Urusan pengiklanan, sms 014-3233287 @ mel-e ibnuamir@yahoo.com, subjek: Iklan Karya Fansuri
Latest News

24 - 30 Muharram | 10 - 16 Jan. (Ahad - Sabtu)

Sunday, January 10, 2010 , Posted by nota untuk Syiah at 4:13 AM

30 Muharam | 16 Jan. (Sabtu)
Panggilan call dari opis masuk bertalu-talu. Baru teringat, hari ini, deadline newspaper, edisi cetak. Aku pun keliru, adakah aku perlu buat untuk edisi cetak atau laman sesawang?

Story Tian Chua ziarah sekolah Islam dalam kabin meningkat juga walaupun aku 'hang' sehari lebih. Kalau aku siarkan awal mungkin 'hit'nya jauh lebih tinggi! Terperangkap juga aku di opis hujung minggu ini. Isk, isk, isk...

Tetapi, yang aku heran, apasal news Baca@LRT naik mendadak begitu cepat? Harus aku siasat.

Tadi dalam 'mesyuarat' sambil minum petang dengan M, aku syor PTS ambik 2 muka EP edisi cetak sebagai strategi dua mata untuk menaikkan jualan akhbar. Tapi, ia syor separuh masak.

"Mungkin businessman tak mahu involve banyak dalam kegiatan politik pembangkang," kata rakanku lagi. Aku terdiam. Tadi aku call guru besar sekolah Islam di Jinjang, oke pulak dia cakap ketika memberi kenyataan kepada aku. Atau, mungkin dia tak tahu EP ni jenis apa agaknya?

Ketika Cinta Bertasbih


M juga minta dipercepatkan urusan KWSP. Katanya dia nak buat ‘loan’ rumah untuk keluarga di Sabah. Aku cuba yang terbaik untuk membantu rerakan dengan menggunakan syarikatku.

"Nanti boleh kita minta opis buat slip gaji untuk 6 bulan," kata M. Kata-kata ini mengundang rangsangan, idea kepadaku untuk aku pergi jauh ke depan dengan lebih baik lagi.

Malam. Mak call, rumah di Taman Wawasan Pendang tu dah dapat kuncinya. Kata mak, rumah tu dia dah bayar habis dah. Dalam kepala aku sudah ada rancangan untuk buat 'homestay' dan sebagainya. Kapitalis... kapitalis... Dan, jangan lupa menyebutkan, "Alhamdulillah."

Aku beritahu mak yang aku sudah dapat kerja setelah dua tahun kerja tidak tetap, bergantung ehsan kepada Alo. Suara mak kedengaran gembira dan kuharap dia lapang dada.

Malam ini deadline paper. Bila Isyak berjemaah di Surau Al-Karamiah Taman Koperasi Polis Fasa 2 itu, aku lihat dua benda.

Pertama kehadiran Muhyiddin Yassin hari ini di Parlimen Batu. Patutlah Tian Chua cakap yang dia nak jumpa TPM hari ini. Dia kata begitu masa dia melawat sekolah agama dalam kabin itu, untuk meminta bantuan. Jadi, hari inilah yang Tian maksudkan pada 14 Januari lalu.

Kedua, aku lihat ada penceramah dan pendakwah Pattani yang namanya dilekatkan di dinding surau itu. Tapi, agak berusia untuk berbincang mengenai kemerdekaan Selatan Thai. Apa-apa pun, aku sms beliau juga. Mana tahu, kalau-kalau ada hasilnya.

Kemerdekaan ini perlu diisytiharkan di rumah-rumah Allah. Aku kena cari senarai nama-nama masjid di Selatan Thai. Juga, aku kena buat macam kaedah Schindler dalam filem Schindler List yang menulis nama-nama orang tertentu yang perlu aku selamatkan. Jeng, jeng, jeng...

########################

29 Muharam | 15 Jan. (Jumaat)
Rupanya, dalam sehari dua ini, wartawan-wartawan banyak buat story untuk paper. Jadi, aku terpaksa hubungi sendiri sumber.

Di Masjid saidina Hamzah, mimbar khutbah menyelar pihak yang bersetuju dengan penggunaan nama Allah sewenang-wenangnya.

Hari ini, siswa SMM ke Putrajaya. Kami kurang tenaga. Aku follow cerita mereka menggunakan telefon. Tak boleh jadi macam ni.

Aku kena latih dan lantik student ni buat berita. Biar mereka ni yang berdemo dan mereka sendiri yang kirim news. Nanti opis boleh bayar. Ini mungkin mudah.

Wahai bebudak universiti sekalian, sapa-sapa nak side income, boleh hubungi daku wokey!?

Kalau Wan pun boleh lantik stringer sendiri takkan aku tak boleh melatih dan lantik orang-orang untuk memudahkan kerja-kerja aku? So, Sabtu dan Ahad, stringer aku yang akan bertugas.

Selesai solat Jumaat berbual dengan Riz sambil makan-makan. Banyaklah pengalaman yang aku dapat. Kita akan cerah fikiran jika banyak bertukar-tukar fikiran. Anak muda ini mahir website.

Bro Shy buat cadangan yang agak menarik di blogku ini - menubuhkan kerajaan Yala sementara di laman sesawang. Macam kerajaan mayalah agak-agaknya. Weldone! Aku suka!

Hah! Sepatutnya, ada 'appointment' dengan ramai pihak. Entahlah boleh pergi ke tak ni? Hamba beransur dulu. Balik dan berehat-rehat. Sambil update story di rumah.

########################

28 Muharam | 14 Jan. (Khamis)
Malam ke dinihari. Tak jadi pi Kinrara. Motor tiba-tiba rosak. Bro Jali kata okey - pertemuan itu ditunda ke suatu masa yang lain. Aku menarik nafas lega. Wan menunda motorku sampai ke bengkel motor. Ada wayar putus. Lega rasanya bila tiba ke rumah.

Pagi. Hari ini adalah hari di mana usiaku mencecah 33 tahun. Dalam FB telah bergugusan orang mengirim ucapan. Terima kasih semuanya, Kakti, Husna, Puan Ainon, Chew, dan lain-lainnya.

Berikut adalah filem Merantau Warrior dan Carrier ATAU --- http://www.cinema.com.my/contests/contest_result.aspx?cid=91 --- Sapa nak ikut angkat tangan!

Bos terima syor aku untuk guna syarikatku untuk selesaikan pemotongan EPF pekerja. Aku pun tak mahu mereka menerima nasib yang sama daku terima ketika bekerja di bawah lidah rasmi Republik Berkebajikan. Win-win situation. Dengan cara ini akaun syarikat akan dapat diaktifkan.

Petang ini, aku pergi Jinjang, naik kereta bos. Melawat sebuah tapak sekolah agama rakyat yang ada di dalam kabin. Ia sungguh menyedihkan. Tandasnya rosak. Ini masih berlaku dalam Kuala Lumpur yang dikatakan pesat membangun itu.

Jinjang membawa kenangan lalu kepada P Ramlee dalam filem Masam-Masam Manis. Memang seniman itu pernah sebut kepada pemandu teksi itu, "Jinjang." Sinilah rupa-rupanya Jinjang itu.

Aku ikut Rozan dan bos dia, Tian Chua yang pi melawat sekolah agama rakyat dekat kabin usang tu. Malu sungguh! Orang Cina yang tengok-tengokkan keadaan sekolah agama kita. Nampak aku di situ, Tian terus bersalam. Dia ingat aku ker? Ker, memang sikap orang politik macam tu?

"Sekolah agama sebenarnya bukanlah sekolah pinggiran," kata Tian Chua. "Ia adalah sekolah arus perdana sebenarnya."

Tengok! Orang Cina pun kata macam tu. Hati dalam aku tak tahu. Tapi, lidah dia boleh suarakan hasrat, pendirian dan pemikiran sebegitu. Adakah kita anggap sekolah agama ini arus perdana?

Hari ini sungguh sibuk. Aku pun tidak dapat membuat banyak perkara. Orang bawahan banyak membuat laporan untuk paper dan bukan lagi untuk online.

Malam. Aku tergesa-gesa mengirim bahan sastera Harakah kat ceknet. Aku tak sunting dengan baik sebab sibuk mengejar waktu, ditambah dengan kerja-kerja suntingan di pejabat EP.

Bergegas ke Cathay Cineplex Damansara, menonton sendirian sebab tak sempat langsung mahu sms sesiapa pun untuk ikut serta. Habis tayangan, aku pulang.

Sebenarnya, booth Cinema Online dah tutup. Mujur aku sempat sms Harry ketika bermotor. Dia menyapa ketika aku tercari-cari booth mereka yang dah tutup itu. Fuh! Lega, boleh tengok juga akhirnya. Bagus juga sikap orang Cina ni dalam bab-bab profesional.

########################

27 Muharam | 13 Jan. (Rabu)
Countdown : Esok, usiaku menjengah 33 tahun!

Makcik Sham akhirnya sms setelah lama tak berhubungan. Entah kenapa, tiba-tiba mereka tiba kembali. Tetapi, ini perkembangan positif juga. Aku memang perlukan mereka saat ini.

Kenyataan media Kesultanan Yala telah disiarkan di FB. Tidaklah daku tahu tentang bagaimana penerimaan orang nanti. Tentera Thai harus diusir keluar. Mungkin pakcik dan makcik ada idea.

Tadi aku sempat chat dengan seorang kenalan wartawan daripada AFP. Mungkin dia boleh bawa kisah-kisah ini di peringkat yang lebih jauh, ke peringkat antarabangsa.

Nak masuk universiti semula!
Semalam, aku berjalan-jalan di Kolej Unikop dekat opis di sini. Nampak library. Aku teringin nak masuk. Aweks cool sini, comel-comel. Moga berjayalah nanti. Jiwa diseru masuk kampus semula.

Di FB, Kak Wan dah mengasak supaya segera daftar. Apabila daku tanya mengenai tesis retorik, dia cakap tesis retorik Dr Abu antara yang terbaik.

"Tapi, tesis tak boleh pinjam kat library Zaaba," kata Kak Wan. "Kena baca kat situ jugak."

Di FB Herry Nurdi dah bagi nombor hp dia. Nanti aku boleh bekerjasama dengan dia, insya Allah Ta'ala. Tadi pun, kami sudah saling mengirim sms. Syukurlah, ada perkembangan baru!

Malam ni kena pi Kinrara pula. Ada samseng kacau penduduk di Taman Kinrara. Sulit betul aku kalau terpaksa kerja macam ni. Memang kita tak boleh kerja masuk 9 pagi, keluar jam 5. Tetapi, isu inilah yang pihak kapitalis, mazhab Republik Berkebajikan tak pernah paham-paham!

########################

26 Muharam | 12 Jan. (Selasa)
Countdown : Dua hari lagi, usiaku menjengah 33 tahun!

Hari ini settle kemasukan duit dalam akaun syarikat. Akaun aktif. Baru aku pergi ke opis. Baru hari ini, aku rasa sebahagian masalah besarku hilang. Alhamdulillah... Thank God!

Baru hari ini.. daku memiliki leptop opis yang baik. Ia laju dan akan menyenangkan kerjaku pada masa-masa yang akan datang. Senang nak buat kerja menakluk Yala dan Champa!

Kenangan lama - bergaduh dengan HEP di USM
Kaksu of Nottingham chat tadi. Katanya, Encik Zaharom Nain menulis isu-isu lama aku di USM. Masa tu aku menulis dekat Harakah sampai aku kena tangkap, ditahan dan ditekan HEP.

Thanks to Encik Zaharom kerana menamakan saya sebagai subjek dalam penulisan tuan. Walau kita berlainan mazhab, bercanggah kiblat 'school of thought', tapi kita masih profesional - bekerja dan bertindak secara hadhari ... he... he... he... selamat berjuang tuan!

Maklumat tu didapati setelah dia menggodek internet tadi. Encik Zaharom, Dr Hamima Dona, Dr Mus, TS Lanang, dan lainnya adalah pensyarah yang 'fight' isu aku masa aku ditekan dulu. Encik Zaharom, pernah batalkan tutorial, tapi tetiba dia buat balik tutorial tu. Hangpa tau pasai pa?

"Sebab dia baca tulisan abang Ali nak wujudkan Sekretariat Pelajar Kewartawanan Muslim," kata Bie kepada aku dulu. "Sebab tu lah dia mai balik ke tutorial ni semata-mata nak debat hal ni dengan abang Ali."

Debat dengan Kristian Sabah
M Matthew, wartawan Kristian Sabah call aku, dia minta aku masukkan kenyataan pihak gereja. Aku tanya Masdar, sebab dia ni pun dari Sabah. Wartawanku itu berbisik, "Jangan dilayan!"

Tapi, aku rasa perlu juga debat antara agama sekali-sekali. Sejak aku terputus hubungan dengan Saibon di USM, aku sudah tak ada lagi kawan Kristian yang boleh diajak berdebat tentang Bible sampai ke Subuh! Aku siap berdepan dengan sesiapa saja, insya Allah Ta'ala...

Cuma aku kesian kat Pas, dalam bab-bab nak menjawab kritikan hujah Kristian dalam Harakah, depa 'fail'. Kerap gebang hal politik kepartian sangat, sampai tak sempat nak upgrade intelek.

Kena ada satu ruang khas yang bukan bersifat kepartian agaknya. Biar daku sendiri yang jawab, dan ia tidak melibatkan mana-mana NGO Muslim dan parti. Tuhan, berikan daku petunjukMu!

########################

25 Muharam | 11 Jan. (Isnin)
Countdown to my birthday on 14th of January 2010. Lagi tiga hari. Semoga Panjang umur dan dimurahkan rejeki.

Aku update, edit 10 bahan hari ini. Padanlah, FAO dekat M'siakini dah jarang menulis dah sekarang ni.

Aku pun mungkin hampir jadi macam depa juga. Maka, terjawablah persoalan dan teka-teka selama ini - kenapa pengarang akhbar ni jarang menulis? Dia orang sibuk tahap dewa rupanya! Tapi, sesibuk mana pun, memblog tetaplah suatu keperluan!

Bang Mat cakap, mungkin besok aku akan mendapat leptop. Fuh!! Inilah yang daku impikan selama ini. Pi mana-mana tempat yang ada Wifi, dah boleh siapkan kerja.

Imran call tadi, dia terkejut apabila menyelak Harakah. Dia baca bahagian saudara Dinsman menulis mengenai 'pengakuan Ka'ab' yang aku buat secara terbuka itu.

Sebenarnya ada satu lagi tulisan tentang aku yang ditulis pak Razali Endun. Terasa lain macam pula pabila namaku disebut. Rasa dibogelkan di sana-sini.. Malunya!

"Tok sah cerita dekat abah dan mak lah," pesanku kepadanya. Rasa malu sendirian menjalar. Apa pun, bonus dia dah nak masuk. Semoga dengan bonus tu, daku dapat tumpanglah sekaki untuk aktifkan lagi akaun syarikat. Tak sabar nak beli rumah!

Adik kawanku dah dapat desa penginapannya!
NK, rakan aku di USM bercerita yang adiknya dah dapat bilik di UiTM Shah Alam. Aku lapang dada, menarik nafas lega untuk seketika. Tapi, adakah dia tetap masuk court? Hal ini kupanjangkan kepadanya untuk mengorek maklumat selanjutnya.

"Saya tak tanya pula tentang hal dia mungkin masuk court universiti tu," katanya.

Hmm.. kadangkala, mereka ingat dah dapat penginapan desa, masalah dah selesai. Tetapi, adakah MPP tadi akan bertindak supaya pelajar yang bersalah secara tidak sengaja tadi, akan dilepaskan daripada kes saman?

Bak kata mentor aku, Tun Dr Mahathir Mohamad, "Perjuangan belum selesai..."

########################

24 Muharam | 10 Jan. (Ahad)
Jika tak silap aku, 24 Muharam adalah hari lahir aku dalam bulan Islam. Selamat hari lahir buat diriku sendiri. Lagi empat hari, aku akan masuk 33 dalam tahun Masehi. Ikut Hijrah, 34 tahun kot?

Mesyuarat tertutup penulis muda di Berjaya Times Sq dibatalkan ia ditunda pada hari yang ditetapkan kemudian. NY sms pagi tadi.

Kalau ada miting pagi tadi, boleh aku jadikan bahan polemik sikit.

Aku hadir di Wacana Gender dekat Hotel De Palma. Maka, antara beberapa perkara yang berbangkit dan menarik perhatianku adalah:-

a. Takrif politik baru: Janganlah lagi ia dikaitkan lagi dengan parti. Ini kenyataan Saari Sungib.

b. Jangan tanya kita bersedia atau tidak. Kita boleh terus buat andaian bahawa semua orang dah bersedia. Dr Sun Yat Sen pernah ditanya, apakah China sudah bersedia menerima negara yang berakar tunjangkan kepada semangat demokrasi. Ini kenyataan Khalid Jaafar.

Yang peliknya, dalam kes PPSMI, Mahathir 'bersedia sungguh'. Tak de pilot project pun terus je dia buat sampai lingkup semua. Projek demokrasi dan kebebasan bersuara, Dr M tak sedia pula.

Aku terima no hp orang tertinggi negara daripada DF. Syyyt... rahsia sulit yang besar! ...

Zahir kirim ucap tahniah di atas surat Dinsman kepada aku dalam Harakah. Katanya, KP PUM, Dzul dan dia, akan merancang sesuatu dalam mesyuarat bersama Paksi kelak. Surat Dinsman itu aku pun tak sempat nak baca lagi. Malamnya, aku masuk opis dan update story.

The Spy Next Door (http://www.cinema.com.my/contests/contest_result.aspx?cid=89) Sapa nak ikut aku tengok The Spy Next Door angkat tangan! KLIK DI SINI

Currently have 3 comments:

  1. Asma' Abbas says:

    salam, ramai orang guna istilah 'sibuk tahap dewa', baru terfikir rasanya ayat sprti ini tak boleh digunakan, secara tidak sedar macam mengakui ada 'dewa', seolah ada Tuhan lain selain Allah.sekadar memberi maklum.

  1. terima kasih cik/puan Asma' Abbas atas teguran tersebut.

    saya kerap terpengaruh dengan gaya bahasa orang-orang muda, tak bermaksud diri ini nak menduakanNya.

    Apa2 pun, terima kasih, jaga diri, hiasi peribadi, bersatu kita teguh bercerai kita roboh, majulah sukan untuk negara...

    sekian, terima kasih, peace no war ;)

  1. Imranoisme says:

    owh saya pon baru tau...terima kasih yer...