Urusan pengiklanan, sms 014-3233287 @ mel-e ibnuamir@yahoo.com, subjek: Iklan Karya Fansuri
Latest News

11-13 Zulhijjah | 28-30 Nov. (Sabtu-Isnin)

Friday, November 27, 2009 , Posted by nota untuk Syiah at 10:42 PM

13 Zulhijjah | 30 Nov. (Isnin)
Semalam abah mengemukakan wasiat. Sudah berlaku pengagihan harta-harta sepencarian dengan mak. Kami dah berkumpul semua.

"Saja abah nak bentangkan pengagihan ini awal-awal supaya nanti tak ada masalah timbul," kata abah lagi.

Dalam pembahagian itu, rumah di Pendang diletakkan atas namaku dan rumah Tok Langgar diletak atas nama adik lelaki, anak mama.

Bagus juga dibuat awal-awal. Kita tak tahu maut akan tiba bila. Aku lihat, tiada banyak pergolakan melainkan sesekali timbul riak kecil.

Abah dan mak, barangkali kasihan melihat untung nasib hidupku yang tenggelam timbul. Kerana itu, barangkali dilebihkan sedikit diriku ini. "Lagi pun, anak lelaki banyak tanggungan, kenalah jaga mak," kata abah. Aku diam saja, tanda bersetuju.

Apa yang penting, di akhir setelah hampir tamat syura, abah berkata, kami semua baik-baik, tak ada kes macam anak-anak kawannya yang lain. Kami berbangga mendengarkan hal itu.

"Kawan-kawan abah yang lain sekejap-sekejap kena pegi balai polis sebab anak masuk lokap, merempit, ada yang hisap dadah," kata abah lagi, mengenangkan rakan-rakan sejawatnya.

Petang ini, Izral, jiran kami walimah, kendurinya 'buffet' - teh tarik, cucur udang, koteaw kerang, nasi minyak dengan lauk ayam masak kicap etc.

Ya Allah, Tuhan Yang Maha Glamer, Glamerkanlah diri ini!
NY of BH, bertanya apakah daku masih di kampung. Dan Ana di Flora Damansara sms bila boleh jumpa untuk jadi agen hartanah? Fuh! Terasa diri ini VIP pula. Baru semalam jer jadi wira.



Hamba bukan gila glamer, ya Rabb, tetapi hamba minta supaya suara hamba ada di mana-mana. Kaki hamba di Benua Eropah, tangan hamba mengikat ekonomi IndoChina, akal hamba menujah ke Benua Asia, hati hamba di Benua Arab, jiwa hamba di Timur Tengah.

Seperti mana Kau berikan kerajaan besar dan agung kepada Raja Zulkarnain dan Raja Sulaiman, maka anugerahkanlah kerajaan yang sama hebatnya kepada diri ini...

Ya Rabb, Tuhanku Yang Maha Glamer lagi Yang Maha Femes... dengan segala keglameran serta kefemesan diriMu, glamerkan dan femeskanlah diri ini... Ameen...

Najib takut doa Nik Aziz? Muhyiddin minta Lim Kit Siang masuk BTN
Ketika menaip ini, tersiar berita Najib Razak meminta Nik Aziz meminta maaf atas keterlanjuran Nik Aziz berdoa meranapkan Najib dan Umno.

Itu hak Nik Abdul Aziz untuk berdoa, TGNA mewakili hak rakyat Kelantan seluruhnya, memang Najib rampas hak rakyat K'tan dalam kes royalti minyak petroleum itu. Itu kan zalim namanya?

Doa orang yang dizalimi itu tiada batasan. Mungkin Najib faham juga hal-ehwal agama ini. Takut juga dia dengan doa-doa orang yang dizalimi ini. Aku pun berdoa juga, minta-minta Najib matilah dia, sama seperti bapak dia Abdul Razak mati sakit dulu. Ameen...

Muhyiddin pula mintak Lim Kit Siang masuk BTN untuk lihat sendiri corak perjalanan BTN. Ish, kalau Lim Kit Siang diketahui masuk, tentulah depa dah set berceramah yang baik-baik saja.

Lama-kelamaan.. nak marah kat Umno pun tak jadi. Nak tergelak pun ada. Maha suci Engkau ya Allah yang telah pun mengirim Umno sebagai badut-badut yang bodoh, bangang, bengap sebagai watak bebal guna menghiburkan kita semua, rakyat Malaysia. Subhanallah ...

###########################

12 Zulhijjah | 29 Nov. (Ahad)
Protokol Fansuri a.k.a Protokol SPKB dengan ini telah menyatakan-

Bahawa, pada masa yang akan datang, Kerajaan Pakatan Rakyat itu mestilah menjadikan hal-hal berikut sebagai keutamaan mereka.

1. Merancang suatu pekerjaan agar suri rumah itu bekerja di rumah dan mendapat gaji tetap untuk membantu ekonomi keluarga. Cara ini menyebabkan anak-anak selamat kerana tidak perlu bergantung kepada tenaga kerja pembantu rumah, pengasuh anak dari Indon.

2. Menjadikan beras/padi sebagai bahan komoditi negara. Kalaulah tidak berjaya menjadikan padi sebagai bahan komoditi, memadailah status padi sebagai bekalan makanan ruji yang mencukupi makanan rakyat dalam negara sendiri. Pendek kata, Malaysia jangan lagi import beras!

Sikap Najib Razak menjadikan Sulawesi sebagai jelapang padi yang baru perlu dinilai juga dengan lebih berhati-hati. Sikap Indonesia sebagai rakan di Nusantara ini kadangkala merimaskan.

3. Malaysia mesti jadi tenaga penggerak untuk membentuk matawang Asia yang mana kedudukannya seperti matawang Euro, tetapi nilai matawang Asia yang baru ini mesti ditambat kepada nilai emas. Setelah semua ini tercapai, maka hendaklah digalakkan supaya segala jual beli dan kegiatan perdagangan serantau antara negara-negara menggunakan matawang Asia ini.

Glamor di BH (kah! kah!)
Baru terjumpa gambarku di Berita Harian. Cobalah teka di mana diri ini telah 'bersembunyi'?


Itu glamor BH. Tapi, yang membuatkan diri ini makin segan ialah klip video ini, ish, segannya...



Tengok saja ya, jangan dikutuk tau! Aisehmen! Betapa segannya diri ini ... ;)

###########################

11 Zulhijjah | 28 Nov. (Sabtu)
Beraya dekat Sik, makan daging korban. Keponakanku, Sarah balik sekali ke Sik. Sesekali balik beraya dan mengambil peduli hal-ehwal kerja sepupu, saudara mara, adik-beradik ni ada banyak faedahnya.

Di Sik, Kedah, aku cucu sulung. Jadi, kedudukanku lebih dihormati.

Entah kenapa, sejak semalam sampai ke hari ini, batinku selalu saja ada di Sandakan, apakah yang sedang terjadi ke atas keluarga puan Norhatta dan anak-anaknya tanpa ayah mereka di penjara Filipina.

Abdul Jamal Azhari bekas tahanan ISA. Kali terakhir, berita kesakitan beliau aku dengar melalui ALO. Dalam hatiku sedang berperang, bergolak, adakah aku perlu setia berada di sana untuk beberapa bulan guna membuat kajian, penyelidikan berhubung kekurangan mereka yang perlu dibantu? Ingat nak tulis sikit tentang nasib mereka ni...

Malam
Makan besar dengan keluarga. Dan, daging lembu yang aku siat-siat dekat rumah makcik Gayah dengan mak tadi, telah kami nikmati malam ini, kami jadikan menu bihun sup. Slurp!! Fuh selera sungguh. Malam ini juga dapat kiriman sms Don F - ada tanah kosong depan rumah MB Kedah.

Tiada keputusan dibuat. Melihat gmailku, lalu terlihat invitation FB dari YB Saifuddin Abdullah, orang kuat PKPIM dulu. Kini beliau adalah Timbalan Menteri Pengajian Tinggi.

Sesudah kuselongkar sedikit sebanyak dan kutinggalkan beberapa catatan di dalam FB dia, daku terjumpa suatu penemuan yang berjaya mengheretku kembali kepada kenangan, nostalgia lama di kampus saat daku bertembung dengan HEP di universiti.

Facebook Hour @ USM, Penang


Encik Nazru seorang pegawai HEP sedang bersantai berdekatan di sebuah warung makan sambil YB Saifuddin Abdullah menggodam Facebook. Dia inilah yang punya ghairah besar nak menahan aku semasa aku student dulu. Hangpa tengoklah sendiri YouTube di atas tu betul-betul ya...

Currently have 2 comments:

  1. f says:

    Cehhhhhhhhhhhhhhhhh

  1. he... he... he...