Urusan pengiklanan, sms 014-3233287 @ mel-e ibnuamir@yahoo.com, subjek: Iklan Karya Fansuri
Latest News

1 - 7 Safar | 17 - 23 Jan. (Ahad - Sabtu)

Saturday, January 16, 2010 , Posted by nota untuk Syiah at 10:22 PM

7 Safar | 23 Jan. (Sabtu)

Pagi ini aku bangun dan tetiba sms Hilman sudah menyelinap masuk ke telefon bimbitku menyatakan mereka akan berdemo di Dataran Merdeka. Aku kena update story, tak dapat nak pi.

Dengan Celcom broadband yang aku dapat kelmarin, kerja aku menjadi lebih mudah, mengemaskini bahan di SPKB.

Petang. Aku pi Mid Valley, M tak dapat ikut. Lapang juga. Dapat seat tengah-kiri kanan tak ada sapa duduk. Memang best tengok Merantau Warrior (Ong Bak versi Melayu) kali ini. Sepanjang pengalaman, hari ini yang paling best tengok movie.

MERANTAU WARRIOR (TRAILER)


'Update news' di Restoren Esfan dekat Mid Valley. Di situ boleh tangkap banyak wifi, tapi semua ada password. Ngantuk sungguh. Nak buat kerja-kerja baik ni, memang banyak syaitan kacau.

Sapa kata hari cuti takda news masuk? Ada saja kenyataan media yang aku kena update. Pulang ke rumah, layan The Legend Of Zorro; melawan Freemason. Aku rasa ini true story. Aku mudah belajar dengan bantuan alat pandang dengar berbanding bacaan yang menyebabkan kantuks!

Dua kali kot daku sms, tanya student ni, bilakah mereka dibebaskan? Akhirnya Hilman pun sms, - pada jam 12:20 pagi Ahad (dinihari), baru mereka dibebaskan daripada IPD Dang Wangi.

#######################

6 Safar | 22 Jan. (Jumaat)
Sibuk kerja macam biasa. Kat sini, ada syarikat jual beli kereta terpakai. Aku mula angan-angan, nak beli kereta kat sini. Itu pun, kalau dah cukup modallah.

Petang. Aku minta Celcom Broadband. Aku dapat akhirnya, senang nak up story di mana-mana nanti. Aku pun bawa M ke Mid Valley, aku perturunkan cara-cara hidup seperti kapitalis.

Bawa ke Burger King, ambil MalaysianToday, tengok iklan movie free. Itu belum lagi masuk cara melihat turun naik emas, tengok turun naik mata wang asing.

Aku teringat bagaimana Samad Ismail dilatih dibawa ke rumah kupu-kupu malam, diajak untuk minum-minum, menari dan hisap rokok. Aku teringat catatan Pak Said Zahari mengenai Mazlan
Nordin mengajarnya cara 'curi masa'.

Tetapi aku tak fikir nak bentuk dan mencetak orang-orang menuju ke arah itu. Cukuplah apabila Pak Samad Ismail cakap aku 'pondan', hanya kerana aku tak hisap rokok.

Jangan bersikap bodoh sombong
Benci betul aku tengok wartawan bangang, bodoh sombong-berlagak nak jadi macam Pak Samad kununnya, tetapi 'out-put' dalam penulisannya tak memberangsangkan sangat pun.

"Hang tak merokok," kata rakan di Jln Pahang Barat dulu, "Pasai tu tulisan hang tak baguih."

Aku rasa macam nak jerkah balik jaa, "Tulisan hang tu apa kelas? Hang hisap rokok pun, mana ada tulisan hang baguih sangat pun."

Ini suatu peringatan. Dalam apa keadaan, jangan 'sembang deraih', 'sembang kemaih' kecualilah dengan niat melawak dan gurauan. Aku tak percaya rokok itu yang meningkatkan kualiti fikiran, melainkan pembacaan kena meluas juga.

Pak Samad itu lahir sebagai wartawan berbakat dengan sebab luas pembacaannya, merokok itu hobi dia saja. Maka, wartawan jahil murakab a.k.a bodoh sombong a.k.a bangang takbur hari ini, menganggap bahawa rokok itulah sumber kebijaksanaan dalam berkarya.

Maaf, ayat di sini nampak kasar. Ini kerana, saya kerap berdepan dengan wartawan macam ini. Benci betul aku tengok cara fikir yang salah. Dah lah tu, ego pulak dengan kesilapannya. Semoga Allah selalu melindungi aku daripada sikap-sikap jelek yang aku tak suka ini, ameen...

Carriers macam H1N1?
Lepas Maghrib, kami tiba ke tempat tujuan. Berjaya 'redeem' Carriers untuk malam ini dan esok petang pula untuk Merantau Warrrior.

'Carriers' Trailer HD


Tamat tayangan, kami balik, singgah makan kat rumah pangsa Abdullah Hukum. Di situlah daku mula pasang angan-angan nak beli rumah baru, tempat SPKB beroperasi kelak. Juga, terpasang mimpi baru - membina pustaka Masjid Jamek Kg Baru, sekali gus jadi opis SPKB yang baharu.

"Dalam Detik Daily tu, saya nampak Sekolah Pemikiran Kg Baru, apa sebenarnya tu?" tanya si M, membuka bualan baharu. Aku pun ceritalah semua benda daripada A - Z.

"Ramai orang ingat, ada sekolah betul-betul di situ," kataku lagi.

"Ya... betul, saya pun ingatkan sekolah. Sejak 2005 lagi, saya cuba cari siapa dia lulusan SPKB tu," kata rakanku itu. Aku geli perut. Fuh! Banyak betul persoalan yang bersarang di kepalanya. Nak tulis semua pertanyaan yang dia bentangkan, aku rasa banyak sangat. Aku noktahkan saja di sini dulu ya? Kalau ada pertanyaan lagi, aku cuba menjawabnya sebaik mungkin. Titik!

#######################

5 Safar | 21 Jan. (Khamis)
Lega, dapat langsaikan hutang motor kos selenggaraan motor. Aku ke KWSP pagi tadi, akhirnya aku berjaya menjadi majikan atau dalam bahasa klasiknya; kaum pemodal atau kapitalis.

Baru saja dapat cop rasmi syarikat, lalu aku cop semua borang pendaftaran majikan itu dengan penuh bergaya. Fuh!

Bolehlah bantu rakan-rakanku dan akan aku tekan mereka ini sampai dapat rumah, kereta dan motor sendiri, insya Allah.

Siang jadi kapitalis, malam menjadi sosialis. Petang menjadi sunni, dinihari menjadi syi'ie, he he...

Mak call menyatakan abah akan ke Syria Ahad ini. Imran pula sms-bonus dia masuk esok dalam akaunku. Semoga akaun ini akan selalu aktif dengan aliran keluar masuk wang.

Ketika Cinta Bertasbih



Mr Dinsman sms, mesyuarat Paksi di pejabat pakcik Razali 27 Januari depan. Aku akan pi insya Allah. Dalam kepalaku telah ada timbunan agenda yang boleh kulontarkan dalam mesyuarat itu.

Di Pusat Sumber Fakulti Sastera UM, aku sunting news. Tetapi, line internet macam chipsmore, sekejap ada, sekejap hilang bagaikan enjin pesawat F-5E, mayat Altantuya, dan lain yang pernah hilang sebelum ini.

Aku bersyukur, di pusat sumber itu, aku jumpa kenalan baru yang rupa-rupanya pelajar kaksu. Kami bertukar maklumat, kalau-kalau boleh bertukar-tukar pandangan mengenai pengajian.

Akhirnya, aku ke Blok A, Kejuruteraan Perubatan. Dr Irwan tiada. Daku tinggalkan nota yang di dalamnya termuat hasratku untuk mengendalikan laman sesawang Paksi. Di bawah nota itu, aku gunakan juga cop rasmi syarikat. Barulah nampak 'kemaih' dan penuh bergaya sikit. He... he...

Bahan sastera kuhantar lewat sikit. Alahai, bateri hp ni pula 'weak'. Kepada sesiapa yang telefon diri ini, maka ketahuilah bahawa seharian ini, aku terperangkap di UM dan bateri hp aku 'weak'.

#######################

4 Safar | 20 Jan. (Rabu)
Hari ini, kununnya nak ke KWSP untuk 'settle' hal pemotongan gaji bulanan rakan-rakan. Aku ralit dengan news. Ia ditunda.

Teringat cop rasmi GME yang kubuat semalam. Alhamdulillah, selesai. Esok pagi, mungkin boleh settle terus.

Hari ini, menekuni news sahaja. Membosankan. 'Debat' dengan Jie, kalau-kalau dia boleh wawancara Puan Ainon. Aku pun baru selesai emel beliau.

Timbul beberapa isu - adakah ahli perniagaan tiada masalah untuk diwawancara di akhbar milik pembangkang? Adakah benar telahan bahawa bila ada ruangan artis, maka jualan, rating akhbar itu merosot? Jawapan terhadap hal itu telah kudapat setelah berbual dengan M.

"Contohnya MStar. Bila Manimaran keluaran, web jatuh. Nak harapkan berita hiburan, tidak boleh sangat," katanya. Jadi, kesimpulannya, bukan salah artis. Penghijrahan pengamal media tu sendiri adalah punca kepada jatuh bangunnya sesebuah akhbar itu.

Ketika borak-borak ini, aku terfikir nak bantu member agar mereka ada aset; motor dan rumah. Kalau boleh, aku nak bangkitkan isu 'petty cash'. Hidup Republika Berkebajikan!

Banyak betul debat-debat tentang falsafah pemikiran dan pekerjaan dalam kewartawanan ni. Di sini, ada saja idea nak buat buku dalam kreatif, tapi masalahnya - aku sendiri yang tiada disiplin!

Sebuah kumpulan siswa, Bantah telah pun menyokong Saifuddin Abdullah berhubung isu jangan perlekehkan mahasiswa. Aku merenung balik kenyataan brader Saifuddin ni. Dia sebut Parlimen Mahasiswa. Ertiya, dia tak lupa hal yang aku sebut masa pekena teh tarik di NZ Garden tu.

Tapi, malam tu aku pi tak lama. Tak sempat minum pun. Lepas bual sikit-sikit dengan dia, terus aku balik, sebab nak tengok Sherlock Holmes di Damansara. He... he... Rasanya, boleh saja kalau nak kirim proposal mengenai hal itu. Tinggal lagi satu masalah - tiada disiplin mengarang! Urgh!

Petang. Aku sunting story M. Kisah Pastor Australia yang bantah nama Allah digunakan dalam Kristian. Aku dapatkan namanya dan terus invite dia dalam FB. Tak lama selepas itu kami chat.

"Saya bukan priest dan paderi," katanya. "Saya cuma pastor; macam imam masjid dan surau saja."

Jadilah, kataku. Boleh jadi rakan berbincang hal agama. Dia asli Malaysia dan kini berada di luar negara. Akhirnya, kami berbual mengenai hal yang agak mendalam. Rahsia sulit!

Malam. M bertanya tentang Shirzad Lifeboat. Dia minat Lifeboat. Aku dah janji dengan Shirzad di Waterfront Ampang dekat Starbuck dulu yang aku tak akan mendedahkan identitinya.

Dia tak suka dikenali dan tak suka jumpa orang. Mungkin nak jaga masanya mengarang. Jadi, malam itu, kiranya, aku dapat penghormatan kerana dia ajak aku bertemunya di Ampang.

Ya, bab ini yang susah aku jawab. Masa tengah makan sambil menonton Buletin Utama, M tanya, kenapa Alo sudah jarang menulis di Harakah. Daku pun tak sempat baca. Harakah ke Harakah Daily?

Tapi, aku cerita juga - pertamanya mungkin 'password' di laman sesawang itu. Ini alasan yang bos sendiri cakap kat aku masa dia sakit dulu.

"Eh! Mustahil sebab password," balas M. "Bukankah dia yang jaga web tu?"

Aduh! Apa aku nak jawab? Malas nak berhelah dan berdalih lagi. Sekarang ni zaman kita cakap benar saja.

"ZS dan CP 'hijack' dia secara bersih dan terhormat," begitu kataku sambil bercerita mengenai bagaimana kuasa-kuasa Alo dilucutkan.

M angguk dan mula faham sikit walaupun dia 'blur' dengan politik lidah rasmi akhbar berkebajikan, politik 'cah keting' parti berkebajikan dan amalan cantas dalam Republika Berkebajikan.

"Sayanglah," kata bekas wartawan Utusan itu, "Dia punya kupasan politik tu ada sengatan bisanya. Kita dok follow dia."

Menonton Buletin Utama tentang kes rasuah seks, kes 34 penjawat awam dan jumlah rasuah keseluruhan bernilai RM280 ribu, maka aku tertanya-tanya, adakah Dato' Shukri ini, orang nombor dua dalam SPRM yang sudah beri taklimat tertutup kepada VVIP di Selangor baru-baru ini?

Kalau betul si dia ini perlukan ruang, aku boleh usahakan kalau dia nakkan ruangan dalam EP. Tapi, dia nak ke, ruangan pendidikan anti-rasuah dalam akhbar pembangkang?

Payah-payah sangat, nantilah aku bagi dia kolum bila aku dah dapat 'green light' daripada Paksi dan Dr Irwan untuk kendalikan laman badan penggiat sastera berhaluan kiri itu. Itu pun jika dia mahu dan tidak kisah.

#######################

3 Safar | 19 Jan. (Selasa)
Masuk opis. Update banyak news juga ari ini. Ukt Atr call dari JPB call, "Ada cek masuk hari ini." Alhamdulillah!

Keluar semula untuk uruskan cop rasmi syarikat agar hal EPF kawan-kawanku boleh settle secepat-cepatnya. Aku tak mahu cerita derita lama ke atasku dahulu berulang lagi ke atas depa.

Pagi ini, Riz buka cerita tentang Dr Irwan e-sastera. Rupanya dia pun pernah buat buku dengan pensyarah kejuruteraan itu. Cantik... Inilah projek yang aku idamkan selama ini. Rahsia!

Protokol Yala - bina pustaka masjid, cari dana OIC atau World Bank untuk tubuhkan pustaka itu dan akhirnya bertindak seperti wira dalam Schindler List, Rwanda untuk selamatkan mereka.

Petang. Sebelum ke opis JPB, aku pergi buat cop rasmi pejabat untuk kegunaan pendaftaranku sebagai majikan. Kena RM23. Tapi, aku lupa bawak duit. Mujur dia boleh berkira dengan aku.

Di JPB, selesai ambil cek, aku sembang dengan Mr Mokh dan F mengenai rasuah. Orang nombor dua dalam SPRM buat pertemuan tertutup dengan VIP Selangor. Ia mencemaskan. Tiada siapa pun yang akan terlepas di bawah Akta SPRM, 2009 yang baru diluluskan di Parlimen.

Tapi F bantah juga. Yang terlepas jerung-jerung, ikan bilis juga yang kena tangkap, katanya. Aku dan F sudah berkira-kira untuk jadi pegawai SPRM untuk 'test power'.

Bank-in checque dekat Bank Islam. Makan koteaw kerang tepi Balai Polis Dang Wangi. Aku fikir balik, samada boleh atau tidak aku hubungi orang nomor dua dalam SPRM tu. Katanya, menurut Mr Mokh, dia tiada ruang untuk bangkitkan kesedaran orang-ramai berhubung rasuah ini.

Aku dah nampak jalan. Kalau boleh ada projek media aku, mungkin pegawai nomor dua ini boleh aku hubungi kelak, untuk sembang dan bincang-bincang mengenai pendidikan anti-rasuah.

Aku pergi Harakah dan tak sempat berbual dengan kaum ibu. Nampak Alo pun, tapi tegur sikit-sikit ja. Hidup ini dah terlalu singkat. Tapi, ada banyak hal yang perlu dilakukan. Jadi, aku terpaksa mengelak berbual dengan mereka.

Takut melarat-larat nanti. Jadi, maafkan daku wahai kaum ibu dan juga bos. Hamba dah ada tugasan baru. Nak sambung belajar, beli rumah, aset emas dan tanah, dan nak bebaskan Yala. Ini semua menuntut pengorbanan waktu yang bukan sikit.

Tadi, bertembung rakan yang asyik bertanya emas, tapi tak pernah beli-beli. Aku pesan, kalau asyik cakap, tidak terbeli emas tu. Entah masuk atau tidak kata-kataku tadi dalam fikirannya.

Mungkinkah ini yang dipanggil panjang angan-angan? Angan-angan tu tak bersalah. Tapi, jangan panjang sangat bercakap, tidak bertindak langsung, panjang angan-angan sampai tidak bertindak. Aku berlindung dengan Tuhan daripada panjang angan-angan.

Malam. Aku tengok Adnan Sempit di TGV, KLCC, dengan vaucer free yang aku dapat di Kelana Jaya hari tu di MIG. Memang lawak habis!



Sebenarnya, nak tengok awek-awek 'cool' berlakon dalam filem tu. Ia bukanlah membina sangat. Tetapi untuk sekadar melepas tension, seronok-seronok tu, bolehlah. Dijamin, tidak rugi tonton. Tapi, ada babak 'separa lucah'. Tak paham, kenapa LPF boleh luluskan. Ah! Boleh buat news nih!

#######################

2 Safar | 18 Jan. (Isnin)
Hari ini, sedikit senggang. Manfaatkan cuti untuk uruskan KWSP kawan-kawanku. Mulanya, aku pergi ke Kelana Jaya, ambil tiket redemption.

Tiba di LRT Kg Baru, terserempak dengan seseorang yang meragukan. Mungkinkah dia 'kaki pau'? Dia tanya aku kerja apa. Aku bohong, aku kata tak kerja.

Dia janji nak bagi aku kerja 'wiring'. Tapi, apasal nak bincang hal tawaran kerja tu dalam tandas? Tempat yang tersorok pulak tu? Aku ragu-ragu. Terus aku 'chow'. Perhatian kepada semua, aku dah terkena macam ni banyak kali.

Kalau kaki pau ajak hangpa pi tempat tersorok, terus tolak, buat tak reti. Tetapi, aku terfikir nak buat strategi. Depa perlu ditangkap kerana menimbul ketakutan, ancaman ke atas orang lain.

Terima sms tuan Dinsman. Dia kurang selesa dengan tulisanku yang terbaru. Aku sendiri rasa tak ‘best’. Memang malam tu, masa tengah kalut-kalut hantar bahan, aku sendiri pun rasa cincai saja bebahan tu kerana mengejar waktu menonton movie di Damansara. Maaf ya tuan Dinsman.

Ke KWSP, uruskan pemotongan EPF M dan Jie. Ingat boleh selesai hari ini. Kena tunda juga akhirnya. Brader yang serve aku tu, memang lawak cara dia bercakap. Aku nampak dia ni sama ada boleh jadi pelakon atau pelawak. Hati yang tertekan, boleh hilang 'tension'.

Ke Universiti Malaya – bincang dengan Kak Wan berhubung master. Hajat di hati nak jumpa Dr Abu tapi dia tak ada di bilik. Sempat aku lihat tesis pelajar Phd terbaik mengenai retorik. Dia kaji ucapan Dr M. Oh! Ya! Tq Kak Wan. Nasihat dan panduan Kak Wan benar-benar membantu.

Di APM, Fakulti Sastera, aku cari kat mana bilik Dr Irwan. Aku nak minta izin untuk kendalikan laman sesawang Paksi yang beliau kendalikan sebelum ini. Puas pusing-pusing tetapi tak berjaya juga jumpa beliau. Di APM, aku sempat edit dua news. Kilat sabung-menyabung. Tutup leptop.

Malam ni baru terima sms daripada Dr Hamidi. Dia kata boleh bawa proposal aku ke mel-e beliau. Ya aku rasa senang mendengarnya. Semoga berjayalah aku mendaftar kursus kelak.

Sepatutnya aku nak pi tengok anugerah Sastera Perdana. Tapi, tak jadi. Aku lihat Said Zahari menang bagi kategori biografi, autobiografi. Tahniah Pak Said! Layak dia menang, sebab karya-karyanya telah menyebabkan aku naik semangat melawan HEP suatu ketika dulu.

#######################

1 Safar | 17 Jan. (Ahad)
Aku masuk opis lagi. Aku keliru. Ingatkan daku kena 'deadline' paper. Rupa-rupanya semalam dah habis.

Jie dan Ida pun masuk opis jugak. Akhirnya, M beritahu yang 'deadline' EP edisi cetak sudah berakhir hampir Subuh tadi.

Jadi, boleh balik untuk menyiapkan kerja-kerja aku. Aku kirim emel juga kepada mereka untuk minta penjelasan berhubung kaedah pengurusan kerja di sini.

Jadi, boleh balik untuk siapkan kerja-kerjaku. Aku kirim emel juga kepada mereka untuk minta penjelasan berhubung kerja di sini. Sempat juga up beberapa story hari ini.

Petang. Seorang anak gadis remaja sangat ayu dan cantik. Usianya masih muda remaja, jauh lebih muda dari adik bongsuku. Bergetah! Demikian kata Presiden Sukarno yang dikenali sebagai ‘pencinta wanita’.

Aku pun berangan-angan –Aisyah menikah dengan nabi ketika dia masih anak-anak. Disebut dalam riwayat, bahawa nabi pernah berlawan lumba lari dengan Aisyah. Kali pertama, Aisyah menang, kali kedua nabi menang dalam perlumbaan lari itu. Itu ketika Aisyah masih anak-anak.

Hatiku berbunga. Aku jatuh cinta untuk pandang kali ke 1376. Apa salahnya jika kusunting yang masih remaja itu. Tetiba, adik lelakinya mengusik saat dia sedang makan. Lalu, dia menakutkan adiknya sambil menuding jari ke arahku, "Haa... Tengok PAKCIK tu... sat lagi dia marah..."

Pakcik!?? Cait! He... he... Tak pa, aku rasa sedar diri yang usiaku semakin meningkat. Maafkan abang, Megan Fox, abang curang kepadamu sayang...

Malam. Maghrib, abang Jalil di Kinrara call, minta aku datang. Hari tu, aku tak dapat datang, kerana motor aku rosak. Sampai di sana, sesat banyak kali juga. Hujan lagi! Dalam hati, rasa menyesal tidak sudah-sudah. Kesal tak putus-putus bertandang di jiwa, rungutan melimpah-limpah dan kesukaran berbakul-bakul mengundang sebak di dada.

Sebak sebakul bertimba-timba. Ujian apa yang hinggap di dada? Kata Karam Singh Walia, dalam Aduan Rakyat, "...terbakar kampung kelihatan asap, terbakar hati siapa yang tahu?"

Sebenarnya, pantun sebenarnya berbunyi begini - "Akar nibung meresap, akar keranji dalam perahu, terbakar kampung kelihatan asap, terbakar hati siapa yang tahu?" Anwar Ibrahim baca pantun ni dalam Perhimpunan Agung Umno, sebelum dia kena 'sacked from Umno by Mahathir'.

Tapi memandangkan penduduk situ diganggu gangster, masalah mereka lebih teruk daripadaku maka rasa kasihan menjalar dalam batinku. Apa salahnya jika aku bantu mereka?

Maka, adapun masalah-masalah mereka adalah seperti berikut:-

Pemaju menaikkan riba ke atas kos penyelenggaraan sesuka hati. Pemaju upah samseng untuk mengunci paip air. Paip air itu dikunci kerana mereka tak mampu bayar bil yang entah apa-apa.

Pemaju itu sebenarnya tiada hak mengunci air. Ini kerja Syabas, kalau bab nak kunci air. Sudah pun menjadi kepercayaan mereka bahawa pemaju PTC (Puchong Timur, dulu dikenali sebagai Puchong Teamwork.)

"Kalau ikut betul-betul perundangan pemaju kena hantar notis melalui mahkamah," kata Mr Muneer kepada kami semua. Antara wakil wartawan yang hadir ialah BH dan SH.

Penganut Hindu di sini tak merayakan Hari Ponggal. "Mahu raya bagaimana? Air pun tak da!" kata seorang ibu tunggal di sini, malam ini.

Aku jatuh cinta untuk pandang kali ke-1,377. Mujur aku datang juga, tak sia-sia aku datang malam ni. Meggie (panggilan manja Megan Fox), maaf sayang – abang telah menduakanmu...

Currently have 2 comments:

  1. Anonymous says:

    brader saifudin dah datang usm.usm akan jadi model parlimen mahasiswa utk sesi akan datang. mungkin itu adalah hasil cadangan enche ali?phew, shabbas inspektor shahab.nc mungkin akan kembang punggung kalau tau idea ini dtg dari alumni.hahaha

  1. eh ye ker? bila dia datang usm tuan anonymous? syukurlah kepada Allah s.w.t kalau model tu menjadi.

    cadangan itu untuk kebaikan semua. semoga semua orang mendapat manfaat daripada gagasan tersebut.

    salam kenal...