Urusan pengiklanan, sms 014-3233287 @ mel-e ibnuamir@yahoo.com, subjek: Iklan Karya Fansuri
Latest News

28 R. Awwal - 4 R. Akhir | 14 - 20 Mac (Ahad - Sabtu)

Wednesday, March 17, 2010 , Posted by nota untuk Syiah at 5:52 AM

4 R. Akhir | 20 Mac (Sabtu)
Mendaratkan penat di ruang legar Pusat Dagangan Dunia Putra (PDDP) ketika Pesta Buku Antarabangsa berlangsung untuk hari kedua...

Membeli 2 buah Holy Qur'an (Abdullah Yusuf Ali) dengan harga RM63 setelah dapat diskaun 10% di Al-Hidayah Publication.

Ketika bertembung dengan ceramah Shah Kirit berhubung isu penggunaan nama Allah, mataku terpaku pada wakaf al-Qur'an yang rebah terbaring di atas meja untuk non-Muslim.

Tapi, Sam of Edgar, rakanku yang beragama Kristian itu, kini berada di Champa. Nampaknya, ia hanya dikirim kepada rakan-rakan non-Muslim di Malaysia sahaja.

Sam meminta senaskhah al-Quran dalam bahasa Inggeris sebelum ni lewat chat di YM beberapa bulan sebelum ini. Nampaknya aku kena hantar sendiri. Nak pos boleh tapi biarlah bertentangan mata. Jadi, tak eloklah kalau aku hantar al-Qur'an itu via pos saja.

Tadi, jam 2 petang lebih sikit, aku dah tiba di bilik Johor, bilik Kedah. Seminar Kamus Champa - Melayu tak ada pun!? Aku call Abidah.. lah! Rerupanya esok!

"Ok, esok petang kita jumpa masa seminar ya?" jawab dia tadi. Kus semangat. Aku ingat aku ni dah terlepas seminar tu hari ini. Ya... Sesiapa nak teman aku ke Champa, maka al-jom! He.. he..

Jumpa Sam of Champa & Kang Abik di Tanah Jawa, blog alat cari tajaan
Nampaknya, sejak pentadbiran Datin S tak menaja Int ke Jakarta untuk jumpa Kang Abik, maka aku kena ikhtiar dengan cara lain. Dalam fikiranku, blog mungkin sesuai untuk cari tajaan.

Jadi, aku terpaksa merantau ke Tanah Jawa dahulu, jumpa penulis novel Ketika Cinta Bertasbih agar dia dapat dimaklumkan sebagai kolumnis kami. Apa nak buat, duit opis, duit depa... kemut!

Dah habis selesai misi pertama, mungkin aku boleh jumpa Sam kat Champa pula untuk serahkan terjemahan Abdullah Yusuf Ali. Jadi, yang ini mungkin jadi misi yang kedua pula.

Lalu, aku berharap, lewat blog ini, aku boleh mencari dana untuk mengirim senaskhah Al-Qur'an terjemahan buat Sam yang hatinya selalu mendambakan kebenaran.

Ya, sapa-sapa nak bagi sumbangan, boleh salurkan dalam akaun yang tertera dalam blog itu.

Shah Kirit berceramah isu penggunaan nama Allah
Tadi, kulihat Shah Kirit berceramah di ruang legar PWTC penuh bersemangat. Aku ingat nak up story sikit. Dia kata, penganut Kristian kat Sabah, S'wak guna nama Allah itu selepas terjemahan Al-Kitab dari Indonesia. Lalu terjawablah kemusykilanku selama ini.

Tadi, aku bertemu Syakir PTS, Syafiq bertanya, tak pergi ke Gapena ke? Ya, hatiku telah ada di sini. Susah nak ke sana lagi untuk dengar perkembangan sastera terkini.

Pagi ni, aku mendengar desas-desus bahawa lokasi kongres SMM tu dah bertukar. Ada masalah. Ada orang sabotaj, kata mereka. Hampeh!

Bertemu Al-Masri, Kemilau Publika. Bincang-bincang sikit tentang 'job terbaru'. Rahsia sulit!

Kini, 'memburu' Usul Fiqh Dr Wahbah Zuhaily
Kini, dalam perjuangan 'memburu' kitab Usul Fiqh, versi Melayu. Nazmi cadang supaya cari Dr Wahbah al-Zuhaily untuk memudahkan debatan dan bahasan kami yang lalu. Semoga dipermudah diri ini memburunya kelak.

Di Pekan Ilmu dan lain-lain, kelihatan buku-buku dan rencana menarik. Antaranya ...

1. Filem-filem P Ramlee, oleh Aziz Sattar dan ...

2. The Christian Exodus from the Holy Land, (National Geographic)

Ada lagi, tambahan buku-buku yang menarik?

