Urusan pengiklanan, sms 014-3233287 @ mel-e ibnuamir@yahoo.com, subjek: Iklan Karya Fansuri
Latest News

1-3 Zulhijjah | 19-21 Nov (Khamis-Sabtu)

Wednesday, November 18, 2009 , Posted by nota untuk Syiah at 7:24 PM

3 Zulhijjah | 21 November (Sabtu)

Pagi, ketika bersarapan Kaktie call, "Abang nak balik raya ni hari apa? Kakti tolong belikan tiket."

Aku pun mencongak hari. 25 Nov mungkin sesuai. "Naik dari Jalan Duta, sebelah malam," aku membalas. Menamatkan sebuah tulisan dan akhirnya menonton filem Hum Tum, lakonan Rani Mukherjee.

Rani Mukherjee, cintaku yang ke 2,758 sebelum berhasil kulafazkan isi hatiku kepada Lindsay Lohan dan Megan Fox. Aku mengenali si Rani ini ketika dia mula meletup dalam filem Kuch Kuch Hota Hai.

Tapi, apa kan daya, Shah Rukh Khan yang 'dan' sambaq dia dulu dalam filem tu. Cheh! Bededah!

Ladki Kyun


Bukan Tuhan yang beri kita peluang, tapi kita sendiri. Ini ayat-ayat power yang sempat tangkap oleh pendengaranku. Menonton filem-filem Hindi ini banyaklah menumbuhkan ilham-ilham baru untuk mengarang puisi, mengarang cerpen dan berkarya kreatif, selain menyanyi sendirian saat menunggang motosikal.

Gore Gore Say Chore


Rupanya, pasangan 'couple' ni ada masalah mahu luahkan rasa cinta masing-masing. Aku terfikir satu perkara. Kalau ahli-ahli Pas ini benar-benar cintakan jemaah Islam mereka, kenapa mereka tidak berani luahkan rasa peduli mereka ke atas hal-hal yang boleh jatuhkan imej jemaah Islam?

Nabi bersabda, "Bantulah saudaramu yang dizalimi dan menzalimi." Sahabat bertanya, "Kami faham nak bantu saudara yang dizalimi, tapi bagaimana nak bantu saudara yang menzalimi?"

Sabda baginda, "Mencegah penzalim dari terus menzalimi, maka itulah cara membantunya."

Syahadan... aku lihat Cikgu Pa dah banyak menzalimi wartawan, pekerja Harakah secara dia tak sengaja. Bakkah hanya bawa petugas media melancong sana-sini, sedangkan kita nak melancong tu, bila-bila pun boleh. Bakkah di Harakah tidak boleh berfungsi seperti Kesatuan Sekerja.

Cikgu Pa telah menjadi zalim secara tidak beliau sedar. Aku harus membantunya seperti baginda menyuruh umatnya membantu si penzalim agar tidak meneruskan kezalimannya. Satu-satunya orang yang berani bercakap begini adalah AKU! (Insya Allah...)

Ya Tuhan... Berikan daku kekuatan untuk membetulkan keadaan yang pincang, goncang, goyang dan goyah. Argh!! Betapa menebal 'tension', menjalar kepedihan hati ini ketika tidak ramai orang yang tahu maksud baik diri ini... Urgh! Urgh! Urgh!

Dan...Urgh! Harga emas naik lagi dan daku pun bertambah risau. Semalam tidak sempat lagi nak beli. Ish! Sekawah resah sudah bertakung di dada. Ada baiknya kurawat rasa 'tension' ini dengan sebuah lagu Hindi... he... he... he...

Chak de saarey Gham

Malam
Jumpa Mashi dan Kaktie. Kami tiga beradik bertemu di Hotel Ancasa, kemudian makan-makan di Bangsar, makan nasi lemak ayam, nyam, nyam. Antara kupasan topik menarik...

a. Macam mana nak apply kad kredit.

"Bank tengok juga fluctuate dalam akaun kita," kata adikku yang dah bertugas di bank 8 bulan lalu itu. Susah juga memikirkan bank mana yang tak banyak songeh untuk bagi kad kredit ni.

b. Jurnal pendidikan universiti

"Kalau kita boleh menulis dalam jurnal, nanti faedahnya banyak," kata Kaktie. "Boleh dijemput untuk bentang paper kat mana-mana."

Selama ini, aku nampak macam tak ada apa jurnal-jurnal penyelidikan ini. Lepas ni kena fikirkan juga bahan apa yang sesuai untuk dimasukkan dalam Jurnal Kesturi, terbitan Asasi.

c. Laman gerbang maklumat hiburan, filem

Aku propose idea mewujudkan laman hiburan, biar jadi program kami adik-beradik. Mulanya, ia dibantah. Mungkin tak ramai yang nampak bagaimana ia akan mendatangkan hasil. Tetapi, biar aku buat dulu perlahan-lahan.

Acara hang-out dengan kami selesai dekat 12 malam. Malam ini juga, tak jadi jumpa Nizam Shah di Rumah Pena. Esok mungkin boleh tengok balik jadual.

########################

2 Zulhijjah | 20 November (Jumaat)
Mak call, kakti sudah ada dekat KL, tetapi dia tak datang dengan kereta. Dia ada exibition di Mid Valley. "Ali kena beli tiket bas kalau nak balik raya nanti," kata mak. Lalu, aku pun sms Kaktie, kalau-kalau dia nak tengok wayang free.

Sang penyair Nizam Shah call, rupanya hari ni ada perhimpunan penyair nusantara sampai Ahad lalu ingatanku yang keruh berkarat, telah jernih semula. Kerja menimbun dan tugasan merimbun aku pun sampai boleh terlupa..

Akhirnya kakti call tadi, memberitahu kedudukannya dan tempoh jangka masa di KL. Sampai 24 November ni dan kumpulan penyelidik mereka akan patah balik ke USM.

Malam
Nizam Shah call lagi, dan aku keluar bertemu grup penyair dekat area kedai mamak DBP. Tidak jadi meronda-ronda kota raya malam ni. Tetapi, yang penting, sempat bertemu JSO of M'siakini, bincang-bincang dengan dia, kalau-kalau boleh masuk artikel kat sana.

"Boleh saja, isu Melayu dan Islam, sastera, budaya, mahasiswa..." katanya JSO. Dia juga minta aku berbual dengan FAO. Aku perlu masa yang panjang juga guna merenung dan fikirkan hal-hal 'Reform Pas' ni. Semoga hang berjaya la Fansuri!

"RM80 satu artikel," kata JSO. Tak pa lah. Koman, koman, malam ni, salah satu daripada usaha 'Reform Pas' telah bermula dan berhasil mencapai matlamatnya!

Balik SPKB, tergerak hati untuk berfoya-foya di Jln. Yap Ah Shak. Ternampak Dato' M serta abg Zack. Tapi, kali ini dia tidak lagi dikelilingi wanita-wanita bergetah yang boleh diupah. Malam ini, aku melihatnya bagaikan seorang 'Godfather' pula.

Lepas sorang, sorang mai jumpa dia, duduk berbincang kat meja dia. Macam dia mengepalai satu perancangan pula. Musykil betul daku. Siapa dia ni? Dia boleh control budak-budak Melayu yang liar. Dato' berketurunan India ini fasih loghat utara. Telinga lintahku cuba mencuri-curi dengar.

"Panggil Amy," kata Dato' M. Maka bertali arus orang pergi berjumpa dia lepas satu, satu. 1:59 a.m, Dato' M dan juak-juak, konco-konconya dah keluar restoren sambil mereka melilau melihat amoi-amoi. Aku pulang, meneruskan perjuangan yang belum selesai (salut Dr M, ini semua hasil pemerintahan saudara! Dan, saya pun ikut terlibat sama! He.. he..)

########################

1 Zulhijjah | 19 November (Khamis)

Dapat satu panggilan daripada seorang kakitangan Abim tentang suatu bengkel mereka bersama ‘newspaperman’ di Bangsar.

"Kalau abang jadi pergi, kami nak sediakan surat pelepasan dan sijil," katanya. Aku terus angguk menyatakan persetujuan setelah berfikir tak sampai seminit.

Perkembangan terbaru semalam – terjumpa Facebook Prof Syed Muhammad Naquib al-Attas, FB Dato’ Dr Siddiq Fadhil. Dr Siddiq ada blog yang dibuat oleh salah seorang peminatnya, yang didedikasikan kepadanya. Wah, ini sesungguhnya satu perkembangan menarik juga.

Aku rasa, blog untuk Dr S.M.N al-Attas pun perlu dibangunkan juga. Entah sudah ada ke belum, aku pun tidak tahu. Kalau belum ada, rasa teringin nak buat, tapi khuatir juga jika bersawang nanti.

Bloggers yang nak ikuti pemikiran al-Attas memang kena tahu jadual kegiatan al-Attas tu lah. Kalau siapa-siapa yang minat nak buat, boleh kita pakat-pakat tubuhkan satu pasukan sama-sama.

BN Sri Gading insaf hal Kartika
Melihat BN Sri Gading diwawancara pada 10 pagi ini, 19 November, di TV1 RTM dan ia membangkitkan persoalan sejauh mana mahkamah syariah benar-benar bebas dalam membuat keputusannya? Hal ini terkait kes sebatan yang diputuskan ke atas Kartika.

“Kalau mahkamah sivil jatuhkan hukuman, kemudian ada orang bangkitkan, maka orang akan berkata, ini menghina mahkamah, tapi adakah boleh kita kata orang yang pertikai mahkamah syariah ini juga menghina mahkamah?

“Ini penting supaya orang tidak lagi pertikaikan hukuman syariah di negara ini,” katanya lagi. Ada baik juga kalau orang-orang kita dapat jumpa BN Sri Gading ini untuk bincang untuk bantu Kartika yang sehingga kini tiada pembelaan baginya.

Sedang membuat terjemahan, baru aku sedar, sepatutnya dah boleh tamatkan hari ni, tapi aku fikir nak tamatkan minggu depan. Jadi aku lebihkan puisi dan pendekkan terjemahan. Minggu depan dijangka tamat dan aku pun MERDEKA! (opss.. lupa, merdeka buat sementara)

Bagi meraikan kemerdekaan minggu depan, ayo kita dengarkan lagu ini...

Diana Haddad - Amaneh


Malam
Selesai terjemahan, bos minta bawa edisi Harakah (50 naskhah) ke Ampang. Aku dengar bacaan darahnya masih belum surut. Kasihan betul. Dia tak boleh ambil '4 benda putih' - nasi, roti, gula dan santan. Juga, kami berkongsi cerita dalaman parti.

Sempat aku tekuni tulisan Pak Subky Latiff yang terbaru. Lalu, dia pun mengulas sedikit hal itu. Dia juga tidak berkenan dengan langkah MB Selangor Khalid Ibrahim yang lantik Anwar Ibrahim sebagai Penasihat Ekonomi Selangor dengan gaji sebanyak RM1 sebulan.

"Nak tunjukkan apa sebetulnya? Nak tunjuk kita tak tamakkan harta sampai tak kisah mahu kerja tanpa gaji tinggi?" tanya bos. "Gajikan betul-betul macam penasihat."

Menurut bos, orang yang bekerja tanpa gaji itu yang patut kita hati-hati. Dia rujuk kes Perwaja, ada RM46 juta (??) dan ada pejabat yang tak wujud. Entahlah, aku tak fasih sangat bab ni. Yang kufaham, biar gaji penasihat tu macam Abdullah Md Zin, penasihat Pak Lah, gaji setaraf menteri.

Bos juga menegur kepimpinan parti sekarang yang sibuk bertengkar sampaikan terlupa hendak manfaatkan waktu selama 2, 3 tahun sementara nak tunggu pilihan raya 2012. Zzz...

Currently have 0 comments: