Urusan pengiklanan, sms 014-3233287 @ mel-e ibnuamir@yahoo.com, subjek: Iklan Karya Fansuri
Latest News

14-18 Zulhijjah | 1-5 Dis. (Selasa-Sabtu)

Tuesday, December 01, 2009 , Posted by nota untuk Syiah at 3:10 AM

18 Zulhijjah | 5 Dis. (Sabtu)

Tiba di Jalan Duta dalam 5 pagi. Kami tak berhenti makan pun di mana-mana. Aku dan family berpisah kat Jalan Duta. Ambil motor lalu tiba di SPKB.

Pegi Ampang malam ni ziarah bos. Sekali operation tu, RM18K. Aduhai teruknya nak kena bayar. Masih ada dua saluran darah yang tersumbat. Jumaat depan dia nak kena operation lagi.

Aku catat beberapa hal yang dia sebut. Isnin malam Selasa, dia balik awal dari pejabatnya, sebab rasa tak sihat. Kemudian, sesak nafas dan badan panas. Selasa, Husam datang ke rumahnya.

"Memang Allah gerak Husam mai rumah," katanya. Berapa kali check di HUKM depa tak check jantung. 17 Disember, barulah ada appointment untuk check jantung di HUKM. Mujurlah Husam bagi idea awal untuk check jantung di HSC Medical Centre.

Kata bos, operation tu menelan masa selama 45 minit saja. Tapi sampai petang barulah dia boleh balik rumah. Antara idea penting yang bos kemukakan tadi ialah - biarlah Harakah ni ada tabung kritikal dan urgent. Bukan untuk staf saja, tapi untuk sesiapa saja yang perlukan bantuan.

"Kalau nak ikutkan saluran biasa, kena ada prosedur, lambat, walhal kita nak gunakan duit tu cepat," katanya. Sebelum balik bos bagi sekeping gambar aku yang masuk dalam Utusan dengan NY of BH yang tengah dok 'posing', pegang risalah mansuh PPSMI di Sogo sebelum ni.

Besar 3 kolum jer, kata bos. Kelmarin, bila aku tanya NY, dia kata besar sangat. "Sebesar alam," kata NY ketika dia sedang 'drive', masa terperangkap dalam jam di lebuh raya Karak.

Gambar itu dirakam masa penubuhan GMP untuk mansuhkan PPSMI. Fuh, mahal betul gambar nih! Setelah memakan dua biji samusat berulamkan dua, tiga cawan milo, aku beredar minta diri. Terlupa pulak aku nak tanya, apa khabar keluarga Norhatta (mangsa ISA) di Sandakan. Adus!

Semalam juga hatiku dirawat oleh chat bersama Mrs. Minfong Ho. Dia ada di Singapura lani. Lagi 2, 3 bulan lagi dia balik Holland Village, Singapura. Keluarganya ada sana. Lepas ni, minta Anwar, Nurul Izzah dan ALO tulis prakata sikit dalam novel. Moga berhasillah pekerjaanku ini. Ameen...

##################################

17 Zulhijjah | 4 Dis. (Jumaat)
Intan chat dengan aku tadi. Katanya gambar aku dengan NY of BH dah masuk muka tengah dalam Utusan Malaysia hari ini di muka tengah. Tengah edar risalah PPSMI, katanya.

"Kak Nyza kata gambar awak tu takda kelas," katanya. Responku cuma, "He, he". Gambar itu, aku mesti cari juga untuk dimasukkan dalam memoir aku kelak, insya Allah.

Malam ini, baru bertolak pulang ke KL bersama keluarga. Melihat nota Don Pon yang mahu ajak daku bermain badminton tadi, hatiku digerak rasa teringin, tapi apa kan daya. Daku masih di sini membungkus kesepian sendiri di daerah ini. Chewah! Falsafah.. falsafah..

Sebenarnya, nak balik KL Isnin lepas lagi. Sebab itu, dinihari tadi brader Pyanhabib chat dengan aku lewat Facebook, dia dok tanya, bila nak lepak-lepak dengan dia di Muslim Aid, Bangsar?

"Sorry bang, plan tertukar, Sabtu baru ada di KL," demikian daku berkata.

"Tak pa, balik sini, tukar plan balik, then call la," balasnya. Hajat besar benar nampaknya dia nak promote Muslim Aid. Kelmarin, abang Wan Z tanya aku kalau-kalau boleh cover satu projek di bawah Dr Halimah Ali.

Aku kenal brader Wan Z masa Harakah kena gantung dan kebetulan si dia ini pengedar Harakah dan Suara Keadilan. Kepercayaan beb! Kepercayaan. Depa mungkin tak tau betapa sukar bahan tu nak masuk paper dalam keadaan tak seperti dulu. Dulu, senang jer aku 'up' bahanku sendiri.

"Kita bertolak malam ni, bayar tol murah sikit," kata abah. Tadi, sebelum makan tengah hari ni abah lantik aku jadi 'wasi', waris kepada asetnya dalam Bank Persatuan. Aku jadi bangga kerana dapat kepercayaan itu. Sedikit demi sedikit, harta pusaka mengalir sebagai amanah ke atasku.

Movie free, sapa nak ikut?
Dapatlah hadiah menonton filem percuma New Moon, lakonan girl friend daku, Kristen Stewart. Filem ini mriwayatkan babak sengketa antara werewolf dengan pontianak. SAKSIKAN...

New Moon Official Trailer 2009 - Coming Soon on November 2009


Tengah solat Jumaat tadi, terfikir lagi niatku untuk wujudkan pustaka di Masjid Ar-Rahmaan ini dan kalau ada peluang, aku ingin membumikan hasrat untuk melihat keluarga Norhatta (mangsa ISA) di Sandakan ada pendidikan, menjadi 'wali' pustaka di mana-mana masjid di Sandakan.

Hanya melalui pendidikan, ilmu pengetahuan, maka insan akan dapat menaikkan mutu dan taraf hidup mereka yang asalnya hidup miskin dihimpit derita. Kalau ada duit, boleh aku pi Sandakan.

Bolehlah aku jadi guru yang mengajar mereka membaca, pandai menghitung, pandai update blog depa sendiri untuk berbicara dengan umat antarabangsa. Nanti boleh aku update perkembangan depa dalam Harakah atau kat mana-mana majalah yang nak siarkan kisah mereka, insya Allah!

##################################

16 Zulhijjah | 3 Dis. (Khamis)
Aku belum tidur lagi sejak semalam. Masih menterjemah RWR bab yang terakhir. Tamat terjemah 9:27 - 28 pagi tadi. Melihat ayat terakhir dalam bab berkenaan, hatiku dibalut kerisauan.

Pabila banyak kerja berlonggokan, jiwa bertindan kekhuatiran, bagaimana kita mahu lena, lelap untuk menenangkan fikiran!

Inthorn mati dan debunya diambil Jinda, dilempar ke dalam sawah bendang. Agak 'feeling' cara Minfong Ho menutup babak terakhirnya itu. Tetapi, aku mula diserang syaitan yang masuk menyelinap ke rongga batiniahku. Cis! Bedebah!

"Hey you, ni siri ke-62, siri terjemahan kau yang terakhir. Nabi Muhammad pun wafat usia 62 tahun dan macam mana dengan Alo?" tidak habis-habis racauan syaitan itu sejak semalam.

Aku usir hembusan syaitan itu dengan jerkahan sulungku, "Hey, Jinda lempar debu ayahnya ke dalam sawah tadi, untuk melahirkan tunas-tunas padi yang baru. Walau apa terjadi aku tetap setia berada di landasan ini. Kau apa peduli?! Segera nyah dari sini!"

Jam 8:30 pagi tadi, Alo start operation. Aku selak Harakah Daily, tak nampak perkembangan pa lagi. Ya Tuhan, perjuangan ini bukan belum selesai, tapi perjuangan ini baru bermula!

Itu jugalah ayat sms yang aku kirim lewat sms Alo pagi tadi seusai solat Subuh. Entahlah sempat dia baca ke tidak? Aku juga suruh dia baca Qulhuwallah sebanyak-banyaknya...

BTN mula diharamkan di Pulau Pinang, tahniah!
Syukurlah BTN dah diharamkan di Pulau Pinang-tempat nama kami, pelajar kewartawanan BK dikotori oleh najis-najis BTN. Aku rasa nak kirim surat ucap tahniah kat Dr Maamor, i'Allah!

Sy. Balqis editor Mahasiswakini telah mengapung tulisanku itu di laman sesawang berkenaan. Sekali lagi, terima kasih! Mesej permintaan untuk ditampalkan tulisan itu ke dalam laman siswa berkenaan telah disampaikannya lewat Facebook. Tulisan itu juga menyangkut hal-ehwal BTN.

Malam
Petang, jiwa dan fikiran terasa lapang. Alo sms, "Dr bgtau baru selamat buka satu saluran, dua yang terseumbat tu kena buat lagi Jumaat minggu depan. Doakan..." Moga selamat ya syeikh!

Malam ini, ternampak kelibat Cikgu Mie Teras Perpaduan Melayu berucap di pentas forum hal ehwal Islam. Melihat Dr Fadzley berceramah, berlapik al-Quran dan al-Hadis. Ada harapan juga la artis-artis di Malaysia ni untuk kita bermuzakarah dengan mereka ni.

Ertinya, sebelum forum, orang macam dia mesti buat persiapan untuk bercakap, siap hafal hadis dan ayat al-Quran sebagai modal ceramah tu. Kita mesti kreatif buka medan dakwah, bukan kat masjid, surau dan madrasah saja. Semoga berjaya semuanya. Ameen ...

##################################

15 Zulhijjah | 2 Dis. (Rabu)
Mengarang kisah Alo di Detik Daily. Sekitar 8 malam, beliau mengirim sms kepadaku berhubung keadaan jantungnya yang tak stabil. Tiga saluran darah itu perlu dirawat secara by-pass.

Aku teringat, arwah Ustaz Fadhil Noor pun meninggal dengan sebab pintasan jantung ni. Ish, nauzubillah min zalik! Ya Allah, lewatkan ajalnya kerana ada banyak lagi perubahan yang perlu dilakukan di bumiMu ini, Ya Rabb..

Hamba anak sulung ya Rabb, tak dak abang dan tak ada kakak. Maka, Alo itu kuanggap sebagai saudara dan abangku sendiri. Sakit peningnya aku rasai dan deritanya telah menyerap ke dalam pembuluh darah dan berselirat dalam nadiku sendiri.

Aku dan Alo, "Satu Zat, Satu Urat!" meminjam ucapan pujangga agung Indonesia, Chairil Anwar lewat puisinya saat terkenangkan Bung Karno (Sukarno). Jika Alo itu Batman, akulah Robinnya.

Doa bala untuk Najib


Apa yang Najib Razak takut sangat ni? Nik Aziz kata, kalau kau ada bakat ke arah kebaikan, jadi Allah akan bagi petunjuk kepada kau wahai Najb untuk bertaubat, kalau tak ada, bungkuslah.

Jadi, kalau hang cerdik duhai Najib, serahkan balik royalti petroleum tu kepada rakyat Kelantan, maka bala Tuhan itu akan termansuh dengan sendirinya, insya Allah. Ish, kalau nak ulas panjang jugak ni. Hangpa pun mesti boring dah dengan politik ni.

Dr Asri Jawab Ustaz Uthman Muhammady


Siri 2 - Apa Kata Dr Fauzi Deraman


Rakan-rakan yang ada lanjutan keseluruhan isi forum Al-Kulliyyah ini, harap dapat beritahu diri ini, sebabnya saya nak lihat keseluruhannya. Lama tak tengok debat secara berdepan ni.

Perubahan bermula daripada tindakan kita sendiri!
Petang tadi, Akmal call, bertanyakan hal emas. Dia sudah ada keinginan untuk beli, menyimpan emas tersebut. Bagus! Saya pun tasykil dia mengenai beberapa perkara. Semoga dia berjaya!

Aku baru sedar suatu perkara. Untuk membuat perubahan, kita perlu bertindak terlebih dahulu untuk meyakinkan orang-ramai terhadap segala ucapan dan pemikiran kita.

Aku kena buktikan tindakan aku berbekas dan menulis setiap hari, membukukan, dokumentasi segala penulisan dan edarkan biar khalayak baca. Aku kena jadi macam Karl Marx barangkali. Si miskin yang kerjanya mengarang setiap hari, lalu ideanya telah membangunkan Soviet Union!

Aku kena jadi macam Ali Shariati; arkitek Revolusi Iran; si penanam benih untuk kemajuan Iran manakala benih revolusi itu bertunas, ia dituai oleh ulamak Syiah, Ayatullah Khomeini.

Ali Shariati pendahulu eranya, dan ulamak Syiah itu pengekornya. Ali Bukhari penghulu era dan ulamak Pas itulah pengekornya. Opss... sorry ya syeikh, ana terperasan sat! Jangan marah aaa...

Petang tadi, daku call Tn Shukri of DM. Nampaknya, dia sibuk di pejabat. Maka, terpaksalah aku mel-e kepadanya segala persoalan dan pertanyaan yang berlimpah di benakku selama ini.

Helpless victims of merciless sex predators


Di sini, ada satu isu menarik juga. Tapi, kita nak fight pun susah dengan sebab tak ada kewangan yang mencukupi. Malaysiakini ada kewangan dan ada kesedaran. Pas belum capai kesedaran lagi agaknya. Kesedaran-kesedaran perlu dibangunkan.

Dan, wang-wang parti janganlah lagi tercurah ke dalam tangan insan yang tak bertanggungjawab sehingga menyebabkan gaji para wartawan, pemberita itu kena potong! Potong! Potong! Potong!

##################################

14 Zulhijjah | 1 Dis. (Selasa)
Mak dan abah ajak aku melihat Taman Wawasan. Hajat di hati memang nak pergi tengok, tapi dek kerana kantuk petang ini, maka tiada aku dapat pergi melihatnya.

Dan keputusan balik ke KL tercapai - dijangka Sabtu ini, on the way abah dan mak ke KL untuk menghadiri kenduri.

Dalam sehari dua ini daku makan daging korban sahaja. Makan makaroni pun dengan daging korban. Hal ini menyebabkan Ibah dok tanya aku mengenai daging korban kat Kemboja tu. Apakah benar-benar sampai daging korban tersebut.

"Ooo..nak buat aqiqah kat Hakim?" aku bertanya setelah menghidu bau fikirannya. Dia angguk. Setahu aku, masa aku pi Kemboja dulu, daging korban tu memang sampai. Tak tau lah kalau ada geng korban yang sapu duit orang dan duit tu tak sampai-sampai kat orang sana.

Kemungkinan kedua, sedikit penyelewengan berlaku. Ini mesti dan mungkin ada. Harga seekor lembu di sana lain dan kita tawarkan di Malaysia dalam iklan lain pula.

Hai, sampai bilalah kaum Melayu Cham di sana akan bebas daripada ikatan belenggu kemiskinan ni? Nampak tak berubah jer walaupun orang masuk keluar pi sana berulangkali.


Currently have 2 comments:

  1. Anonymous says:

    僑泰廚具網專營 系統傢俱,客制化系統家具,廚具,歐式廚具櫥櫃,系統櫃,家具工廠,系統家具工廠,本公司採用全自動化加工設備及各式大型半自動生產機具及一流經驗操作人員和嚴格的品質管制,提供室內設計為客戶生產精緻完美,高品質的產品。歡迎參觀指教喔!

  1. Aku Azman says:

    Malam ini, saya dan fahmi nak pi main badminton, kalau nk join sambil bicang masalah umaat, marilah ke Gelanggang Badminton Uitm selepas maghrib