Urusan pengiklanan, sms 014-3233287 @ mel-e ibnuamir@yahoo.com, subjek: Iklan Karya Fansuri
Latest News

22 - 28 J. Akhir | 6 - 12 Jun (Ahad - Sabtu)

Sunday, June 06, 2010 , Posted by nota untuk Syiah at 2:52 AM

28 J. Akhir | 12 Jun (Sabtu)

Pagi ini dah berkemas. Hatiku rasa berat untuk pulang meninggalkan kolej ini. Tapi, aku terpaksa meninggalkan segala meja dan bangku di sini.

Selamat tinggal teman-teman, kerusi meja dan tilam dan bantal semuanya.

Pagi ini, sembang dengan Din PTS dan Tarmizi. Aku buat rumusan tentang soalan seorang siswa Fakulti Pengajian Islam ketika dia bertanya, apakah produk Islamisasi Ilmu.

"Produk Islam itu penyucian jiwa manusia. Dan juga mencetak kebenaran, menerangkan apa itu kepalsuan dan kejahilan, supaya dengan kebenaran itu, maka manusia akan terus dapat mencapai keadilan dalam hidup, keadilan ketika menjatuhkan hukuman."

Chat dengan Isa Kamari di FB. Memang dia sibuk hari ini. Mujurlah tak jadi pergi Singapura hari ini. Dia faham, aku baru tamat kursus latihan Permata Pintar. Aku harus keluar bilik la ni. Adios!

Petang. Selepas hantar kunci ke pejabat kolej, aku ke Atma, meletakkan 'batu asas' Sek Pem Kg Baru (cawangan Kolej Pendeta Zaaba). Aku letak surat wasiat kat bawah pokok tu dan di bawah 'batu asas'. Mungkin selepas 6 bulan, aku datang balik untuk lihat semula tempat itu, i'Allah...

Dalam perjalanan pulang, aku sempat tinjau harga hostel luar UKM yang kadar sewanya RM70 sehari semalam. "Tapi, kalau sebulan RM480," kata orang yang jaga hostel di situ.

Tiba di SPKB dah 4:30 petang. Syura Dialog Orang Muda (Dom) bersama NY, LI di Amcorp Mall bermula 3:30 petang. Rasa berat nak pi, apatah lagi tubuh dah letih! Lepas solat aku nak tido!

Malam. Akhirnya, aku terpaksa pi juga ke Amcorp Mall walaupun hati rasa berat sangat nak pi. Terjahan pertanyaan sebagai yang dijangka.

"Sejak bila kau dah jadi orang Rosmah ni?" ### "Bila pulak kau boleh join Permata?"

Kami bincang tajuk-tajuk Dialog Orang Muda (DOM) termasuk nama-nama ahli panel yang akan datang untuk menyampaikan pandangan ke atas tajuk-tajuk yang kami rancangkan itu.

Malam ini kami labur waktu di Book Excess. Zarif beritahu aku nama sebuah buku Masterpice of Literature World. Tapi, bila aku cari, 'cahshier' tu cakap, "Maaf, dah tiada stok.."

Sedang makan-makan, selepas mengunjungi Book Excess, Saifullah sms meminta aku hantar CV untuk kerja baru di Pulau Pinang. Hidup mesti diteruskan beb! Urgh!

Inilah kali pertama aku naik Amcorp Mall. Selama ini pernah lalu saja, tak pernah naik. Aku baru tahu Lutfi Ishak budak Maktab Mahmud. Tapi, apasal aku tak pernah nampak dia?

#############################

27 J. Akhir | 11 Jun (Jumaat)
Selesai solat Jumaat, aku guna ruang kesempatan yang ada untuk bertemu Dr Khalif, Atma. Terkini, Islam dan Secularism Al-Attas dah diterjemah ke dalam bahasa Indonesia.

"Bahasa Indonesia sudah bercampur dengan bahasa Inggeris, jadi saya guna bahasa Indonesia era Hamka," kata sarjana asli Bandung yang telah berada di Malaysia sejak 26 tahun lalu ini.

Aku dengar juga, bahawa selepas USM akan buat kejutan ke atas Al-Attas.

"USM memang sedang menunggu buku terbaru Al-Attas itu," kata beliau lagi yang kulihat banyak diam, tak banyak cakap dan bijak simpan rahsia.

Dia tanya, apakah daku berminat dengan kajian kitab-kitab lama. Aku jawab, memang berminat, tapi persoalan yang lebih penting - apakah aku mampu atau tidak?

Puisi Balada, hal Anwar dan FB aku
Di dewan Kolej Pendeta Zaaba tadi, Adi dan Hasni dah mula tengok FB aku. Depa mula tanya hal puisi Balada Burhan aku dulu. Aku suruh depa 'search' dalam internet.

Tapi, Adi ghairah bertanya gambar aku interview Anwar Ibrahim. Aku jawab ala kadar saja. Tak sentuh bab-bab lain. Antara soalan yang aku tanya Anwar ialah cara dia nak mansuhkan Auku.

Mutakhir ini, aku dapati blog aku mula dibaca rerakan kumpulan. Jangan-jangan daku tulis pasai depa pun depa baca jugak ni. Huh, jangan sampai Benjamin Netanyahu tau rencanaku nak bunuh dia, sudahlah. Hani, Mizi dan Faizal sudah sebut-sebutkan juga hal tulisanku di dalam blog ini.

Petang ini, ada dua projek - The Mines, Hani ajak untuk beli buku murah anjuran ReadMalaysia. Atau, aku perlu bersama Mizi dan Ikhwan ke UIAM kerana ada program Hakim malam ini.

Akhirnya daku ditakdirkan ke The Mines juga. Ikhwan di Istac, terus ke UIA dan Mizi pun tidak dapat ke sana juga. Mungkin rezeki kami lain kali agaknya!

Masa berakhirnya, mesyuarat petang tadi, masing-masing dapat duit upah - RM16 tiap seorang.

The Secret Man dan The Book of Mormon
"Saya perasan The Mines dibeli orang Singapore ni, sebab tanda lampu merah dan hijau yang mereka gunakan di parkir tu lebih kurang sama dengan cara parkir di sana," kata Hani.

Aku pasang telinga dan sesekali mencelah bualan itu. Kami telah tiba di The Mines. Kali terakhir aku dengar The Mines dah jadi milik orang Singapura adalah daripada adikku. Aduhai Malaysia!

Di sini aku membeli The Secret Man, The Story of Watergate's Deep Throat oleh Bob Woodward. Harganya, RM5 sahaja! Selepas diskaun, dapat RM4. Aku hairan, kenapa murah sangat?

"Dah tak laku..." kata penjual itu. Aku capai buku kontroversi The Book of Mormon, harga buku itu RM10. Tolak diskaun jadi RM8. Jadi, semuanya RM12. Daku bayar guna kad debit Maybank. Huh! Daku berasa sangat 'cool', hadhari, glokal dan kapitalis sekali saat menggunakan kad nih!

Huh! Dapat duit RM16, hasil upah dalam program Permata Pintar tadi. Beli buku RM12. Tinggal lagi RM4. Betul kata orang. Akhirnya, yang kita tulis itu akan habis juga dengan membeli buku!

The Book of Mormon ini, 'Bible' baru kepada puak yang dianggap sesat oleh Katolik di Amerika. Joseph Smith yang menulis semula buku ini dianggap sebagai 'prophet', nabi baru di Amerika.

Idea baru mula berselirat di fikiranku. Kalau yoga sudah dilihat sebagai latihan rohani, jasmani di Amerika, apakah kita boleh kembangkan solat sebagai amalan rohani di negara Uncle Sam itu?

Daku mesti cari ikhtiar dan buat satu modul baru untuk kembangkan solat sebagai ajaran rohani di sana dan kalau ada pihak ulamak bantah, aku mesti berani bertahan!

Nak tulis hal ni secara bebas kat mana ya? Aku nak tulis hal mazhab Mormon juga! Ya! Apa kata kalau aku tulis isu ni di Jalan Telawi! Tapi, kena tanya juga, mana tau kot-kot depa tolak juga?

DJ radio SPKB
Dalam bualan kami di sepanjang pergi dan balik, daku tertarik dengan cerita si Hani yang pernah jadi DJ. Beribu-ribu juga kalau nak tubuhkan stesen radio baru.

Aku rasa kerugian yang sangat besar apabila bualan kami yang berlangsung sepanjang minggu ni hilang tenggelam begitu sahaja. Kalau ada radio yang merakamkan bualan itu, mungkin bolehlah juga dimasukkan dan diputarkan selalu ke dalam radio SPKB itu.

Malam ini contohnya, selepas makan malam di cafe Kolej Pendeta Zaaba, daku berbual bersama Zaman dan Huzmin, antara isu yang aku bangkitkan ialah bagaimana nak ukur, sukat sikap baik.

"Dalam PMR, sijil-sijil, hanya kecerdasan intelektual disukat, sedangkan yang terangkum dalam Falsafah Pendidikan Negara adalah JERI - Jasmani, Emosi, Rohani, Intelektual.

"Tetapi.. angka 8A, 9A, 7A dan sebagainya hanya menyukat intelektual dan pemikiran," begitu aku berkhutbah lagi malam ini kepada mereka.

"Jadi, nak buat macam mana lagi untuk mengukur emosi, rohani tu?"

"Saya fikir, di setiap sekolah, kena ada khemah ibadat," tambahku, "Untuk permulaan, sesiapa yang hadir khemah ibadat boleh dicatat kehadiran. Yang hadir itu, boleh diukur sukat jiwanya sebagai jiwa terbaik."

Sudah tentu... hakikatnya bukannya orang yang hadir khemah ibadat itu adalah orang yang baik. Dan, tidak semestinya pelajar yang tidak hadir khemah ibadat itu adalah orang yang tidak baik.

Tetapi, setidak-tidaknya, itulah kayu ukur atau bahan bukti sebagai menandakan bahawa murid itu baik, kerana dia telah menghadiri khemah ibadat setiap minggu pada malam Jumaat.

Ya, kalau SPKB dah ada tv dan radio, maka kerja-kerja perubahan, pembaharuan masyarakat ni akan berjalan dengan lebih tersusun dan rapi sekali.

Kisah Dom, PA TKM Penang dan lain-lain cerita!
Lutfi Ishak sms, "Esok jam 3:30 petang mesyuarat Biro Penulis Muda DOM akan dibuat dekat Amcorp Mall." Aku pun tak tahu apakah aku boleh hadir esok. Tengoklah macam mana?

Selepas mengirim sms Alo kelmarin, beliau kembali membalas, "Dendam apa? Ada masa minta mai sat kat Ampang." Ya, daku cerita yang UKM berdendam dengan Hilman. Maklumat ringkas dalam sms ini, sudah tentulah sukar mengukuhkan kefahaman. Sebab tu aku malas jawab sms.

Zanazanzaly berbual tentang antologi cerpennya yang terbaru, terbitan DBP. Setelah mendapat nombor kontek editor, maka aku rasa nak cuba nasib pula. Kena kumpulkan cerpen-cerpen yang ada. Hidup ini mesti mencuba. Kalau ada rezeki bolehlah selamatkan Palestin dan bebaskan Jala!

Saifullah call sejak tengah hari tadi. Oleh kerana hp aku rosak, maka tak dapatlah aku nak jawab. Baru malam inilah aku mendapat kiriman smsnya...

"Ana nak bincang sebab ada tawaran untuk jadi pegawai khas TKM Penang, Dr Mansor..."

Ish! Aku dah berkawan dengan Kak Rose dan Syeikhul Najib la ni. Hmm.. mungkin aku kena jadi 'double agent' macam dalam filem-filem Hollywood tu.

Kata orang, buaya yang paling ganas adalah buaya di muara sungai - campuran air tawar dan air masin. Dalam babak pertarungan antara serigala jadian dan vampire, ada suatu makhluk paling kuat sebab dalam dirinya terhimpun darah serigala dan vampire sekali gus.

Dan...akulah watak, sosok 'dua alam' itu, (Huh, pengaruh filem Barat amat kuat dalam diri ini.)

#############################

26 J. Akhir | 10 Jun (Khamis)
Selepas berbincang silibus pengajaran jam 11 pagi kumpulan kami meeting semula jam 3 petang ini. Aku gembira kerana dapat mencuri masa!

Di Atma daku pergi pameran Wajah Cam. Tapi, hanya sekadar gambar dan ia tidak menarik perhatian orang ramai. Mungkin kerana ia tersorok?

Beberapa penemuan di pameran Wajah Cham
Di Canselori aku mencatat beberapa nama kampung dan hal-hal yang daku rasakan penting. Antaranya ialah sebagai yang tercatat di bawah ini:-

Norea Loeu, Battambang / Khum Chrang Chamres, Phnom Penh / Svay Khleang, Kompong Cham / Masjid Cam di Hainan, China / Masjid Bani Bukit Oudong / Dang Kambit, Kompong Cham / kitab rujukan masyarakat Cam, Pursat / Sg Mekong Kg Svay Khleang / Kg Kral Krabei, Pursat / Phum Prek Bak, Kompong Cham / Kg Psar, Pursat / Trapeang Chouk Kompong Thom / Kompong Chhnang.

Bertemu Dr Wan Mohd Noor Wan Daud
Syukurlah! Bila aku naik aras 4 di Atma, pintu bilik Dr Wan terbuka luas dan dia kelihatan sibuk membuat catatan sesuatu. Rasa segan aku tepis, dan aku terus masuk memberi salam.

Dia menyambutku dengan baik betul. Ditutupnya pintu bilik yang tadinya dibuka luas dan pcnya juga. Kemudian, dia memberikan perhatian kepada beberapa pertanyaanku.

Dengan masa yang masih berbaki, secara asasnya, ada dua pertanyaan yang ingin daku majukan kepadanya.

1. Penterjemahan The Degrees of Existence dan;

2. Buku mengenai sejarah awal kedatangan Islam yang Al-Attas nak terbitkan sejak 1961.

Dia mengambil prolegomena. Ada tiga bab terakhir dalam buku Al-Attas itu yang dianggap tinggi iaitu The Degrees of Existence,
On Quiddity and Essence dan The Intuition of Existence.

"Dr Syed Naquib hanya ajar hal-hal ini kepada murid-murid tertentu saja, student Phd kerana ini semua sudah masuk bidang kesufian," katanya lagi sambil jarinya menunjuk ke arah tiga bab terakhir di dalam buku prolegomena tersebut.

Aku tercengang. Yang aku fikir molek diterjemahkan cuma satu, rupa-rupanya ada dua lagi bab!

"Kalau saudara nak join penterjemahan ni boleh juga..." katanya lagi. Daripada percakapannya, maka dapatlah aku merumuskan bahawa, penterjemahan ini memerlukan masa kerana Al-Attas perlu menyemak semula penterjemahan itu.

Bualan kami berpindah seputar permasalahan pluralisme.
Dia berbicara hal surah Al-Kaafiruun.

"Allah arahkan nabi untuk beritahu bahawa yang disembah oleh nabi tu tak sama dengan apa yang mereka sembahkan. Surah ini sudah diturunkan sejak di Mekah lagi," katanya.

Bertanya tentang perkembangan bukunya, Dr Wan beritahu bahawa dia sedang mengusahakan sebuah buku yang mungkin mencetuskan kemarahan ramai orang.

Daku sempat menjeling manuskrip itu. Aliran sya... apa entah?? Ish, rugi tak tengok betul-betul tajuk buku tu tadi. Di atas mejanya juga tersusun buku-bukunya dan karya Al-Attas yang sudah diterjemah ke bahasa Russia, Bosnia dan lain-lain.

Aku lupa nak tanya, adakah buku-buku itu diterjemahkan ke dalam bahasa Mongolia? Kah! Kah! Kah! Daku ingat buku Najib Razak; Menakhoda Zaman itu patut diterjemahkan ke dalam bahasa Mongolia juga. Tengoklah, mana nak pi tau, kot-kot la Akak Rose berkenan dengan idea daku ni!

Miaww....!!! Nyawwonggg...!!!

Nanti dah habis Permata Pintar, boleh aku 'propose' idea ni depan Akak Rose masa dia rasmikan program ni nanti. Hai 'tension'nya aku. Hanya dengan buat lawak begini, hatiku jadi terhibur!

Aliran Nafi ilmu = Anti Intellectual
Ahah! Tak silap, buku yang Dr Wan cakap, akan buat orang marah itu mungkin menyentuh Nafi Ilmu iaitu terjemahan kepada anti-intellectual. Tapi, nafi ilmu masih Islamic Arabic. Jika Melayu Islam, maka SPKB mencadangkan terjemahannya sebagai 'Sanggah Seni' atau 'Canggah Seni'.

Ilmu adalah seni, suatu pengetahuan yang halus. Fuh! Kalau aku nak lanjutkan debatan, bahasan ini, mau makan masa yang panjang jugak ni.

Aku rasa, yang popularkan anti intellectual ini adalah Allan Bloom, pengarang The Closing of the American Mind. Teringat zaman aku dok godam HEP dulu-aku guna istilah yang sama; HEP anti intelektual. Hangpa akan dapat lihat 'term' anti intelektual yang aku gunakan.

Mungkin kefahamanku pun cetek masa tu. Tapi, apa salahnya mencetak kefahaman cetak dalam keadaan kita masih bergelar mahasiswa kan? Bukankah kita masih belajar? Ya oleh kerana daku guna istilah tu, maka aku dimarahi HEP, persis ramalan Dr Wan jika bukunya itu terbit nanti.

Kita jangan anti Barat, bunuh Barat, tapi kita nafikan Barat. Kalau Barat kata dia berhak dapat A, kita kata dia berhak dapat A-. Kita jangan tolak dia habis-habisan. Tapi, letakkan Barat dalam kedudukannya yang sebenar. Sekarang Barat dijunjung. Kata-kata itu buatkan aku terpegun.

"Singa itu bukanlah musuh kita untuk diperangi, tetapi jangan pula kita berkawan dengan dia. Kena buat benteng, pagar agar dia tak ganggu kita. Ayam kita pula jangan dibebaskan keluar pagar sehingga mendekati singa itu," kata Dr Wan lagi.

Terjemahan Indonesia tak tepat
Dr Wan turut membangkitkan terjemahan yang tidak tepat. Dia cuba berkreatif membuat istilah baharu; raguism menggantikan 'skepticism'. 'Worldview', Indonesia terjemah sebagai Pandangan Dunia, sedangkan, menurut beliau Pandangan Alam yang lebih tepat.

"Dunia ni adalah apa yang kita nampak sekarang, dan bukan akhirat. Walhal alam lebih luas," katanya memberikan penjelasan kepadaku.

Sebab itu, katanya, terjemahan Indonesia tak boleh dipakai sangat sebab sudah berbau Inggeris
. Dan oleh kerana telah bercampur aduk Indonesia dengan Inggeris ini, menyebabkan terjemahan dari Indonesia itu memanglah berlaku dengan begitu pantas sekali.

Sebelum balik ke bengkel perbincangan silibus Permata Pintar, daku sempat tanya di mana Prof Al-Attas tinggal sekarang ni? Di manakah rumahnya?

"Di Damansara, mereka tinggal berdua saja suami isteri, di apartment, dekat T
ropicana Golf and Country Club," katanya. Daku melangkah keluar. Menantikan rezekiku tiba untuk berdepan dengan sosok yang sudah lama aku ingin bertemunya selama ini.

Pertemuan di Galeri Canselori
Namanya Ros. Dia keturunan raja juga, katanya. Tinggal menyewa kat Hentian Kajang. Dia jaga galeri sahaja kini. Atuknya orang kenamaan di Kg Baru. Aku jadi terkejut.

"Rumah atuk awak di Kg Baru itu, dekat mana ya?" aku bertanya. Selesai bertemu Dr Wan, di sini aku terlekat dan tersangkut lagi. Kerap sangat kakiku menapak di tempat yang tak perlu.

"Rumahnya dekat dengan Jalan Raja Alang..."

"Eh, saya pun tinggal menyewa di Jalan Raja Alang juga..."

"Yer ker? Rumah arwah atuk saya tu lama sikit, ada kawasan permainan badminton..."

Hanya itu 'clue' yang aku dapat. Perlu cari lebih ramai lagi orang-orang yang bantah kemajuan di Kg Baru. Kita mesti terus menyelamatkan keadaan!

Pecah cerita dia keturunan raja itu sebab aku bercerita hasil lawatanku di sini yang mahu tonton pameran Wajah Cham. Jadi, dia tanya - aku ni ada keturunan Cham ker? Aku jawab ada la sikit.

Jadi, terus dia bukak cerita-cerita lama dia, mengenai asal-usul keturunannya itu. Tapi akhirnya dia minta juga aku tidak keluarkan cerita-cerita ilmiah ini kat mana-mana jurnal. Alahai saja aku nak ambik tau saja la. Janganlah takut sangat. Kalau takut maklumat tu tak tepat tak pa juga.

Buntu mencari silibus!
Kami buntu seketika mencari silibus apa yang sesuai. Diary Atikah tiada!? Laskar Pelangi dicatat sebagai alternatif, termasuk juga Manikam Kalbu.

Faizal cadangkan aku menelefon Saif of DBP. Dia akhirnya memberitahu bahawa dia cuti. Namun dia akhirnya memberi nombor operator DBP.

"Mungkin kau boleh minta sambungkan kepada kedai koperasi DBP," katanya. Hani call dekat Dawama. Orang yang menyambut panggilan itu juga seolah-olah tak tahu apa-apa tentang novel yang sedang kami cari itu. Urgh! Apakah masalah yang sedang berlaku dalam industri buku ini?

Debat petang Kolej Pendeta Zaaba
Din memperkatakan isu tujuh likur. Ibnu 'Arabi cakap di dalam Futuhat Makkiyyah, bahawa dia melihat malam lailatul qadar juga wujud pada malam-malam lain.

Demikian kata Paksu Mid Bukit Tembaga. Aku masih tawaquf dalam hal ini. Since aku ada Sri yang boleh bercakap dengan pokok, maka maklumat tentang lailatul qadar boleh aku capai lagi.

Din berkata, menurut Pn Ainon PTS, ada dua mazhab terjemahan. Pertama yang menggunakan terjemahan harfiyyah. Kedua, yang mementingkan isi. Jadi, Indonesia ini pentingkan isi...

Kami buat kesimpulan - jalan selamat ialah cuba menjaga ketepatan terjemahan. Itu selamatkan golongan pembaca agar mereka tidak keliru dengan maklumat dalam buku itu.

Aku tasykil dan bayan hadis akhir zaman tentang matahari timbul di Barat. Kemajuan di Timur pada zaman dahulu berkembang pesat berbanding di Barat. Matahari yang nabi nampak dulu sebenarnya lambang kemajuan ilmu. Isu ini timbul apabila Sanskrit lebih awal dari Latin dan isu angka-angka yang kita gunakan sekarang ini datang dari zaman Hindu (Timur)

"Jadi dalam konsep tujuh likur. Pengertian likur itu bermaksud 20. Maka hal 7 likur adalah 27, iaitu pada 27 Ramadhan yang dikatakan lailatul qadar itu," kata Din lagi.

Daku tasykilkan hal nabi nampak matahari (lambang kemajuan) adalah sama seperti Nabi Yusuf melihat lembu kurus (terjemahannya kemarau) dan lembu gemuk (zaman subur).

Objek dan subjek. Alam ini tersusun dan terbina lewat kata-kata, bicara dan arahan Tuhan yang berbunyi KUN! FAYAKUN. Jadi, alam, objek itu boleh diterjemahkan lewat kata-kata!

Kita adalah manusia, iaitu khalifah Tuhan di atas muka bumi ini, kitalah penyair yang menyusun segala keindahan metafora - matahari dengan kemajuan, lembu kurus dengan kemarau!

Oh Tuhan! Kami banjir pengetahuan di sini. Sudah bah resah dan telah kami lambakkan tsunami hikmah di mana-mana, sedang insan di luar sana masih kering dan dahagakan pengetahuan oleh kemarau kata-kata hukama' yang membisu dan diam ke atas kejahatan moral perilaku politikus. Umat merindukan tafsiran ke atas wahyu-Mu yang belum di'un-code' oleh ulil albab penakut!

Jadi, lantiklah kami sebagai pengganti orang yang tak bertanggungjawab membetulkan keadaan!

Nota kuliah: Sekolah Pemikiran Kg Baru (cawangan Kolej Pendeta Zaaba)

#############################

25 J. Akhir | 9 Jun (Rabu)
Aku terima jemputan ke Forum Intelektual DBP pada 28 Jun ketika mahu keluar bertolak ke UKM. Naim yang hantar kad jemputan itu.

Bila nak keluar, aku cuak kerana kunci bilik di Kolej Pendeta Zaaba tiada di dalam tempat yang biasa kusimpan. Puas cari rata dalam bilik. Takkan jin curi kot? Rajin sungguh jin melawak denganku tentang kehilangan kunci ni.

Azan Zuhur berkumandang. Aku solat minta pertolongan. Aku keluar serta bertawakal. Tiba di motor, kulihat ia tersangkut dalam raga motor!

Ish! Masa bila pulak daku letak kunci dalam raga motor ni? Bagaimanapun, aku mengucapkan syukur kepada Tuhan yang telah memulangkan semula kunci bilik itu.

Hujan di tengah perjalanan di tol Serdang membosankan. Aku jadi tunggul di situ dalam 30 minit ada kot? Tiba di UKM, terus aku masuk asrama dan menapak ke bengkel perbincangan silibus.

Laskar Pelangi ditolak?
"Laskar Pelangi ditolak, diganti dengan Tentang Bulan," kata Mizi kepadaku setelah bincangan modul itu tamat. Rasa kaciwa jua kerana LP tu lebih banyak memuatkan kisah hidup anak-anak miskin yang berjaya akhirnya. Tapi, aku diamkan saja kerana aku tak hadir awal membahaskan hal tersebut. Padan muka aku. Sapa suruh aku tak mai, duduk sekali membincangkannya?

Ketika minum petang di kolej itu, Mizi sebut tentang kes Hilman dan rakan-rakan. Dia bertanya apakah aku menulis mengenai hal itu atau tidak.

"Ada tulis juga, tapi mereka siar atau tidak, itu saya tak pasti lagi," jelasku ringkas. Kemudian, dia terus bercerita tentang banyak hal; kes Dr A, Prof Shaharir ditolak dari UKM kerana kritikal.

Bualan kami berhijrah arah seputar permasalahan Hilman dan rakan-rakan. Kata Mizi, persislah kata Ridhuan SMM; keputusan untuk menghukum dan buang universiti ke atas Presiden KAMI itu telah pun dibuat sebelum perbicaraan dilaksanakan.

"Sebab tu, perbicaraan Hilman diasingkan dan ia tidak dijalankan serentak dengan yang lain," kata Mizi lagi. "Ia diputuskan begitu kerana tindakannya sebelum ini yang dilihat menjatuhkan imej UKM dengan beberapa kenyataan media. Jadi, mereka rancang nak buang dia terus."

Kejam! Sungguh kejam. Tidak adil. Kelmarin, Dr A hantar sms mengenai hal menulis surat THES London yang membuat penarafan antara universiti. Aku tak sempat balas sms itu lagi.

Sibuk benar! Nak 'tackle' isu Israel, Gaza, Flotilla, Najib Razak dan segalanya membuatkan orang kita (termasuk aku) sudah hilang fokus! Kita mungkin perlu penswastaan isu-isu dalam jemaah!

Ya, Mizi juga beritahu daku hal kedudukan Sudut Pidato yang menurutnya tidak begitu sesuai.

"Sepatutnya ia diletak di mana-mana tempat lalu lalang," katanya. Telah pun ada Sudut Pidato pada zaman ini. Kalaulah zaman daku kena serang HEP dulu dah ada Sudut Pidato dan Parlimen Mahasiswa ini, tahulah aku mengajar puak-puak yang berlagak ni.

Aku melawan masa zaman tiada blog, wordpress dan YouTube. Yang terkenal ialah multiply dan fotopages. Di USM, budak-budak Melayu takut atau tak terfikir macam aku fikir, jadi daku tiada sokongan sangat berbanding Soh Sook Hwa yang ramai pengaruhnya dalam Student Progressive Front (SPF) dan Dema.

Takrif 'Halaju', kiblat solat
Din bertanya kepadaku mengenai arah kiblat solat; suatu pertanyaan yang masih belum ada lagi jawapan tuntas. Belum sempat kujawab, bertindan-tindan pula soalan yang terbit dari lidahnya.

"Adakah kita perlu qadha solat kita nanti bila dah habis program PP ni?" tanya dia lagi.

Aku guna lagi pandangan Ibnu 'Arabi---tidak perlu qadha solat. Tapi, aku tak juga beritahu yang Ibnu 'Arabi beranggapan bahawa kiblat itu bukanlah keperluan untuk menyempurnakan solat.

Aku kena berhati juga menyebutkan nama Ibnu 'Arabi. Tokoh yang kontroversi dengan Futuhat Makkiyyah dan Fusus Al-Hikam ini turut terpalit dengan faham Wahdatul Wujud.

Silap-silap haribulan, kalau nasib aku tak baik, orang boleh tuduh aku sesat! Bagaimanapun, aku sempat tasykil dan bayan pandanganku mengenai kiblat dan hubungannya dengan ilmu fizik.

"Dalam ilmu fizik ada istilah HALAJU," kataku ketika memandang ke arah seorang cikgu fizik di meja kami. "Ia sebenarnya terbit daripada kalimat HALA dan LAJU."

Kelajuan itu pun ada hala dan arahnya. Kelajuan bermaksud ada pergerakan, dinamik bukannya statik. Orang Islam juga selalu bergerak (beribadat). Tapi, pergerakan mereka selalu
dinamik.

Demikian juga solat (sejenis kemajuan, kelajuan atau pergerakan roh, gerakan jiwa rohani dalam tubuh, raga dan badan) yang perlukan arah kiblatnya; Kaabah.

Tapi, oleh kerana yang sebenarnya Allah suatu Zat...Zat hebat yang boleh berada di mana-mana, maka bolehlah kita hadapkan wajah rohani kita di mana-mana sahaja ketika bersolat.

Cikgu Fizik itu mengangguk-angguk, tanda bersetuju dengan pendapatku mengenai HALAJU. Ia adalah satu masa yang panjang untuk memahamkan umat bahawa setiap ilmu yang ditimba dari langit itu akan sentiasa ada pertaliannya dengan Tuhan, pencipta alam ini.

Berbual dengan Dr N
Tiba-tiba Dr N, orang kuat PP datang beramah-mesra dengan kami. Din pandai ambil ruang dan kesempatan itu. Dia bangun lalu mempersilakan Dr N duduk menyertai bualan kami.

"Sekitar RM400,000 wang dibelanjakan untuk membayar CTY John Hopkins University yang ada program latihan anak-anak pintar ini," katanya. "Saya yang deraf isi kontrak tu, sebab tu saya ingat isi butirannya."

Ada banyak betul pertanyaan antara aku dengan cikgu Ali. Dia pun kebetulan namanya samalah dengan aku. Tapi, dia lebih banyak mengapungkan pertanyaan
di udara hikmah dan mengepung perbincangan intelektual di daerah intelektual antara kami.

Aku melihat Dr N pun bukan calang-calang. Dia menyesali jua keadaan orang sekeliling yang dah mencemuhnya sebagai pengikut Bik Mama. Syukurlah dia ada fikrah juga.

Dia benar-benar nak manfaatkan duit Bik Mama tu ke arah yang lebih berfaedah. Kita mesti curi duit orang jahat secara terhormat supaya duit itu tidak habis ke Dubai, Abu Dhabi dan untuk joli, atau membeli YB-YB agar mereka melompat parti hingga tergolek kerajaan di sesebuah negeri!

"Bagaimana semua ini bermula? Kenapa boleh ada hubungan dengan John Hopkins University?" aku bertanya. Inilah pertanyaan yang sudah lama meranum dalam kepala!

Dia ada menyebutkan usaha-usahanya di Mahidol, NUS Singapore, Harvard, Yale, John Hopkins dan beberapa buah universiti ternama yang menyediakan prasarana pendidikan pelajar pintar.

Dan akhirnya universiti itulah yang dikira sebagai terbaik kerana CTY seolah-olah menjadi pusat pusat kepada pendidikan anak-anak pintar.

Kami berbual hingga masuk maghrib. Petang itu mencampakkan ketenangan dalam diri. Kicauan burung kedengaran sayup dari Hutan Simpan Kekal UKM. Kami beredar untuk siapkan tugasan lainnya. Dan, malam ini aku harus sediakan bahan sastera lagi untuk esok hari! Argh! Urgh!

#############################

24 J. Akhir | 8 Jun (Selasa)
Pagi ini ada kumpulan lain membuat pembentangan. Hatiku dijerut khuatir yang tidak kuketahui dari mana asal-usulnya.

Giliran kumpulan kami membuat pembentangan akan muncul petang ini. Hajatku ke Atma untuk menonton program Wajah Campa dan bertemu Dr Wan Daud tidak kesampaian nampaknya.

Petang. Sajak T Alias Taib dalam antologi puisi Opera yang aku bawa dari SPKB dipilih untuk diangkat sebagai bahan kupasan dalam Permata Pintar.

Berkenalan dengan Mizi yang sedang buat master di UKM. Aku jadi segan bila dia sebut cerpen aku di Jalan Telawi. Aku syak, dia mungkin pernah terbaca bahan-bahanku sebelum ini. Akhirnya, Mizi tampil ke depan membuat pembentangan dari kumpulan kami.

Tapi, akhirnya ada sikit teguran halus dari Dr Halimah, "Saya anak yatim, jadi tengok keranda tu rasa sedih sikit. Tapi, bagaimana pun, ingat mati harus diingatkan kepada generasi muda."

Selesai pembentangan, aku berbual dengan Zul dari Pontian sambil minum-minum. Melihat riak wajahnya, aku terlihat jiwaku bersemadi di sebalik raganya.

Kami bercerita hal KTMB Tg Pagar. Dan... perbincangan petang itu kemudiannya terus merebak kepada hal-hal politik, berjangkit dan menular kepada isu-isu reformasi tanah.

"Saya tengah mengkaji mengkaji padi huma," kataku setelah menyedari keluarganya ada tanah pusaka nenek moyang turun-menurun. "Saya ingat nak kembali ke zaman nenek moyang."

"Abang kena pegi Sabah dan Sarawak," katanya. "Mungkin di sana masih ada lagi padi bukit."

Selepas makan petang, aku bungkus nasi lagi untuk dibawa pulang ke KL. Daku pulang ke SPKB petang ini untuk mengambil baju-baju dan puisi Zahari Hasib di Harakah.

Malam. Dalam perjalanan ke Jln Pahang Barat, aku menerima sms Dr A, "Apa kata kes Hilman dan lain-lain itu dilaporkan kepada Thes, London, yang buat ranking itu?"

Seperti biasa, sms yang 'berat' sebegini, belum dapat aku menjawabnya. Kutunda menjawabnya lain kali. Tubuh badan agak penat. Esok perlu bersegera ke UKM! Daku terlelap... zzzz....

#############################

23 J. Akhir | 7 Jun (Isnin)
Pagi. Bangun awal. Semalam tidur awal, entah kenapa mengantuk awal. 4 pagi aku terjaga, menyiapkan bahan segala. Tapi, sempat juga menonton filem seram klasik di YouTube. Huh! Lagho, lagho.

Kini, selesai minum pagi, perjuangan akan terus bermula. Hasni tertarik dengan pantun aku semalam. Dia minta untuk catatkan dalam bukunya. Dia anak murid Dr Mawar Shafie. Oke, daku masuk dewan seminar dulu...

Beberapa kisah anak asuhan Permata Pintar
Berikut adalah hasil pembentangan kes pagi tadi, berdasarkan pengalaman mereka yang lalu. Ada yang lucu dan ada yang mendebarkan!

Kes pertama, seorang pengajar ditanya murid, "Are you qualified to teach me?" Dia terus gugup ketika berdepan dengan pertanyaan itu.

Kemudian pengajar PP itu juga diasak dengan suatu teka-teki oleh pelajar itu. Ternyata dia tidak dapat menjawabnya. Apakah yang diperkatakan oleh budak-budak itu kepadanya?

"Oh you don't have I.Q to teach me!"

"Saya terus menangis bila dia kata macam tu," kata pengajar tersebut.

Saya bisikkan kepada teman-teman, "Ertinya, budak itu tak ada E.Q!" Jangan sombong dengan segala kepandaian dan kurniaan Tuhan! Apalah nasib anak bangsaku pada masa depan...

Kes kedua agak lucu. Seorang pengajar PP, 'ustaz muda' bercerita di dewan serba guna mengenai anak-anak pintar PP di bawah jagaan dan seliaannya yang mahu bersolat Maghrib berjemaah.

"Ada seorang budak ni dia azan dulu, lepas tu dia keluar kejap untuk ambil wuduk," katanya.

Ketika dia mengambil wuduk, dah ramai kawan-kawannya tiba di surau, lalu mereka terus solat berjemaah. Bila bilal tadi dah selesai ambil wuduk, dia tengok rakan-rakannya telah berjemaah.

Lalu, sedang mereka bersolat itu, bilal itu pun menegur, "Eh! Aku baru azan, tak qamat lagi la! Macam mana kau orang boleh sembahyang?"

"Lalu, semua ahli jemaah batalkan solatnya," kata ustaz muda berasal dari Batu Pahat itu.

Lalu, kami pun ketawa berdekah-dekah! Tetapi kes tidak belajar hukum-hakam agama ini insya Allah boleh dirawat dan ia bukanlah suatu masalah besar sangat berbanding kes pertama tadi.

Wajah Champa di Atma, UKM!
Bidah menegurku lewat YM tadi, "Ada acara Wajah Cham di Atma sampai 12 Jun ni."

Wah! Cantik dan menarik! Boleh la aku curi-curi masa sikit untuk pergi jumpa Dr Wan Daud dan mengkaji bahan-bahan yang terkait dengan Champa.

Jikalau Dr Wan Daud ada, aku cuba tasykil dan bayan dia mengenai hajatku untuk mendapatkan The Degrees of Existence nanti. Juga, ini masa untuk merapatkan diri dengan Prof Al-Attas!

Petang ini, daku beritahu Faizal yang aku tidak dapat masuk ke kuliah petang kerana mahu siap bahan untuk ruangan sastera Harakah.

Menunggu bahan FT, Ketupat Cinta, tidak masuk-masuk lagi. Jadi, terpaksa aku rembat cerpen Osman Ayob dahulu. Rasa rugi betul. Pagi tadi pun sudah tercungap nak paham idea pengajaran, terpaksa ponteng pulak untuk buat kerja lain.

Hari pertama aku jumpa Faizal, aku tasykil bayan kat dia tentang perubahan yang aku nak buat dalam universiti jika aku sudah bergelar pensyarah nanti.

"Adalah suatu kezaliman apabila kita buat peraturan, kalau tidak hadir kuliah, tutorial lebih 3 kali, maka siswa itu akan dihalang daripada masuk peperiksaan.

"Apabila dia tak masuk kuliah dan tutorial, maka dia tidak faham pelajaran dan tak boleh nak jawab soalan. Dia dah dihukum! Padan muka dia! Sapa suruh dia tak masuk kelas!" kataku.

Kita ambil pinjaman PTPTN untuk bayar gaji pensyarah untuk ajar kita, bukanlah untuk hukum kita dengan cara menghalang kita daripada tidak mengambil ujian.

Guru adalah pengajar, pengasuh dan pendidik. Mereka bukannya hakim. Nahnu du'ah wa laisa qudhoh! (Kita adalah penyeru bukan menjatuhkan hukuman). Demikianlah kata Said Ramadhan al-Buty ke sapa ya? Aku sendiri pun tak ingat kitab karangan siapa itu.

Kawan-kawanku paham ker pendirian aku ni?
Alo sms, "Bila boleh mai Ampang Ali?" Urgh! Haruskah aku beritahu bahawa aku sedang 'bantu' akak Ros (Rosmah daa..) dalam program Permata Pintar?

Aku rasa Alo rasional. Dulu aku menyelit dan celah dalam grup diskusi Teh Tarik sehingga boleh bersoal-jawab dengan Ali Rustam di Rumah Melaka dan jumpa Saifuddin Abdullah di NZ Garden malam tu, aku nampak dia 'cool' saja.

Seorang hulubalang, hulumangkuk dan mangkuks hayun seperti aku ini aku terus membela dan mempertahan maruah dan kedaulatan negara walau terpaksa buat benda yang orang tak faham.

Ibrahim Yaakob, Ahmad Boestamam dan Burhanuddin Al-Hulaimy pun bekerja dengan penjajah Jepun. "Jadi takkan la nak tuduh mereka pengkhianat," kata Hishamudin Rais ketika aku temu bual dia dulu di Restoren Bau-Bau dekat Pasar Seni masa aku di Siasah dulu.

"Bukan semudah tu nak tuduh mereka pengkhianat," kata Rustam A Sani ketika aku temu bual dia dulu untuk Siasah. Dia berkata begitu ketika membela ayahnya yang bekerja dengan Jepun.

Aku menemubual Pak Rustam kerana tertarik dengan catatannya di blog berkaitan sebilah keris yang diberikan kepada Ahmad Boestamam ketika beliau sedang berpidato untuk membuka satu cawangan Parti Rakyat Malaysia (PRM) di Kedah tidak lama dahulu.

Keris itu masih ada padaku sekarang. Pak Rustam cakap, pemilik asal di Kedah itu memberitahu yang keris itu berasal dari Selatan Thai; Pattani, Jala, Narathiwat, Satun dan lain-lain tempat.

Aku terfikir hingga sekarang. Kalau tempat pembukaan cawangan PRM di Kedah itu ialah Kulim, maka pemilik asal keris itu mungkin adalah kaum kerabat aku juga yang membuka kawasan itu.

Abah selalu sangat berpesan masa aku di Kolej Mara Kulim (KMK) dulu pada 1996 agar daku mencari saudara kami yang ramai di Kulim. Kali terakhir, daku dengar, mereka berasal dari Jala. Sebagai Sherlock Fansuri Holmes, kes ini masih dalam siasatan peribadiku.

"Cuba tanyakan Ishak Surin, mungkin dia tahu dekat mana cawangan PRM di Kedah, tempat Boestamam berpidato sehingga dia diberi keris itu," kata arwah Pak Rustam A Sani lagi.

Ah! Melalut pula. Mulanya bercerita mengenai sms Alo tadi, la ni dah sampai ke mana? Aku pun tidak menjawab sms beliau itu. Biarlah kutunda menjawabnya bila-bila nanti.

Merantau ke Mongolia!
Don S kata Don F dan Syakir bersama rakannya di Canada akan berhimpun kat Taman Berlian, Gombak. Mereka ajak aku join sekali. Tapi, aku dah dedahkan pembabitanku di UKM kini.

"Ada seorang kawan Syakir tu dari Canada," kata Don S. "Dan dia pernah ke Mongolia."

Mongolia! Namanya Lee, seorang lelaki Cina. Aku dah jemput dia dalam FB tadi. Mungkin... daku perlukan bantuan dia nanti. Kalau boleh jadi pembantu penyelidik ayah Altantuya okay juga.

Kini, aku sedang berusaha mengumpulkan beberapa patah peribahasa Mongolia. Aku rasa dalam masa yang akan datang, kita perlu wujudkan kebudayaan Melayu Mongolia.

Aku juga perlu membeli sebidang tanah di Mongolia juga untuk membina perkampungan Melayu di sana. Mungkin, kalau dah ada basikal lipat yang kuidamkan itu, maka itu pun dah cukup!

#############################

22 J. Akhir | 6 Jun (Ahad)
Pagi. Sesi pencarian bakat. Kami diminta mencipta logo, lagu dan apa-apa saja yang boleh menjadi identiti kami. Tapi, aku buat pantun Permata Pintar. Lega rasanya, depa tepuk bila dengan pantun itu. Fuh! Kumpulan kami agak pemalu.

Pantun membodek Permata Pintar ini berhasil mendapatkan tepukan gemuruh tenaga pengajar tadi. Dengan rasa berdosa dan bersalah kerana menulis pantun ini, maka inilah dia pantun itu.

Pulau Pandan Pulau Sentosa
burung terbang jauh ke muara
permata pintar perkasa bahasa
maju bahasa majulah negara!

Daku cipta 'on the spot' ketika mereka minta setiap kumpulan beri identiti seperti lagu, atau apa saja bagi menunjukkan jatidiri kumpulan kami. Fuh! Bangga betul aku...

Masa sesi kudapan jam 11 pagi, mereka datang berjabat tangan dengan aku lalu bertanyakan hal pantun dan puisi itu. Aku teringat pesan abah, jangan berlagak. Kalau bangga tak apa.

Bangga 'pride', bukannya 'arrogant'. Bila penyair Arab Imra' al-Qais berkata, "Bukanlah seorang pemuda itu orang yang selalu bercakap mengenai ayahnya, tapi dia akan bercakap mengenai dirinya,", maka sikap ini merujuk kepada 'pride' (bangga), bukan 'arrogant' (sombong berlagak).

Ketika makan tengah hari tadi, aku terserempak dengan Ustaz A. Rupa-rupanya, mereka sudah menjalankan program latihan membaca al-Qur'an menggunakan teknik Al-Baghdadi di sini.

Aku pernah pi Kemboja (Champa), menyertai rombongan mereka dengan Harakah sebelum ini.

Terima modul dalam 'pen-drive'
Selepas bengkel petang, aku terima modul silibus mengenai teknik pengajaran kursus penulisan itu. Chat dengan Hani, lalu aku diberitahu - kami seminggu saja di sini dan bulan November kena la pi semula untuk mengajar pelajar-pelajar di bawah program Permata Pintar ini.

"Elaun nanti dapat selepas Disember," katanya. "Kalau bagi awal, nanti takut ramai lari."

Aku kena beransur untuk makan malam dulu. Malam ini nak kena sedia bahan untuk paper pula. Huh! Hari-hari yang menyibukkan.

Currently have 1 comments:

  1. Anonymous says:

    6 jun hari ahad la abg ali