Urusan pengiklanan, sms 014-3233287 @ mel-e ibnuamir@yahoo.com, subjek: Iklan Karya Fansuri
Latest News

2-8 Muharram | 20-26 Dis. (Ahad-Sabtu)

Sunday, December 20, 2009 , Posted by nota untuk Syiah at 3:34 AM

7 Muharram / 25 Dis. (Jumaat)
Dinihari di opis. Khai call, menceritakan hal kawan kami yang ada masalah rumahtangga, lalu hatiku luluh, dibelenggu risau.

Menggodam internet di opis. Ah! Menang hadiah lagi. Sapa nak ikut hamba tengok movie free lagi? Tajuknya Did You Hear About The Morgans? Angkat tangan cepat!

Hari Krismas. 5 tahun yang lalu (2004), 26 Disember, sehari selepas Krismas, tsunami di Acheh bergelombang. Dunia berkocak memuntahkan isi perutnya.

Aku di USM, tahun akhir, menyaksikan gejala keruntuhan demi keruntuhan akibat tempias tsunami itu yang turut melanggar tebing pantai Pulau Pinang. Ya, ia kenang-kenangan yang sungguh menakutkan! Masa itu juga, aku berkenalan dengan DJ Linda dan rakan-rakannya di Media Corp Singapore yang nak cari liputan tsunami di Pulau Pinang.

Tadi petang, sebelum keluar ke NSTP, aku dapat surat dari Utusan Melayu Sdn Bhd. Bahagian kewangan. Minta-mintalah cek. Aku tak sempat buka lagi sebab masih berada di opis. Balik opis sekarang, siapkan tugasan bos yang tergendala. Salam. Titik. 1:55 a.m, 25 Disember.

#########################

6 Muharram / 24 Dis. (Khamis)
Fir, kawan Syuhadak call, kalau-kalau aku ada dekat rumah. Kalau aku ada, dia nak datang untuk tinjau bilik sewa di SPKB.

Nampak dari gaya percakapannya, dia seperti ada hubungan dengan orang-orang luar. Malam nanti dia nak hantar seorang rakannya ke Syria di KLIA.

Orang-orang GPTD PKPIM agaknya? Demikian getus hatiku menduga, membuat tekaan meraba-raba dalam kegelapan.

Di NTSP, Jalan Liku, SZ call aku minta datang esok ke Shah Alam. Ada tugas baru menanti. "Bawa resume dan juga koleksi penulisan yang lama-lama dahulu," demikian pesan SZ lewat smsnya selepas dia call aku tadi.

El-Fansuri The Great!


Oh! Si RI ni rupa-rupanya ada tugasan di luar. Dia baru kirim sms. Dan kami tak dapat bertemu. Pertemuan ditunda esok, bergantung kepada jadual aku juga pada keesokan harinya kerana aku mahu berkejar ke Shah Alam.

Lalu, aku minum-minum sendirian melayani perasaan blues di cafe bawah NSTP itu. Aku sms NY of BH. Tetapi, kali ini dia tak jawab. Sibuk betul agaknya. Aku tak suka ganggu orang.

Aku bertanya pak guard, di mana nak beli paper lama? Ya, akhirnya, aku sudah tahu kat mana nak beli paper lama. Kalau masih baru, harganya kekal murah seperti biasa, RM1.50 senaskhah. Hmm... senang kerja-kerja rahsia kalau macam ni.

Di celah kehangatan bihun sup berulamkan teh panas, sms Alo pun menjengah, "Bila nak siap tugasan?" Adus, tak terjawab aku. Hari ni nak kena hantar bahan lagi.

TEORI 'PENGAKUAN KA'AB'
Tiba di opis, terus menggodam bahan. Hantar surat terbuka kepada Dinsman. Aku berjanji nak tulis pengakuan Ka'ab untuk minggu yang berikutnya.

Kelmarin aku didatangi Mulhim, malaikat dari langit aras ke-? lalu dia mendorong aku terbitkan 'surah' baru mengenai 'teori pengakuan Ka'ab' mengenai karya-karya berkebajikan.

"Tak apa tuan syeikh," perlahan aku berbisik kepada malaikat Mulhim itu. "Nantilah saya cuba kembangkan, insya Allah." Dia meminta diri, dan daku pun merelakannya pergi menaiki semula memanjat dari tangga bumi lalu terbang menuju ke petala langit.

Ketika menurunkan bait-bait terakhir dalam blog ini, aku dirapati TMJ lalu dia berkata, "Bahan mengenai Rosmah tu dah masuk..." Fuh! Lega . I'm watching you Kak Ros a.k.a Bik Mama!

#########################

5 Muharram / 23 Dis. (Rabu)
Semalam, lepas daku tasykil dan bayan YB Saifuddin Abdullah untuk majukan Parlimen Mahasiswa, aku menonton tayangan percuma Sherlock Holmes di Damansara dengan Don F.

"Tak pa, nanti you boleh beri proposal itu kepada PA saya," katanya. Jam 9 malam, aku terpaksa la 'blah' kerana tayangan itu mula jam 9:15 malam.

Bagaimanapun, aku terharu kerana Timb Menteri Pengajian Tinggi sanggup duduk semeja serta memberi perhatian terhadap apa yang aku bangkitkan semalam di celah-celah bingit kesibukan siswa bergebang. Tapi, YB tanya berapa gaji aku dapat bila buat freelance ni.

"Dapatlah sekitar RM1,000. Tapi, la ni susah sikit nak cecah banyak tu," kata aku lagi. Hatiku mula berdebar-debar. Sebelum rahsia aku banyak terbongkar, baiklah aku belah cepat-cepat.

Sherlock Holmes vs. Freemason?
Kali ini memang jelas. Don F pun cakap macam tu. Blackwood memang kepala Freemason. Depa ni memang amal ritual habis. Dan, Sherlock pun, dalam kajiannya menyatakan bahawa, amalan ritual ini terkait dengan ilmu sihir yang diwarisi oleh Mesir Purba.

Tesis ini turut diangkat oleh Harun Yahya. Freemason mengamalkan Kabbalah, pemujaan setan dan ilmu sihir Yahudi purba ini teradun hasil percantuman Bani Israel dan ahli sihir Fir'aun. Ulas bab ni best nih dalam H Daily. Tapi, aku dah hantar dua bahan, depa tak up-up juga.

Kalau ulas filem ini dengan niat memperli Rosmah yang didakwa terkait dengan ilmu hitam agak seronok juga. Kalau tak naik kat H Daily, aku try guna laluan dan landasan H Print la gamaknya.

Kes Memali
Di Burger King Don F dedah cerita Pak Ngah dia (Pak Ungku) yang terlibat dengan kes Memali. Pak Ngah Don F adalah Ketua Balai Polis Baling masa berlakunya tragedi Memali.

Baru aku teringat. Beberapa hari nan lalu, di opis, aku terbaca memo mengenai Senator YH yang buat sidang media di lobi Parlimen mengenai kisah-kisah lalu antara dia dan Pak Ngah Don F.

Aku pun bukak cerita, bahawa aku pernah jumpa Senator YH saat dia belum jadi senator. Masa tu, Alo arahkan aku pi pejabat Pas Kedah dekat Pusat Dakwah Alor Setar. Tempat tu la juga, aku isi borang, mohon jadi ahli Pas bila DSAI dipecat pada era Reformasi 1998.

"Pak Ngah dah jadi ahli Pas. Dia marah daftar keahlian Pas berserabut," kata Don F. Aku pula bukak cerita yang senator YH masa tu dok tanya sama ada aku bujang atau dah nikah. Bila aku kata bujang, terus dia 'promote' anak dara dia. Tetapi, aku tolak dengan cara membisukan diri.

"Kalau tidak, pak mertua abang Ali ni senatorlah," kata Don F. Kami terbahak bersama. Tetapi, timbul idea lain pula, iaitu mungkin aku boleh interview Pak Ngah Don F dan Senator YH untuk projek buku ISA tajaan GMI dan Alo. Hanya masa yang akan menentukan keberhasilannya.

Petang
Di opis, sedang bertungkus-lumus menyiapkan bahan untuk esok. Intan beritahu yang dia dapat masuk dalam liqa' tertutup dekat Bangunan Pas Jalan Raja Laut baru-baru ni masa Al-Qaradawi datang bertemu pimpinan Pas.

Dalam pertemuan tertutup itu, Al-Qaradawi berwasiat supaya Pas mengirim ahli-ahli, kadernya untuk dilatih di negara-negara Arab bagi mendalami ilmu fiqh yang maha luas lagi dalam itu.

Maka daku beritahu dia - bahawa kedatangan Al-Qaradawi itu seperti badai ketiga dan tsunami keempat dalam revolusi gerakan Islam. Huraiannya, lebih kurang begini ...

3 gelombang fatwa ulamak - cendekia luar
Gelombang pertama, Pak Natsir di Indonesia berwasiat kepada Abim supaya mengirim ahli-ahli Abim masuk Pas kerana Pas semasa itu sudah lemah setelah ditendang oleh Tun Razak daripada Perikatan. Era ini dikenang sebagai era gerhana Pas 70-an.

Nik Aziz cukup terkesan dengan kes ini. Sebab itu, bila tiba-tiba timbul isu Kerajaan Perpaduan, Nik Aziz marah benar. Dia terkesan peristiwa lama. Cerita-cerita lama macam ni, aku tidak rasa yang PKPIM tahu, Karisma tahu dan Gamis tahu. Mahasiswa mesti hadam dan fasih cerita ni.

Gelombang kedua, 'fatwa' sang cendekiawan Ismail al-Faruqi menjengah dari celahan kebanjiran beramai-ramai tokoh-tokoh Abim ke dalam Pas itu. Anwar Ibrahim ketika itu mengikuti 'fatwa' cendekiawan Al-Faruqi yang meminta beliau masuk Umno. Cuci dari dalamlah kununnya.

Anwar dengan Haji Abdul Hadi bergaduh sakan ketika ini. Iyalah... Elok-elok Anwar kirim Ustaz Fadhil Noor dan Haji Abdul Hadi dalam Pas dengan sebab 'fatwa' Pak Natsir, tiba-tiba dia sendiri masuk Umno. Hati sapa yang tidak rentung? Jantung mana yang tidak berdetak kencang hangus terbakar? Darah siapa yang tidak mendidik bergolak?

Arwah Syeikh Mudir Dehrang Ustaz ada cakap, dia tak suka ahli-ahli Abim masa tu masuk parti, baik Umno atau Pas. "Ana sayang Abim, buat pa keluaq habis masuk parti? Dok dalam Abim ni dah elok dah ni," katanya dalam satu majlis Abim Kedah dalam rakaman video suatu masa dulu.

Aku dengar dalam Muktamar Abim ke-25, Syed Muhammad Naquib al-Attas pun marah Anwar dengan sebab kemasukannya dalam Umno ni. Sahibul riwayat berkata, Ustaz Siddiq Fadhil pun kata, bahawa Anwar ini rupa-rupanya dok ikut Hassan Turabi, dan bukannya Hassan Al-Banna.

Hassan Turabi adalah cendekia yang meminta kita mengambil sikap 'partner-in-nation building' dengan kerajaan. Inilah antara pola pemikiran tokoh-tokoh pemikir ini.

Kini, tiba gelombang ketiga --- al-Qaradawi tiba membentangkan syor supaya Pas mengirim ahli dan kadernya mengaji fiqh di tanah Arab. Fiqh dalam bentuknya yang bagaimana? Yang itu, aku belum lagi faqih dan fasih. Aku cuma menerbitkan andaian bahawa fiqh agamawan Pas ini belum lagi mencapai tahap kematangan seperti yang difikirkan oleh Al-Qaradawi.

Tetapi, sekali lagi. Jemaah Islam ni dok ralit kaut idea, falsafah dan pemikiran ulama' luar, tetapi pendapat cendekiawan tempatan yang ada nama di peringkat antarabangsa seperti Prof Dr Syed Muhammad Naquib Al-Attas ni, kita nak letak kat mana ya? Kita dah terlupa kat dia agaknya?

Sampah-sarap idea hari ini
Aku ingat nak cari seorang teman yang mampu terjemahkan surat aku kepada Al-Qaradawi pula lepas ni, tentang isu nak kirim kader Pas untuk belajar Fiqh di tanah Arab ni. Nak karang dalam bahasa Arab, tak pandai. Sapa nak tolong aku? Please! Help Me! Bis sur'ah.. bis sur'ah.. (segera... segera...) Huh! Banyaknya usaha pencerahan yang aku kena buat nih!

Godam-godam FB hari ini, terjumpa coretan YB Saifuddin mengenai Parlimen Mahasiswa (PM) yang semalam kami bincangkan. Aku kena bentuk pasukan pelobi untuk mengusung proposal ke Putrajaya. Siapa nak ikut aku? Angkat tangan 'kaih!' (lekas!)

Call S, ada jawatan SU Akhbar untuk Selangor... hati berbalah... jiwa berperang. Tuhan memang menguji. Kalau tawaran datang, lamaran tiba berlambak-lambak. Kalau tidak, satu habuk payah. Tuhan, sekali lagi... tolongin gue untuk membuat keputusan ini.

#########################

4 Muharram / 22 Dis. (Selasa)
Di opis menunggu ketibaan malam ini untuk debat tentang isu PM dengan YB SA. ZA, lewat Facebook dah mengingatkan daku untuk ke NZ Garden malam ini.

Alhamdulillah, syukur, Atr dah bagi cek RM350. Selamat sikit bulan ni. Di opis, layan polemik baru dengan Kak Sal mengenai YouTube Rosmah Mansur. Kurang asam punya kak Rosmah!

Rosmah has no time for lies, gossip

"Sidang media terus bubar selepas ada pertanyaan mengenai RM600,000 yang dipindah ke dalam akaun Rosmah di luar negara, nampak sangat dia takut," kata lawan bicaraku itu.

Aku diam saja. Hangpa tengoklah sendiri. Malaslah daku nak buat ulasan. Bak kata Nabil si Raja Lawak itu, "Lu pikir la sendiri!" Kuang, kuang, kuang ...

Najib Razak dan jihad
Utusan Malaysia dan Berita Harian hari ini meletakkan gambar Najib Razak menerima Fiqh Jihad daripada Dr Yusuf Al-Qaradawi.

Tetapi, paling 'best' ialah paparan BH - di atas gambar Najib dan Yusuf Al-Qaradawi itu, ada kepala berita, 'Bukan satu tapi dua, sebuah lagi enjin pesawat tempur F-5E TUDM hilang pada 2007.' Kah! Kah! Kah!

Kalau aku duduk kat tempat Najib, nescaya aku malu. Kununnya, dapat Fiqh Jihad karya Dr Yusuf Al-Qaradawi, tapi alat kelengkapan perang jihad (enjin pesawat F-5E) hilang sejak Najib menjadi Menteri Jihad Pertahanan. Najib, apa kes nih!?

Ketika Cinta Bertasbih
"Kang Abik (Habiburahman) dah balik umrah, tadi saya baru call dia," kata Intan di opis tadi. Menurut ceritanya dah ada Ketika Cinta Bertasbih yang di'upload' di YouTube.

Habiburrahman El-Shirazy, lebih mesra dikenali sebagai Kang Abik, kini telah tampil dengan sebuah filem yang beliau berlakon sendiri di dalamnya. KLIK DI SINI --- http://www.youtube.com/watch?v=1jFGyAVWdl4

Oke aku perlu segera bangun, membuat perhitungan tentang syor Parlimen Mahasiswa dengan YB S.A. Doakan aku berjaya. Ameen... And Mr Sherlock Homes, here we come!

#########################

3 Muharram / 21 Dis. (Isnin)
1. Ke Batu Caves, ditawarkan bekerja di tuuttt.. (rahsia). Hati aku berbelah bagi. Kalau tak kerja, kat mana nak korek duit. Tapi, aku takut bebanan ini membantukan niatku untuk buat Master. Tuhan... tolongin gue ... isk, isk, isk..

2. Petang, dapat panggilan Alo, kena kirim akhbar Harakah ke rumah dia. Dia minta tolong buat tugasan. Adus, bebanan lagi..

3. Pi opis, sempat hantar bahan. Tapi, TMJ cakap, bahan aku tu masuk esok. Kira oke laa..

4. Bloggers Sosialis Hijau offer aku pi Selatan Thai, jumpa puak-puak komunis veteran. Aku pun menyatakan persetujuan tanpa fikir panjang lagi.

5. Esok malam jumpa YB Saifuddin Abdullah dalam adegan Teh Tarik Grup di NZ Garden Jalan Ampang. Kalau sempat, aku nak bangkitkan danm submit idea Parlimen Mahasiswa. Ameen...

6. Don F cakap, dia dah setuju teman aku menonton Sherlock Holmes. Aku minta dia redeem tiket tu awal sikit. So, aku tak la kelam kabut sangat. Jadi, esok lepas berdebat, bertekak dengan Grup Teh Tarik bersama YB S.A, aku akan terus ke Damansara, insya Allah Ta'ala. Ameen...
#########################

2 Muharram / 20 Dis. (Ahad)
Ke Memorial Tun Abdul Razak lagi, tapi berkunci juga. Aku rasa macam nak 'report' kat akhbar je. Ini masuk kali kedua aku pergi dan ia tutup!

Lalu, aku ronda-ronda berjalan sendirian kat tepi tasik bawah memorial, jantung berdegup. Kalau macam ni, boleh sihat aku keluarkan peluh. Patutnya, ini menjadi rutin mingguan juga.

Balik ke SPKB. Elok-elok sampai saja, abang Pyanhabib sms, dia tanya kalau-kalau aku ada di opis Jalan Pajang Barat. Rupa-rupanya, dia dengan kawan-kawan sedang mengeteh dekat Restoren Haslam. Kena plan semula untuk jumpa dia di Muslim Aid, Bangsar.

Aku sampai di opis, lalu aku menerima undangan sms dari Ummu Hani pada hari pernikahannya 2 Januari, 2010 di Padang Sera, Kodiang. Jom kita pakat-pakat pi sana. Selamat pengantin baru ya Ummu, daripada Cikgu.

Ya, sebagai salah seorang pencinta filem seram, aku 'hadiahkan' kepada kalian sebuah filem yang agak best menurut hematku. Untuk pengetahuan hangpa, aku peminat filem seram klasik! ;)

(Cantik, cantik, decent aktres Hollywood ni, rugi aku tak sempat dakwah dan tarbiyah depa... Ahem!)

The House On Haunted Hill (1959) - Full Movie

Malam. Tengah menggodam bahan di opis tiba-tiba FNI of PTS menegurku di ruang jendela YM. Lalu, perjanjian wa'ad pun dibuat. Besok petang, aku ke Batu Caves untuk bertemu beliau, insya Allah Ta'ala.

Makna Melayu dari mana?
Sedang menyelak kamus aku terjumpa pengertian 'mala' di internet. Ertinya bukit. Datang mana usul mala petaka? Mungkin, orang Melayu asalnya tinggal di kawasan pergunungan. Mungkinlah jga ada kejadian gunung berapi lalu mereka rasa tak selama lagi di gunung, lalu turun ke lembah.

Jika mereka berasal dari tempat tinggi, dari mana mereka datang. Maka, berfatwalah Syeikh Abu Mangkuk Al-Hayuni Al-Fansuri, "Bahawa mereka ini sejurai keturunan, sebahtera dengan Nabi Nuh yang mendarat di Bukit Judi? (Mala Judi)." Wallahu'alam bissawab ...

Lama-kelamaan, daripada 'mala', maka jadilah Malayu. Tetapi, ada orang Melayu kita yang suka menghina kaum sendiri. Mereka sangka Melayu itu 'Layu'. Kecewa betul aku dengan kebodohan ini. Selalu buat andaian yang bukan-bukan... Isk, isk, isk...

Currently have 2 comments:

  1. sofian ishak says:

    Ttg no. 1;

    Terima aje le Cik H. Fansuri... Nanti senang le nak belanja kengkawan mcm aku ni...

  1. saya ikuti panduan dan nasihat cik pyan itu..

    eerr... bila-bila jom kita pi sekali jumpa Pyanhabib kat Bangsar tu.