Urusan pengiklanan, sms 014-3233287 @ mel-e ibnuamir@yahoo.com, subjek: Iklan Karya Fansuri
Latest News

9 - 15 J. Akhir | 23 - 29 Mei (Ahad - Sabtu)

Monday, May 24, 2010 , Posted by nota untuk Syiah at 11:09 AM

15 J. Akhir | 29 Mei (Sabtu)

Mak dah call bertanyakan kalau-kalau aku akan balik. Aku rasa semua dah berkumpul di rumah membuat acara makan besar.

"Semua oke ka?" tanya mak. Aku mengiyakan. Dia turut bertanyakan hal perkembangan kerja aku. Bab ini yang susah aku nak jawab.

Daku perlukan masa untuk berdepan dengan kenyataan bahawa kini orang dah pandang kerja tetap sebagai aset selamat.

Dulu depa dok merungut, kerja bermajikan ada elaun, EPF dan sebagainya. Hal ini aku dah buat. Buat syarikat sendiri, buat akaun syarikat dan carum sendiri EPF. Tapi, cukup sukar untuk fahamkan orang mengenai cara kita bekerja.

Semoga suatu hari nanti perlahan-lahan manusia akan faham bahawa ada orang boleh hidup juga tanpa kerja tetap ini. Banyak betul nak diubah fikiran orang ini.

Jadi, bila ada orang gesa aku hidup, kerja dan bergerak seperti orang lain, mau tak mau terpaksa la ikut. Dan, akhirnya semua ini akan menyulitkan rancangan hidupku.

Hidup menongkah arus!
Ambil satu contoh. Dulu ada kawan tak yakin boleh lawan HEP. Maka, terpaksalah aku berlawan seorang diri. Hangpa ingat ada orang tolong aku ka macam Sook Hwa?

Adakah bantuan, bantahan pihak jemaah ke atas penahanan aku? Mana ada? Bukan tiada suara kawan-kawan yang bertanya, kenapa aku tak bergiat dalam Abim?

Kalau depa tanya macam tu, nak juga la aku tanya balik, "Masa lawan HEP, ada jemaah bantu? Abim Penang senyap. Orang nombor satu pun 'nasihat', sudahlah, hentikanlah, biar dulu, lepas grade nanti, lepas tu enta buatlah apa pun macam yang enta nak buat ni..."

Aku kaciwa. Kaciwa yang amat sangat. Aku hidup pada zaman orang terlalu mengikut arus yang salah. Jadi, aku terpaksa menongkah arus.

Sekarang pun macam tu juga. Masih ada orang yang nak desak aku hidup dengan bekerja 9 to 5. Pada aku kerja ni 24 jam. Maknanya, bila-bila masa nak kerja, kita boleh tentukan jadualnya.

Asalkan sahaja kerja kita itu tidak mengganggu urusan orang lain, tak apa lah. Tetapi itu tidaklah bermaksud diri ini tolak kerja 9 to 5. Aku lawan SIKAP orang yang desak kita kerja waktu 9 - 5.

Banyak betul yang aku tak berkenan. Misalnya, pensyarah ambil nama budak-budak yang tidak masuk kuliah. Kemudian, jika lebih 3 kali tak masuk kuliah dan tutorial, maka tidak boleh masuk peperiksaan. Ini suatu tindakan yang zalim.

Budak-budak tu dah bayar yuran, bermaksud bayar gaji pensyarah. Jadi bila mereka tak masuk kuliah, bermakna mereka sendiri yang dihukum. Hukumannya lahir dalam bentuk KERUGIAN.

Biarkan mereka masuk dewan peperiksaan. Sekali lagi, oleh kerana mereka tinggalkan kuliah itu maka mereka menerima hukuman sekali lagi atas perbuatan mereka sendiri. Ini Hukum Karma!

Sendiri buat, sendiri tanggung akibat. Tangan mencincang, bahulah memikul. Berani buat, berani tanggung. Fuh! Sekianlah khutbah dan ceramah ringkas mengenai budaya kita yang hanyut oleh arus pemikiran moderen yang merosakkan. Entah sejak bila corak pemikiran ini berlaku ya?

Aku rasa, kena tulis benda ni dalam FB juga la. Bukan senang nak melawan pemikiran lama yang dah lama bersebati dalam jiwa umat. Ia mengakar tunjang sebagai sesuatu yang diyakini benar!

Tentang kerja ini, aku fikir nak kerja sebagai petani, peladang dan penternak. Kerja seperti nabi dan rasul dulu. Kerja sebagai Hamid Tuah. Aku pun sms Deep Peace of Jala (Yala). No tel dia aku baru jumpa baru-baru ini di celah semak-samun dan belantara, hutan rimba banat SPKB!

"Saya rasa nak wakafkan harta saya untuk orang yang perlukan di Jala. Adakah Deep Peace dan orang-orang di pejabat sana boleh membantu?" demikian aku bertanya. Daku juga sedang menunggu jawapannya. Sudah lama tidak berbual, chat di FB.

Agenda FB
Sebetulnya, seharian ini pun aku sudah mula mencoret catatan di bahagian nota FB. Aku terfikir juga nak menulis Tafsir Al-Fansuri di situ. Tulis jer dulu, nanti kumpulkan sedikit demi sedikit.

Mungkin, 100 puisi Kg Baru yang diminta Saif of DBP dan Ny of BH tu boleh juga aku masukkan di dalam bahagian nota FB itu. Ya, sepanjang hari ini, aku menaip di laman tamu SPKB sahaja.

Laman tamu SPKB cuma ada satu 'plug'. Aku fikir nak kena beli wayar panjang bertali untuk memudahkan aku menaip di laman tetamu itu.

Di FB, Massomeh Irani memberi maklumat baru mengenai filem-filem Iran. Kali ini daku godam google bersandarkan pautan link yang dia beri. Maka, aku berkenalan dengan filem-filem Iran.

Tapi yang paling best ialah kisah debat Imam Reza yang aku 'up' dalam FB. Sedap nama Reza ni. Aku fikir Reza ini mungkin Redha agaknya. Apa pun, nama anak lelaki aku nanti, Ali Reza. Fuh!

Bahasa Persia


Bahasa Arabia


Kedua-dua video klip di atas tu adalah rakaman debat Imam Reza bersama pendeta Yahudi dan rahib Nasrani. Saksikan kebijaksanaan Imam Reza berdebat dengan mereka ini.

Mutakhir ini, mata kiri aku bergerak-gerak di sebelah bawah. Apakah maksudnya ini?

#############################

14 J. Akhir | 28 Mei (Jumaat)
Daku fikir nak ke JPJ, tapi tengok pejabat pos Kg Baru tutup. Baru teringat sesuatu. Hari ni cuti Wesak kot? Alahai, barulah aku teringat!

Pagi ini, dah jumpa polisi insurans Kurnia dan geran motor. Aku dah stand bye nak pi JPJ. Ish, kena tunda ke minggu depan pulak dah!

Dan, hal itu menyebabkan aku terus ke rumah Alo selepas Jumaat. Ketika keluar masjid tadi, ada buku dialog Sunnah-Syiah, surat-menyurat saling berbalas hujah antara Rektor Al-Azhar dan ulamak besar syiah.

"Di Wisma Yakin RM65. Sini RM10 saja," kata brader tu. Aku jadi pembeli pertama. Bila depa tengok aku beli terus depa beli. Aku belajar satu perkara di sini.

Kalau nak kurangkan orang berjualan benda mengarut kat masjid ni, maka hendaklah ada jualan buku-buku. Jika tidak, adalah yang nak jual cincin, spek ray ban, minyak urut, pil seks yang ntah hapa-hapa. Dulu, aku dan Kang Zaid cuba buat di masjid di Johor. Menjadi juga teknik tu.

Selepas solat, aku sudah selesai bank-in duit kepada adik. Fuh! Syukurlah. Lega selesai satu bab.

Di rumah Alo
Aku terkejut kerana, apa-apa yang aku mimpikan mengenai kaki Alo telah menjadi kenyataan. Kaki kirinya sedikit bermasalah selepas pembedahan.

"Apa yang enta nampak dalam mimpi tu?" tanya Alo, suaranya tenggelam oleh kesakitan yang pedih. Sejak semalam dia sukar tidur sebab diserang kesakitan saat berbaring.

"Nampak enta terbaring dan kaki kiri ni ada masalah," aku berkata dengan separuh kejujuran. Ya, ucapan dengan kejujuran yang tidak penuh. Kulihat lagi teruk dalam mimpi. Tapi daku lawan balik segala penglihatan dalam mimpi itu. Aku kata, bahawa ini mungkin mainan Iblis.

Bagaimanapun, ada kebenaran juga sebab yang terkena itu bahagian kaki kiri persis yang kulihat la ni. Kakinya membengkak. Betisnya mengeras. Aku tak berani cakap lebih tentang mimpi itu.

Dah lama aku pendam dalam diam, takut-takut apa yang aku mimpikan itu benar. Aku rasa ada keanehan dalam deretan episod mimpiku belakangan ini. Ada yang betulnya. Dan ada sipi-sipi.

Tapi, kalau nak cerita pun, akan bikin orang sakit kepala, anggap daku gila dan ketawakan saja. Jadi, baiklah kupendamkan saja dan tidak bercerita melainkan kepada mereka yang faham.

Masri tiba bersama seorang kawannya. Bukan aku saja yang datang petang ni. Dia bekalkan ayat Fussilat ayat 31, sebagai suatu rawatan rohani jika Alo tidak berselera makan.

Tubuh Alo dah nampak koi-koi 'seruh' dah, dah nampak kurus benar. Aku tengok keadaan dia ni menyedihkan. Katanya, bila pembedahan 'by-pass' dibuat, dia membayangkan segala rawatan di hospital swasta sebelum ini seperti tiada apa-apa maknanya.

"Ada suatu masa tu, ana rasa mimpi kita tu macam betul," katanya. "Tiba-tiba doktor yang dok rawat kita tu datang, kemudian dia kata, kena buat balik pembedahan ni encik Lutfi."

Bila terjaga dari mimpi itu, kata Alo, tiba-tiba terasa macam mimpi tu betul berlaku. Atas katil di rumah itu jugalah yang dia bermimpi jumpa doktor itu. Hai, macam-macam...

Katanya lagi, rasa sakit perit sebelah kanan badan ini berlaku sejak semalam, baru-baru ini saja, bukan sepanjang sejak keluar ICU. Sesekali, anaknya Luqman akan datang memicit tubuh Alo.

Fatwa Alo sebelum dan selepas
pembedahan juga berbeza. Sebelum pembedahan dia kata, risiko jika tidak dibuat pembedahan itu lebih teruk berbanding risiko jika membuat pembedahan.

Selepas pembedahan, dia kata, ada pesakit yang sihat, tapi bila dibedah menjadi lebih teruk. Ada yang sakit sebelum bedah, kemudian selepas pembedahan, jadi pesakit itu jadi elok pula.

Daku rasa, dalam hal ini, dia mungkin merujuk kes dia yang asalnya sedikit baik sebelum bedah, tapi selepas menjalani pembedahan, keadaannya semakin sukar.

"Banyak janji-janji kita yang tak tertunai ni," katanya ketika mengingatkan aku kepada bualan yang lalu. Aku yang nasihatkan dia supaya buat perjanjian dengan Tuhan.

Aku beri 'fatwa', "Janji nazar tu boleh diubah-ubah jika tidak berkemampuan, tapi tak bolehlah dimansuhkan terus. Ana pun terlupa nak tanya ahli qaryah masjid Kg Baru tu..."

Dulu, Alo minta aku 'survey', kalau-kalau dia boleh buat kenduri untuk faqir miskin di masjid itu. Lantaran kesibukanku sendiri, aku pun jadi terlupa.

Hmmm...Aku pun dah tahu kat mana opis masjid tu. Jadi, mungkin aku boleh bertanya kot kalau pihak jawatankuasa nak bagi peluang untuk orang beramal.

Ahah! Adakah Alo boleh dilibatkan dalam rencana Pustaka Masjid setelah usaha daku tergendala ni? Dulu, aku tanya, tapi pihak masjid cakap pustaka masjid tu eksklusif untuk tok-tok guru saja.

"Isu student macam mana?" tanya Alo beralih isu lain. Aku pun ceritakan kisah Hilman, Firdaus yang datang ke rumahnya dulu sebelum pilihan raya kecil Hulu Selangor.

"3 Jun ni depa kena hukum," kataku lagi. Dia nampak bersemangat nak tahu lebih lanjut. Tetapi dengan kudrat yang semakin berkurangan, dia tentu tidak dapat menulis lagi. Alo mengaku yang dia dah tak buka leptop la ni. Tak boleh nak mengarang seperti sebelum pembedahan 'by-pass'.

Kalau pembedahan angioplasty dulu, nampaknya dia boleh juga bekerja semula. Tapi, by pass ini memang menyulitkan dirinya. Tulang selangkanya terjejas. Nak alihkan badan ke kiri dan kanan pun terasa seksanya. Kalau dia berjalan pun kena bertongkat.

Tadi, dia cuba makan bihun secamca. Tetapi, akhirnya, "Tak boleh la Luqman," katanya kepada anaknya yang paling tua, "Pahit..."

Aku teringat kisah Khairul beli nasi kandar Kudu kat dia hari tu, gara-gara dia tak selera makan. Jadi, aku pun tanya, "Habis tu, kalau makan nasi kandar macam mana?"

Wajahnya sedikit berkerut, lambat-lambat juga dia menjawab, "Tak habis juga, ana suruh depa kat rumah ni beli nasi kandar kat sini, tapi memang tak boleh nak makan juga."

Telah lumpuh nikmat-nikmat makan selama ini hingga menyebabkan tubuhnya semakin kurus.

Kesihatan modal utama dan aset kita
Dalam bualan dengan Al-Masri ketika dia berpesan mengenai Fussilat ayat 31, bercerita tentang isu sihir, ilmu-ilmu hitam yang merosakkan orang lain, aku merumuskan beberapa hal.

Pertama, aku bangga kerana
Presiden Pas, Dr Burhanuddin Al-Hulaimy adalah tokoh perubatan Homeopathy di negara ini. Beliau pernah minta ilmu ini diiktiraf setaraf perubatan perdana.

Mulanya, kerajaan tak nak terima, kemudian selepas dia meninggal dunia, barulah kerajaan pun berasa mahu meletakkan perubatan Homepathy ini setaraf dengan rawatan perdana.

Kedua, aku sedar kenapa Hasan Al-Banna berpesan, kalau rasa sakit, segera bertemu doktor. Ini kerana, modal dan aset sebenar kita terletak kepada kesihatan.

Ketiga aku memikirkan perlunya doktor dekat hospital, klinik menghadam dua ilmu; kedoktoran dan rawatan alternatif. Jika mereka dapati pesakit itu tiada masalah setelah diperiksa, maka ada kemungkinan hal itu terkait dengan sihir. Jadi, doktor itu boleh juga merawat cara ruqyah!

Kalau budak-budak law UIAM boleh dapat dua ijazah; belajar civil law dan belajar syariah, maka kenapa pula budak-budak perubatan di UKM, USM, UIAM tidak boleh belajar kedua-duanya?

"Enta boleh berubat orang tak?" tanya Alo kepadaku sebelum Al-Masri tiba tadi. Aku baru rasa kepentingan untuk belajar ilmu-ilmu rawatan alternatif ini. Paling lekeh, boleh merawat kawan sendiri yang dekat-dekat di samping dapat menjadi pendinding diri.

Tadi, Al-Masri bercerita mengenai Darus Syifa kelolaan Haron Din. Tengoklah nanti, kalau-kalau aku dapat masuk program Permata Pintar di UKM nanti. Kalau ada kelapangan, boleh singgah di Bangi. Itu pun, kalau ada rezeki. Semoga aku tahan belajar dan mampu hadapi ujiannya!

'Berfoya-foya' di KLCC
Balik dari rumah Alo, aku nak terus ke KLCC, habiskan vaucer filem Andartu Terlampau. Hujan di tengah jalan membuatkan aku terhenti dekat Ampang Point.

Kalau tak hujan, aku tak berhenti kat sini. Aku jalan di bangunan tempat aku berteduh itu. Oleh kebosanan yang menjalar ke dalam diri, daku pun berjalan melilau-lilau di sini.

Sebenarnya, aku bukan jenis kaki rayau, melilau tak tentu hala dan melewar ikut dan saja. Tapi, oleh sebab kelibat beberapa aweks cool Korea yang kebetulan keluar di tempat aku berteduh itu,

Lawa-lawa sungguh budak Korea di sini. Patutlah kawan-kawan ada yang minat Korea. Tempat di sini rupanya dilonggokkan segalanya mengenai Korea. Tetapi, ada juga premis untuk Iran.

Daku masuk ke sebuah kedai. Yang paling aku minat adalah madu Iran. Fuh, likat... sedap betul! Tapi, tiada juga aku beli kerana tiada madu di rumah masih ada lagi.

Perfileman Islam Iran dan skrip
Selesai menonton Andartu Terlampau dengan vaucer terakhir, singgah di Kinokuniya. Pencarian buku-buku tentang filem Iran kulakukan dengan menaip kalimat 'Iran Cinema' di mesin carian.

Hari tu, aku jumpa 5 buah buku. Malam ni, 21 buah termasuk yang 5 buku dulu. Antaranya...

1. Shi'i Islam in Iranian Cinema: Religion and Spirituality in Film (Pak-Shiraz, Nacim)
2. Cinema in Iran, 1900 - 1979 (Issari, M. Ali) ---
(PENTING)
3. Histoire Du Cinema Iranien, 1900 - 1999 (Haguighat Mamad / Sabo)
4. Close Up: Iranian Cinema, Past, Present and Future (Dabashi, Hamid)
5. The New Iranian Cinema: Politics, Representation and Identity (Tapper, Richard)
6. Politique Du Cinema Iranien (De Victor, Agnes)
7. Iranian Cinema and the Islamic Revolution (Mirbakhtyar, Shahla)
8. Iranian Cinema: A Political History (Sadr, Hamid Reza)
9. Masters and Masterpieces of Iranian Cinema (Dabashi, Hamid)
10. Iran Les Mots En Silence (Cinema) (La Fond, Jean-Daniel)
11. The Development of Iranian Cinema after the Islamic Revolution (Akademische Schriftenreiohe, Bd. V127506) 2009 52 S Edition. (Duhnkrack, Sophie) (PENTING)
12. Displaced Allegories: post Revolutionary Iranian Cinema (Mottahedeh, Negar)

Apa lagi buku-buku tentang filem Islam Iran yang hangpa rasa penting?

Hala pi TGV tadi, terserempak dengan Dian dan anaknya. Kami berbual tidak lama. Aku teringat kepada salinan skrip yang aku nak tunjuk dekat dia dulu. Alahai, terperam lama sampai terlupa.

Perkembangan di FB
Malam ini aku godam FB, dan NY tanya kat mana nasi lemak dang wangi. Rajin dia menggeledah rupanya blog aku ni. Tapi, paling penting, ialah rumah mertuanya kat Kg Tokku Pulau Manis!

Ya, ulamak besar yang berjasa besar pula menterjemahkan kitab tasauf Al-Hikam ke Melayu. Di sini, aku rasa, daripada aku menjelajah Bukit Marak dan Pulau Besar, ada baiknya aku ke sana!

Yes! Tuan Isa Kamari sudah jawab e-mel aku di FB, pada
28hb Mei pukul 7.39 pagi... Katanya...

"
Salam Ali, Insya Allah, pertengahan Jun ini. Saya akan beritahu seminggu sebelum tarikh yang sesuai. KTMB memang elok."

ikhlas
Isa"

Jadi, siapa nak pi ikut hamba jumpa Isa Kamari di KTMB Tg Pagar ni?

#############################

13 J. Akhir | 27 Mei (Khamis)
Isa Kamari mengirim ulasan berhubung KTMB Tg Pagar Singapura di FB aku. Hal itu membuatkan aku berasa sungguh gembira sekali.

Aku minta persetujuan untuk chat, dia kata dia agak sibuk dalam seminggu dua ini. Mungkin, jika dia berkelapangan, bolehlah ke KTMB Tg Pagar kot.

Aku rasa, ini langkah awal untuk menubuhkan jawatankuasa bertindak Gerakan Menyelamatkan Tg Pagar (Gamat a.k.a Gementar).

Tadi, beliau menulis sikit kat FB aku, "Kena Tipu Macam Bahlul (KTMB)", ketika aku meminta pandangan berhubung gerakan baru itu.

Lalu, daku terfikir bermacam-macam juga, kalau-kalau kumpulan penyair di Nusantara ini boleh menyatu suara dalam usaha menyelamatkan Tg Pagar. Adakah Budayawan Bertindak dan Paksi boleh bantu? Oh Tuhan, keluarkan daku daripada jalan buntu...

Tarikh tayangan filem berlaga
Aku dapat dua tiket wayang percuma Killer dan Lagenda Budak Setan. Masalahnya, kedua-duanya ditayang pada hari yang sama. Aku fikir separuh (Kliller) kuberi kepada kawan. Bakinya, Lagenda Budak Setan aku boleh pergi dengan orang lain kot.

Seharian ini selepas kirim bahan kat Harakah, daku bertembung dengan keratan akhbar bahawa ada sudut pidato di PWTC. Khabarnya jikalau menang, dapat duit. Aku kena pi tengok!

Hari ini berjaya 'transfer' duit ke Maybank selepas mengelamun di gerai nasi lemak Dang Wangi. Esok, mungkin aku kirim balik duit pada adik, insya Allah.

Tanah, mata air berharga!
Masa keluar petang tadi, aku bawa keluar bekas besar air mineral. Bila masukkan duit 50 sen ke dalam mesin air mineral tu, rupanya duit syilingnya dah penuh. Akhirnya, air tak dapat, duit 50 kupang aku hilang selepas ia jatuh ditolak mesin itu.

Argh! Urgh! Betapa bernilainya air. Ahli ilmu ekonomi serta hartanah berkata tanah yang ada air sangat berharga menjelang krisis nanti.

Mungkin kerajaan Pulau Masjid Tg Tuan yang aku asaskan itu boleh menampung keperluan diri.
Aku fikir, kaedah membeli tanah sebanyak-banyaknya, wajiblah aku mulakan sekarang ini.

Mana tahu, kalau-kalau di bawahnya ada air dan bahan galian, maka beruntunglah diri ini!

#############################

12 J. Akhir | 26 Mei (Rabu)
Selepas Subuh, mataku terpahat kemas ke sebuah buku lama tebal yang aku dah lama nak membeleknya. Baru pagi ini daku memegangnya dengan keinginan yang sungguh mendesak dan membuak-buak pula.

Fuh! Mass Media Research An Introduction (Roger D Wimmer dan Joseph R Dominick). Ia kitab kajian komunikasi yang memandu arah penyelidikan membabitkan kajian media, akhbar dan yang terkait dengan penerbitan.

Barulah aku tersua dengan makna kualitatif dan kuantitatif yang daku cari selama ini untuk melengkapkan kajian dan penulisan 'proposal' master!

Sebelum keluar SPKB, aku geledah beg lama. Syukurlah terjumpa nombor hp Deep Peace of Jala (Yala). Lama dah dok cari. Kini, baru bertemu. Lepas ni, boleh susun pergerakan semula, i'Allah!

Tengah hari. Daku ke JPJ untuk selesaikan lesen motor. Daku was-was dengan 'road-tax'. Aku rasa kena 'renew' insuran motor dulu. Lama tak buat benda ni sampai lupa prosedurnya. Telefon Imran untuk mendapatkan cara-cara berurusan sebenar.

"Ya, abang kena beli dulu insurans motor, lepas tu baru boleh pi JPJ atau pejabat pos untuk perbaharui cukai jalan," katanya.

Hmm...apa pun, tidak selesai jugalah urusan cukai jalan. Hanya lesen motor sahaja yang dah oke. Ertinya, esok kenalah mai lagi. Urgh!

Petang. Aku balik SPKB kerana Teh mahu bertanya banyak perkara berhubung hal mahasiswa.

"Ada Little Mecca di Lingzia, China. Di situ ada perkampungan Islam dan maahad tahfiz untuk kanak-kanak dari 3 -6 tahun.

"Ibu bapa tak dibenarkan berjumpa anak-anak mereka sehinggalah mereka berusia 7 tahun. Kalau jumpa pun masa raya. Kalau nak sembang pun pakai intercom saja," katanya.

Jika benar, maka ketika aku ke Mekah menggunakan Laluan Sutera lewat Xian nanti, Lingzia itu adalah antara tempat yang mesti aku kunjungi, insya Allah, ameen...

Kata Teh, mereka boleh berbahasa Arab dan sangat meraikan tetamu khasnya yang datang situ untuk membuat penyelidikan atas dasar ilmu.

Pustaka mesti beroperasi 24 jam
Selain isu kemahasiswaan, antara hal lain disentuh ialah persoalan perpustakaan di Korea yang beroperasi 24 jam. Jadi sesuai sangat denganku yang mengguna waktu New York, Brooklyn atau Manhattan dalam usaha-usaha menakluk dunia selama ini. (He.. he.. he..)

Syukur kerana dia tahu aku nak tubuh negara baharu. Maka, kami berangan macam hal untuk mencorakkan negara baharu itu. Sistem ekonominya, pendidikan, masjid dan lain-lain perkara.

Ringkasnya, bualan tadi boleh menjadi modal awal untuk menulis buku mengenai Malaysia Baru.

Malam. Selepas Maghrib, aku ke restoren nasi lemak balai polis Dang Wangi. Kemudian bank-in dari akaun peribadi ke akaun GME. Mungkin esok, baru aku pindahkan balik ke akaun adikku.

Terfikir sesuatu. Pertama... 'ibu duit' perlu disimpan dalam akaun Al-Rajhi yang selalu mengirim penyatanya ke SPKB setiap bulan.

Aku tidak manfaatkan Al-Rajhi. Bank inilah yang akan bagi penyata ke SPKB setiap bulan. Bank lain akan caj. Bank Islam pun sama. Tapi, nasib baik aku guna akaun syarikat. Jadi, tak kena caj.

Kalau akaun peribadi depa caj RM1 juga kalau kita nak cetak penyata. Strategi mengapung wang induk dan 'ibu duit' ke dalam akaun bank ini mungkin memudahkan aku membuat 'loan' kelak.

Sekarang adalah sempadan waktu yang sukar dan sulit. Tetapi, mujurlah juga akal ligat mencari jalan. Jiwa kapitalis diri ini berjaya mengendalikan keadaan getir. Huh! Fuh! Urgh! Argh! Heee..

Gerakan Menyelamatkan Tg Pagar (Gamat)
TV2 siar filem Ultraviolet yang mengisahkan penciptaan sejenis virus yang dicipta agar mereka dapat melahirkan tentera yang kuat. Ekoran itu, ada sedikit keanehan dalam darah mereka.

Mengisahkan seorang wanita; Violet Song jat Shariff kehilangan anak. Dia menjadi Hemofaj. Tapi apa-apa pun, ayat yang aku suka di sini ialah - Violet melancarkan Perang Darah! (Blood War)

Syahadan, aku fikir ada orang Umno yang tak puas hati dengan isu ini. Tetapi mahu buat macam mana lagi? Depa takut. Orang Pas 'confirm' tak ada masalah nak kutuk Najib dalam hal ni.

Dulu, dalam kes Pulau Batu Putih memanglah semua tanpa kira parti akan 'fight' sebab Malaysia 'clear' akan melawan Singapura. Tapi, la ni, Najib dah kata oke, takkan depa nak derhaka?

Terpaksalah aku jadi macam Violet; melancar Perang Darah. Terpaksa la aku jadi macam Hamid Tuah; kepala petani miskin yang melawan keangkuhan MB S'gor Dato' Harun sekitar 1960-an.

Hamid Tuah ni ayah Fatimah Sham. Fatimah ini rakan Dr Fatimah Busu dan Dr Zurinah Hassan. Hamid ini adalah petani dan mungkin penternak atau peladang yang mahu usahakan.

Lalu daku pun teringat sms Naim Merbok semalam yang belum kubalas. "Daku nak belajar ilmu penternakan kambing kat hang nih!" kataku lewat sms. Lalu, dia jawab pendek saja, "K..."

Cait@#! Dalam usaha membuka ladang kambing di Jala guna mencari duit guna menaja Gerakan Anti Najib dan Gerakan Menyelamatkan Tg Pagar (Gamat), aku perlu dana!

Tak kan nak mintak mengemis dan nak cium kaki Yahudi? Tak kan nak sembah melutut Yahudi Freemason? Tentu depa akan memihak kepada Najib yang akan menguntungkan mereka.

Ish, tanah mana aku nak cari untuk membiakkan baka-baka kambing aku ini? Urgh! Haizzz...

#############################

11 J. Akhir | 25 Mei (Selasa)
Dinihari. Daku makin jelas. Drama Nun Di Sana Cintaku di dalam episod ke-6 itu yang ada lagu kebangsaan Israel. Kini tinggal lagi, kena buat siasatan di RTM. Hmm... Mungkin aku kena siasat para pelakonnya juga. Huh! Aku ni ada bakat jadi penyiasat dan penyelidik rupanya! He...he..

Tengah hari. Menulis bahan lagi. Isu 4 siswa UKM yang akan dibawa kat dalam mahkamah universiti. Semoga tersiar sebelum hukuman dijatuhkan ke atas mereka. Ralit sampai ke petang. Hajat ingin ke JPJ aku tunda lagi.

Pertanyaanku kepada Raja Farah pelakon wanita cun dalam drama Nun Di Sana Cintaku berbalas di Facebook sebentar tadi. Tapi, aku bertanya tentang Hamka saja dulu.

"Buya Hamka tu ustaz yang menentang adat istiadat Minang," katanya. Okay, now the case is open! Demikianlah kata-kata Sherlock FANSURI Holmes.

Aku rasa kena patah balik ke Penang dan himpunkan nama-nama penghuni kubur Yahudi dekat Yahudi Road tu. Berdasarkan nota catatanku dalam buku Khoo Salma, nama Yahudi terkenal itu adalah sebagai berikut, "A prominent Mason was Felix Henry Gottlieb."

Bila aku taip namanya, maka aku jumpa pautan ini...

Mungkin aku kena semak semula dekat Jabatan Pendaftaran Negara Pulau Pinang. Fuh, kalau la topik ni jadi tajuk kajian master aku, atau PhD aku, alangkah bermaknanya hidup ini. Boleh ganti Prof Al-Attas dah nih. He... he... he...

Petang. Santapan nasi lemak dekat balai polis Dang Wangi. Lepas 'bank in' duit yang Imran bagi kelmarin di Bank Islam depan balai polis tu, ujan pun turun dengan lebatnya. Hal-hal yang biasa berlaku di ibu kota.

Jadi daku terus jalan kaki ke Capsquare, mencuba nasib kalau-kalau baucer Andartu Terlampau tu boleh di'redeem' dengan tiket percuma di sini. Namun, hasratku itu terbatal lagi.

"Kita tak tayang. Wangsa Walk ada, rasanya di TGV KLCC pun ada," kata penjaga kaunter.

Sejarah alam ini
Di kedai buku Times aku jumpa buku pra sejarah dunia untuk kanak-kanak. Penemuan dinosour mengheret mengundang ingatan terhadap debat santai dengan NY.

Dia berpandangan bahawa dinosour mati sejak era banjir besar Nabi Nuh yang menenggelamkan dunia sekali gus menolak bahawa meteor itu penyebab kepada kemusnahan 'umat' dinasour itu

Ini bermaksud, Nabi Adam pernah bertembung dengan dinasour. Sedangkan hadis-hadis tidak pun menyebut hal itu. Jadi, aku rujuk catatan Hamka dalam Tafsir Al-Azhar Jilid 1 mengenai 30 orang Nabi Adam ini. Ya, kita la ni sebenarnya daripada Nabi Adam a.s yang ke-30 itulah!

"Tapi, kalau nak dedahkan semua ini dalam konteks Malaysia memang bermasalah," kataku. "Sebabnya, catatan itu dalam kitab Syiah. Malaysia tolak Syiah dan Wahhabi ni."

Bagaimanapun, hal itulah yang nantinya menjelaskan kenapa malaikat bangkitkan soalan kenapa perlu diwujudkan khalifah walhal mereka ini akan saling berbunuhan dan merosakkan alam ini.

Hasil debat santai itu juga yang menyebabkan aku nak menulis mengenai 'Melayuwiyyat' supaya orang Mel;ayu yang berasa dirinya cerdik, elit dan kononnya intelektual, tidak menolak lagenda dan mitos-mitos Melayu semberono secara membuta tuli.

Seperti Israeliyyat yang terpecah tiga bahagian, maka Melayuwiyyat pun demikian juga. Cerita Mahsuri dan Hang Tuah, tak kan nak tolak mentah-mentah, Sang Gedembai boleh jadi betul.

Saif Dekan Fakulti Alam Melayu?
Mengenangkan hal ini, daku teringat nak angkat Saif DBP jadi dekan Fakulti Alam Melayu. Masa kami di Samarinda dulu di pekan buku Jalan Kwitang Jakarta, dia mencari buku-buku mengenai cerita-cerita rakyat untuk disumbatkannya dalam blognya yang sudah bersawang itu.

Kerana blog itu memang bertujuan untuk merakamkan kisah-kisah rakyat di Nusantara itu, jadi blog itu bersawang. Aku fikir ketelitian ini ada munasabah juga.

Prof Al-Attas, dok rancang penulisan tentang kedatangan Islam ke Alam Melayu sejak 1961 lagi, tapi sampai sekarang tidak terbit-terbit lagi. Ya ketelitian sampai tidak menulis dalam kontek ini ada kemunasabahan juga. Aku baru terfikir nak bantu Saif dalam projek ini juga.

KTMB Tg Pagar
Aku balik dari Capsquare dengan hati puas dan dada lapang. Membuang sms-sms yang berpusu masuk ke telefon bimbitku, tiba-tiba menjengah sms Kak Leha Ahmat.

"Dah dengar KTMB Tg Pagar berpindah ke Woodland?" soalnya. "Apa nasib tanah Melayu?"

Aku bertemu Kak Leha ketika kami kebetulan sama-sama bertemu Cik Idah Gedung Kuning kat KTMB Tg Pagar pada suatu pagi Ahad yang aku lupa bila. Sama ada bulan Februari atau Mac la.

Habis berbual dan tembual Cik Idah, itulah kali pertama aku naik keretapi Tg Pagar menuju JB. Walau perkenalan kami masih baharu, tapi aku dapati cara kami berfikir dan merasa agak sama.

"Bila P Ramlee nyanyi ... 'Tg Katong airnya biru, tempat mandi anak dara jelita, sekarang orang dah tak peduli, tak tau mana tempat air biru tu," katanya. Cara-cara bercakap seperti ini memang terlintas dalam fikiranku termasuk dalam tulisanku.

"Nak tahu satu rahsia tak?" tanya Kak Leha lagi..." /// "Nak tahu apa, kak?" balasku.

"Tg Pagar ni tanah Malaysia, Teluk Belanga milik raja Johor. Dan tujuan dibuat Woodlands tu ialah supaya mereka dapat kawal kemasukan kita ke sini.

"Tetapi, Tg Pagar inilah satu-satunya tempat yang memudahkan kita masuk ke Singapura," jelasnya dengan panjang lebar. Hatiku tersentak! Wah! Banyaknya yang aku tak tahu!

Dia menasihatkan aku memulakan carian ke internet, tanah-tanah raja Johor di Singapura! Huh! Dengan jiwa Sherlock Fansuri Holmes dan mengikut gerak naluri Dr Robert Langdon, daku akan siasat dan akan kupertahankan hak milik dan tanah Melayu daripada digadai oleh Najib Razak!

Itu pesanan dan wasiat terakhirnya sejak kami berpisah di Stesen Keretapi JB. Negeri ini adalah tempat abah bekerja sebelum dia bernikah dan bekerja di Kuala Perlis tempat aku dilahirkan.

Tg Pagar di Singapura dan Johor Bahru adalah tempat-tempat nostalgia aku, sama seperti darah aku yang tumpah melimpah dan mengalir tercurah di Yala, Champa, Acheh, Brooklyn, Las Vegas dan California! (Termasuk Hindustan, Gohed Gostan dan Tg Rambutan, kah! kah! kah!)

Memang ada aku gelintar, bertanyakan fatwa kepada Abu Yahoo wa Ibnu Google dan aku jumpa juga fakta-fakta itu. Hanya, ketiadaan rakan-rakan sepenyelidikan membuatkan kajian itu tidak konsisten. Mungkin, hasil kajian itu perlu tersiar. Jadi, semangat pun mungkin bangkit menyala!

Tg Pagar adalah sasaranku untuk menubuhkan Sekolah Pemikiran Tg Pagar (Sepat). Kalau dah jadi lagu ni, susahlah sikit. Tg Pagarlah tempat P Ramlee shooting Anakku Sazali dan ah...banyak betullah kalau nak disebutkan satu persatu.

Di sana juga kutemui bunga kemboja, lambang suatu kerajaan agung Melayu terawal; Champa!

Urgh! Urgh! Urgh! Argh! Argh! Argh! Bualan ringkas bersama Kak Leha tidak tamat di situ. Tadi setelah kubuang mesej-mesej asing dan sms-sms lain yang bertindanan, tiba lagi sms beliau...

Dalam sms ke-2, dia juga membaca catatanku di blog ini mengenai Prof Al-Attas, lalu disarankan jumpa bro Sani Badron yang tesisnya diselia oleh Al-Attas. Wah! Selamat datang Kak Leha!

Malam. Sms Alo tiba, bertanya khabarku. Daku jawab yang daku baik-baik saja. "Nak mai, tapi segan sebab enta perlukan rehat yang panjang." Daku teringat laporan H. Daily yang menyebut bahawa, atas nasihat doktor, Alo tidak digalakkan menerima sebarang tetamu.

"Datanglah..." tulisnya dalam sms, "...waktu siang."

Bersama tindanan dan timbunan sms itu ada sms NY of BH, "Ada wacana bahasa kebangsaan dekat bilik majlis tingkat 5 di bangunan canselori UKM pukul 2:30 petang ini."

Alahai, tempat inilah yang empat siswa UKM itu akan dihukum awal Jun depan. Adus! Patutlah dia call tadi. Tak pa, aku akan daftar jadi jurulatih di dalam Permata Pintar di UKM 5 Jun depan.

Mungkin aku ada banyak waktu untuk membina Sekolah Pemikiran yang baru di UKM kelak!

#############################

10 J. Akhir | 24 Mei (Isnin)
Pagi. "Jadi? Macam mana? Nak rakam isi kuliah ni?" tanya Prof Al-Attas kepadaku. Kami berdua duduk kat suatu tempat yang hanya kami berdua berada di sana, tanpa gangguan orang.

"Ya.. boleh juga," balasku. Kemudian, dia beredar dan aku mengikutinya di bilik kuliah. Pintu itu terkuak. Aku mengambil suatu tempat yang agak jauh. Orang-orang bangun menghormatinya...

Kring... [Bunyi telefon bimbitku]

Aku terbangun oleh deringan itu. Astaga! Aku bemimpi rupanya berbual Prof Al-Attas tadi. Aku ingatkan kejadian betul. Mungkin kerana kecewa dengan kegagalan mendapat karya itu, maka ia hanyut ke alam mimpi. Telefon yang masih berdering itu kuangkat. Imran rupanya!

"Duit yang abang nak semalam tu, baru Imran bank-in," katanya lagi. Semalam aku minta duit untuk aktifkan akaun bank. Kami berbual tak lama. Aku bingkas bangun lalu termenung kerana teringatkan mimpi-mimpi tadi.

Cuma tinggal 2 cara untuk dapatkan buku-buku Al-Attas setelah Risalah Untuk Kaum Muslimin dan The Degrees of Existence itu gagal kudapatkan.

Pertama, kena utus surat secara tradisional, supaya tiada lagi perantaraan antara daku dan Prof Al-Attas. Kedua, aku mesti ke Istac, memohon menjadi pustakawan di pustaka Istac!

Petang. Aku tidak fikir hari ini dapat aku selesaikan urusan dengan JPJ untuk perbaharui lesen memandu. Bahan sastera harus segera kuhantar ke pejabat.

Sambil menaip, aku mendapat panggilan Cik Pyan di Rafiya. Rupanya di sana dah tersedia rakan berbual lain; Pak Zain dan Yusdar. Di sana, aku terdengar kisah baru.

"Kak hang dah masuk balik ke Siasah," kata Cik Pyan, memancing rasa ingin tahuku.

"Sapa dia?" ## "Kalsum..." ## "Aik? Dia mai balik? Apa dah jadi dengan kerja lama dia?"

Ya! Kak Som dah masuk balik ke Siasah. Kisah kepedihan hidupnya sedikit sebanyak tercurah di dalam cerpenku dalam Dewan Sastera, Oktober 2008, Doa Pak Sutan Muda.

Soalan menerjah bertalu. Peluru pertanyaan ditembak berpusu-pusu, berlumba-lumba ia keluar berlari-lari memecut seakan-akan berpesta. Membuak-buak pertanyaan membadai dalam diri.

"Dah ada sayur banyak di rumahnya," kata cik Pyan lagi. Aku jadi kagum di tengah kerancakan tawa mereka kepada wanita lingkungan awal 40-an itu yang jujur dalam hidupnya.

Kejujuran yang tanpa batas itu menyebabkan orang-orang akan mengambil kesempatan ke atas dirinya. Dulu, dia ajak aku bela ayam dan kambing. Sekarang, dia dah ada semua itu agaknya.

Daku tiada tanah untuk usahakan semua itu. Aku teringat pula, kalau-kalau di Yala itu boleh ada tanah, boleh diusahakan penternakan dan ladang sayur-sayuran. Huiyyo, kuat aku berfantasi!

Malam. Jie cakap ada orang yang marah kat aku kerana laporan aku dulu. Ia tentang wartawan penyiaran wanita yang sanggup ditiduri. Baru daku teringat panggilan demi panggilan yang tidak aku kenali pagi tadi.

"Tak apa, nanti saya ikhtiar untuk dapatkan kembali rakaman ucapannya jika ada," balasku.

Aku dengar kes wartawan penyiaran yang sanggup ditiduri ini dari seorang rakanku di TV9. Dan aku tidak mahu menulisnya kerana bukan official, sekadar sembang borak kosong.

Satu lagi, aku baru dengar sekali. Dan, aku rasa tidak percaya bila rakanku itu bercerita tentang watak-watak mereka yang pernah menjadi personaliti di tv itu.

Kemudian, ketika mantan wartawan penyiaran itu memberikan ucapan nasihatnya kepada bakal wartawan di UM, memang aku dengar dia cakap, 'memang ada wartawan yang sanggup ditiduri semata-mata untuk dapatkan slot di tv'. Dia cakap tu secara umum.

Jadi, memang aku catat semuanya. Aku fikir, mungkin dia kena marah dengan teman-teman dia agaknya. Hanya, dalam kes ini sulit sikit nak cari dokumen dan bahan bukti percakapannya itu.

Tapi, kalau jumpa balik apa yang dia cakap, nescaya aku 'fight' dan boleh diangkat hal ini sebagai bahan polemik yang berpanjangan! Insya Allah Ta'ala... Ameen...

Najib Razak pengkhianat agama, bangsa
Malam ni juga aku diserang rasa sakit dan kekecewaan yang menyayatkan hati apabila kudengar laporan bahawa Najib Razak setuju KTMB Tanjong Pagar dipindahkan ke Woodlands.

Tempat itu tanah kita sebenarnya. Tempat P Ramlee dan Jins Shamsuddin berlakon dalam filem Anakku Sazali masa P Ramlee bawa lari Zaiton ke Singapura untuk membina hidup baru.

P Ramlee turun kat stesen keretapi Tg Pagar itulah. Bagaimana nak 'fight' hal ni? Nak kena tulis surat kat Jins Shamsuddinkah agar Senator itu dapat bangkitkan hal itu dalam Dewan Negara?

Tapi Mami Mariani cakap kat aku masa di Bistro Saloma dulu, rakannya itu sudah tak boleh juga diharapkan lagi dalam perjuangan membela anak-anak seni.

Ah! Bak kata dan pesanan en Idris of UM-jangan kita cepat sangat memberi jawapan kepada diri sendiri ketika aku rasa lemah nak dapatkan master di UM.

"Cuba dulu, kalau ada rezeki awak, tak ada siapa yang boleh halang awak," katanya. Hmm, daun serai daun gaharu, belum try belum tahu, demikian kata A R Tompel dalam Laksamana Do Re Mi. Hai... Najib... Najib... Awat la hang teruk sangat ni Najib! Haiizz...

Hang tau dak? Hang bagi tanah dekat Singapore tu ertinya hang bagi anah untuk bina kasino. La ni, dah tertegak kasino terbesar di Nusantara, menggantikan Macau, China!

#############################

9 J. Akhir | 23 Mei (Ahad)
Berpagian menyusun tulisan. Ah! Pagi yang membosankan. Pening kepala berjam-jam lamanya depan nettbook.

Petang. Aku keluar mencari makanan. Kebetulan, vaucer Andartu Terlampau ada dalam poket baju. Aku terus meluru ke KLCC. Sesuatu yang bukan aku jangka nak buat hari ini. Tapi...

Di Kinokuniya, aku terjumpa catatan mengenai filem-filem Iran. Ia sesuai dengan penyelidikan master aku, insya Allah. Tapi, hanya tajuk buku-buku. Bukunya tak ada di rak di situ.

Berikut adalah senarai buku-buku yang aku jumpa, tapi buku itu masih tiada di Kinokuniya.

1. Shi'i Islam in Iranian Cinema: Religion and Spirituality in Film (Pak-Shiraz, Nacim)

2. The politics of Iranian Cinema: Films and Society in the Islamic Republic (Iranian Studies) by Zeydabi - Nejad, Saeed.

3. Films of Makhmalbaf: Cinema, Politics and Culture in Iran (Egan, Eric)

4. Film Farsi - Der Film und die Gesellsc haft Irans (by Sadough, Pedram Sadough)

5. Proceedings of the International Workshop on Physics and Technology of Thin Films (edited by Moshfegh, A. Z., Kanel, H. V. Kashyap, Subhash C.)

Tamat catatan dan carianku mengenai buku-buku yang terkait dengan industri perfileman Iran.

Daku bertembung dengan fakta-fakta menarik dalam buku Khoo Salma; sebuah buku yang aku ingin mencarinya sejak sekian lama. Akhirnya aku bertembung di sini.

Aku terserempak dengan Masonic Temple, Yahudi Road dan Western Road. Aku catit semuanya dan aku fikir, hal ini boleh dibuat kajian ilmiah kelak.

Catatan dari buku Khoo Salma
Western Road - "At the turn of the century, the Europeans moved away from the old suburbs of Northam Road and Anson Road, which were being colonised by the Chinese elite, and out to into the countryside around the Residency and the sporting clubs."

"The Westerners transformed the area around Western Road into a country suburb comprising York Road, Scotland Road, Residency Road and part of Macalister Road."

The Western Road Cemetery - Christians burials after the late 19th century took place at the Western Road cemetery. Here are the graves of the Huttenbach Arshak Sarkies, an Armenian mass grave, and a Russian memorial to those who 'sack??' with the Zemschug during the First World War (see also) Jelutong Road, Farquhar Street, Armenian Street and Esplanade for respective mentions).

Masonic Temple - Many of the leading members of the European community in the Straits Settlements were Freemasons.

The Penang Lodges had names like Lodge Royal Prince of Wales, Victoria Jubilee Chapter, Gottlieb Mark lodge and Scotia Chapter.

A prominent Mason was Felix Henry Gottlieb (after whom Gottlieb Road was named), initiated in 1850.

The Freemason's Society was exempted from the Societies Ordinance of 1890, which banned all other 'secret societies'. Today, the lodges are still active and include Asian members. (pg. 173)

Yahudi Road - Jewish Cemetery - Penang had a small community of Jews whom the locals called 'orang Yahudi'. Like the Armenians, they came from India along the trade route. The Jewish Cemetery, which has over a hundreds graves from the 19th and early 20th centuries, is well maintained. (pg. 174)

Source: From Streets of George Town, Penang, by Khoo Su Nin @ Khoo Salma Nasution.

Tamatlah sudah catatan daripada Khoo Salma Nasution!

Rumah Freemason!
Rupa-rupanya, rumah biru - putih yang aku jumpa berdekatan dengan rumah Karpal Singh dulu tu memang rumah Freemason atau Rumah Hantu atau Masonic Temple!

Dulu, aku hanya syak sahaja. Rupa-rupanya sangkaan aku itu ada kebenarannya. Jadi, aku telah kenalpasti dua buah rumah Freemason di Malaysia. Satu di Penang, satu di Danga Bay, Johor!

Alangkah indahnya dunia penyelidik ala Robert Langdon dalam Angels & Demons itu dan dunia penyiasatan ala Sherlock Holmes ini. Alangkah indahnya berangan-angan ini! He... he...

Eureka! Daku sudah berjumpa! Urgh!

Malam. Selesai menonton Andartu terlampau, aku balik. Singgah di Restoren Kg Pandan, daku beli nasi beriani RM3, tanpa lauk. Aku kena tahu macam mana resipi nak buat nasi beriani ni!

Berbual dengan Ridhuan SMM, Chen dan CT S'pore. Ridhuan dah kerja dengan YB Nurul Izzah. Baru aku tahu. Ashraf, PA Izzah yang lama itu anak Pak Khalid IKD, merangkap sepupu Hilman!

Dulu, daku ingat nak jumpa Ashraf untuk serah Rice Without Rain, kalau-kalau Izzah dapat tulis prakata untuk novel itu. Aku harap, bila Ridhuan ganti tempat Ashraf, kerja ini jadi lebih mudah.

Tapi, borak dengan Chen FB yang paling best. Banyak betul yang aku pelajari daripadanya. Dari kisah perjuangan siswa 1945 zaman PKI, komunis era Soe seorang siswa Cina komunis hinggalah zaman Pramoedya. Kisah jatuh bangun HMI dan semua ini menyebabkan aku jadi miskin!

Daku terasa jiwaku semakin kekeringan, kosong kerana kurangnya pengetahuan tentang banyak perkara. Semoga Tuhan lebih banyak menumpahkan ilmu dan cahaya keberkatan menyelubungi diri ini. Sekali gus menghindarkan aku dari dirasuk keangkuhan dan kesombongan dengan sebab bertambahnya ilmu pengetahuan yang aku timba selama ini.

Munajat El-Fansuri
Ya Allah ya Tuhan kami, jadikanlah kami dan orang-orang yang sedang membaca coretanku ini sebagai insan-insanyang tidak pernah meninggi diri dan berlagak sombong dengan ilmu mereka.

Sesungguhnya antara mereka yang telah rebah adalah Iblis, Azazil, imam dan penghulu malaikat yang akhirnya tersingkir daripada rahmatMu kerana sombong dengan kedudukan dirinya.

Sejahterakanlah kami dan lindungilah kami daripada sikap-sikap jelek dan suka menghina orang yang kami lihat tidak berpengetahuan seperti kami. Dan, beri kami kesabaran yang tinggi untuk mengasuh pemikiran, mencerahkan fikiran rakyat dan bangsa ini.

Ya Allah, makbulkanlah segala permintaan suci kami ini. Ameen ya rabbal 'alamin...

Gagal menterjemah The Degrees of Existence
Chat dengan Ct lewat chat FB membuatkan aku rasa resah, marah dan kecewa dengan keadaan. Masalah akan timbul bila banyak sangat 'hijab' dengan Al-Attas. Aku sifatkan hal ini sebagai satu karenah birokrasi dalam usaha mendapatkan ilmu.

Hijab-hijab ini perlu diangkat. Umat dan rakyat masih bodoh kerana diperbodohkan dengan kata wahyu, sabda dan firman politikus bongok dan bengap.

Usaha-usaha pencerahan menyalakan api kecerdasan ini pula telah disulitkan dengan hijab-hijab baharu dalam pencarian ilmu pengetahuan. Hijab semua perlu aku singkap segera!

Tak perlu lagi aku guna orang-orang tertentu. Aku sendiri kena fikirkan sesuatu, fikir satu helah, untuk akhirnya dapat bertemu dan bersemuka dengan Al-Attas sendiri secara eksklusif!

Currently have 4 comments:

  1. ~albazrah~ says:

    Assalamualaikum, Alhamdulillah buku-buku al-Attas sempat saya miliki termasuk dua buah itu. Beli pada tahun 2002.

    2007 saya ke ISTAC mereka cakap dah tak diulang terbit buku-buku al-Attas.Nasib baik ada orang kesian bagi free Islam and Secularism, beli untuk kawan.

    Tapi harap ada lagi la lepas ni cetakan baru.

  1. Waalaikum salam Albazrah,

    Syukurlah saudari diberi kesempatan untuk memilikinya.

    Saya berhajat sangat nak terjemah karya-karya beliau dalam bahasa Inggeris itu ke dalam bahasa Melayu.

    Cadangnya, nak buat rancangan TV sendiri nanti.

    Hari tu, saya ke Istac dan saya lihat mereka kehabisan stok. Tak sangka pula sudah tidak dicetak.

    Mereka kata akan hubungi saya, tp sampai sekarang belum hubungi saya lagi. Mungkin dah benar2 habislah.

    Apa lagi karya-karyanya yang masih ada di dalam simpanan Albazrah itu?

  1. ~albazrah~ says:

    Semoga tercapai cita-cita dan hajat, insya Allah.

    Buku alattas yang saya ada:

    Prolegomena to the Metaphysic of Islam (Dalam ni terkandung pelbagai buku kecil al-attas)

    Islam and Secularism

    Risalah untuk Kaum Muslimin

    The Concept of Education in Islam

    Comments on the Re-Examination of Al-Raniri’s Hujjatu’l Siddiq: A Refutation

    The Oldest Known Malay Manuscript: A 16th Century Malay Translation of the `Aqa’id of al-Nasafi

    The Correct Date of the Terengganu Inscription

    Islam dalam Sejarah dan Kebudayaan Melayu

    Islam and the Philosophy of Science

    The Nature of Man and the Psychology of the Human Soul

  1. Masya Allah,

    Boleh dikatakan lengkaplah jika dah ada buku-buku itu.

    Cuba semak dalam Prolegomena itu. Di situ ada tak kepilan risalah buku dia yang bertajuk The Degrees of Existence?

    Saya pernah semak prolegomena itu di Istac dulu, tetapi tak perasan, apakah The Degrees of Existence ada dalam prolegomena tersebut.

    SPKB sedang membuat usaha terjemahan buku-buku ini.

    Terima kasih Albazrah...