##########################

3 R. Akhir | 19 Mac (Jumaat)
Nurul Izzah dan Tian Chua kena beri keterangan polis mengenai ceramah 'haram' mereka di Taman Seri Sentosa.

Kes itu terjadi tahun lalu tapi polis masih cari pasal. Aku diminta membuat liputan sikit tentangnya.

Aku up sikit, lepas Jumaat aku pi opis bayar 'claim' Jie. Nampak agak sepi opis hari ini. Ramai yang cuti selepas 'deadline'.

Tak boleh jadi ni. Hari ini, Pak Samad bagi talk di PWTC jam 3 petang. Aku dah terlepas. Besok malam ada kongres siswa nasional. Jie yang pi. Aku mungkin di Rumah Pena kot? Entahlah...

Tak boleh jadi ni. Tubuh, ragaku di opis, tapi jiwa, ruhku sudah melayang ke Pesta Buku, PWTC.

Aku harus segera ke sana la ni. Jam 6 pm sesi 'ngeteh' bersama CP di Haslam untuk susun babak drama perselingkuhan dan percekcokan guna menjatuhkan Bik Mama JPB. Daa...

Petang. Di JPB, depa yang kutemui di sini, sukar nak join pakatan untuk buat reform ini. Jumpa CP, borak-borak tukar info. Tetiba Har datang, bertanyakan pekerjaanku sekarang.

"Kau buat projek apa dengan Dr A sekarang?" ... "Kau terlibat dengan Dom ker?"

CP juga bangkitkan kisah mengenai kedudukanku sekarang yang dilihat sebagai sosok misteri di dalam pandangan mereka. Mr Sayu juga merawikan bahawa dia terserempak denganku di Hotel De Palma. Apa aku nak buat. Rahsia hulubalang tidak boleh dipecah.

Mereka yang pecahkan rahsia hulubalang itulah yang digelar hulumangkuk dan mangkuk hayun!

Har tetiba menunjukkan sms yang dikirim Dr A kepadanya, menyatakan aku dan pensyarah itu, kini sedang berusaha mengumpulkan, membuat kajian ke atas prasasti Champa.

Wah! Aku tidak boleh lari lagi. Tadi, aku sms si Jay, dia tidak balas lagi. Mungkin aku sudah kena betul-betul bertindak. Aduhai, sungguh susah mengubah dan merobah pendirian seseorang.

##########################

2 R. Akhir | 18 Mac (Khamis)
Menerima kiriman sms Dr A, bertanyakan kenapa kolum sang presiden BB dah tiada? Hal ini, aku tiada maklumat tentangnya.

Tebus 9 keping dinar emas dengan harga RM3020. Rasa rugilah juga kerana peram lama-lama sangat di Ar-Rahn. Daku jadi Don sang kapitalis semula. Ha! Ha! Ha!

Sampai opis, rerupanya depa off hari ni. Tapi, hati daku sedikit lapang, kerna dapat meluangkan sedikit waktu untuk membuat suntingan sastera, sambil menggodam sedikit news dan story.

Petang. Dalam chat YM, Int kata dia baru balik Indon dan bertanya apakah aku akan mengutus surat kepada Kang Abik untuk menjemputnya sebagai kolumnis?

Lah! Aku ingat, selama ini, Alo sudah bagi surat dekat dia untuk dia hantar kat Kang Abik dalam kunjungannya ke Jakarta baru-baru ini.

Terpaksalah aku bersemuka cakap betul-betul serta kirim surat rasmi untuk berbincang dengan pengarang Ayat-Ayat Cinta tu nanti. Tapi, fulus nak pergi ke sana macam mana?

"Guna duit sendiri, Datin Shah tu, duit syarikat ni macam duit dia," katanya lagi. Argh! Urgh!

Apa nak buat? Dah nasib badan. Mungkin aku terpaksa keluar belanja sendiri, merantau lagi dan kena blog guna merakamkan detik-detik ke sana. Kena jadi Merantau Warrior pulaklah kali ni!

Tetiba Aqil mencelah bualan di YM. Ahah! Baru teringat, member aku ni seorang dah tercampak di Jakarta. Tuhan, beri daku kekuatan untuk selamatkan keadaan, beri kami keberkatan hidup untuk selamatkan dunia yang haru-biru ini.

Malam. Alo call, minta aku buat suntingan muka tengah. Aku hanya dapat berdoa kepada Gusti Alloh semoga suntingan yang terkait dengan 'peletakan' jawatan Musa Hassan itu tiada masalah.

"Kalau tak da masalah dengan suntingan tu, enta ni dah layak jadi editorlah nanti," gurau sang sahabatku itu. Aku jadi letih dan lelah, tapi tetap bersemangat menempuh hidup ini. Syukur!

Cik Idah online. Aku 'buzz' dengan salam. Tapi, dia asyik bertanyakan sama ada aku dah khatam bukunya atau belum. Sepertinya, dia perlukan ketenangan. Biarlah dia sendirian seketika.

Tengah melayan kisah Syeikh Abdul Qadir al-Jilani di YouTube la ni. Berfacebook dan membuat beberapa catatan 'gila' di sana-sini. Tiba-tiba, menyusul sms makcik Kelang.

Kami berperang halus sekejap. Aku terus 'declare' yang aku hot kat pakcik. Makcik pun balaslah, bertanya sebab aku marah. Ini ada can baik untuk daku kenakan syarat sambil tasykil kat depa, semoga depa dapat bermuhasabah berhubung perjuangan kami selama ini.

Mak dan Kaktie call. Kaktie rindukan Sarah dan Hakim. Dan dia mahu 'kacau' keponakannya itu. Tapi, aku sukarlah nak balik Kedah untuk merawat rinduku kepada keluarga, Sarah dan Hakim.

Apa nak buat? Aku kena susun balik waktu bekerja untuk bersama keluarga juga. Ameen...

##########################

1 R. Akhir | 17 Mac (Rabu)
Ke Sg Merab. Aku turun ke KTM UKM. Bertemu sumber baru. Hasil bualan ini sangat menarik sekali.

Isu-isu berkaitan 30 peratus, masalah pendatang asing, isu Natrah yang kusifatkan isu-isu lama tapi ia telah pun mendapat tempat di hatiku.

Isu lama yang diberi nafas segar dengan pendapat-pendapat baru. Antaranya, Dr Burhanuddin al-Hulaimy sebenarnya sudah boleh diangkat sebagai Ketua Menteri Malaysia.

Tetapi, Dato' Onn Jaafar fitnah Dr Burhanuddin dengan menyatakan Presiden Pas itu telah bawa seorang perempuan ke India. Aku serta-merta dapat tangkap!

"Perempuan itu Ibu Zain kan tuan haji?" demikian aku mencelah, hatiku betul-betul panasaran!

"Ya, Ibu Zain," dia mengiyakan. Pada sinar matanya kulihat ada kesungguhan politik!

Aku tahu hal Umno fitnah Dr Burhanuddin ini apabila aku menonton teater muzikal Ibu Zain dan di situ aku tahu bahawa Ibu Zain dan Dr Burhanuddin pernah ke India untuk menghadiri sebuah kongres. Maka, ruang kesempatan itu diambil Umno untuk fitnah Dr Burhanuddin!

"Jadi, kisah Umno fitnah musuh politiknya ini bukan perkara baharu," kata tuan haji.

Tambah beliau, hal yang sama berlaku ke atas Anwar Ibrahim apabila beliau dimasukkan dalam penjara agar beliau tidak dapat menjadi Perdana Menteri.

"Mahathir sumbat Anwar ke penjara, kemudian dinaikkan Paklah. Onn Jaafar pula masukkan Dr Burhanuddin ke penjara, lalu naikkan Tunku sebagai Ketua Menteri (Perdana Menteri)," kata beliau lagi. Fuh! Memang dramatik!

Jadi, sejarah berulang. Anwar dan Dr Burhanuddin serupa di dalam hal ini. Kedua-dua mereka ini menjadi mangsa fitnah! Yes! Yes! Yes! Aku boleh menulis lagi!

Kisah Pakcik Mat, orang lama sastera
Balik dari Sg Merab, singgah restoren Abu Bakar Baginda. Si dia ini, ada kaitankah dengan Abdul Razak Baginda? Di sini, Pakcik Mat kata dia kenal aku dah lama sejak aku di Kajang.

Dia kenal Pak Mat Zain Ghani Siasah dan mereka sering berlepak kat kedai Pak Jawahir, pemilik toko buku kelahiran Indonesia yang kini sudah dapat kerakyatan di sini.

Aku syak mereka mungkin ada sebut nama aku di belakang, tanpa pengetahuanku. Pakcik Mat pun dok tanya, "Berapa ramai keahlian di pemikiran kg baru?"

Soalan ini tak sempat kujawab kerana Abg Mat bergegas naik kereta untuk hantar aku ke KTM Serdang. Mungkin pakcik ni dah pernah tengok tetulisanku atas nama SPKB sebelum ini.

"Cerpen dan tulisan saya paling awal keluar di Dewan Sastera pada tahun 1979," katanya tadi.

Rupanya, aku la ni berdepan dengan orang lama juga. Antara nama-nama orang lama sezaman dengan dia - Nawawee Mohamad, Rosli K Matari, Wan A Rafar, Azmi Yusof, Awang Abdullah, Gunawan Mahmud, Mulyadi Mahmud. Kebanyakan nama ini pernah kirim puisi ke Harakah!

"Buatlah balik cerita mereka, hidupkan semula kenangan dan nostalgia lama," katanya.

Hari ini aku up story di luar pejabat. Story wartawan tak masuk-masuk. Aku syak depa cuti atau mereka telah 'dicuri' akhbar menjelang 'deadline' minggu-minggu darurat.

Kini, aku di Burger King, KL Sentral. Sekejap lagi baru balik ke SPKB, Insya Allah Ta'ala...

##########################

30 R. Awwal | 16 Mac (Selasa)
Masuk opis, update story. Bila time petang macam ni, ada story yang berkualiti masuk.

R datang 'slow talk' kat aku, sudah ada orang baru masuk untuk ganti tempat aku di sini. Hatiku rasa lapang, lega sikit.

"Aku ingat nak bagi dia 'training' di bawah kau dalam tempoh 2 minggu dulu," kata rakanku itu. Aku mengangguk tanda setuju.

Ada tiga story yang orang-orang Sekolah Pemikiran Bangsar tidak 'cover' dan hal ini aku cukup gembira melihatnya; hal Dinsman ke UUM, pilihan raya kampus Unisel dan Cikgu Sidek ke DBP.

Yang best isu Kg Plentong yang aku tulis sikit masa aku pi JB hari tu pun depa buat analisis juga. Kurang bahanlah katakan. Orang sambaq apa saja bila bahan dah sikit ni.

Petang. NY call, mengajakku ke Lowyat untuk cari laptop baru. Dia dalam perjalanan ke sana dari pejabatnya. "Aku dekat Jalan Hang Tuah la ni," katanya.

Malam. Proses perdebatan bersama NY dilakukan... (kemaskini, insya Allah)

##########################

29 R. Awwal | 15 Mac (Isnin)
Selesaikan KWSP. Bank-in cek puisi Utusan, RM30. Dr A sudah call, sms tadi untuk memasukkan namaku sebagai pembentang kedua bersama beliau di dalam seminar arkeologi atma, UKM.

Di pejabat, bos mula tanya - kenapa tak pi parlimen? Aku bagi alasan, tak ada pas media. Sebab apa orang selalu cakap, tapi tak tengok dulu apa kekurangan kami nak buat kerja?

Petang. Di DBP, jumpa NY dan terserempak dengan orang kuat Kalam. Kami bergebang di bucu dekat Maghrib. Saif cuti rupanya hari ini.

Malam. Dalam YM, NY cakap dia kagum aku dan Rayusa sebab tekun dalam penulisan. Aku rasa aku menulis sebab nak jatuhkan Najib Razak dan Musa Hassan.

Inilah yang seharusnya diimani dan dipercayai oleh mereka yang kagum aku... (kalau ada yang mengkagumi diri inilah!) Sebab, kita menulis bukan sekadar suka-suka dan syok sendiri. Tulisan adalah jihad

##########################

28 R. Awwal | 14 Mac (Ahad)
Update news sikit. Abah call, nak jumpa aku jam 5 petang ini. Pak Zahari Hasib call, ucapkan terima kasih kerana aku siarkan puisinya.

Ketika up news berkaitan Natrah, aku teringat bahawa Tunku pernah cakap yang dia pernah bebaskan perusuh yang dihukum gantung oleh British.

Mungkin, hal ini boleh dibuat ditulis dalam bahagian Lidah Pengarang kot. Tapi, belum muncul-muncul lagi ruangan tu. Aku kena tulis dulu, bila ada bahan, isi, jiwa barulah ia boleh disarungkan ke dalam raga tubuh Lidah Pengarang itu.

Tiada bahan, pengisian, jiwa dan ruh, maka tiadalah raga tubuh. Jadi, siapakah yang sebenar-benarnya wujud? Sedikit sebanyak, aku mula faham... (dengan caraku sendiri)

Hal ini mengingatkan daku kepada Wahdatul Wujud Ibnu Arabi lewat Fusus al-Hikam. Falsafah, falsafah. Sorry teman-teman jika aku mengungkap sesuatu yang memeningkan kepala...

Semalam aku mimpi masuk ke sebuah daerah dan ramai orang politik, sepertinya ada keraian di sana, ia mungkin majlis Anwar. Ish, makin pelik-pelik mimpi aku mutakhir ini.

Petang. Abah, mak dan Masyi tiba di Kg Baru. Kami makan-makan di Western Food Tongkang.

Currently have 0 comments: