Urusan pengiklanan, sms 014-3233287 @ mel-e ibnuamir@yahoo.com, subjek: Iklan Karya Fansuri
Latest News

26 R. Akhir - 3 Jamadil Awwal | 11 - 17 April (Ahad - Sabtu)

Sunday, April 11, 2010 , Posted by nota untuk Syiah at 1:38 AM

3 Jamadil Awwal | 17 April (Sabtu)
Pagi. Kepala diserang rasa pening semula. Ingatkan dah kebahlah pening kepala semalam. Tapi, kesakitan ini datang semula.

Kepala masih berdenyut-denyut. Ia seakan menyucuk setiap urat di dalam kepalaku. Urgh!

Ada ubat sinsei, ubat tradisional Cina tak yang boleh kurangkan ketegangan yang menyucuk ni?

Petang. Operasi download OpenOffice selesai. Ms Word kena ada kunci password. Susah mahu buka untuk buat suntingan. Kuharap, dengan pengisian ini, suntingan buku PJ akan mudah siap.

Aku wakafkan banyak waktu petang ini di masjid dan tawaf sekitarnya sambil merenung apakah lagi ikhtiar yang boleh kulakukan guna meredakan ketegangan di kepala yang kian menyucuk.

Antara yang terbangun di ingatan ialah buat bekam, bekam angin. Mungkin itu boleh membantu agaknya. Hendaknya saudara jangan berkompromi dengan kesihatan. Hasan al-Banna berpesan, cepat-cepat ke klinik untuk memeriksa kesihatan kita sendiri.

Apa yang terjadi pada sahabatku yang akan dibedah di HUKM baru-baru ini amat menginsafkan diri ini. Aku semak kitab yang dia hadiahkan kelmarin lalu terjumpa Hizbul Bahri, Hizb An-Nasr, Ratib Al-Haddad. Aku sarankan lewat sms, agar dia amalkan sebelum pembedahan.

Gunting rambut, kalau-kalau rambut panjang ni punca pening kepala. Tak berkesan juga. Maka, aku beli koyok atas nasihat seorang pekedai di sini. Malam ni aku cuba, tengoklah macam mana.

######################

2 Jamadil Awwal | 16 April (Jumaat)
Pagi. Demam masih membalut tubuh. Tapi aku rasa tak nak guna panadol, sebab tak ingin tubuh dirasuk bahan-bahan kimiawi. Sesekali terlelap dan bangun balik.

Hari ini aku terfikir ke Putrajaya, KPT untuk ambil borang sambung mengaji di Indonesia. Tapi, keuzuran, demam dan pening kepala ini masih kuat. Aku kena tunda ke hari lain, insya Allah.

Alo kirim sms, "Baru lepas jumpa pakar bedah. Diabetik teruk. Buah pinggang masalah. Kena stabilkan dulu. Masuk wad minggu depan, selama seminggu sebelum operate, di HUKM. Risiko agak tinggi tapi wajib buat bypass. Doakan insya Allah. (ALI, MAILAH KE RUMAH, ELOK PTG NI. ADA WASIAT2 PENTING.)"

Tengah hari. Polis berkawal di Masjid Jamek Kg Baru. Hatiku diselubungi rasa hairan. Selepas solat, lepak di sebuah warung, lalu seorang brader ala Tabligh kata, ada kaitan dengan Yahudi.

Aku menduga, ia mungkin berkaitan dengan Apco Worldwide. Kalau benar, bersyukurlah kerana bangkit juga kesedaran mengenai Apco yang isunya banyak ditenggelamkan media perdana.

"Apco tu apa?" tanya brader Tabligh itu. "Baru saya tahu benda-benda ni."

Kasihan sungguh pada orang awam. Mereka ini tiada pendedahan maklumat. Lalu, aku pun cuba terangkan sedikit sebanyak maklumat untuk orang awam yang ketinggalan ini. Sedikit sebanyak aku dapati, dia sudah mendapat gambaran kasar.

Brader Tabligh itu berminat sungguh berbual mengenai dajjal, Freemason. Ada banyak juga aku dapat maklumat daripada buku berhubung dajal, Freemason yang dibacanya itu.

"Sebenarnya, ada lelaki misteri yang mendalangi semua tamadun sebelum ini. Apabila Barat buat kajian akhirnya mereka jumpa watak lelaki misteri yang sukar dikenalpasti.

"Mungkin lelaki misteri itulah dajal. Ada dua qaul, pertama dajal ni hidup sejak zaman Nabi Nuh dan kedua, dia hidup sejak zaman Nabi Sulaiman," jelasnya dengan penuh minat.

Namanya Fahmi. Barangkali, dengan sebab aku menjadi pendengar yang baik, kami jadi kawan. Rupa-rupanya, pejabatnya di Jalan Yap Ah Shak, tempat Melayu hadhari berpoya-poya!

"Di sebelah pejabat saya di Jalan Yap Ah Shak itu ada semacam pertubuhan, yayasan membaca al-Quran. Dan, hal itu mungkin jadi 'check and balance' ke atas acara maksiat pada setiap malam minggu.

"Kadang-kadang, saya ternampak ada artis yang berlakon pegang watak baik dalam drama dan filem, pakai tudung, tapi malam itu merekaa berpeleseran di situ," katanya.

Aku berazam menyimpan niat untuk mengunjungi tempat bacaan al-Quran tu. Sejak dahulu saat 'berfoya-foya' sendirian, aku selalu melihat bahawa kawasan ini bakal daku ubah menjadi medan gelanggang zikrullah. Tapi, aku tak tahu harus dimulakan daripada mana?

Sekarang, setidak-tidaknya Tuhan mengirim aku seorang kenalan yang menyuntik maklumat ke dalam diri ini. Oh Melayu bangsa penghulu, bilakah kalian mahu meninggalkan kebejatan ini?

Petang. Ke library. Hantar buku-buku. Kemudian aku lakukan pencarian Risalah Untuk Kaum Muslimin, karya Prof Dr Syed Muhammad Naquib al-Attas.

Tapi, sampai ke sudah, aku tak jumpa! Ya, walaupun menurut pengkalan data, ada sebuah lagi di situ. Orang jenis macam mana yang suka sorok buku ni agaknya? Buku berharga pulak tu.

"Mungkin ada orang yang letak di rak lain. Ada juga orang pinjam buku ni sejak 2005, dan tak pulangkan lagi," kata pustakawan itu.

Hatiku patah dan kaciwa kerana gagal mendapatkan buku Al-Attas itu. Aku teruskan perjalanan ke rumah Alo di Ampang, kerana menyahut seruan smsnya tengah hari tadi.

"Tolong bagi katasemangat dan perangsang sebelum ana masuk pembedahan ni," katanya.

"Bacalah Qulhuwallah sebanyak-banyaknya, dan buatlah perjanjian dengan Tuhan," kataku.

Aku ceritakan juga pengalaman membuat perjanjian dengan Tuhan dalam kes melawan HEP dan sewaktu masuk peraduan puisi DBP sehingga Balada Burhan Di Kota Raya meraih tempat ke-2.

Bila kita buat perjanjian dengan Tuhan, hati kita jadi lebih mantap dan kejap. Itu yang kurasa.

Dalam bualan itu dahan kedegilanku akhirnya dipatahkan oleh Alo. Dia suruh daku telah panadol juga. Alasan supaya tubuhku tidak dicemari kimiawi akhirnya ditumbangkan.

"Enta demam biasa saja ni, boleh ja makan," katanya. "Yang tak boleh makan tu, ialah orang yang sampai segenggam ubat dia terpaksa makan."

Rakan-rakan yang dikasihi. Jagalah kesihatan anda kerana sesungguhnya ia tidak ternilai harga.

Lepas telan dua biji panadol, rasa menyucuk itu hilang perlahan-lahan, tapi daku tidak tahu akan bertahan sampai takat mana kekuatan panadol ini.

Sehebat-hebat manusia terpaksa juga dia bergantung dengan makhluk Allah yang kecil-panadol.

Malam. Patah balik ke JPB. TMJ mintak daku isi ruangan halaman 31. Pak Abu pun dok tanya, sejak Alo sakit dan tak boleh menulis ini, apakah aku boleh ganti ruangan itu?

Aku angguk, menyanggupi tugasan baru itu. Maka, bertambah satu lagi bebanan selain ruangan sastera. Aku tulis peristiwa petang tadi ketika berbual dengan Alo di rumahnya sebab dah tiada idea lain.

Malam ini, suatu ketika dahulu adalah malam daku 'berfoya-foya' di Jalan Yap Ah Shak, melihat gelagat Melayu hadhari berpeleseran.

Lani jangan cari pasal. Sejak pulang dari Tg Tuan, aku dapat rasakan Tuhan bayar 'cash' kat aku. kalau aku buat perangai sikit sahaja. Misalnya, demam yang sedang aku hadapi ini.

Eloklah tu. Aku pun dah tua. Banyak-banyaklah bertaubat. Lagi pun, setidak-tidaknya, aku dah tahu bahawa di situ dah ada tempat membaca Al-Quran yang jadi pendinding kepada turunnya bala ke atas umat yang berpeleseran di situ setiap malam hujung minggu!

######################

1 Jamadil Awwal | 15 April (Khamis)
Pagi. Tiada bermaya diri ini. Tubuh rasa panas. Dalam renungan, tenungan dan menunganku, jiwa yang asalnya dingin ini, telah pun tercemar dengan kegiatan pencemaran rohani mutakhir ini.

Hari ini pulak kena susun bahan sastera di JPB. Rakan-rakan, doa untukku agar semuanya beres. Terima kasih... :(

Aduh! Demam kecil menyerang. Peningnya kepala... lesu dan longlai tubuhku. Urgh!

######################

29 R. Akhir | 14 April (Rabu)
Dinihari. Daku terasa ada sikit perubahan pada jiwaku. Perangai aku yang asal sejak dahulu, kurasakan dah mula bertapak.

Rasa malu serta takutkan godaan kaum Hawa mula menebal sejak kembalinya dari Tg Tuan.

Tapi, aku rasa hal ini memerlukan waktu juga untuk berubah. Seorang minah yang asyik perhati diri secara curi-curi di Burger King dekat Ikea, The Curve ini mula mendebarkan hatiku. Tuhan ini sungguhlah Dia mahu menguji diri ini.

Aku pun bukan boleh sangat bila pompuan usha-usha diri ini. Tapi, entah kenapa aku jadi sangat banyak merenung, pendiam dan banyak memikirkan keadaan? Agaknya aku letih kot? Mungkin aku perlu seminggu lebih untuk kembali 'pulih' daripada keadaan ini.

Pagi. Di Karangkraf
Shah Alam untuk temuduga sebagai editor buku. Aku calon terakhir. Ramai aweks lalu-lalang di sini dengan mekap tebal, juga model-model tapi tiada daku peduli. FOKUS!

Apatah lagi, semangat Tg Tuan masih melekat ke dalam diri. Mungkin selepas 40 - 44 hari, daku akan 'pulih' dan 'kebah' macam biasa kot. Lepas tu, aku terpaksa menuang minuman rohani balik ke dalam jiwa yang gersang keimanan dan kontang ketaqwaan ini.

Pabila diri ini melangkah pergi, sudah jam 11:00 lebih barangkali. Puan Sri Diah dan rakan beliau yang tiada daku kenali namanya itu mula menemubual diri ini.

"Haa... orang laki selalu macam tu" katanya ketika melihat salinan sijil yang daku pegang tanpa ada sebarang pembalut. "Belilah folder satu, transkrip akademik awak, barang berharga tu."

Aku diam dan sengih sahaja. Temannya itu kemudiannya berkata. "Perkenalkan diri..."

Aku pun berceritalah mengenai apa yang pernah aku buat selama ini. Tetapi, bab yang aku suka ialah ketika Kak Sri berminat mengetahui akan hal terjemahan novel bersiri di Harakah.

"Ia cerita tentang apa?" Kak Sri mula bertanya tentang Minfong Ho itu. Minfong tu dok mana? Bagaimana daku boleh kenal Minfong. Kenapa minat terjemah novel itu. Apa yang menyebabkan aku berminat terjemahkan novel itu?

Hal itu membuatkan daku bercerita dengan lebih semangat dan berkeyakinan lagi. Aku terpaksa keluar untuk fotostat semua salinan sijil kerana tiada kesempatan berbuat demikian sejak balik dari Tg Tuan. (Chewahh... alasan, kukuh sungguh!)

Tengah hari. Makan di Mancongkam dan selepas fotostat sekitar kedai di situ aku terus serah ke editor Nona, 'by hand'. Tiada pilihan orang yang sepatutnya aku jumpa, tak dapat dihubungi.

Masa selak, belek sijil-sijil itu, aku terserempak dengan sijil yang kudapat masa pergi Samarinda, dalam acara Mastera - DBP dan Balai Pustaka, 2007.

Di sijil-sijil itu, ada pengesahan Gabenor Indonesia. Serta-merta ingatan melencong kepada syor rerakan agar aku minta pengajian di Tanah Jawa itu. Kalau tak sempat ke Putrajaya esok untuk minta peluang itu, maka Jumaatlah aku coba pergi, inso Alloh!

Aku beleh-belek lagi sijil-sijil itu, ya baru aku faham sikit apa rasa Pak Zahari Hasib jika puisinya tidak tiba di meja yang sepatutnya. Lepas ni, aku kena jadi macam Pak Zahari jugaklah.

Kena beli gula-gula, taip sedikit nama daku dan nyatakan nama SPKB di gula-gula itu. Lalu, daku akan telefon bertalu-talu, biar nama aku bergegar, berkumandang dalam kepala mereka.

Ke UiTM Shah Alam, bertemu Don F. Dia meninggalkan aku di sini, di sebuah makmal komputer untuk aku bereksperimen dengan peralatan kemudahan di sini. Di sini juga daku terlelap.

Jaga dari lelapan, aku try call pejabat Karangkraf. Orang yang sepatutnya aku hubungi tiada dan seorang lagi ada 'discussion'. Aku kena jadi Pak Zahari Hasib sekarang. Kena patah balik pejabat. Lalu, memastikan semula agar dapat bertemu editor Nona dan orang-orang kat situ.

Aku juga kena tiru suara serak-serak basah ala Pak Zahari Hasib "Assalamualaikum... saya Ali Bukhari dari Kg Baru laa... adakah diterima surat-surat dan salinan sijil saya itu?"

Gula-gula itu, nantilah aku pergi beli. Sekarang, hanya perlu bawa diri dan air liur saja dulu. Aku perlu guna cara ini untuk jumpa tok imam masjid Yala termasuk tentera, polis Thai di Yala juga.

Kini wajah Pak Zahari, Pak Jawahir, ibu bapa serta sahabat yang pernah daku terhutang dengan mereka. Semoga Allah memudahkan urusan daku menggunakan masa-mana yang masih ada ini untuk menyelesaikan keinginan mereka terhadapku.

Juga, masih ada sedikit urusan rerakan di EP yang perlu aku selesaikan dalam masa terdekat ini. Ya Allah, berbekal jiwa helang Tg Tuan, semoga aku berhasil menjelajah bumiMu ini. Ameen...

Malam. Dalam perjalanan pulang, aku ke TGV Capsquare, menonton Clash of the Titans. Kisah dewa-dewa yang mana manusia di bumi sedang membangunkan protes ke atas mereka.

Ketika inilah bahasa Latin mencapai puncak kemajuannya barangkali. Orang-orang Arab sudah pun menelaah buah fikiran yang ditulis dalam bahasa Latin lalu mereka memindahkannya dalam ruang tamadun Islam.

Semua khazanah pengetahuan ini berasal daripada cerdik pandai Socrates, Plato, Aristotle yang mendokong ajaran Tauhid, lalu mereka dibunuh.

Sehinggalah kini falsafah dianggap sesat kerana watak-watak ahli falsafah itu kerap dihubungkan dengan amalan paganisme; sembahan Zeus, Poseidon dan dewa-dewa sebagainya.

Sejak dulu, aku terfikirkan dewa-dewa ini bukannya Tuhan, mereka ini asalnya orang soleh yang dok bertapa, berkhalwat di atas gunung-ganang.

Syahadan dalam Misteri Nusantara masa aku di Hotel Highway di Hentian Tol Seremban malam itu, ada penganut Hindu sebut 'dewa-dewa' dan 'wali-wali'. Jadi, dewa bukan Tuhan, tapi wali.

Ada kalangan mereka ini ghaib, lalu dipanggil sebagai rijalul ghaib. Mereka tidak patut disembah, tetapi mereka boleh hadir membantu kita jika mereka mahu membantu.

Ada faktor-faktor yang menyebabkan mereka akan membantu. Mungkin kita ini orang baik dan selalu sedekahkan Al-Fatihah kepada mereka.

Maknanya SPKB berpendapat-adapun Zeus dan rakan-rakannya itu asalnya pendeta, mahaguru kerohanian, pertapa, wali-wali di Gunung Olympus. Dia dan rerakannya, akhirnya bersemadi di sana dalam suatu alam lain setelah berjaya mencapai darjat dan maqam teragung di sisi Tuhan.

Kemudian...lahirlah sekelompok sesat dan pembangun faham agama baru yang mereka-rekakan cerita yang pelik-pelik, seterusnya 'diimani' manusia Barat sehinggalah ke hari ini. Wallahu'alam.

######################

28 R. Akhir | 13 April (Selasa)
11:30 pagi - Sebelum check-out, aku merenung ke luar jendela. Si Raja Helang bertawaf di Casa Rachado. Si dia ni mengalu-alukan kedatangan aku ke daerah ini.

Rupanya, kayak tidak diturunkan ketika air laut cangkat. Pekerja India itu berkata, boleh jalan kaki sahaja. Setelah dibawanya aku jalan separuh, untuk tunjuk jalan ke Pulau Masjid.

Kerajaan Pulau Masjid, Tg Tuan
Syukur alhamdulillah, sekitar 1:10 petang, aku tiba di persisiran pantai Pulau Masjid meranduk air cangkatnya yang tenang. Aku sms kepada Don F, Don S dan NY of BH tentang perisytiharan kewujudan kerajaan baruku itu. Tapi, aku terlupa nak letak bendera kerajaan aku tadi. Aduhai!

Tapi, NY protes lewat sms, katanya, "Apa beta-beta ni? Khilafah Islamiah tak pakai beta-beta ni. Dalam Islam, Saidina Umar tido bawah pokok kurma je."

Malas nak debat lewat sms. Aku mengalah saja. Tentang hal ini, mungkin aku boleh lanjut debat dalam bentuk cerpen atau artikel nanti, insya Allah.

Aku nak kaitkan yang Islam ini juga tidak tolak sistem beraja. Sistem beraja termasuk dalam khilafah. Contohnya Raja Daud a.s melantik anaknya Raja Sulaiman a.s. Tuhan juga meredhai hal itu. Tetapi, panjang debatnya nanti. Tengoklah masanya nanti.

Bertafakur kejap atas batu putih, aku melihat raja helang terbang lagi, bertawaf, merayap-rayap di udara. Melihat tempat dia terbang tadi dengan gugusan kawanan burung yang mengiringinya, rasanya, aku dah tau kat mana dia menginap. Mungkin di Rintis Keramat agaknya.

Alo hantar sms, mengirim berita yang dia mungkin akan cuti panjang macam dahulu. Ya, makna sms itu, ialah kemungkinan masa kemerosotanku akan tiba dan aku harus berjuang lebih keras!

4:00 petang. Mula bertolak balik selepas pekena koteaw sup di Casa Rachado. Semasa dalam perjalanan keluar, aku dapat panggilan Wak Saring yang nak kirim cerpen berkaitan pilihan raya Hulu Selangor.

Aku pilih jalan ke Mambau, tapi bukan ikut highway. Terasa deja vu, macam pernah termimpi jalan ke pekan sementara tiba di Seremban ini. Mungkin jiwaku pernah merayap di daerah ini sebelum aku lalu ke sini. Aku masih ingat, ia mengenai sebuah pekan yang ada laluan keretapi.

Kini, di Hentian Seremban. Pekena Nescafe, rehat dan solat jamak sekejap. Dan teruskan jalanan ini. Hidup ini entah bila akan tiba di penghujungnya. (6:10 p.m)

Malam. Tiba di Cathay Cineleisure untuk When In Rome. Ada ketenangan yang masih merayap ke dalam diri. Jika tengok minah wal musyrikat seksi pun, aku rasa ada kekuatan untuk

######################

27 R. Akhir | 12 April (Isnin)
Dinihari. Mohamed, rakan baru aku dari Gaza, Palestin call aku. Dia akan pi MMU. Aku belum nyatakan niat untuk buka cawangan SPKB di Gaza, Palestin lagi setakat ini.

Aku rasa, kalau payah sangat nak dapat jodoh, nanti aku minta dia carikan aku dara Palestin ka. Tak payah lawa sangat macam Diana Haddad. Macam penyanyi Nawal El-Zoghby pun jadilah. He he..

Sebelum tidur, aku tengok Misteri Nusantara semalam, isu pertapaan. Naim Niamat, anak ustaz Niamat Yusuf, mudir Dehrang buat liputan ke atas Pak Andak Majid Gayong Pusaka.

Teringat zaman remaja dulu di Maktab Mahmud masih jadi anak Gayong. Tapi, aku terasa jugak seolah-olah kerajaan langit sedang menurunkan peringatan atau beri pendidikan buat aku lewat paparan Misteri Nusantara semalam.

Apakah niatku ke sini mencari keduniaan atau keredhaanNya? Banyak hal yang perlu daku kena muhasabah. Semoga setiap langkahku dan nawaituku direstuiNya. Ameen...

Semalam, bila melihat paparan Misteri Nusantara, kulihat ada penerangan ada tapak tangan dan tapak kaki di dinding gua. Hal yang sama pernah pakcik cakap kepadaku dahulu. Orang Hindu dan Islam memiliki dasar kepercayaan yang sama.

Saibon, rakan Kristian Katolik Sabah di USM meriwayatkan dari Guruku
; T S Lanang, katanya, "Apabila diteliti semua ajaran agama, ada kebenaran juga dalam agama lain selain Islam."

Daku termimpikan hal mengarut, menakutkan dan mengerikan. Tetapi ia mungkin sesuai dibuat sinopsis filem dan drama juga.

Kisah perempuan yang cuba membunuh suaminya, tapi suaminya terselamat daripada ancaman bunuh. Selepas suami itu dianggap telah mati oleh masyarakat setempat dia kemudian membuat pembedahan untuk tukar wajah, watak dan penampilannya lalu menyamar.

Suaminya itu bernikah semula dengan isterinya dengan wataknya yang lain bagi mengetahui tujuan sebenar, kenapa isterinya mahu membunuhnya.

Akhir
klimaks cerita isteri mula syak dia adalah bekas suaminya berdasarkan beberapa sikap, mimik muka yang mirip suami yang dia bunuh, racun sebelum ini. Ah! Penamatnya tiada.

Aku terpaksa susun dan fikir akan penamatnya. Baru aku terfikir - di dalam perjalanan hidup ini hal permulaan cerita tidak penting, tapi yang penting adalah akhirnya.

Yang penting, bagaimana kisah, riwayat hidup kita berakhir
Mungkin kita lahir dalam keluarga bukan Islam dan hal itu bukan penting. Yang penting, adakah kita mati dalam iman dan Islam? Nasihat Nabi Yaakob dalam al-Qur'an - dan jangan kamu mati, melainkan dalam Islam.

Tak kisah Lina Joy mahu pilih agama apa sepanjang hidupnya, tetapi dia masih berpotensi untuk kembali kepada Islam sebab nyawanya masih ada.

Pada aku, dia masih 'ahli kitab' dan undang-undang berkaitan pernikahan kita mesti digubal bagi memastikan 'ahli kitab' boleh dinikahi pemuda Muslim bertujuan mengembalikan semula wanita yang dikristiankan ini agar kembali kepada agamanya yang masih.

Cuma, yang sudah masuk Hindu, Buddha, sulit juga nak dimasukkan dalam kelompok 'ahli kitab'. Aku hampir-hampir menyangka penganut Hindu dan Buddha itu sebagai ahli kitab juga. Tetapi, hal ini tentulah perlukan kajian yang rapi juga di pihak SPKB.

Mimpi bertukar, ia membawaku pergi ke sebuah tempat di mana aku pergi membeli satu rumah berharga RM200K. Ada bekas pensyarah turut hadir di situ.

Babak mimpi bertukar, ada siswa Selatan Thai dan pimpinan siswa yang hadir dalam mimpi aku. Hai, macam-macam...

Pagi. Check-out hotel jam 12:00 tengah hari. Kini, daku dalam 'mood' bersiap-siap untuk pergi ke lokasi yang dihasratkan. Oke gang, jam sudah 11:30 pagi. Hampir waktu 'check-out'. Daaa..

Tengah hari. Melalui tol Mambau, aku terfikir nak bermalam lagi. Tidak cukup sehari rasanya. Berhenti di bandar Port Dickson. Minum-minum dan draw duit. Samada kena duduk hotel atau nak kena beli bateri dengan lampu kalimatang untuk perkhemahan. Hati masih berbalah.

NY of BH call, digeledahnya habis blog aku ni dan bagaikan SB Bukit Aman, dia pun bertanyakan bermacam-macam persoalan. Aku jawab apa yang patut kujawab. Ia tentang kisah magis helang, dan lain-lain kisah bersejarah Alam Melayu yang tak sempat kuriwayatkan tadi.

"Hang mai sini nanti, tengok dulu apa yang ada di sini, nanti boleh buat keputusan," kataku.

Aku ceritakan juga pengalaman berdebat dengan rakan-rakan lama yang tiada kesediaan untuk mendengar apabila mereka sudah bertanyakan soalan.

Dah siap sikit bahan, aku dah kirim via mel-e bahan tulisan ke JPB. Okay gang, dah 1:52 petang, netbook perlu ditutup. Jihad perlu diteruskan sekarang. Doakan, aku berjaya tubuhkan kerajaan baru di Sekolah Pemikiran Pulau Masjid, Tanjung Tuan!

Petang. Kini 3:20 petang, aku selamat tiba di hotel Casa Rachado, nampaknya malam ini nginap di sini. Lepas check-in nanti, tenangkan fikiran dan kemudiannya baru terjah Tg Tuan dan Pulau Masjid. (itu pun jika diijinkan oleh Gusti Alloh!)

Sekitar 2:30, tiba di Masjid Jamek Daerah Port Dickson solat jamak. Aku terpandang di memo dinding, majlis zikir dan haul pimpinan Mufti Negeri Sembilan - Hj Murtadza di Masjid Jamek Dato' Haji Abdullah Sijang. Siapa Abdullah Sijang ni?

Perjalanan diteruskan. Aku boleh tersilap jalan masuk rupanya. Mujur tak sampai ke Pengkalan Kempas. Kesilapan ini membuatkan aku terasa macam seolah-olah aku sepatutnya pergi tempat lain hari ini. Mungkin esok aku akan jelajah ke sana pula. (Kalau sempatlah...)

Kini, aku sudah masuk bilik. Mahu sucikan jiwa, bersihkan diri dulu dan kemudian perjalanan ini, akan diteruskan, insya Allah Ta'ala...

4:22 petang. Menaiki puncak Tg Tuan tetapi aku membelok ke kiri sebelum tiba ke rumah api. Rasa gementar kerana laluan ini tidak sama dengan rintis ke Pulau Intan yang pernah aku pergi sebelum ini. Tapi, aku kuatkan semangat juga. Qulhuwallah sentiasa di bibir.

Akhirnya, semangatku patah. Sampai suatu tempat, dah tak ada anak tangga lagi. Tetapi, bukan hal itu yang mematahkan dahan semangatku.

Daerah itu nampak cantik, di celah rimbunan kanopi yang menyebabkan tanah gelap dan lembap tiba-tiba kita boleh nampak ada suatu kawasan cerah, ada panahan mentari masuk menerangi di situ. Ada perigi buta pulak tu. Hal itu tentu saja membuatkan hatiku sedikit cuak.

Kawasan itu mendatar, tidak lagi curam, burung
-banyak berterbangan sekitar telaga itu. Macam berpenghuni jer tempat tu, daku rasa. Aku jenguk telaga tu dari luar, ada burung terbang masuk dan terbang keluar apabila menyedari kehadiranku.

Tapi aku keraskan juga semangat untuk teruskan perjalanan. Aku pandang ke langit, nampaklah sebuah pokok kelapa yang cantik, aku rasa macam dah nak sampai ke kawasan pantai.

Namun, di depan sana, seperti ada jalan mati. Aku rasa ragu-ragu hendak pergi lagi. Kemudian, kulihat seekor kucing oren berlarian apabila melihat kelibat aku datang.

Ish, hati aku rasa tak sedap dah. Aku patah balik. Hala nak naik semula, bunyi 'HOI' kedengaran dua kali. Kali pertama, agak sayup-sayup kedengaran. Kali kedua, seruan 'HOI' itu terasa makin dekat pulak. Bulu romaku meremang tiba-tiba.

Akhirnya aku sempat tiba di rumah api, turun sekejap mencari laluan alternatif menuju ke pulau masjid. Tapi, di sini aku kehilangan jejak pulak.

Tiba di bawah, aku tanya kadar sewa kayak, RM15 sejam. Di Casa Rachado, RM10 sejam. Boleh jadi, esok aku kena guna kaedah kayak pula untuk sampai tujuan ke sana.

Malam. Malam ini daku terbaring keletihan. Perjalanan menuju ke puncak cukup memenatkan. Teringin nak mandi swimming pool. Tapi, oleh kerana diserang kantuk dan keletihan, maka daku tangguhkan niatku itu. Adios!

######################

26 R. Akhir | 11 April (Ahad)
Petang. Baru keluar dari SPKB sekitar 4:20 petang menuju destinasi.

Tiba-tiba di Bulatan Pahang, hatiku gundah kerana hujan tiba. Langsung aku menapak ke Haslam. Rupanya hujan sekejap saja. Ujian.. ujian..

Di Chow Kitt, seorang minah salleh bergetah, mencuri perhatianku. Sabarlah hai hati. Teguhkan iman di dada.

Sejak tadi dari SPKB, aku terfikir ada kekurangan selain khemah. Iaitu, aku perlu beli air bateri, kabel wayar yang dilengkapi penyepit besi dan sebuah lampu kalimantang untuk membina Sekolah Pemikiran Pulau Masjid, Tg Tuan itu.

Juga, selepas solat, aku terfikir mengenai akaun penyata bank yang mungkin sulit 'dihidupkan' dan diberi nafas baru dengan suntikan wang. Aku terpaksa mengalah dengan keadaan.

Ada protes di Hulu Selangor?
Sekitar 5 petang, tiba-tiba abang Wan datang ke Restoren Haslam, di Jalan Pahang Barat setelah selesai aku bersantaian dan makan, minum di sini, hari ini.

"Ada orang nak buat bantahan kalau betul Zaid Ibrahim jadi calon di Hulu Selangor," katanya.

"Sebab apa depa nak protes tu?" aku bertanya. Hari ini baru kusedar, Alo dan abang Nasir dah pergi mengadap Zaid Ibrahim untuk menemubualnya. Ya... Abang Wan yang bagitahu.

"Biasalah, isu calon yang ada perkaitan dengan moral" katanya lagi. "Depa di Hulu Selangor tu nak naikkan Syed Shahir."

Aku merenung wajah langit. Tadi dah redup, aku sudah berkira-kira nak keluar. Tapi, bila abang Wan datang, aku layan dia berbual sekejap. Tiba-tiba, hujan turun semula.

Ish! Daku pun terasa nak protes kepada hujan juga. Tapi, aku dengar ramai orang cakap, protes kepada hujan itu ertinya kau protes kepada Tuhan. Urgh!

Awan merah di Nilai
Awan merah yang menyerupai biawak di Nilai ketika Maghrib mengingatkan daku kepada sabda nabi - menjelang kiamat ada haiwan melata yang panjangnya melebar dari Timur ke Barat.

Perlahan-lahan aku dah faham cara nabi memandang itu. Dajal digambarkan sebagai lelaki yang bermata satu. Padahal, Dajal adalah Freemason yang logonya ada mata satu.

Nabi dan wali ada mata yang dapat lihat hakikat yang sebenarnya. Pandangan kita ni sebetulnya masih lagi bukan mewakili pandangan yang sebenarnya.

Perjalanan ini sangat panjang. Bertimpa-timpa 'wahyu' baru datang. Antaranya, Pustaka Masjid ini perlu ada sebuah buku untuk merealisasikannya.

Juga, aku perlu ada ramai 'keluarga angkat' di Yala Merdeka bagi menjayakan usaha besar ini.

Bermalam di Highway Hotel, Hentian Seremban
Malam. Sekitar jam 8 malam, akhirnya tiba di Highway Hotel. Dapat lepas dendam, sebab tidak dapat bermalam di sini dalam perjalanan ke Tg Tuan sebelum ini.

Ini kali pertama aku berasa bebas kerana duduk hotel seorang diri. Kalau ada duit yang banyak, nescaya aku boleh pergi lebih jauh untuk membuat lebih banyak perubahan ke atas dunia ini.

Aku mesti buat perubahan bermula di tahap bawahan. Dan, alat perkakasnya adalah pendidikan.

Aku teringat remaja lelaki berkulit hitam yang duduk di tepi restoren, meminta sedekah dengan wajahnya penuh garis-garis kedukaan, tercongok di Restoren Haslam tadi.

Aku tidak lihat dia cacat anggota. Tapi, dia mungkin tidak diasuh, dididik untuk mencari duit lalu dia pun bangun sebagai lelaki yang hanya tahu meminta-minta.

Anak-anak muda yang nakal hidup berpeleseran tanpa pemantauan ibu bapa dan masyarakat ni akan bangun sebagai jagoan dalam rompakan. Semua ini telah didedahkan dalam Buletin Utama.

Bagaimanakah mahu selesaikan masalah insan-insan seperti ini? Aku masih tak jumpa formula.

Ah! Aku perlu rehat dan tidur awal. Baru selesai makan koteaw. Esok perjuangan akan bermula. Insya Allah Ta'ala.

Currently have 0 comments: