Urusan pengiklanan, sms 014-3233287 @ mel-e ibnuamir@yahoo.com, subjek: Iklan Karya Fansuri
Latest News

5 - 11 R. Akhir | 21 - 27 Mac (Ahad - Sabtu)

Monday, March 22, 2010 , Posted by nota untuk Syiah at 5:49 AM

11 R. Akhir | 27 Mac (Sabtu)

Dinihari. Berbekalkan maklumat dari SK, maka aku mengetahui kedudukan PKMS sebagai parti serpihan Umno ketika Singapura bercantum dengan Malaysia dahulu.

Aku menyusun beberapa rancangan rahsia, agenda sulit masa depan untuk kedua-dua negara ini dalam protokol baru.

Tengah hari. Ke KLCC, uruskan hal bil celcom broadband. Dah dua hari tak dapat berinternet. Banyak masaku tercurah di Burger King tadi. Akhirnya, aku pergi ke PDDP. Betapa orang-ramai punyalah merenyut. Hari hujung minggulah katakan. Ada program Perkasa pulak tu pagi tadi.

Hajat bertemu sk di sana nampaknya, tiada kesampaian kerana dia terpaksa bergegas ke Singapura. Tidak sempat mentasykil isi protokol sulit membina New South Asia Order atau tatanan Order Nusantara Baru.

Malam. Akhirnya aku terus pergi Stor DBP kerana ada pementasan teater Menunggu Kata Dari Tuhan (MDKT) yang telah masuk usia setahun.

Mataku berair, bergenang, air mataku tumpah tatkala mendengar Sabri Yunus menyebut Kaab sedang memberi salam kepada Rasulullah, dan dia ingin melihat kalau-kalau bibir baginda bergerak-gerak menjawab salam itu.

"Malam ini, dah 34 kali pementasan dan 34 jenis 'mood' yang tercipta setakat ini," kata Sabri setelah selesai pementasan teater tersebut.

Cepat-cepat aku seka air mata kerana bimbang dan menaruh kekhuatiran di dada, kalau-kalau limpahan air mata ini disedari oleh aweks cool di sini. Tidak macholah aku. Kurang berwibawalah daku sebagai anak jantan.

Sebelum pementasan itu bermula, aku buka leptop. Saat aku buka laman sesawang EP, banyak betul hit. News P Ramlee pun hit juga. Aku jadi hairan dengan tabiat pembacaan orang-orang kita sekarang ini.

Mungkinkah mereka suka kisah artis yang boleh bercakap isu-isu politik? Hai... entahlah...

Melabuhkan fikiran di kedai mamak dengan Tukya Azizi, Barajiwa, Salleh Rahmad, Samsudin Othman, Dinsman, Rahimidin, Shukri, Rozan dan lain-lain. Banyak cerita-cerita sudah pecah masuk ke dalam pengetahuanku. Antaranya ...

a. Kenapa Allah menggunakan Aku dan Kami dalam beberapa ayat al-Quran tertentu? Jawapan: Kami itu ada kaitan dengan Allah bersama dengan alam, haiwan, manusia. Sedangkan, Aku hanya melibatkan diriNya sahaja.

b. Persoalan penyusunan orang-orang muda untuk menggempur masuk ke Gapena. Aku rasa, dalam hal ini aku mungkin boleh ambil peranan juga. Tak kan Ketua Satu persatuan penulis Johor yang seorang itu sahaja yang nak masuk bertanding? Mana yang lain-lain?

c. Isu 'mencuri' ilmu agama melalui industri buku. Apakah kedudukan hukum berhubung hal ini? Tukya cakap, "Elok la hang tulis tentang hal ini."

"Sebab itulah, dulu-dulu, orang mengaji ada ijazah dan bersanad," kata Tukya lagi. Aku rasa, inilah antara sebabnya ijazah dan sanad itu perlu. Ia penting kerana nak memelihara keberkatan.

Pak Jawaher kerap bangkitkan isu ini. Betapa penerbit di Malaysia telah banyak melakukan cetak rompak ke atas buku-buku agama Indonesia. Kos untuk samannya yang tinggi menyebabkan kebanyakan penerbit di Indonesia.

"Ya mereka pun malas sebab kos mahkamah tu, melainkan mereka melantik Ali Bukhari sebagai agen," kata Pak Jawaher, sambil dia menepuk bahu aku, "lalu, dia ditugaskan untuk menjalankan usaha-usaha saman di mahkamah tersebut."

Tapi, aku rasa tepukannya di bahu aku itu ada berlapisan makna. Makna sindiran dan perli pun, mungkin salah satu daripadanya, sebab aku ni belum siap lagi suntingan buku-bukunya itu.

Ya, malam semakin larut. Aku tadi dah nak balik sebab nak tengok filem Underworld, sebuah filem lakonan 'gf' aku di TV2. Tetapi, daku segan balik SPKB, sebab tiba-tiba Samsudin al-Johori mengajakku minum-minum di restoren mamak, berhampiran dengan bucu ini.

"Drama dan teater ini di bawah saya di IPT," katanya tadi kepadaku. "Saya pernah dipanggil pihak atasan kerana bawak teater ni di kampus. Saya dah tulis hal ni dalam blog."

Dia bercerita daripada A - Z. Baru kufaham letak duduk beberapa perkara. Jarang aku berbicara dengan mereka ini, memandangkan aku pendatang baru dalam alam, dunia sastera ini.

Bucu, sudut ini
Bucu ini menjadi gelanggang saksi sejarah ke atas kehidupan mudaku pada hari tuaku kelak, di mana di sini kami berlabuh, melagakan pendirian dan pendapat dan menegakkan hujah sambil marah-marah setiap kali ada acara di sini.

Dan, malam ini adalah salah satu contoh daripadanya. Malam ini amat meriah dan mewah dengan ragam cerita.

Selebihnya adalah cerita-cerita lucah, loqlaq yang aku malas nak cerita di sini. Jenuh puas sudah aku gelak, melaghokan diri ini. Aku malas nak cerita sebab ia tidak membangun fikiran sangat. Kalau sekadar nak melapangkan fikiran bolehlah.

###############################

10 R. Akhir | 26 Mac (Jumaat)
Kecewa kerana hajatku membeli emas tidak kesampaian. Sejak pagi lagi daku pecahkan tabung, himpunkan duit, bila tiba di Ar-Rahn.

Harga pun masih RM522 sedangkan di laman sesawang mereka tertera harga RM515. Aku tak puas hati dan tertanya-tanya.

"Stok emas dah habis hari ini," kata kerani itu. Aku rasa orang mungkin berfikir pantas, mereka beli cepat sampai stok emas dah habis! Bukan rezeki akulah.

Petang
Di Perpustakaan Negara, aku cari buku fakta tentang filem P Ramlee, susunan Aziz Sattar untuk untuk jawab soalan kuiz Pekan Ilmu. Kalau aku menang, boleh dapat buku itu dan hadiah duit.

Sekali lagi harapanku berkecai punah-ranah, runtuh-rantah, impianku berderai musnah. Habis semua buku-buku itu dipinjam orang. Aku syak orang pun ramai berfikir seperti aku. Mereka ini pun nak masuk kuiz juga. Akhirnya, aku terpaksa pinjam buku lain.

Jadi, aku berdepan dengan dua kegagalan hari ini. Gagal membeli emas dan gagal mendapatkan buku yang aku hajati untuk melengkapkan kajian dan untuk menang kuiz itu. Haizz...

Dan, aku menyabarkan diri dengan puisi A Samad Said, "Segala yang dihasrat, tapi tak didapat, adalah nikmat yang paling padat!"

Ke PDDP untuk acara Dom. Di sini, ada sempat aku berkenalan dengan Fedtri, TV3. Budak mass comn, cuma dia senior aku di USM. Sempat juga berkenalan dengan Iskandar Syah. Aku rasa Mr Zaidi DBP pun hadir. Cuma, aku nak tegur pun takut tersilap orang.

Hari ini, Sk tiba mengingatkanku mengenai Sepat. Aku tak fikir tempat itu sesuai meriwayatkan semuanya. Tapi, ada perkembangan terbaru - daku dapat nama Syafarin, seorang pembangkang PKMS di negara pulau republik itu.

Tetiba Fedtri memandang tepat ke arahku ketika makan. Lalu, apabila pandangan kami berlaga, dia lalu bertanya, "Dulu ambil kursus apa?" Aku jawab, "Kewartawanan."

Lalu aku tanya tentang SK dan RA. Soalan semacam itu mungkin sukarlah dijawab, simpang-siur gelak tawa dan bualan ramai itu tidak memungkinkan bualan kami berlangsung rancak.

Aku rasa kena pergi TV3 untuk selangkah lagi derap tapak kakiku menuju ke arah kemerdekaan Selatan Thai. Di sana, mungkin boleh jumpa dia dan RA terus.

Berlegar di 'booth' Pak Jawahir. Dia mengingatkan aku lagi mengenai suntingan buku dinar emas itu. "Saya dah ada pen-drive," katanya lagi. Lidahku jadi kelu, tak tahu nak cakap apa.

"Nantilah bagi bahan tu, hari ini sibuk sikit," katanya lagi saat melihatku resah dan jadi gundah gulana, bermuram durjana. Ya, aku gagal beli dinar emas dan buku P Ramlee hari ini :(

Jiwaku pudar dan iltizam semangatku menurun. Tapi, akhirnya, kegembiraanku muncul semula kerana dia kata kitab Usul Fiqh Wahbah al-Zuhaily akan tiba minggu depan.

"Harganya RM38.00 sahaja," katanya. Daku ceritakan hal itu kepada NY. Dia kata, usul fiqh dia pun semurah RM48. "Kos cetak di sana memang murah," kata NY lagi.

Dekat 'booth' itu juga, daku bertembung buku Fiqh 5 Mazhab, terbitan Penerbitan Lentera. Aku tertarik apabila mengetahui bahawa Imam Jaafar ini adalah guru kepada mazhab Maliki, Syafie, Hambali dan Hanafi. Aku berazam nak pinjam buku ini di PNM, insya Allah!

Malam. Selepas berlegar di 'booth' Pak Jawaher, daku, NY, LI dan AM mengajak aku lepak kat Riverside. Kebetulan, bloggers Umno yang terkenal melalui FB; PG ada di situ.

Mataku selalu liar memandang gelagatnya. Telinga lintahku mencuri dengar bualan mereka. Aku tak tahu PG ini blogger sebelah Najib atau Muhyiddin. Brader rambut panjang tu namanya Sam.

Kalau aku diserap dalam 'group' depa ini, mungkin lebih banyak peluru sesat untuk tumbangkan Pekembar yang aku dapat.

Aku dapati rakan-rakan sastera ini, tak sedar ada bloggers Pekembar dekat situ. Mungkin rakan ini berasa hairan agaknya kenapa berdiam diri dan tak banyak cakap.

Keputusan yang aku ambil dalam diam - aku kena lepak sesekali di Riverside ini agaknya, untuk mencuri-curi bualan antara bloggers Pekembar ini.

Teringat 'kerja jahat' Pak Samad Ismail
Tetiba, aku teringat Pak Samad Ismail yang pernah jadi jahat - seludup senjata, bawa masuk ke dalam negara, mencuri peluru, menubuhkan parti PAP di Singapura.

Tetapi, hari ini, ada ker wartawan yang memiliki watak wartawan sejati seperti Pak Samad itu? Aku rasa gembira kerana diberi kesempatan oleh Tuhan untuk menemubual arwah Pak Samad, Rustam A Sani sebelum mereka meninggal dunia.

Aku kenal ramai wartawan yang berangan nak jadi Pak Samad, lalu mereka bersikap kasar, cuba merokok dan memaki, mencarut kununnya itulah tabiat wartawan sejati seperti Pak Samad itu.

Hal ini aku menolaknya. Aku rasa mereka ni saja nak berlagak. Kenapa mereka tidak ikuti sikap Pak Samad yang berani masuk penjara, ditahan ISA, menubuhkan parti seperti PAP, seludup senjata dan peluru, dibuang ke Jakarta dan sebagainya?

Kalau setakat merokok, mencarut dan memaki hamun orang, mengurat perempuan tetapi, takut buat kerja-kerja bahaya seperti keluar masuk penjara, takut masuk ke dalam kem musuh untuk seludup keluar peluru dan senjata, takut risiko dibuang kerja seperti Pak Samad yang 'dibuang' sehingga ke Jakarta, sebaiknya tak perlu berangan menjadi seperti Pak Samad.

Pak Samad juga berpolitik, tubuhkan parti PAP, masuk penjara berkali-kali, seludup peluru dan senjata dan lain-lain. Jadi, kalau setakat main perempuan, minum arak, hisap rokok dan memaki carut orang, baik hangpa tak payah berangan nak jadi Pak Samad.

Sikap buruk-buruk saja kita ikut, lalu kita 'declare' yang kita sudah ikut kewartawan Pak Samad. Aku baca memoir, dia sebenarnya budak baik, ayah dia guru sekolah.

Jadi, di bawah bumbung madrasah Utusan dia 'diasuh' menjadi jahat oleh kalangan wartawan itu dan dia jadi jahat kerana dipengaruhi unsur luar, bukan dengan sengaja menjebakkan diri dalam dunia liar itu. Wartawan la ni dah terbalik.

Ada yang faham begini - kena ikut tabiat buruk Pak Samad, baru jadi wartawan sejati. Dan, daku menolak fahaman sebegini. Aku pernah tanya Pak Samad, tak bolehkah kita tukar perkara ini?

Lalu, dia berkata, "No... i am the lecturer." Hal ini, pernah aku tulis dalam Harakahdaily.

Bercakap mengenai kejahatan, malam ini, ada filem 'Goodfellas' di TV2. Daku pun hairan, kenapa aku tertarik dengan cerita Mafia; Godfather dan lain-lain yang seangkatan dengannya.

Aku kena cari filem ni di mana-mana untuk fahamkan kembali jalan ceritanya. Kita tak perlu jadi jahat, kita hanya perlu mengetahui apakah itu kejahatan supaya tidak terjebak ke dalamnya.

Barat dalam tafsiran Al-Attas perlu dirakyatkan
Aku melihat sikap SMN Al-Attas mentakrifkan apakah Barat itu, hingga aku sedikit jelas dengan makna Barat itu, setidak-tidaknya, adalah langkah awal untuk menyusun nota kuliah SPKB.

Umat perlu didedahkan dan diasuh dengan kupasan, pengertian yang mendalam tentang makna Barat terlebih dahulu, sebelum mereka mengenal Islam.

Mereka perlu diasuh mengenal apakah itu kejahatan, sekular dan Barat. Semua itu akan menjadi sempadan untuk mereka melangkah di alam kejahatan.

Ya, Goodfellas nama filem itu. Daripadanya, aku tahu ada wanita Yahudi tidak sukakan Itali. Aku minat cerita Mafia, ia mengajar aku 'the power of money'.

Hal ini mengingatkan aku mengenai Dinsman yang dah tak boleh menjadi Karyawan Tamu UUM dan ini sekali lagi mengundang kerugian kerana 'peluru' ilmiah tak dapat diguna dalam IPT.

Kuasa kejahatan Mafia pun guna 'the power of money' untuk beli polis; yang daku anggap 'peluru Mafia' dalam kerajaan. Mungkin aku tak kaciwa seberat kaciwa P Ramlee pada akhir nafasnya.

Sehingga aku mencatat coretan ini, aku hanya mampu berdoa semoga Allah memberi pemuda yang berani berani meneroka idea baharu, berani buat keputusan yang jarang diketengahkan orang dan selalu siap berdepan dengan bahaya yang datang serta-merta.

Sukarno perlukan 10 pemuda untuk mengubah peta dan wajah dunia. Aku nak wujud Nusantara Baru, seorang pun tidak berani. Semoga Allah kurniakan lebih ramai pemuda yang beraninya itu mengatasi keberanianku kelak, ameen...

Haidi call, katanya, dari Pontian ke Muar ada kaitan dengan laluan Parameswara. Maklumat, apa yang dapat aku buat dengan maklumat ini? Urgh! Ugrh! Urgh!

Lepak-lepak di JPB, meneman rakan di sini. Hajat ke UM, menyelesaikan proposal, gagal! Urgh!

###############################

9 R. Akhir | 25 Mac (Khamis)
Bertembung dengan beberapa idea setelah menyusun bahan di JPB. Perang antara kelas pekerja dan kelas pentadbiran terjadi.

Aku enggan mengulas lanjut. Seharian berada di sini, ada jugak beberapa rancangan ke arah meningkatkan mutu akhbar.

Sepatutnya, ada seminar hak cipta, aku tidak jadi pergi lantaran ombak putaran arus masa yang mengembang bagai gelombang kesibukan yang mengganas telah menguburkan daku di daerah ini. Daku tertimbus dalam timbunan kesibukan waktu!

Harga emas turun!
Ah yes! Ini suatu perkembangan baik. Harga emas turun mendadak ke paras RM522 untuk 1 dinar semalam. Dan, hari ini, aku melihat ia sudah jatuh ke paras RM515 untuk 1 Dinar!

Tapi, kutahankan hatiku untuk membeli pada hari ini. Mungkin esok, hari Jumaat boleh beli lagi kerana harga hari ini sama dengan Kelantan cuti hari Jumaat.

Jadi, kalau melambung naik pun, harga emas tetap berada di paras yang sama kerana mereka ni ikut harga ibu pejabat mereka di Kelantan.

Tetapi, cuma satu perkara yang kukesalkan. Ada member yang selalu sangat dok bercakap pasal emas-emas ini. Mereka cuma bercakap, tapi tak berani bertindak membelinya.

Aku rasa macam dipermainkan segala pengetahuan dan tasykilanku selama ini. Rasa rugi. Maka, aku fikir nak tutup saja bualan mengenai emas terhadap orang-orang yang suka bercakap, tetapi nampak macam main-main sahaja.

Nampaknya, aku kurang sabar. Tapi, bagaimana mahu bersabar kalau terasa dipermainkan oleh kata-kata. Aku tak untung pun kalau ada orang beli emas dengan sebab penerangan aku.

Aku tak minta upah jadi consultant jalanan. Tapi, aku rasa puas hati bila ada kawan-kawan yang sama-sama naik, ada perkembangan baik dalam diri mereka kerana mengikut nasihat aku ini.

Aku suka berdebat hingga mereka jadi faham dengan jalan fikiranku ini. Aku tidak nak sesatkan sesiapa. Aku cuma suka kengkawan dapat naik separas pengetahuan mereka denganku. Itu saja.

Presiden Paksi, BB tidak jadi berkarya ke UUM
"Hah! Apa dah jadi dengan abang enta di UUM tu?" aku bertanya Alo tadi di Haslam. Maka, dia pun mengeluh kerana kebanyakan ahli BB, Paksi tidak merelakan pemergiannya ke sana.

Secara peribadi, aku rasa ada kerugian juga jika sang presiden tak ke sana. Ada dua teater. Kalau salah satu teater di bawah Dinsman tu boleh dimanfaatkan untuk buat pementasan teater siswa, molek juga.

Nampaknya, hanya tinggal satu peluang, tapi peluang ini tipis sekali. Mungkin Erma Fatima yang boleh bantu agaknya selepas Dinsman terpaksa menimbus anganannya untuk bernaung di sana.

###############################

8 R. Akhir | 24 Mac (Rabu)
Terlepas sesi dialog di ITNM. Aku keluar dari SPKB pergi ambil cek, gaji pekerja di Doomlite.

Lutfi Ishak call, mengingatkan daku mengenai tarikh Dom, iaitu Dialog Orang Muda yang bakal diadakan di PDDP Jumaat ini.

"Saif dan NY sibuk kerja. Jadi, kau datanglah," katanya. "Kau pun tolonglah buat hebahan sikit dalam akhbar." Aku mengangguk memberikan persetujuan.

Lepas tu, jumpa Mami Mariani di Saloma Bistro. Aku terkejut la juga mendengar beberapa perkara.

"Air Mata Di Kuala Lumpur tu, lagunya dah siap, cuma tinggal filemnya saja lagi belum siap. Skrip filem tu pun telah ada," katanya yang meminta aku panggil dia sebagai Mami sahaja.

Bertemu Mami Mariani Ismail
Tambah Mami Mariani, kakak kepada penyanyi Saloma, isteri P Ramlee ini, skrip filem Air Mata Di Kuala Lumpur ada pada tangan Jins Shamsuddin. Bila ada orang minta, dia minta RM30 ribu!

Bertambah lagi perjuanganku untuk menuntut hal ini diketengahkan ke masyarakat ni. Urgh!

Selepas bank-in, baru ada kesempatan ke PBAKL. Bertemu NY dan masih gigih dalam pencarian dan hari ini bertembung dengan Pak Jawahir lagi. Kalau kita dah buat silap, kita tak boleh lari!

Di Sarjana Media, bertemu Qutul Qulub, Abu Talib al-Makki, jilid satu (RM90). Ia adalah kitab induk kesufian yang menjadi rujukan Imam Al-Ghazali ketika menyusun Ihya' Ulumuddin.

Aku teringin nak beli selepas putus asa kerana tidak bertemu usul fiqh Dr Wahbah al-Zuhaily. Di sini aku jumpa kumpulan lelaki yang tanpa ragu, membeli 6 buah syarah al-Hikam!

'Al-Hikam Society'
Relaks jer dia orang ni keluarkan duit. Baguslah, duit dilaburkan ke arah jalan yang tepat. Maka, aku teringat Ada Apa Dengan Cinta yang promosikan buku puisi Chairil Anwar dan Ketika Cinta Bertasbih yang promosikan al-Hikam. Sama saja sikap mereka, berbeza cuma aliran dan buku.

Maknanya, dalam filem pun mereka sempat iklankan buku-buku! Tapi, apa yang paling penting ialah - aku nampak gerakan kesedaran ini perlu dirancakkan dengan menubuhkan masyarakat-masyarakat ilmiah, pasukan-pasukan yang dibentuk berdasarkan tokoh dan buku-buku.

Aku fikir, al-Hikam adalah satu karya yang wajar dibentuk masyarakat dan pasukan tentangnya kerana padanya tercetak lafaz dan perkataan yang meluruskan fikiran, menenangkan jiwa umat ini yang kian membarah dengan parahnya. Aku namakan ia sebagai 'Al-Hikam Society'.

Sambungan debat SPKB
Di warung, berdebat lagi. Kali ini, aku tampil memberi penjelasan terhadap peluru dalam Umno.

1. Ia bukan soal duit, tapi soal peluru. Tak guna masa dihabiskan mencari peluru Pas, sebab Pas ini memang tak boleh perintah dalam keadaan pemimpinnya lemah. Tuhan sendiri tak izinkan.

"Dalam masa sekarang, lebih baik gali sebanyak-banyaknya untuk cari peluru melumpuhkan Umno berbanding lumpuhkan Pas," kataku lebih kurang.

Aku sendiri tak akan benarkan Pas perintah sebab ada kemungkinan besar maruah Islam akan terjejas. Orang-ramai akan kritik Islam. Kalaulah depa kritik ulamak Pas dan tidak kritik Islam, tak pa la. Kalau itu yang berlaku, hatiku terasa lapang juga.

2. NY kata aku nak bunuh individu, bukan nak bunuh sistem. Aku kata kita kena bunuh dua-dua sekali. Ketika kita ada peluang mahu bunuh individu, bunuhlah individu, ketika ada ruang bunuh sistem, maka bunuhlah sistem.

Kita tak tetapkan siapa yang kita mahu bunuh. Ketika tiba peluang kita diangkat Tuhan ke suatu tempat tertinggi (pemerintahan), maka ketika itu ubahlah sistem. Ketika kita di peringkat dasar, kerana Allah tempatkan kita di situ dan jika ada peluang bunuh individu, maka bunuhlah.

Tetiba kita dilemparkan ke dalam penjara macam Nabi Yusuf. Dalam penjara pun kita kena buat pembaharuan juga ke atas para banduan itu. Ini pembaharuan di peringkat 'grass-root'.

Kemudian, tiba-tiba, dari penjara itu, Nabi Yusuf dilompatkan terus menjadi menteri kewangan, maka Nabi Yusuf menggunakan landasan itu untuk berdakwah atas kedudukannya di peringkat atasan. Nabi Yusuf tak merancang, tapi dia ikut perancangan Tuhan ke atasnya.

Kesimpulan, jangan berbalah dan ambil kira, ambil peduli sangat di mana kita nak sasar dakwah ini, adakah di peringkat atasan atau bawahan, sebab hal itu termasuk dalam rancangan Tuhan.

Di mana kita duduk, di situlah kita kena buat kerja pembaharuan ini. Di bawah pokok, di warung, di opis. Boleh bincang dakwah apa yang sesuai di peringkat atasan dan bawahan. Malahan, boleh bincang untuk kirim seseorang itu ke peringkat atasan atau bawahan untuk berdakwah.

Tapi, sebolehnya tak usah berbalah lagi, mempertikai bahawa salah silap, betul benar membawa seruan itu, sama ada nak ubah di peringkat bawah atau peringkat atas.

Sebenarnya, bagiku kita tak perlu rungsing dah. Kalau terbunuh, kita syahid! Laluan kita, adalah landasan Musa, Isa, Ibrahim dan Muhammad. Hanya syahid atau menang sahaja matlamat kita.

Mengubah di peringkat akar umbi lebih utama berbanding di tahap atasan
3. Aku jelaskan 'pendirian Islam' (SPKB) - "Dalam kerja perubahan, kita boleh guna kekuasaan dan perubahan di peringkat akar umbi." Daku memetik contoh 25 nabi dan rasul yang menjadi tunjang kepada gerakan pembaharuan masyarakat.

"Hanya 2 nabi saja yang jadi raja, iaitu Nabi Daud dan Nabi Sulaiman. Selebihnya, nabi-nabi yang miskin, pakaian lusuh sehingga dihina kelas atasan yang angkuh ketika menolak seruan dakwah," kataku lagi. Inilah antara dalil dan asas kepada kerja-kerja pembaharuan itu.

Dalam istilah aku yang mungkin ramai orang tak setuju, bahawa Allah telah mengirim dua orang sahaja 'Nabi Kapitalis' (nabi kaya, nabi berjiwa, berkedudukan pemerintah).

Selebihnya, adalah 'Nabi-Nabi Sosialis' (nabi miskin, nabi yang terpaksa berperang dengan orang kaya, kapitalis, nabi yang terpaksa merengkok dalam penjara dan dibunuh).

Antara nabi-nabi ini, cuma dua nabi yang diutus membuat kerja pembaharuan tahap atasan, dan selebihnya diutus untuk membuat kerja pembaharuan di peringkat bawahan. Maka, gerak kerja pembaharuan manakah yang lebih utama?

Ini juga bermaksud, bahawa Islam menerima kedua-dua gerak kerja pembaharuan ini, sama ada di peringkat atasan atau bawahan. Islam tidak menolak kedua-dua jenis pembaharuan ini.

Tapi, yang mana lebih utama? Gerak kerja akar umbi atau gerak kerja di peringkat atasan. Aku nampak pemulihan di peringkat akarlah yang lebih utama. Dalil kedua, ketika nabi 'tasykil' orang kaya, tetiba Ummu Maktum tiba. Nabi tak peduli, akhirnya Tuhan sampai turunkan wahyu.

Kalau dah sampai turun wahyu kerana terabai pemulihan rakyat bawahan, ini bermakna, proses pembaharuan umat lebih utama, penting, lagi awla di peringkat bawahan berbanding atasan.

4. Peluru dalam itu ternyata lebih berbisa untuk menjatuhkan musuh. Aku merujuk surah Yusuf di mana dalam kes baju koyak, disebutkan 'wa shahida shahidun min ahliha' - Abdullah Yusuf Ali menterjemahkan sebagai: "... And one of her household saw (this) and bore witness.."

Aku fikir, buah fikiran dan hasil debatan ini, mungkin boleh dibukukan menjadi Fiqh Revolusi di bawah madrasah SPKB. Nak bagi nampak 'Arabic' sikit apa ya? Fiqh Thawrah boleh ker?

Err... nak letak di bawah fakulti apa ya? Fakulti Dakwah, Islah dan Pembaharuan (FDIP) kot?

Wilayah baru; Nusantara Raya
Malam. Alo call, katanya dia terlihat kelibat aku di PDDP Maghrib tadi. Kami tiada berjumpa. Di sini, akhirnya kami tidak bertemu jua dan Rabulah satu-satunya hari lapang mereka untuk pergi ke sana-sini untuk membuat kerja-kerja pembaharuan, islah dan 'reform'!

Malam ni chat YM dengan Asnawi tentang Acheh. Katanya, Sanusi Junid pernah diminta Tengku Beureuweh, Gerakan Acheh Merdeka (Gam) untuk melobi Tunku Abdul Rahman supaya dapat dimasukkan negara Acheh itu ke dalam Malaysia.

Banyak lagi nak dikaji dan diberi perhatian. Katanya Pulau Weh itu pernah mahu diserah kepada Amerika Syarikat kerana Belanda nak serang Acheh pada masa itu.

Dalam bacaanku, Champa turun ke Kelantan, Minang, Kedah, Jawa dan juga Acheh. Aduhai, jadi, lagi berat tugas-tugasku untuk menyelamatkan keadaan kalau macam ni.

Dalam fikiranku, sebagai 'anak Acheh' (ahem! anak Acheh la pula) aku mesti tarik Yala, Champa, Acheh untuk bergabung ke arah pembentukan Nusantara Baru atau Nusantara Raya. Ahem!

Tapi, rakanku itu kini berada di Sweden. Kalau aku ke sana, bersyura dengan depa, tetiba aku ni kena sekat masuk ke Malaysia macam mana? Habislah aku, terpaksalah aku jadi pelarian. Maka, terpaksalah aku mengurat seorang dua 'aweks cool' Sweden untuk dijadikan bini.. he..he..he..

Berbual dengan Bidah Cham di ruang YM. Kami capai kata sepakat untuk mulakan pertemuan sebelum mulakan kelas bahasa Cam. Mungkin bila dah kenal, boleh buat kelas dan kemudiannya boleh bukukan modul susunan bahasa Cam yang lebih sistematik! Ameen...

Zahir call. Bertanya hal royalti. Maka, pada akhir bualan, dia mencadangkan buku kecil 'Maqasid Syar'iyyah: Hikmah di sebalik pensyariatan. Ia buku kecil dan dijual dengan RM7 sekitar 100. Dia syor begitu selepas mengesan kegagalanku mencari Usul Fiqh Dr Wahbah Al-Zuhaily.

"Pengarangnya, ustaz Rosli Mokhtar dan ustaz Mohd Fikri Che Hussin, terbitan Karya Bestari - Alaf 21," katanya yang sedang melayari buku teguran Mufti Johor, karya Buya Hamka.

###############################

7 R. Akhir | 23 Mac (Selasa)
Masuk opis dengan longgokan berita yang masya Allah! Banyak sungguh! Aku tak tau nak cekau mana satu story untuk digilap.

Berlabuh sambil mengusung leptop untuk menyunting berita di bawah pokok. Aku ingat ada sinetron Ratu Laut Selatan yang menampilkan lakonan 'gf' aku. Rupanya tak ada. Hampeh..

M pun sampai di bawah pokok itu, lalu kami berbual, "Betulkah hang nak berhenti?" Aku jawab sebahagian besar dari hati ini sudah cenderung kepada nak berhenti sebab nak sambung belajar.

"Tak payah berhenti," katanya, "biarla sampai ada orang yang betul-betul dapat ganti tempat hang. Kalau tidak, kami sendiri tak dapat nak belajar."

NY call. Dia kini berada di PDDP. Ada acara bersama Dato' Baha Zain di 'booth' ITNM rupanya. Aku tak tahu ada acara di situ. Rasa rugi. Tetiba aku teringat wang sedekah RM100 dari bos.

Mungkin dengan wang itu, boleh aku memburu Usul Fiqh Wahbah Zuhaily. Ameen...

Petang. Tiba di PDDP, kami berdebat lagi berhubung takrifan terhadap 'pendirian Islam'. Daku jelaskan bahawa dalam hal yang tidak disentuh Tuhan di dalam al-Qur'an, tidak boleh dikatakan bahawa Islam tiada pendirian dalam hal itu. Sebaliknya ...

"Allah s.w.t memberi kepercayaan kepada khalifah-khalifahnya untuk membuat keputusan," demikian buah fikiran SPKB. "Lalu dengan sebab itu kita boleh menyatakan bahawa dalam hal ini, majlis itu, majlis ini, pemimpin itu dan pemimpin ini... memutuskan bahawa ..."

Dalam tasykilan dan bayanan aku yang seterusnya - aku meyakini bahawa Tuhan merestui dan mempercayai manusia (khalifah) untuk menguruskan pendapat, hukum-hakam untuk insan itu sendiri.

Dalilnya, saat manusia diangkat sebagai khalifah, malaikat meraguinya dan Iblis menentang, tapi hanya Allah s.w.t sahaja yang 'beriman' (percaya) kepada manusia. Sebab itu, kita mesti beriman kepada Allah dan mesti tambah sikit lagi - TAQWA - kepadaNYA.

Allah s.w.t telah merestui dan meyakini kita sebagai khalifahNYA lalu Tuhan meyakini pendirian kita dalam hal-hal tertentu untuk menerbitkan hukum kita sendiri. Oleh itu, hendaklah kita jaga namaNya dengan menyatakan bahawa ...

Dalam hukum-hukum tertentu, kita yang berpendapat sebegitu. Jadi, jika jadi apa-apa kecaman ke atas pendirian itu, biarlah kita sendiri yang berdepan dengan keadaan tersebut. Jangan nanti, nama Islam tercemar dan nama Allah dikaitkan dengan kezaliman dan kekejaman.

Terserempak dengan Pak Jawahir. Dia menuntut agar suntingan buku Indonesia itu dipercepat. Aku jadi malu. Bagaimanapun, di kedainya juga aku rasa ada buku Usul Fiqh Dr Wahbah Zuhaily itu. Aku juga menemui Syarah Hikam Tok Pulau Manis dan Qutul Qulub.

Kalau aku gagal menyabarkan diriku, nescaya aku dah beli dah tadi. Tapi, aku harus simpan juga untuk membeli kitab Usul Fiqh Dr Wahbah Zuhaily yang maha penting itu.

Baru daku terserempak dengan Kampung Buku, Melaka tu. Rupanya, dia ada 'booth' juga di situ. Tapi, kami tak singgah kerana ada urusan yang maha penting, memburu kitab. Fuh! Macam The Book of Eli. Kisah pengembaraan ini boleh diangkat jadi novel atau filem ni!

Malam. Sampai dekat Rafiya. Berbual tentang masalah pemasaran yang tidak kalah hebatnya. Mereka ni jauh lebih malang nasibnya berbanding kaum wartawan.

Aku dan rakanku itu, berbincang lagi hal mengadakan ulasan buku di akhbar JPB. Tapi, hal yang paling bermasalah sekarang ialah dengan tiba-tiba TG Presiden mintak pendiriannya berhubung nama Allah diletakkan di muka depan akhbar. Sang editor itu pun berasa pening tiba-tiba ...

"Enta rasa macam mana sekarang ni? Ana takut TG kita kena back-fire nanti, kita kena jaga TG kita ni syeikh," katanya lalu meminta pendapatku. Lalu, inilah pendirianku ...

Kepercayaan kepada Allah vs. Kepercayaan kepada Tuhan
'Kepercayaan kepada Tuhan', ditukar kepada 'Kepercayaan kepada Allah'. Sebenarnya ini adalah suatu lafaz untuk mengeluarkan kita daripada faham atheis (tidak percayakan Tuhan).

Rasanya, kita selesai bab ini - iaitu antara dasar kepercayaan negara serta rakyat adalah mereka ini percaya kepada Tuhan dan menolak faham Darwinisme iaitu 'kitalah Tuhan, humanisme dan sebagainya'. Kita semua sudah percaya kepada Tuhan dengan cara yang berbeza.

Hal ini 'tiada masalah' pada Allah. Yang jadi masalah, ialah apabila kita menafikan Tuhan wujud. Lalu, kita isytihar bahawa kitalah Tuhan secara langsung atau tidak langsung.

Dan, haruslah diingat bahawa polemik nama ini adalah terjadi antara Muslim dan Kristian sahaja, bukan antara penganut Buddha dan Hindu. Buddha dan Hindu tidak guna nama Allah. Malah ada

Katakanlah Kristian dan Islam bersetuju, Hindu dan Buddha pula bagaimana? Tapi, ini pun lebih merbahaya juga.

Mungkin dengan cara ini, akan lebih banyak mengundang kekeliruan dalam kalangan Muslimin sendiri nanti apabila orang Kristian bebas menggunakan nama Allah.

Orang Islam yang lemah akan semakin dikelirukan dengan Allah dalam faham Islam dan Allah di dalam faham Kristian. Wallahu'alam...

###############################

6 R. Akhir | 22 Mac (Isnin)
Ke acara buku filem P Ramlee. Di situ, bertemu Zal. Selepas tamat acara itu di PDDP, daku terus menerjah Auntie Mariani, meminta persetujuan untuk bertemu pada lain waktu.

Dia beri daku nombor telefon bimbit, lalu berpesan, "Jumpa saya di Saloma Bistro, jam 3 petang, Rabu ini."

Terserempak dengan Abg Mat Sapar juga. Dia pun tumpang sekali dengan aku, melangut tengok Salwa Abd Rahman, Rozita dan Nasir Wahab menyanyi. Naik ke atas dan terus godam story.

Aku terfikir nak buat 'P Ramlee Society', apatah lagi sejak semalam, ketika menggodam internet cari maklumat tentang senjata Melayu purba, dan senjata Cam aku terjumpa fakta menarik!

Orang Melayu sudah pakai terakol, tarkul rupa-rupanya. Jadi bila Laksamana Damburi gunakan terakol (atau pistol), ini bermaksud, kejadian itu memang wujud dan bukan lawak.

Semoga Tuhan memberkati perjalanan hidupku dalam kajian-kajian kemasyarakatan ini. Amiin.

Setelah habis menaip story di PDDP, aku berlegar sekejap, lalu pulang ke gerai yang aku bersidai semalam. Ish! Masuk kali ini dah dua kali aku jumpa Dr Md Sidin Ishak of Universiti Malaya dok berlabuh dekat sini dengan pegawai penyelidiknya.

Tapi, aku rasa segan nak tegur sebab depa tak kenai aku! Tiba-tiba, hatiku melayang ke kampus semula... Alahai!!!



Tuhan, kami mohon perlindungan daripada bahaya arak, tipudaya manusia yang meminum arak dan judi yang kini telah diangkat sebagai pemimpin kami.

Beri kami hidayah dan petunjuk, agar dapat ikhtiarkan jalan keluar memastikan judi dan arak ini dapat dinyahkan terus daripada bumiMu ini.

Malam. Setelah menaip di Jln Raja Abdullah tempat daku bersidai semalam, maka bos call. Jadi pada malam ini, debat berterusan. Teruk aku dibantai dalam beberapa kes. Isu pemilihan bahan sastera termasuklah falsafahku dalam soal pemilihan karya-karya cerpen.

Apa pun, pada akhirnya ada tiga resolusi yang entah jadi entahkan tidak; ruangan buku, ruangan perjuangan alam sekitar dan ruangan akhbar berkebajikan (Oku, mangsa ISA dsb).

Di akhir pertemuan dia akhirnya mengeluh sekali gus menyatakan hasrat untuk pergi ke PBAKL yang tidak kesampaian sehingga ke hari ini. Dia ajak aku pi ke sana naik motor. Ish, boleh ker?

"Nah, ambik RM100, habuan belanja beli buku," katanya. Alhamdulillah, syukur. Ya Allah, daku mohon keberkatan duit ini untuk membeli kitab Usul Fiqh, karya Dr Wahbah Zuhaily. Ameen...

###############################

5 R. Akhir | 21 Mac (Ahad)
Akhirnya, daku berjaya menyelinap masuk ke dalam bilik Johor/Kedah PDDP untuk menghadiri pelancaran Kamus Cam-Melayu itu. Aku sangat gembira dan lapang dada.

Sempat berkenalan dengan Abidah dan ayahnya Abdul Majid, penyusun kamus itu. Banyak juga yang dapat aku timba hari ini. Hanya, daku tiada kesenian untuk bergaul dengan Mufti Kemboja; Haji Okna Kamaruddin Yusof itu.

Sambil minum, bertemu Olvy, anak Cam yang kini belajar di Segi College. Dia tinggal di Gombak.

"Ayah saya pegawai kerajaan Hun Sen di bawah kementerian dalam pentadbiran Kemboja," katanya. Jadi, ayahnyalah yang uruskan program kemasukan orang-orang Islam hari ini.

Aku rasa rugi sekali kerana aku masih gagal meletakkan watak sebagai lelaki Yahudi dalam filem The Schindler List. Bukankah aku dah ada buku kecil; hadiah al-Hidayah sebab beli Holy Qur'an Abdullah Yusuf Ali tempoh hari? Aku sendiri yang silap dalam hal ini.

Mungkin aku kena selalu pastikan buku kecil akan selalu berada dalam poket aku. Bermula la ni, kena gigih buat jaringan dengan semua orang!

Ternyata, aku telah mensia-siakan peluang semalam. Sebenarnya, aku ragu-ragu juga sebab tak dapat nak bercakap dengan depa sebab berlainan bahasa. Takut mereka tak fasih Melayu.

Kemudian, aku masuk semula bilik Johor, buat story, tup-tup ada program lain - Yamani Angle, Ahmad Fedtri Yahaya jadi MC. Aku sempat berkenalan dengan penulis. Antaranya Ummu.

Aku tengah cari 'angle' nak bikin story buku-buku depa, tapi tak jumpa sampai la ni. Fuh! Susah!

Bertemu biografi David Marshall. Dan, daku lihat ada keterangan bergambar yang menunjukkan bahawa Yahudi S'pura ini juga pernah menghebahkan barisan kabinet di bawah 'old Apple tree'.

Hal ini mengingatkan daku kepada Nizar dan barisan exconya yang bersidang di bawah pokok.

Jumpa kak Salina Ibrahim di Karangkraf. Sembang-sembang dan daku bertanya hal pembikinan novel. Katanya, stamina mental kena kuat. Tapi, kalau dah siap novel, rasa nak buat satu lagi.

Zahir PUM bertanya, apakah Usul Fiqh yang aku cari atau Fiqh Al-Islam wa 'Adillatuh karangan Dr Wahbah Zuhaily yang aku cari. Aku menduga, dia mengetahui hal itu lewat FB aku.

"Ana rasa baik enta pergi ke Jahabersa untuk cari kitab-kitab agama yang diterjemah dalam bahasa Indonesia," katanya. Aku angguk-angguk menandakan setuju dan faham.

Jumpa abg Amiruddin, Ketua Satu Persatuan penulis Johor. Sembang-sembang sikit aku godam satu story mengenai luahan kritikan dan pemikirannya dengan pantas sekali. Fuh!

Dia sarankan aku mendapatkan majalah keluaran Jakim dan cuba-cuba menulis tentang isu-isu tertentu agar tidak terkepung dengan laporan pemberitaan yang seragam sahaja.

Makna 'Barat'
Aku berlegar di Mapim lalu tersentuh karangan Al-Attas. Pendirian Al-Attas tentang Barat telah suatu medan ruang pemikiran baru berhubung apa itu 'Barat'.

Ia adalah tradisi akar kepercayaan agama Yahudi, Christian yang kemudiannya telah diserap ke dalam Slav dan lain-lain bangsa Inggeris purba, ini tafsiran ringkas yang daku bina sendiri untuk memudahkan kalian memahaminya.

Sungguh 'ralit' aku ketika duk di situ hinggalah kedai itu ditutup. Apabila bergegas untuk pulang, aku barulah terhegeh-hegeh pulang.

Pengusiran adalah penghinaan!
Terserempak dengan Fahmi, PKPIM yang merawikan kisah berhubung masalah Kongres SMM yang tergendala tempoh hari. Aku dengar polis menyamar sebagai petugas dewan halau mereka.

"Sejak bila pula petugas dewan tau tentang Pro M dan Pro Aspirasi?" katanya. Kami berpisah.

Jay call lalu aku sudah bercakap tentang masalah JPB yang mungkin orang-orang Bangsar dapat buat sesuatu untuk atasi kemelut ini. Jay turut membuat bantahan secara lisan di cuping telinga aku. Aku cuma mendengar tak tidak banyak mengangkat bicara. Lagi pun, ini adalah rahsia sulit!

Terserempak dengan Tabiin. Dan akhirnya barulah aku faham letak duduk tugasnya yang sejati.

Librarian tak boleh membeli buku secara langsung, melainkan mestilah melalui kedai, kooperasi. Jadi, dia mestilah menemani pelanggannya (librarian) untuk membeli buku-buku itu.

"Tapi, la ni peruntukan universiti dah banyak kena potong sebab peruntukan kerajaan ke atas universiti pun dah dipotong," katanya.

Balik ke SPKB, aku terus menulis bahan di Detik Daily berhubung kegeramanku tatkala dengar hal pengusiran polis ke atas kongres mahasiswa nasional itu. Cis bedebah kau polis!

Currently have 0 comments: