Urusan pengiklanan, sms 014-3233287 @ mel-e ibnuamir@yahoo.com, subjek: Iklan Karya Fansuri
Latest News

7 - 13 R. Awwal | 21 - 27 Feb. (Ahad - Sabtu)

Saturday, February 20, 2010 , Posted by nota untuk Syiah at 10:25 PM

13 R. Awwal | 27 Feb. (Sabtu)

NY call, tiada sempat aku angkat. Mungkin dia nak tanya pasai sms semalam, iaitu permintaan bos untuk ajak kumpulan yang tertentu untuk bincangkan 'rebranding Harakah' 10 Mac ini.

Aku kini sedang update story di sebuah kedai dekat Jalan Raja Alang yang berjiranan dengan pejabat pos Kg Baru.

Di sini aku tengah chat dengan seorang pelajar Usim yang terbaca tulisan aku di Mykedah.org. Di sini, baru aku perasan tulisan lama itu. Nampaknya, dia peminat sejarah selatan Thai.

http://www.mykedah.org/Menjejak-Sejarah/thai-atau-siam-mana-lebih-tepat.html

Aku ajak dia join gerakan bebaskan Yala, dia jawab, "Insya Allah." Hajat di hati nak turun ke JB. Entah jadi entahkan tidak. Tengoklah macam mana. Nak kena update story sikit dulu ni.

Petang. Akhirnya aku buat keputusan nekad. Aku pergi ke JB juga malam ini. La ni tengah update, taip blog di atas bas dengan bantuan Celcom Broadband. Sempat juga update satu story atas bas. Tadi jumpa balik pita perakam yang aku dok cari-cari selama ni. Syukur alhamdulillah!

######################

12 R. Awwal | 26 Feb. (Jumaat)
Selepas Jumaat di 'Masjid SPKB' aku uruskan hal minyak hitam dan penapis minyak termasuk rantai motor yang dah haus. RM 83 semuanya, tapi aku minta kurang RM80. Dia setuju.

Sms SK Cinta Zeni-esok dia pulang ke S'pore dan aku sms Haidi di JB, kalau-kalau boleh pinjam motor dia untuk hadiri Suffah Circle yang di Wisma Indah, Changi oleh Dr Khalif.

Ish... jadi, tak turun ke SMN Al-Attas esok? Soalan itu berlegar dalam setiap inci ruang fikiranku saat. Tapi, tak apa. Koman-koman, aku dah tau kat mana tempat perkumpulan itu dan bolehlah aku temui Cik Idah di Gedung Kuning Kg Gelam, kalau berkesempatan.

Masih aku cari-cari sehingga ke saat ini, kalau-kalau ada waris Pas S'pore dan Umno S'pore yang mana mereka ini waris kiai Fadhlullah Suhaimi, guru Ashaari Muhammad pengasas Al-Arqam di Sg Penchala itu. Tapi, waris Umno S'pore tu, tak tahu pula aku.

Tiba-tiba, Haidi call balik, "Boleh abang Ali, datanglah... motor saya ada ja kat sini."

Demikianlah hatiku berbalah antara nak pergi atau tidak ke selatan. Bisikan nurani selalu datang dan hadir menjalar di ingatan, menerjah di fikiran berbisik - bahawa riwayatku turun ke selatan.

Aku pergi ke KLCC, update story-story terbaru kat Burger King. Tadi, tanya kiosk Celcom, apa yang tak kena dengan Celcom Broadband aku. Tengok-tengok oke pulak. Malah, dia sempat juga offer leptop baru bila melihat leptop Acer aku ini.

"Ada promotion bang, abang daftar RM 100, Celcom Broadband baru dan boleh dapat Mini HP 210, macam Acer abang ni la.. dengan harga RM988," katanya.

Wow! Tawaran yang mengiurkan. Aku nak leptop sendiri. Ini leptop pejabat. Leptop yang selalu kuidamkan. Teringat masa nak propose 'slip gaji' kat Giant dulu, tapi hasratku tak kesampaian.

Aku kena up story dulu, kejap lagi, ingat nak ronda-ronda Kinokuniya, beli buku Gedung Kuning, tengok apa isinya. Kalau hajat kesampaian, mungkin boleh temu bual Cik Idah di Kg Gelam!

Malam. Aku pergi ke Digi, seorang aweks Digi menangkap perhatianku. Aku jadi curang kepada Deana Russo dan Megan Fox. Oh, maafkan daku wahai kalian berdua.

"RM135.10," kata sang aweks. Cinta pandang kali ke-1,579 yang berlabuh di KLCC itu akhirnya rebah di pohon waktu. Oh duhai masa betapa dikau sungguh kejamnya memisahkan ikatan cinta antara kami berdua. Kah! Kah! Kah! Deana dan Megan, maafkan abang sayang...

Akhirnya, aku berjaya membeli buku Gedung Kuning di Kinokuniya. Harganya RM59. Makan Char Koteaw di food court, aras 4. Alo call, ajak minum. Aku turun semula. Kami melabuh fikiran di Rafiya seperti biasa. Antara isu-isu penting ialah:-

- Rais Yatim pernah cakap pada Alo, Anwar ada kaedah menyalakan 'mentol' di segenap tempat di Malaysia. "Jadi, bila dia nyalakan suis, satu Malaysia bangkit!"

- Kena ada satu kaedah bersalam antara lelaki dan perempuan bukan muhrim. "Kalau tidak, yang bukan Melayu, bukan Islam akan anggap kita ni sombong atau biadap."

Maka, peranan 'Menteri Kebudayaan' PR (kalau aku boleh kata begitu) untuk promosikan salam itu. Kalau mantan menteri kebudayaan, Kadir Syeikh Fahil boleh buat cara bersalam ala M'sia, takkan Menteri Kebudayaan PR tak boleh cipta cara salam untuk lelaki - wanita bukan muhrim?

- Sembang Santai Rabu (Sesar) hampir menjadi kenyataan. "Kalau takat air teh, kuih-muih, tu masih lagi dalam bajet Harakah. Enta jangan bimbang," katanya kepadaku. Perkumpulan yang kecil-kecil inilah, seperti kata Alo, akan menumbangkan BN.

- Banyak lagi yang dibualkan. Yang menarik perhatian aku; wang RM100,00 yang dikutip untuk kebajikan Padang dulu masih terperam dalam genggaman mereka yang tiada jiwa berkebajikan.

######################

11 R. Awwal | 25 Feb. (Khamis)
Pagi ini pergi Shah Alam. Tapi, Dinsman sms, minta patah balik sebab lokasi mungkin bertukar. Dalam perjalanan pulang, daku berhenti di KTM Batu Tiga. Di situ, aku terbaca H Metro tentang Malim Ghozali PK yang diceroboh rumahnya oleh perompak. Kesiannya.

Juga, aku temui berita Kak Linda Zerain, Ketua Puteri Umno Ampang meninggal dunia. Runsing aku memikirkan kalau-kalau mati masa usia muda tanpa meninggalkan apa-apa sumbangan.

Lima tahun lalu 2005, aku temu bual Kak Linda untuk Siasah. MSO kata, dia ni tak pakai tudung dan orang Pas ni tak boleh terima jika temu bual tu melibatkan pompuan yang tak pakai tudung.

(Huh! Saja ja, alasan nak buang bahan tu. Pada aku, seorang pengarang yang baik, dia tidak akan buang artikel orang begitu saja. Pandai-pandailah hang 'ejas' balik untuk jadikan artikel ka atau ambil sikit buat news ka. MSO bukan seorang pengarang yang baik apatah lagi ejaan dia banyak yang silap. Aku dan layout grafik selalu dok perbetulkan ejaan dia. Bila pekena teh kat Haslam, aku dan grafik designer selalu dok kutuk belakang dia kaw-kaw punya... )

Sebenarnya walaupun dia Umno, tapi aku lihat sumbangan dia memang ada. Dia tubuhkan pusat untuk kaum wanita yang tertindas mendapatkan khidmat nasihat perundangan secara percuma.

Dan, lima tahun dulu, dia cakap, masa aku temubual dia itu di Hotel De Palma, Ampang, dia telah pun melanjutkan pelajaran dalam diploma undang-undang syariah. Yang jadi dilema sikit kepada ialah dia Umno, tak pakai tudung dengan lengkap, tudung yang jenis nampak rambut, itu saja.

11:00 pagi - Ya. Aku kini ada kat Marriott Hotel Bukit Bintang bersama Dinsman, Barajiwa dan dijangka bersama YB Rodziah Ismail sebentar nanti.

Petang nanti, ada ceramah Dr Anwar Ridhwan di UM. Then, selepas tu, ada program minum teh bersama Ali Rustam, anjuran Grup Teh Tarik. Fuh... dunia ini bagaikan nak kiamat lagaknya.

Kena hantar bahaan sastera pulak nanti. Ya Rabbi... Tak boleh update blog langsung! Kelmarin pun boleh tulis banyak, tapi aku dah tak sempat.. so, please help me God (Eh... ALlah)!

11:49 a.m - Terjadi debat hangat-hangat suam dengan pembantu exco YB Rodziah, Zahariman. Yang penting, tempat tu eksklusif, sesuai dengan jiwa kapitalis aku. Hanya, yang aku kesal, ralat tu, tak sempat nak pekena teh, kopi hotel yang memang sedia terhidang untuk kami.

Minum di Muzium Negara bersama Mr Razali Endun, Mr Dinsman dan Mr Barajiwa. Aku sudah jemput mereka untuk hadir dalam acara mingguan setiap Rabu petang di bilik syura Harakah.

Depa kata, oke! Malam ini, dalam kolum sastera, aku akan hebahkan acara ini kelak. Aku mintak diri kerana hampir 2 petang. Aku perlu ke UM untuk hadiri ceramah Dr Anwar Ridhwan.

Antara isu yang berbangkit - majalah Cermin Mata adalah antara majalah Kristian terawal yang menyebarkan ajaran Kristian di Tanah Melayu. Ia ditulis dalam tulisan Jawi!

Selesai ceramah, aku ke bilik Kak Wan, dia tiada di bilik. Rupanya, dia bergebang di luar. Waktu makin suntuk. Aku kena jumpa Grup Teh Tarik (GTT) di Rumah Melaka di Istana Negara.

Tepat jam 5 petang, aku datang. Cuba habiskan bahan di sana. Kemudian, bateri leptop weak. Di sana, aku charge bateri dalam Rumah Melaka. Ali Rustam tiba dan dia pergi ke tandas. Maka, di dalam perjalanannya ke tandas, dia nampak aku sedang melayari internet.

Dia bagi salam dan kemudian bersalaman denganku, lalu dia terus ke tandas. Aku rasa tak sedap nak online di bilik itu. Acara dialog akan bermula sebentar lagi. Maka, aku tutup leptop dan pergi ke ruang legar, minum dan makan sementara menunggu Ali Rustam tiba.

Sebentar kemudian, dia tiba lalu bersalaman dengan semua. Maka, sesi dialog pun bermula. Aku lihat, KM Melaka ini cakap panjang sungguh. Aku sms Zul Ali, penaung GTT ini, bila nak habis?

Soalan mengenai Tanjung Tuan
Maka, tibalah sesi soal jawab. Aku orang pertama bangkitkan pertanyaan, "Saya nampak ada rumah-rumah usang dan terbiar di Tanjung Tuan ... bolehkah saya dan rakan-rakan majukan rumah itu menjadi surau atau madrasah?"

Ali Rustam jawab, "Kena tengok juga ia dalam kawasan Melaka atau N9. Baik you ambil gambar dulu dan tunjuk kepada saya, bagi emel, sms atau mms ke?"

Malam ini, selepas hantar bahan, aku propose idea kat Alo tentang pertemuan Paksi, Sasterawan Merdeka dan Kami (termasuk SPKB) di bilik syura Harakah setiap Rabu. Kalian dijemput hadir!

Tengah makan-makan, aku ditempelak Alo bila aku menyatakan rasa hairan, kenapa esok cuti?

"Masya Allah, esok kan cuti Maulid Nabi?" katanya. Aku tergelak besar. Kah! Kah! Kah!

"Oh, ana sambut Maulid pada 9 R.Awal yang dah lepas tu," demikian kataku sambil mencover diri. Ada qaul kata, 9 R.Awal dan ada qaul kata 12 R.Awal. "Sebab tu hairan pasai pa esok cuti?"

Aku mula pasang angan-angan. Tadi, Cik Idah S'pore chat mengenai Gedung Kuning, dia mintak aku ke Kinokuniya, KLCC untuk beli buku dia dulu sebelum nak interview dia.

Kalau esok hujung minggu cuti, mungkin boleh ke JB, Spore dan mungkinkah aku boleh turun ke Tg Tuan sekali lagi untuk ambil gambar rumah kosong yang aku nak bangunkan itu? Ali Rustam petang tadi cakap, kalau nak, ambil gambar rumah kosong tu dulu dan tunjuk kat dia.

Fuh, pengembaraan hidup ini bertambah menarik dan mencabar nampaknya. Melawan cabaran, menawan gelombang dan menakluk badai di lautan gelora adalah kerja-kerjaku menawan dunia!

######################

10 R. Awwal | 24 Feb. (Rabu)
Malam tadi aku melihat adik bongsuku menulis beberapa catatan di blognya. Dalam usia semuda itu aku telah melihat bagaimana potensinya bangkit. Timbul rasa kesal kerana banyak mengusi dan marah-marah dia ketika kecil.

Sekarang, dia usianya sudah mencecah ke garis persempadanan usia gadis dewasa yang menolak dia keluar daripada daerah keremajaan. Aku rasa, perlu juga menebus dosa dan kesilapan untuk membuatkan dia ada sesuatu yang boleh dibanggakan dalam keluarganya sendiri.

Lalu, aku bercita-cita mahu serapkan dia ke dalam MPR, Minggu Penulis Remaja atau diserap di dalam bengkel penulisan PTS jika dia berminat. Jadi, kepadaMu Tuhan, kumohon pertolongan.

Masuk ke pejabat, internet down. Kami terpaksalah membuat kerja dalam keadaan tradisional, kirim bahan guna pen-drive, bukan menghantar bahan melalui mel-e. Ada kesulitan juga kerana mereka hantar guna MS Word dan bukannya Notepad. Tapi, masalah itu akhirnya selesai.

Tiba-tiba, Imran sms mengenai tiket filem percuma dalam Kosmo!, "Ada filem Solomon Kane!"

Petang. Dapat cek, Socso dan EPF, aku dah bagi kepada semua. Balik ke SPKB, aku nampaklah kelibat pelakon Latiff Borgiba sedang melintas jalan. Cara dia berlakon tu, nampak betul macam orang tua yang daif, datang dari kampung.

Dia pergi sekejap, kemudian patah balik, nampak dia macam takut-takut nak melintas. Tempat ini, antara Bulatan Pahang dan lampu trafik Kg Baru, kekadang ada orang buat penggambaran.

Selesai bank in cek, terima call, sms daripada NY. Katanya, dia tak jadi ke Kg Baru untuk pekena nasi lemak mak wanjor. "Aku nak masuk KL pun dah pening kepala, dok kat bucu DBP la ni."

'Syura Mafia Media secara tak sengaja'
CP sms, bila nak belanja? Aku langsung pergi ke Haslam, masuk ke dalam bilik ekon. Rerupanya, tak eksklusif dan privacy juga. P, ZS masuk dalam kamar dingin ini. Kami bersalaman seketika.

Bila 'line clear', P datang merapati. Dia bagi no hp TB dan aku mengirim pandangan big boss yang mahukan P kendalikan KAMI dan badan media independen itu pula mahu diserapkan masuk ke dalam Paksi. Bualan syura kami terhenti kerana 'line' tiba-tiba 'tak clear'.

"Tak pa, nanti enta sebut kembali hal ini kepada ana," kata P sambil beredar.

"Ya, kalau ana lupa, enta juga kena peringatkan ana balik," demikian saranku.

Agaknya, ini yang dikatakan arwah Pak Sako, mesyuarat dalam gelap, bertindak dalam terang? Ker, aku yang tersilap sebut? Sengaja aku sebut Mafia Media. Nampaklah ganas sikit.

Hampir jam 8. Aku kena pergi tonton Solomon Kane. Kosmo! tu, aku dah beli tadi. Mujurlah aku dah tengok The Book of Eli, Isnin lalu atas tiket The Malaysian Today.

Malam ni pun aku ada tiket tayangan percuma; The Book of Eli di TGV One Utama. Sedangkan, malam ini aku ada tiket Solomon Kane di GSC One Utama, tempat lebih kurang sama dekatnya.

Hmm... dalam hidup ini, kena bijak merembat segala peluang yang ada. Mewah betul aku dengan tiket filem percuma malam ini! Kah! Kah! Kah!

######################

9 R. Awwal | 23 Feb. (Selasa)
Menerima sms Alo, ada program di UTM Semarak 2:30 petang ni. Raja Nazrin datang. Zaini Ujang, NC UTM adalah rakan baik Alo ketika mereka sama-sama belajar di UTM Semarak dulu.

"Ana keluar lepas Zohor, kita jumpa di sana," kataku lepas Alo call meminta pengesahan mengenai kehadiranku di sana.

Abang Mael, menyatakan dia dah dapat kerja. Syukur alhamdulillah. Aku tumpang gembira dan hari ini, rasa senang dan tenang sekali, tidak seperti semalam saat hatiku dibelenggu resah! Pada 2:30 petang, akhirnya barulah aku berjaya keluar dari pejabat.

Petang. Di UTM Semarak, aku tak dapat masuk dewan untuk dengar syarahan Raja Nazrin dan ucapan Syed Muhammad Naquib al-Attas. Polis tu cakap aku pakai selipar. Mood aku baik sebab dia cakap baik. Aku tak mengamuk sakan macam dalam kes di mahkamah Jalan Duta hari tu.

Aku Sosialis Marhaenis, nak buat macam mana lagi? Pakai selipar sajalah aku. He.. he.. he...

Aku patah balik ke Mydin, beli sandal. Kemudian, aku patah balik ke UTM, barulah boleh masuk dengan mudahnya. Sebenarnya, hari ini aku dah beli selipar baru menggantikan selipar yang aku terpaksa aku 'curik' kerana seliparku sendiri dicurik di UM masa budak-budak berdemo hari tu.

Selipar itu terputus sejak aku meranduk air laut, dalam perjalanan menuju ke Pulau Masjid kat Tanjung Tuan. Ekoran tercabutnya selipar itu, maka misi aku terbatal di sana.

Di Haslam. Alo cakap pak guard itulah yang dok rampas 'speaker' masa depa tengah mengamuk sakan masa zaman muda mereka dahulu. Aku ingat, yang sembang dengan dia tadi tu, kawan dia yang lama-lama dahulu. Pak Guard rupa-rupanya!

Petang ini, aku sumbat idea aku sekali lagi kalau-kalau Kang Abik (Habiburrahman El-Shirazy) boleh dapat kolum di Harakah. Entah bos bersetuju atau tidak, enggak tahulah daku.

SK Cinta Zeni sms tentang Suffah Circle Sabtu minggu ini. Dia akan balik Singapore Sabtu juga. Di FB sempat aku berkenalan dengan Prof Hadijah hasil bantuan SK juga. Ia mengenai kampung Melayu yang sudah hilang daripada peta S'pura. Kerja aku jugak tu nak selamatkan orang nih!

Zal sms mengenai kerumitannya mengendalikan majalah barunya. Di YM Na pula berceloteh hal masalah dirinya. Fuh! Aku dah jadi Godfather, tempat umat bernaung rupa-rupanya.

Perjuangan bantah 'pembangunan' Kg Baru
Dan, kaum ibu di Jalan Pahang Barat tadi pun dok cakap, aku bakal terusir dari Kampung Baru, gara-gara amalan khurafat pembangunan dan tahyul pembangunan tajaan Najib Razak si lelaki Bugis yang bengis itu. Cis! Bedebah kau Najib!

Sebagai anak Champa dan anak Yala, takkan kubiarkan semua ini berlaku di depan mata sendiri, sedang daku masih hidup lagi bernafas. Agi idup, agi ngelaban kata Kanang anak Langkau.

Kalau aku boleh settle masalah orang, aku akan dinobatkan sebagai Godfather nanti. Ayat power Godfather Mafia, "Saya akan bagi tawaran... tawaran yang anda tak boleh tolak!"

Maghrib sudah tiba. Solat sekejap. Sekejap lagi ada tayangan percuma From Paris With Love kat The Curve, alah...The Curve... tempat Bala bertemu Nazim; adiknya si Najib Razak tu...

Ke'tension'an yang melanda diri ini tatkala berdepan dengan Najib Razak sesekali harus dirawat dengan menonton filem percuma juga, he.. he.. hamba chow dulu ya habibi, ya syeikh!

Dalam perjalanan, NY call, mengajakku ke nasi lemak Wak Manjor lagi. Aku menolak kerana dah ada di The Curve. Maka, acara makan-makan itu ditunda lagi ke suatu masa lain.

Malam ini juga, mak call selepas aku selesai menonton movie. Katanya, musim cuti sekolah, baru mereka nak datang KL dengan keretapi. Aku ni dah lama tak balik agaknya. Sebab itu mereka ni nak datang, jenguk-jenguk aku kot agaknya.

Pustaka masjid asas pembentukan akliah umat
Apabila menonton From Paris With Love, aku gabung jalinkan dengan The Book of Eli semalam, maka timbul idea baru; pustaka masjid perlu ada buku-buku terpilih yang aku suka dan aku nak nanti. Setakat ini, aku perlu menjiwai watak penjahat yang sedang cari Bible King James itu.

Sekarang, aku perlu mencari Kilat Senja, buku Prof Hadijah di Singapura dan novel Dr Zhivago di Jakarta dalam bahasa Indonesia. Di UTM Jalan Semarak tadi, aku teringat sesuatu. Hakikatnya, Istac bukan popular kerana namanya, tapi kerana pustaka Istac itu sendiri.

Sekarang ni aku kena ambilalih tugas Al-Attas untuk memajukan pustaka masjid-masjid. Betapa beratnya tugas pencerahan ini. Siapa nak tolong aku ni?

Wartawan kena tahu apa intro yang bagus
Sebelum aku pergi ke UTM tadi, sempat aku 'putar' story Jie. Asal tajuknya, 'program ceramah akan himpunkan pimpinan PR'. Tapi, bila aku periksa sampai ke bawah, rupa-rupanya ada suatu perenggan yang menyebutkan tentang slot khas untuk membakar Utusan Malaysia.

Lalu, aku tukar tajuk berita kepada 'acara bakar Utusan Malaysia esok'. Malam ini, aku lihat, hit berita itu terus hot; melonjak kepada 400 hit lebih! Mujur aku sempat ubah tajuk. Malam ni, tak sempat nak tukar lead, intro. Mungkin esok aku tukar lead dan intro news tersebut, insya Allah!

######################

8 R. Awwal | 22 Feb. (Isnin)
Aku rasa hidup macam tidak berjiwa saja hari ni di opis. Macam ada yang tak lengkap saja rasanya. Haidi ada call tadi, bertanyakan master aku. Lalu, aku jawab...

"Kalau hidup sudah terkepung macam ni dekat opis, bila nak buat master?"

Don F, chat denganku di FB tadi, kekalau daku nak menyewa di Gombak. Jadi, dekat sikit dengan opis EP. Tapi bila memikirkan NY of BH cakap, dia rasa sayang semasa muda dulu dia tak sewa di sini, maka hatiku berbalah kembali.

Eli seperti Ezra (Nabi Uzair)
Malam ini, menonton The Book of Eli tadi di TGV 1 Utama. Kisahnya seperti Nabi Uzair (Ezra, menurut Bible). Uzair ni hafiz Taurat. Eli ni pun hafal Bible King James juga.

Dinsman sms tentang pertemuan Paksi dengan Rodziah Ismail. Entah, aku jadi pi atau tidak, tak tahulah lagi. Ya Allah, kenapa jiwa aku rasa kosong je ni.

Luna, rakan FB aku dari Jerman cakap jiwanya ada unsur air di South Dakota dan jiwa serigala juga. Mereka ini daripada kelompok New Age kalau aku tak silap. Takkanlah aku nak ambil serta ceduk kerohanian Barat bulat-bulat. Mesti kena tapis dulu di Tanjung Tuan.

Ya Tuhan, semoga aku menemui pencerahan kelak. Bantu aku untuk mengatasi era kegelapan.

######################

7 R. Awwal | 21 Feb. (Ahad)
Aku menerima sms Dinsman yang juga dikirim kepada semua ahli Paksi; iaitu nak buat pertemuan bersama Sesama serta syor ingin menghidupkan sebuah galeri? Antara yang disebut, ialah KKB?

Aku tak faham dan tak clear sangat dengan maksud sms ini. Nanti kena check balik. Tapi, kalaulah boleh hidupkan sebuah bangunan galeri, maka bagus juga. Bertambah 'koleksi' bangunan SPKB.

Orang kuat Nuj Um, si A bersetuju bertemu aku di Jusco Kepong, 3:30 p.m ini. Aku keluar la ni.

Jom tonton movie free bersamaku!
"Tahniah kepada pemenang berikut! Anda telah berjaya memenangi dua (2) pas percuma ke tayangan filem lakonan Denzel Washington, 'The Book Of Eli'," demikian petikan penghargaan ke atasku. Jadi, tunggu apa lagi? Ayuhlah bersamaku! Kita tonton filem percuma!

http://mytupai.blogspot.com/2010/02/pemenang-book-of-eli.html

MAKLUMAT TAYANGAN
TARIKH: 24 Februari 2010 (Rabu)
LOKASI: TGV 1 Utama
MASA: 9.00 malam

** Waktu tebusan bermula jam 7.30 malam - 9.00 malam.

Yang ini pulak, filem yang kedua; From Paris With Love

http://www.cinema.com.my/contests/contest_result.aspx?cid=101 (From Paris With Love)

SCREENING DETAILS
Date : 23 February 2010 (Tuesday)
Time : 9.30PM
Venue: Cathay Cineplex, e@curve

Petang. Jumpa Nuj Um di Jusco Kepong. Melakukan rundingan demi rundingan. Hasil dapatan - aku mengetahui kedudukan Nasir A sebagai seseorang yang sangat berminat dalam pemilikan saham-saham. Maka, Z meletakkan beliau di Um.

"Macam mana nak kata Utusan ni Melayu yang punya?" kata A Nuj UM, "daripada 10 saham, 8 daripadanya milik Cina."

Kami berpisah. Apabila selesai solat Asar, aku terfikir dua hal baru. Pertama, mungkin jugak Nuj tak perlu ganti tempatku sebagai 'GodFather' paper ini. W pun maybe boleh ambil peranan ini.

Kedua, apabila aku teliti balik kalimat 'Nuj Um', barulah aku tersedar suatu perkara..Sekarang ni aku rasa, aku dah tahu, siapa itu Pak Nujum; orang dalam Um sendiri!

Currently have 0 comments: