Urusan pengiklanan, sms 014-3233287 @ mel-e ibnuamir@yahoo.com, subjek: Iklan Karya Fansuri
Latest News

12-14 Zulkaedah/30 Okt. - 2 Nov (Jumaat-Isnin)

Friday, October 30, 2009 , Posted by nota untuk Syiah at 9:13 AM

14 Zulkaedah / 2 Nov. (Isnin)
Berpagi-pagian dan berpetang-petangan di rumah, menulis bahan. Akal terperap di dalam kepungan bilik dan hati jadi rawan. Selesai godam bahan, baru lolos dari kepungan penjara kehidupan SPKB.

Disiplin, disiplin, disiplin. Tiada disiplin, tak boleh menulis. Petang tadi keluarkan duit. Kununnya nak beli pita rakaman. Mendung hujan tidak mengizinkan pergerakanku. Huh! Sekejap je ni duit ini akan habis kubelanjakan, terbang melayang kerana bayar itu dan ini; biaya sara kehidupan.

Ke pejabat untuk bayar duit kutu, RM100. Sempat hantar dua bahan tadi di print dan daily. Kes Dr Maza dan isu tahanan ISA di Sandakan, Sabah.

Tadi, naik ke bilik bos. Nampaknya, tulisan itu mungkin sukar mahu tembusi pasaran pemikiran warga-warga ahli parti yang tak suka Dr Maza. Aku perlu fikir kaedah lain. Mungkin Malaysian Insider atau Malaysia Kini? Fuh! Lega! Syukur. Masuk cek baru, atas nama syarikat.

Tadi, dengan bos, melayari blog bekas-bekan pimpinan pelajar UM yang aku kenali, dan mereka membantai individu-individu tertentu dalam parti. Fuh! Lagi dahsyat daripada aku rupanya.

"Apalah depa buat macam ni?" kata bos. "Sampaikan hal personal pun dah dibangkitkan habis dalam blog ni."

Tapi, lepas tu dia mengaku juga, "Nak buat macam mana, Pas pun kena terima hakikat, natijah berdepan dengan fenomena media baru."

Oke ... ya syeikh wal syeikhah. Bos ajak minum. Mau minum-minum dulu dekat Rafiyah ...

Oke, sambung balik. Adapun resolusi dan cerita bersama bos banyak sekali. Maka, antaranya ...

1. Dia tanya aku, bolehkah masuk pejabat, ganti tempat Irwan, aku cerita tentang kemungkinan aku masuk R.A. Dia kata, oke lah ... maka keputusannya sudah jelas sekarang. Dan, aku pun buat pengakuan, "Lagi pun, kalau jadi wartawan ni, kita ni dilihat bermasalah dengan pimpinan."

Terus dia jawab, dengan slow nya, "Baguihlah kalau sedar diri." Cheh! Aku dapat rasakan sejak peluru sulung meletus di DD, maka sentiasa terasa ada yang menusuk-nusuk ke kalbuku. Geram dalam diam dalam kalangan pihak tertentu, pasti wujud.

Kemarahan pihak tertentu ke atas kita pasti berbangkit. Tetapi itulah yang perlu kita buat kalau kita mahu jadi 'syahid pertama'. (Yang ni ayat Aqil Fitri dalam Facebook)

Nak buat macam mana lagi? Di universiti dulu, kalaulah aku harap kawan-kawan bangkit sokong aku, memang aku tidak bergerak. Kali ini, nasibku memang sama. Aku sendirian, bergerak solo.

Macam gerila dan Rambo, barulah nampak macho sket! Falsafah perjuangan Rambo dalam filem terakhirnya siap ada madah lagi, "Life for nothing or die for something!"

Tetapi, falsafah aku adalah, "Sama ada hidup senang-lenang sebagai pengampu, atau pun mati sebagai wira untuk jemaah Islam."

Dulu bila kritik HEP atas nama akademik, ilmiah, depa kata aku Pas. Kali ini, mungkin depa kata aku Umno pula. Tetapi, al-Qur'an bagitau - "...la yakhafuuna laumata la'im..." - "..Tidak gentar, takut terhadap celaan, cercaan mereka yang mencela dan mencerca..."

Aku, very clear! Tiada nabi-nabi yang berkompromi dengan kezaliman, tiadalah rasul-rasul yang bergabung dengan Fir'aun, Namrud untuk berkuasa. Mereka tiada mimpi untuk berkuasa kalau terpaksa berkompromi dengan kezaliman.

Rasulullah s.a.w ketika ditawarkan harta, takhta (jawatan, kuasa) dan wanita, baginda bersabda, "Letak matahari di tangan kananku, bulan letakkan di tangan kiriku. Aku tidak akan berundur daripada dakwah ini, sehinggalah aku menang atau pun aku binasa kerananya."

Mustafa Ali a.k.a Cikgu Pa 'berfatwa', "Adapun isu Kerajaan Perpaduan tidak akan berbangkit lagi ..." Aku tak tahu sejauhmanakah 'fatwa' ini boleh mempengaruhi pemikiran ahli Pas. Tetapi, untuk orang semacam aku, ayat ni aku nak baling dalam tong sampah saja.

Tiada sepatah pun aku dengar takat ini bahawa Cikgu Pa minta maaf kerana terlanjur membuat kenyataan yang terkait dengan Unity Government.

Tiadalah kudengar bahawa mereka mohon maaf sebab dah buat kesilapan kerana beriya-iya nak bergabung dengan parti zalim yang sudah belasah tahanan ISA, mengganggu keluarga ISA serta menghukum mahasiswa dengan Auku termasuk melakukan pengkhianatan ke atas bahasa kita dengan melaksanakan PPSMI sebelum ini.

"Ya Allah, gerakkanlah hati ahli-ahli parti untuk mengundi supaya EGM tetap diadakan juga!"

2. Dia meminta aku menulis buku pasai pemikiran dan perjuangan dia. Segala khazanah majalah, akhbar lama dia dah lesap separuh, hilang entah ke mana. Ringkasnya, aku kena menulis biografi tentang perjuangan, pemikiran dan kisah hidupnya. Baik ya syeikh! Enta jangan nyesal. He.. he..

"Enta kena tengok juga buku-buku ana," kata boss lagi dengan 'kemaih'nya (he, he). "Hang dok sembang dengan orang besaq nih!"

3. Dia syor supaya aku menulis secara kreatif, tapi di mana aku nak sumbatkan karya kreatif tu entah kat mana pulak ni? Tiadalah aku bertanya pulak tadi.

"Ana rasa enta ni boleh tulis kreatif la, try la tulis cerpen ka," katanya lagi. Tapi, aku segan nak demand-demand lagi. Biarlah, terjemahan bersiri Rice Without Rain dah masuk bab 15 lepas ni. Hari tu, betul-betul aku tamatkan di hujung bab 14. Bab15 bab yang terakhir.

Bila aku jelaskan novel itu dah dekat nak habis, dia pun kata, "Baguslah, alhamdulillah..." Cheh!

Tapi, aku pun menarik nafas lega juga. Tak lagi aku terkejan-kejan, terhegeh-hegeh nak siapkan bebahan tu menjelang Khamis. Tunggulah sebulan lagi, insya Allah, terjemahan itu akan tamat.

4. Dan banyak lagi, bak kata Dato' Datin Siti Nurhalizah, "Biarlah Rahsia" .. la.. la.. hu.. hu.. hu..

#####################

14 Zulkaedah / 1 Nov. (Ahad)
Bawa CPU naik bas-orang usha pelik je. Elok sampai di stesen Pendang, bas pun dekat nak bertolak dah. Fuh! nasib baik.

Dalam bas sempat ber'sms' dengan Dr A. Ringkasnya, beliau minta datang daftar sebagai R.A di Inspem di UPM minggu depan.

Sampai Hentian Duta sekitar jam 5 petang. Aku terkejut kerana tambang teksi sudah naik paras RM14.30. Dulu, RM11, sebelum itu RM7. Ish, apa dah jadi ni?

"Minyak naik harga ker," aku bertanya 'uncle' berbangsa Tionghua. Dia fasih berbahasa Melayu. Dia mula control-control. Dia hentam PakLah, semua barang naik harga. Harga kicap dulu murah dan semua kegeramannya bercampur-baur.

Kalau nak cerita semua, panjang juga. Rasa rugi juga tak beli pita perakam kecil yang wartawan selalu guna tu. Kalau ada pita perakam tu, boleh kurakam bualan uncle tu tadi. Aku berazam untuk bei sementara duit masih ada. Esok first yang aku beli adalah pita perakam tu.

Kalau korang nak jadi wartawan, khasnya di __, terpaksalah korang keluar duit sendiri sebab di sini, ayat keramat dia 'fi sabilillah saja'. Tapi, kali ni dah ada duit sikit, baru boleh beli, i'Allah.

Dulu nak beli laptop. Macam-macam buat --- minta surat pengesahan jawatan, buat slip gaji, tak juga dapat-dapat. Tapi, dalam masa yang sama, aku diminta buat macam-macam. Ekoran susah mendapat gajet-gajet ini, maka pun bertanya, kalau-kalau ada peruntukan untuk beli gajet.

Jawapannya, "Sepatutnya laptop dan lain-lain alat 'perang' tu wajib ada bagi wartawan."

Masalahnya pendapatanku bukan RM2k-3k. Dan bila aku target angka tu di daily, ada sekatan pula. Aku dah buat reka slip gaji dan buat surat pengesahan, pun fail juga. Bukan tak mahu buat kerja, tapi kita nak kerja, orang pula tak bagi kelengkapan dan kemudahan untuk kita buat kerja.

Ini yang wajib korang lalui kalau mahu jadi wartawan. Hakikatnya, lebih banyak duit yang keluar daripada duit masuk. Minat yang mendalam membuatkan korang cekal, tabah dan berani mati.

"You tau ka, yang you beli kupon teksi tu, you dah bagi saham pada Khairy Jamaluddin," kata Uncle teksi itu. "Cuba check LCCT, KL Sentral, Subang Airport, itu pun dia punya jugak."

Ish, aku tak tahu kalau dibiar lagi, tambang teksi dari Hentian Duta ke Kg Baru naik berapa lagi? Yang sempat aku catatkan tadi - Hentian Duta (HD) ke Pusat Bandar Damansara (RM21), HD ke Taman Greenwood (RM33).

"Sebab itu, saya kesian tengok budak-budak UIA dan UM," kata uncle tu lagi. "Mereka tu dok melengung saja tengok tambang teksi naik melambung."

Apabila aku tanya harga tambang teksi dari HD ke UM dan UIA, maka 'uncle' cakap, kalau ke U. Malaya, tambangnya RM30. Dan, kalau ke UIA pula, tambangnya RM43 lebih kurang.

Rekan-rekan, doakan aku berjaya membawa isu ini ke peringkat atasan. Kata uncle, isu ini JPJ pun takut nak siasat. Iyelah, KJlah katakan. Baru aku teringat. Dalam web 15Malaysia.com yang menampilkan politician dok berlakon tu, tentu korang ingat - Khairy bawak teksi kan?

Malam ini menggodam Facebook, lalu aku nampak sidang media Dr Asri Zainal Abidin vs PGSM.

Sidang media Dr Asri Zainal Abidin vs PGSM


Terlalu awal untuk kita buat andaian. Kita tengok dulu apa yang berlaku selanjutnya.

#####################

13 Zulkaedah / 31 Okt. (Sabtu)
Gunting rambut di Pendang. Abg Kadir, tukang gunting rambut itu asyik bertanya hal kerjaku di lapangan akhbar.

Rasa sulit nak jawab lebih-lebih. Biarlah dia cari sendiri. Petang ini mula ubah harddisk komputer rumah, aku tinggalkan CPU aku di Pendang. Esok, bawa CPU kat rumah ni ke dalam bas, turun ke Jalan Duta. Biarlah orang tengok, nak buat macam mana?

Malam ni menaip dengan laptop abah dan kemudian, acara menonton filem National Treasure di TV3. Aku mahu berehat puas-puas, kumpulkan tenaga untuk esok.

Baru melepaskan peluru kat Malaysian Insider tak lepas-lepas. Detik Daily dah dibom, mungkin kena manfaatkan media perdana pula lepas ni. Mungkinkah Facebook ini bermanfaat juga untuk Reform Pas? (Opss... silap, reform pimpinan partai Pas yang setepatnya)

#####################

12 Zulkaedah / 30 Okt. (Jumaat)
Aku mimpi kakiku memijak-mijak segala selut hitam di tepi pantai. Dan, air laut kelihatan seakan-akan sedang pasang. Apa maknanya mimpiku itu?

Selepas raya malam tu, aku tidur di bilik Imran juga, mimpi air melimpah, aku tengok dari langit, ada jambatan melintang di tengah arus deras air. Tetiba tsunami datang singgah di Padang.

Sempat berbual dengan Zaili dan Wan Zahari sebelum mereka pergi ke sana, membuat liputan. Tak kusangka, jambatan di sebuah desa di bahagian 'front-page' Harakah itu mirip, seakan-akan dengan apa yang kulihat. Bila terbangun, ayat 'palang' menerpa dalam ingatan, rupanya Padang.

Kalender Maya meramalkan 2012, tahun kehancuran dunia, tetapi tahap kesedaran masyarakat ke atas isu-isu alam sekitar ternyata masih di tahap yang rendah.

Ke Alur Setar
Tak jadi pergi hantar makcik Gayah dalam perjalanannya ke Mekah. Pergi Bank Islam A.S, urus kad atm syarikat. Sekejap je dah siap. Hatiku terasa lapang. Tapi, bila tengok baki menggunakan kad atm, aku terkejut, sempat termenung lama selepas keluar bank.

Baki ada RM2K++. Macam mana boleh lebih? Bagaimanapun hasil eksperimen demi eksperimen menyebabkan pengetahuan bertambah. Cek atas nama orang lain rupanya boleh dimasukkan di dalam akaun bank syarikat. Tapi, aku rasa, mungkin abah belum bank-in cek yang aku bagi tu.

Sampai ke tahap ini, aku dah berusaha dan syukurlah aku berjaya. Kalau kusambung study, buat master, mungkin berjaya juga, walaupun terpaksa menempuh banyak kesulitan sebelum ni. Dan, itulah yang sering bermain di benakku ketika dalam perjalanan pulang ke rumah.

Dalam hidup ini, ada benda yang kita cuba buat dan kita dapat. Ada benda yang kita buat, tetapi, mengambil masa yang cukup lama untuk kita mendapatnya. Bekal serta modal kita hanya sabar, terus berusaha, semuat keramat, keajaiban dan mukjizat Allah memberi, ganbatte!

Sempat kujejak Lorong Thean Kee (Lorong Tangki). Ada dinding roboh, rumah tidak terurus dan kulihat ada papan tanda, Persatuan Penduduk Lorong Thean Kee. Tapi tak nampak papan tanda sekolah arwah Tok Langgar. Jadi, siapa yang tahu bahawa di situ pernah wujud sekolah lama?

Hari ni abah ke KL, naik bas, hantar Sya ke Mesir. Kata abah, dari KLIA Sya pergi ke Abu Dhabi. Isnin, barulah abah balik. Aku pula, baru beli tiket bas pulang ke KL Ahad pagi ini. Mungkin juga, sempat bertembung di KL Ahad malam kelak.

Selesai fotostat geran rumah kedai abah. Lega, lapang dada rasanya. Tetapi, di Pendang memang masih banyak usaha-usaha pembaikan yang perlu disegerakan. Tandas awam di stesen bas tiada penutup, tetapi nak masuk tetap kena bayar. Begitu juga di stesen Petronas, tandas bermasalah.

Aku fikir, seseorang perlu buat segera tindakan macam Hasan al-Banna, menulis surat-surat dan mengirim kepada pihak-pihak tertentu untuk mengubah masalah yang ada. Dan, orang itu tentu aku. Kalau kita nak ubah dunia, mungkin kena mulakan dengan perkara kecil-kecil dulu.

Ketika perjalanan balik dari Lebuhraya A.S (Selatan) ke Pendang, aku ubah kayu di tengah jalan dan aku fikir, kita kena mesti ada penyapu kecil juga untuk menyapu kaca-kaca yang dilempar di laluan motorsikal di lebuh raya.

Sabda nabi s.a.w, iman itu 70 cabangan, yang paling tinggi dua kalimah syahadah. Paling rendah, usaha membuang perkara yang tajam, kaca, kayu di jalanan. Seorang rakan dapat keistimewaan, dapat berkomunikasi dengan alam, dengan sebab melakukan hal-hal kecil anjuran nabi dengan keikhlasan. Aku berdoa semoga aku termasuk dalam golongan itu.

Balik ke rumah
Zabidi pesan beberapa perkara untuk update di DD. Aku akur. Tak pula dia sentuh hal yang aku tulis semalam. Rasa resah menyelubungi kerana terpaksa aku kritik Presiden aku sendiri. Tetapi perubahan, REFORM mesti terus berjalan. DSAI, LKS dan sapa-sapa pun mesti kena juga.

Tapi, aku tak nampak ada orang yang berani pi ke depan. Takkan aku syahid yang pertama kot?

Kaum ibu bangkitkan isu duit kutu. Lah, mati-mati aku ingat dah selesai. Hari tu cakap lain, yang kudengar dah habis, rupanya bulan ni baru tamat. Nanti daku bank-in Ahad ni, or by-hand.

Kakti tawar kerja sementara di Pusat Arkeologi, USM, gaji RM25 sehari, seperti CSI, membersih debu-debu yang melekat di artifak. Rasa seperti si Dr Robert Langdon dalam Da Vinci Code pula. Bagaimanapun, aku belum membuat sebarang keputusan.

"Sarah dah boleh sebut abah," kata kakti. "Tadi abang cik sekat Sarah naik tangga kat rumah Tok Sik. Lepas tu dia marah kat abang cik, dia panggil ... ab bah!"

Sarah dah boleh sebut ayat penuh, dua suku kata. Aku pernah ajar Sarah sebut 'buah'. Dan, daku sangat berbangga dengan hal itu. Aku fikir perlu diceritakan juga makna di sebalik falsafah buah.

Semalam Hakim buat pertama kali dia dah boleh naik 'baby-walker'. Dan, bila kubalik rumah, dia sudah boleh meniarap, suka melompat-lompat apabila dipegang antara celah ketiaknya. Meneliti semua ini menumbuhkan keinsafan dalam diri. Aku ni sudah tua rupa-rupanya. :(

Cerita Hindustan dinihari tadi sangat mengasyikkan, kisah tentang kerusi je. Kisah seorang lelaki yang membesarkan anak tunggalnya setelah kematian isterinya (Juhi Chawla), menantunya jual kerusi itu kerana cucunya tercedera setelah naik kerusi itu.

Setelah berjaya menghantar anak tunggalnya ke Amerika, (amanat isterinya, Radha sebelum dia meninggal, ialah mahu anak tunggalnya pergi Amerika), lelaki tua ini telah mendaftarkan dirinya di sebuah rumah orang tua. Akhirnya, dia terjumpa semula kerusi pusaka dalam biliknya itu.

Fuh! Sebak betul. Semalam, saat aku menaip bait-bait perenggan terakhir ketika Ned dan Jinda mahu berpisah kerana tidak sehaluan cita-cita dan perjuangan, rasa sebak bergayut di hatiku.

Ned mahu meneruskan cita-cita perjuangannya dalam hutan, mengajak Jinda menjadi komunis. Tapi, Jinda inginkan kehidupan yang biasa, berumahtangga, beranak-pinak, mengerjakan sawah bendang. Antara dialog Jinda yang aku suka ialah ...

"Keadilan dan persamaan, aku tak dapat merasa keadilan, aku tak boleh menghidu, mencium bau persamaan... yang boleh kurasa adalah asam jawa, yang dapat kucium adalah bunga dan aku mahu dapat sesuatu yang boleh aku dapat pegang dengan tanganku."

Kata Jinda atas nama keadilan dan persamaan inilah ayahnya Inthorn mati di dalam penjara dan dia tidak mahu kehilangan lelaki yang dicintainya mati atas kedua-dua perkataan yang sama. Dia tidak mengerti apakah keadilan, apakah persamaan yang tidak dapat dihidu, disentuh, dirasa itu.

Maklum, dara pingitan yang tidak terdedah dengan apa-apa perkembangan politik di ibu kota. Di akhir cerita, pagi itu, mereka masing-masing enggan mengubah fikiran. Cinta mereka terputus di tengah jalan.

Ned bingkas bangun lalu menyandang begnya, lalu memanjat gunung sehingga jauh, lalu dia pun melambaikan tangan sebagai isyarat berpisah.

Pengarang Minfong Ho telah menulis bait berikut, ... Jinda cuba tersenyum walaupun dia tahu bahawa dalam jarak yang jauh begitu, adalah suatu yang mustahil bagi Ned untuk melihat senyumannya lagi.

Oh! Tuhan ... aku jadi sebak ketika menuliskan bait-bait ini... aku dapat merasakan suasana cinta dan air mata yang tidak berkesudahan dan impian cinta yang tak kesampaian kerana perjuangan menjarakkan hubungan antara mereka.

Currently have 0 comments: