Urusan pengiklanan, sms 014-3233287 @ mel-e ibnuamir@yahoo.com, subjek: Iklan Karya Fansuri
Latest News

19-21 Zulhijjah | 6-8 Dis. (Ahad-Selasa)

Sunday, December 06, 2009 , Posted by nota untuk Syiah at 1:36 AM

21 Zulhijjah | 8 Dis. (Selasa)
Emas dah 'sold-out' di Sg Petani dan Jalan Raja Laut KL. Di Alor Setar masih ada stok 1 Dinar. Kesedaran orang utara belum ada lagi kot?

Yang hairan tu, pagi tadi, graf emas siap dipaku turun menyusut pada -7.20. Tetapi harganya naik juga sampai RM546 sekeping. Kelmarin, RM542 sekeping. Musykil-musykil.

Menurut Ar-Rahn Sg Petani. Stok emas yang baru tu memang ada, tetapi kena tunggu dulu. Ish, susah kalau pembeli dan penjual dah sama-sama bijak ni. Hari ni, memburu emas saja!

Akhirnya mau tak mau, terpaksa beli dinar emas dekat KBI Kg Baru. Beli 2 keping dengan harga tuuuttt... Tengok harga emas jatuh ni, terasa rugi pulak beli tadi. Rasanya, depa pekup emas juga esok ni kalau harga emas jatuh lagi.

El-Fansuri The Great!


Ust Azizan, MB Kedah dah minta kita tegur ‘kezaliman’ Kedah. Aku rasa mak kak Syidah di Kg Paya Kelubi tu perlukan bantuan juga. Ish, bila Harakah nak jadi akhbar berkebajikan ni!?

Haidi juga call, diganggu lembaga di Terengganu. Hampir-hampir aku nak bagi dia no telefon pak Z yang aku dapat dari bro Ilias RHB yang kutemui kelmarin. Bualan terhenti sebab bateri weak.

Emak call, depa dah tiba di SP jam 7 petang tadi. Esok baru balik Pendang. Syukur alhamdulillah!

Malam ini, baru kuhantar bahan ke Harakah, entah depa nak pakai atau tidak. Alo khuatir kalau ada pihak mendakwa semua itu akan mengundang kesan bahawa pimpinan parti tak prihatin ke atas nasibnya yang sedang uzur dan sedang menerima rawatan.

"Ada pihak atasan parti yang kurang senang dengan tulisan GreenBoc baru-baru ni," katanya. Green Boc!? Pernah aku dengar dan kulihat nama ini. Tapi, entah di mana ya?

Sikap Usman Awang lebih jelas!
Bagaimanapun, dalam hal ni, aku teringat kisah Usman Awang dalam Tulang-tulang Berserakan. Katanya, kalau tak tulis, nescaya pihak atasan tak diambil perhatian. Kalau ditulis, marah pula.

Jadi, dalam hal ini, kita nak pilih haluan mana satu? Patutlah Alo pesan sejak petang tadi, jangan tulis dan ceritakan hal tabung. Tapi, nak buat macam mana? Sampai RM18,000 sekali operation. Dia tidak ada pilihan sangat. Insurans tak cover diabetes. Pimpinan parti nak 'cover' sangat ker?

Huh! Dah jadi macam ni, barulah sama-sama ambik pot. Urgh! Urgh! Urgh! Nama Ali, sentiasa la aku melawan. Namaku Ali. Seperti Ali bin Abi Talib, aku memang sedia bersengketa!

Perang Khandaq.flv


Sabda Rasulullah s.a.w, "Sesungguhnya pukulan Ali dalam Perang Khandaq lebih utama dari ibadahnya penghuni langit dan bumi."

Tetapi, Saidina Ali juga ada menyatakan bahawa mata pena itu ternyata lebih tajam daripada mata pedang.

Namaku Ali. Dengan mata pena aku ini, akan aku siat-siatkan wajah keangkuhan insan sombong bagaikan daging lembu yang dikorbankan dalam hari raya Aidil Adha baru-baru ini! (He.. he.. he)

Filem Iran: Perang Khaibar sub: Bahasa Melayu


#################################

20 Zulhijjah | 7 Dis. (Isnin)
Aku rasa, pagi tadi abah, mak, kaktie dan kinah pulang ke utara. Petang tadi juga, urusan mendenyutkan nadi akaun bank sudah pun berjaya separuh.

Gadai 5 keping, dapat kubeli 1 dinar emas - RM542. Mereka tak bagi beli lebih agaknya. Mungkin, depa tau dah la teknik pelabur emas yang nak memanipulasi harga macam daku ini.

Dapat idea baru antara Maghrib - Isyak kat Masjid Jamek Kg Baru. Tak sepatutnya gadai hanya kerana mahu mendenyutkan nadi akaun. Kita boleh cipta ibu duit. Koman-koman kena ada 'ibu duit' RM2,000 untuk hidupkan akaun tiap bulan. Ish, jangan silap paham pula konsep ibu duit ni.

Adakah emas akan menyusut lagi?
Pabila kulihat pada malam ni, ada potensi emas menyusut lagi, hatiku melonjak-lonjak kesukaan. Semalam emas 'close' 1161.40 lalu ia turun lagi ke paras 1142.70 tadi. Kalau naik pun, janganlah banyak sangat.

Tapi sukar diramal jua, apakah ia akan turun esoknya. Kalau melabur emas ni, naik pun untung, jatuh pun untung juga kalau kita tahu cara nak memanipulasikan, tepatnya memanfaatkan harganya.

Melabur dalam RHB Islamic Unit Trust
Di Sogo brader Ilias bercerita mengenai amanah saham Islam RHB. Dia macam berminat dengan emas apabila aku bercerita mengenai emas yang aku beli.

"Nampaknya, Amir dah pandai sedikit bab-bab melabur ni," katanya penuh minat. Dia tersasar memanggil nama ayahku. Rupa-rupanya, dia ni selalu dok baca tulisan aku dalam Harakah Daily.

Bualan kami berubah ke tajuk insan dengki dan sakit hati dalam pejabat. Sampaikan dia bertemu seseorang yang boleh 'scan' apa yang berlaku pada rumah dan pejabatnya. Ilmu hitam. Biasalah!

Masih ada lagi orang-orang ganjil seperti ini. Sebab itu, Malaysia ni terselamat dan terhormat. Ia bukan dikeranakan oleh Najib Razak.

Nampak menarik juga pelaburan ni. Sikit-sikit melabur. Minimum RM1,000. Paling penting, kita kena melabur dengan penuh keikhlasan, kejujuran dan kefahaman yang penuh. Lupa nak tanya brader tu - adakah TV Alhijrah tu membuka sahamnya kepada orang-ramai?

ALO makin 'sihat'
Ke rumah Lutfi, kirim dua timbunan akhbar (50 naskhah) Harakah dari pejabat. Banyak benar yang dibualkan. Kami menyemak semula kerja-kerja yang boleh dimanfaatkan dalam masa yang masih berbaki.

Sempat kulayangkan idea mengirim askar-askar baru untuk berperang di Sandakan selama 3 bulan. Kalau payah-payah sangat, kirim aku sebagai perintis pertama untuk jadi leftenan, jeneral atau kolonel di sana untuk ajar anak-anak puan Norhatta boleh baca akhbar dan al-Quran juga.

Kenal huruf, siap lengkap boleh menghitung dan mengira. Aku sasarkan sampai ahli keluarga itu boleh buat blog sendiri, menulis blog mereka dalam BI adalah keperluan juga agar derita mereka ini tersiar sampai ke pengetahuan United Nations, PBB. Blog ni kan World Wide?

"Kita boleh la beri sikit upah kat mereka yang nak mengajar anak-anak Norhatta ni," kataku. Alo terdiam. Mungkin, belum nampak apa-apa yang bersarang dalam fikiranku. Memang, bukan senang nak bagi orang faham apa yang kita nampak.

"Azam ana lepas sihat sikit, nak betul-betul jadikan Harakah sebagai akhbar berkebajikan," katanya. Katanya, biar sampai ada sisipan khas bidang kesihatan macam Mingguan Malaysia tu.

Lima biji karipap dan air milo. Berulamkan limau sunkis. Dan malam pun dijerut masa hingga 11 malam. Di luar ada salakan anjing, lolongannya menikam langit selepas hujan. Daku pun pulang.

#################################

19 Zulhijjah | 6 Dis. (Ahad)
Filem 'Raising Helen', ialah kisah suka duka seorang agen model, Helen Harris (Kate Hudson) yang terpaksa berdepan karenah 3 anak saudaranya. Baru tamat menontonnya jam 6 tadi.

Aku tertarik dengan mazhab Lutheran. Pernah dengar, tapi tak pernah menyelidikinya sedalam-dalamnya lagi.

Emas sudah turun! Mari kita beli lagi!

Ya!! Emas turun banyak sekarang!! Esok boleh guna teknik gadai dan beli emas ketika harga emas turun.

Duit tu boleh hidupkan nadi kedua-dua akaun. Tuhan buka jalan fikiran baru. Thank God!

Menurut sms Kaktie, malam ni kami semua ada acara makan nasi lemak ayam di Bangsar, tepi Jalan Riong, berhampiran dengan NSTP tu. Kebetulannya, baru tadi saja abah call.

Jadi, aku akan serah memoir Boestaman yang abah nak baca tu, insya Allah. Kalau sempat, boleh cari kat mana Muslim Aid tu.

Akhirnya kami makan malam nasi lemak Kg Baru sebab abah tersesat di Jalan Travers. Aku dah serah memoir Ahmad Boestamam dekat abah. Mereka pulang ke rumah sewa Masyi ikut Sg Besi setelah aku bagi petunjuk tadi. semoga depa tak tersesat lagi. Esok depa balik Pendang.

Kesesatan! Ah! Mereka baru sesat jalan di dunia, aku sudah pening, penat, bercambah kerisauan dan bertunas kekhuatiran. Kalau sesat dalam perjalanan di dunia menuju akhirat, how come~!?

"Kalau nak balik bagi taulah," kata mak dan abah. Aku tahu boleh saja aku balik lagi. Tapi entah boleh ke tidak. Banyak benda nak dibuat di ibu kota.

Currently have 0 comments: