Urusan pengiklanan, sms 014-3233287 @ mel-e ibnuamir@yahoo.com, subjek: Iklan Karya Fansuri
Latest News

19 - 25 R. Akhir | 4 - 10 April (Ahad - Sabtu)

Sunday, April 04, 2010 , Posted by nota untuk Syiah at 7:34 PM

25 R. Akhir | 10 April (Sabtu)

Dinihari. L beritahu malaikatku bernama Gabriel. Mungkin dia Jerman, maka nama malaikat berubah ikut nama Eropah.

Tapi, kalau Gabriel, mungkinkah ia Jibril? Ada yang cakap Jibril juga Ruhul Qudus. Namanya jadi Nur Muhammad ketika Ruh itu turun selapis demi selapis ke dunia.

Wallhu'alam. Aku masih dangkal dalam bab dalaman ini. Kena banyak belajar dan berguru lagi.

Di JPB, aku melihat gambar siswa berdemo depan balai polis Yala. Daku cuba hubungi wartawan Aljazeera di Washington dan KL, kalaulah mereka boleh buat liputan. Selebihnya, tawakal.

Juga, daku telah menyelak sedikit sebanyak peluang belajar di Indonesia. Antara yang menarik - ilmu perbandingan agama. Mungkin SPKB kena susun madah ini nanti apatah lagi kita berdepan dengan isu penggunaan nama Allah sekarang ini.

Sempat juga aku buat promosi mengenai pertanyaan Iskandar Syah tentang Pustaka Masjid itu. Aku harap, semua ini akan berhasil sedikit demi sedikit dengan bantuan rakan-rakan. Ameen..

Tengah hari. Aku berhajat ke Tg Tuan, tapi nurani membisikkan bahawa aku kena selesaikan urusan motor. Memang betul, minyak hitam dah hampir kering. Oleh kerana, aku perlu uruskan hal-ehwal 'orang bawahan' ini dulu, maka kutunda perjalanan hari ini ke hari lain.

Aku mengira budget untuk bermalam di Hotel Highway Seremban, RM50, tapi rasanya baik aku beli khemah dan terus 'save budget'. Ini untuk jangka panjang.

Berjaya beli khemah!
Jadi, selepas selesai urusan motor, aku ke Permata, Sogo dan akhirnya di Campbell. Di Permata, terganggu dengan nyonya massage. Kutabahkan hati. Jumpa khemah, RM179 selepas diskaun.

Kurasa tak berkenan, lalu aku ke Sogo, jumpa khemah budak-budak, RM34, lagi tak best, sebab tak banyak pilihan. Langkahku dihalakan ke Campbell akhirnya.

Aku teringat Al-Jauhari kata di Campbell ini ada jaket kulit. Rasanya aku dah tau kedai Pakistan tu. Tapi, memandangkan ia belum termasuk dalam keperluanku, maka aku pun tak belilah jaket itu.

Di sini aku melihat laporan Mami Mariani, tersiar di URTV. Teringat ketika aku menemubual dia dahulu bersama seorang wartawan URTV. Langsung aku teringat proposal master aku. Apa nak jadi dengan pengajianku ini? Adus!

Aku jalan lagi di Campbell di aras 2, dan di sini, aku lihat peralatan perkhemahan; 'sleeping-beg', 'back-packers', tilam angin dan akhirnya aku jumpa khemah untuk dua orang berharga RM99.

"Boleh kurang harga?" aku bertanya, sambil memerhatikan lebih banyak lagi peralatan khemah di sini yang pelbagai warnanya.

"RM79," katanya ringkas. Aku beli khemah ini dengan tiada rasa ralat lagi, insya Allah. Moga ia akan berguna pada masa-masa akan datang.

Pemuda Al-Kahfi terjaga pada zaman Zulkarnain?
Di Campbell, ada kedai menjual muzik Heavy Metal, garam lampu dan lain-lain barangan ganjil, tapi aku lebih berminat merenung barangan antik.

Mataku terarah pada topeng yang digunakan tentera Rom; Gladiators. Aku teringat Zulkarnain. Tiba-tiba, ada suara bergema dalam ruang batinku. Lalu, aku terus buat kesimpulan berikut ...

Ketujuh-tujuh pemuda Al-Kahfi ini bersembunyi dalam gua selama 309 tahun ketika kekuasaan Rom dibelenggu fahaman bertuhankan dewa-dewa Zeus, Hercules, Poseidon.

Ketika inilah failasuf 'nabi-nabi' - Socrates, Plato, Aristotles telah berjuang habis-habisan dengan dakwah mereka, menolak fahaman dan kepercayaan sesat ini di Rom, Yunani.

Pemuda Al-Kahfi ini adalah murid kepada nabi-nabi dan ahli falsafah di atas ketika pertarungan aqidah Tauhid bertempur dengan dengan keyakinan maharaja Rom saat itu.

Mereka antara yang diburu dan terus melarikan diri ke gua. Lalu, ditidurkan selama 309 tahun, iaitu sepanjang jangka asuhan, dakwah dan didikan Socrates (100 tahun), Plato (100) tahun, dan Aristotle (100 tahun). Lebih kurang 3 abadlah kiranya pemuda Al-Kahfi ditidurkan.

Aku pernah menulis hal ini dalam Harakahdaily. Daku bangkitkan pertanyaan, kenapa surah itu dinamakan Al-Kahfi yang merujuk pemuda itu, sedangkan Zulkarnain lebih hebat menyebarkan dakwah dan risalah Tauhid. Kisah Zulkarnain diabadikan Tuhan dalam Al-Kahfi juga.

Lalu, aku jawab - bahawa bebanan memelihara aqidah ketika mereka hidup dalam buruan itulah yang lebih dihargai Tuhan berbanding Zulkarnain yang memang diberikan anugerah kekuasaan.

Jadi, apabila pemuda Al-Kahfi terjaga, memang raja itu sudah memegang aqidah Tauhid, dan aku rasa raja itu adalah Zulkarnain sendiri. Sebab itu, surah itu dimulai dengan kisah pemuda itu dan diakhiri dengan kisah Zulkarnain agaknya.

Wah! Ini suatu paparan kisah menarik untuk dipersembahkan dalam bentuk teater, cerpen atau dinovelkan. Aku pun fikir, kena siapkan novel atau cerpen bersiri tentang kezaliman Bijan Kazar dan Nassah Asum itu secepat mungkin. Mungkin kena ikut skima Hikayat 1001 Malam juga.

Pulang ke SPKB, daku terjumpa balik fail merah, yang banyak berisi dokumen penting. SPKB ini dibuat perubahan daripada semasa ke semasa. Aku ingat hilang dah fail merah ni. Syukurlah aku jumpa juga pada akhirnya.

SPKB di Palestin?
Mohammed W Al Mudallal, seorang kenalan baruku dari Gaza, Palestin mula jemput aku dalam FB dia baru-baru ini. Tetapi, dalam suatu entri baru-baru ini berhubung pelan SPKB untuk ubah silibus sejarah negara, tiba-tiba dia mencelah.

Walhal, perkara itu menurut hematku, tiada kaitan apa pun dengan Palestin. Mungkin dia mahu cari kawan agaknya. Katanya lagi, dia mahu 'keep in touch' dan dia akan tiba ke Malaysia nanti.

Aku balas balik - yang aku akan brief, tasykil dia tentang New Islamic World Order (Niwo). Juga kubangkitkan syor mengenai penubuhan cawangan SPKB di Gaza, Palestin.

Bebaru ini ada ilham baru tiba menjengah. Ia berhubung keadaan tentera Islam yang akan serbu Palestin. Katanya, batu-batu pun boleh cakap dengan tentera Muslimin itu.

Sejak bertukar fikiran dengan S yang boleh bercakap dengan alam, pokok itu, aku rasa aku telah faham tentang bagaimana rupa paras dan bentuk tentera Islam yang mengepung Palestin itu.

Aku rasa, aku tahu kaedah untuk mencipta barisan golongan ini. Semoga dipermudahkan Allah.

Ahah! Mohammed kini sedang online dan mengajakku chat di Gmail Chat. Hamba chat dulu ya?

######################

24 R. Akhir | 9 April (Jumaat)
Pagi. Menyusun buku dan mengemas SPKB. Hati aku berbalah. Apakah harus ke Tg Tuan nanti. Teringin betul nak cari khemah, tilam angin.

Baru aku rasa nikmat kemerdekaan. Dapat uruskan hal peribadi. Ke Mydin, test kad ATM untuk beli barang, tapi tak berjaya, terpaksa guna cash.

Uruskan bayaran bil TM Net. Akibat kelalaian, bil dah cecah RM600. Aku nak tamatkan semua, tapi kerani tu cakap, "Kena bawak modem sekali," katanya. Ish memang kes naya betul. Duit ni banyak hangus pada tempat yang tak sepatutnya.

Zahari Hasib call, bertanyakan puisinya. Aku cakap dah dapat dan aku beritahu juga puisi tu dah masuk akhbar dah sebelum ini.

"Tak masuk lagi.
Saya pun hairan kenapa tak masuk?" katanya berkeras. Akhirnya aku jumpa puisinya yang memang dah masuk sebelum ini. Kena ikhtiar nak susun ayat pula lepas ni.

Tengah hari. Kak WZ sms, temuduga di KK akan bermula Khamis minggu depan. Orang-orang di Yala sms, menyatakan rakan-rakan mereka dah bebas daripada tahanan polis di sana.

Aku teruskan lagi usaha mengemas. Ingat nak kena urus opis SPKB dulu, sebelum nak ubah, nak mencorak peta dunia Nusantara.

Juga aku kena selesaikan hutang-piutangku dengan orang-orang tertentu terlebih dahulu, jumpa Pak Jawahir. Ini jihadku, selesaikan dulu masalah diri sebelum selesaikan masalah orang lain.

Atau, dalam masa yang sama selesaikan hal diri, sekali gus selesaikan masalah orang. Lambakan kenangan meresap ke seluruh ingatanku, lalu kenangan itu membuak-buak pula, meronta-ronta ia meminta dirinya dilepaskan daripada jiwa.

Ia mengenai kenangan ketika zaman berkuliah dahulu. Ah! Kalaulah ia boleh diputarkan semula! Betapa banyaknya masa muda kita yang telah dibazirkan.

Petang
. Aku masih setia menyusun dan menstrukturkan semula SPKB. Aku dapati, inilah 'jihad akbar' dan langkah sulungku untuk mencorak wajah dan peta dunia Nusantara.

Tetiba, Alo call. Aku diminta menulis satu catatan untuk tempat yang Dinsman tak dapat tulis di akhbar hari ini. Akhirnya, panggilan itu menyeru aku agar terus tangkas dan pantas ke JPB.

Malam. Aku dapati Ayatul Husna a.k.a Meyde Sefira dah terima jemputanku untuk masuk YM. Jika nasib baik, boleh interview via mel-e. Kini di JPB, menulis catatan sebagai yang Alo nak tu.

NY call, dia masih di opis Jalan Riong, Bangsar, katanya. Kalau aku tak sibuk, mungkin aku boleh ajak berpoya-poya di Jalan Yap Ah Shak dan lain-lain tempat di sini.

Aku kesian dengan Alo, masih terkial-kial dia di opis dan kami banyak diskusi mengenai tajuk di muka depan dan belakang akhbar ini. Esok, dia ada kuliah jam 8 pagi. Lepas tu kena operation jantung lagi. Urgh! Selamatkan daku Tuhan daripada penyakit merbahaya.

Dia baru terima panggilan daripada Cikgu Pa, menyatakan bahawa Zaid Ibrahim adalah calon di Hulu Selangor.

Resolusi daripada panggilan itu ialah dia perlu aturkan suatu wawancara dengan tokoh politikus itu. Katanya, jika wawancara itu, siap, beberapa naskhah akhbar ini akan dibeli oleh Zaid untuk diedarkan di Hulu Selangor kelak.

######################

23 R. Akhir | 8 April (Khamis)
Pagi. Ditimpa masalah bertimpa-timpa. Air tiada di SPKB. Daku terpaksa 'bersiram' di masjid Kg Baru. Samada aku banyak dosa, atau, mungkin Tuhan sengaja ingin menduga kesabaran.

Ini kali kedua berdepan dengan masalah ketiadaan bekalan air di SPKB. Lepas jolok duit dekat mesin ATM, makan-makan di sini, terserempak dengan lelaki kurang siuman yang sering kujumpa di daerah ini.

Selalunya dia pendiam, pakai kopiah putih, berperawakan tenang dan tubuhnya sedikit berisi. Di sini, kulihat perawakannya lain sekali. Dia tidak lagi berkopiah, cekung kurus dan hal itu tentulah sahaja menambahkan citra ketuaannya serta dia kelihatan bengis sekali.

Dia perambat (hambat) habis semua orang dalam kedai, tempat yang kerap aku bersarapan pagi itu. Hati diasak pertanyaan baru, apakah ada petanda petaka buruk akan berlaku sehari dua ini?

Ratib Al-Fansuri
Selesai solat Dhuha dekat masjid jamek Kg Baru daku terjumpa kepingan dokumen, 'suhuf'
Ratib Al-Attas yang tersimpan di rak yang mana beberapa jilid al-Qur'an terbaring di atasnya.

Aku semak ia beberapa kali. Sangat molek jika digabungjalin semua ini, disusun rapi aurad untuk menjadi bacaan rakyat Yala.

Aku fikir, Fakulti Tasawuf perlu diwujudkan di bawah SPKB untuk menyusun semua aurad yang ada, lalu ia disesuaikan dengan Hizbul Bahri, Ratib Al-Haddad, Al-Ma'thurat dan semuanya biar lengkap untuk bacaan ahlus suffah di masjid-masjid Yala.

Ahlus Suffah ni boleh jaga masjid, pustaka masjid Yala 24 jam serta jaga perkembangan agama di negara baru itu, insya Allah. Dan, akan kunamakan akan dia sebagai Ratib Al-Fansuri...

Di masjid, a
da 'wahyu' menjengah tiba -- 7, 9 orang siswa Pattani, Yala yang ditahan itu perlulah aku bantu dan letakkan mereka dalam majlis tertentu.

Mesti daku lantik naqib-naqib dan gabenor-gabenor baru untuk memelihara kebajikan tiap-tiap daerah di negara yang bakal lahir itu, insya Allah.

Selesai perjalanan rohaniah pagi, aku balik ke SPKB. Terlihat Kak WZ call, lalu aku sms semula menyatakan yang aku akan menghubunginya semula. Juga, aku mengirim sms kepada bos lama bahawa akan kucarum rakan-rakanku hari ini juga.

Aku keluar untuk buat perubahan sekarang!!! Lepas selesai pencaruman nak kena hantar bahan dekat JPB pulak dah. Adus! - Now, i am going out to reform!

Petang. Syukur alhamdulillah. Telah selesai membuat caruman EPF. Daku pun beredar ke JPB. Tetiba tuan rumah call, memberitahu hal ketiadaan air di SPKB itu.

"Kat penyidai tu ada satu paip hitam, kat bawah pun ada meter, cuba periksa kedua-duanya," katanya. Dia kini bercuti di rumahnya di Johor.

Tadi, Kak WZ call mengenai suatu kerja di Shah Alam. Baru daku faham letak duduk perkara itu. Mungkin esok aku kena bagi penjelasan lanjut. Cakap dalam telefon agak sukar.

Tiba di JPB, makan nasi di bawah pokok. Terserempak dengan Masri dan Taufek. Aku buat satu perjanjian untuk bertemu dia di pejabatnya kat Pejabat Pendaftaran Negara, Kota Damansara.

Sembang dengan Taufek. Aku bertanya hal Kak Ros yang berjasa besar kepada wartawan JPB di depan Hospital Tawakal yang baru itu. Dengan gajinya RM460 sejak 1990-an, mereka 'survive', dan kedai tepi jalan Kak Ros itulah yang telah menyelamatkan mereka.

Boleh makan dulu, kemudian lepas dapat gaji terus bayar balik. Kisah orang-orang macam ini, Kak Ros, Pak Cik Behrang, pengawal keselamatan di JPB ini, aku rasa harus dirakamkan semula sebagai suatu kenang-kenangan di hari tua mengenai jasa dan sumbangan kecil mereka itu.

Selain menyentuh isu Ridhuan Tee yang pernah tinggal menyewa dengannya-kisah Zin Mahmud dan revolusi, take-over, hijack Zulkifli Sulong dalam gerakan pelajar Islam di UiTM Perlis, maka bualan kami berpindah kepada isu Harakah sebagai akhbar parti atau menjuarai isu rakyat.

"Isu itu tak patut timbul," katanya. "Kalau nak pimpin PR, tapi tak beri ruang kat rakan-rakan parti apalah ertinya? Lagi pun, kena salahkan diri sebab TGHH tak banyak beri kenyataan berbanding DSAI yang banyak menulis blog, Twitter dan Facebook."

Zaman Zunar pegang SK memang tak banyak berita Pas masuk ke SK. Ini antara isu yang telah dibangkitkan oleh pimpinan parti itu. Bagi aku, sikap SK itu pun salah juga. Jadi, tak boleh nak disandarkan sebagai hujah untuk tidak memasuk berita mengenai parti kawan-kawan dalam PR.

NY call, bertanyakan hasratnya ke kedai buku Pak Jawahir. Aku mengangguk sambil menunggu waktu yang sesuai untuk mengarang untuk ruangan sastera.

Kemudian, aku dan NY lepak-lepak di Rafiya. Cerita yang sedikit berat ialah tentang Pakaq yang cari pasal dengan Ust Nasha. Aku cukup tak berkenan sebenarnya dengan sikap orang yang dah mula pandang serong terhadap orang bawahan yang nak tegur pihak atasan.

Ust Uthman Muhammady kerap sebut, jangan malukan pemerintah. Alo ni cukup tak berkenan dengan ayat tu. Aku pulak bawak hujah pertarungan Robin Hood vs King John.

"Kalau tanya ulamak, mufti, depa akan nasihat Robin Hood, bahawa matlamat tidak halalkan cara. Tapi, tak akan ada seorang pun yang akan berani tegur King John agar tidak bebankan rakyat dengan cukai yang tinggi.

"Sedangkan, manusia seperti Robin tak akan wujud jika King John itu adil," demikian khutbah petang itu berlangsung. Aku fikir, dengan 70% dosa King John dan 30% dosa Robin Hood itu, tak akan menyebabkan ulamak, mufti jadi berani menegur King John.

Sedangkan, yang terlebih utama ditegur adalah King John dan kemudian barulah boleh menegur Robin. Ish, akhir-akhir ini, dengan segala apa yang telah berlaku, menyebabkan aku rasa sukar nak hormatkan ulamak dan mufti lagi.

Sebabnya ialah, kerana mereka takut sangat nak membuat teguran ke atas pemerintah. Mereka dibayar gaji oleh kerajaan kononnya. Kalaulah mereka faham bahawa yang sebenarnya duit itu adalah duit rakyat, alangkah bagusnya.

Mereka tak berani tegur pemerintah, akhirnya berani pulak nak tegur rakyat yang tiada kuasa.

Malam. Membawa rakanku, NY ke JPB. Aku ajak dia jumpa Alo dan TMJ. Kulihat dia gementar dan sedikit kekok di sini.

Dalam sembang-sembang dengan Alo itu, baru aku tahu; Muttaqin, pengarang Tamadun tu anak kepada Amaludin Darus rupa-rupanya.

Bersama TMJ, mereka berbual seputar isu sastera dan lain-lain perkara. Sindir-menyindir cara tersirat berlaku. Kadangkala NY terkena, kadangkala aku terkena.

Tapi, dalam banyak kes, aku menanglah. He he. Sebab, di sini gelanggang aku. Coba kalau aku pi Rumah Pena, di bucu DBP atau di BH... Huh! Jangan harap aku selamat!

######################

22 R. Akhir | 7 April (Rabu)
Pagi. Tiba di Jalan Duta sekitar 5:15 pagi. Makan nasi lemak di sana dan akhirnya aku tiba di SPKB jam 6:00 pagi.

Banyak angan-angan terserap di dalam kepala. Tapi, entah boleh dilaksanakan atau tidak segala hajat itu.

SPKB 'banjir' lagi di kawasan dapurnya. Entah bila aku boleh bertahan. Harus dikuat semangat! Panggilan tanahair sedang berkumandang. Rakyat Yala sedang menantikan aku sekarang.

Petang ini ada Sesar, mudah-mudahan pelajar-pelajar kampus akan tiba berkongsi pengalaman mereka dengan pelajar Yala dan Pattani di selatan Thai itu. Waktu Subuh sudah tiba. Daku solat dulu.. daa...

Sekitar 10:30 pagi barangkali ada panggilan bos lama masuk, bertanyakan sama ada EPF, Socso, dah masuk atau tidak. Aku tak jawab lagi hal itu. Nak settle hari ni tak sempat. Baru pulang dari kampung. Maka, tak banyak yang boleh diselesaikan lagi.

Petang. Alo tak sihat, berehat di Ampang. Aku tiba di JPB sekitar 3 lebih. Memang sukar kalau nak himpunkan budak-budak universiti ni. Teringat era kampus, nak jumpa agak sukar.

Kalau tak jadi, aku ingat nak ke KWSP, Perkeso untuk mencarum untuk rakan-rakan ini.

Tetapi Hilman on the way, lagi 10 minit, katanya tadi lewat sms. Biarlah sedikit asalkan menjadi. Lagi pun, mungkin boleh sembang, 'slow talk' mengenai penaklukan Yala. Huh! Aku sembang tak jatuh. He.. he..

Mereka mengingatkan aku kepada diriku dahulu. Kalau mereka dapat hadir membawa idea-idea baharu, aku yakin - mereka pasti menggegarkan suasana. Tambahan pula, kedudukan kampus mereka di selatan.

Aku silap perhitungan. Mereka datang juga. Kagum aku dengan semangat mereka ini. Shazni ada di balai polis kerana kes Rosmah Puaka belum selesai. Cabaran mereka agak dahsyat juga.

Atas permintaan mereka, aku nak bawa mereka berjumpa Alo sekarang. Di rumah Alo, dia yang demam-demam, terus sihat semula. Maka, antara buah fikiran yang tercurah petang ini ialah ...

- Dia terkilan kerana Anwar masa jadi Menteri Pendidikan, 'tipu' di PWTC, bahawa tiada pelajar ditahan ISA, sedangkan masa itu dia dah ditahan. Anwar cakap, "...Kita nak percaya siapa? Nak percaya Harakah atau saya?"

- Juga, ketika di Dewan Besar UTM, Semarak - Anwar pernah datang lalu mereka mintak beliau mengucap semula. Anwar beri respon lalu berkata, "Saya kenai, depa ni dalam 15 orang saja."

- Alo kata ketika dalam 15 orang itulah, siswi di dalam jemaah mereka tak ada langsung lantaran mereka takut duduk dalam jemaah itu.

"Tapi, walaupun jumlah kami kecil, tapi kami boleh pengaruhi," kata beliau lagi.

- Ketika PR dapat menawan Perak, Anwar call Ust Ahmad Awang lalu meminta Nizar join PKR, sebabnya, Dap tak dapat terima Pas, demikian kata Alo.

- Budak-budak ni cakap, orang-orang PR pun sikapnya lebih kurang macam BN juga. Apabila isu yuran kampus dinaikkan, hujah BN digunakan, air naik, api naik dan sebagainya.

Ya, dan banyak lagi yang boleh diceritakan, cuma tak sempat nak tulis di sini.

Antara rumusan, resolusi awal yang tercapai, selepas kongres, kumpulan mahasiswa ini nak buat 'sekolah' yang akan melatih siswa ini dengan tiga macam pengetahuan...

(1) Sejarah dan falsafah gerakan pelajar; (2) Penulisan dan kewartawanan; (3) perundangan dan hak asasi manusia. Aku dan Alo diminta mengisi slot salah satu daripada ruang tersebut.

Aku fikir, telah tiba waktunya untuk aku susun nota kuliah kewartawanan pelajar SPKB. Hilman, ada cakap mengenai sikap pensyarah-pensyarah yang membelanya agar tidak dihukum apabila ditahan di balai polis tempoh hari.

Aku teringat balik peristiwa dahulu, bila mana pensyarah-pensyarah komunis, sosialis kat Pusat Komunikasi menurunkan tandatangan tanda protes ke atas hukuman ke atasku dahulu. Mereka membuat semua ini kerana nak bela nasib pelajar sendiri. Aku terharu, terima kasih cikgu.

Malam. Di Buluh Perindu, (bucu) bersama NY dan Saif-berborak tentang Dom dan puisi. Di sini, bertukar-tukar fikiran mengenai anugerah sastera Harakah. Mereka berminat memasukinya.

Aku fikir, nak lantik S.M Zakir untuk teliti semua hasil karya ini. Aku tidak boleh pilih, takut aku 'bias' kepada rerakan. Dan, Setiausaha Pena itu pun tidak boleh tahu nama-nama cerpenis itu.

Aku korek-korek maklumat lagi, kalau boleh rancakkan lagi kegiatan dalam majalah DBP. Baru kutahu aras yang menempatkan semua editor majalah. Aku kurang maklumat sebelum ini.

######################

21 R. Akhir | 6 April (Selasa)
Ke Pendang, membeli tiket untuk balik ke Jalan Duta, KL malam ini. Esok ada program Sesar di JPB.

Hal itu yang membuatkan aku terpaksa segera pulang ke KL. Di FB, terserempak dengan kenyataan Hilman yang menyatakan pelajar Pattani ditahan di Balai Polis Yala.

Serta-merta darah Yala aku menyirap lantas bergolak di dalam dada! Cis bedebah! Aku haruslah segera membuat sesuatu demi menyelamatkan rakyatku di sana.

Tuhan, bantulah diri ini, demi membela umatMu, demi membela agamaMu! Ameen...

Beberapa rancangan di sini terpaksa kubatalkan kerana kesuntukan waktu di kampung. Tak dan nak panjat Gunung Jerai, bertapa lama-lama di puncak.

Tak sempat nak mintak fatwa kat Pak Su Mid Bukit Tembaga, sebab masa di sini suntuk, apatah lagi dengan urusan menjaga anak saudaraku - Hakim, murid kedua SPKB.

Malam. 10:30 malam, keluar rumah Pendang, naik bas 11:15 malam. Di pekan Pendang, dekat stesen bas Mara Liner, aku dipertemukan Tuhan dengan batu nesan.

Ada kedai jual batu nesan di sini. Dah lama aku terfikir nak upah orang ukir batu nesan yang ada nama aku sendiri. Biar bergetar jiwa ini selalu mengingatkan kematian.

Dunia ini bukan tempat untuk kita bersuka-suka. Kena selalu ingatkan kematian. Dulu, tok guru gali lubang kubur untuk ingatkan diri tentang mati. Di flat ini, mana mahu cari tanah untuk digali lubang kubur? Jadi, beli batu nesan dengan nama kita sendiri di atasnya kira aci lah kot?

######################

20 R. Akhir | 5 April (Isnin)
Pagi. Bermain dengan Sarah dan Hakim. Lucu-lucu mereka ini. Sarah dah pandai sebut 'hee-haw' ketika mengajuk cerita kartun Dora.

Sarah suka berkawan dengan Hakim walau Hakim suka 'ganggu' dia. Mereka suka berkawan.

Kalau nak diikutkan hati, ada ja, program di sini - bertemu Pak Su Hamid Bukit Tembaga untuk minta fatwa dalam urusan pembebasan negara merdeka, berurusan Bank Islam untuk urusan loan. Entahlah boleh berjaya atau tidak?

Mengirim satu bahan ke JPB berdasarkan bualanku bersama kartunis Zunar semalam, khasnya yang berkaitan dengan kartunis Ujang. Selebihnya adalah tawakal.

######################

19 R. Akhir | 4 April (Ahad)
Menghadiri mesyuarat agung tahunan Pas kawasan Batu. Namaku dan institusi SPKB ini disebut terang, jelas oleh TMJ selaku TYDP bagi kawasan itu.

Balik ke SPKB dan terus serahkan laptop pejabat di Batu Caves. Aku uruskan hal dokumen untuk rakanku itu. Kesian juga kerana melihat hidup orang terdesak.

Mungkin hidup aku tak terdesak sangat. Banyak kita kena belajar dari sikap orang lain. Jangan penting diri sendiri, mendahulukan urusan orang lain, belajar mendengar masalah orang.

Ya Allah, kurniakan aku darjah kesabaran yang tinggi. Dan, halang aku daripada bersikap seperti watak yang aku tidak gemari itu. Bagaimanapun, aku fikir, ada baiknya aku bantu orang di dalam kesusahan ini, supaya Tuhan akan bantu aku ketika susah.

Ya, aku bertawasul, semoga dengan amal baik ini, maka aku akan dibantu untuk menyambung pengajian di kampus. Dulu, aku ingat, matlamat mendapatkan laptop ini boleh dicapai dengan cara melalui kerja di JPB, tapi nampaknya Tuhan melorongkan jalan lain.

Jadi, aku harap, matlamat mencapai pengajian itu, kalau pun tidak melalui cara biasa, tapi boleh dicapai melalui cara lain yang agak luar biasa pula.

Bertemu kartunis Zunar
Balik kampung, terjumpa kartunis Zunar, kami berbual seputar permasalahan Ujang. Dahulunya Ujang ini ada juga selitkan unsur dakwah agama dalam karyanya.

Kali terakhir, aku dengar daripada cik pyan, menyatakan Ujang banyak ditindas. Kini, namanya tidak boleh digunakan dalam karyanya. Zunar rasa sukar nak bantu sebab Ujang sendiri sudah pun patah semangatnya untuk melawan.

Di Shahab, aku bertemu Kak Wan yang sedang mencari tiket untuk balik ke KL esok. Rupanya dia ada adik yang mengajar di Insaniah. Dulu, di Maktab Mahmud, kami diseru menyambung pelajarannya di sana. Tapi, aku tak pandai Arab.

Jangan-jangan, kalau aku ke Mesir, aku boleh sekapal dengan NY, Kang Abik. Tapi, Tuhan telah pilih aku duduk di kampus tempatan juga akhirnya.

Kata-kata ini menyebabkan aku teringat ustaz Wan Salim. Kata beliau, kalau mereka teruskan dalam perjuangan seni persembahan teater, mungkin dia tak jadi ustaz.

"Ana mungkin jadi sasterawan macam Shahnon Ahmad," kata ustazku itu. Ustaz Wan Salim adalah sahabat baik arwah Ustaz Nikmat Yusuf.

Ustaz Wan Salim dan Ustaz Nikmat Yusuf itu adalah gandingan terbaik dalam seni persembahan teater. Ustaz Nikmat adalah guru yang latih dan bawa Dinsman (Presiden Paksi kini) dalam seni persembahan teater.

Aku sembang dengan Al-Jauhari berhubung rancangan untuk menamatkan sebuah kolum yang beliau sifatkan, jika tidak dibendung, akan 'merosakkan' haluan perjalanan sastera Malaysia.

Tapi, tak dapat aku ulas lanjut hal ini di sini.

Currently have 11 comments:

  1. Anonymous says:

    SALAM ENCIK ALI.
    KALAU TAKUT NAK MASUK IPTA SEBAB ENCIK ORANG KIRI, CUBA BUKA WEBSITE KEMENTERIAN PENDIDIKAN CEPAT2.ADA IKLAN BIASISWA KERAJAAN INDONESIA UNTUK SARJANA.MINTA YA. SAYA RASA ENCIK ALI SGT2LAYAK.KALAU BUAT MODE TESIS, TAK PAYAH DOK SANA PUN OK.

  1. terima kasih sdr/i anonymous...

    saya cuba cari di mana-mana sahaja peluang yang ada.

    terima kasih atas maklumat yang sdr/i berikan itu.

  1. Aku Azman says:

    Salam, Mas Ali,

    Cuba mas spt cdgn diatas, yuran Di sana rasanya lebih murah dan rasanya mungkin boleh ambil pengalaman kewartawanan di indonesia yg suasananya lebih hebat dan terbuka dari kita. Mana tahu, boleh jadi DOn di sana. Usaha dan fokus hingga jaya ya mas ali, mana tahu boleh berjumpa "ayatul husna" di sana ka hehehe

    oh ya, mengenai dapur banjir tu, marilah tinggal bersama saya di greenwood. Ada satu bilik khas yang selesa utk abg ali. kesian saya tengok abg ali nak mengarang dalam kebanjiran yang maha dasyat tu...mampukah abg ali bertahan?Kita nak merdekakan Yala ni....usah biarkan diri anda diselubungi banjir

  1. Aku Azman says:

    abg ali,

    try klik link di bawah:

    http://www.portal.mohe.gov.my/portal/page/portal/ExtPortal/MarketSponsor/General_MarketSponsor/Announcement/Biasiswa_Kerajaan_Republik_Indonesia

    Inilah peluang untuk bertemu " ayatul husna" abg ali. Minta jgn tak minta. Master atau S2 yang ditajau percuma!!

  1. terima kasih wahai saiful,

    tengok ayatul husna dah bertunang dah

    tapi, tak pa, nak try nasib tengok untuk sambung pengajian bukan untuk bercinta... isk, isk, isk

    tapi untuk meraih penghormatan orang ramai dan menumpahkan kesetiaan kita terhadap kejujuran menuntut ilmu itu sendiri.

    jodoh tu ada di mana-mana insya Allah.

    tentang 'kebanjiran' tu insya Allah tiada apa-apa. masih boleh bertahan lagi.

    atas tawaran itu, diucapkan terima kasih. dan terima kasih jua di atas kiriman pautan 'link' biasiswa itu.

    ingat hujung minggu ini nak tenang fikiran sikit di Tanjung Tuan, jom! (kalau tak bz la)

    fahmi bz sikit kot, hari tu dah ajak dia dah...

  1. Anonymous says:

    kalau berminat kena cepat ya.tarikh tutupnya 20 april ni.dah dekat.proposal buat 3 atau 4 helai dah cukup.cuba minta kat universitas indonesia atau uni.padjajaran (unpad).kalau nak jamu mata minta lah unpad.bandung ada byk cewek cantik.ehem ehem.lebih cantik dari bintang pilem pun ada.

  1. terima kasih sdr/i anonymous,

    saya cuba ikhtiarkan nasib saya di mana-mana sahaja, selebihnya adalah urusan Gusti Alloh..

    tajuk kajian mengenai apa yang di sana yang mungkin anonymous rasakan sesuai?

    ya, ya, nanti saya coba usahakan di unpad, bandung tu. boleh pekena mee bandung sambil mengurat cewek yang lebih anggun dari bintang pilem tu.

    "Mengurat itu suatu ibadat!"

    Ahem!

  1. Anonymous says:

    maaf ya,saya rasa cara enche ali nak sambung belajar sama macam niat nak mengurat.banyak sangat tapi satu pun tak menjadi.haha.pasal tajuk tu ada banyak.boleh bagi emel, nanti boleh bincang2.kena cepat ya;-)

  1. ha ha,

    saya saja melayan kawan-kawan yang dok sakat saya tu. itu gurauan saja..

    ibnuamir@gmail.com dan ibnuamir@yahoo.com..

    hantar pada dua-dua sekali itu pun tak pa..

    tengoklah macam mana Tuhan nak atur corak hidup saya nanti. kita pun tak tahu apa yang berlaku pada masa depan..

  1. Aku Azman says:

    Mas Ali,


    Tak mengapa mas ali jika ayatul husna sudah bertunang...masih ada lagi Anna altafunisa` hehehe tak pun sekurang-kurang...Mbak eliana untuk mas ali hehehe...masih gantang dong heheheh

    ayuh !turuti segera nasihat En Tak bernama itu, Saya dan fahmi berdoa agar mas ali dapat sambung S2 di sana. Hanya tinggal 10 hari lagi. Teruskan berjuang..mas

    nanti ada masa dan rezeki lebih, boleh kita buka SPKB cawangan Indonesia hehehe tak pun Battle of the don, kita anjurkan di sana...siapa tahu Garap Maju akan Maju di sana dong.

    DON S & Don F

  1. ameen,

    samuga berhasil segala apa yang kalian cita-citakan itu.

    sekali lagi, kita cuma rancang apa yang terbaik, dan serahkan semuanya itu kepada Allah.

    DIA yang maha mengetahui apa yang terbaik buat diri kita semua...

    Tiada salahnya mengejar cita-cita dan mimpi itu adalah kunci untuk kita menaklukkan dunia ini...