Urusan pengiklanan, sms 014-3233287 @ mel-e ibnuamir@yahoo.com, subjek: Iklan Karya Fansuri
Latest News

22-26 Zulhijjah | 9-13 Dis. (Rabu-Ahad)

Thursday, December 10, 2009 , Posted by nota untuk Syiah at 2:13 AM

26 Zulhijjah | 13 Dis. (Ahad)
Baru la teringat, hari ni Natrah naik kapal terbang ke Belanda, kelmarin ada rusuhan di Singapura untuk menyelamatkan diri beliau daripada dikristiankan.

Itu cerita pada 1950. Tarikh sama cuma tahun yang berbeza. Kalau nak memasyarakatkan isu Natrah, tidak cukup dengan teater, penulisan buku dan jurnal ilmiah.

Tapi, mesti didramakan, mesti difilemkan. Huh! Kerja aku lagi tu, untuk membawa pencerahan! Heh! (Sorry... terperasan sikit)

Ke Memorial Tun Abdul Razak
Akhirnya, berjaya juga ke memorial Tun Abdul Razak. Tapi, perpustakaan dan pejabat awamnya tutup hari ini sebab pegawainya ada kecemasan tadi, demikian menurut penjaga memorial di sini hari ini. (Ish, macam ayat menulis berita pulak dah! He.. he..)

El-Fansuri The Great!


"Isnin pun bukak juga," kata penjaga itu lagi. "Cuba datang esok. Pustaka buka esok."

"Tapi, hari Isnin bukannya memorial ni tutup ker?" daku bertanya.

"Cuti sekolah sekarang ni, memorial ni buka," balasnya kembali. Aku pun balik, esok daku azam untuk datang lagi. Cari bahan-bahan sebanyak-banyaknya untuk buat Master. Ameeen...

Balik ke SPKB. Tengah makan, bos call, ajak ke rumahnya di Ampangan. Balik rumah kejap, rest dan tenangkan fikiran. Buka tv, ada citer omputih tentang anak raja Denmark pergi ke Amerika, mengurat minah Salleh di sana. Dia ni tak suka bab-bab pemerintahan.

Judul The Prince & Me. Anak raja ni sukakan kesusasteraan Inggeris dan dia fasih main pedang, sukakan gadis-gadis liar di Amerika. Pendek kata, suka berfoya-foyalah.

The Prince & Me Trailer


Huh! Aku ingat nak buat sinopsis drama filem baru, anak raja yang menyamar untuk menyelidik kisah hidup menteri-menterinya, buka kitab syariat dan selak fiqh-fiqh pemerintahan dan faqih pula selok-belok bab-bab falsafah Barat yang berat dan faham falsafah yang sarat dengan karat.

Eerr.. tak dilupakan juga - dia pencetus idea 'rakyat dan negara berkebajikan', he.. he.. he... Oke, citer dah tamat. I am supposed to go to Ampangan rite now! Daa... Hidup berkebajikan!

####################################

25 Zulhijjah | 12 Dis. (Sabtu)
"Tak sempat operate malam tadi dengan doktor dari Jepun. Sampai jam 9 malam, kes ke-3 belum selesai. Saya ke ke-3. Tangguh ke pagi Senin. Salam," sms dari Alo 6:37:24 a.m.

Petang tadi pi Istana Budaya semula, mencatatkan maklumat yang sudah ada tentang pementasan teater Natrah.

Malam ini dia call lagi, menyatakan rasa tak puas hatinya berhubung sikap orang-orang tertentu yang memanipulasikan hal kesakitannya. Tak dapat story lebih-lebih. Nanti la bila aku tulis buku sendiri. Kekadang tu rasa, nak menulis je hal-hal ni kat Malaysiakini. Buat masa ni biarlah rahsia.

####################################

24 Zulhijjah | 11 Dis. (Jumaat)
Alo dijadualkan menjalani rawatan angioplasty pagi ni. Sempat gadai emas dua keping, lalu kubeli lagi dengan harga RM535. La ni, dah 20 keping! (Dah wajib berzakat, erkk! Urgh!)

7 dalam gadaian dan pajakan sementara dan 2 dinar di rumah Pendang. Dalam simpanan bersih, dok ada 11 keping.

"Kalau nak tanya tentang iklan, kena jumpa siapa?" aku menjolok pertanyaan kepada kerani.

"La ni, ada perubahan dalaman antara PMBK dengan ..." balasnya dalam rupa mencuka. "Jadi, susah sikit saya nak cakap, dengan siapa kena berhubung."

Aku syak, ini mungkin gara-gara kekecohan dalam keluarga TGNA sendiri, apatah lagi kalau hal itu melibatkan menantunya yang berperang dengan Kickdefella.

Majalah Qiadah yang perlu dirombak pengisiannya
Di Ar-Rahn Jalan Raja Laut tadi, aku sempat baca majalah Qiadah yang pernah aku baca di Ridel Hotel dekat Sungai Kelantan Ramadhan lalu. Tercari-cari juga di mana helaian yang kufikir perlu dibuang sepatutnya, kerana ia merosakkan perjalanan rohani TGNA.

Ketika Al-Arqam mula jatuh merudum sekitar 1985, (mengikut kata peguam merangkap bekas ahli Al-Arqam), aku melihat ciri-ciri yang sama terjadi. 1985, adalah turning point di mana unsur luaran telah memasuki ruang daerah rohani kumpulan itu lalu merosakkannya sedikit-sedikit.

Antara simptom-simptom itu ialah wujudnya gejala menaik-naikkan darjat solat Abuya di ruang muka depan majalah, akhbar mereka. Mereka mula memuja-muja dan mendewa-dewakan sang Abuya itu. Akhirnya, jatuh jua dia akhirnya apabila gejala penyakit rohani ini tidak dirawat.

NKNM pernah cakap bahawa menantunya yang nak sangat ruangan-ruangan yang menonjolkan kehidupan peribadi keluarga TGNA. Terapi, helaian itu belum aku jumpa lagi. Nak tulis surat kat TGNA ini perlukan bukti yang benar-benar kukuh dan rapi.

Teater Natrah
Ya, baru la rasa free sikit. Dah beli tiket teater, RM31.50 (campur cukai kerajaan). Malam ni jam 8:30 malam bermula tayangan dan dijangka tamat pada 10:30 malam.

Sempat makan-makan di cafenya yang berhawa dingin, terserempak Samsudin al-Johori dengan brader Rahimidin tengah sembang-sembang. Segan nak tegur la. Ya, kututup catatan di sini dulu dan Maghrib tiba. Solat sekejap dan kemudian terus 'chow' ke Istana Budaya. Daaa... - 7:25 p.m.

####################################

23 Zulhijjah | 10 Dis. (Khamis)
Lutfi call, minta dibungkus nasi kandar Kudu. Aku sindir, "Ish, enta ni baru sihat sikit, dah nak makan macam-macam."

"Tak pa lah, darah ni ok sikit, darah dah turun dah," katanya lagi. Dalam bualan itu, dia bangkitkan isu aku dibayar ke atas terjemahan tulisan aku saja dan bukan suntingan.

Memang betul, tak banyak sangat yang aku dapat. Kalau aku datang, dia mahu sembang panjang hal penulisan Green Boc itu. Jadi, aku cerita hal mereka yang up 'Darihal Faham Berkebajikan' di H Daily. Kemudian, ia telah pun ditenggelamkan. Semalam, baru aku perasan hal itu.

"Cikgu Pa call, Dato' KJ call," katanya. Entahlah ya syeikh. Semoga berjaya menjalani operation esok. Kalau aku tak tulis, tak adalah depa pimpinan atasan nak menyumbang. Memang dia sakit dan perlukan rawatan. Salahkah menggunakan ruangan Harakah untuk minta bantuan?

Aku teringat kata-kata Irwan sebelum meninggalkan opis untuk menyabung nasib di Astro, "Pas bela nasib rakyat, wartawan ni bukan rakyat. Kita ni robot saja." Ya bos aku itu rakyat juga yang patut dibela nasibnya. Hai! Macam manalah hangpa nak perintah ni wahai Pas!

Tengah sibuk tulis, bahagian sastera harakah hari ni. Aku tak berani nak 'pederaih' untuk mintak sampai dua halaman. Bagaimanapun, hal itu aku sentuh juga lewat tulisanku kali ini.

Melihat emas turun, 1 Dinar (RM537.00) hatiku kepalang gumbira. Semoga harga esok, Jumaat akan sama lagi dengan harga Khamis. Kalaulah masih kekal pada harga ini - aku gadai lagi untuk beli emas yang baru. Itu pun jika stok mereka masih ada!

Di Ampangan
Selepas Isyak, ambil Harakah lalu mengirimnya ke rumah Alo. Akhirnya, aku dapat tahu bahawa Green Boc adalah admin bawah cikgu Z dan dia pernah terkenal dalam Mahazalim dulu.

"Jadi, dia ambil artikel enta yang ditulis kepada TGNA, kemudian dia kata macam-macam dekat Harakah," kata Alo lagi. "Akhirnya, orang tuduh enta yang bagi bahan tu kat GB."

Aku dengar Husam sudah buat penjelasan, takut nanti timbul isu KP Harakah dipengaruhi orang lain pula. Kata Alo, pimpinan atasan minta tulisan tu dibuang. Aku pantang dengar bab-bab ni.

Tak boleh nak tulis langsung. Aku tulis kerana nak tolong kawan. Tetiba kesakitan Alo sudah pun dipolitikkan oleh insan-insan politik ini. Kalau mereka jujur nak bantu, tak payah sengketa, terus sajalah bantu orang yang sedang dalam kesusahan. Ada ka patut tulisan aku di DD nak dibuang?

"Huh! Depa ingat depa boleh kawal semua..." kata Alo, sambil tangannya menopang dagu. Dan, aku merenung riak wajahnya. Dia tak puas hati, tapi tak dapat nak luahkan segala-galanya!

####################################

22 Zulhijjah | 9 Dis. (Rabu)
Ambil emas Public Dinar di KBI Kg Baru, 2 keping. Kelmarin bayar, tapi tak sempat ambik sebab orang yang jaga emas tu cuti. Akhirnya, hari ni baru dapat. Hatiku mengembang melihat aset!

Aku himpit dengan pertanyaan, "Tak nak buat iklan ker?" Dia jawab, "Bab ni kena refer Taman Cemerlang." Aku perlu sedikit masa untuk cari maklumat baru mengenai harga iklan.

A Christmas Carol' Trailer HD


Ke Capsquare, menonton A Christmas Carol, lakonan Jim Carrey. Dalam hati, ada juga keinginan nak terjemahkan. Tapi, aku juga takut menerima nasib yang sama seperti Munsyi Abdullah yang digelar 'Abdullah the Fathery' (Paderi Abdullah).

Selepas tamat tayangan sekitar jam 7 petang, aku ke kedai buku Times Capsquare. Aku tertarik dengan sebuah buku mengenai sejarah Singapura dalam bahasa Inggeris.

"Ada dalam BM tak?" aku bertanya kepada kerani kaunter. "Tak ada," jawabnya ringkas. Lalu, kami berborak panjang mengenai langkah prosedur nak terjemahkan buku itu.

Akhir bualan, aku himpitkan dengan pertanyaan, kalau-kalau mereka suka iklankan produk dan syarikat mereka sendiri. Tapi, aku nampak agak sukar.

"Kami tak banyak iklan, buka kedai, bila berkembang, kami tutup balik," kata kerani itu.

Balik ke SPKB. Siapkan bahan Scrooge, hantar to ttuuutt... Aku tersandar keletihan dan sms Alo masuk menyusup, menyelinap ke dalam hp, mengajak hadir ke Ampang. Tak sempat balas, zzz...

Currently have 0 comments: