Urusan pengiklanan, sms 014-3233287 @ mel-e ibnuamir@yahoo.com, subjek: Iklan Karya Fansuri
Latest News

8-10 Zulhijjah | 25-27 Nov. (Rabu-Jumaat)

Thursday, November 26, 2009 , Posted by nota untuk Syiah at 10:36 AM

10 Zulhijjah | 27 Nov. (Jumaat)
Di Masjid Ar-Rahman, aku tiba awal. Aku puas hati kerana dapatlah kulaungkan takbir - ia kenikmatan yang telah lama aku tinggalkan.

Kemudian, abah pun tiba dengan jubah hijau pudar dengan ketayap tinggi dililit serban seperti pakaian orang tarekat. Dia duduk kat saf depan. Dia jadi khalifah kedua melaungkan takbir diikuti orang lain.

Balik rumah, aku ikut jalan lain, lewat ke pekan Pendang. Memang, abah pun cakap, nabi minta kita pergi masjid, ikut jalan lain. Pulang pula, mesti melalui jalan lain. Ia bertujuan, nak tunjuk kepada umat lain bahawa umat Islam ini ramai sekali!

Inside Mecca - Part. 1


Sepanjang perjalanan dapat kutip tin-tin aluminium yang bersepah di jalanan. Terserempak juga dengan mak dan abah di jalanan. Depa berhenti, ingatkan motor rosak. Balik rumah aku beritahu bahawa aku sebenarnya kutip tin-tin aluminum di tepian jalanan.

Balik rumah, mengarang cerpen mengenai idea yang menyinggah di benakku tatkala mendengar khutbah raya tadi. Ada idea nak wujudkan pustaka di Masjid Ar-Rahman untuk penduduk desa.

Masjid ni ada sejarah dengan Anwar Ibrahim. Kata abah, tanduk kerbau sengaja depa simpan di situ sebagai kenangan bahawa Anwar pernah tiba di sini. Aku tercari-cari kat mana tanduk tu.

Sepanjang pagi, memang dah jadi kelaziman tugasku-memberikan duit raya kepada pengunjung cilik di sekitar kampung dan penduduk taman ini. Ada yang dah besar-besar pun, tapi masih lagi memiliki pemikiran ingin hidup meminta-minta. Jahanam nasib bangsa dan anak bangsa macam ni! Aku perlu cerdikkan anak-anak desa di sini dengan membina pustaka di masjid!

Watak Scrooge dan watak Tuan Husaini
Sekarang, filem Christmas Carol sedang ditayangkan. Mungkin sesuai aku adaptasikan di dalam karya-karyaku juga. Charles Dicken merawikan kisah hidup seorang lelaki kaya yang sombong - Scrooge. Aku ingat nak ubah sikit watak ini dalam karya aku.

Akhirnya Tuan Husaini yang asalnya bakhil ni telah berubah watak menjadi lelaki budiman yang fakih agama, melawan fikrah agamawan yang lembab, bengap dan dungu.

Inside Mecca - Part 2


Yes! Tuan Husaini meninggalkan sebuah warisannya yang paling agung di kampungnya - sebuah pustaka yang lengkap dengan kitab, buku yang berguna dan sempurna dengan internet! Itu pun, dia sudah berjuang terlalu lama untuk menolak para agamawan desa yang menentang kemajuan.

Doakan daku teman-teman, agar karyaku yang satu ini berhasil hendaknya... Ameen ...

Chat bersama Pyanhabib!
Sedang melayari internet di rumah, aku invite brader Pyanhabib dari Facebook. Tak perlu aku tunggu lama. Tiba-tiba saja, abang Pyanhabib menegurku lewat Facebook Chat.

Betapa berbangga dan gumbira sekali aku kerana dapat berbual dengannya. Aku sunting sikit agar tak terlalu panjang, dan supaya tak ada yang meleret-leret.

8:14pmPyanhabib ali!

8:16pmAli apa khabar?

8:16pmAli selamat hari raya! apa khabar encik pyanhabib?

8:19pmPyanhabib as salam! ali punya fb sat tadi da abang add. selamat hari raya haji!

8:19pmAli ya, ya, terima kasih abang. balik beraya di mana?

8:20pmPyanhabib abang tak balik (taiping). skarang kat AU4, ulu klang. mau mai rumah?

8:22pmAli ooo... boleh juga, tapi saya di pendang kedah sekarang ni. mungkin balik kl hari Isnin ni, insya Allah

kalau saya dgn kwn2 nak pi rumah, nak call abang macam mana? ooo... boleh juga, tapi saya di pendang kedah sekarang ni

8:27pmPyanhabib ooo..kalau esok, best. esok surau sembelih 7 ekor lembu, ha! isnin dah habeh la!

Inside Mecca - Part 3


8:28pmAli owh, tak pa.. kalau macam tu jumpa2 di atas kunjungan ziarah biasa2 la.. boleh la bikin story sikit ttg aktiviti teater ka?

8:32pmPyanhabib ha? teater? abang tak buat teater la! tapi kalau ali mau tulis pasal teater, pasal lukisan, pasal puisi, abang boleh info nanti. (dah jengok pi blog? dah baca kolum `luar pagar' kat mstar?)

8:33pmAli oo.. ingat abang sekali dgn Dinsman, buat teater. kalau macam tu, boleh juga bercerita ttg puisi, lukisan etc..

belum lagi jumpa blog abang, juga tak perasan yg abg ada kolum kat mstar tu. ada alamat blognya? nanti saya bukak mstar

Inside Mecca - Part 4


8:36pmPyanhabib laaaaa! pi gogel `pyanhabib'. seklarang punya entri sikit gempak, pi jengok dan senyum la!

8:37pmAli baik, baik, wait seminit!

8:37pmPyanhabib klik terus mstar dari blog tu, ha! gempak!

ops! maksudnya gempak sikit sebab ada gambar, hah ha!

8:42pmAli oo gitu ya, tunggu... internet di rumah ni lembab sket

8:45pmPyanhabib ha? dok tunggu ni, hah ha!

8:45pmAli

nota kepada pm
tuan perdana menteri,
untuk gembirakan hati rakyat:
naikkan harga getah, tingkatkan
harga padi, turunkan harga barangan,
hapuskan tol, naikkan harga sawit,
dan (barangkali) kurangkan gaji menteri.

dah jumpa dah, ha ha

8:46pmPyanhabib tu yang lama. yang baru. gogel `pyanhabib' klik 'pyanhabib'

8:47pmAli ya, ya, dah jumpa dah sebenarnya, tgh dok tgk blog abang la ni

8:49pmAli ya, tgh scroll down sekarang

8:52pmAli abg masuk muslim aid ker? dah berapa lama?

8:56pmPyanhabib muslim aid dah hampir 10 tahun kat m'sia slow publisiti. tak ramai tau tapi sangat aktif. abng baru join, dia orang minta tolong meriahkan dan bawa ramli sarip jadi icon (amy serch juga) insya-allah akan temukan dengan yusuf islam.

Inside Mecca - Part 5


8:57pmAli wah, itu cerita menarik tu, sudah dihubungi Yusuf Islam ke belum?

8:59pmPyanhabib yes! (tak kira ayat penjajah ni, ha!). nanti kita kena teh dan cakap panjang pasal muslim aid, ali boleh taruk dlam harakah!

8:59pmAli ya, ya, sudah tentu!

9:01pmPyanhabib yusuf belum dihubungi.muslim aid ini yusuf pengasasnya. kat kl cawangan asia. ada ladang biri-biri kat australia dan kilang mengetin daging di terengganu.

9:02pmAli pejabat muslim aid di kl tu kat mana ya?

9:03pmPyanhabib bangsar. nanti ali boleh ikut pergi.

9:06pmAli yuran muslim aid berapa ya?

9:08pmPyanhabib tidak. tidak kena yuran.

9:08pmAli oo.. begitu, alamatnya di Bangsar, abang boleh taipkan di sini? nanti saya pi cari

9:11pmPyanhabib ali balik, kita pergi sekali. abang selalu ke sana. lagi pun dia punya pengarah sekarang ada kat australia uruskan sembelih qurban.

9:12pmAli ooo, bagus2, nanti saya call abang hari Isnin nanti

9:14pmPyanhabib orit! jumpa nanti. pergi muslim aid dan dengar cerita, mesti kagum, hah ha! (abang sambung kerja ni)

9:15pmAli baik, baik, insya Allah!

Bualan tamat dan ditamatkan. Suntingan dilakukan untuk membuang hal-hal yang tidak perlu. Yang baik dijadikan teladan, yang buruk dijadikan sempadan. Adios!

#############################

9 Zulhijjah | 26 Nov. (Khamis)
Dinihari
Apabila tiba di rumah dari Shahab, abah buka cerita perkembangan memoirnya - dah 50 halaman dah! Jadi, dalam memoirnya itu, ada bab mengenai satu judul khas bertajuk - 1Malaysia.

"Satu Malaysia ni apa pengisiannya?" abah bertanya daku. "Abah ingat, nak tulis sikit tentang pengalaman kita pergi ke Hong Kong dulu dan nak kaitkan dengan Satu Malaysia."

Kami ke HK sekitar 2001. Kata abah, masa tu British dah serah HK kepada China. Tetapi, status HK tetap SAR - Special Administration Region. Mahu ke HK dari China, kena passport. Dan duit Yuan (China) kena tukar kepada Dollar Hong Kong (HK$). Jadi, kata abah, 'Satu China' gagal!

"Macam Sabah, masih lagi pakai akta Imigresen yang berbeza," ujar abah lagi, "Jadi, kat mana yang dikatakan 1Malaysia tu? Apa pengisian 1M'sia? Kulitnya kita kenal dah 1Malaysia, tapi isinya lempar di mana? Kat mana pengisiannya?"

Ayahku rancak mengalunkan pertanyaan dan pertanyaan itu membuakkan perasaan, membadai emosi bergelombang di dalam diri ini. Aku kata, baru-baru ini pengisiannya ada - Tarian 1 M'sia, juga kerajaan perkenalkan batik 1Malaysia! Mungkin... itulah antara pengisiannya kot?!

"Ya, la ni dengar kata, kena pakai baju batik 1Malaysia setiap hari Khamis," kata abah. Tetapi, yang aku musykil, gerangan siapa yang dapat projek menyulam, menjahit baju batik 1M'sia tu?

Kemudian, abah bercerita lagi mengenai Mao Zedong, Stalin, Mikhail Gorbachev, Iron Curtain & Bamboo Curtain dan glasnoth...etc. Semua itu aku pernah dengar, tapi belum fasih mengenainya.

Pengalaman hidup abah sebagai bekas pegawai Imigresen ini telah meluaskan pengetahuannya. Lalu tempias kefahaman itu tercurah melimpah ke atas diri ini juga! Aku kagum kepada ayahku!

Siang
Pergi Bank Islam Alur Setar, minta dicetak penyata akaun syarikat selepas penyata hilang di rumah. Terjumpa Hakimi, kawan lama kat Maktab Mahmud dulu, kami bertukar nombor hp.

Tapi, tak dapat sembang lama, sebab dia pun ada urusan. Kami dua, selalu berbual sama-sama, sebab sama-sama kerdil, sama tertindas oleh budak-budak yang sering membuli kami.

Tapi, aku tak berdiam diri. Aku report juga kepada ibu bapa. Dan, ada saja langkah penyelesaian, kalau kita gigih berusaha melawan penindasan dan kegiatan pembulian ini.

Balik ke Pendang, melalui Jalan Langgar, tapi tak singgah ke rumah arwah Tok Langgar. Pekena mee goreng di restoren mamak yang amat sedap itu (berdekatan simpang tiga Pekan Langgar).

#############################

8 Zulhijjah | 25 Nov. (Rabu)
Akhirnya aku 'gamble'. Pegi juga ke Hentian Duta. Longgok pakaian semua di dalam beg galas lalu bermotor ke sana. Kalau tak ada tiket balik ke Pendang, aku cari juga tiket balik ke Alor Setar. Tak dapat Mara Liner, aku cari Transnasional.

Tak dapat juga, aku bertawakal, dan mesti balik juga walau dengan apa cara sekali pun. Haram aku balik dalam keadaan segala pakaian ini telah kuhumbankan ke dalam beg galas ini.

Jam dah hampir masuk jam 5 petang. Motor sudah siap aku parkir di Hentian Duta. Tiba-tiba, di mesin ATM RHB di Hentian Duta itu sudah rosak. Aku terpaksalah keluar semula, menuju ke Komplek Kerajaan Jalan Duta.

Menurut orang di situ, ada CIMB dan Maybank. Syukur, aku jumpa CIMB, selesai masalah duit untuk beli tiket bas. Aku memulakan pencarian. Sebenarnya semua tiket hari ini dan esok sudah habis dijual, kecuali satu kaunter sahaja yang memberikan harapan 50-50.

"Tunggu sampai 6:30 petang bang," kata penjaga kaunter bas Pancaran Matahari, "kalau nasib bang baik, ada satu tempat duduk."

Tiket RM39 menokok kepada RM43
Akhirnya, Tuhan memihak kepada nasibku. Memang ada satu tiket saja lagi. Dijadualkan bas itu bertolak di Pudu Raya jam 6:00 petang dan tiba di Hentian Duta pada 6:30 petang. Tapi, pada 7 petang barulah bas itu tiba. Rasa ralat sebab bayar harga tiket dari RM39 menjadi RM43.

RM39 (Hentian Duta - Alor Setar) sedangkan aku kena bayar RM43 (Hentian Duta - Jitra). Apa harus aku buat sekarang? Tulis surat ke akhbar? Tapi bas tu ok juga, mengalahkan Mara Liner, sedap betul tempat duduk dan tempat letak kepalanya. Bas 'double-decker' lagi (2 tingkat).

Apa-apa pun, aku dapat maklumat-nak 'buka' (sewa) bas baru-harga sewa mencecah RM1,500. Sebab itu, mereka tak berani nak buka perkhidmatan bas, takut tak ada orang nak beli tiket.

"La ni bang, depa pakat bawak anak balik kampung, sebab tu tiket cepat habis. Jadi, depa dah jimat RM400, tak payah bayar upah nak jaga anak," kata brader tu ketika menjelaskan punca tiket habis dengan cepat. Entah dia kelentong, tak taulah. Tiba di Shahab Perdana sekitar 1 pagi.

Abah yang datang menjemputku pulang ke Pendang. Sepanjang perjalanan pulang, dia tak cakap banyak dan kami berdua lebih senang dan tenang tatkala melayani perasaan masing-masing.

Teringat kata-kata bos semalam. Memang betul. Sepanjang perjalanan bas tu, macam-macam la idea datang bertandang berterabur dalam kepala. Idea itu bersarang, mengeram, bertelur lalu menetas. Tetapi, saat tibanya kita melangkah ke dalam rumah, segalanya hilang!

Currently have 0 comments: