Urusan pengiklanan, sms 014-3233287 @ mel-e ibnuamir@yahoo.com, subjek: Iklan Karya Fansuri
Latest News

17 - 23 Muharram | 3 - 9 Jan. (Ahad - Sabtu)

Monday, January 04, 2010 , Posted by nota untuk Syiah at 3:00 AM

23 Muharam / 9 Jan (Sabtu)

NY sms, katanya esok pagi ada mesyuarat penulis muda dekat Berjaya Times Sq, dekat The Borders, Starbucks.

Sebelum pi opis EP, aku serah semula selipar di masjid yang telah aku ambil dulu. Syukur, rasa lapang dada.

Rancangan hari ini ke Shah Alam gagal. Don F ke Bukit Fraser, maka pertemuan batal. Sekali gus, tak jadi berjumpa adik kawanku di UiTM Shah Alam. Lalu, aku pi Batu Caves untuk tengok apa-apa bahan yang patut dinaikkan.

Tak dapat juga leptop opis. Member cakap, Selasa ni mungkin dapat. Bos hilang hp pula, katanya. Tiba saja di opis, aku dapat esaimen - mesyuarat di Taman Melewar.

Tetiba, kami dapati Taman Melewar sedang diubahsuai. Mungkin mesyuarat itu kat Jalan Raja Laut kot? Ish memalukan betul! Call sorang member. Dia pun tidak tahu. Akhirnya, aku dan member berlabuh minum-minum dan gebang-gebang.

"Esok ada seminar gender di De Palma," kata Wan. Aku mengangguk. Maybe, lepas mesyuarat tertutup dengan penulis muda esok, boleh aku pi sana, insya Allah.

Call Don Shy. Dia kata, dia akan balik sekejap lagi ke Batu Caves. Mungkin malam ni, ada cerita-cerita baru setelah lama tidak bertemu.

######################

22 Muharam / 8 Jan (Jumaat)
Tiba-tiba no digi aku kena block hari ini. Susah aku nak kirim arahan via sms. Terpaksa settle semua ini dahulu. Tiada tempat lain, kena pi settle kat Digi KLCC juga.

Ke Jl Pahang Barat sekejap untuk serahkan buku 13 Mei kepada big boss. Dia tak masuk lagi, lalu aku serahkan bebuku itu kepada 'PA'nya, ukt Atr. Juga, daku berbincang hal-hal reform umat!

Di Digi, kerani itu adalah seorang awek cool yang seiras cewek Samarinda dahulu. Kalau begini, makin semangat nak bayar bil Digi! He.. he.. Dugaan hari Jumaat nih!

Aku berJumaat di Kg Baru. Ngo Muslim kini sudah ada deklarasi untuk menyatakan pendirian ketika berdepan dengan isu Kristian menyalahgunakan nama Allah.

Kemudian, bincang-bincang sekejap untuk dapatkan gambaran menyeluruh tentang isu ini. Rakan-rakan Abim kata, mereka tak dapat permit polis. Hujan. Balik opis.

Bila balik, daku pun mula melobi dalam meeting agar diwujudkan Lidah Pengarang dalam web. Tetapi nampaknya pelobian ini tidak menjadi. Kurasa.. walaupun paper ini bertaraf nyamuk. Tetapi, ia tetap perlu juga menetapkan pendirian akhbar.

Akhbar Jalan Pahang Barat pun ada Lidah Pengarang yang ditulis oleh insan-insan yang berbeza. Aku mula faham sesuatu. Bukan sahaja kita sulitt nak ubah PR, tetapi susah juga nak buat perubahan dalam akhbar-akhbar yang pro PR.

Kata big boss, news yang aku kirim dilihat sebagai 'bukan berita' akhbar. Sebabnya esoknya nanti, semua paper akan laporkan hal yang sama. Aku rasa mesti ada juga untuk kita perlihatkan keseimbangan pemberitaan.

Melayan rakan chating
1. N dari N9, susah nak bayar duit sewa bilik. Sebagai godfather, Don Fansuri, aku minta dia merujuk Pusat Zakat Selangor. Ada sesiapa yang boleh bantu dia?

2. Kleidop Kao of Vietnam, etnik Degar, boleh cakap Melayu sikit sebab dia rumpun yang sama dengan kita. Tapi dia Kristian. Mulanya buka isu perkauman di Vietnam. Rupanya di Indonesia dan Vietnam, isunya lebih kurang sama, Viet tak suka Cina.

Bualan kami beralih kepada lelaki Islam boleh kahwin sampai empat. Dia seronok.

"Bagaimana nak jadi Muslim?" dia tanya. Dari Kristian, terus nak jadi Islam. Nak tergelak pun ada. Tapi bila seorang ustaz kata jangan lengah-lengahkan kehendak seseorang untuk masuk Islam, maka aku tak jadi gelak, biar pun dia guna alasan remeh untuk masuk Islam - boleh kahwin empat, kah, kah, kah ... (oppss, sori)

Aku hampir-hampir nak ajaq dia mengucap dua kalimah syahadah tadi melalui YM. Fuh, kalau dia mengucap depan aku melalui YM, adakah dia sudah Muslim?

Bagaimana kalau aku chat dengan Megan Fox, Lindsay Lohan, Jessica Simpson dan Meg Ryan lalu mereka mengucap dua kalimah syahadah? Adakah keempat-empat mereka sudi berpoligami bersuamikan daku ini? Kah! Kah! Kah!

Sam terus bagi adres supaya aku hadiahkannya senaskhah Al-Quran dalam bahasa Inggeris. Kalau kalian nak hadiahkannya al-Quran dalam bahasa Inggeris, silahkan ke alamat --- Y-DUONG BYA. nha tho bien cuong -16 biencuong -quynhon city -binhdinh -Vietnam. Ya, namanya Sam.

Pahala besaq woo, kalau dia ni masuk Islam dengan sebab dakwah hangpa!

3. Rakan lamaku dari Kelate, menceritakan masalah adik perempuannya di Uitm S. Alam yang hidup bergelandangan tak dapat bilik. Adiknya pernah minta, tak dapat, bila ada bilik kosong, memang pihak pentadbiran tak berikan.

Aku janji dengan dia, esok aku akan pi Uitm Shah Alam untuk gali masalah adiknya itu. Aku pernah hidup setinggan, menumpang, squating di USM. Tetapi kes squating ni aku tak pernah masuk court. Aku cuma masuk court universiti sebab lawan HEP.

Fuh! Gegara squating saja pun, dah kena masuk court university? Aper kes!?

Aku mahu tulis hal ini dalam laman sesawang yang aku kemudi dan kunakhodakan ini. Jika kalian ada masalah, jangan segan-segan nak story kat aku. Aku Godfather hangpa la ni. Namaku Don Fansuri. Jadi, untuk apa hangpa takut!?

######################

21 Muharam / 7 Jan (Khamis)
Shirzad Lifeboat call, nak jumpa aku. Kami bertemu kat Starbuck di Waterfront, Ampang. Sembang-sembang hingga 2 pagi.

Luas pembacaannya. Salah satu buku yang dia syor aku baca, lord of the rims. Aku bercerita darihal kisah silamku dan kami bertukar-tukar fikiran. Ada banyaklah jua kalam-kalam dia memuji aku. Aku tak boleh catat, takut riyak.

"Tapi u agak emosional ye?" katanya sambil tersenyum. Aku tidak bantah. Memang darah panas, mamalialah katakan. He, he, he. Bualan lain?? Rahsia...

Masuk opis EP. Aku sesat memanjang dalam perjalanan dari Sentul ke Batu Caves. Kerja macam biasa. Ya, ada pembaharuan, rasa sedikit semangat nak hidup.

Kami mula up story, rupa-rupanya news yang jenis 'kurang ajar' (desak orang letak jawatan) memang dapat perhatian agaknya. Esok try sekali lagi, insya Allah.

Petang. Aku ke APIUM. Ada wacana ilmu mengenai isu kalimah Allah. Aku tertarik dengan idea Dr Abdul Monir yang menyatakan bahawa - kita boleh menang jikalau kita boleh hujah dengan kemas - bahawa...

Pengertian nama Allah di Tanah Arab tidak sama dengan pengertian Allah di Alam Melayu. Aku rasa, Islam di Alam Melayu yang lebih releven berbanding Islam Arab.

Nakhoda Khalifah melarikan diri bersama anak-anak kapalnya sejak era Abbasiyah kerana tidak aman hidup dalam buruan. Mereka ni Arab Ahli Bait.

Jadi, mereka sudah berpindah ke Nusantara. Arab Ahli Bait inilah yang menjadikan Islam di Alam Melayu ini masih kekal relevan sehingga ke akhir zaman.

Jadi, apabila pakcik dan makcik dok story bahawa 'si dia' dah berhijrah, berpindah ke Nusantara, maknanya 'si dia' telah berpindah ke Nusantara ini semenjak zaman Abbasiyah agaknya. Dia berpindah bersama Nakhoda Khalifah dan juak-juaknya.

Dalam dewan berhawa dingin itu, ditakdirkan Tuhan aku dok bersebelahan dengan Ustaz Roslan Mohd yang kerap diundang dalam Al-Kulliyyah, TV3. Dah dapat no hp dia. Rasa teringin juga nak interview isu nama Allah ni. Mungkin lain waktu kot.

Kalau nasib aku baik, boleh minta tolong jadi pengadil, referee untuk ijazah master!

Di APIUM
Sejak pagi, Zal Isa sudah bagi tahu program di APIUM. So, aku ikut saja. Kebetulan pula Jie sudah bagitahu hal itu Zal beritahu daku bahawa ada ruang untuk tulis dan boleh mendapat hono. Yiihaa... kapitalis... kapitalis...

Di sana juga, Pakaq mai tegur aku, "Dah masuk EP kan?" Ish, cepat sungguh berita tersebar. Tadi, masa sesi soal-jawab, sempat dia buat 'champion'.

Berkenalan dengan seorang editor agama Utusan. Rupa-rupanya, bila luas gaulan, barulah rezeki mencurah dan melimpah-limpah.

"Kami memang dok tulis isu kalimah Allah ni tiap-tiap hari," katanya lagi. Teringat Mr Shirzad Lifeboat cakap semalam, "Umno nak juarai isu kalimah Allah."

######################

20 Muharam / 6 Jan (Rabu)
Telah bermulalah hari yang 'muram'. Hari yang menentukan aku boleh menggalas tugas dan amanah sebagai orang atasan.

Di USJ, 'redeem' filem Adnan Sempit di MIG Metrowealth. Aku jadi malu pada dua tiga awek cool yang memerhatikan slogan aku itu. Depa tersenyum membaca slogan dan cogankata daku. Ceh!

Facebook EP sudah mula beroperasi. Jie sudah bagi kerjasama, demikian juga Masdar. Semua ini kenalan baruku. Aku kena rangka balik mengenai susunan cara bekerja yang lebih sistematik.

Malam ini, sepatutnya aku ke opis PKR. Rozan ajak tengah hari tadi. "Kau ahli PKR ke?" dia bertanya. Aku jadi ahli Pas semenjak Anwar 'sack from' Umno. Tapi Abim, PKPIM 'declare' depa non-partisan. Ah! Gasaklah. Aku geleng kepala, isyarat bahawa aku bukan PKR.

"Tak pe lah, datang je," katanya lagi. Dr Md Nur Manuty nak bercakap tentang isu penggunaan kalimat Allah. Isu ini memang menarik. Tapi, tak terdaya aku nak mengulas.

Then, dia sebut mengenai usaha penjilidan isu-isu PPSMI itu. Aku cerita bahawa Saifullah sudah buat usaha-usaha penjilidan isu PPSMI itu, tapi tak nampak buku itu terbit kat mana.

Kak Sal dok story yang bos tu sedang 'muram'. Aku bagi penjelasan lebih kurang lewat chat YM. Selebihnya nanti, aku kena giatkan usaha pemujukan bermodalkan satay kajang dan mee rebus. Itu pun, kalau-kalau dia boleh langgar pantang dalam bab-bab pemakanan secara sihat ini.

######################

19 Muharam / 5 Jan (Selasa)
Dinihari. Berbual dengan puan Zurinah Hassan di Facebook. Dia beri no. telefon rumah Kak Sham (Fatimah Sham ini adalah anak perempuan kepada petani kontroversi Hamid Tuah).

Aku rasa terharu bila puan Zurinah kata dia terbaca tulisan aku. Dia tak tahu dia antara pendorong semangatku bila berdepan dengan HEP USM dulu. Sajak-sajak mahasiswa yang dia hasilkan banyak memberikan rangsangan.

Aku pernah call dia dalam keadaan dia tak kenal aku sapa. Tapi, dia layan juga sambil membaca bait-bait puisi ketika aku sedang call dia, meminta dia bacakan puisi protes dahulu.

Dinsman kirim sms, mengalukan kehadiranku dalam Paksi: "Salam ali bukhari. T. kasih krna mnulis surat trbuka kp saya brhubung soal keahlian Paksi. Sy mengalu2kan kmasukan sdr k dlm Paksi, dan akn mmanggil sdr (stlah dprstujui ajk) hadir k msyuarat Paksi nnti. Sy brcadang nk jwb dlm wacana budaya, tp ada isu lain yg lbih urgent, jd sy tunda, mungkin isu akn dtg, insya Allah. (sk: razali endun, hasni, kassim, anbakri, dr irwan, rozan, chal, ainon, suria, shukur, shukri - sila nyatakn kalu sdr brstuju kita mmanggil ali bukhari hadir miting Paksi akndtng)." --- 10:51:57 p.m (4 Januari, 2010)

Betapa kepalang gumbira hatiku ketika mendapat kiriman sms ini. Kalaulah daku anggotai Paksi, aku sudah ada rencana khas untuk Puan Zurinah, Siti Zainon serta Fatimah Sham.

Ada dua orang yang membakar semangatku secara tidak mereka ketahui dan tidak mereka sedari - Zurinah Hassan dan Said Zahari. Semoga berhasil segala yang aku rancang itu. Ameen.

Tengah hari. Aku singgah ke Seng Heng beli pembakar roti yang asalnya berharga RM49. Rupanya itu harga ahli. Kira-kira balik, harganya RM58. Rasa tak best dan tak cool.

Tetapi aku sudah ada aset baru; pembakar roti. Boleh makan ala Mat Salleh sikit. Barulah nampak cool.

Pergi ke opis EP di Batu Caves. Solat di Masjid Saidina Hamzah. Then baru bertemu Masdar dan Arif. Kami berbincang untuk putuskan tajuk berita esok hari. Isu penggunaan nama Allah yang nampak menarik untuk dijadikan lead.

Raimi call - katanya Jumaat ni ada demo di Masjid Jamek Kg Baru. Aku cakap kepada Masdar, "Ini pun boleh jadi news ni." Aku minta dia masukkan kenyataan Dr Juanda sekali.

Pak Zahari Hasib call, "Sudahkah encik Ali terima gula-gula saya itu?" Aku angguk. Selesai suatu hal. Kata Mr T kelmarin, Pak Zahari antara penyumbang terawal sejak 1992. Orang lama tu!

Malam di Cathay Cineplex Damansara, aku redeem filem Old Dogs. Seorang awek cool sedang pandang aku. Aku takut imanku rebah, lalu kumelarikan diri, masuk ke dalam panggung.

Tak sempat nak tanya amoi Cinema Online dan orang-orang kat pawagam sini, kalau-kalau aku boleh beli share pawagam. Iman harus dipelihara. Kuang, kuang, kuang...

######################

18 Muharam 4 Jan (Isnin)

Kena marah dengan bos. "Ana menyebal saja dengan enta ni," kata beliau. Aku senyap saja. Kalau nak dikira hati aku menyebal memang ada juga. Pengajianku tersekat dek lambakan kerja lain.

Jumpa Mr T. Dia sebut hal puisi Pak Zahari. Aku baru tahu yang bising-bising tu bukan orang luar, melainkan orang dalam juga.

"Dulu, RPK lagi dahsyat," kata Mr T. "Cerita dia langgan GRO dalam English Section. Dato' H oke, boleh siar, walaupun R Koya tak mahu, akhirnya disiarkan."

Kesimpulannya, 'kelucahan' yang sebenarnya bermuara dengan sebab kritik sosial, diharuskan, demikian menurut mazhabku. Tiada orang yang akan digam pada eraku. Era orang lain nasiblah.

Rantai motor putus ketika nak ke opis EP di Batu Caves. Seorang pemuda, menjual air tebu tepi jalan membantuku. Hati aku belas kepadanya. Dia masih muda remaja, kena tipu apabila kerja kontrak dengan seorang India.

"Rumah sewa saya kat Restoren Labu Labi," katanya. Dia orang Taiping. Bila mendengar loghat utaraku, dia beritahu neneknya ada di Sg Petani dan Bandar Baharu.

Aku cari-cari opis EP tak jumpa-jumpa di Batu Caves tu, akhirnya aku mengalah lalu balik. Esok, aku cari lagi. Sebelum nak balik, kak WZ call, katanya, kalau nak bincang di UM, boleh saja pergi bila-bila untuk bincang hal-ehwal pengajianku. Aku janji, esok akan call dia semula.

Kesesatan di Batu Caves ini membawa daku bertemu Kolej Islam Antarabangsa. Dah ubah lokasi rupanya. Aduh, rasa bahagianya bila dah boleh masuk kampus untuk belajar semula...

Melepaskan lelah di Taman Tasik Titiwangsa, aku mengenang masa-masa 4-5 tahun belakangan ini. Tak ada satu aset besar pun yang boleh aku simpan melainkan komoditi emas dinar. Itu saja, hasil keringat dari peluh fikiranku yang luruh.

Lalu.. keringat itu berombak bagai sekam api membara, menjilat fikiran sesetengah umarak, dan ia hangus membakar perasaan orang lain, lalu melepuh sebagai badai sengketa di dada akhbar.

Bila nak ada aset besar? Aku berlabuh ke opis JPB. Rupa-rupanya, pelakon Gerak Khas bersidai di situ. Depa tak nak ambil pelakon pak pacak ker? Boleh jugak aku cari duit jadi pak pacak ni.


############################

17 Muharam 3 Jan. (Ahad)

Keluar bank-in duit. Singgah ke Bangsar pada malamnya. Hidup aku terasa kosong hari ini. Tapi, lepas keluar dan buat kerja-kerja sendiri, hati terasa lapang. Jiwa terasa bahagia.

Punca kekosongan hidup ni terbahagi kepada dua. Pertamanya laptop dan pc dah meragam. Jadi aku tak boleh nak menaip. Hidup makin bererti apabila aku ada laptop yang dilengkap WiFi.

Ya, yang kedua, internet pun dah kena potong. Inilah satu-satunya masalah besar. Ketiga, kalau aku diizinkan menambah di sini - tiada orang yang mengetahui apa kekurangan aku dan orang hanya akan berkata - "Itu bukannya masalah saya..." - ketika aku cuba merawikan masalah...

Seorang khalifah adalah orang yang memahami ... dan berjuang untuk menyelesaikan umatnya. Sebab itulah, Umar r.a ada cakap, "Alangkah baiknya jika aku lahir sebagai daun-daun kering."

Currently have 0 comments: