Urusan pengiklanan, sms 014-3233287 @ mel-e ibnuamir@yahoo.com, subjek: Iklan Karya Fansuri
Latest News

8-12 Syawal/27 Sept.-1 Okt. (Ahad-Khamis)

Sunday, September 27, 2009 , Posted by nota untuk Syiah at 6:00 AM

12 Syawal / 1 Oktober (Khamis)
Damia lewat chatnya sudah beritahu aku mengenai landmark ke opis Kajang. Mungkin lepas ini dapat hasilkan novel berbau agama dengan sedikit gaya bahasa lama-klasik.

Boleh aku 'merapu' kisah Sang Gedembai adalah nabi Melayu, keturunan Melayu datang berasal dari bahtera Nabi Nuh dan lain-lain pemikiran agamaku yang berbeza dengan orang lain selama ini? Ya, masa yang akan memutuskan keadaan ...

Hari ini sibuk menyiapkan bahan terjemahan. Kelmarin petang dah beli tiket bas. Esok pagi aku bertolak dari Pendang ke KL. Seorang rakan memberitahu, tiada panggilan apa-apa lagi untuk job yang menanti di KL. Hatiku lega separuh dan kacau separuh.

Dr A pula bertugas di Bagan Pinang, entah Taman perumahan mana, aku tak ingat. Rasanya, boleh jugak kot kalau aku hubungi budak-budak Gamis yang menulis blog tentang PRK di Bagan Pinang. Depa dah lantik aku jadi admin blog tu. Besar sungguh penghormatan depa.

Dr A dalam smsnya berkata, kertas kerja itu mesti diserah kepada Rohaizat selewat-lewatnya pada 8 Oktober depan. Waduh! Tinggal 7 hari saja lagi. Kiamat dah dekat!

Gempa bumi di Sumatera!
Sejak semalam, tengok cerita Pekida di 360, kami sekeluarga jadi menyampah kat Pekida. Inilah masa kiamat. Kemudian, tengok laporan tsunami di American Samoa. Hari ini, jadi lagi gempa di Sumatera. Aku teringat kata-kata pakcik di Kelang tak lama dulu.

"Dalam bayangan aku, samada Malaysia, Sumatera atau Indonesia yang kena gempa bumi," kata pakcik lagi. Jadi, pakcik dah nampak lama dah. Sumatera yang terkena. Dia pun tak sangka yang pulau tu Sumatera, tapi dia rasa salah satu daripada tiga wilayah ni mesti kena gempa.

Aku tau gempa akan berlaku, tetapi macam mana nak elak? Kalau tak boleh buat sesuatu untuk elak, mestilah kita kena lari sebelum gempa. Aidilfitri ini, daku tidak jumpa pakcik. Selaut marah masih bergelora. Opss! Bos di KL sms, "Awat susah sungguh nak call hang Ali?" He.. he..

Kaum ibu di opis Harakah sudah mencari aku - isu-isu berbangkit (1) duit kutu, (2) kenduri piza (3) pita perakam yang kupinjam ketika pergi ke Sandakan tempoh hari. Itu maklumat yang aku terima melalui YM tadi. Depa denda aku kuih bangkit apa ntah... La.. la.. la..

######################

11 Syawal / 30 September (Rabu)
Imran balik Pendang dengan isterinya Pah, dan bawa balik Sarah. Jenuhku melayannya semalaman. Tanganku ditarik, kelingkingku dipegang erat, meminta aku bermain dengannya di ruang tamu.

Kalaulah kakti ada, mesti dia jeles. Lepas Sarah tidur, Imran bukak cerita seram mengenai kisah yang lalu. Huh! Tak dapat tidur lagi. Pagi itu, mak bangun sahur untuk puasa ke-6, kami masih lagi tercongok di bilik stor, sambil melayari kisah seram Tamar Jalis dan lain-lain.

"Paling teruk Imran kena, masa pi ke Janda Baik, jam 3 pagi," katanya. "Sampai di resort tu jam 4:30 pagi, Imran bagi salam kat tuan punya resort, depa pun tak berani buka pintu."

Dari jam 3 hingga 4:30 pagi kat sebatang lorong sempit itulah makhluk halus dok atas bumbung keretanya, baling pasir kat kiri kanan tingkap keretanya.

Selepas Subuh pagi tadi, sempat layan Jangan Pandang Belakang Congkak di YouTube.

Jangan Pandang Belakang Congkak 8/9


Jangan Pandang Belakang Congkak 9/9


Aku rasa aku ada bakat dan minat sedikit sebanyak dalam bab-bab mistik ni. Tapi, tak ramai kawan yang nak memburu hantu. Kalau kalian berminat memburu hantu, beritahu aku.

Kita boleh bentuk satu team, pasukan Ghost Buster. Misi dan matlamat kita ialah memburu roh jahat dekat Putrajaya, menangkap jin, puaka belaan isteri Perdana Menteri. Ahem

Ok, nak keluar pi beli tiket bas dari Pendang ke KL pula. Perjuangan akan berterusan pula di ibu kota, insya Allah Ta'ala.

######################

10 Syawal / 29 September (Selasa)
Hari ini hari raya. Syukur, berjaya akhirnya tubuh akaun syarikat GME. Yes! Takbir! Allahu Akbar! Hidup Melayu! Merdheheka!

Bagi meraikan kejayaan ini, aku makan nasi goreng Cina seorang diri selesai urusan kat Bank Islam tadi. Balik rumah dengan perasaan tenang, lapang dan gembira. Mungkin seminggu selepas ini, barulah boleh dapat buku cek.

"Oh! Kalau borang ni, terus ke kaunter 7. Encik tak perlu ambil nombor giliran," kata kerani.

Dua tiga orang awek cun mula memandang ke arahku saat namaku dipanggil di kaunter 7. Huh! Ini cabaran awal menjadi kapitalis. Belum apa-apa, diri ini sudah diusha-usha oleh aweks-aweks cun.

Aku dapat menghidu the power of money! Ya, memang kalau duit ada, duit itu boleh membeli wanita dan maruah serta kehormatan mereka.

Semoga Megan Fox tidak menggodaku saat aku sudah berjaya kelak macam Donald Trump. Kuang, kuang, kuang..


Ali Landry, bekas Ratu Cantik Amerika (tak ingat tahun bila) adalah saingan Megan Fox yang aku khuatirkan juga jika si dia ini datang, hadir dalam hidupku untuk mengurat diri ini. (Sorry.. terperasan sat! He.. he..)

Mesti hangpa rasa daku perasan kan saat membaca coretanku ini? Aku buat lawaks saja. Tetapi, inilah hakikat dunia. Dapat kita lihat bagaimana perilaku, sikap manusia yang hormatkan orang berharta. Hai dunia, dunia! Semoga kita semua dilindungi Allah daripada bahaya berlimpahan kemewahan.

Balik tadi aku guna Jalan Langgar, dari kejauhan tengok rumah arwah Tok Langgar. Hai, macam mana dengan janjiku nak pertahankan rumah tu selepas Ramadhan? Sekarang, aku dah dapat job baru kat KL pula...

Malam ini, tengok Suara Siswa edisi hari raya. Dr Fazley menyanyi. Awat la teruk sangat Suara Siswa la ni. Dulu, kira oke jugak lah bila Nordin Kardi acarakan Bicara Siswa. La ni.. isk, isk, isk...

######################

9 Syawal / 28 September (Isnin)
Puasa dah masuk hari ke-6. Esok aku raya. Tadi pagi bersahur Fiq kawan Kakti datang. Mereka balik drive kereta sekali ke USM.

Pegi semula ke Bank Islam untuk buka current account yang boleh dapatkan buku cek. Alamak! Ingatkan dah lengkap. Rupanya, sijil perniagaan tertinggal kat KL.

Kebetulan abah call, minta aku jangan pi Alur Setar. Hujan lebat katanya. Tapi, aku dah datang. Masa naik motor, hala nak mai Alur Setar tadi tak hujan. Bila keluar bank, hujan lebat sungguh!

Aku story masalah baru. Kemudian, abah pass hp kat mama supaya aku minta nasihat. "Pi SSM esok, bayar RM10, nanti depa print-out lesen perniagaan baru," kata mama.

Ya Rabbi, orang ramai sungguh di bank. Mungkin nak tengok gaji masuk. Dan, ada juga yang nak daftarkan akaun syarikat macam aku juga. Aku ingat, aku seorang saja yang nak buat kerja ni.

Melilau dan melewar sekeliling bank, tiba-tiba aku terjumpa Ruslizam. Dia cerita perkembangan kawan-kawan di Maktab Mahmud. Fauzi mengajar di Alur Merah. Mahadi Arai Kubur Panjang berjiran dengannya, selang dua tiga rumah.

"Kami satu batch masa kursus J-Qaf di Ipda," katanya yang dah debab melebar. Kami berpisah setelah selesai bertukar nombor hp. Aku rasa penting sekali dieratkan kembali silaturrahim.

Hala balik Pendang, beli cucur untuk buka puasa. Then, NY rakan wartawan di BH call. Mungkin dia nak cari teman lepak. Tapi, aku masih di kampung, untuk uruskan hal sendiri.

Ya syekh, penulis muda kena buat syura ni. PPSMI konon mahu dilanjutkan sehingga 2016. Apa persediaan dan daya kita untuk melobi guru-guru guna menumbangkan BN?

Bos mula call dari KL. Tak sempat kuangkat. Tengah dok solat tadi. Nanti la aku cuba selesaikan. Mungkin, ada bahan juga ni. Hu.. hu.. hu... Adus! Adios! (Nak dekat waktu berbuka nih!)

######################

8 Syawal / 27 September (Ahad)
Puasa hari ini dah masuk hari ke-5. Abah bawa balik dokumen SSM. Maka aku pergi Bank Islam Alur Setar dekat stesen bas Shahab Perdana, mahu daftar akaun syarikat. Astaga, tak tahu pula bank tutup hari Ahad di Kedah ini.

"Bank la ni memang ikut jadual waktu bekerja di KL," kata seorang brader kepadaku. Tapi, tak apa la. Memang ikut kata brader tu, memang di situlah pusat Bank Islam di Alur Setar.

Bila aku cerita kat rumah, mak kata, "Satu-satunya bank di Kedah yang bukak hari Ahad ialah Bank Pertanian." Abah pun mengangguk-angguk, mengiyakan kata-kata mak itu.

Hmm...tak apalah. Setidak-tidaknya, aku sudah jumpa tempat yang tepat. Esok, mungkin aku pi sekali lagi untuk daftar akaun syarikat. Semoga esok, pekerjaanku akan berhasil hendaknya.

Pergi ke Kompleks Peruda, buat spek. Power kanan naik dari 50 - 100 manakala power kiri pula turun daripada 250 - 200. Tapi, aku tak jadi buat juga sebab tempohnya lama - SEMINGGU!

"Jangan risau. Hal biasa saja naik turun power ni," kata Rajez, optemetrik yang analisa mataku tadi. Sambil itu, dia sebut suatu istilah; astig (kalau tak silap). Iaitu sejenis 'power silau'. Entah la, aku tak faham juga. Katanya, kalau spek tu ada warna hijau bersinar, ertinya ada power silau.

Aku lihat spek yang lama dulu pun macam tu juga. Hmm.. mata pun perlu digilap untuk nampak segala benda. Berapa ramai orang yang rajin menggilap hati supaya nampak kerajaan di langit?

Currently have 4 comments:

  1. Anonymous says:

    你想選擇一位大陸新娘 外籍新娘的話,請進入我的網站也許就是你一生中最好的選擇。
    納豆 保健食品要如何選擇呢?
    選擇現代生活中最好的運動就是瑜珈,要選擇瑜珈就要先了解瑜珈教室設備、師資及瑜珈教學喔!
    高雄瑜珈中的簡善琳瑜珈教室是南部地區最完善的瑜珈教室耶^^
    MOTEL就是汽車旅館,它是提供情人溫馨休息住宿的好地方,到台中住宿時別忘了到台中汽車旅館看看喔!!!
    台中乳酪蛋糕中禾雅堂乳酪蛋糕提供讓您難忘的蛋糕口味,除了chocolate蛋糕之外還有中秋禮盒多種樣式。
    選購服飾潘朵拉日韓服飾有日系服飾服飾批發流行服飾及韓國服飾。
    外籍新娘 大陸新娘 越南新娘這些都是一生一世最專業的服務與選擇。
    您在尋找墾丁旅遊網資訊嗎?畯富包車旅遊提供阿里山旅遊 高雄縣旅遊 高雄租車 高雄計程車 高雄一日遊 機場接送等專業服務,高雄旅遊 墾丁旅遊超值網站。
    僑泰裝潢廚具網是全台最大的居家生活廚具網站有廚具 廚具工廠 系統傢俱 傢俱 裝潢 抽油煙機以及系統櫃歐化廚具 室內設計作品與免費室內設計喔!
    網路行銷是網站曝光的首要指標,如何能讓網站排名於首頁是需要靠SEO技術與專業,當然關鍵字的選擇就格外重要了,這是決定瀏覽者在搜尋行銷中唯一的方向。網路行銷seo
    你了解整形有哪些手術?整形外科一定要具有專科證照醫師才是基本要素。隆乳 果凍矽膠是目前市面上最好的材質!
    汽車隔熱紙 大樓隔熱紙有何差異?隔熱紙不是係數越高效果就會越佳喔!

  1. Anonymous says:

    I am from Taiwan! Si vous voulez visiter Taiwan, bienvenue sur mon site et des visites Zhijiao, je vais proposer divers types de visites guidées et visites guidées ...

    I am from Taiwan! If you want to visit Taiwan, welcome to my site visits and Zhijiao, I will provide various guided tours and guided tours .

    Ich komme aus Taiwan! Wenn Sie nach Taiwan besuchen möchten, herzlich willkommen auf meiner Besuche vor Ort und Zhijiao, werde ich verschiedene geführte Touren bieten und Führungen ...

    高雄旅遊
    墾丁旅遊
    阿里山旅遊
    日月潭旅遊
    清境旅遊
    包車旅遊
    高雄一日遊
    墾丁一日遊
    台南一日遊
    租車旅遊

  1. Anonymous says:

    I am from Taiwan! Si vous voulez visiter Taiwan, bienvenue sur mon site et des visites Zhijiao, je vais proposer divers types de visites guidées et visites guidées ...

    I am from Taiwan! If you want to visit Taiwan, welcome to my site visits and Zhijiao, I will provide various guided tours and guided tours .

    Ich komme aus Taiwan! Wenn Sie nach Taiwan besuchen möchten, herzlich willkommen auf meiner Besuche vor Ort und Zhijiao, werde ich verschiedene geführte Touren bieten und Führungen ...

    高雄旅遊
    墾丁旅遊
    阿里山旅遊
    日月潭旅遊
    清境旅遊
    包車旅遊
    高雄一日遊
    墾丁一日遊
    台南一日遊
    租車旅遊