Urusan pengiklanan, sms 014-3233287 @ mel-e ibnuamir@yahoo.com, subjek: Iklan Karya Fansuri
Latest News

13-16 Syawal/2-5 Okt. (Jumaat-Isnin)

Saturday, October 03, 2009 , Posted by nota untuk Syiah at 10:28 AM

16 Syawal / 5 Okt (Isnin)
Dapat sekeping cek dari NSTP, hasil kiriman puisi yang berjudul 'Yang kami cari adalah' … Cek CIMB dengan nilai RM20 sahaja, tapi amat bernilai ketika terdesak, isk, isk, isk...

Bayar RM100 untuk motor, baki tinggal RM188. Adik di bengkel itu menegur, kalau aku bekerja di SSM. Aku kata bukan. Rupanya, dia pernah kerja sana empat bulan. Dia tanya begitu kerana ternampak envelop besar SSM dalam raga motor. Hmm.. orang perempuan ni mata bagaikan helang. Tak pa, lagi pun, telinga aku macam telinga lintah. He.. he..

"Saya cuma pergi ke sana untuk daftar company. Nak kerja sekarang dah tak banyak dah peluang kerja," demikianlah aku menjawab, lemah.

Pergi UO (Untung Orang Ramai) untuk cari pita rakaman kecil yang selalu wartawan dok guna tu. Kena hantar pita rakaman kak Aya sebab dia nak guna. Memang tak ada. Adus!

Pergi Bank Islam, draw RM50. kemudian, tanya tentang prosedur mengeluarkan duit dari akaun Garap Maju Ent. Rupanya kena guna buku cek. Kerani tu kata mungkin boleh guna kad atm. Selepas aku minta borang nak apply kad kredit, aku pergi opis.

Di opis, selesai bayar duit kutu, bagi kuih raya kat semua kaum ibu dan menyerahkan semula pita rakaman kat kak Aya. Fuh! Lega bila dah selesai semua hutang.

Selain mereka riuhkan soal Hikayat Musang Berjambang di opis tadi, aku ditanya kalau-kalau boleh dihantar ke Padang. Ish, nak hantar aku ke tempat runtuh-runtuh. Kalau masa cantik-cantik tempat tu tak pa lah jugak, he.. he.. he..

"Huh! Memang nak kirim awak masa runtuh-runtuh ni la," kata mereka lagi. Aku teringat Selly, rakan lamaku di USM dulu yang kini membuat liputan dari Padang untuk TV3. Dia lasak. Pompuan lagi. Tapi, depa mesti bagi bajet tinggi juga. Opis aku ni cukup bajet ker?

Amran Ahmad, Pengerusi Nuj Utusan dipecat!
"Awak nak cari pita perakam baru? RM200 tu," kata mereka semua bila aku kata nak beli pita perakam baru. Fuh! Mahal. Kalau tiada pita perakam macam mana nak tulis transkrip wawancara di Sandakan baru-baru ini?

Saat aku mencari cerpen aku yang tersiar kelmarin (Hikayat Musang Berjambang), tetiba daku terlihat notis; Amran Ahmad (Pengerusi NUJ Utusan) dibuang kerja sejak 3 Sept.

Langsung aku telefon dan terus jumpa dia di Restoren Rasa Sayang, Jln. Yap Kwan Seng. Aku minta maaf, kalau-kalau laporanku yang menyebabkan dia kena buang kerja.

Dia senyum saja, "Tak perlu rasa bersalah. Kalau nak ikut, Malaysiakini lagi banyak tulis tentang saya," kata Amran kepadaku tadi.

Baru aku tahu Utusan Malaysia pernah hantar surat kepada Malaysiakini, agar M’siakini meminta maaf dan menarik balik laporan tersebut.

"Tapi, M’siakini enggan minta maaf mereka kata mereka akan tarik kalau surat itu datang dari saya," katanya. Aku termenung memikirkan hal itu. Adakah Utusan ada hantar surat kepada pihak Harakah Daily juga. Aku rasa tak ada.

Amran rasa kesal kerana dia bertindak atas kedudukannya sebagai Pengerusi Nuj Utusan, tapi jawatannya sebagai wartawan yang telah dirampas. Rasanya, dia tak dapat pampasan.

Adakah kerana dia anak kepada seorang pemimpin parti pembangkang, maka dia terkena hukuman? Memang betul, salah satu daripada artikel aku telah digunakan untuk memecat Amran ini. Ya Tuhan, apa dayaku untuk membantu si dia ini? Dia juga diekori SB. Adus!

Ada dua orang yang wish tahniah di atas cerpen semalam; Dian dan Sue. Rasanya, boleh juga nak kembangkan hal itu kepada sinopsis drama, filem atau teater. Kalau jadilah. Kalau tak jadi, tak apalah. Semalam, sahabatku Saif di DBP dah wish, tapi belum sempat lagi aku reply sms dia.

########################

15 Syawal / 4 Okt (Ahad)
Bermalam di Shah Alam. Pergi beraya di rumah adik beradik Don Pon. Dan mereka rupa-rupanya kerabat diraja Perak.

Tengah aku leka menyelak Utusan Malaysia tadi, rupa-rupanya sudah tersiar cerpen Hikayat Musang Berjambang yang aku karang semasa di rumah dulu. Dan, baru aku sedar tentang tulisanku yang tersiar di Surat Pembaca, Berita Harian.

Usul supaya ditubuhkan segera jawatankuasa untuk menyiasat gelaran Dato', Dato' Seri yang kononnya boleh dibeli sesuka hati hari ini.

########################

14 Syawal / 3 Okt (Sabtu)
Ambil Haidi di rumah maksunya di Kg Pandan Dalam. Kemudian, naik komuter, turun ke Shah Alam. Dalam perjalanan, seorang aweks sengaja mengada-ngada berdiri di depanku. Apa lagi, aku pun cuci mata sajalah, nak buat macam mana? He.. he..

Cinta kami terhalang dengan kehadiran bf dia yang jauh lebih rendah dariku. Sampai di stesen S. Alam, aku dan Haidi disambut Don Pon dan Don Fahmi. Kami terus ke Kelang.

Dapat makan free KFC di sana sebab Fairuz, dah jadi General Manager di sana. Berbual sekejap mengenai cara-cara nak wujudkan franchise KFC di Pendang. Ahem!

Fairuz minta aku pergi ke HQ KFC yang terletak di Jalan Sultan Ismail. Hala nak balik kami pegi makan ais kacang Coklat Meleleh. Hmm sedapnya...

########################

13 Syawal / 2 Oktober (Jumaat)
Naik bas di Pendang, jam 11:45 pagi lebih baru bas bertolak. Cari kuih bangkit di pekan tak jumpa-jumpa. Sms kak Roy, akhirnya dia kata tak kisah. Hatiku lega, lapang dada.

Sepanjang perjalanan, banyak betul rancangan yang masuk dalam kepala. Tetapi, apakah dapat aku laksanakan atau tidak, semuanya itu, tidak tahulah aku.

Yang penting-aku teringat mimpi sehari dua sebelum tsunami menghempap Pulau Samoa dan esoknya gempa bumi mengganas di Padang. Patutlah aku termimpi suatu kawasan air menghempap sebidang tanah.

Kemudian bila bangun teringat ada istilah PALANG. Aku harapkan negeri Pahang, tetapi rupanya Padang. Aku ternampak seumpama air menderu menterbalikkan muka bumi kat bawah muka bumi. Aku fikir mimpi mengarut, rupanya ada yang betul.

Ketika hampir Jalan Duta, Haidi call. Esok dia nak mai KL. Mungkin kami pi Shah Alam bersama. Wallahu’ alam. Tengoklah esok jadi macam mana.

Tiba di Hentian Duta sekitar 5:30 petang. Solat jamak di sana. Aku capai motor dan lihat helmet yang aku pinjam di rumah sewa telah dimasuki semut. Semut buat sarang.

Aku usir mereka, tak dapat ikut sunah Nabi Sulaiman a.s yang berhentikan askarnya yang beri laluan kepada pasukan semut untuk berjalan di suatu lembah. Ampunkan aku Tuhan.

Tiba di rumah jam 7 petang. Antara urusan-urusan yang mesti aku siapkan ialah (1) CPU, RM??? (2) bayar sewa bilik; RM200 (3) bayar motor; RM300 (4) bil Digi dan telefon; RM??? (5) bayar duit kutu; RM100 (6) tebus Dinar Emas RM600 dan lain-lain …

Hui…ganas hidup di KL ni. Ya Allah dengan keadaan orang dengki hinggakan sukar aku nak menulis untuk mencari makan ni, kuharap rezeki tak putus juga. Ya Allah, binasakan orang-orang yang dengki.

Currently have 0 comments: