Urusan pengiklanan, sms 014-3233287 @ mel-e ibnuamir@yahoo.com, subjek: Iklan Karya Fansuri
Latest News

4-7 Syawal / 23-26 Sept. (Rabu-Sabtu)

Wednesday, September 23, 2009 , Posted by nota untuk Syiah at 12:22 AM

7 Syawal / 26 September (Sabtu)
Hari ini puasa masuk hari ke-4. Tak dapat tidur semalaman kerana menulis cerpen Hikayat Musang Berjambang. Dan, aku terfikir pula nak buat sinopsis filem 'remake' berdasarkan kisah itu.

Then, layan Dunia Baru The Movie sampai waktu sahur. Memang betul, sampai Part-7, minit ke-?? baru nampak pekan Pendang.

Dunia Baru The Movie (7/10)

Terfikir nak buat 'write-up' mengenai maksud akhlak. Hakim teriak pulak dah. Menulis di depan tv sambil menjaga anak saudaraku, Hakim.

Tonton NTV7 ada cerita kungfu terbitan Hong Kong. Tapi ada muzik latar belakangnya yang seakan-akan sama dengan filem P Ramlee. Tak silap aku, Keluarga 69 kot? Babak masa P Ramlee nak terjun bangunan untuk bunuh diri kerana kecewa ditipu perempuan.

Nanti aku siasat lain. Siapa yang cipta muzik latar ni? Mungkin hal ini melibatkan royalti juga? Tetapi, kalau industri filem Hong Kong dah beli, tak boleh nak kacau dah. Hanya kita boleh 'declare' sajalah kepada masyarakat awam.

Seekor angkut-angkut buat sarang di tempat letak kunci di rumah kami. Aku menulis satu cerpen lagi mengenai hal itu bila mak keluarkan angkut-angkut itu dari rumah. Mulanya, kakti yang tegur tentang kehadiran sarangnya di situ.

#####################################

6 Syawal / 25 September (Jumaat)
Aku berpuasa hari ini. Masuk hari ketiga berpuasa. Hari ini betul-betul letih dan betul-betul rasa tulin berpuasa. Tak bangun sahur tadi. Berbuka bersama keluarga tadi tengah perut lapar, terasa nikmatnya.

Nikmat lapar begini patutnya hadir Ramadhan. Rupanya, menjelang Syawal ia tiba. Ketika Ramadan lalu, sekali saja aku terlepas sahur, iaitu ketika aku baru pulang dari Sandakan. Letih sampai tak terbangun!

Imran balik Pendang sekejap ambil ubat Sarah yang tertinggal semalam. Sarah tidur memanjang, jadi tak dapat main bola dengannya seperti semalam.

Semalam, Sarah dah mula jinak. Dia yang tarik tangan aku, mengajak aku bermain bola dengannya. Dia tertawa mengekek melihat aksi-aksiku yang lucu.

Tapi, lawak sebegini tak akan laku lagi ketika dia berusia 7 tahun, masa dia mula bersekolah. Aku terima hakikat. Bahawa aku sudah meningkat tua. Apa amalanku yang boleh menjadi bekalan di akhirat kelak?

Buat operasi besar-besaran cari spek mata, tapi tetap tak jumpa spek juga. Aku pasrah, kami sekeluarga isytihar spek hilang dan aku mungkin kena beli spek mata baru. Habis lagi duit raya, hu hu. Waaa…

Bos di KL minta aku taip transkrip wawancara pimpinan Pas Sabah ketika kami pergi Sandakan tempoh hari. Ketika itu, aku sedang mengarang cerpen, baru selesai solat Jumaat. Hikayat Musang Berjambang!

Huh! Rasanya tidak boleh nak disiapkan juga pekerjaanku sendiri macam ni. Jadi, siapa kata freelance ni benar-benar freelance? Iklan emas --- Harga emas turun, RM492 (Dinar K’tan) dan RM496 (Public Dinar).

######################################

5 Syawal / 24 September (Khamis)

Berjaya hubungi mama di SSM. Settle urusan mendapat maklumat perniagaan secara percuma. Jadi, walaupun tak sempat pergi Bank Islam Alur Setar, tapi satu kerja dah settle.

Adik-beradik tiri datang ke rumah petang tadi. Pergi ke Baling, ada kenduri sepupu mak. Tetapi, hajat di hati nak pergi ke Pengkalan Hulu (Keroh), tempat aku dibesarkan tidak kesampaian.

Tempat jatuh dikenang, ini pula tempat bermain. Aku akan datang Baling lagi dan aku pi Keroh (Pengkalan Hulu) lagi insya Allah Ta'ala, untuk mengutip kenangan nostalgia lama.

Berjaya bertemu Tok dan Tok Wan Sik di rumah kuarters Pak Lang tadi di Baling. Syukur. Dah sempurna hajatku untuk bertemu tok dan tok wan. Lama sungguh tak jumpa depa. Tahun lepas tak sempat jumpa sebab aku ke Kemboja sempena sambutan Hari Raya Aidil Adha.

Seorang rakan mengirim berita, R.O di USM dengan gaji agak lumayan RM2,800, terpaksa daku menolaknya. Sesiapa yang nak try bolehlah cuba nasib di sana.

Malam
Balik Pendang. Syukor naik flight ke Sarawak esok 8:30 pagi, masuk kerja. Mama datang dengan abah setelah balik dari open house di Penang petang tadi.

"Mama lupa bawak maklumat perniagaan Ali, ahad ni la. Tak pun, mama bagi kat abah," kata mama lagi. Selepas berehat seketika di rumah malam ini, depa balik ke Mengkudu, Alur Setar.

#######################

4 Syawal / 23 September (Rabu)
Hari ini puasa masuk hari kedua. 1 Dinar RM494 (Dinar K'tan), RM508 (Public Dinar). Rasa pelik. Memang Dinar K'tan update rupanya sebab tengok harga hari ini jatuh RM1.

Tapi, yang musykil, kenapa emas Public Dinar mahal berbanding Dinar Kelantan? Aku perlu jawapannya.

Sepatutnya, hari ini aku ke Bank Islam Alur Setar untuk selesaikan urusan menghidupkan akaunn syarikat GME. Tetapi, aku baru teringat yang ada dokumen lagi yang telah diambil oleh kerani Bank Islam Jalan Raja Laut tempoh hari.

Adus! Harus kulakukan bagaimana lagi? Ada saja halangan dan rintangan. Jam sudah 3 petang. Tak sempat ni. Fikir punya fikir, kena tunda esok juga.

Oleh kerana urusan di Alur Setar terbengkalai, maka aku pun teruskan menggilap terjemahan, menghabiskan tulisan untuk esok.

Kelmarin terasa deadline Harakah hari ini. Aku lupa, rupanya esok deadline. Apa-apa pun lega kerana banyak kerja dah siap. Ini nikmatnya memburu waktu; kita bergerak lebih awal daripada jadual.

Tak jadi pergi Sik hari ini. Atas nasihat mak, pergi esok, on the way kenduri ke Baling. Patutnya, hari ini operasi besar-besaran untuk cari spek aku yang hilang tu. Tapi, nampaknya operasi itu masih belum bergerak-gerak lagi.

Kak Oneng datang beraya di Pendang hari ini. Khai Makye Jordan dan Nizam Sifu Bertam call, tapi tak sempat aku balas panggilan mereka. Sambil buat kerja karangan, tonton citer lagho; Qabil Qusyi Qabil Igam, he.. he.. he..

Currently have 0 comments: