Urusan pengiklanan, sms 014-3233287 @ mel-e ibnuamir@yahoo.com, subjek: Iklan Karya Fansuri
Latest News

22 - 28 Safar | 7 - 13 Feb. (Ahad - Sabtu)

Monday, February 08, 2010 , Posted by nota untuk Syiah at 5:00 AM

28 Safar | 13 Feb. (Sabtu)

Dinihari. Selepas menggodam story, ke Jalan YAS, 'berfoya-foya', melihat situasi malam. Tengok gelagat manusia, terfikir beberapa perkara yang terlintas di kepala.

Pertama, setiap anak muda di sini ada pujaannya. Idola pujaan mereka bukanlah orang berjubah dan berserban. Jadi, adalah suatu keperluan, memasukkan idea-idea pencerahan ke dalam setiap tokoh pujaan-pujaan mereka ini terlebih dahulu.

Kedua, aku menginsafi bahawa iman ini boleh berubah-ubah. Tidak diketahui apa nasib aku dan apa nasib mereka. Entah-entah, mereka akan berubah dan menjadi lebih baik daripada mereka. Semoga Tuhan menetapkan imanku. Ameen...

Tengah hari. Selesai menggodam story, maka aku pun terfikir nak buat kerja-kerja perubahan yang perlu aku telitikan terlebih dahulu. Zal call, meminta pengesahan, adakah besok, daku akan sertai operasi penguatkuasaan Jawi sempena Hari Valentine. Aku menjawab ringkas, "Yes!"

Malam. Ke TGV, KLCC. Menonton 72 Tenants, kisah kehidupan penyewa di Hong Kong-ia filem Mandarin. Aku guna vaucer free. Aktresnya pun boleh tahan juga. Wow! Dekat Kinokuniya daku bertembung buku yang mencatatkan bahawa, ada 1,000 nama untuk Tuhan Hindu (Vishnu).

Salah satu nama yang masuk ke dalam ingatanku adalah Manohara! Manohara adalah nama bagi Tuhan Vishnu, bermaksud, 'Dia yang mencuri hati kita.' --- 'He who steals our heart'

Maka, aku teringatkan Manohara, isteri putera Kelantan yang melarikan diri ke Tanah Jawa itu. Kalau tak percaya, cari buku bertajuk 1,000 Names of Vishnu by Ehnath Easwaran.

Membuat 'tawaran' kepada dua orang rakan berhubung media-media alternatif. Nampak gaya - depa masih belum memberikan jawapan tuntas. Mungkin juga, aku tidak berusaha kerana untuk meyakinkan mereka. Idea... idea... idea... pencerahan... kebebasan... keberanian.. kemakmuran..

Malam ini tonton Casanova dan Warlord dan lain-lain kisah di tv. Daku terfikir bersendirian, ada banyak kisah yang belum dapat dicungkil dengan akal kepala. Jadi, kenapa ramai politikus suka buat tindakan dengan menggunakan akal 'kepala lutut' mereka?

###################################

27 Safar | 12 Feb. (Jumaat)
Ke UM, konon nak jumpa Dr Fauzi Deraman untuk interview beliau tentang isu nama Allah yang nak dipakai oleh Kristian.

Dia tiada. Tapi daku sempat dapatkan no telefon dan mel-e dia daripada pejabat. Di sini, sempat aku menggodam story juga.

Rakanku daripada Abim call, bertanya tulisan daku yang lama mengenai hari Valentine. Aku pun sudah lama tak simpan bahan-bahanku mengenai Valentine.

Aku fikir NGO sekarang ini tidak perlu lagi membuat pendekatan menulis lagi, khasnya di dalam isu Valentine ini. Kena banyak berjumpa dan berdialog dengan rangkaian penyiaran supaya syiar Valentine ini tidak lagi berkumandang di televisyen dan tetuang udara (radio).

Maghrib. Sebelum balik dari UM, aku terlihat nama-nama ulama' Nusantara di dinding Jabatan Pengajian al-Qur'an dan Hadis. Menarik juga kalau dapat buat buku tentang hal ini.

Alo call, apabila dia tahu aku di UM, mungkin dia pun rasa malas nak ajak jumpa. Lama betul tak borak-borak hal-hal perjuangan nih. Sesekali, kena pi mengadap balik rakan-rakan lama.

Ke Dataran Finas, tengok tayangan filem free Adnan Sempit. Sesekali nak kena berhibur juga. Di sini, dalam perjalanan pulang terfikir dua perkara penting tiba-tiba. Rancangan membantu Abim melalui penulisan dan pencarian batu istimewa di Pulau Masjid, Tanjung Tuan hujung minggu ini.

###################################

26 Safar | 11 Feb. (Khamis)
Godam story seperti biasa hingga ke petang. Jie dah balik raya Cina. Aku tangguhkan keputusan balik desa. Rancangan nak ambil vaucer Jeritan Kuntilanak tergendala kerana ralit godam story.

Petang ini, Imran datang, dalam perjalanan pulang ke Kedah, dia jenguk aku di SPKB. Sempatlah aku bermain-main dengan Sarah, anak saudaraku yang comel itu.

Dia sudah kenal aku, kata Imran. Bila ditanya, "Mana Pak Long?" Sarah akan menjeling ke arah aku. Ha... ha... dia dah kenal aku. Dia sudah mula kenal pen dan kertas dan suka conteng kertas.

"Sarah nak jadi wartawan ka?" aku mengusik. Budak tu manalah tau apa-apa. Malam ini, kami makan besar bersama ipar duai. Keluarga kami menjadi semakin membesar dan melebar.

Mereka pulang Kedah sekitar 10:30 malam. Aku balik ke rumah, berehat. Tetapi, 'rehat' sebagai penulis ini berbeza. sambil tengok tv pun, jari-jemari masih menggodam leptop.

Tiba-tiba Yus call, kerana ada bahan sastera yang aku hantar tu bermasalah. Terpaksa sunting melalui 'jarak jauh', call sahaja dari opis. Akhirnya, settle. Eh, setengah jam jugalah suntingan itu berlaku secar jarak jauh.

Malam ini, aku sms rakan aku, Presiden NUJ Utusan, kalau-kalaulah dia nak bercerita masa lalu di Utusan. Ada banyak hal yang perlu dikorek mengenai akhbar yang biadap menulis isu liwat ni.

###################################

25 Safar | 10 Feb. (Rabu)
Cuba selesaikan masalah Socso di Perkeso. Rupanya, aku kena daftar diri sebagai majikan. Fuh! Cabaran lagi. Maka aku hanya ambil borang saja. Banyak kena belajar untuk jadi kapitalis ni.

Imran ajak makan di Haslam, tapi sudah terlepas ke UM, news pun aku update dari sana. Jumpa Dr Abu yang sedang beri talk kepada para pelajarnya di bilik seminar itu.

Ada pelakon yang ambik master. Aku menunggu dengan sabar. Bila dia dah tamat tasykil, maka daku pun start interview berhubung isu-isu semasa dan lain-lain perkara yang menarik.

Pertama, Bahasa Melayu bukan bahasa Malaysia, kerana bahasa Melayu adalah bahasa orang Islam. Hal ini, menyebabkan aku terfikir - nama ALLAH dah jadi bahasa Melayu. Orang Melayu boleh guna perundangan, menyatakan bahawa hal ini termasuk dalam hak istimewa mereka.

Tetapi, adakah orang-orang Melayu di Malaysia ini, akan terfikir seperti cara aku berfikir ini?

Kedua, dia pun bercerita mengenai sejarah rakan-rakannya yang jadi presiden di sebuah negara yang aku tak pasti kedudukan negara tersebut.

Rupa-rupanya, beliau ini, antara orang yang 'nak ubah' wajah dunia! Nantilah, aku fikir, kalaulah boleh sembang mengenai cara-cara bagaimana nak menakluk Yala semula. Ameen...

Selesai interview ringkas, aku ke Mid V, ajak teman-teman 'berfoya-foya'. Namun, semuanya bz. Di sebuah restoren mamak di sini, aku update bahan sastera dan menyusun nota berita.

Pak Lah Karim dedah isu sebenar percekcokan Khalid Samad vs Hassan Ali
Berbekalkan Celcom Broadband, aku melayari internet. Kebetulan, Pak Lah Karim yang berada di UK dengan isterinya sedang online YM. Kami berbual rancak tentang aduannya kepada Cikgu Pa berhubung hal-hal membabitkan Khalid Samad dan Hassan Ali.

Fuh! Panjang cerita. Agak menarik. Namun, aku rasa nak kena libatkan dia juga dalam seminar anak muda kritik PR. Idea, lontaran fikiran dan syor tadi agak bernas mengkagumkan. Moga dia terus kekal berani sehingga tibanya seminar itu kelak. (itu pun kalau dia nak bentang paper lar!)

9:15 malam. Tiba waktunya, aku berangkat naik Mid V. Akhirnya aku tengok movie sendirian, ia mengisahkan negeri Qin menewaskan negeri Liang di China. Sebuah filem sejarah. Banyak yang perlu aku gali lagi. Menonton filem adalah kaedah penggalian ilmu dengan cepat dan mudah!

###################################

24 Safar | 9 Feb. (Selasa)
Selesai masalah KWSP. Akhirnya, daku berjaya carumkan KWSP buat kali pertama untuk rakan wartawan ini. Misi selesai. Dan esok aku perlu selesaikan pula masalah Socso di Perkeso.

Banyak mobile, berjalan sahaja hari ini. Update news merata tempat. Di pejabat KWSP pun daku sempat sunting bahan-bahan lagi. Fuh! Sibuk sungguh!

Jumpa Kak W. Sembang hal ehwal dalaman kampus di UM. Rahsia sulit! Tiba-tiba, NY call, ajak aku pergi dengan dia ke Upsi esok. Katanya, ada acara sastera, anjuran kak Nisah Haron.

Bagaimanapun, aku tak bagi keputusan. Lagi pun daku ada masalah dan kerja sendiri yang mesti aku selesaikan. Bualan dengan Kak W ditamatkan dengan keputusan baru - kena jumpa Dr Abu!

Pendirianku - kenapa aku sokong Anwar walaupun dia bersalah
Sebelum pulang, Kak W tanya, macam mana kes Anwar kalau benar dia bersalah? Kenapa orang macam aku masih 'setia' menyokong Anwar walaupun Anwar bersalah?

Aku jelaskan kepada dia falsafahku dalam menyokong Anwar. Kalau Anwar tidak bersalah, beres dan habis cerita. Tapi, macam mana kalau Anwar betul-betul bersalah!?

"Kalau betul dia salah, saya sokong dia sebab dia adalah 'alat perkakas' saya untuk jatuhkan Najib yang lagi jahat itu," begitu hujahku. "Mana ada pimpinan Pas yang dapat gugat Najib?"

Aku tau ada orang tak suka Anwar. Tapi dalam tak suka pun, kena terima suatu hakikat bahawa dia boleh satukan Pas dan Dap dalam PR atas kertas (dalam hati belum tahu lagi).

Sebelum ini, Pas dan Dap tidak boleh bertembung walau atas kertas, apatah lagi dalam hati. Jadi, di situlah kelebihan Anwar sama ada kita suka atau tidak kepadanya.

Watak pemimpin adalah watak pemersatu, mempersaudarakan bukan memecahbelahkan. Nabi Muhammad mempersaudarakan antara Aus dan Khazraj. Kalau perang sekali pun, ia hendaklah diusahakan ke arah pembentukan penyatuan negara-negara dan umat seluruhnya.

Malam ini, sempat berchat, invite ustaz Fauzi Deraman. Daku nak minta interview. Tetapi, ustaz letak satu pesanan di wall aku - saya insan kerdil saja, tak layak ditemuramah. Alahai ustaz...

###################################

23 Safar | 8 Feb. (Isnin)
Banyak sungguh bahan yang masuk. Cuma hari ini sudah nampak sedikit kemajuan tentang cara bagaimana menyusun berita masuk. Pendek kata, kehidupan hari ini sedikit tersusun.

Kita sepatutnya kena susun waktu agar apa-apa yang dicitakan akan membuahkan pulangan hasil yang lumayan.

Godek-godek, godam-godam internet, maka inilah hasilnya yang aku dapat hari ini... Movie free!

Sapa nak ikut tengok movie bersama daku!?
From: "peraduan@tupai.com.my"
View contact details
To: "Ibnuamir al-Pendangi"

Tahniah!

Anda telah memenangi dua (2) pas percuma ke tayangan Little Big Soldier yang akan berlangsung seperti berikut:

MAKLUMAT TAYANGAN
TARIKH: 10 Febuari 2010
WAKTU: 9.30 malam
LOKASI: GSC Mid Valley

*Waktu tebusan: 7.30 malam - 9.00 malam

Sila bawa kad pengenalan untuk tujuan penebusan di meja/kaunter penebusan Cinema Online.

Terima kasih.

Sebenarnya, tadi pun Intan ada cakap kat aku tentang Ketika Cinta Bertasbih (KCB) yang bakal diadakan di Kelantan pada hari raya Cina nanti. Hampir-hampir terfikir nak buat news tadi!

Ish! Akhir-akhir ni, news sahaja yang datang menerpa bagaikan kilat menerjah di kepala. Dahulu dalam kepala aku - asyik-asyik artikel sahaja.

Abah call, dia bertanya apakah aku call dia tadi? "No telefon tu dari KL, kot-kot Ali call."

Aku nafikan. Entah siapa yang call? Abah tak angkat kalau no dia tak kenal. Kesempatan itu dia ambil dengan bertanya, apakah raya Cina ini, aku balik atau tidak? Hatiku berbalah.
Imran akan tiba ke KL, katanya. Tapi, tak ada pula dia call aku. Bualan kami akhirnya mati begitu sahaja.

Baru terjumpa no hp ustaz Roslan. Ini sangat baik untuk melakukan interview bersama seorang rakanku itu. Mujurlah ada budak-budak universiti yang boleh tolong salurkan maklumat.

Petang ini kami meeting, lalu kami putuskan beberapa perkara berhubung news yang mungkin boleh dinaikkan esok agar tampak lebih hadhari dan glokal sifatnya seperti biasa.

Pergi ke Sek Pem Jalan Pahang Barat. Borak-borak, lalu Kak Roy tanya tentang Baca@Lrt. TMJ terus bersikap 'opportunist'. Kalau pandai spin silap-silap Sasterawan Merdeka dapat nama. Apa pun, kena jaga nawaitu. Ah! Apa salahnya kalau 'opportunist'? Kami kan orang baik!? Ha.. ha..

###################################

22 Safar | 7 Feb. (Ahad)
Pagi ini seperti biasa, aku godam story, spin sana-sini, putar alam, putar kenyataan orang secara lebih hadhari. Ketika inilah aku sempat berbual, chat dengan mahasiswa Kuis. Aku rasa.. mereka ini boleh dimanfaatkan dalam pelbagai kegiatan reform dan perubahan negara pada masa depan.

Petang. Sepetang menyusun story supaya tampak lebih matang, dilengkap ciri hadari sekali gus memberi erti pada nilai glokal yang tinggi pada EP. Tiba-tiba, NY of BH chat lewat FB, meminta daku bergebang dengannya di Pantai Dalam.

Setelah bergebang lama, maka resolusi Sek Pem Pantai Dalam telah putuskan hal-hal berikut:-

1. 20 orang tenaga kerja di Kuis itu mungkin boleh diusaha untuk digembelingkan bersama.
2. NY of BH 'bersetuju' dengan rasa segan untuk membentang kertas kerja untuk bidas PR.
3. NY menggesa aku berbuat sesuatu untuk menyusun pasukan orang-orang tertentu yang akan dapat menulis sesuatu mengenai PR, (khususnya Pas) sebagai bahan rujukan untuk generasi 20 tahun kemudian.

"Kau carilah balik Hanipa Maidin, Dr Zulkifli, Syed Azman dan siapa-siapa yang dah terbuang dari Pas untuk tulis balik sejarah Kerajaan Perpaduan, Jawatankuasa Disiplin Tuan Ibrahim Tuan Man dan isu-isu hot masa sekarang," kata NY itu.

Dia khuatir-20 tahun lagi, orang tidak dapat menjejaki isu-isu ini dengan baik, kerana kurangnya kupasan ilmiah berhubung apa-apa yang berlaku sekarang. Idea yang baik dan menarik. Tetapi, aku perlukan ramai orang untuk berkempen, melobi bersamaku. Aku tak tahu NY nak tak?

A Flora menelefon, menyatakan peluang pelaburan yang 30 peratus meragukan, dan 70 peratus meyakinkan diri ini. Dia kata dekat Tropicana Damansara tempat tu. Menurut hematku, malam ni, tempat aku pi ceramah Anwar di ibu pejabat Keadilan adalah tempat yang sama juga.

Malam. Aku pergi ke Merchant Square Tropicana untuk hadiri ceramah Anwar. Daku tersesat. Antara pimpinan yang hadir adalah - Zuraida Kamaruddin, Nurul Izzah Anwar, Tian Chua, Adun Kapar. Aku catat serba sedikit beberapa ucaan mereka sebagai bahan 'news'.

Di Restoren Zaman, bersebelahan HQ Keadilan, aku menggodam story Anwar. Hala nak pulang - aku sempat jengah, syarikat yang A Flora sebut tadi; Jiwa. Aku catat nombor syarikat untuk aku buat siasatan lanjut. Habis selesai semuanya, aku pun pulang!

Currently have 0 comments: