Urusan pengiklanan, sms 014-3233287 @ mel-e ibnuamir@yahoo.com, subjek: Iklan Karya Fansuri
Latest News

8-11 Zulkaedah/26-29 Okt. (Isnin-Khamis)

Monday, October 26, 2009 , Posted by nota untuk Syiah at 3:59 AM

11 Zulkaedah / 29 Okt. (Khamis)
Dinihari. Selesai menggodam bahan di DD. Kuharap, pengendali DD buat sesuatu agar kolum dengan design baru itu memudahkan REFORM ke atas Pas.

Aisehmen! Keputusan hasil mesyuarat malam ni di Jalan Raja Laut sudah tersiar. Akan ada satu seminar pula; lebih kurang macam idea yang aku nak buat dulu - seminar menggeledah masalah dalaman Pas untuk dikaji dan dicari usaha-usaha pembaikan dan pemulihan parti itu.

Nak buat macam mana? Aku dah terlambat. Tapi dalam seminar itu, adakah Harakah disentuh? Hmm.. Maybe aku boleh jalankan peranan di sini? Apa pun, buat terjemahan cepat! (3:30 a.m)

Petang ini, Zabidi sms, katanya kolum Catatan Menara dah siap. Dr A, sms, bertanya nak jadi R.A? Kedua-dua sms penting ini, masih belum dapat kujawab kerana Khamis adalah hari kiamat, perlu segera tumpukan terjemahan. Ahah! Aku dah dapat cara baru untuk siapkan terjemahan!

Ka Ching! Biarlah teknologi ini kekal sebagai rahsia. Bila guna cara ni, makin cepat la terjemahan.

Antara kerajaan perpaduan dan Auku, ISA dan PPSMI
Seorang kawan, lewat YM, bertanya apakah Nik Aziz dah nyanyuk? "Ramai pula orang yang dah minta dia meletakkan jawatannya," kata rakanku itu.

Dia mantan Gamis yang pro kerajaan perpaduan. Macam mana aku nak sokong UG yang nanti akan sokong ISA sedang aku anti ISA dengan buku yang daku ingin tulis ni, aku juga anti PPSMI dan aku pernah hampir-hampir ditahan Auku di kampus dulu.

(Walaupun kerajaan kununnya nak mansuhkan PPSMI menjelang 2011 pula, aku tak percaya. Sejak dia kata 2012, pun aku tak gembira. Lepas tu, dengarnya 2016 pulak dah! Macam mana kita boleh yakin, percaya kepada Umno yang merelakan penubuhan kerajaan perpaduan ni?)

Orang yang tak pernah kena Auku senanglah cakap. Cubala cakap isu UG dekat orang yang kena Auku, kalau ada yang sokong UG walhal dia pernah ditahan Auku, bagitau aku. Yang tak pernah ditahan Auku, mungkin senang la nak sokong UG tanpa asas.

Hangpa tak tau betapa deritanya nasib aku dan kawan-kawan yang didera Auku, otak sentiasa ja resah menantikan hukuman yang datang tiba-tiba. Aku tak tahu apa pendirian orang-orang Pas yang sokong UG ni? Adakah mereka akan tutup mulut di atas kekejaman Auku, ISA, PPSMI?

Hai, bertambah beban pulak aku nak menjawab hal ini. Ahah! Ka Ching! Detik Daily ada..nantilah aku cuba jawab pertanyaan ini sedikit demi sedikit, insya Allah...

Perkembangan memoir abah
Abah balik petang ni, lalu dia bertanya kepadaku mengenai dua buah memoir - Lambaian Ke Puncak (Ahmad Boestamam) dan Memoir A Samad Ismail di Singapura (A. Samad Ismail).

Hari tu, aku letak kedua-dua memoir tu di dalam kereta Imran. Barangkali adikku itu dah letak atas meja abah. Dan kulihat abah nampaknya lebih berminat meneliti memoir A Samad Ismail.

"Gaya bahasanya mudah," kata abah penuh minat. "Satu lagi, cara dia menulis macam yang abah tulis memoir."

Memang di bab permulaan itu, A Samad Ismail menulis zaman kecilnya dan zaman sekolahnya. Sebelum menulis memoirnya, abah pun memulakan tulisannya dengan kaedah begitu. Aku duga, barangkali dengan sebab itu, abah memilih untuk baca memoir Samad Ismail. Memoir Ahmad Boestamam dia tak sentuh lagi nampaknya.

Minat dan kecenderungannya menulis kisah lalu disebabkan aku bawa balik kampung memoir Universiti Kedua (Kassim Ahmad). Sejak itu, dia mula berangan-angan. Aku bawa balik memoir Pak Kassim itu, kununnya kerana mahu menulis buku mengenai ISA, tajaan ALO selepas pulang dari Sandakan. Sekarang, prosesnya masih berjalan lambat-lambat.

"Bila Samad Ismail tulis kehidupan kecilnya, abah dah nampak suasana di Singapore tu," kata abah lagi. "Cara Samad Ismail menulis ni nampaknya dia duduk dalam area pekan jugak."

Kata abah, semasa dia kerja di Johor Bahru dulu, kerap juga dia pi Singapore dan dia sebut Jalan Ungku Rahman dan beberapa jalan lain juga. Tadi, abah cerita mengenai Jln Thean Kee (Jalan Tangki, menurut lidah sebutan Melayu) tempat arwah Tok Langgar belajar di sekolah dahulu.

"Bab tu pun boleh cerita juga, jadi kami orang muda boleh tahu walaupun cerita itu kecil saja," kataku. Aku tanya dia, adakah sekolah di Jalan Thean Kee itu sekolah swasta? Abah kata, ia sekolah kerajaan.

"Bila British masuk, sekolah tu dah dirobohkan," katanya. "Sekarang, dah jadi tapak kosong, milik perseorangan," tambahnya lagi.

"Milik perseorangan itu, orang Melayu kita ke?"

"Cina punya," kata abah. "Kat situ semua Cina punya. Area rumah-rumah kedai saja di situ. Penamat jalan di situ, ada sungai."

Aku tak ingat sungai apa yang abah sebut tadi. Mungkin Sungai Langgar kot? Terfikir di benakku, misalnya pada masa depan jika ada orang nak mengkaji pendidikan zaman Jepun di Kedah, maka biografi orang-orang tertentu boleh juga diambil kira.

Sebab itu, Dr Mahathir ada sebut juga mengenai pentingnya orang-orang kita bercerita mengenai kisah mereka. ALO ada cerita, bahawa Dr Mahathir pernah cakap, bahawa kita tidak dokumentasikan bahan ciptaan kita, seperti cara membuat perahu, padahal orang Melayu ini bangsa, ahli pelayaran yang terhebat dan terunggul di dunia!

Tambah abah, arwah tok tak naik kelas. Nama kelas itu, 'not'. Kelas kosong agaknya. Nol, dalam Kamus Dewan bermaksud kosong, sifar. Aku teringat Freddy Wowor, rakanku di Manado, dalam pertemuan kami di Samarinda, Kalimantan Timur pada Julai 2008.

Dia sebut nol, bukan kosong. Semalam, aku chat dengan Sam, suku Degar di Vietnam, kulihat dia memiliki perkataan yang sama dengan Melayu - Bulan (B'lan), Malam (M'lam), Air mata (Iar Mata) dan lainnya.

Antara Sam dan Freddy, walaupun kedua-duanya Kristian, tapi masih memiliki bahasa Manado, Degar yang serumpun dengan Cham. Subhanallah! Aku kuhubungi mereka nanti.

Perca-perca ingatan inilah yang wajib aku telaah tanpa mengenal lelah dan segala yang bernama teka-teki, misteri, mozaik, 'puzzle' kehidupan ini aku mengutip, lalu menyimpannya satu persatu sebagai kenangan di hari muka.

Aku simpan dengan sebaik-baiknya dalam balang sejarah! Kerana sejarah adalah satu khazanah dan sesiapa pun yang akan menipu selepas itu, pastinya ia adalah dajal yang ingin merampas lalu menguasai segala peristiwa. Tanpa sebarang catatan, dokumentasi, segerombolan dajal akan terus-menerus berkuasa!

Malam
Selesai terjemah, internet di rumah pula buat hal. Aku naik motor Ibah lalu pi ke Pendang. Abah bagitau, ada kedai makan di sini yang pakai WiFi. Tak pa, aku percaya, di opis KL, Mr Nonet dok tunggu bahan. Jadi, tak perlu buang waktu mencari mana-mana kedai yang ada WiFi di sini.

Esok dijangka pergi ke Sik. Makcik Gayah nak pergi haji. Aku dalam dilema. Esok nak pergi Bank Islam Alur Setar untuk settle kad atm syarikat atau nak pergi ke Sik?

Sekolah Pemikiran Pendang (11:27 p.m)

#############################

10 Zulkaedah / 28 Okt. (Rabu)
Dinihari. Sekitar 2:00 pagi lebih kurang baru sampai di Pendang. Mak dan abah dah tido. Dalam kereta tadi, terbuka pelbagai kisah.

Anak ular sawa masuk rumah mertua Imran di Perik, mujur depa tu sempat bunuh. Daripada situ, terbuka cerita mistik yang pelbagai. Kemudian, terheret kisah Raja Yala.

Dalam kepalaku, ada rancangan ke Jitra esok kalau dia nak bawa aku ke istana Raja Bersiong. Kalau sempat, mungkin dapat jumpa Mariyammah, untuk buka kitab Hindu yang asal.

Pagi. Semua plan nak ke Jitra terbatal. Aku tak jadi tidur sampai ke pagi. Saif DBP sms, menyatakan surat aku di BH dah tersiar. KLIK DI SINI. ('Daulat Tuanku', doa kepada raja)

Imran pergi Perik, ambil Sarah dan isterinya. Keponakanku makin petah bercakap dalam suatu bahasa yang tak siapa pun mengertinya. Biarlah, suara Sarahku ini jauh lebih tenang berbanding bicara pidato politikus yang meresahkan, khasnya dalam meneliti perkembangan mutakhir ini.

Sarapan pagi ini, aku makan popiah dan karipap, buatan Taman Melati. Agak sedap. Tetiba, Imran syor supaya kuih penganan ini di'supply' saja ke KL. Syarikat abang pun dah ada, demikian kata adikku itu.

"Boleh tolak di hotel-hotel dekat KL. Hantar kuih-kuih. Bincang dengan makcik ma, kalau beli banyak, boleh ke dapat harga murah?" syor adikku itu. Aku teringat kawan-kawan yang kerja di hotel-hotel di KL.

Ka Ching! (Bunyi mentol idea terpasang dengan bersemaraknya sinar!)

Sebelum abah keluar pi mengaji ke Dehrang pagi tadi, sempat aku minta geran rumah kedainya, untuk dibuat salinan fotokopi kalau-kalau dapat dicari penyewa baru. Syukur, satu kerja selesai.

Nanti boleh aku ke HQ KFC. Yeah! My name is Abel Fansuri Roznovski, seorang kapitalis muda yang bakal menghura-harakan, dan memporak-perandakan dunia kapitalis liar sehingga mereka jadi sengsara!

EGM atau mesyuarat khas?
NY of BH call, bertanyakan hal-ehwal parti petang tadi. Dalam kes Aziz Bari vs Idris Ahmad, dia sempat membangunkan kritikan sulungnya terhadap Ketua Penerangan Pas itu.

"Keras sangat!" katanya. "Macam mana orang nak respek? Dulu, dalam suatu program dia pernah kata, dia tak percaya, orang-orang Pas yang sudah kerja ni mampu sumbang kepada Pas. Kita memang tak boleh sumbang 100% macam dia. Tapi, sumbangan kita tetap ada."

Malam ini, pimpinan Pas berlabuh di pelabuhan intelektual Jln Raja Laut. Idea untuk buat EGM dibubar oleh TGNA sendiri. Aku masih menanti masa yang sesuai guna menibai keangkuhan dan buat serang hendap atau serangan terbuka.

Malam ini, kugodam bahan di Detik Daily. Apakah 'serangan' ini perlu juga dibuat melalui DD?

#############################

9 Zulkaedah / 27 Okt. (Selasa)
Ketika menulis ini, aku sedang berada di KFC Batu Gajah, Perak. Singgah di UiTM Seri Iskandar melihat adikku. Aku pergi dengan Imran. Lepas ni, terus balik Pendang.

Semalam, chat dengan Zabidi, anak menakan ALO. Katanya, kolum aku di Detik Daily akan buat juga, jika aku rancak menulis. Aku beritahu, antara punca aku tak menang tangan di situ, adalah kerana, setiap kali aku menulis, terus tulisanku tenggelam oleh arus penulisan orang lain.

"So, kalau ada kolum, mudah sikit, motivasi menulis saya meningkat," demikian kataku. Jadi, selama ini, kolum Catatan Menara di Detik Daily tu tak diletak di sebelah kiri atau kanan, adalah disebabkan mereka takut kolum aku tu tak bergerak-gerak.

"Kami takut kolum tu kosong, tak update nanti," katanya lewat bualan maya di Facebook.

Lepas tu, Zabidi mel-e aku melalui Facebook, menyatakan bahawa dia sudah call cikgu Zul. Rabu ini, katanya yang juga bertindak sebagai webmaster Detik Daily itu, barula cikgu Zul (webmaster Tranungkite) habis kursus. Lapang dada dan lega aku mendengarnya.

Lepas berborak dengan Zabidi, bertemu penyair N. Shah di Jalan Amar, dekat Lorong Haji Taib. Kami cuci mata sejenak, melihat pondan dan perempuan sambil menuang teh ke dalam usus.

"Rupa-rupanya, tekaan aku betul," kata anak kelahiran Pahang itu. "Mulanya aku teka saja yang kursus ni untuk guru-guru yang bermasalah. Lepas siasat, memang aku termasuk guru yang bermasalah."

Kes N. Shah ni aku kesian juga. Pengetuanya tidak suka popularitinya di media. Siap persoalkan, kalau N. Shah ni diwawancara untuk akhbar, apa sumbangannya untuk sekolah ini?

Protokol Yahudi
Makin menyengat semangatku, meluap-luaplah api kesedaran untuk tubuhkan AM1M agar satu masa nanti, dapatlah dibuat seminar berkala guna membersihkan anasir-anasir parasit di dalam parti-parti politik di negara ini, sama ada PR mahu pun BN.

Oppss.. ini bab protokol rahsia aku seperti The Protocols of the Learned Elders of Zion, ia tak boleh dedahkan melainkan kepada mereka yang benar-benar mengerti.

Orang Melayu kita masih berada di tahap malas membaca yang sangat agung, kerana itu fikiran mereka sangat mudah dijajah, ditipu hanya dengan slogan dan retorik murahan.

Oke, Imran dan Kinah dah sampai. Tadi, mereka solat. Aku tak pa, boleh jamak. Ish, jamak daaa bukan jimak, he he he.. Sampai di Sg Petani nanti, mungkin nak main-main dengan keponakanku Sarah dan esoknya boleh minta geran rumah kedai abah guna meneruskan gerak kerja kapitalis.

#############################

8 Zulkaedah / 26 Okt. (Isnin)
Melihat pertabalan Yang Dipertuan Negeri Sembilan, aku terlekat di rumah, harus bagaimana aku lakukan untuk menjadikan istana kembali berfungsi sebagai gedung fikir, kubu buku, serta pustaka milik rakyat.

Siapa yang ada kaedah untuk mengangkat sembah kepada baginda sultan untuk menterjemahkan hal itu, bolehlah beritahu dan berkongsi tips-tipsnya. Aku ingin hubungi akan sekalian dato'-dato' di dalam istana itu.

Di Bank Islam Mara, bertanya hal cek. Kata si kerani, boleh masuk juga cek dalam akaun syarikat walaupun nama yang ditulis atas cek tu nama kita. Boleh juga juga 'draw' duit tanpa cek, syaratnya syarikat mestilah milikan tunggal.

"Tapi encik kena apply kad atm tu kat cawangan Alor Setar juga," katanya. Aku minta borang, minta Imran submit bila dia balik esok pagi.

Ke Maju Junction, rupa-rupanya Rais Yatim dah berpindah ke Bangunan Sultan Abdul Samad. Dulu, aku masih ingat, masa wawancara dia untuk Siasah bilangan kedua, kami memang 'boom' sebab Rais cakap, Anwar patut diterima semula masuk Umno.

Kami jumpa dia di pejabat inilah, kat Maju Junction. Aku taip sendiri wawancara tu lama sekali dan terlalu teliti pula. Dan kesan selepas tu, dengan izin Allah jualan Siasah melonjak naik. Masuk gelombang kemasukan S dan AR, terus hampeh.

Masuk gelombang ketiga, akhbar ini nazak, tenat dan menunggu masa kiamat. Betul sabda hadis nabi, "Apabila jawatan diberi kepada orang yang tidak betul, maka tunggulah masa kiamat.."

Ke pejabat Dato' Dr Rais Yatim, akhirnya bertemu kontek baru. "Selesaikan dulu pendaftaran pertubuhan... kemudian baru boleh bincang."

Oke bro, aku pun nak membiasakan diri saja untuk cari penaung. Ahah! Baru teringat tajuk yang Rais Yatim suka - urus-niaga menjual pangkat dan gelaran. Aku ada tulis benda ni dalam BH. Dia mungkin suka kalau aku buka tajuk ni. Sapa nak ikut, jom!

Currently have 1 comments:

  1. Anonymous says:

    台灣處亞熱帶最適於它的繁殖,危害最嚴重的有家白蟻及大和白蟻。在每年四月至九月間,一大群白蟻集體飛出巢穴追逐(颱風或大雨來臨之前)雌雄配對後,迅速地脫落翅膀, ... 在台灣,住的房子雖多為鋼筋水泥,但早期居住的木造房子,就常受到白蟻的侵蝕。