Urusan pengiklanan, sms 014-3233287 @ mel-e ibnuamir@yahoo.com, subjek: Iklan Karya Fansuri
Latest News

14 - 20 R. Awwal | 28 Feb - 6 Mac (Ahad - Sabtu)

Sunday, February 28, 2010 , Posted by nota untuk Syiah at 3:48 AM

20 R. Awwal | 6 Mac (Sabtu)

Hanya Tuhan yang mengetahui betapa kosongnya jiwa aku saat ini kerana gagal ke Rumah Pena pagi ini. Kunci motorku hilang!

Puas aku cari tak jumpa-jumpa. Kes kunci hilang ni ajaib sungguh! Aku syak, ini angkara sikapku yang 'lagho' lagi lalai kepada Tuhan juga sehingga ada 'makhluk' halus yang ambil kesempatan.

Dulu, ada sorang member aku tak percaya hal-hal sebegini. "Jangan tuduh jin ya syekh, tak adil buat mereka." Kali terakhir, aku dengar dia terkena gangguan saka. Semoga dia sembuh.

Aku mengirim khabar luka ini lewat FB. Jadi hari ini sepatutnya boleh selesai masalah umat, tapi akhirnya terpaksa uruskan masalah berkaitan motorku. Aduhai ... [1:26 p.m, 30,265 hit]

Munajat orang-orang yang kehilangan
Alhamdulillah, terjumpa juga akhirnya selepas 2 jam terkial-kial mencari kunci motor aku hilang itu. Betapa azabnya hilang kunci seperti orang hilang pedoman lagaknya.

Aku lihat 'kunci motor' itu bagaikan surah al-Fatihah; 'kunci kehidupan' seseorang Muslim untuk mereka menyelam sedalam-dalamnya ke dalam lautan Al-Qur'an itu.

Kerana itulah, agaknya, al-Fatihah kerap dibaca, diulang-ulang di dalam solat agar mereka selalu diperingatkan mengenai hubungan dan tujuan mereka untuk mati dan menuju ke akhirat.

Kini, aku benar-benar faham dan mengerti, bahawa dunia ini betul-betul tempat persinggahan dan akhirat itulah tempat perlabuhan yang kekal abadi.

Bila nampak saja kunci itu di sinki, aku rasa lapang dada, rasa masalah hilang separuh walaupun rasa ralat kerana aku tak dapat pergi ke Rumah Pena pagi tadi.

Kini, di sebuah restoren mamak, 24 jam, aku menaip sebuah berita 'spin' dan menyunting cerita di Kampung Plentong, Johor Bahru. Aku tidak dirasuk kesepian dan kehilangan lagi.

Kerana terhutang kepada Tuhan oleh kehilangan itu, terilham cerpen dan Tafsir al-Fansuri yang menyelongkar makna-makna dalam Al-Fatihah; kunci pedoman itu. [6:36 p.m, 30,269 hit]

Malam. Ada 4 pucuk surat tiba di SPKB. Digi, syarikat Al-Ameen, Celcom Broadband dan cek puisi aku di Utusan Melayu. Caj Digi dah selesai kubayar. Cuma, yang aku hairan, kenapa Celcom boleh sampai RM95 sedangkan aku pakai pakej RM68?

Puisi aku dibayar RM30 (judul Darihal Kebenaran, Keadilan, tersiar Disember, 2009). Dan, yang paling penting, aku menerima surat jemputan daripada Al-Ameen tentang Kamus Cam-Melayu yang akan dilancarkan di PWTC sempena pesta buku kelak.

Nampaknya, sudah ada perkembangan gerakan Champa ini, berkat hasil usaha Abidah dan ayah beliau. Hanya, perlu sikit sokongan, dokongan untuk luaskan perjuangan mereka ini.

Tetiba aku teringat rancangan bersama Arft, tentang 'mimpi' kami untuk kumpulkan anak Cham di USA. 'Mimpi adalah kunci untuk kita menaklukkan dunia ..." bait-bait lagu Nidji masih lagi segar di ingatan. Mimpi bukan suatu dosa, dan sang pemimpi itu bukanlah penjenayah.

Sebab tu, jika kalian bermimpi basah, atau dengan sengaja mencipta 'mimpi basah' dengan Magie
(Megan Denise Fox) dan Deanna Russo maka kalian tidak akan sesekali disebat di atas kesalahan zina. tee..he he..kha..kha~khaa~khha~kkhhhaaa~..

Alo call, "Hari ni enta pi Dom di Rumah Pena tak?" Lalu, aku nyatakan kisah sebenar pagi tadi.

"So, esok macam mana tu? Boleh pi sekali tak?" --- Maka, esok aku ke Muzium S. Alam setelah ralat dengan kejadian pagi tadi sejak kehilangan kunci motor buat sementara.. Urgh!

Chat dengan Hanief84, pengasas http://hanief.blogspot.com tadi. Aku rasa, bagus juga kalau aku dapat belajar sikit-sikit bab suntingan video ni.

"Kino dan Cinelerra
.." kata bloggers itu ketika mendedahkan nama perisian software untuk buat kerja suntingan video selama ini. Aku ingat nak download kedua-dua perisian tu.

"Kalau pakai Windows, guna Windows Movie Maker atau Abobe Premire," katanya.

##########################

19 R. Awwal | 5 Mac (Jumaat)
Awal pagi, aku sms Nazmi, bahawa aku tak jadi pi Upsi setelah aku melihat kepada urusan hari ini yang mungkin berlambak.

Abah call, "Mungkin Khamis malam Jumaat depan kami ke KL nak tengok tempat duduk Masyi di Bangi."

Hari ini, banyak juga story yang masuk. Fuh! hari yang agak tersusun. Tapi, ada juga berita yang aku dah sunting, tetap kembali kepada asal, seolah-olah ia tak pernah disunting. Adus! Urgh!

Setelah berjumaat dekat Masjid Saidina Hamzah, timbul idea baru; beli Pulau Masjid, di Tanjung Tuan dan penubuhan fakulti bahasa untuk mencari tenaga pengajar bahasa Mongolia.

Stamina agak lemah, kenapa hari ini, cepat sangat mengantuk dan rasa lemah-lemah?

Sejak semalam, bergebang dengan Alo, banyak idea yang aku dapat. Aku ada catat, tapi kadang tu, terlupa begitu saja. Aku kena siapkan kolum dalam blog ini yang bertajuk, apa yang ingin aku buat sebelum aku mati, dipanggil mengadap Ilahi. Ameen... --- [3:15 p.m, 30229 hit]

Petang. Ya, petang ni news masuk agak bertimbun dan bertindan pula. Meeting sikit dengan Jie tadi, kalau-kalau dia boleh beli Celcom Broadband untuk mudahkan kerja update news cepat.

Aku bersetuju, mungkin boleh guna 'petty-cash'. Takut juga, apa-apa yang kami faham itu tidak sama dengan cara kefahaman yang cuba disampaikan majikan semalam.

Sekarang, aku berjanji akan cuba selesaikan proposal Sarjana. Sekarang, bantulah daku ya Allah! --- [8:00 p.m, 30237 hit]

Malam. Di Sek Pem JPB, selepas makan-makan, di opis ini aku lihat laju juga 'access point' iklan har, mudah dapat tengok tv2 dan di sini. Esok di Rumah Pena. Alo pun berhajat nak ikut sama.

"9 pagi esok," kata NY ketika menelefonnya tadi. "Tapi, kita mula 10 a.m." Hasil bualan ringkas tadi dengan Alo, aku terfikir, kalau boleh rapatkan hubungan Harakah - Pena.

Petang tadi, S lewat FB menyatakan dirinya dihubungi Maij. Tak diketahui sejauhmana rapatnya beliau dengan Maij. Serta-merta, ingatanku mengembara ke Masjid Telok Belangah yang berada di bawah bidang kuasa Maij.

##########################

18 R. Awwal | 4 Mac (Khamis)
Masuk opis, up story di hotel Armada semalam. Hari ini ada syura di PTS, kena hantar bahan sastera di Jln Pahang Barat. Adus!

Syed masuk opis lalu dia kata - Utusan laporkan Tian Chua keluar parti? Ish, jahat betul Utusan ni.

Syed dengan tangkasnya melaporkan hal itu kepada Rozan dan akhirnya member aku itu hantar sms kepada Tian untuk menyatakan bahawa nanti aku akan update isu itu.

Zal call mengajakku 'dating' (makan tengah hari daa..) bersama Jie di Bangsar. Terpaksalah daku menolak secara baik lantaran kesibukan yang melanda diri ini, hari ini.

Demikian sebagai wartawan, hidup melawan arus gelombang, jiwanya sentiasa merempuh badai, hidup ditimpa tekanan bertimpa, cemas hidup diburu masa dan mengejar 'deadline'. Tiada masa untuk mengurat lagi. Minta-mintalah aku dikurniakan isteri yang memahami diri ini.

Isteri (tepatnya, isteri-isteri... Ahem!) yang memahami diri ini, perlulah meminati lagu Brucia La Terra (lagu tema filem Godfather), Bescame Mucho dan lain-lain lagu-lagu lagho yang akan aku update selalu dalam Mixpod sebelah kanan blog aku ini. --- [1:29 p.m - 30200 hit]

Petang. Mesyuarat bermula. Beberapa keputusan dicapai. Aku nyatakan hasrat supaya mereka berjaga-jaga, kalau-kalau aku nak berhenti untuk sambung belajar. Syukur, mereka faham.

NY ajak ke Upsi. Entah jadi pi atau tidak, tahulah aku. Ada program bahasa dan sastera di sana.

"Aku parking motor kat Jalan Duta," demikian kataku kepadanya.

Malam. Di Sek Pem JPB, menerima pelbagai idea dann rangsangan motivasi.

Jamal, rakan lamaku di Maktab Mahmud call. Dia kawan NY, kini berada di PJ, Seksyen 15. Dan, aku syor, kalau nak jumpa, boleh ja berlabuh di Masjid Jamek Kg Baru. (1:18 a.m, 30215 hit)

##########################

17 R. Awwal | 3 Mac (Rabu)
Hari ini masuk opis, update story, lalu call beberapa pihak tertentu untuk hadir ke mesyuarat yang aku anjurkan di Hrkh.

Rupa-rupanya, hari ini mereka semua cuti! Cuma aku seorang saja yang masuk. Bos cakap, esok meeting di PTS mengenai hal kerja.

Dinsman, Pakaq, Hilman, Zahir, Syafiq sudah confirm nak datang petang ni. Punya sibuk dan tak pandai mengendalikan waktu, sampaikan catatan blog kelmarin pun aku tak sempat!

"Kalau 7 orang tu dah kira banyak dah tu!" kata Alo semalam. Ya Tuhan, kumohon kekuatan untuk membuat perobahan! [12:07 p.m - jumlah penziarah 30175]

Petang. Akhirnya, selamat juga program Sesar (Sembang Santai Rabu) di bilik mesyuarat Hrkh petang ini. Maka, Dinsman, Alo, Hilman, Syafiq, Zahir dan lain-lainnya turut hadir.

Aku ditugaskan untuk mengirim nama-nama mereka kepada Alo. Juga, aku dah settle urusanku untuk buat 'claim' ke atas para penyumbang puisi, sajak dan cerpen sebelum ini. Khairul dah aku jumpa dan aku ditasykilkan tentang cara-cara membuat tuntutan itu.

Malam. Di Hotel Armada, bertemu semula Shazeera Isrec ketika program anjuran Sepakat kat sini. Kini, 'opis' dia menumpang di HQ PKR. Dulu, dia di Suhakam. Teringat masa lama masa aku student dulu. Masa tu, zaman penubuhan SMM di Kolej Era Baru, Kajang.

Berjumpa juga Penarek Beca dan Wan Jo. Waduh! Teringat lagi zaman lamaku di Siasah.

"Hang kerja kat Taman Koperasi Polis ka? Nanti kita jumpa pekena teh," katanya ringkas lalu segera beredar. Aku sempat berkenalan dengan Asyraf, P.A Nurul Izzah, MP lembah Pantai itu.

"Saya pun baru je bekerja sebulan dengan YB Nurul," katanya. Aku serta-merta teringat novel Rice Without Rain yang aku cadang nak minta YB Nurul buat prakata tu. Mungkin Asyraf dapat bantu aku untuk berbincang lanjut di Pantai Dalam.

Then boleh layan sesorang sambil pekena nasi ayam kukus selepas itu di Pantai Dalam. Yummy..

##########################

15 R. Awwal | 1 Mac (Isnin)
Aku ingat deadline paper, rupanya ditunda hari ini atau esok. Hari ini baru terima sms kawan-kawan S'pore, bertanya di mana aku la ni. Aku ajak mereka hadir untuk 'reader circle' yang aku syor nak buat di KTM Tg Pagar. Nampaknya, belum ada jawapan.

Seorang rakan amoi, Buddhist sms kenapa tengok The Book of Eli? Mungkin dia hairan, ia mengisahkan perjalanan seorang 'mubaligh' Kristian. Aku tengok, kerana aku suka pada jalan ceritanya yang mirip kepada Ezra a.k.a Nabi Uzair.

Chat bersama orang 'kuat kementerian' di Putrajaya yang meminta aku menulis mengenai isu PPSMI yang tidak ramai orang nampak. Biarlah rahsia!

Penubuhan Kelab dan Facebook Anak Champa Merdeka
Abid__ Champa chat, mengajak aku bertemu dan bertamu di PWTC sempena pesta buku. Maka antara agenda berbangkit ialah penubuhan kelab Champa dan Facebook Champa.

Terima kiriman sms; Bujang Idris meninggal dunia hari ini kerana lemas, demikian menurut pak cik guard Harakah di sini, hari ini. Siapakah Bujang Idris ini?

Alo call "Enta clearkan tak semua pembayaran puisi dan cerpen sebelum ni?" Aku tergugat dan aku kena selesaikan semula, buat perhitungan mengenai hal ini dengan kadar segera! Chow dulu teman-teman.

##########################

14 R. Awwal | 28 Feb (Ahad)
Kini, di Larkin, 8:30 malam nanti, dijadualkan naik Plusliner ke Pudu Raya.

Petang tadi daku melawat tapak kampung plentong di JB yang musnah dijilat api khurafat pembangunan, dan hanyut ditelan badai ombak tahyul kemajuan.

Selesai urusan menemu bual cik Idah dekat Stesen Keretapi Tanjung Pagar tadi. Banyak perkara yang boleh direnung bersama, apatah lagi bertemu kak Zaleha tadi.

Currently have 0 comments: