY pun mencelah. Sambil pegang bahuku dia berkata, "Sebabnya, ayah dia orang Abim." Persis jawapanku kepadanya dulu. Itu jawapan awal, ada jawapan banyak lapis lagi.

Bagaimanapun, hal yang mesti aku jelaskan juga dalam catatanku kelak. Daku tak tahu sama ada lapis bawah, 'junior' ni semua tahu perkara-perkara halus sampai dalam ke bawah-bawah lagi. Aku namakan fenomena buta arah ini sebagai 'faham selapis'.

Berdosa juga aku memendam banyak peristiwa dan falsafah, cara berfikir sesetengah orang yang akhirnya mengundang kekeliruan ramai pihak.

Tu...daku belum cerita lagi hal Alo yang kurang setuju dengan sikap sesetengah anggota BB yang menentang kemasukan Dinsman ke UUM, Sintok atas alasan beliau telah dibeli.

Alo setuju dengan peluang yang diberikan oleh Nordin Kardi kepadanya di UUM. BB tidak setuju sehingga sanggup jumpa Pak Samad agar Dinsman batalkan niatnya itu.

Aduh! Aku terpaksa cerita juga walaupun aku tak puas hati dengan sikap orang sekeliling sendiri yang suka MENDENGAR tapi depa tak suka MELUAHKAN.

Bagiku ini tidak adil. Asyik aku saja yang cakap. Hangpa tak cakap pun. Kalau nak diikutkan rasa hati, aku nak pendamkan saja cerita yang aku tahu. Ya la kan? Buat apa nak cerita kalau hangpa tak mahu 'share' cerita dengan aku. Asyik-asyik aku saja yang cerita, hangpa dok pendam sebab takut. Lepaih, sembang deraih pulak macam hangpa berani sangat.

Inilah perangai geng-geng berketayap yang aku anti gila-gila babi punya. Suruh berjihad pandai! Tapi, bila nak diterjemahkan dalam bentuk melawan HEP, menikus, diam! Jadi macam mana lah aku nak hormat kat hangpa wahai geng-geng berketayap?

Dan, itu antara salah satu sebab kenapa orang-orang pencinta kebenaran macam aku tidak suka badan dakwah sekolah dan akhirnya tubuhkan aliran mazhab aku sendiri, lalu keluar singkirkan diri, melemparkan jiwa ke sebuah daerah guna melabuhkan pelayaran jihad dengan cara sendiri.

Currently have 0 comments: