Urusan pengiklanan, sms 014-3233287 @ mel-e ibnuamir@yahoo.com, subjek: Iklan Karya Fansuri
Latest News

28 Syawal-2 Zulkaedah/17-20 Okt. (Sabtu-Selasa)

Monday, October 19, 2009 , Posted by nota untuk Syiah at 3:09 AM

2 Zulkaedah / 20 Okt. (Selasa)
Baru selesai hantar bahan di Sandakan. Abah mai hari ini serahkan buku cek. Akhirnya, semangat pun timbul semula.

Buat pertama kalinya aku tulis cek dari akaun syarikat sendiri dan bagi cek kepada abah. Fuh! Rasa kemaih!

Dulu, abah transfer RM400 dalam akaun aku. Hari ni, aku bayar balik kat abah dengan cek. He... he... he... Hmm... apa lagi yang harus aku lakukan sekarang?

Tadi minum di Rafiya, kutunjuk juga kat Alo. Dia senyum saja, sebab dia pernah jadi introducer. Kunyatakan hasratku untuk jadi kontraktor lalu dia bantah.

"Ramai dah kawan-kawan ana buat," katanya. "Kerja macam ni tak sesuai dengan kita."

Tetiba dia 'lantik' aku jadi penyiasat. Ya! Aku telah jadi penyiasat sekarang. Yang perlu kusiasat sekarang ialah, berapakah harga seekor lembu di Kemboja? Panjanglah ceritanya. Hangpa tau ka berapakah harganya seekor lembu di sana?

Dan banyak juga projek-projek yang kelihatan ok di mata, tetapi jangan-jangan sukar nak cekau juga. Apa-apa pun, kena usaha... ganbatte!

Tadi petang, selepas jemput abah di Pudu Raya, makan-makan di Restoren Syukran. Sembang tentang idea menyewakan rumah kedai tu. Nampaknya, perjalanan masih jauh. Kena berurusan dengan penyewa lama dulu. Rupanya, dalam diam, cara berfikir abah banyak sama dengan aku.

"Dulu, abah ingat nak beli rumah kedai kat Jalan Pegawai, tapi tidak sempat, la ni abah dok tanya lot kedai kat Pendang Square, pun dah habis terjual," kata abah lagi.

Huh! Aku ingat... dalam keluarga kami, aku seorang saja yang berjiwa kapitalis nih...

Pendang akan membangun tak lama lagi. Tapi, yang menghairankan aku, macam mana lot-lot ni semua boleh cepat habis? Kat mana kapitalis-kapitalis ni semua dapat info? Hangpa tau ka?

Orang-orang tempatan macam aku dan abah, hanya dapat melangut saja la hartanah di tempat kami tu. Aku mesti belajar lagi banyak tatacara menjadi kapitalis dan cara merembat projek.

Esok abah ke Putrajaya, petang esok dia akan balik terus ke rumah. Imran akan datang KL pula nanti. Perlukah kubawa CPU yang rosak tu ke Pendang? Kot-kot dia boleh periksa?

###################

1 Zulkaedah / 19 Okt. (Isnin)
Bos call, minta buat bahan di Sandakan, juga kes tahanan ISA di Manila yang sedang sakit. Tiba kat bilik berita, heboh juga.

S.A tahu bahawa orang yang berdarah di Bagan Pinang itu memang PATI. Umno dan polis pun tahu hal itu. Jadi orang itu dilarikan sebelum polis dan Umno tangkap orang itu. Wallahu'alam. Nak cerita lebih-lebih pun takut tersasar.

Dapat tahu, kembalinya Irwan ke opis. Maklumat samar-samar. Mereka sibuk membuat bahan memasing. Aku sedang tunggu kalau-kalau ada pita perakam kecil untuk buat transkrip, berita.

Intan beritahu aku, bahawa dia sudah dapat hubungi Habiburrahman El-Shirazy. Alhamdulillah. Ini bermaksud, telefon bimbit itu memang masih dia gunakan.

"Bapak sedang sibuk menulis," kata isteri Kang Abik kepada Intan ketika novelis itu dihubungi. Maksudnya, ada harapan untuk aku hubungi Kang Abik juga untuk dapatkan pengalaman beliau menulis sepanjang ini. Bahan itu untuk projek buku bos.

Semalam, baru selesai buat cerpen. Hajat di hati nak bagi kat BH, itu pun kalau nama aku bersih di sana. Hatiku digaru rasa ragu-ragu juga saat ini. Tuhan, petunjukMu kupohon disegerakan.

10:12 p.m: TMJ dok bersembang tentang hal-hal penulisan tadi. Entah apa yang menyebabkan dia bersembang dengan hal itu, kurang pasti pula. Mungkin dia pun nak 'test' jugak kot?

Antara isu, topik sempat kucatat dalam catatanku - kilang cetak Cina di Maju Indah di Ampang, majalah-majalah yang boleh ditembusi - Cahaya, terbitan Jakim, Millenia, Majalah I, Wanita, Malaysiakini dan MalaysianInsider, antara lain yang menarik ialah cadangan nak buat 'booklet'.

"Antara contoh terbaik kalau nak menulis sepenuh masa, kena tiru Ann Wang Seng," katanya.

Alo dah ajak minum, turut diundang, Yusri Wasilah. Singgah di Haslam, terjumpa Zul S dan buka cerita macam-macam - Husam sudah tumbuk Azmi SPRM, isu pengundi Cina dan India di Bagan Pinang dan lainnya. Fuh! Kental dengan segala kebusukan politik. kalau buat novel, gerenti laku.

Aku dengar nabi kata, kalau dengar orang mengumpat, kita kena lari jauh-jauh, tapi bila gergasi wartawan politik ni dah mula buka cerita ni, dan aku pula dah tersepit di tengah-tengah, macam mana aku nak lari? Timbul dalam fikiranku kadang-kadang, nak 'ghaib' je dari dunia ni.

Aku nak ghaib! Dunia ini terlalu kotor! Please, help me out from here!
Nak panjat Gunung Jerai, nak pi Tanjung Tuan, biar tubuh dan jiwaku ghaib, hilang meresap dan berpindah ke alam bunian atau ke alam malakut. Semua ni biar luput segera dari lipatan fikiran Tapi segala kebusukan ini tetap tak hilang kalau tiada orang yang mahu menyentalnya.

Politik itu kotor dan mengotorkan. Tetapi, tiada ramai orang yang mahu menyucikannya dengan kesabaran. Aku tiada potensi untuk hilang. Tetiba datang fikiran baru menyelinap dalam jiwa.

Kalau nak hilang, sejak lahir lagi, Dia hilangkan aku. Dia suruh aku duduk perhatikan kebusukan dan berikhtiar keras untuk menyucikannya perlahan-lahan. Pahala sabar Allah memberi.

Jadi, aku terus dengar saja masalah dalaman parti. Buah fikiran semacam ini, wajar dimasukkan dalam seminar kelemahan PR juga. Ya tindakan seperti ini baru betul dan kena pada tempatnya.

Yusri beritahu aku tadi, "Nampak artikel awak dalam Malaysian Insider ... bla, bla, bla..."

Lalu, aku beritahu, "Pernah hantar sekejap dulu, tapi tak tahu pulak, keluar ke tidak." Apabila aku semak balik, memang ada yang tersiar. KLIK DI SINI. Tapi, macam mana nak 'claim'?

Kelibat Wan Zahari dan Zaili Muhammad hadir di Haslam tadi. Mereka baru pulang dari Padang. Wajah mereka nampaklah keletihan. Jadi, mereka tidaklah 'berkubur' di sana... He... he...

###################

29 Syawal / 18 Okt. (Ahad)
Sepatutnya, hari ni nak pi Rumah Terbuka Abim Outreach di Ampang Hilir dan Rumah Terbuka Jim di Taman Melawati.

Tapi, rasa lebih selesa di rumah, merenung, berfikir dan mula merancang apa-apa yang boleh ditulis.

Cerita kartun Hercules ke udara di TV2. Hercules pernah menjadi wiraku ketika kecil. Mak aku sekolah Inggeris lalu cerita dewa-dewa Greek sudah merasuk fikiranku. Aku hampir menyangka mereka benar-benar wujud, kagum juga dengan kehebatan mereka.

Juga, aku rasa Gunung Olympus itu benar-benar menjadi tempat istirehat dewa-dewa Zeus. Akhirnya aku sedar Zeus dan Hercules muncul dalam watak agama Kristian - Tuhan (Zeus) dan Hercules (Isa); anak Tuhan.

Di dalam watak-watak moden, Kal-El adalah Clark Kent (Superman) seperti Hercules dan dia dikirim ke dunia oleh bapanya untuk membantu manusia. Kalau nak cerita, panjang pula nantinya.

Imran call setelah aku wish birthday dia hari ini. Aku turut beritahu hal CPU yang rosak. Dan, minta dia perbaiki 20 Oktober ni.

"Imran tak mai dengan abah. Dia mai sorang ja," katanya. "Tapi, tentang CPU ni, tak mudah rosak sebenarnya. Kalau betul dah rosak, kena beli lain. CPU abang tu dah tak ada gantinya."

Petang. Aku cuba bawa leptop ke kedai mamak 24 jam di Jln Yahya Syeikh Ahmad. Tapi, rasa malu nak buka. Akhirnya, selepas makan, aku balik dan terus menghabis bahan-bahan cerpen dan penulisan skrip semalam.

###################

28 Syawal / 17 Okt. (Sabtu)
Bersengkang mata semalaman. Mujurlah bahan tu diangkat juga oleh bos di H Daily. Selesai sarapan pagi, aku keluarkan duit RM20 dari CIMB, juga RM400 dari Maybank. Lega rasanya, boleh selesaikan sikit piutangku.

Di flat, Terserempak seorang aweks bergetah melintas di depan aku dan pakaiannya terdedah di ___. Astaga, hatiku berderau melihatnya. Semoga hatiku tabah!

Di rumah, cuba siapkan cerpen mengenai isu student, tapi aku terlelap akhirnya.

Petang, abang Wan Zahari call, "Betul ke MB S'gor datang Padang? Nampak kat banner tu, muka Khalid Ibrahim, tapi betul ke dia datang?"

Soalan itu aku tak jawab, kerana tak tahu apa-apa. Zaili dan wan Zahari dah ada kat Padang untuk membuat liputan mengenai insiden gempa bersama Yayasan Amal.

Aku ke KLCC, bayar bil Digi, RM100. Syukur. Dah boleh call-out dan sms kat orang. Kalau tidak, susah juga nak berkomunikasi.

Pergi Kinokuniya, KLCC dan lihat buku menarik mengenai kitab Hindu. Aku rasa tertarik nak jelajah lebih banyak isinya. Rasa nak ke toilet pula.

ANCAMAN BURUH ASING, BETULKAH ANAK MUDA TAK MAHU KERJA BERAT? Di toilet, tengok Bangla mengamuk, marah-marah kat seorang budak Melayu dan tidak kuketahui apa puncanya. Seorang pakcik marah balik Bangla tu.

Kata orang, pendatang asing ini datang sebab pemuda kita sudah tak mahu kerja-kerja mencuci ni. Betul ke? Aku rasa, ada saja.

Tapi, cukong dan kapitalis yang buat andaian macam-macam sampai negara kita dipenuhi Nepal, Bangla dan Indon. Kena buat sesuatu nih!

Sekarang aku nak menulis isu ni, kot-kot boleh tersiar di ruangan surat pembaca Berita Harian. Sekian, doakan aku berjaya!

Currently have 0 comments: