Urusan pengiklanan, sms 014-3233287 @ mel-e ibnuamir@yahoo.com, subjek: Iklan Karya Fansuri
Latest News

15 - 21 Safar | 31 Jan. - 6 Feb. (Ahad - Sabtu)

Sunday, January 31, 2010 , Posted by nota untuk Syiah at 5:01 AM

21 Safar | 6 Feb. (Sabtu)

Sepatutnya ke Subang Jaya. Terlepas lagi Pak Samad punya story. Lelah nak memburu berita.

Tapi, dapat juga aku up beberapa kenyataan media ari ini daripada rumah. Syukurlah, dengan adanya Celcom Broadband ini, banyak perkara yang jadi mudah. Alhamdulillah...

Pagi ini juga, Alo call, tapi tak sempat angkat. Tak pasti apa maksudnya. Imran call, bertanyakan apakah aku akan balik raya Cina? Tapi, aku tak tahu apakah boleh balik atau tidak. Dia cuma nak 'bajet' tempat duduk dalam kereta, bila dia datang ke KL kelak.

Hujan petang ini sungguh lebat. Makan-makan di Jalan Raja Alang ni sampai ke petang lantaran hujan masih enggan berhenti. Dalam ketenangan, aku bermuhasabah beberapa perkara.

- hidup ini mesti selalu siap berdepan dengan cabaran mendatang.

- kena selalu ada perkembangan terbaru, ada peningkatan.

- yang penting, hidup ini bukan untuk diri kita saja. Kena bersiap demi kepentingan orang lain.

Dapat kiriman sms Azizi Abdullah bertanyakan jika Alo dah beritahu aku mengenai cerpennya di Harakah. Aku rasa, mungkin itulah yang menyebabkan Alo call tadi, agaknya.

Malam. Seorang akak di Facebook menegurku, katanya adiknya di USM dulu. Dia sekadar sapa sahaja untuk berkenalan. Dia tanya, apakah aku sudah menjadi ahli Paksi dan buat master.

Aku terfikir seketika, macam mana ada orang-orang tertentu yang tahu aku ada nawaitu ini? Ah dalam zaman serba canggih ini, apa-apa sahaja boleh berlaku.

Malam ini, aku menonton Knight Rider di TV9. Hatiku mula curang kepada Megan Fox. Deanna Russo, seorang pelakon baru Hollywood mula mencuri tumpuanku. Argh! Urgh! Urgh! Urgh!

Deanna Russo Talks about Knight Rider's Failure, and other Geeky Goodies


Pada Deanna Russo, tercantum nilai glokal dan ciri hadari yang wujud kepada Rani Mukherjee of Bollywood, Shannon Doherty of Hollywood, tapi bukan Altantuya of Mongoliawood! Urgh!

Knight Rider: Deanna Russo


###############################

20 Safar | 5 Feb. (Jumaat)
Terlepas sidang media GMP, Rumah Pena. Kerisauan menjalar di dalam batinku, kalau-kalau tak dapat ke opis lagi.

Padahal jika ke Rumah Pena, aku boleh langsung ke UM, ada demo lepas solat Jumaat.

Demo di Universiti Malaya cukup panas dengan pekikan dan laungan di sekeliling jalan-jalan kat kampus itu. Mereka bertempur dengan pengawal keselamatan di tangga.

Selesai Jumaat, Hilman (Kami) sms, bahawa mereka turut adakan demo hari ini juga kat masjid UKM. Aku sempat naikkan news tu mengatasi kecepatan laman portal web berita lain - YES!

Sebenarnya, hari ini ada PC di rumah Ku Li untuk balas semula kenyataan Rais Yatim mengenai isu royalti minyak. Hisyam Gegar jemput aku datang, tapi hujan lebat panjang sungguh dan kami kekurangan tenaga kerja, aku akhirnya terpaksa melepaskan hal itu.

Jadi, ada dua story terlepas - sidang media GMP pagi dan sidang media Ku Li petang. Dalam dua tiga hari ini, tak sempat nak carum KWSP kat wartawan sebab perkara-perkara mendesak yang semacam inilah. Kalau keluar opis untuk kerja-kerja macam ni, dan orang tak faham, susahlah.

Petang ini, selepas aksi demo, minum di cafe Perdana Siswa, berbual bersama Shazni dan Fahmi. Aku bagi tips yang entah masuk atau tidak dalam kepala mereka.

Tapi, corak penentangan yang macam ini, belum ada lagi yang cuba buat. Demo sudah, rempuh bilik TNC HEP pun sudah. Pulau kuliah dan boikot peperiksaan saja yang mereka belum. Zaman 60-an dan 70-an di USM dulu, mahasiswa buat tindakan macam ini. Berkesan nampaknya.

Kaedah ini seperti yang dilakukan dalam peristiwa Hartal ketika rakyat Tanah Melayu berbilang bangsa menolak perlembagaan tajaan Lord Reid. Satu hari sahaja, kegiatan ekonomi jadi lumpuh kerana semua pekedai Cina, Melayu, ladang India tak bekerja.

Juga, aku syor nak 'support' Dato' Saifuddin, bagi menggantikan Khaled Nordin as Menteri. Kami berpisah lewat petang itu. Idea itu akan dilupakan jika tidak merakamnya dalam penulisan.

Malam. Pergi ke Rumah Pena. Berbual dengan Jim dan rakan-rakan di bucu. Aku tanya apakah sudi dia bentangkan paper untuk bersama mengkritik demi kebaikan PR? Aku punya rumusan - orang-orang muda ini masih berhati-hati lagi. Kalau aku seorang ke depan, tak kuat sangat.

"Aku boleh, tapi dalam sastera sahaja," kata Jim. Oke lah tu. Aku kena berusaha mencari orang lain lagi. Bukan senang nak hidupkan Budaya Ilmu ni. Kena berani. Khalid Samad dah bergaduh dah. Orang-orang muda ni bila lagi?

Di Rumah Pena tadi, sempat bincang dengan SM Zakir tentang pelawaan Pn Ainon kepada beliau untuk kendalikan ruangan sastera untuk EP. Aku dah mulakan gerakan, cuma menunggu sejauh mana derapan tapak langkah kakiku memanjang kelak.

Antara bualan-bualan di bucu malam ini - ada beberapa persoalan yang bermain di fikiranku:-

a. Macam mana nak masuk ke mahkamah? Persoalan ini sedikit demi sedikit dah terungkai.

b. Kes Aduka Taruna. Dah dapat sedikit sebanyak maklumat berikutan sesi bertukar maklumat.

c. Kes bocor maklumat rahsia oleh pegawai tinggi tentera. Dalam rumusanku isu-isu ini belumlah lagi para pengamal media di depan aku ni berminat nak jolok-jolok mengenainya.

Mungkin boleh buat 'special report'. Tetapi, dari manakah harus aku memulakannya? Tiba-tiba, ingatanku melayang kepada Tok Saad, kawan lamaku, seorang pegawai tentera. Mungkinkah dia dapat membantu sedidkit sebanyak mengorek rahsia dan membekalkan maklumat?

###############################

19 Safar | 4 Feb. (Khamis)
Hari yang kalut. Diburu kekalutan mendadak. News, story banyak yang nak dibuat, tetapi tenaga kerja sudah berkurangan.

Aku ke mahkamah dengan azam baru -- nak bertentangan dengan mata polis-polis ni. Alhamdulillah, jiwa aku sedikit kuat.

Depa check kertas yang ada dalam beg aku - baru aku faham sesuatu; depa nak cari kalau-kalau ada risalah kecil yang berkaitan dengan Anwar atau Saiful Bukhari. Kalau tak ada benda itu, tak apa kot!? Sedikit demi sedikit, aku mula faham cara bagaimana polis ni berfikir.

"Sekejap yer encik?" katanya, hormat meminta keizinan aku untuk menyiasat, membaca cerpen yang termuat di dalam beg hitam aku itu.

"Tajuk Menara Gading," kata polis muda dengan tersenyum kepada rakan-rakannya yang belia belaka. "Ini mesti jiwang-jiwang ni."

Polis ni dok belek-belek kertas dalam beg aku rupanya. Polis tua tak kacau aku, dia beri tugas tu kat polis-polis muda. Dia cam muka aku. Dia perati lama. Aku tak perasan yang dia tengok aku.

Mungkin dia perati atas ke bawah, lalu dia pun bertanya: "Semalam bukan dah mai ka?"

"Ya," jawabku ringkas. Bila kutoleh kulihat muka dia lagi. Ya, memang dia ditugaskan di pagar ni rupanya. Nama dia aku tak sempat tengok. Sebenarnya, aku tak terfikir nak tengok.

"Jumpa sapa?" dia bertanya lagi.

"Jumpa kawan kat atas tu," jawabku lagi.

"Sapa dia?" - aku diam, buat dono, lalu berkata, sambil menuding jari ke arah mahkamah, "Ada laa..."

Saja tanya lebih-lebih buat hapa? Bukan tugas aku nak jawab soalan hangpa ni. Aku masuk pada petang ini dengan separuh rasa sangsi yang mengikat di jiwa ini. Aku memusing keliling bertawaf mahkamah macam biasa, masuk ke dalam cafe.

Godam-godam bahan sedikit, menyudahkan segala apa yang aku dah mulakan sejak semalaman.

Ketika Cinta Bertasbih 2 Part (KCB 2) 12/12


Menanti ketibaan Anwar keluar di lobi amat melelahkan. Aku buka leptop. Lalu tiba-tiba Pak KJ duduk di kerusi bersebelahan denganku. Aku lihat dia seperti tidak berminat nak cakap apa-apa.

Aku bertanya kepadanya, kekalau dia ada cerita baharu tentang Anwar yang aku lepas pandang.

"Nak cakap apa? Fitnah..." begitu perlahan dia menjawab, sekali gus menutup jendela hasratku untuk berbual lebih lanjut. Sekarang zaman-zaman edan, era penuh penderitaan. Orang menjadi sensitif dan silap-silap bertanya, takut pula aku menempah bala.

Bila Johnson Chong keluar, aku angkat kamera. Seorang polis India nampak gelagat aku, lalu dia turunkan tangan aku, "Tak boleh ambil gambar di sini."

Aku akur, dah undang-undang macam tu agaknya. Hari ni aku pakai selipar, tak ada yang marah sebab aku pakai selipar. Tak jadi bergaduh buat hari ini.

Dalam perjalanan pulang ke SPKB, singgah Jalan Pahang Barat, godam-godam bahan. Sudah siap bahan, maka kuhantar semua dengan selamatnya.

Sebenarnya, hari ini, hatiku diserang rasa masyghul juga. Apa yang aku target, tak dapat kubuat lantaran kesibukan kerja mengejar kelibat sumber-sumber, dan memburu berita Anwar.

Ya Tuhan, kalau macam ni, macam mana nak sambung Master nih!?

###############################

18 Safar | 3 Feb. (Rabu)
Aku masuk opis Jalan Pahang Barat, kununnya nak dapat internet Wifi, tak dapat juga. Sejak dinihari berpeleseran sampai 3 pagi, tapi gagal juga mendapat akses internet, hatta di KFC Jalan Raja Laut!

Macam mana nak update story kalau macam ni!? Petang ni, kena pi mahkamah Jalan Duta; cover story isu liwat Anwar pulak! Adus!

Petang. Selesai update story di opis, aku ke mahkamah. Dalam perjalanan aku akhirnya berjaya mendaftar Celcom Broadband dengan harga RM100. Tetiap bulan, bayar RM68. Benda ni boleh aku guna petty cash kelak. Lega... Tuhan yang Maha Genius telah 'mengeniuskan' diri ini!

Imran call, kawannya nak jual kat dia rantai emas, 24 mayam?? dengan harga RM2,000. Aku ini tiadda dapat memberikan keputusan. Akhirnya, dia buat keputusan sendiri setelah aku tasykil & bayan dia mengenai harga 1g emas bersamaan RM120 mutakhir ini.

"Tak pa, kalau macam tu, Imran beli sajalah," kata adikku. "Lagi pun, memang ada duit la ni."

Selepas itu, aku teruskan perjalanan ke kompleks mahkamah Jalan Duta. Ya, ini suatu cerita tak best! Sampai kat pintu pagar, beg aku diselongkar polis. "Terima kasih kerana beri kerjasama," kata polis itu lagi setelah menyelak beberapa helaian kertas dalam begku. Kepala $#!@* hangpa!

Aku nampak depa ni macam pengawal keselamatan berbangsa Arab dekat Masjidil Haram yang bengap. Ayah aku cakap, pengawal keselamatan ni saja nak tunjuk lagak saja!

Pantang depa nampak benda tajam macam gunting, depa tak bagi bawak, padahal ketika umrah, haji, kita kenalah potong rambut sikit selepas sai'e dari Safa ke Marwah. Potong rambut mestilah dengan gunting... mangkuks!

Sory geng, aku tengah marah kat polis tak habih-habih lagi ni. Esok aku nak try buat kurang ajar sikit. Kalau depa cari pasai-aku nak cakap, "Amboi, amboi, padanlah hangpa kerja kuat sangat, gaji dah naik rupanya la ni..." Nawaitu daku sudah terpesong jauh, bukan nak buat story Anwar, tapi sengaja nak cari pasal dengan polis, nak kutuk depa secara berdepan!

Buat pertama kali, aku rasa geram sungguh. Macam nak buat kurang ajar jer tadi. Nasib baiklah, depa tiga orang, aku sorang. Entah apa yang dia nak tengok sangat tak tau la. Layan aku macam penjenayah! Ptui! Tiga lawan satu. Mana adil beb!

Oleh kerana aku ada kamera, aku tak dapat naik tangga. Polis sentiasa mengawasi gerak langkah dan kelibat mereka yang ada kamera besar. Esok, aku kena bawak kamera kecik saja.

Lalu, aku tukar strategi. Aku tawaf memusing mahkamah, bagai bertawaf mengelilingi baitullah! Akhirnya, ikut pintu belakang, naik ke cafe dan aku punya nasib, baik sikit, rupa-rupanya Anwar dok pekena teh tarik bersama Karpal Singh, Chua Jui Ming dan kaum kerabatnya masa aku tiba di situ. Turut hadir bersama, Ustaz Badrul Amin dan Dato' Kamarudin Jaafar.

Ketika Cinta Bertasbih 2(KCB 2) Part 11/12


(Klip video ini khas kutujukan kepada diriku sendiri guna meredakan ketegangan akibat sikap biadap polis tadi, semoga Tuhan memberi ketenangan selepas ketegangan itu... Ameen...)

Apa nama dua tempat yang Anwar pergi tadi?
Ada dua tempat Anwar pegi sebelum dia masuk court tadi. Pertama, sebuah kaunter sebelah kat cafeteria tadi. Aku pun tak tau kaunter apa tu. Kedua, bilik kaunter dekat lobby. Sebab aku buta perundangan, tak fasih ilmu fekah mahkamah sekular, kurang faqih bab perundangan Barat, jadi aku pun tak tau apa nama tempat kaunter tadi. Sorry geng...

Dekat-dekat jam 4 petang, aku nak test Celcom Broadband aku. Tak dapat-dapat, akhirnya dah boleh pakai selepas aku call bertalu-tali pekedai Mara yang jual modem kat aku tadi.

Maka, aku pun start 'landing' untuk melabuhkan tubuhku di lantai dekat seorang amoi. Ya.. yang ni aku geram ni; menyampah dan bengang dengan kebangangan polis untuk kali yang kedua.

Amoi tu wartawan juga. Tak da pulak dia tegur. Aku perasan depa tiga orang dok usha aku buka leptop. Mula-mula aku buat tak peduli. Tapi, kat sini silap aku. Aku langut, pi tengok muka depa. Patutnya aku buat dono saja. Cara depa tengok aku tadi, penuh dengan KEANGKUHAN!

Biadap betul! Heeii... geramnya aku! Apaa hangpa tengok-tengok?! Ada hutang ka?

"Dari mana ni encik!?" tanya seorang polis. Aku cakap la yang daku ini pemberita.

"Akhbar mana?" tanya dia lagi. Masa ni, dua, tiga polis datang mendekati aku.

"Akhbar ... @#%$@!#*#*" demikian jawabku. Kemudian aku buat dono dan terus buat-buat bz.

Kemudian, bila dia tengok aku dah buat dono, buat-buat tak reti, maka dia pun mula berkhutbah ... bla... bla... bla...

"Lain kali janganlah pakai selipar," kata polis itu lagi. "Biarlah ada etika sikit."

Khekk! Ptui! Etika? Hangpa sapa nak ajaq orang mengenai etika ni? Dok tangkap bebudak u, lalu nak bercakap hal moral dan etika? Pi la khutbah depan Najib dan Rosmah dulu sebelum khutbah kat aku. Ya Allah, menyampahnya aku bila dok teringat babak drama kelam, gelap ni tadi...

Esok aku nak pakai selipar jugak, apa nak jadi... jadi!
Aku tak tau tok syeikh mana yang dok rasuk aku saat mengarang ini. Rasa panas baran tiba-tiba
jer. Esok aku tak kira, aku nak pakai selipar jugaks. Apa nak jadi, jadi! Saja nak cari pasai. Boleh dok ganggu aku mengarang. Kacau aku nak menulis berita, menggodam leptop.

Tak hormat aku langsung! Aku rasa nawaitu aku dah berubah, kompas niatku telah beralih arah! Aku pi esok bukan sebab nak tulis story sangat. Saja nak cari pasai dengan polis. Heii Geramnya!

Lantaklah, sapa suruh hangpa cari pasai dengan aku!? Aku nak jawab cara biadap, biaq 'tension' habih polis-polis ni dengan madah bercili aku ni. Hangpa tak apa yang kini bergelodak dalam jiwa aku kini. Aku menulis ni sebab nak meredakan ketegangan. Bila menulis, aku hilang 'tension'.

Esok aku pi sana, nak balaih dendam balik kat polis-polis ni dengan kata-kata sindiran, biaq depa ni tau apa perasaan hati rakyat selama ni. Kalau hangpa ada cadangan tentang ayat-ayat power, ayat-ayat pedaih, madah bercili guna melukakan hati polis ni, hangpa habaq mai kat aku.

Biar aku siat hati-hati mereka ini sampai jadi belacan! Kurang asam punya polis! Heii geramnya!

Lain-lain cerita
Daku bertemu Amir M'siakini. Kali ni confirm, ayah dia (tok imam Masjid Jamek Kg Baru) sudah
mengesahkan bahawa - dah ada pustaka di kawasan perkarangan, halaman masjid tersebut. Aku rasa, mudah sikit kerja SPKB nanti kalau macam ni. Di situlah pusat kegiatan aku kelak, i'Allah!

Tiba ketika Anwar nak kuar, aku terserempak dengan Sean Seacem. Dia ada idea nak perangkap Saiful Bukhari. Macam mana? Syyyttt.. rahsia sulit hanya eksklusif antara kami berdua.

Kenalan aku, Amir Saari yang kini dah jadi Adun Batu Caves menyapa, "Dah jumpa Hilman? Dia ada kat sini." Hatiku dirasuk rasa sangsi. Dia ada kat sini? Terus aku call. Dan, betul! Kami pun bertemu, berbual dan juga berbincang sikit-sikit.

Melihat kumpulan mahasiswa kampus ni, hati aku menjerit disambar rasa sayu. Terguris di luka kalian maka berdarahlah diri ini. Kalian dan daku --- Satu Zat, Satu Urat (meminjam ayat power Chairil Anwar kepada Bung Karno - Sukarno lewat puisinya yang aku pun tak ingat judulnya.)

Sorrilah geng. Hari ni jiwaku panas baran tengok gelagat polis. Hatiku kini meledak marah dan ia benar-benar bengkek! Ayatku dah tak tersusun baku dengan jalan tatabahasa yang fasih, wazih!

Cuma yang merawat duka laraku saat sang polis ini berbuat dajal terhadap diri ini adalah kelibat amoi-amoi pemberita serta beberapa kelibat 'aweks cool' dalam kalangan pemberita!

Fuh! Lega sikit bila dah mengarang buah fikiranku di sini. Esok aku cuba lagi kalau nasib aku kali ini baik - bolehlah lepaskan ayat k.o, untuk bagi buah penamat, melipat kata-kata kat polis tu.

Adios! Terima kasih kerana membaca catatan luka parahku di sini - 10:08 p.m, SPKB, Restoren Mamak, Jalan Haji Yahya Syeikh Ahmad.

###############################

17 Safar | 2 Feb. (Selasa)
Sejak ketiadaan Celcom Broadband, hidupku jadi susah tanpa internet. Aku kena beli broadband juga kalau macam ni. Rosak segala usahakan kalau macam ni.

Sms Amir M'kini, ayahnya imam Masjid Jamek Kg. Baru. "Ayah aku cakap, pustaka masjid dah ada dah," katanya. "Tak apa, nanti aku tanya dia balik."

Ketika Cinta Bertasbih 2 (KCB 2) Part 10/12


Aku pi ke UM, sebab bila aku pi mahkamah tadi, aku tak boleh update story. Di UM ada wireless dan boleh up story. Jadi, aku 'berkampung' di sini sahaja.

###############################

16 Safar | 1 Feb. (Isnin)
Masuk opis walaupun hari ni cuti Hari Wilayah. Aku hairan kenapa tiada orang menyedari bahawa sebenarnya, Wilayah Persekutuan itu diwujudkan demi kepentingan survival politik Umno?

Kena banyak lagi penjelasan yang harus disampaikan kepada umat ini. Tetapi, adakah memadai dengan penulisan saja. Aku kena lebih banyak 'reach-out'. Ish, reach out ke outreach yang tepatnya?

Aku keluar ke KFC, maka-makan dan belanja seorang teman dekat KFC OTK. Then, keluar ke UM. Rupa-rupanya, sidang media PRK itu dibatalkan. Kini, aku sedang menulis di Api UM.

Dapat sms ucapan tahniah kerana story aku mencecah hits 300++. Di sini juga, aku lihat pelajar di sini buat tayangan amal pada (tak ingat tarikhnya). Filem 'Ketika Cinta Bertasbih (2)', RM2.

Ketika Cinta Bertasbih 2 (KCB 2) Part 9/12


Rupa-rupanya, depa pun terkena penangan KCB. Tapi, yang kuheran, apasal depa terus lompat ke KCB 2? Apasal tak dimulakan dengan KCB 1? Depa ni, ada yang dok usha-usha blog aku ker?

"Tak tahu," seorang muslimat ringkas menjawab soalanku. Mereka ini bagi tahu aku, NTV7 dah balik, kerana sidang media batal. "Orang luar pun boleh datang tengok KCB juga. Datanglah."

Agak aktif kegiatan mahasiswa di sini. Kebetulan mesyuarat Permadah berlangsung; memilih saf kepimpinan yang baru. Di sini, aku berkenalan dengan dua tiga kerat pimpinan Persada.

Lalu, mereka bercerita mengenai beberapa perkara yang berlaku, khasnya berhubung kepungan di pejabat NC pada malam itu. Fuh! Banyak betul kalau nak diceritakan semuanya.

Pustaka Masjid & Perisytiharan SPKB (Cawangan UM - di PM API)
Tetapi, itu semua tidak penting. Yang penting adalah ada rak buku di bilik kegiatan di Persatuan Mahasiswa Akademi Pengajian Islam di sini. Rekabentuknya seperti 'pigeon hall', kata mak aku.

Rak-rak yang ringkas ini menyebabkan aku naik semangat semula. Aku cuma tiada tenaga yang banyak untuk mematangkan idea, pemikiran dan tindakan aku ini.

Di mana aku nak cari rak-rak buku macam ni untuk kusumbat ke dalam Masjid Jamek Kg Baru? Tadi, aku terbaca kiriman mel-e daripada Baca@LRT. Mungkinkah tenaga anak muda ini boleh aku manfaatkan? Mereka akan bergerak 20 Februari ini. Ish, nak ikut ker tak ni?

Merenung timbunan bebuku yang terbaring dan tersusun di rak Persatuan Mahasiswa Akademi Pengajian Islam, (PM API) maka adalah dengan ini, dengan kuasa yang aku sendiri anugerahkan kepada diri ini, maka, diisytiharkan bahawa:-

SPKB caw. UM mula beroperasi di PM API sejak 2 petang ini. Sekian, terima kasih.


###############################

15 Safar | 31 Jan. (Ahad)
Abah telah tiba di LCCT dari Syria. Sekarang musim salji rupanya. Ia terletak di wilayah empat musim.

"Abah tak bawak baju sejuk, teruk juga di sana," katanya. "Jam 6 petang ni naik flight ke Alor Setar."

Abah sudah seminggu di sana, mengikuti orang-orang kanan di Maahad Dehrang, Kedah.

Aku bank-in duit 'petty-cash' dalam akaun bank. Bersidai di kedai mamak bertemankan leptop, sempat melihat jumlah hit mencecah 270+ untuk story yang aku buat semalam dengan bantuan Wireless KL.

Aku berazam dan yakin bahawa dengan kekuatan dan teknologi kami yang serba kekurangan ini kami masih mampu bersaing dengan gergasi media lain, asalkan ada ruang kebebasan berkarya.


Ketika Cinta Bertasbih 2 (KCB 2) Part 8/12


Balik semula, menonton Casablanca. Di TV3 ada filem Melayu purba. Tapi, Casablanca lebih kaw. Rasanya aku kena jadi macam Rick of Casablanca juga. Jadi telah bertambah koleksi 'hero' dalam hidupku kini. Mereka antara watak 'pejuang' yang boleh kutiru 'sunnah' perjuangan mereka ini.

Rick berjuang melawan Fasis di Sepanyol. Dalam diam-diam kapitalis pemilik bar ini juga sudah menghantar senjata api ke Ethophia. Ish, kerja-kerja jahat ni. Kena buat 'home-work' sket ni.

Filem-filem yang memberi ilham melawan dalam simpanan aku sekarang --- Rwanda, Schindler List dan akhir sekali Casablanca. Mungkin ada orang kutuk filem ini sebagai pro Yahudi, tapi tak apa. Aku cuma sekadar fokus mengenai cara kapitalis ini bertindak dan berjuang.

Lewat filem ini, aku berkenalan dengan lagu As Time Goes By... saksikang dan dengarkang...

Casablanca (1942) ... As Time Goes By ... Ingrid Bergman, Humphrey Bogart, Frank Sinatra sings


Nama heroin filem ini Ingrid Bergman. Aku rasa dan campuran dan sentuhan darah Yahudi juga di dalam tubuhnya. Ini perhitunganku berasarkan namanya - Bergman. Kalau salah, harap maaf.

Bagi mengatasi kebosanan, aku keluar ke Burger King, KLCC untuk update semula story. Ini saja tempat yang ada internet setelah broadband Celcom telah dipulangkan kepada big boss.

Di rumah, talian internet kena potong. Maka, agak susah sikit nak up bahan, story kat rumah. Di sini juga, aku terima sms Mr Z DBP dan call daripada Alo.

Tetiba, aku baru dapat suatu ilham baru untuk kemaskinikan cara bekerja. Mungkin kena syura semula dengan wartawan-wartawan. Kalau mereka setuju, maka kaedah ini mungkin efektif. La ni, aku sendiri tenggelam punca mengenai bidang tugas dan tempoh hari bekerja.

Currently have 0 comments: