Urusan pengiklanan, sms 014-3233287 @ mel-e ibnuamir@yahoo.com, subjek: Iklan Karya Fansuri
Latest News

29 Safar - 6 R. Awwal | 14 - 20 Feb. (Ahad - Sabtu)

Sunday, February 14, 2010 , Posted by nota untuk Syiah at 3:43 AM

6 R.Awwal | 20 Feb. (Sabtu)

Aku ketinggalan mesyuarat Paksi. Konon hajat di hati, nak hadir Suffah Circle, tajaan SMN al-Attas di S'pore hari ini.

Juga, kononnya nak pergi Tg. Tuan lagi selepas ujian rohani yang pertama untuk ke Pulau Masjid tempoh hari
gagal lagi. Tapi, tak juga aku ke sana hari ini. Motor perlu ditukar minyak hitamnya.

Seharian up story. Petang ini gunting rambut, setelah lama rasa serabut kepala. Tapi daku gagal tukar minyak hitam sebab kedai motor tutup. Lagi tidak tukar minyak hitam, aku tak akan pergi ke Tanjung Tuan. Demikian lafaz sumpah bai'ah dan ikrar batiniahku...

Maghrib tiba. Aku solat di Masjid Jamek Kg Baru. Aku mula cari di mana pustaka masjid. Amir M'siakini cakap pustaka di tingkat atas masjid. Dia kini ada di Setapak. Aku tak nampak ayahnya ketika solat Maghrib berjemaah tadi. Ayahnya imam masjid itu.

Berbual dengan pakcik Syed Mustaffa al-Jamalullail
Sementara menunggu Isyak, sempat berbual dengan seorang pakcik. Namanya, Syed Mustafa Al-Jamalullail, dari Shahrano Budget Inn, Kg Baru.

"Moyang saya tu anak angkat raja Siam," katanya, "Raja Siam minta dia pilih sendiri wilayah mana yang moyang saya nak perintah tu. Jadi, dia pilih Perlis untuk memerintah."

Aku bercerita yang aku lahir di Perlis. Dia pun merawi-iaitu Raja Perlis sekarang ni cucu saudara dia. Dia turut 'condemn' kehadiran Najib tempoh hari yang kununnya nak memajukan Kg Baru.

"Semua tu projek kawan-kawan dia," katanya. "Kita tak dapat apa-apa."

Ke Shah Alam
Ke Shah Alam bersama NY of BH. Dalam perjalanan, aku kerap ditanya mengenai nama penaku, yang lama dulu. Paling memenatkan, ada usaha-usaha nak menerjah ke ruang SPKB. Kenapakah ramai nak terjah ruang 'opis' aku ni? Bahaya kedudukanku kini. Tegugat sungguh! Fuh! He.. he..

Bila tiba di stadium rupa-rupanya, NY silap bacaan. Ceramah Anwar ditunda. Terjumpa Fazallah dan Dzul, orang-orang kuat di SK. Kami pun bertukar-tukar kartu nama.

Sebelum pulang SPKB, NY berhajat nak singgah ke nasi lemak Mak Wanjor, dia ingin tengok apa yang sedap sangat sampai Najib Razak singgah di situ. Tapi, malam ni tak ramai pula!? Kenapa!?

Oleh kerana macam tak best, tak ramai dan tiada tv, maka kami pergi nasi lemak antarabangsa. Baru aku tahu kenapa NY kerap turun ke Kg Baru mutakhir ini. Antara rumusan awal, ialah ...

a. Dia 'silap' kerana awal-awal lagi, tak pilih Kg Baru sebagai tempat berkarya.
b. Penulis muda hari ini hampir tiada yang boleh menulis novel realisme.
c. "Kalau kau boleh menulis dalam Inggeris, novel mengenai Kg Baru ni, buku kau tersenarai di dalam booker prize," kata NY. "Mana ada orang boleh tulis mengenai Kg Baru lagi."
d. Ku Li, menurutnya, telah menulis mengenai HIV di Chow Kitt, juga RPK menulis mengenai hal samseng Melayu di Kg Baru.

"Kalau kau nak menulis hal samseng tu, biarlah kau arwah dulu," kata NY kepadaku sebelum dia hantar aku pulang ke SPKB. Sebelum aku keluar kereta, sempat dia bergurau, "Lantik aku sebagai fellow kehormat SPKB."

Dia malah sempat minta aku luaskan ke cabang fakulti-fakulti. Kalau kau sedang baca coretan ni NY, daku memang berhajat. Daripada NGI, lebih baik jadi NGO. Kalau dapat kunci bilik pustaka masjid, setidak-tidaknya, sudah selangkah menuju ke arah anak tangga kejayaan pertama!

Kalian semua harus berdiri di atas tiga ciri ahli SPKB, iaitu mesti BERANI, JUJUR, BIJAK! Akhir sekali, istiqamah. Dan, iltizam, istiqamah, berterusan ini ada kaitannya dengan kejujuran juga.

Aku kena yakin optimis kepada diri. Jika dulu, sukar nak buka akaun syarikat dan akhirnya dah berhasil, kenapa aku tidak boleh buka opis SPKB di pustaka masjid Kg Baru? Ameen ...

###########################

5 R.Awwal | 19 Feb. (Jumaat)
Tak jadi juga hal caruman Socso ni. Ada banyak benda yang daku kena study. Sampai di pejabat, Rozan terbaca puisiku yang menang tempat ke-2 di DBP; Balada Burhan di Kota Raya. Dia minta aku tandatangan dalam antologi Di Tengah Arus itu.

"Saudara Rozan... semoga istiqamah dalam perjuangan ini," demikian ringkas aku coretkan.

Saif DBP dan NY of BH call aku. Mereka rupa-rupanya sedang berkomplot di DBP untuk bincang tentang cara-cara nak 'menjatuhkan', he he he..

"Jumpa engkau di Bangsar South jam 6:15 petang," kata NY lagi. Aku pergi bertemu mereka kat sana ya teman-teman. Depa ni meeting kat tempat elit, eksklusfi dan lokasi kapitalis.

Tiada sesuai dengan jiwaku yang sentiasa sosialis lagi marhaenis. Ha ha.. siang menjadi kapitalis, malam menjadi sosialis, ruhban fil lail, wa furson bin nahar...

Petang. Syura pun bermula di San Francisco Coffee Bangsar South. Kami menggelarnya sebagai Sidang Kemuncak San Francisco (San Francisco Summit).

Antara agenda yang dibahas (1) Dialog Pinggir "kebebasan, penulis tercekik?" (2) pembukuan ke atas kertas kerja PPMN, Melaka dan; (3) program 'berhijrah' ke Taman Negara, Endau-Rompin. Aku cuba 'promote' idea berhijrah ke Tg. Tuan secara curi-curi. Mujurlah depa tak ambil peduli.

Aku dan Syafiq ditugaskan untuk menulis guna menimbulkan polemik dalam Utusan. LI kata Ku Seman memang nak sangat bahan kritikan sastera, sebab bahan-bahan macam tu kurang.

Selesai sidang kemuncak kami berlabuh makan-makan di gerai dekat flat, sempat aku mengusha aweks cool yang menyebabkan aku jatuh cinta pandang kali ke 1483. Tapi, itu tak penting. Yang penting adalah soalan LI; adakah fatwa al-Qaradawi boleh diguna dalam iklim politik Malaysia?

Ini soalan yang harus kujawab. Aku baru nak start gear 1 untuk menjawab. Tiba-tiba LI dan NY, terbabas, meleret-leret berdebat, masing-masing jadi jagoh, jagoan dan champion. Aku batalkan hasrat lalu terus menikmati sup sayur. Nantilah aku jawab. Aku malas nak buat champion!

###########################

4 R.Awwal | 18 Feb. (Khamis)
Hajat di hati nak pergi ke Socso tadi, tapi apakan daya tak sempat juga akhirnya. Susah betul kalau buat dua kerja. Betullah kata orang, fokus.. fokus, fokus...

NY of BH tanya, apakah nasi lemak wak manjor dibuka hari ini? Aku kata, hari ni buka. Tapi, akhirnya kami tiada bertemu jua.

Di Sek Pem Jalan Pahang Barat, mengirim bahan sastera. Malam ini, sempat melayangkan buah fikiran tentang idea untuk membuat laporan khas mengenai keluarga ISA Norhatta di Sandakan.

Nampaknya orang kuat akhbar berkebajikan berminat. Model pembelajaran yang daku nak buat untuk membina 'Keluarga Gerilya' Malaya itu, akan mengikut acuan filem, novel Laskar Pelangi.

"Tak pa, nanti enta bagi kat ana proposal tentang idea enta nak dok di Sandakan tu bersama keluarga puan Norhatta," kata Alo. Aku memang sudah ada idea. Awal perkara ia mestilah mula dengan blog. Selainnya, biarlah rahsia. Biarlah aku pendamkan dan peramkan segala!

Keluar makan di Rafiya. Alo buka cerita, Syed Shahir pernah bercerita kat dia, "Marhaen adalah nama orang sebenarnya. Sukarno pernah jumpa dia ni. Lepas tu nama Marhaen terus melekat sebagai mewakili orang-orang miskin. Mungkin juga marhaen ini orang miskin tapi hebat dan berwibawa orangnya sehingga menambat perhatian Sukarno."

###########################

3 R.Awwal | 17 Feb. (Rabu)
7:19 pagi - Kini minum teh di hentian tol Seremban. Mandi dan solat. Di sini lengkap tersedia segala yang bernama kelengkapan.

Semalam, tidur-tidur ayam saja di musolla. Aku takut letih juga nanti dalam perjalanan. Tapi, nak buat macam mana, adat orang merantau. Kajang Pak Malau kajang berlipat...

Tapi, sebagai anak Minangkabau (anak Minangkabau pulak dah!), memang anak lelaki wajib juga keluar merantau, guna melengkapkan dirinya sebagai lelaki sejati!

Merantau Warrior


Oke, orang tengah mula ramai, memenuhi ruang legar 'food court' di hentian tol di sini. Aku perlu tutup leptop ini segera dan sebentar lagi aku akan langsung bergerak menuju ke destinasi. Adios! - 7:28 pagi, Sekolah Pemikiran Hentian Tol Seremban.

Baru selesai melabuhkan penat setelah jam 2:45 petang tiba di pantai, selepas berhempas-pulas melawan ombak badai. bersambung kelak, insya Allah, nak makan koteaw kerang dulu!

Aku isytihar - bahawa ujian ketahanan mental hari ini gagal! Aku tak berjaya sampai ke Pulau Masjid. Nanti aku akan pergi sekali lagi, insya Allah untuk mencabar diri sendiri sebelum berjaya menakluk Yala kelak! Ameen ya Rabbal 'Alameen...

###########################

2 R.Awwal | 16 Feb. (Selasa)
Masuk opis. Godam story walau cuti. Daku sempat sms SK Cinta Zeni tentang silsilah keluarga Al-Jufri. Harapanku, semoga daku bertemu 100 anak kapal yang tiba dengan Nakhoda Khalifah itu.

NY of BH call, kami pun bertemu lalu bertamu di Kampung Baru. Nasi lemak Mak Wanjor tutup. Nasi lemak antarabangsa mula terima pelanggan bermula jam 6 petang. Wajah kehampaan kelihatan tercalit di wajahnya.

Aku pun ajak dia makan di restoren Kudu, tempat Alo suka makan. Aku pun merawikan nawaitu projek aspresiasi sastera Singapura.

Dia angguk-angguk, lalu berbalah hal kedudukan Malaysia, Indonesia, Singapura yang mengaku sebagai abang, adik dalam kesusasteraan ini. Aku pening bincang hal ini, takut tak berjalan.

Bertukar fikiran sambil main sembunyi maklumat adalah hal yang seronok dan menggelikan hati apabila dapat membuatkan orang menyampah dengan sikap kita. Kah! Kah! Kah

Tapi, akhirnya kami sempat buat rumusan mengenai media, "Kilang mencetak maklumat," kata NY. Lalu, aku tambah, "Ya... mengikut kehendak pemerintah!"

Hati digerakkan ke TT
Selepas melawat tempat makan Ikan Singgang, kami berpisah. Balik ke rumah, di dalam solatku, seluruh jiwa, hati, pemikiran dan perasaan tertumpu ke sebuah daerah yang parah bernama TT. Aku tidak pastikan kenapa hari ini, hatiku begitu didesak mahu ke sana.

Tanpa persediaan lengkap, aku rasa macam 'terpaksa' pergi juga. Ini kali pertama aku buat kerja gila selepas aku merantau dari USM Pulau Pinang ke UM di Lembah Kelang kerana demonstrasi di kampus itu pada 1998, selepas Anwar dipecat daripada Umno dan kerajaan.

Teman-teman, aku kena merantau sekarang ke selatan tanahair. Doakan perjalananku selamat. Aku pergi tanpa persediaan lengkap. Bekal dan modal cuma tawakal kepada Yang Maha Kekal!

7:06 p.m - Bertolak dari SPKB. Dalam perjalanan sepanjang malam ini, hati aku sentiasa dibalut pertanyaan - "Betulkah tindakan yang sedang aku lakukan ini?"

8:11 p.m - Tiba di hentian tol Nilai, rehat sekejap, makan, minum, solat. Hatiku berbalah, sama ada perlu tidur di sini, atau teruskan perjalanan? Daku istikharah.. akhirnya daku labuhkan sauh dan terus belayar.

9:20 p.m - Aku bertolak keluar dari hentian tol Nilai. Dalam perjalanan, S K Cinta Zeni sms semula bertanya siapakah aku? Ini kerana, kiriman sms tadi tidak memperkenal nama aku. Aku tangguhkan jawapan sehingga sampai pada waktu yang sesuai untuk menjawabnya.

9:50 p.m - Tiba di hentian tol Seremban. Terjumpa Azrul Izad, budak Kulim yang keluarganya semua berpindah ke Mantin, N9. Dia mengaji di Politeknik PD, jalan menuju ke TT. Politektik tu berada di sebelah kiri jalan, katanya, kalau aku menuju ke TT keesokannya.

Aku berborak-borak dengan dia. Kebetulan, dia dan rakan-rakan pernah juga ke TT. Loghat utara, pelat Kedahnya masih kental dan pekat, sama seperti aku.

"Ada Sungai Linggi di TT tu," katanya. "Sungai itulah yang memisahkan antara N9 dan Melaka." Sedikit sebanyak, baru aku faham. Sungai tu, secara tidak langsung telah menjadi garis sempadan antara kedua-dua buah negeri ini.

Dari Port Dickson (tempat Najib dan penyanyi Miss Z dikatakan telah ditangkap beromen suatu ketika dahulu) ke TT, menelan masa selama 30 minit atau 30 km perjalanan. Bukannya aku tak boleh pergi malam ini.

Tetapi, selain berfikir secara Barisan Nasional, kita haruslah berfikir secara rasional juga, mana tau kalau-kalau dalam perjalanan malam ini, tayar motor pancit ka? Haa... macam mana?

Jadi, aku putuskan untuk berehat sekejap di sini, siapkan proposal master dan uruskan berita dan pemberitaan untuk hari esok.

Terima qoseh Celcom Broadband kerana memudahkan pekerjaan diri ini. Baguih sungguh hidup di bawah pentadbiran Umno-BN ni. Hidup Najib! He... he...

###########################

1 R.Awwal | 15 Feb. (Isnin)
Acara Hari Pejuang Bahasa 152 di Dewan Tun Syed Nasir. Uncle J, (Jaafar Rahim) tetiba duduk di tepi, sebelah aku. Kami berborak. Orangnya 'humble'.

Mereka lancarkan tabung untuk kegiatan kesusasteraan dan bahasa termasuk perisytiharan hari pejuang bahasa 152 setiap tahun yang dibacakan dalam resolusi.

Petang. Antara pengalaman menarik ialah dapat bertukar fikiran dengan S. K Cinta Seni dari Singapura. Turut disebut ialah watak Muallim Kamil Suhaimi bin Fadhlullah Suhaimi dan Masjid Temenggung Teluk Belanga, sebuah daerah jajahan takluk Kesultanan Johor di negara pulau itu.

Malam. Berbual dengan Alo di Haslam. Antara keputusan tercapai ialah, ketetapan hari Rabu untuk jumpa pelajar yang terlibat dengan PRK dan siswa-siswa yang terlibat dengan sastera.

###########################

29 Safar | 14 Feb. (Ahad)
Seharian di rumah, godam story. Lepas tu buat proposal master. Di telefon bimbit - Zal, Zahir dan NY of sudah menelefon bertalu-talu.

Hari ini ada pergolakan antara dua program. Pengucapan puisi 152 di Rumah Pena dan program Jom Cegah Zina anjuran Jawi.

"Kita jumpa di DBP lepas Isyak," demikian janjiku kepada Zahir tadi. Lepas tu kononnya nak pergi Rumah Pena. Tadi petang ralit tengok filem biografi wartawan British George Hogg di TV2.. aduhai masa! Kalau bukan aku yang menikammu, tentu sekali kau yang kan mengelar leher nafasku.

Currently have 0 comments: