Urusan pengiklanan, sms 014-3233287 @ mel-e ibnuamir@yahoo.com, subjek: Iklan Karya Fansuri
Latest News

8 - 14 Safar | 24 - 30 Jan. (Ahad - Sabtu)

Saturday, January 23, 2010 , Posted by nota untuk Syiah at 7:53 PM

14 Safar | 30 Jan. (Sabtu)

Sepatutnya, hari ini aku ke Seminar Pemikiran Hasan al-Banna di Bangi. Tetapi, tak dapat kerana urusan di pejabat nampaknya lebih perlu diutamakan. Sorry Zal.

Masuk opis, buat keja sikit. Big boss minta pulangkan broadband Celcom. Aku serahkan dalam keadaan tidak sempurna. Penutup hilang. Mujur bos gelak saja. Tapi, hal itu membuatkan aku terfikir sesuatu dalam arah lain pula.

Apa akan jadi, jika iman (kepercayaan) yang Tuhan beri kepada kita, tidak kita pulangkan dalam keadaan yang sempurna. Sejak awal kewujudan Adam a.s, malaikat membangkitkan pertanyaan apakah manusia itu layak menjadi khalifah ketimbang diri mereka sendiri?

Iblis apatah lagi. Dia rasa, dia paling layak jadi khalifah disebabkan egonya. Malaikat tak percaya (tidak beriman) Adam dan keturunannya mampu menjadi khalifah disebabkan pengetahuannya yang terbatas. Kedua-duanya (Iblis dan Malaikat) menolak, tapi sebab penolakan itu berbeza.

Aku tidak berhasrat merosakkan fikiran kalian dengan hal-hal berat. Maka, redakan ketegangan dengan menonton Ketika Cinta Bertasbih II seperti yang tertera di bawah ini...

Ketika Cinta Bertasbih 2 (KCB 2) part 7/12


Sebelum keluar opis, daku kemaskinikan sikit laman Detik Daily, isu student. Lama sungguh tak kemaskinikan laman ini. Lagi pun, budak-budak universiti ini perlukan pertolongan juga.

Sebelum balik, aku bersidai kat kedai mamak di bawah tu. Tiba-tiba Najib SK datang. Laku kami bergebang. Kebanyakannya melibatkan isu-isu dalaman parti dan masalah paper. Rahsia sulit!

#######################

13 Safar | 29 Jan. (Jumaat)
Pagi-pagi lagi, aku dah ke mahkamah Jalan Duta. Buat story Tian Chua. Kemudian, seorang mamat di opis aku datang teman daku makan-makan. Ringkas cerita, dia pun anak muda Paksi juga.

Serta-merta, aku rasa ini peluang baik. Tapi, rancangan ini rahsia sulit. Moga berhasil hendaknya, segala yang aku rencanakan ini.

Jumaat di Masjid Wilayah Persekutuan, Jalan Duta. Khutbah hambar, puji sultan dan berdoa ke atas sultan sana-sini. Doakan kesihatan mereka sahaja, umat tidak doakan agar mereka sentiasa memerintah kita dengan penuh keadilan.

Aku rasa, khutbah perlu menyentuh isu-isu setempat sebanyak 70 peratus dan baki 30 peratus lagi mengupas isu-isu nasional. Kita wajib solat Jumaat itu sebab ada khutbah yang merumuskan perkembangan umat setempat sepanjang tempoh seminggu itu.

Ketika Cinta Bertasbih 2 (KCB 2) Part 6/12


Khatib tidak berkhutbah dan mengarang daripada hatinya sendiri. Maka, beberapa kalimat yang dipertuturkan itu tidak benar-benar menambat hati hadirin.

Ke UM tadi, hujan lebat, terperangkap dalam ribut taufan yang melanda ibu kota. Pejabat masih 'mobile', aku bergerak ke mana-mana. Jumpa mana-mana tempat, duduk sekejap lalu up story.

Hari ini, aku rasa paling best dan bahagia, sebab story-story yang aku up, dah berhasil melawan kepantasan M'siakini. Ada kekuatan rupanya kami. Cuma. perlu digilap dengan lebih baik lagi.

Berita EP mengenai UM termasuk FRU masuk UKM dan 2 mahasiswa ditahan lebih awal masuk ke internet berbanding laman web di Sekolah Pemikiran Jalan Kemuja, Bangsar. Syukur ...

Godaman internet
Menggodam internet malam ini, lalu aku terpandang namaku tertera sebagai penonton Jeritan Kuntilanak. Ayuh ke --- http://www.cinema.com.my/contests/contest_result.aspx?cid=96

Seorang rakan bercadang nak jual seluar Levis dari USA. Entah hal ini membuahkan hasil atau x, tak tahulah aku. Namun, di bawah ini adalah laman-laman yang boleh kalian rujuk jika berminat.

1. http://s785.photobucket.com/albums/yy140/FarhansClothing/LSJeans/?start=all

2. http://s785.photobucket.com/albums/yy140/FarhansClothing/Levis%20Special%20Edition/

3. http://s785.photobucket.com/albums/yy140/FarhansClothing/WOMENS%20LEVIS%202010/?action=view&current=Scan_Pic0033.jpg

Sekianlah adanya cerita-cerita untuk dimuhasabah secara munasabah.

#######################

12 Safar | 28 Jan. (Khamis)
Hari ini, hidup merempat, 'pejabat' aku berpindah-pindah dengan sebab pilihan raya kampus (prk) hari ini. Call Upsi dan beberapa kenalan. Hairan, ke mana hilangnya 'sengatan' Upsi yang lalu?

Dulu, Din tu sampai siap chat, mel-e dan sms aku kalau ada yang pelik, ganjil-ganjil berlaku. Rupanya, generasi lama sudah ngajar, tempoh praktikal mengajar di sekolah-sekolah. Owh, baru aku faham.

Hantar bahan nota kuliah Paksi ke akhbar di Jalan Pahang Barat. Aku sentuh isu Paksi semalam, termasuk beberapa cadangan mereka yang bernas. Paling aku puas hati, Ustaz Shazily bercakap mengenai isu 'mengulamakkan artis dan mengartiskan ulamak' yang aku bangkitkan dahulu.

Ketika Cinta Bertasbih 2 (KCB 2) Part 5/12


Ini bermaksud, sudah ada tiga orang yang menyentuhnya secara jelas - Alo, Zura di FB, dan Ust Shazily sendiri. Sama ada mereka setuju atau pun tidak, itu hal nombor dua. Yang penting, ialah pengikut kepada ruangan sastera ini sentiasa ada.

Ruangan siswa yang aku 'fight' dulu di Hrkh Daily dan edisi cetak dah lumpuh atau dilumpuhkan. Suatu 'kemujuran' juga, adanya Varsiti di Berita Harian.

Zaman aku dulu, jangan haraplah. Nak menulis pun kena mintak izin. Nak bagi kenyataan sudah kena heret ke HEP. Huh! Sekarang nasib mereka makin baik. Ada sudut pidato. Datuk Saifuddin nampaknya lebih banyak buka ruang kepada mereka.

Khaled Nordin tu memang tak boleh nak buat apa dah.
Biaq pi kat dia la! Tak dapat nak buat apa agaknya. Semoga aku tersilap ketika menaip bait-bait mengenai beliau ini.

Al-Hikam Ibnu Athoillah
Malam ini, dah 'settle' bank-in cek. News-news aku sudah up di surau indah yang aku fikir sesuai dibina pustaka surau di sini. Surau ini membawa memori indah saat belajar di Maktab Mahmud.

Ya Allah, meremangnya bulu roma aku bila mengenangkan betapa indahnya saat itu ketika daku masih remaja, berjalan kaki, berminat dengan kesufian, mengikut kuliah pengajian Ustz Ali yang mengajar kitab Al-Hikam Ibnu Athoillah di Masjid Akar Peluru dan Masjid Al-Ghufran.

Sebab itu, filem Ketika Cinta Bertasbih sangat dekat, amat akrab di hati aku, kerana termuatlah di dalamnya dialog-dialog yang mempopularkan kitab tersebut. Ya Tuhan...air mataku tumpah...

Bila aku perhatikan anak-anak muda ini membaca al-Qur'an tepi tangga surau, aku telah melihat wajahku sendiri dalam batang tubuh mereka. Semua kenangan itu tak akan pernah pudar, masih tetap akan basah selamanya dalam ingatan yang bersemadi, menyatu dalam jiwa dan darahku.

Ya Tuhan, beri daku usia panjang. Beri kami kesempatan dan kekuatan. Daku akan datang lagi untuk bina jaringan baru dengan insan-insan pondok yang lama kuperhatikan mereka di daerah ini. Mungkin, tenaga mereka ini boleh aku manfaatkan. Ameen...

#######################

11 Safar | 27 Jan. (Rabu)
Rupanya cek semalam tertendang, sebab kurang lengkap. Tiada tandatangan. Jadi, dalam beberapa jam juga aku terpaksa korban masa untuk selesaikan masalah cek aku dan cek teman-teman.

Ya hari ni mereka bz lagi untuk paper. Jadi banyaklah news yang kugodam sendiri. Banyak masa perlu dikorbankan untuk paper.

Petang. Ketika bermotor ke Domolite untuk ambik cek baru, Za call. Dia bertanya jika aku akan ikut beberapa acara hujung-hujung minggu. Aku mengiyakan jika tiada aral melintang. Balik dari Domolite, hati digerakkan ke Yadim. Apatah lagi, malam nanti ada syura Paksi. Aku perlu sedia!

Baru aku tahu Yadim terletak agak tercorot di bawah Restoren Barakah. Di sini, aku berkenalan dengan WiFi baru yang percuma! Lega rasanya. Sempat up story di sini.

Ketika Cinta Bertasbih 2 (KCB 2) Part 4/12



Malam. Aku tersesat sehingga ke Selayang di dalam perjalananku ke Taman Sri Gombak ketika mahu hadir mesyuarat Paksi. Bertemu Dinsman, Kassim Muhammad, Puan Ainon Mohd, Razali Endun dan Rozan. Dalam mesyuarat, aku banyak diam sahaja mengutip bicara mereka.

Tiba giliranku bercakap, setelah dipersilakan Dinsman, maka aku pun bercakap mengenai hasrat aku yang mahu mengendalikan laman sesawang Paksi itu.

Bila dah buka mulut, pecahlah cerita-cerita lama. Yang paling banyak menjadi tumpuan, ialah hal Sekolah Pemikiran Kg Baru. Pn Ainon pun cakap, itulah juga konsep Universiti PTS.

"Ali, bagitahu S. M Zakir, yang saya jemput dia jadi editor sastera untuk Era Pakatan," kata Puan Ainon kepadaku. Aku catat dalam catatanku. Mungkin awal Februari ini ketika ada keraian di Rumah Pena, bolehlah aku bincangkan hal itu dengan S.M Zakir.

Pertemuan pertama bersama Paksi ini menyebabkan aku sudah ada beberapa rumusan. Paksi sebenarnya sudah ada 'kawasan pemerintahan' mereka sendiri. Mereka telah ada area Parlimen mereka secara tidak mereka sedari. Dan, inilah yang kugabungkan dalam tulisanku sebelum ini.

Mungkin, mereka sendiri tidak sedar bahawa yang mereka sedang lakukan ini, jika dilaksanakan penuh iltizam dan istiqamah, ia menuai hasil pulangan yang sangat lumayan untuk anak bangsa!

#######################

10 Safar | 26 Jan. (Selasa)
Pagi ni aku dapat cek. Syukur. Sudah capai hal yang dibangkitkan sebelum ini. Hal EPF selesai. Kini timbul hal baru.

"Kau kena daftar Socso pulak lepas ni," kata bos. EPF dan settle hanya Socso saja yang aku belum selesaikan.

NY of BH call. Dia sedikit terkejut dengan perkembanganku yang terbaru. Menyunting berita jer mutakhir ini. Dalam hari ini, aku baru sedar suatu perkara. Musuh dan seteru kami ialah M'kini.

Memula M 'marah'. Belum sempat dia mahu godam story tup-tup news yang dia nak buat tu dah tersiar dekat M'kini. Aku senyum, gelak saja. Tiba-tiba, petang ni giliran aku pulak jadi 'hangin'.

Ketika Cinta Bertasbih 2 (KCB 2) Part 3/12


"Tu laa.." kata Jie, menegurku. "Kita memang kena cepat up story."

Petang ni juga aku pidato depan depa, "Bahawa dengan sesungguhnya 'musuh', 'seteru' kita kini ialah M'siakini," demikianlah bunyi Perisytiharan Sentul dipetik sebagai berkata.

Malam. Bertemu bos di JPB. Timbul isu anaknya, lepasan SPM mahu ke mana? Aku fikir, boleh dilatih untuk penulisan kreatif dengan menjadi pengendali laman sesawang Paksi.

Di Haslam, terbangkit isu meningkatkan kualiti pemberitaan lidah rasmi republika berkebajikan. Sekali lagi aku ceritakan pengalamanku bekerja di M'kini. Pulang ke SPKB, aku pun terfikir - ada satu kaedah lain untuk menandingi kadar kecepatan dan kepantasan akhbar maya itu.

Strategi ini rahsia dan aku akan bincangkan dengan kedua-dua wartawanku esok, insya Allah!

#######################

9 Safar | 25 Jan. (Isnin)
Kuar pi UM. Penamaan calon prk bermula. Up news saat berbual dengan Shafie, ProM UM. Kebanyakan mereka terpaksa ponteng kuliah ke'bz'an dengan hari penamaan calon.

Keluarkan duit dari Bank Islam. Bayar kad kredit adik. Sekarang, aku dah tahu cara-cara mudah membayar kad kredit. Tapi mana satu kad kredit yang paling baik menurut jalan fikiran hangpa?

Shafie dah hantar memorandum di Suhakam tadi. Daku tak sempat mengejar mereka ke sana ke sini. Usia dah makin bertambah, tanggungjawab makin berat. Tapi perjuangan tetap diteruskan!

Ketika Cinta Bertasbih 2 (KCB 2) Part 2/12


Akhirnya, aku melabuhkan opis SPKB di KFC Jalan Raja Laut, sempat update beberapa story. Di sini, kutemui ketenangan mengarang story. Masalahnya cuma air-cond terlalu dingin dan aweks cool petang tadi yang mengajakku berbual. Tapi, aku tetap 'macho' sambil menggodam leptopku.

Maghrib tadi, bertemu Zahir, 'orang kuat' PUM. Antara resolusi, membina pustaka masjid dekat Wangsa Maju, ngaji Diploma Eksekutif Usuluddin guna memantapkan dan mematangkan fikiran daku mengenai aliran-aliran aqidah dan fahaman kepercayaan dalam ilmu kalam.

Aku benar-benar terasa kosong dan miskin ilmu apabila berbual mengenai hal-hal yang banyak aku tidak tahu. Aku tidak faham, kenapakah ramai sangat orang yang berlagak sombong dengan ilmu kepandaian yang mereka tuntut selama ini di universiti, kuliah dan pondok-pondok?

Semoga Tuhan akan menjauhkan aku daripada sikap sombong dan berlagak sebegini. Ameen...

#######################

8 Safar | 24 Jan. (Ahad)
Tengah hari. Aku pegi Restoren Amjal, ada temujanji dengan Dr W. Berbual tentang hal laman sesawang Paksi yang nak usahakan oleh GME. Ahem! Ahem!

Tiba-tiba, Anbakri call. Terkeluar cerita Nik Abduh, Ariffahmi 'bergabung' dan akhirnya jatuhlah bekas setiausaha TGNA itu. Cah keting! Dr W itu nak highlight cerita rakannya itu dijatuhkan. Anbakri rasa tak best sebab hal itu akan jatuhkan TGNA secara tak langsung.

Abah call dan aku akhirnya berangkat ke LCCT petang ini. Dia dan rakan-rakannya di Dehrang nak pi Syria jam 10 malam. Pergi ke Dubai dulu katanya. Di lapangan terbang ni sempatlah daku update story. Huh! Lega betul. Tak buang waktu dah la ni. Terima kasih kerajaan BN! He... he...

Ketika Cinta Bertasbih 2 (kcb 2) part 1/12

Currently have 1 comments:

  1. razi says:

    nice info