Urusan pengiklanan, sms 014-3233287 @ mel-e ibnuamir@yahoo.com, subjek: Iklan Karya Fansuri
Latest News

24-27 Syawal/13-16 Okt. (Selasa-Jumaat)

Tuesday, October 13, 2009 , Posted by nota untuk Syiah at 1:52 AM

27 Syawal /16 Okt. (Jumaat)
Ke Jalan Duta, nak cari borang untuk tubuhkan AM1M, kununnya, tapi akhirnya tak jumpa.

"Abang kena tahu, Jalan Duta atau Off Jalan Duta," kata seorang pengawal keselamatan di situ. "Ramai dah orang yang cari macam abang. Tempat ni tempat lama, zaman mak ayah kita kerja kerajaan dulu ni."

Aku pun masuk ke sebatang jalan kat IKIM yang kufikir Off Jalan Duta. Tapi hampeh. Tiada aku bertemu bangunan kerajaan hatta sebijik pun juga.

Motorku dibawa Tuhan ke PWTC. Hatiku pun terniat untuk melihat Perhimpunan Agung Umno. Terjumpa si Zaiem, kawan lama di Maahad. Dia menegur aku terlebih dahulu. Bajunya putih berseluar hitam, gaya Pemuda Umno. Eh! Dia masuk Umno dah ker?

"Tak daklah. Ni cuma adat ja," katanya. Dia dah tembam. Ada dua, tiga orang salam dengannya dan memanggilnya ust. Kemudian, dia minta diri kerana ada ceramah. Dia beri no hp sepupunya yang jadi kontraktor di Ukay Perdana. Mungkin aku boleh belajar untuk jadi kontraktor juga.

Dan, aku masih di situ, mendengar ucapan Najib yang penuh kelucahan. Huh! Ganasnya Najib!

Terus balik ke opis dan menggodek bahan. Bos ajak makan di Haslam. Isu awan yang dipanggang garing naik balik ketika sedang rancak berbual itu. Cait! Yach! Kemudian, masuk topik baru. Bos mahu aku menulis autobiografi mengenai kehidupannya sehingga tiga jilid.

"Ana ada angan-angan nak karang novel," katanya. "Tapi, novel ni jalan ceritanya lambat la.." Dia berceloteh lagi sambil menyentuh beberapa novel tertentu yang dia pernah baca separuh.

Aku kena beli media yang bangkrap
Semalam, aku terbaca sedikit sinopsis novel The Last Juror, karangan John Grisham yang ada di atas meja bos. Nampak best juga, macam Citizen Kane; cerita taikun media USA.

Juri Terakhir (The Last Juror, terjemahan PTS) ini menceritakan watak hero yang beli akhbar yang sudah muflis, bangkrap. Kalau macam ni, aku boleh jadi kapitalis media juga!

Kalau aku macam Kane, aku nak juga beli akhbar Siasah yang sedang beroperasi dalam kerugian ini. Maklumat yang aku dengar, ZS dah makin tertekan kerana CP dah tension dengan kerugian demi kerugian. Sentuhan si penzalim, ya... sememangnya sentuhan kecundang...

He! Padan muka. Nak sangat. Nah, ambik balik. Loba laba sangat..Gembiranya aku ...

Aku ingat, lepas ini nak bentuk, latih kewartawanan pelajar pula. Di Bagan Pinang, ada kalangan siswa yang lantik aku kendalikan blog depa walaupun aku tak tahu apa-apa isu setempat. Tetapi, hal itu dah cukup melambangkan penghormatan mereka. Hati romantisku tersentuh, isk, isk..

Juga, editor Mahasiswakini.com semalam, lewat mel-e, memohon kebenaran memetik artikelku di dalam H.Daily. Juga, mereka minta aku jadi kolumnis.

Teringat kata-kata Ezam dekat bilik mesyuarat Harakah dulu, beberapa hari sebelum dia masuk Umno, "Di Indonesia, kewartawanan pelajar antara yang paling menyerlah."
#####################

26 Syawal / 15 Okt. (Khamis)
Abah call, dia dah bank-in RM400. Lega rasanya. Aku sempat juga tanya tentang projek bisnes di daerah kami.

Tapi, abah kata, "Ada orang dok sewa lagi kat kedai tu." Lalu, aku pun terdiam. Bukan senang nak buat kerja-kerja perubahan nih...

Hari ni Faizal Tehrani datang Harakah untuk beri pengisian kepada pemberita; bagaimana mahu menulis 'colour story'. Di celah itulah, Kak Roy pun bertanya, "Boleh tak guna ayat -- matahari memanggang awan sehingga garing?"

"Over sangat tu.." kata Faizal. Aku rasa, depa bantai gelak kaw-kaw kat aku ketika ketiadaanku di sisi. Cis! Sampai hati depa gelak kaw-kaw dekat diri ini, he.. he.. he..

"Tapi, tak apalah, encik Lutfi suka," kata kaum-kaum ibu di Harakah. Bos pun tersenyum malu. Sebab, dia yang meluluskan ayat tu. Aku dengar komen depa semua tentang hal ini petang tadi

"Oh, kalau editor kata oke tak apalah..." balasnya kembali. Isu awan dipanggang garing ini mula hangat sejak pulang dari Sandakan. Aku tak tau sampai bila depa akan jaja isu ini. Alahai, hangpa carilah sendiri Harakah bil. 1475. Malas nak cerita... sat gi hangpa gelak kaw-kaw kat aku pulak.

Takrif New Journalism, Jurnalisme Sastrawi
Lalu sebelum aku menterjemah novel, aku sempat berkhutbah. Bahawa, sekitar 1970-an dahulu, ada gerakan baru yang menaja New Journalism. Di Indonesia itu, namanya Jurnalisme Sastrawi.

Ia mengadun elemen fakta dan nilai-nilai sastera. Daku rasa, bila perkara ni datang ke Malaysia, namanya bertukar menjadi 'colour story'. Aku rasalah. Atau, kalau 'colour story' tu ada takrifan lain di sini, hal itu tiadalah berani aku komen dan berbantahan lagi.

Dulu di Siasah, ada mamat sindir aku bila aku cuba menukang karya ala-ala jurnalisme sastrawi. Lepas tu, dia kata, "Mujur aku tengok ada jugak fakta. Jadi, aku ambik fakta dan buang ayat puitis hang kat bahagian awal-awal tu."

Tak boleh la nak cakap apa. Dah sangka diri besar susah juga. Aku nak terap jurnalisme sastrawi, mengadunkan fakta dengan nilai-nilai sastera. Tapi, dah dia tak faham niat aku. Tak apalah.

Ya... apabila gerakan persuratan, perguruan jurnalisme sastrawi hadir, maka ia diamalkan secara meluasnya dalam majalah berita antarabangsa seperti Times, Newsweek. Demikian khutbahku.

"Ya, itulah yang Faizal sebutkan tadi," kata Kak Sal. "Anak menakan saya kerja di Putrajaya, dia dapat Newsweek selalu."

Dulu aku melanggan juga, tapi bila ekonomi peribadi merosot, tiada dapat daku melanggan. Tup! Tup, entah bagaimana, Kak Aya cakap tentang Aswara, kak Sal pulak dok cakap isu borang SPA 8 (ke JPA), untuk jadi pensyarah Aswara. Mungkin disebabkan FT dah jadi pensyarah sana kot?

"Awak ni boleh jadi pensyarah Aswara," kata Kak Aya. "Semalam awak cakap tentang Cham, Melayu Cham lah. Try lah berbaik-baik dengan Rais Yatim."

"Ish, biar betul, saya ni degree saja. Mana ada master?" balasku kembali.

"Eh, tak de degree pun boleh jadi pensyarah.." katanya. Ah! Mustahil. Kat mana depa tau?

"Kak Aya ni bila cakap, yakin jer.." kata Kak Nyza. Ketawa pecah berderai. Lawak-lawak jugak. Sebenarnya, memang aku berhajat pun nak pi Aswara mutakhir ini.

Ya, aku nak cari ruang untuk buat skrip teater daripada cerpenku atau ingin cari ruang apa saja. Mana tau, kot-kot ada peraduan penulisan di sana? Kena ligat bib! Duit, duit, di mana kau duit?

Petang
6:30 petang lebih kurang rakanku di BH call. Dia bertanya hal cerpen, kalau-kalaulah nak dibuka ruangan itu di Harakah. Aku tak dapat keluar sebab masih sibuk menterjemah.

Bukannya sekali dua hal ini ditanyakan kepada aku. Aku offer, jumpa terus bos. Aku tidak boleh buat leputusan. FT gentlement. Dia demand terus kat bos untuk buka kolum Ketupat Cinta. Jadi dok segan buat apalah sangat. Aku ada, boleh jadi peneman. Mesti jadi punyalah. Jangan takut...

Tidak sikit aku 'mengayat' bos supaya diwujudkan sastera daily dan ruangan karya di edisi print. Kawan, masa bincang dengan orang bawahan sudah tamat. Kita jumpa teruslah orang yang boleh buat keputusan. Aku boleh jadi peneman untuk bawa kau berbincang dengan bos.

Aku tanya kalau-kalau ada salinan Asy-Shabab, akhbar milik Ikhwan. Ada modal untuk 'debate'. Nanti, aku boleh sembang deraih dengan bos, "See, paper Ikhwan pun ada juga ruangan sukan, hiburan dan sastera." Tapi, tu lah... Kalau tak ada proof, bukti, susah nak bawak bincang.

Tapi ya syekh. Lepas aku teman kau jumpa bos aku ni, kau temanlah aku untuk berjumpa editor sastera BH untuk kukirim bahan cerpen ka, sambil-sambil aku nak beraya dengan mereka yang popularkan aku dengan isu 'penulis muda mulut celupar'. He.. he.. he..

Rakanku itu turut berkhutbah mengenai Ikhwan yang telah menukar parti buruh yang menjadi Islamis. Tapi, yang best, terbit pula usul supaya AM1M (Anak Muda One Malaysia) tidak payah dibuat. Ish! Ini idea bersama Saif DBP, Nizam Shah Bera. Bukan idea aku seorang...

Bos sms, transkrip pimpinan di Sandakan harus cepat ditaip. Agaknya, orang Sandakan dah mula tanya. Tetapi, aku ini miskin pita rakaman. Kena tunggu bajet dari kampung tiba. Harakah mana boleh support. Semuanya jihad fi sabilillah. Mujurlah bajet dah tiba, di bank-in dalam akaun.

Perkembangan baru. Malaysia Bebas sudah boleh di'update', at least 10 bahan. Aku harap, ruang untuk iklan turut dibuka dan jumlah pelawat pun mestilah ada juga. Kalau tidak, hai.. entahlah... Malas dan susah aku nak bercakap dan membebel.

Seorang rakan aku dah pergi ke Awani. Daku baru tahu hari ini. Kasihan. Baru tahu juga yang dia berhenti kerja dan banyak hal ini terjadi kerana pengurusan akhbar yang tidak cekap, ditambah dengan pimpinan Pas (khasnya Setiausaha Agong) yang bukannya peduli pun masalah kami.

Ya Allah... Kirimkan daku lebih ramai kawan-kawan untuk bikin seminar. Supaya dapat dibedah siasat akhbar ini, sekali gus dapat membuat rumusan dan resolusi guna memecat SUA parti agar diganti dengan insan yang lebih awla untuk menjaga kebajikan para pemberita lidah rasmi parti!

Hidup Parti Berkebajikan ... Ahem! Ahem!
#####################
25 Syawal / 14 Okt. (Rabu)
Memang abah call, tapi tak terfikir nak luahkan apa-apa yang telah dicita-citakan semalam. Tapi, sempat aku wish happy birthday kat abah. "Abah bank-in duit, lepas tu Ali kuarkan cek untuk abah."

Ya, demikianlah yang terpaksa kulakukan bila kesempitan duit. Tulis skrip, tulis bahan di paper. Petang ini, kaum ibu di Harakah dah mula kenduri pizza, hasil dari tabungan Garap Maju Ent.

"For your information, kepak ayam dan bla, bla, bla, ... sudah habis kami ambik," kata mereka. Isk, isk, isk. Yang tinggal cuma tiga keping pizza saja. Tak per, rezeki Alloh!

Tapi, daku berbangga betul kerana dapat belanja pizza. Zaili, wartawan Melaka tiba di opis. Esok dia ke Padang, Sumatera. Tetiba, tersentuh isu Pariaman, tempat di mana desa tertimbus.

Zaili kata, "Cerita ni macam cerita kaum-kaum nabi dulu." Mendengar perkataan itu, terus aku berkhutbah sampai depa semua pakat ternganga. Kes Laut Mati, sama macam kerajaan di Tasik Chini. Bila Kerajaan Funan (Bugis) jatuh, negeri-negeri di bawah naungan Funan terpecah.

Funan dan Champa itu bersaudara?
"Funan dan Champa bersaudara," kata Dr A. "Jika Funan diserang, Champa tolong dan begitu jugalah jika sebaliknya." Jadi, Bugis Funan dan Melayu Champa bersaudara sejak lama agaknya.

Semua modal cerita ni aku titip dari Sekolah Pemikiran Asasi-Atma dan hasil gaulan idea dengan penyelidik di sana. Agak menarik sirah Melayu ni. Banyak hal yang kusangka dongeng, rupanya, benar-benar peristiwa. Begitu juga kisah Siti Zubaidah dan wujudnya Kembayat Negara.

Sekarang aku dah faham kenapa Silat Seni Pusaka Gayong itu ada lambang naga. Kita inilah yang mempengaruhi China mengenai naga ini agaknya. Silat Gayong ini terkait dengan Bugis, daeng-daeng, demikian menurut ceritanya. Bila Islam tiba, cerita naga tenggelam.

Hanya di Tasik Chini saja cerita naga hidup. Rasanya, kerajaan ni pun besar, may be kerajaan ini hilang lenyap dengan sebab banjir berterusan seperti Empangan Maarib yang pecah itu!

Masa aku pergi ke Kemboja pada Hari Raya Aidil Adha tahun lepas, seorang brader di Kajang tu, cerita mengenai daeng-daeng yang terlepas di Indochina. Yang kita kenali lima orang saja. Tetapi ada tujuh orang kalau tak silap. Merekalah yang buka kawasan-kawasan Melayu di wilayah sana.

Seminar kelemahan PR
Di Haslam, meneman Zaili berbuka puasa. Mendengar masalah-masalah dalaman parti. Dan, aku pun mahu buat 'kerja-kerja jahat' - aku tanya dia-ada tak orang-orang Pas kritikal yang nak tulis dan bentangkan kertas kerja untuk sumbatkan idea-idea ke arah memperbaiki kelemahan PR?

Aku dah dapat nama. Mungkin satu hari nanti aku akan jumpa dia. Nak buat seminar kelemahan PR / Pas ni bukan senang. Kena berani. Cukup 20 orang pembentang, dah boleh buat seminar.

Saat Pas / PR dah kalah di Bagan Pinang, dan mood Pas untuk bermuhasabah dah ada, mungkin ada jugak rasional untuk wujudkan seminar memperbaiki kelemahan PR ni. Ada sapa nak join?

Malam ini, chat dengan Aqil Fitri. Dia di Jakarta. Sempat ajak dia menulis untuk projek penulisan buku tajaan bos. Aku beritahu, aku akan e-mel maklumat lanjut tentang hal itu. Sekarang, Aqil, Nazmi dan Ummu sudah nyalakan lampu hijau.

Tsunami apa pulak selepas ini?
Kuselak jendela internet. Di Moscow, sudah terbit isyarat, tanda ganjil, aneh serta pelik di tebing langit Rusia. Namun, keindahan jelas terpancar di langit benua komunis ini.

Aku teringatkan pakcik bahawa ketika melihat pelangi, tsunami akan berlaku. Tapi, itu petanda tsunami politik. Dan ia telah pun terjadi sejak 8 Mac lalu.

Nak baca lanjut tentang bulatan 'halo', boleh KLIK DI SINI.

Sebenarnya, Tuhan bersama para malaikatnya sedang rancang apa di langit sekarang ni? Mesti ada petanda. Tapi, petanda mengenai apa agaknya?
#####################

24 Syawal /13 Okt. (Selasa)
Majlis terbuka Harakah. Sempat tapau nasi dan ayam, untuk habuan makan malam ni. Menaip dan membuat kerja-kerja penulisan seperti biasa. Kini, menaip di bilik syura Sek. Pem. Jalan Pahang Barat.

Tidak sempat ke Aswara pagi tadi untuk mengikuti suatu acara antara penulis. Tiada sempat mahu adakan jaringan untuk mengisi keperluan pada masa depan. Aduh! Merugikan...

Esok, hari lahir abah. Mungkin sesuai cakap hal-hal berat. Sebagai anak sulung, banyak juga usulku diterima dalam syura keluarga. Aku dapat sms - mesyuarat Asasi 7 Nov di JKKP, UKM. # Tamat #

Currently have 2 comments:

  1. Anonymous says:

    提供您SEO排名利用自然排序把你的網路排名SEO優化而達成網頁排名中的關鍵字廣告,而網路行銷中把網站優化後網站排名就是另一種關鍵字行銷手法給你最佳化的SEO服務。一般瀏覽者高習慣性使用入口YAHOO我們幫您保証自然排序前十名,因我們的技術保証您可指定全球任何搜索引擎保証排名... 網站優化是目前最新興的廣告曝光方法,SEO搜尋行銷提供了專業的關鍵字排名與SEO搜尋引擎最佳化服務,讓你的網站在網路行銷中遙遙領先.

  1. Anonymous says:

    對於想要讓自己變美的您,建炳診所提出以下建議:
    1.整形前一定要選擇合法的醫療院所及合格專業的整形外科專科醫師,不要以價錢為依據,拿自己的身體當試驗品。
    2.整形手術前一定要與醫師充分的溝通,因為美是主觀的,所以表達什麼是你想要的型態是讓整形成功的重要因素。
    3.整形手術前如果未達法定年齡18歲,就需要徵求父母的同意,由爸爸媽媽陪同一起接受諮詢及診療。
    本診所提供最完整的整形各項手術如:微整形雙眼皮隆乳隆鼻抽脂五爪拉皮眼袋除疤自體脂肪移植玻尿酸整形…等。歡迎進入網站瀏覽或親洽建炳整形外科診所洽詢。
    整形拉皮電波拉皮抽脂雙眼皮玻尿酸脂肪移植除疤隆乳隆鼻眼袋果凍矽膠>>>參考網站