Urusan pengiklanan, sms 014-3233287 @ mel-e ibnuamir@yahoo.com, subjek: Iklan Karya Fansuri
Latest News

21-23 Syawal/10-12 Okt. (Sabtu-Isnin)

Friday, October 09, 2009 , Posted by nota untuk Syiah at 9:28 PM

23 Syawal /12 Okt. (Isnin)
Aku pegi ke HQ KFC di Jalan Sultan Ismail di tingkat 13. Rupanya kita tidak boleh buat franchise atau mereka dah tak buka franchise kepada orang lain. Hal itu, aku kurang pasti.

"Tapi, kalau awak ada rumah, tempat supaya kami dapat sewa untuk jalankan perniagaan, yang itu bolehlah kami pertimbangkan," kata seorang pegawai di situ.

Akan kubawa usul ini kepada abah dalam syura keluarga kelak, kalau-kalau rumah kedai abah di Pendang itu, dia berhajat benar nak menyewakannya kepada KFC.

Hmm..akan aku usulkan juga supaya KFC dapat kuarkan cek juga untuk masukkan dalam akaun syarikatku sebagai wakil abah di KL.

Nanti, akaun aku pun akan aktif dan kalau nasib baik, boleh buat pinjaman. Fuh! Aku dah berfikir macam kapitalis rupanya..Ish, baru aku sedar. Jahat jugak diri ni rupa-rupanya! Huiyoo.. gerun betul ketika aku bermuhasabah mengenai cara aku berfikir.

Aku dah jadi Abel Fansuri Roznovsky di sini. Semoga tak jadi Mat Jenin Roznovsky hendaknya. Aku akan kuasai segala komoditi. Beras itu, komoditi pada era kegemilanganku. Saat itu, nyawa Najib berada di antara dua jari telunjuk dan jari hantuku saja. (Itu pun, kalau dia masih hidup)

(He, he, sembang mesti kemaih bib! Alang-alang bersembang, mesti deraih, ya syeikh!)

Puji akhbar SH depan pemberita H
Balik ke opis, terserempak dengan S. Ayub. Dalam lif baru nampak mata kanannya dah bengkak. Entah kenapa, tiadalah aku tahu. Aku pasang laptop di dalam bilik mesyuarat, buat kerja dengan tenang kerana wifi 'iklanhar' dah berfungsi dengan baik.

S. Ayub rupanya ditemubual di bilik itu juga. Sebelum temubual bermula, aku terdengar dia puji Sinar Harian. "Bagus betul Sinar Harian. Dia laporkan betul, memang banyak membantu."

Telinga lintah aku jadi radar, menangkap isu bualan antara Irwan, Salmiyah, TMJ dan S. Ayub. Dan kalau hangpa nak tau isi wawancara tentang kekalahan Bagan Pinang, belilah Harakah akan datang, janganlah baca blog ini, kah! kah! kah! Kuang, kuang, kuang ... jangan mare ...

Entahlah kenapa, bila PR kalah di Bagan Pinang, aku rasa kesian pulak kat PR, S. Ayub, Nik Aziz, Anwar dll. Mereka perlu bantuan. Macam mana nak bantu mereka dengan sokongan idea ni ya?

Yang akan cemas dan berdebar selepas ini ialah adun-adun dan ahli-ahli Parlimen yang ada sakit jantung, kencing manis dan lainnya. Mungkin selepas ni, akan tiba giliran mereka untuk mati!

Ya Allah moga dipanjangkan usiaku dalam keberkatan bersama limpahan rezeki yang mencurah, dan melimpah ruah. Amin ya Rabbal 'Alamin, Amin ya mujibas sa'ilin ...

Pilihan Raya Kampus dah bermula!?
Minum petang dengan bos tadi, terbuka cerita mengenai pilihan raya kampus. Aku dah macam 'lost' dah dengan budak-budak kampus ni. Harus kulakukan apa lagi? Tup! Tup! Dah prk dah!

"Enta jangan dok tulis ulasan sangat, arakian, syahadan tu, ceritakan data-data apa yang dah berlaku setakat ni dalam prk," kata bos. Baik bos! Aku kata begitu walaupun entah berjaya atau tidak kerja aku. Mana aku tahu apa-apa. Tetiba saja, dah mula dengar gendang perang prk.

Tiada dengar pula mahasiswa yang dok sebut bahawa di dalam seminggu dua ni akan ada pilihan raya kampus. Jadi, kalau depa sendiri tak tahu, aku apatah lagi. Masa aku melawan dah berlalu.

Aku call Saif DBP, mengajaknya pergi ke Majlis Terbuka Harakah. Tadi, ketika chat, sempat juga dua tiga orang kawan menjengah bertanyakan majlis terbuka esok. Mai no, jangan tak mai ~ ~ ~

Hari ini, Digi dah block hp aku, jadi aku tak dapat sms dan call orang. Aku risau abah tak ambik buku cek syarikat aku lagi di Bank Islam Alur Setar. Aku benar-benar jadi miskin buat seketika.

Dengan YM, sempat aku sms Kaktie, then minta dia forward sms tu kat abah. Akhirnya berjaya! Abah call, "Buku cek bank Islam tu abah dah ambik, nanti 20 hb abah mai KL."

Terlupa nak bagitahu abah tentang idea nak sewakan rumah kedainya kepada KFC tu. Nanti bila dia turun Putrajaya untuk interview sebagai Pesuruhjaya Sumpah tu, bolehlah aku bawa dia kat HQ KFC, bawa-bawa berbincang mengenai hal rumah kedainya di Pendang itu, insya Allah.

Malam, ketika makan dan minum di Restoren Haslam, bos lontar idea untuk tulis buku bersama. Satu lagi projek baru yang entah berhasil atau tidak. Tapi, aku jawab ya sahaja.

"Enta ni dok ya, ya saja. Jadi ke tak ni?" dia bertanya. Barangkali, sejak peristiwa di Sandakan, dia dah mula rasa nak tulis perkara-perkara yang bukan berkaitan dengan politik kepartian.

Huh! Hangpa jangan tanya aku! Aku memang dah nak keluar dah ni. Tetapi, keadaan tak izinkan aku berbuat demikian. Kejap-kejap Bagan Pinang. Lani dah timbul pilihan raya kampus pula! Ya, dan bos pun selalu dok mendesakku dengan segala pertanyaannya, "Buku bersama ni jadi dak?"

"Ya, ya, ya.." demikianlah aku menjawab. Abah pun dah mula mengarang memoir, Imran pulak dah yakin yang dia punya kebolehan mengarang cerita yang menarik. Tak kan aku tak boleh?

#########################

22 Syawal /11 Okt. (Ahad)

Tiba di Perpustakaan Daerah Hulu Langat sekitar 3:30 petang. Si Dalila bentang pemikiran Hamka. Ramai yang berminat berdebat dengan beliau. Aku diam saja, memerhati dari belakang.

Aku pun tak pasti. Adakah kedua-dua lelaki di depan tu asyik berdebat dengannya di atas nama ilmu dan debat ilmiah atau pun kerana pembentang itu tergolong dalam kategori orang yang ada rupa? He, he. Aku segan nak mengurat cara zaman Tok Nadoq. Err.. Sebenarnya, aku mai lewat. Jadi, nak angkat pertanyaan pun terasa malu juga. Itulah cerita yang sebenarnya.

Tiba giliran Dr Alinor bentang kajian mengenai Ilmu Kepustakaan Funan. Ketika sesi soal jawab, aku terdengar kenyataan bahawa Funan adalah Bugis. Funan dan Champa adalah bersaudara.

Lantas kuteringat Freddy Wowor, rakan yang kukenal ketika di Samarinda. Kami dipertemukan dalam suatu acara anjuran DBP dahulu. Dia asli Menado, dekat Sulawesi, cara sebutannya mirip Champa. Aku dengar Sulalatus Salatin itu asalnya dari Goa, Makassar, Pulau Sulawesi juga.

Bugis ni pun memang bangsa pelaut. Orang daeng-daeng juga. Masalahnya satu saja. Najib telah mencacatkan nama baik mereka. Alah.. si Najib Razak tu lah... kalau bukan dia, siapa lagi?

Ya, disebut juga oleh Dr Ali itu perihal Melayu dengan kehebatan kapalnya. Lalu, aku bertanya, "Ada kemungkinan tak Melayu mewarisi ilmu membina kapal itu daripada Nuh a.s? Kita sebut bahtera Nuh. Bukankah bahtera itu istilah Melayu? Atau mungkin ia istilah Sanskrit?"

Panjang lebar jawapannya. Ia terkait dengan isteri ke-3 Ibrahim a.s di dalam Taurat; Kenturah. Juga, Dr Ali merujuk sebuah buku yang meriwayatkan pelarian Melayu purba yang berlari dari Madagascar. Kemudian lari ke Ceylon, pi ke Fiji dan merata ceruk rantau. Mereka dari Yaman.

Ketika minum petang, aku bertanyakan judul buku itu. Lalu, pensyarah itu berkata, "Pelayaran Bahari, buku Indonesia. Saya ada, nanti saya fotokopi."

Turut hadir membentang kertas kerja sepanjang seminar itu ialah orang-orang Pena, Lutfi Ishak dan S. M Zakir. Semoga akan lebih meriahlah gandingan kekuatan yang makin rencam ini. Amin!

Pejuang atau petualang?
Hala nak balik, seorang exco PKPIM ajak minum dan borak-borak mengenai cara menulis. Daku memberi tips sebagai biasa. Ada bezanya antara pengarangan dan penulisan. Dan.. bla, bla, bla...

Agaknya perlu buat novel berunsur pendidikan juga untuk mendidik anak muda menulis artikel ni. Hamka persembahkan pendidikan pengurusan melalui novel Tuan Direktur. Maknanya, nak mendidik, tak perlu laras bahasa biasa. Boleh guna saluran novel juga.

Apa yang menarik minatku ialah kisah Pak Asraf dan rakan-rakannya daripada Asas50 yang membentang syor, menghapuskan tulisan Jawi. Aku dengar kes-kes seperti ini dalam Kongres Permuafakatan Melayu, Mei 2008.

Ertinya, ada kalangan mereka yang dianggap pejuang, rupanya mereka juga yang 'merosakkan' dasar-dasar secara tidak sengaja, barangkali. Rakan-rakanku dapat info ini ketika mereka hadir di rumah Dato' Hassan Ahmad sempena majlis rumah terbuka. Kalau sempat, aku check balik.

Teater Bangsawan Mahsuri
Balik KL dan kali ini terus kumasuk panggung bandaraya Jalan Raja dekat Dataran Merdeka tu. Nak tengok pakcik Mahmud Jelani berlakon. Malam ni, malam terakhir pementasan. Elok-elok labuh punggung, memang betul-betul pementasan sudah nak dimulakan. Tak perlu tunggu lama.

Aku jatuh cinta pandang kali ke-3,125, ke-3,126, ke-3,127 ... ketika lihat seni lakon dan pelakon wanita termasuk para penari wanitanya. Ahem!

Tamat teater, aku jumpa pakcik Mahmud. Nampaknya dia sibuk, nak pulang terus ke Melaka. Mulanya, nak serah cerpen Hikayat Musang Berjambang kat dia, kalau-kalau boleh dibikin skrip teater. Hidup kena ligat cari duit bila dah jadi macam ni. Nampaknya, aku kena fikir kaedah lain.

Minum-minum, terjumpa brader DBKL dan kami bertukar fikiran. Aku dah tahu jadual teater di sini. Hanya, aku perlu tahu tentang channel mana untuk aku submit bahan cerita aku kelak.

Barangkali, aku kena pergi ke Istana Budaya atau ke Aswara tak? Ketika hampir nak balik, si dia memerhati aku di meja. Ahem! Tapi, apakan daya, nampaknya dia dah berpunya, dah ada anak. Isk, isk, isk. Hai, bilalah aku boleh dapat calon nih!? He.. he..

Mataku merenung Steve, seorang apek yang giat menangkap gambar para penari itu, konon dia adalah jurugambar. Mataku berbulu memandangnya. Hmm.. nantila aku beli kamera satu, kalau cek Harakah dah masuk nanti. Boleh simpan dan guna strategi ni bila perlu.

Balik rumah, tulis sedikit artikel mengenai Mahsuri. Kononnya nak dihantar ke H.Daily atau satu lagi boleh hantar ke Dewan Budaya, tengok keadaanlah macam mana.

#########################

21 Syawal / 10 Okt. (Sabtu)
Baru selesai bentang kertas kerja di Perpustakaan Daerah Hulu Langat. Baru kulihat cepatnya masa. Aku bentang paper pertama.

Sekarang, tengah menaip blog di library di sini. Hebat betul lib sini. Sempat chat dengan Wan Aimran, salah seorang pembentang dalam seminar yang sama. Tetapi, dia masih di UKM. Esok turn dia kot? Dia ajak aku mai Bangi esok. Patutkah aku mai balik esok?

Rozie minta datang ke Bandar Teknologi Kajang untuk bincang penulisan novel purba bercorak agama. Kak Shahriza Mahmud, pelakon tu jemput aku datang ke Taman Melawati jam 2 petang ni untuk belajar tulis skrip. Patutkah aku jumpa Dian juga, tumpang dah sampai di Bangi?

Sempatkah aku hantar surat khabar lama di Jalan Chan Sow Lin dan kirim nama, alamat kat Ku Seman dan Puan Norehan di Utusan Melayu kelak?

Ish Fansuri, kalau hang dok ralit dengan blog macam ni, memang confirm masa hang habis dekat sini. Oke, daku keluar dulu... Adios! --- 12:46 p.m.

Tiba di Bandar Teknologi Kajang, kami buka cerita tentang idea-idea pembikinan novel Melayu ala-ala Hikayat 1001 Malam. Baru aku faham. Dalam cerita asal, permaisuri itu mahu dibunuh sultan. Akhirnya, permaisuri itu bercerita untuk menangguhkan sultan daripada membunuhnya.

Jadi, aku beritahu Rozie mengenai ideaku untuk menghidupkan watak Azilah Hadri, Sirul Azhar yang telah terhumban masuk ke penjara akibat membunuh Altantuya. Lalu, mereka bercerita mengenai kisah-kisah mereka yang silam, guna menangguhkan tarikh kematian mereka itu.

"Ah, oke... saya setuju, menarik tu," katanya gembira. Kami mencapai kata putus dan 2:30 p.m, baru aku boleh bertolak pulang. Dalam perjalanan, kak Riza masih terus sms. Dia masih tunggu.

Kerana kesuntukan waktu, tiada sempat kujual akhbar-akhbar lama di Jalan Chan Sow Lin. Tak pa, nantilah aku cuba tolak paper lama ni esok pula. Semoga berhasil hendaknya.

Aku tiba di Pejabat Seniman Taman Melawati, jam 3:30 petang lebih kurang. Wo!! Banyak betul yang dapat aku belajar. Kebetulannya, si Raihan yang datang belajar menulis skrip itu pun pro Pas juga. Dia orang Kelantan, tapi mengajar di Gerik, Perak.

Aku tunjuk cerpenku, Hikayat Musang Berjambang kat Kak Riza. Dia baca sekilas lalu bertanya, "Jadi, nak buat telemovie atau drama bersiri?"

Terus aku jawab drama bersiri, 13 episode. Dan, mahu masukkan adegan-adegan silat. Rupanya, susah juga nak tembusi pasaran skrip di televisyen. Kena ada pengaruh kuat juga.

Banyak tips dan ilmu yang dicurahkannya pada petang itu. Aku balik dengan rasa puas hati juga.

Sempat juga kak Riza bergurau, "Nanti boleh kita pergi ke Gerik, buat teater Hikayat Musang Berjambang.." Tiba-tiba, dia teringatkan sesuatu. Matanya merenung tepat ke arahku. "Eh, apa kata kalau awak kembangkan cerpen awak tu kepada teater?"

Aku terdiam, idea yang menarik juga. Langsung aku teringat pakcik Mahmud. Dia orang teater. Mungkin dia boleh bantu. Ah! Malam ni ada teater. Esok, teater Mahsuri yang terakhir!

Balik ke rumah dari Taman Melawati sekitar jam 6:30 petang. Aku tak dapat nak tonton teater Mahsuri lagi. Aku jatuh keletihan, terjelepok di atas tilam. Entah bila aku lena. Zzzz...

Currently have 3 comments:

  1. Admin says:

    Betul kata Abg Ali tu...buku-buku kat situ pun boleh tahan hebatnya, tak macam yang perpustakaan daerah/bandar yang pernah saya pergi.

  1. Ohh, Safwan ni yang mana satu yer?

    yang berkaca mata tu ker? Maaf abg Ali tak perasan sangat baru-baru ni.

    Ya, library tu mmg oke, siap ada internet lagi. Kalau nak bina masyarakat berpengetahuan, dalam setiap daerah kena ada pustaka mcm tu.

  1. eh, enta exco pendidikan pkpim tu ke?

    if yes, nanti tolong cari dua tiga orang untuk bikin Asasi Muda di maktab perguruan yer?