Urusan pengiklanan, sms 014-3233287 @ mel-e ibnuamir@yahoo.com, subjek: Iklan Karya Fansuri
Latest News

27 Zulhijjah 1430 - 2 Muharram 1431 | 14-19 Dis. (Isnin-Sabtu)

Wednesday, December 16, 2009 , Posted by nota untuk Syiah at 4:14 AM

2 Muharram / 19 Dis. (Sabtu)
Di rumah menguruskan kerja-kerja di rumah. Konvensyen PR pun aku tak pegi. LBY sms balik, aku mesti hubungi Dr Mima, jika mahu menulis di Leader USM.

Pergi ke opis, menghantar bahan. Di Fesbuk, Tijah minta daku hubungi bapa Adiputra kalau nak projek biografi anak dia dan tetiba bos call lepas aku 'ugut' - aku mati kebuluran. Ha.. ha..

"Payah-payah sangat, ambil peruntukan duit, buat buku ISA," katanya selepas aku sms yang aku akan mati kebuluran kalau bahan aku tak di'up'.

"Bukan senang la ni, Penarek Beca pun dok merungut, berita dah dipotong jadi RM20 sebab ZS mungkin dah pening dengan masalah kemerosotan Siasah, jadi dia mungkin nak 'cut' semua," katanya lagi. Aku termenung panjang.

Betul kata nabi, kalau diberi amanah kepada orang yang tak sepatutnya, maka tunggulah masa-masa kehancuran. Kini, masanya telah tiba untuk dikiamatkan dunia!

Sekarang musim tengkujuh, hujan turun dan sukar aku cari pendapatan macam penoreh getah dan nelayan yang hilang pendapatan bila tiba musim gelora tengkujuh ini.

H Daily mungkin bukan tempat bermain sekarang. Ish, kat mana lagi aku nak pi ni untuk terjah fikiran, menyabung kehidupanku selepas ini?

Godam-godam Fesbuk lagi, kulihat pertemuan grup teh tarik dengan YB Saifuddin makin dekat. Aku kena pi ni kalau tidak, rugi.

Ah! Kena keluar opis lani. Di Shah Alam, Prof Dr Yusuf Al-Qaradawi akan memberi ucapannya di Masjid Negeri! Rugi woo... kalau tak pergi!
################################

1 Muharram / 18 Dis. (Jumaat)
Siapkan dua bahan. Tak tau la boleh lepas ke H Daily ke tidak. Isu mengenai Ma'al Hijrah dan falsafah usus yang busuk.

Abah dan mak call. Depa kata ada kerja wartawan di Sinar Harian. Tapi, aku menolak. Malas dah nak jadi wartawan ni. Herry Nurdi, mantan pengarang diges Sabili cakap, kerja wartawan ni sampai usia 35 tahun saja. Lepas tu, kena tulis buku. Aku pun rasa dah tamat tempoh iddah aku sebagai wartawan.

Kalau kerja pun, ada orang sekat tulisan. Dok di Siasah dulu, jenuh, sampai dua tahun, MSO tak sahkan jawatan aku, ada kaitan dengan campurtangan AR juga. Lepas tu tak settle pas media aku. Rasanya, aku dah tiba garis penamatnya. Kena masuk universiti dah, ceburi pula dunia akademik.

Semalam, LBY mel-e, minta aku tulis pengalaman untuk majalah Leader di USM. Panggilan masuk ke alam akademik makin terasa.

Semalam, RI of NSTP kirim kemaafan lewat Fesbuk dan minta dapat kerjasama kelak. Walau dilabel penulis mulut celupar oleh BH, tetapi aku harus berjiwa besar juga, memaafkan mereka, apatah lagi, aku tahu wartawan itu tidak bersalah, melainkan semua itu telah dirancang oleh editor sendiri.

"Kawan awak di Singapore ZH kirim salam," kata RI lagi, lewat Fesbuknya. Akhirnya, aku terima no hp ZH. Tapi, aku lupa siapa ZH ni? Kat mana aku jumpa dia ini? Nantilah aku sms kat dia.

Semalam, ketika berbual dengan Alo di Ampangan, aku menerima panggilan daripada bapak Presiden PKPIM. Ada lorong kosong buat projek dengan Exco YS. Masih di peringkat awal. Seperti biasa, daku menyatakan persetujuan. Tak boleh kata, "Nehi kabe nehi."

Baru tadi, Khai dan Haidi call. Mereka dah nikah, bolehlah makan sekeluarga. Norjam di Johor dan Fauzi di Terengganu. Semua dah cari kehidupan masing-masing, demikianlah beberapa perkembangan terbaru kawan-kawan lama.

Benny, cerpenis Indonesia kirim sms. Rupa-rupanya, Hudan of Banjarmasin yang beri nombor hp aku kat dia. Dia mahu cuba masuk dalam lapangan sastera di sini. Hatiku makin kuat nak tulis 'open letter' kat Dinsman agar Paksi dan Budayawan Bertindak ini dapat mengelolakan majalah sastera budaya sendiri.

################################

30 Zulhijjah / 17 Dis. (Khamis)
Penyair Nizam Shah of Bera call aku, minta pandangan dan nasihat untuk beli dinar emas. Dalam firasatku, diri ini boleh bangkit sebagai 'consultant' emas pada suatu masa nanti. Aku perlu tulis buku mengenai kelak. Ameen.. (panjang sungguh anganan diri ini..)

"Kalau nak beli emas fizikal, gelang, dinar emas, tak payah tunggu harga naik atau turun, ada aja duit, terus beli saja, jangan takut," demikian saranku.

Di opis Jalan Pahang Barat. En Lanh tegur-minta ditanggalkan puisi Zahari Hasib. Aku akur. Aku serba salah juga sebenarnya. Tapi, untuk pembelajaran, kenalah tulis juga untuk beri penjelasan kepada para pembaca, kenapakah harus 'dilucahkan' tentang hal meramas buah dada itu. Urgh!

"Tak pa syekh, kita buang la puisi, takut nanti orang lagi marah. Jadi, syeikh gantikan dengan gambar antologi puisi," kata beliau. Oke, bereh! Kes dah selesai.

Tadi aku dah hantar bahan tentang PR harus menyokong keperluan wujudnya Akta Pencegahan Sihir. Semoga TMJ siar harap-harapnya.

"Untuk enta, kami sanggup buang berita untuk tempatkan tulisan enta," katanya lagi. Ceh, aku pun 'confuse'. Depa ni puji ka perli ni? Kah! Kah! Kah!

Alo call, sms minta datang ke rumahnya, bawa Harakah. Aku cuba nak tanya, kalau-kalau boleh daku meminjam Celcom Broadband. Hidup sunyi beb tanpa fesbuk di sisi, isk, isk, isk. Oke, daku pergi ke Ampang dulu, guna menyelami perkembangan lanjut mengenai kesihatannya. Daaa...

################################

29 Zulhijjah / 16 Dis. (Rabu)
Keluar rumah, aku pegi ke Hotel Putra, bertemu Zahir, Timb. Ketua Pemuda PUM. Borak-borak sementara dia nak masuk semula kursus Jawi dan Jakim. Beberapa resolusi tercapai. Rahsia!

Tiba-tiba Alo call, "Check balik, tadi depa mai rumah, katanya hari ni deadline." Aku pun minta diri daripada kenalan baruku itu.

"Ya syeikh, ana minta diri dulu," kataku. Dia faham. Dia pun ada hal juga. Kami berpisah.

Kes kecurian motor
Aku pergi Capsquare, beli tiket movie New Moon. Tengok lelaki India tengah rongkah motor untuk curi agaknya. Aku buat report kat pak guard.

Depa cepat bertindak. Hatiku lapang, kerana daku berjaya jadi warganegara yang baik. Yang aku kesalkan ialah orang tengok keadaan tu, buat tak reti, tak peduli saja. Tiada syak langsung. Dan, mereka akan ambil kesempatan atas ketidakpedulian orang.

Alo cakap baru-baru ni, "Apabila wujud keadaan rasa 'tak apa', masa tu yang bahaya..." Daku rasa, untuk menjadi ahli parti berkebajikan, kita mesti ada sangka buruk juga kadangkala.

"Tuhan, jadikan aku dan zuriat-zuriatku, dan rakan-rakanku dan sahabat-sahabatku, mereka yang mengenaliku sebagai insan yang melihat kemungkaran dan cuba berusaha sedaya upaya mereka guna memerangi kejahatan dan kemungkaran. Ameen..."

Selepas beli tiket. Pulang SPKB, usung laptop dan terus ke opis. Elok jam 5:00, aku keluar tonton New Moon kembali tapi terlewat masuk beberapa minit. Aisehmen! Tamat tayangan, balik terus opis. Siap kerja dan hatiku lapang, lega. Eh! Tapi, apasal aku tak rasa macam deadline hah!?

Alamaks! Jejangan, daku sudah tertipu... Waaa.. tetapi, tak apa. Ini penipuan yang baik juga. Aku sudah siapkan bahan-bahan sastera. Esok, boleh berfoya-foya lagi. Hurrah! Horey!

Yusuf Qaradawi datang Malaysia
Don F sms, katanya, Syeikh Dr Yusuf Al-Qaradawi akan ceramah kat Masjid Negeri Shah Alam. Pembukaan disempurnakan oleh DSAI. Ulamak ni pernah tulis surat bahawa dia tidak akan jejak Malaysia sehinggalah Anwar Ibrahim akan dibebaskan daripada penjara atas tuduhan liwat.

Sekarang dia dah datang. Tapi, tuduhan liwat ke atas DSAI masih wujud oleh dakwaan S Bukhari (apasal la nama hang mirip nama aku?!) Jadi usaha untuk menangkap, memenjarakan DSAI atas dakwaan liwat ini masih berlangsung. Konspirasi masih hidup. Lalu, apa sikap Yusuf Qaradawi?

Atau, Yusuf Qaradawi datang atas tujuan itu? Untuk mengirim penjelasan, fatwa berhubung isu tuduhan liwat yang terpalit ke atas DSAI? Sama-sama kita nantikan... Jeng, jeng, jeng...

(Menaip di opis, di rumah talian internet dipotong. Jadi, tak boleh nak update blog. Waaaa...)

################################

28 Zulhijjah / 15 Dis. (Selasa)
Beli sim kad RM8.80, tapi jadi RM10. Mahal betul 'senjata' baru ni. Masuk opis, ada orang tanya macam mana cara aku masuk. Rasa terkilan juga dengan pertanyaan itu. Opis ni, rumah depa ka?

Di bawah pokok dekat Jalan Pahang Barat, sembang dengan WN dan MN. Nampak Nokia F71 mereka jual dengan harga RM530. Harga tu setanding harga sekeping dinar emas sekarang. Boleh jual kat internet!

Nokia tu siap ada TV, internet Wi-Fi. Lebih kurang macam Blueberry. Aku rasa nak beli. Senang buat kerja di mana-mana.

Sembang dengan Mr Lanh tentang sastera. Beliau sempat menegur puisi Zahari Hasib, aku berjanji akan memberi penjelasan kelak. Bagus juga jika ada orang yang peka hal-hal ini.

"Kalau syeikh nak hantar bahan tu, kena awal sikit," kata Mr Lanh. "CC juga e-mel kat saya." Alhamdulillah, syukur. Boleh bukak dua halaman sastera la ni.

Berguru dengan abang Nasir tentang Digi Broadband dan selepas ditasykil bayan, aku ke KLCC untuk register Digi, tapi akhirnya tadi jadi. Rasanya, kena banyak study lagi di samping kewangan yang tak mengizinkan.

Terperangkap di KLCC masa hujan. Di Kinokuniya, aku tengok banyak buku-buku Inggeris. Nak baca malas, sebab bahasa Inggeris.

Novel popular Twilight (lakonan gf aku Kristen Stewart) diterjemah oleh Pelangi Books menjadi 'Senjakala'. Manakala novel New Moon pula telah diterjemah menjadi 'Cinta Baru'.

HUjan masih turun lebat. Aku berkelana dari satu destinasi ke suatu destinasi. 'Redeem' tiket RAM untuk ambil New Moon tak dapat-dapat. Terjumpa Fakrurazi, junior di Maahad dulu. La ni dia jadi cikgu, dok di Taman Melewar, mengajar di Bandar Baru Sentul.

Alo call, kos rawatan angioplasti telah mencecah kira-kira RM31K yang terbaru. Dia ingat rawatan kali kedua ni dalam RM20K sahaja.

"Sabtu ni, ana perlu hadiri medical check-up lagi," kata Alo dengan suara lemah. Aduh! Kena berapa pulak lepas ni tak tahulah. Hujan lebat menyebabkan aku tak jadi pi ke rumahnya di Ampang.

################################

27 Zulhijjah 14 Dis. (Isnin)
Tukar minyak hitam, 'oil filter, baki hutang ada lagi RM76. Ke opis, mendapat timbunan naskhah puisi. Orang-orang yang pegang cek aku gagal dihubungi. Mereka cuti barangkali. Urgh!

Cari Mr Lanh, kot-kot boleh bincang supaya ruangan sastera boleh dibuat dua halaman. Tapi, tak berjumpa. Terserempak dengan Imran al-Malizie di tingkat 3 yang aku follow catatannya. Muhaimin dan Imran antara kolumnis yang selalu kuambil perhatian juga.

Minta surat pelantikan sebagai syarikat iklan tadi. En M minta aku mai esok pagi sebelum jam 12 tengah hari.

Terdengar berita bahawa Siasah yang merosot jualannya mahu digabungkan dengan Harakah. Mereka nak buat meeting dalam tempoh terdekat untuk tujuan itu.

JANGAN SEKAT ORANG LA PAS OOII..
"Tu la dok sokong UG sangat," kata En M. "Kan dah jatuh, merosot." Sampai ati depa meeting masa Alo dok sakit-sakit, jadi dia tak tau apa-apa. Depa nak buat keputusan dalam gelap tanpa kehadiran Alo. Aku mesti cegah.

Aku sms FAO of Malaysiakini kalau-kalau surat terbuka kepada TGNA boleh disiarkan di sana. Kalau tulis kat DD juga, 'confirm' dicantas lagi oleh orang atasan.

Semalam, bos cakap, "Sampaikan Green Boc pun depa minta no hp dia, nak call dia, nak minta dia buang tulisan dia sendiri."

Apa kes nak sekat orang menulis dalam zaman teknologi maklumat ni? Dah jakun ker? Kena la terima hakikat. Jangan sekat orang sangat.

"Hantar dulu, biar kami tengok," FAO menjawab lewat smsnya, selepas aku kata nak kirim satu surat terbuka kepada Mursyidul Am Pas itu dalam portal mereka.

Hujan pun turun dengan lebatnya. Tetapi, oleh kerana harga komoditi emas jatuh, maka daku pun redah juga ke Ar-Rahn. Gadai dua keping emas dinar lalu aku beli sekeping lagi dengan harga RM528. Dah ada 21 keping. Wow!

Tonton Bisnes Malaysia tadi. Ada pelaburan hartanah kelolalaan Kooperasi Ukhwah. Opis tu terletak di Medan Tuanku, Jalan TAR. Rasa nak melabur la.

"Hartanah kami ada di Mont Kiara, Sri Hartamas, Jalan Titiwangsa, ..." kata pengerusi itu. Huh! Kapitalis, kapitalis...

Balik ke SPKB, bila mahu melayari internet, baru kusedar, dah kena potong talian streamyx hari ni. Dah lama tak bayar. Waaa.. Serba tak kena hidup tanpa internet ni.

Currently have 2 comments:

  1. Anonymous says:

    首頁SEO行銷網提供SEO資訊、網路行銷、網頁設計建置、SEO網站優化及動畫設計等服務。歡迎進入網站參觀與交流喔︿︿

  1. Anonymous says:

    首頁SEO行銷網提供SEO資訊、網路行銷、網頁設計建置、SEO網站優化及動畫設計等服務。歡迎進入網站參觀與交流喔︿︿