Urusan pengiklanan, sms 014-3233287 @ mel-e ibnuamir@yahoo.com, subjek: Iklan Karya Fansuri
Latest News

2 - 8 J. Akhir | 16 - 22 Mei (Ahad - Sabtu)

Sunday, May 16, 2010 , Posted by nota untuk Syiah at 9:01 AM

8 J. Akhir | 22 Mei (Sabtu)
Kedah bergolak! Sejak tengah hari tadi kudengar berita ini di RTM! Apakah yang sebenarnya berlaku? RTM ni dok main wayang kot?

Ketika taip bebahan, tetiba Don Pon ajak ke Shah Alam. Daku tolak ajakan itu kerana mahu selesaikan bahan-bahan.

"Nanti ajak Don F mai sini," kataku. "Boleh kita pi pekena kat mana-mana di Setiawangsa tu."

Petang. Di SPKB ini, aku susun segala catatan lama. Nampak semakin jelas, tempat letak duduk perkara apabila kita membuat penyusunan.

Ilmu-ilmu ini asalnya tidak didisiplinkan rasanya. Ia turun dari langit dalam bentuk wahyu, rupa paras ilham di kebanyakan negara melalui para failasuf, nabi dan rasul di merata-rata tempat.

Sekarang, melalui universiti, orang-orang bijak pandai mula menyusun atur dan mendisiplinkan ilmu itu. Mungkin, dari sinilah lahir ungkapan disiplin ilmu. Ilmu ini tidak berdisilpin agaknya?

Mereka (ilmu) ini turun secara tidak teratur dan kitalah yang kena wujudkan pengkelasannya.

Malam. Sudah terbuka sedikit sebanyak lorong-lorong gelap dalam fikiranku. Daripada bacaan, dan bebuku yang berserakan di SPKB. Aku dah nampak arah dan hala tuju kajianku ini.

Aku perlu kaji sejarah perfileman Iran. Lalu aku teringat Kaktie yang ada kawan-kawan Iran kat USM di 'school' HBP. Malam ini, aku kirim sms, agar Kakti dapat perkenalkan aku dengan depa.

Malam ini selepas chat dengan seorang rakan di Singapura, aku mengirim e-mel kepadanya agar dapatlah dia menyampaikan hasratku untuk menterjemahkan The Degrees of Existence; karya Prof Naquib Al-Attas itu.

Aku rasa ia ada kaitan dengan kisah Allah bertajalli di bukit ketika Musa a.s mahu melihat wajah Tuhan di bumi ini. Mungkin dengan terjemahan ini, aku boleh faham keadaan alam-alam ghaib yang sebenarnya amat hampir dengan kita, tetapi kita sendiri tidak menyedarinya.

################################

7 J. Akhir | 21 Mei (Jumaat)
Abah call dia dah 'bank-in' check, lalu dia sekali lagi mengingatkan, "Kalau lambat renew di SSM, nanti denda naik lagi..."

Sebenarnya, aku berasa sedikit kesal kerana daku belum dapat lagi bantu abah selesaikan kerumitan dengan MDP. Surat tu

"Memang nak pi la ni, abah," jawabku. Dekat The Mall, rerupanya SSM dah diubah ke aras 16. Selesai urusan, aku turun ke aras 4.

Lepas makan-makan, aku tengok sebuah kedai yang menyediakan khidmat menyewa buku. Aku rasa bagus juga kalau aku buka perniagaan berbentuk khidmat sewa buku ni pada masa depan.

"Kita bagi tempoh sebulan untuk menyewa buku tu," kata penjaga kedai di situ. Aku duduk kat situ tidak lama, kerana 'reminder' di hp mengingatkanku tentang tiket filem percuma yang perlu aku tuntut di Cinema Online hari ini.

Hala nak pi dan balik dari PJ rasa risau saja. Polis dok buat sekatan tepi jalan. Kalau depa mintak tengok 'road-tax' dan lesen motor, 'confirm' kena denda lagi nih! Isnin ni kena 'settle' cepat la...

Tahlil untuk Aminulrasyid
Banyak masaku terluang dengan melengung dekat gerai nasi lemak Balai Polis Dang Wangi. Aku pun teringat nasib adik Aminulrasyid yang mati dibunuh polis.

Kenapa kita tidak buat tahlil besar-besaran atau tahlil kecil-kecilan untuk adik Aminulrasyid kat seluruh negara? Soal orang Wahhabi nak kata bidaah tu, kita jawab kemudianlah.

Yang penting sekarang - selain daripada mengirim pahala kepada arwah dan ibadat kepada kita, ia menjadi tekanan kepada pihak polis juga. Aku rasa nak kena tulis hal ni dalam FB juga.

Mahu menulis dalam jurnal universiti
Malam ni, kutonton A Beautiful Mind di TV2. Membuaklah semangat serta iltizamku nak masuk kampus. Dalam fikiranku, ada banyak idea asing yang perlu dilepaskan.

Apakah Temudgin (Genghis Khan) itu adalah pendiri ajaran Tauhid bagi bangsa Mongolia? Juga, adakah Sang Gedembai itu adalah nabi-nabi Melayu? Juga, Tauhid Muluukiyyah... etc.

Berbual dengan CT tentang idea Prof Naquib Al-Attas. Aku menyatakan hal kesukaran peribadi; sukar memahami banyak idea Al-Attas kerana kebanyakan karya beliau ditulis dalam B.I.

Teringin juga daku nak terjemahkan The Degrees of Existence; martabat-martabat kewujudan. Mungkin, sambil terjemah karya-karya ini, makin bertambah meluas kefahamanku.

Susahnya memulakan sesuatu...
Saat berdepan dengan kajian penyelidikan, bertembung istilah kualitatif, kuantitatif ni, aku mula melihat kekurangan diri dan betapa luasnya ilmu itu.

Tetapi, kenapa ramai yang takbur, mendabik dada seolah-olah dah tahu segala hal lalu menghina orang lain? Semoga Tuhan menjauhkan daku daripada sikap buruk ini.

Timbunan buku tentang media, filem yang tersusun di rak SPKB aku sentuh sepintas. Semuanya dalam BI! Di kampus dulu, daku pernah tegur seorang pensyarah yang banyak minta kami rujuk buku-buku Inggeris. Mereka tak terjemah atau tak bukukan nota kuliah sendiri.

Kiriman e-mel itu menyebabkan dia merajuk. Tak sangka betul aku, emel itu benar-benar sudah menyentap perasaannya. Kalau buat cerpen dan novel ni, sedap juga.

Aku dah nampak sedikit jalan. Bacaan mengenai filem boleh juga dimuatkan dalam jurnal dahulu, (jika pihak jabatan ada jurnal). Dan, secara tidak langsung, boleh aku jadikan ia sebagai proposal?

Err... Sapa yang boleh berbincang-bincang denganku mengenai penulisan proposal ni?

################################

6 J. Akhir | 20 Mei (Khamis)
Dinihari. Akhirnya, tidak lama selepas aku menjemput Suluck ke dalam Facebook dan Gmail chat, maka kami dapat berbual.

Salah satu pertanyaanku yang tidak mudah dijawab Suluck ialah --- apakah Baju Merah itu pro Thaksin? Aku menduga, barangkali juga dia dapat mencium fikiran orang Islam yang anti Thaksin ini.

"Panggil nama saya Fai," kata Suluck lewat chatnya. "Apakah anda ada jaringan dengan siswa di Selatan Thai?" Dia seperti gembira jika aku ada hubungan dengan siswa di sana.

Lalu, aku menyarankan idea, supaya diadakan debat, mesyuarat antara pihak siswa Sosialis Thai dengan siswa Islam di Selatan Thai. Untuk satukan kedua-dua aliran ini, butuh waktu panjang.

Aku bukanlah Nabi Muhammad s.a.w yang dapat satukan Aus---Khazraj sebagai Ansar. Setelah itu Ansar dipersaudarakan pula dengan Muhajirin.

Lalu, aku berangan-angan kalau-kalau aku dapatlah beryaqazah dengan Nabi Muhammad s.a.w, untuk minta fatwa sabda baginda. Kalau adikku dapat mimpi jumpa nabi, aku harap boleh jumpa nabi dalam keadaan jaga. Ameen..

Petang. Hujan lebat, aku terus mengarang. Kilat menyambar. Aku tutup netbook, takut jadi apa yang aku bimbangkan; leptop rosak! Kalau senjata ini rosak, lumpuhlah kegiatanku untuk takluk dunia sejagat ini.

Di laman tamu SPKB ini, tiba-tiba menjengah brader Tabligh yang masuk ke sini untuk seterika baju. Aku teringat zamanku di USM dulu ketika menjadi karkun.

Aku tak pernah lebih 3 hari. Selalunya sehari setengah sahaja. Itu yang dikenakan ke atas siswa.

"Saya baru balik tasykil di India. Kami buat usaha agama dalam 4 bulan. Di Bangladesh, kami belajar tertib," katanya yang berasal dari Pulau Pinang. Aku lupa pulak nak tanya namanya tadi.

Menurutnya, selama 4 bulan di India, musim sejuk. Mereka belajar mujahadah. Bila tiba musim panas, mereka pun balik ke Malaysia. Dia masih seterika baju ketika berbual denganku.

Wah! Tempat ini strategik. Orang Tabligh ada, SPKB ada. Dulu, kolumnis BH pun tinggal di sini, dan beliau orang kuat Umo dan Damai Hadhari. Akhirnya, brader ini pun habis seterika baju.

"Saya baru balik dari India. Lepas ni balik Penang," katanya. Hairan aku, duit dia banyak ker?

"Di India, semuanya ditaja dan kita cuma belajar agama, belajar mengaji Al-Qur'an," katanya. "Kami makan sehari empat kali." Makanan mereka agak mewah juga kalau begitu.

Haiz.. Bilik yang pernah aku tawar kepada Saif of DBP dan NY of BH kini dihuni orang-orang dari jemaah Tabligh. Aku tengok setakat malam ni, dah 4 orang asyik ulang-alik ke bilik tu.

Ya daku rasakan depa memang jadikan bilik tu sebagai tempat markaz, tempat sahabat-sahabat depa berjumpa dan berbincang sekali-sekala. Misalnya brader yang berbual dengan aku ini. Hari ini, baru pertama kali aku menyedari kewujudannya di SPKB ini.

Malam. Selepas hantar bahan, daku chat bersama Mohamed. Dia sebut, pada 2007, antara 90 sehingga 150 kereta kebal masuk dalam Rafah, desanya dekat sempadan Israel-Palestin.

"Nanti saya kirimkan gambar-gambarnya kepada kamu," kata beliau lagi. Bila aku nak masuk ke Palestin dan Israel ni? Nak pi Mekah pun tak lepas! Urgh!

Nimoiz chat, bertanyakan cerpennya yang lama dihantar sejak Februari ke Harakah. Dia hantar ke seorang rakan sekerja yang kini sudah lama meninggalkan Harakah.

Demikianlah jika ingin menjadi penulis. Kena selalu rajin, jangan mudah putus asa. Kena la selalu kemaskini dengan penyunting sambilan yang kerap terlupa macam daku ini, he... he... he...

Kisah Gedung Kuning dan Melayuwiyyat
Cik Idah, penulis buku Gedung Kuning dari Singapura menegur di ruangan chat. Seorang wanita yang tabah, mandiri dan berdikari ketika menghidupkan kenangan ke atas rumahnya yang kini, telah diabadikan oleh kerajaan Singapura sebagai warisan negara.

"Tulislah review mengenai buku saya," katanya lagi tanpa jemu. "Supaya nanti orang-orang di Malaysia akan baca buku saya."

Aku mengiyakan saja. Dulu baru tulis separuh, tapi aku tinggalkan. Sekarang, kalau nak mulakan balik, rasa sulit sikit. Tetapi, aku cuba menulisnya kembali sikit-sikit, insya Allah.

"By the way, macam mana awak tahu mengenai buku saya tu?"

"Saya cari maklumat mengenai Kg Gelam di Singapura, jadi terjumpa buku tu."

Jadi penyelidik bebas sirah Melayu (Melayuwiyyat) terpinggir, memang perlukan bahan bacaan yang menyeluruh. Oh! Untuk pengetahuan kalian - Melayuwiyyat itu adalah juga Israeliyyat.

Tak semua kita perlu tolak. Ada yang betul. Aku dapat ilham menamakan konsep ini setelah aku berdebat dengan NY of BH dekat Kg Pantai Dalam minggu lepas! Sekarang daku di dalam proses menulis tentangnya. Bila siap, aku harap dapat hantar untuk jurnal Kesturi, Atma, UKM, i'Allah.

Abah call
Cek sajak aku di Dewan Sastera bulan ini, 'Ratu yang kemarau cita-cita' rerupanya tiba rumah Pendang. Aku ingat sampai di SPKB. Hal ini menyebabkan aku syak sesuatu.

Jangan-jangan, cek cerpen aku di Dewan Sastera Oktober, 2008 (Doa Pak Sutan Muda) dah tiba di rumah Pendang juga agaknya? Puas aku tunggu di KL belum tiba-tiba juga. Isk! Isk! Isk!

"Cek RM200," kata abah. "Nak abah bank-in ka?" Aku angguk setuju, mengiyakan semuanya.

Tapi, abah cerita satu perkara lagi. "Surat peringatan SSM sampai rumah. Depa mintak renew lesen perniagaan Garap Maju Enterprise. Ali dah kena denda RM20."

Huh! Renew lesen RM60. Kena denda RM20. Jadi, RM80. Lesen tamat 29 April lalu. Aku lewat. Inilah padahnya jika kelewatan.
Tak pasai-pasai kena denda RM20. Urgh!

Hujung bulan ni masuk hono cerpenku kat Jalan Telawi insya Allah. Demikianlah kata editornya. Jadilah... ini caranya orang-orang macam kami mencari makan.

################################

5 J. Akhir | 19 Mei (Rabu)
Sepatutnya, hari ni aku ke S'pore kononnya untuk melihat peluang baru. Juga, perlu baharui lesen memandu atau baharui lesen Garap Maju Enterprise.

Tapi, oleh sebab pelajaran, kutinggalkan semua - hidup perlu fokus!

Ke UM berjumpa Dr Abu. Hasil perbincangan-kami capai keputusan, iaitu tajuk kena ubah, filem Islam, suatu kajian terhadap filem Iran. Waduh, bukan senang yer nak sambung pengajian ni?

Huh! Terpaksalah daku mencari girl-friend Iran pulak dah lepas nih untuk memahami dialog kat dalam filem-filem Iran itu. Ahem!

Aku tertarik ketika Dr Abu membacakan kenyataan yang ditulis oleh Abdul Kadir Adabi, seorang tokoh termasyhur di Kelantan. Catatan ini ada hubungkait dengan jurnalis.

"Nah, dia dah guna pun istilah jurnalis!" katanya. Riak wajahnya tampak gembira dengan segala penemuan itu. Aku pulak garu-garu kepala, siapakah Abdul Kadir Adabi ni?

Lama-kelamaan baru la aku faham tempat duduk segala perkara. Dia tokoh intelektual
Pas yang terbilang suatu ketika dahulu. Lapis-lapis muda macam aku ni tak tahu sangat.

"Bincanglah dengan kak Wan, tentang contoh proposal tu," katanya saat merumus hal aku itu.

Hizairi hilang?
Dalam bilik tadi, kak Wan meminjamkan beberapa buku untuk memudahkan penulisan proposal tajuk baru berhubung filem Islam yang merujuk filem-filem Iran itu.

Dalam usaha menunaikan haji ke Mekah ke jalan darat (Laluan Sutera) hingga ke Iran, mungkin kena mut'ah sat dalam dua, tiga bulan untuk buat tesis dan kajian penyelidikan. Kah! Kah! Kah!

"Huh, mengarut hang ni," kata Kak Wan. "Sorang pun tak dapat lagi."

Kisah cerpen Dr Abu yang dah menang sampai RM33,333 itu akhirnya menjerat bualan kami ke suatu daerah lain. Zaman itu, Hizairi, FT pun masuk pertandingan yang sama dengannya.

Jadi, aku tanya kak Wan, kisah kehilangan Hizairi itu. Tapi, apabila dia cerita A - Z, daku terfikir, tidak dapat kulemparkan coretan gelap di sini. Tapi, sekurang-kurangnya, sudah ada big picture yang mungkin tersasar. Menjadi tabiatku untuk tidak mencoretkan hal yang aku was-was.

Bagaimanapun, kes ini menyebabkan daku terasa ingin menjadi seperti Sherlock Holmes pula ;)

Malam
. Chat dengan Pong di London, Panny di Bangkok dan S of Canada. Berbagai ragam cerita yang aku terima. Debat dengan S sampai termasuk, terkeluar tajuk.

Semua itu menguji kesabaran hati, meningkatkan keteguhan jiwa. Panny berkata, suasana dekat Ratchaprasong, Central dan Sukhumvit makin gawat ekoran keganasan tentera yang siang tadi.

Manakala Pong memberi aku maklumat baru yang berguna. Ia mengenai orang baru yang perlu aku hubungi untuk membuat kerja-kerja reform!

"Hubungi Suluck," kata Pong. "Dia bersama
Student Federation of Thailand."

################################

4 J. Akhir | 18 Mei (Selasa)
Aku kirim bahan untuk dipakai malam ini. Entah diterima atau tidak, entahlah. Banyak masaku terluang di SPKB. Hujan lebat turun mencurah-curah melimpahkan pengertian yang mendalam ke dalam benakku mengenai garis-garis kenangan dalam kehidupanku yang lalu.

Daku mula berangan-angan mahu mengelar daging sejarah kehidupanku kepada tiga bab, zaman kampus, sekolah menengah dan sekolah rendah, kalau-kalau ini boleh dijadikan 'proposal'.

Hujan masih lebat, tapi makin lebat juga hati dan perasaanku saat ini saat mengenangkan betapa saratnya bingkisan kehidupan melarat yang mendewasakan diri ini.

Dengan belenggu kesusahan, kerumitan dan kesukaran, aku mampu membangunkan kepayahan itu sehingga menjadi coretan pengalaman lewat blog ini. Jikalau dicetak semua yang aku tulis ini, dah berapa timbunan kertas agak-agaknya ya?

Hujan telah berhenti. Matahari beredar ke pembaringan. Aku harus segera bersiap menuju JPB. Di sana, ada bebanan tugasan yang menanti.

Aku dah 'takluk' dua ruangan Sastera!
Semalam, Mr Lanh dah jawab mel-e, malah sempat kami berbincang mengenai hal itu. Mr Lanh tiada masalah jika aku nak menyelia ruangan tersebut pada hari 'deadline' Isnin (edisi Jumaat).

"Syeikh mula Isnin minggu depanlah," katanya. "Sebab saya dah masukkan bahan dah tadi."

Syukur! Aku senyum senang hati. Jika dengan pintu rundingan kita boleh luaskan jajahan takluk kita, maka pintu rundingan itulah yang terbaik digunakan.

Dulu, sampai berperang nak merebut ruang bahan H Daily. La ni, ruang makin terbuka luas. Dan seteru-seteru semakin berkurangan. Allah bersama dengan orang yang sabar...

Dalam kes perang Baju Merah dan tentera Thai di Bangkok, aku tak fikir, pintu rundingan masih terbuka. Tapi, rundingan antara pimpinan Melayu selatan Thai dengan Baju Merah mesti ada.

Hal ini, yang masih dalam kajian, renungan, tenungan dan menunganku. Mampukah daku untuk menyatukan antara kedua-dua kelompok Islamis Selatan Thai dan Sosialis di Bangkok ini?

################################

3 J. Akhir | 17 Mei (Isnin)
Dinihari. Bila aku keluar bilik SPKB menuju ke laman ruang tamu, aku terlihat dua pucuk surat. Satu bil TM Net, keduanya dari UKM.

Bila kubuka, rupa-rupanya aku telah ditawarkan menjadi jurulatih kepada program Permata Pintar yang berpusat di kampus itu.

"Anda ditawarkan elaun RM1,400 bagi tempoh 4 minggu (seminggu untuk bengkel latihan kepada jurulatih dan 3 minggu untuk melatih para peserta)," demikian petikan isi surat itu.

Ah! Rosmah Mansur! Aku sudah capai ruang untuk menuju kepada ruang kehidupan Bik Mama!

Pagi. M
endapat kiriman sms Ummu mengenai novel-novelnya. Aku tidak pandai agihkan waktu untuk menulis novel macam orang lain. Entah bilalah aku nak mengarang novel pulak ni?

Aleeya of S'pore membalas kiriman sms aku semalam. Dia setuju jika aku menelefonnya untuk dapatkan kerja sambilan itu. Hmm..apa bentuk pekerjaannya itu, tidaklah dapat kupastikan lagi.

Shukor, adik ipar aku call dua kali. Ada hal mustahak barangkali.

Daku sedang mengkaji peta Jala yang aku 'download' semalam. Ada 8 mukim. Ertinya, aku kena lantik 8 Ketua Biro untuk Jala Merdeka atau Jala Post. Aku kena kaji apakah yang terjadi dalam tiap-tiap mukim itu. Ada 341 desa. Hmm... Banyak yang aku kena kaji lagi ni.

Petang. Daku keluar menuju ke pejabat Masjid Jamek Kg Baru-bertanyakan soalan kalau-kalau ada pustaka masjid seperti yang dicakapkan oleh Amir M'siakini itu.

"Ada perpustakaan tu," kata pegawai masjid di dalam bilik itu. "Tapi, untuk apa ya?" Dia tanya dengan lemah lembut.

"Err... saya nak baca buku-buku di situ..."

"Oh, tapi perpustakaan tu, kita tak buka untuk orang awam..."

Prang...!!! (Bunyi kaca pecah, bagaikan terhempas ke lantai. Ia bunyi nada aku dilanda kaciwa!)

"Jadi, ia untuk kegunaan siapa?"

"Perpustakaan itu untuk kegunaan rujukan tok-tok guru sahaja."

Pustaka tak boleh eksklusif
Adus! Dah jadi eksklusif pulak pustaka masjid ni. Bagaimana harus kumulakan usaha untuk ubah fikiran ahli-ahli qaryah masjid di sini?

Kekaciwaan ini kurawat terus di gerai nasi lemak berhampiran Balai Polis Dang Wangi. Di sinilah, aku merawat rasa sengsara derita batiniahku.

Aku teringat pustaka Hamzah Sendut di USM. Nak masuk pun kena pakai name tag. Jadi, sukar untuk pelajar nak akses, capai maklumat. Urgh! Urgh! Urgh!

Aku berasa syok sendiri ketika nama pustaka USM itu diubah namanya kepada Hamzah Sendut. Masa aku di Berita Kampus, aku temu bual Fatimah Busu.

Dia menceritakan pengalamannya dengan NC mereka, Hamzah Sendut. Betapa tokoh itu raikan cerpen beliau yang mengkritik kekurangan USM saat itu.

Hamzah dengan lembut dan tenang bercakap kepada Fatimah tentang masalah dana di kampus itu, sehinggakan menyulitkan pengajian mereka di dewan kuliah itu.

Hamzah cermat kepada pokok-pokok dan tumbuh-tumbuhan. Segala yang dipuji Fatimah Busu, aku catatkan dalam wawancara di Berita Kampus. Apabila wawancara itu tersiar, ia mengundang banyak persepsi. Di pihak HEP, memang mereka berbulu sebab aku sindir depa secara tersirat.

Dan, selepas tersiar wawancara, rencana itu juga, daku lihat NC Dzulkifli Razak mengubah nama Perpustakaan Utama USM kepada Perpustakaan Hamzah Sendut. Ya, hal ini menyebabkan aku rasa syok sendiri sampailah ke hari ini.

Lubang jubur Saiful Bu___i akan terkemut-kemut ketika jawab soalan Tuhan?
Sedang menikmati nasi lemak, aku terfikir sesuatu. Dalam surah Yaasin, ayat 65, ada disebutkan lidah bungkam, tangan berbicara dan kaki menjadi saksi ke atas setiap amalan kita di dunia ini.

"Jika tangan berbicara, kaki berhujah menjadi saksi, adakah lubang jubur Saiful Buk____i itu akan terkemut-kemut saat menjawab soalan di mahkamah akhirat kelak?" begitu aku terfikir.

Entahlah, nanti aku catitkan nota kuliah SPKB dan aku cuba masukkan dalam Facebook. Tengok nanti, apa jawapan orang-ramai terhadap persoalan itu.

Menjawab soalan ke Mekah lewat jalan darat
Bila aku tiba di JPB, tiba-tiba Mat Khalil bangkitkan hal aku nak pi Mekah ikut laluan darat. Soal basikal lipat menjadi kekeliruan di sini. Aku fokuskan balik bahawa aku akan melalui jalan darat.

"Basikal lipat, keretapi, bas adalah antara pengangkutan darat. Jadi, tiba-tiba kita sampai suatu tempat yang tiada bas dan keretapi, jadi basikal tu boleh kita gunakan," jelasku lagi.

Aku takut, depa lihat ini adalah usaha untuk pecah rekod macam Guinness Book of Record, atau seperti berenang ke Selat Inggeris, tawan Gunung Everest dan sebagainya lagi.

Pegi Mekah adalah untuk menunaikan haji, rukun Islam terakhir. Aku tak sanggup tunggu 2030 dalam keadaan kita tak tahu tempoh ajal kita yang tak menentu.

Jadi, dengan cara ini, setidak-tidaknya, daku akan tunaikan haji 2 kali seumur hidup, satu dibuat lewat jalan darat, dan satu lagi dengan LUTH, insya Allah.

"Ada 11 buah negara, jadi ada 11 kawan yang kita kena jumpa sepanjang perjalanan itu untuk bawa saya ke negara-negara berikutnya," demikian kataku kepada geng-geng Harakah ini.

Perjalanan itu melibatkan jarak sebanyak 15,000km (pergi sahaja, kalau tak silap). Ia mesti ada perbincangan demi perbincangan sebelum betul-betul nak ke sana.

"Dan, tak mustahil kena mut'ah!" kataku lagi. Mai tang bab ni, depa pecah gelak sama-sama.

Depa kata, kena guna Najib Razak juga. Rosmah tu mesti ada, mudah nak dapat bantuan, begitu kata Kak Sal. Aku tolak, "Kita hidup jangan bertuhankan Najib, Rosmah."

Dendamku kepada Najib, Rosmah masih belum terubat. Ada lah sebab kenapa daku berdendam dengan depa ni. Habis sesi debat dengan geng Harakah tadi, aku duduk termenung berfikir.

Sebelum ni, aku pernah nak buat persatuan 1Malaysia dengan Saif of DBP, NY of BH dan Nizam Shah. Hasratku terbengkalai kerana aku dapati namaku keruh, demikian menurut satu sumber.

Akhirnya, rencana untuk 'ambil' duit Najib di atas nama 1Malaysia itu tidak berhasil juga. Tetapi, ada hikmahnya juga. Ini kerana, tak lama selepas itu, timbul isu 1Malaysia dengan Apco Yahudi.

Fuh! Mujur projek 'merompak' duit Najib atas nama 1Malaysia tu tak jadi. Kalau tidak, daku pun bersekongkol
sekali dengan Yahudi Zionis dalam hal merosakkan negara ini.

Aku teringat tawaran untuk jadi jurulatih Permata Pintar semalam. Ini projek Rosmah. Mungkin boleh gunakan peluang ini untuk pergi ke Mekah, menggunakan jalan, laluan darat?

################################

2 J. Akhir | 16 Mei (Ahad)
Pagi. Aku tak pi bengkel teknik penulisan surah Yusuf kerana ingin menyiapkan bahan-bahan untuk esok.

Hari ni hari guru. Baru aku teringat. Jadi, aku langsung buat sebuah blog SPKB untuk meraikan kelahiran sekolah pemikiranku itu.

Umat ini perlu didedahkan siapakah guru bangsa? Guru bangsa tu sebenarnya apa dan siapa?

Tengah hari. Takdirnya TV2 siarkan filem Tamil yang berkaitan guru-guru dan sekolah. Daku ambil peluang ini untuk bangkitkan kesedaran umat terhadap betapa pentingnya kerjaya guru di FB. Aku nampak potensi FB ini sangat kuat sekali. Tanpa sekatan!

NY sms, "Sedara, cerpen dalam Harakah pendek sangat. Kalau pendek boleh aku hantar." :) Aik? Dia perli aku ker, hapa nih? Ya, aku sendiri tengah runsing, pening memikirkan hal ini.

Tak ramai orang mengetahui hal-hal kesuntukan seperti ini. Kepada siapa aku mahu berbicara?

Kebetulan juga, ketika menggodam FB sambil mengetuk bahan-bahan ini, Kak Zack chat kat FB, cakap hal yang sama. Tetapi paling best ialah dia berterus terang tanya, "Kalau saya nak hantar bahan kritik PKR boleh tak?"

Aku jawab, oke jer. Lalu, berlangsunglah sidang memuji nama aku. Hatiku kembang semangkuk!

Sastera Harakah sudah ada kemajuan dan peningkatan!
Sebetulnya, aku telah melihat sastera Harakah sudah mencapai kemajuan. Rakan-rakan Nimoiz, Aidil, geng-geng MPR yang dicetak oleh DBP dah mula kirim puisi protes lewat akhbar ini!

Aku fikir ia memerlukan masa untuk orang berasa yakin dengan ruangan yang kita jaga. Barulah orang akan cuba hantar bila depa tengok kawan depa pun dok hantar sama. Ini teori aku saja!

Malam. Aku rasa gembira kerana Prof Sri menerima jemputanku dalam FB. Tapi, dalam masa yang sama, rasa kaciwa juga oleh kerana perkara lain.

Perjanjian kontrak sosial dengan pasukan Baju Merah itu tidak mudah dilakukan. Daku suarakan hasrat membentuk pasukan tu di sini untuk menimbulkan kekecohan dan meriakkan gelombang chaos. Tapi, menurut kata Prof Giles...

"PSM sudah buat demonstrasi itu April lalu," katanya. Baru aku teringat, pensyarah itu sosialis. Dia tentu ada hubungan erat dengan perkumpulan dan partai-partai sosialis seluruh dunia. Kena tukar kepada pelan lain nampaknya.

Sudah ku'download' peta Yala
Aku telah 'download' peta ringkas Yala yang menunjukkan 7 mukim di dalamnya dan melibatkan 341 buah kampung. Hmmm... Aku kena ada pejabat khas untuk buat rancangan strategik ni.

Esok, daku rancang nak pi pejabat masjid Kg Baru dan lihat semula apakah benar pustaka masjid itu dah ada? Ish, kalau betul ada pustaka, la.. la.. tu juga aku isytiharkan pejabat SPKB kat situ!

Malam ini, kugodam Facebook lagi seperti biasa. Daku ternampak kiriman orang besar PTS yang kembali mengulas isu penerbit menipu penulis & penulis menipu penerbit. Rasanya acara forum Dom (Dialog Orang Muda) itu mesti betul-betul memperhalusi isu ini.

Ke, depa dah mula hilang semangat atau mungkin gerak kerja berkurangan ekoran masa mereka dah makin berkurangan kerana ditelan arus kesibukan berpanjangan!?

Currently have 0 comments: