Urusan pengiklanan, sms 014-3233287 @ mel-e ibnuamir@yahoo.com, subjek: Iklan Karya Fansuri
Latest News

17-20 Syawal/6-9 Okt. (Selasa-Jumaat)

Tuesday, October 06, 2009 , Posted by nota untuk Syiah at 8:57 AM

20 Syawal / 9 Okt (Jumaat)

Petang, baru bank-in check CIMB RM20 ekoran tersiarnya puisi di Berita Minggu. Terus ke Jalan Pahang Barat.

Baru hantar surat untuk minta jadi syarikat perunding iklan untuk Harakah & Hrkh Daily. Siapa yang nak tanya tentang hal-ehwal iklan di Harakah, Harakah Daily nanti boleh call hamba. En. Mokh cakap, "Oke, tunggu surat daripada ana nanti."

Petang tadi, call Bank Islam Alur Setar. Buku cek dah boleh ambil. Minta abah tolong ambilkan. Aku rasa, mungkin Imran boleh bantu juga. Tolong kirim benda tu 'by hand'' melalui drebar bas. Nanti, aku boleh tunggu di Jalan Duta. Ish, tak bahaya ke aku guna kaedah ni?

Pakcik Mahmud Jelani, pelakon teater bangsawan call petang tadi, memaklumkan kalau-kalau aku nak tulis berita mengenai pementasan teater bangsawan yang diadakan di Dataran Merdeka pada 8:25 malam ni. Masuk percuma.

Aku jumpa pakcik ni masa bentang paper dekat PPMN di Melaka, 22 - 24 Mei lalu. Tiada sangka juga dia masih ingat diri ini. Dia rapat dengan kak Riza, penggiat teater dan pelakon drama juga.

"Pementasan teater Mahsuri ni dibuat tiga malam bermula malam ni," kata pakcik Mahmud. "Pakcik call ni sebab kamu minta bagitahu kalau-kalau ada program."

Kak Aya Atan sms emel, kalau aku nak kirim contoh sinopsis cerita. Kak Riza Mahmud sms sejak semalam. Kursus penulisan skrip esok di Taman Melawati.

Sibuk betul esok ni. Selepas bentang paper dalam program Asasi pagi esok, aku terus kena balik agaknya kerana perlu mengejar bengkel skrip itu yang bermula jam 2 sehingga 6 petang. Ish aku takut aku tak mampu dan keletihan sungguh esok.

Ya Tuhan, permudahkanlah segala urusan...Ya, untuk kedua-dua akak itu telah kuhantar salinan sinopsis cerita itu. Sejak Harakatulmaut lewat cek, aku perlu bertindak cepat - keluar menuju ke suatu daerah lapangan lain. Tak boleh jadi ni. Stok harta dah makin menyusut.

Petang tadi, Alo sms username dan password M.B. Adus! Dengan PC terbengkalai di bengkel, tak dapat aku up story. Cuma laptop Imran yang ada. Aku sms En. Mokh bertanya nombor network 'Iklanhar', sebabnya, sejak semalam, leptop Imran dan Wifi kaktie dan detect 'iklanhar' di opis.

Ini suatu perkembangan baru, baik dan menarik! En Mokh pun dah bagi kerjasama. Hanya yang sedang mengganggu fikiran, adakah boleh aku tumpang menaip dekat bilik syura? Ya, walaupun Alo kata, dia tak kisah aku bekerja di situ. Tentu ada pertimbangan perasaan orang lain juga.

(12:00 a.m) Dinihari ini, ketika bergebang dengan Alo, TMJ serta Azmi, daku terdengar bualan menarik berhubung kes pukul yang dilapor oleh HarakahDaily. Tapi bagi aku tak best sangat nak ulas. Yang best, bila terdengar cerita Najib dan Nicholas Sarkozy dok dalam kapal terbang.

Bini si Sarkozy tu penyanyi dan model Italy. Kununnya si Sarkozy bagi hp dia kat Najib supaya si Mamat Mongolia ni boleh bercakap dengan bini dia. Masa tu Rosmah ada tepi dan dia pun buat pekak badak saja. Ish! Aku harap ini semua cuma sekadar joke saja kot.

Pernah kudengar kisah yang Rosmah & Najib pi Indon. Rosmah nak pegang tangan salah seorang pimpinan Indon. Then, Najib buat isyarat. "Hati-hati, tak nampak ker kamera tu?" tegur Najib.

"Rosmah, kalau maki Najib, habis yang celah kangkang pun kuar," kata si .... Moga tak betullah perkara yang aku dengar ni. Kalau betul, huh nayalah kita dapat pompuan yang control Najib ni.

Tadi, kulihat ada 'kaki' TV3 yang dah melangkah masuk ke opis. Borak lama sungguh dengan bos tatkala aku berusaha mengemaskinikan MalaysiaBebas. Bincang isu apa, itu aku tak tahu.

#######################

19 Syawal / 8 Okt (Khamis)
Hari sibuk. Tapi tenang dan lega sebab baru selesai hantar kertas kerja kepada Rohaizat. Ia mengenai syor penubuhan Kelab Asasi Muda. Entah pihak Asasi dapat menerimanya atau tidak.

Kini, di opis. Dah selesai hantar terjemahan Rice Without Rain. Sekarang, baru aku rasa happy, lapang dan tenang sedikit, walaupun masih banyak idea tertunggak, bersarang di kepala.

Aku mendapat suatu takrifan baharu tentang maksud BAHAGIA. Iaitu ketenangan selepas kita selesai menjalankan satu tugas dengan penuh bertanggungjawab. Selagi kita tak selesaikan tugas itu, nescaya dalam fikiran kita akan sentiasa bertindan dengan longgokan persoalan tugas itu.

Tadi Khai call, tiada sempat kujawab lantaran kesibukan. Dr A sms, minta no hp Prof K. Ibrahim, penulis buku travelog haji. Tapi ia tiada dalam simpananku. Hmm.. travel log.. catatan menarik!

#######################

18 Syawal / 7 Okt (Rabu)
Dinihari sekitar 4 pagi, Alo diserang angin dalam tubuhnya. Dia terus flat. Dia minta aku bancuhkan milo. Then, dia suruh aku beli sedikit roti dan air soya di 7-11 dekat Harakah. 7 pagi, baru aku keluar opis. Alo baru keluar juga. Dia dah oke. Aku ja yang tak oke.

Seharian ini, hari berkurung. Perintah berkurung. Aku melaksanakan perintah berkurung ke atas diriku sendiri. Ya, semalam di opis Jln. Pahang Barat, menulis isu politik kampus. Sibuk sekali! Urgh!

Rasanya, aku terima panggilan dari Kajang tadi. Pihak penerbit buku nak bertanyakan hal novel. Tapi, tak dapat juga kujawab. Ini kerana, esok, aku perlu segera hantar kertas kerja untuk dibentangkan dalam seminar intelektual muda Asasi pada Sabtu ini. Urgh!

Tajuknya tentang syor aku untuk menubuhkan sekretariat yang akan mewujudkan Kelab Asasi Muda di kampus-kampus. Apakah Asasi akan menerima syorku ini?

#######################

17 Syawal / 6 Okt (Selasa)
Hari yang berkualiti. Tayar motor pancit ketika mahu keluar menjual tin-tin aluminum (3 kg) dan akhbar-akhbar lama (4 kg) di Jalan Chan Sow Lin. Wadus! RM9 sudah terbang.

Pabila dah settle aku terus pi ke sana. 1kg tin aluminium (RM3.30) dan 1kg akhbar-akhbar lama (RM0.35) sahaja. Aku ada 3 kg tin-tin aluminium (RM9.90) dan 4 kg akhbar-akhbar lama (RM 1.40). Semua sekali - RM11.30 sahaja.

Di Utusan Melayu
Selepas jual barang aku jumpa En. Ku Seman, editor ruangan Sastera Utusan Melayu berhubung cerpenku Ahad lalu. Di situ, aku terima beberapa nasihat, panduan dan teknik-teknik penulisan cerpen untuk selamat.

a. Buat cerita purba, gabungkan dengan nama watak-watak lain.
b. Buat cerita dalam bentuk komedi.

"Tapi, cerpen awak tu saya sunting sikit," katanya. "Antaranya, utara Benua China. Kalimat utara tu saya buang termasuk kalimat letupkan tu saya ganti dengan bunuh agar tidak ketara jelas sangat."

Aku angguk-angguk. Lepas ni, bolehlah saya buat cerpen-cerpen melawak dan purba-purba. Dia senyum saja. Ada banyak tips yang dia beri. Dan dia minta gambar saiz passport. Aku bagi terus gambar passport masa muka zaman budak-budak dulu.

"Gambar ni berguna kalau nak masuk pertandingan Hadiah Sastera nanti," katanya. Aku minta diri selepas dia dengan seorang wartawan diminta berjumpa seorang dato' di pejabat.

Sempat juga aku cerita tentang hal Amran Ahmad sekejap kepada beliau, tapi tak dapat juga nak bincang hal pemecatan pengerusi NUJ Utusan itu dengan lebih lanjut.
Aku sentuh isu aku dilabel BH sebagai 'penulis celupar', dia tak komen banyak. Katanya memang di DBP itu, budaya takut masih kuat.

"Pada saya, cerpen Maharaja Beruk oleh Yahaya Ismail dan cerpen Piem (Shahnon Ahmad) tu, masih boleh dipertahankan. Masih boleh lawan dan kita boleh menang," katanya. Aku tidak mahu tanya lagi. Kalau tanya lagi, nanti panjang ceritanya ... mungkin sambung lain kali kot?

Di DBP
"Cerpen parodi tu bermakna, kau salin semua kisah lama, kau gubah semula dengan makna baru," kata Saif. "Kau tukar dari Janggut kepada Jambang, itu dah beri pengertian berat.."

Aku angguk-angguk saja. Sebagai pendatang baru, aku cuma tau menulis saja, aku tidak mewah dengan segala teori sastera. Syukurlah, ada juga orang dapat menangkap maksud sebenar yang cuba aku sampaikan lewat cerpen tersebut. Aku cuba seimbang dalam kritikan.

Ada bahagian tertentu menempelak kes Altantuya, perempuan sihir (Rosmah) dan akhirnya aku kondem juga geng-geng agamawan yang aku tidak sukakan keangkuhan mereka ini.

Paling sempoi, aku pun baru tahu bahawa Hikayat Musang Berjanggut adalah suatu manuskrip. Oh! Aku ingatkan P. Ramlee yang cipta. Rupa-rupanya, seniman agung itu pun ambil situ juga.

"Jadi, P. Ramlee ambil dan kembangkan sikit ikut versi dia. Dan, kau ambil dari P. Ramlee, lalu kau kembangkan lagi sebagai Musang Berjambang mengikut versi kau," jelas Saif lagi.

Bualan bertambah berat. Dia ajak turun bawah, minum-minum, apatah lagi waktu pejabat sudah tamat. Kebetulan Nazmi Yaakob call dan syura kami berlangsung di 'bucu'.

Sebelum turun, sempat kubelek Hikayat Merong Mahawangsa atas meja Saif tadi. Dia turut bagi Dewan Sastera, Oktober sebagai hadiah. Puisi Sahrunizam naik, begitu juga dengan cerpen Dian.

"Bila Thai buat Queen of Langkasuka, KRU buat Hikayat Merong Mahawangsa pulak. Cerita Queen of Langkasuka tu kiranya macam Merong Mahawangsa lah, tapi dalam versi Thai dan depa fokus kepada Puteri Hijau," tambah Saif.

Aku teringat Siti ketika dia kirim naskhah skrip Hikayat Merong Mahawangsa yang ditolak oleh KRU oleh kerana imaginasinya yang amat tinggi. Dia nak serah skrip itu kepadaku untuk kutulis semula. Siti tak salah. Helaian kertas itu 'berbicara' kepadanya mengenai realiti sirah sebenar.

Di 'bucu', kami mula syura. Dihadiri Nazmi, Saif serta Sahrunizam secara maya dari Bera, kami capai beberapa keputusan 'rapuh' mengenai hal penubuhan NGO One Malaysia.

"Dah ada dah NGO One Malaysia tu," tegur Nazmi. "Kau buat Amim - Anak Muda 1Malaysia."

AM1M... Great idea! Saif terus bersetuju. Syor itu kami terima bulat-bulat tanpa sebarang bantahan. Idea nak tubuhkan ngo ini tercetus saat cikgu Sahrunizam dapat no 1 dalam peraduan menulis esei 1Malaysia. Dia mengaku bahawa dia 'opportunist', he.. he..

Tak kisah. Aku pun 'opportunist' juga. Tapi depa masih ingat aku nak buat lawak. Depa rasa, aku masih nak serang Najib Razak agaknya, padahal aku dah lama 'bertaubat'! He.. he..

Ish! Aku serius ni. Aku perlu cari 12 nama bagi membentuk jawatankuasa penaja. Nazmi enggan agar namanya termasuk dalam penubuhan NGO ini. Tapi, aku demokratik. Kita tak boleh paksa.

"Biarla aku jadi macam A Samad Ismail, dia bukan penggerak, tetapi cuma melaporkan saja," katanya. "Walaupun aku tak ada, tapi aku akan laporkan kegiatan NGO ni."

Ish, kalau tak, dah ada 4 orang dah tadi. Juga, mereka syor nama penulis bukan Melayu supaya lebih nampak 1Malaysia. Kalau Melayu semuanya, bukanlah 1Malaysia namanya.

'Syura' tamat jam 7 petang menjelang Maghrib. Aku khuatir mengenai syor nak jadikan Rosmah, bini Najib sebagai penaung AM1M. Harap disimpangkan oleh Gusti Alloh!

Di KLCC
Aku sedar, mungkin tuntutan tiket RAM di TGV, KLCC dah tamat sejak jam 6 petang tadi. Tapi, aku pi juga cuba nasib. Natijahnya tetap hampeh. Bagaimanapun, hati terubat dengan tiket free yang baru. KLIK DI SINI (sapa-sapa nak tengok movie free, sms aku!)

http://www.tupai.com.my/contest.aspx?search=conkungfucyborg

Di Kinokuniya, hati dirawat oleh sekian banyak timbunan buku baru. Gedung buku ini telah lama juga tidak kujejak. Novelis Dan Brown dah terbitkan The Lost Symbol selepas Angels & Demons dah siap ditayangkan di pawagam.

Pun begitu, aku lebih tertarik kepada buku Lost Times and Untold tales from the Malay World. Terus aku sms Kaksu di Nottingham supaya dia dapat cari kelibat Annabel Teh Gallop di British Library. Mesti banyak khazanah negara yang tersimpan rapi di sana.

Fuh! Kalau nak story tentang buku-buku terbaru ni memang tak habis. Ketika merayau di KLCC itulah aku terfikir sesuatu. Alangkah baiknya jika Jaafar Rahim (Dato'?) jadi penaung AM1M.

So, boleh juga dia kembangkan diskusi buku terbaru. Nak harap aku baca buku-buku Inggeris ni jangan haraplah. Aku sms cikgu Sahrunizam, Saif dan Nazmi tentang hal ini. Saif minta cari orang yang lebih berpengaruh. Cikgu pun tanya, apa relevannya? Aku sedar, politik masih perhitungan segalanya ketika kami masih merangkak dan meniarap.

Pengaruh? Pengaruh! Dengan nafas demokratik, aku mencongak akal, mendongak perhitungan dan bermuhasabah. Serta-merta aku teringatkan Rais Yatim. Hmm.. Rosmah atau Rais Yatim?

Double 'R'! Rosmah Mansor (RM) atau Rais Yatim (RY) sebagai penaung kami? Fuh! Mencabar! RM tu nampak macam simbol Ringgit Malaysia (RM), suatu simbol bermewah-mewah. Nanti, peruntukan untuk AM1M hilang lesap, dilesapkan entah ke mana. Hmm.. kena 'syura' ni.

Di Jalan Pahang Barat
Tiba di Jalan Pahang Barat, sambil makan-makan di Rafiyah, banyak cerita dalaman yang penat aku mendengarnya. Aku mahu berkecuali, tak mahu dah politik kepartian ni. Aku mahu larikan diri sejauh-jauhnya sepeerti yang aku cerita kepada Saif petang tadi, tapi keadaan memaksa!

"Ali baru tahu yang si fulan tu kejam," kata ALO ketika berbual dengan TMJ.

"Huh! Kita dah tahu lama dah," kata si pengarang berita. Kejam-kejam orang di sini, kejam lagi Utusan saat memecat Amran Ahmad, rakanku, Pengerusi NUJ Utusan. Dia seperti sugul banget ketika aku berbual dengannya di Restoren Rasa Sayang, Jalan Yap Kwan Seng.

Masalahnya, kita ini organisasi dakwah dan tarbiyyah. Umno kalau rosak dan jahanam sekalipun orang akan kata, "Hmm.. macam tu lah Umno!!!"

Iklim politik Jalan Pahang Barat tak menentu. Dan aku fikir, perlu aku bergerak berlari ke suatu wilayah lain, daerah yang tenteram, aman daripada segala hasutan nafsu buas politikus. Atau, aku mungkin tidak perlu berlari lagi? Ini bukan era berlari. Ini era menyerang politikus tikus!

Apabila susah cari makan di Jalan Pahang Barat, aku teringat offer Saif dan syor Nazmi, agar aku bertemu para editor DBP. Mungkin mereka boleh tolong kerana kurang bahan. Oh! Tuhan... aku berada dalam keadaan dilema sekarang... Bantulah diri ini...

Currently have 2 comments:

  1. Anonymous says:

    您想結婚媽!!!

    十年大陸新娘越南新娘介紹經驗,合法的婚姻介紹機構,嚴肅,專業的婚姻介紹網站,擁有臺灣多加外籍新娘婚姻協會人員合作,本網站是由大陸當地臺灣媒人所設立,位於廣西省,臨近越南河內,娶外籍新娘通過本站直接到異國娶親,省掉臺灣外籍新娘婚姻仲介中間環節,可以節省費用,全台各地都有我們所服務過的客人,如有需要可以提供電話詢問,我們的口碑經得起檢驗,也可為你推薦臺灣合法信譽好的婚姻協會人員為您服務,希望通過我們讓你以最經濟實惠的方式找到理想的伴侶,能夠為有緣人牽線搭橋,異國姻緣一線牽,歡迎以婚姻為目的,具備嚴肅婚姻心態,有責任感,有心想娶外籍新娘的臺灣單身男士與我們聯繫,我們將誠心為您服務!

    大陸新娘 外籍新娘 越南新娘 中國新娘優質婚姻網站

  1. Anonymous says:

    正享除蟲服務項目:白蟻防治 跳蚤防治 蛀蟲 燻蒸防治 蟑螂防治 老鼠防治 蚊子防治 蒼蠅防治 螞蟻防治 蛾蚋防治 園藝防治
    正享是專業的白蟻白蟻防治、除蟲專家,提供消除白蟻、白蟻防治、以及除蟲服務,只要您有惱人的白蟻困擾,找正享除蟲就對了。