Urusan pengiklanan, sms 014-3233287 @ mel-e ibnuamir@yahoo.com, subjek: Iklan Karya Fansuri
Latest News

25 Ramadhan/15 September (Selasa)

Tuesday, September 15, 2009 , Posted by nota untuk Syiah at 6:19 AM

11:29 p.m, 22 September - Aku berpuasa hari pertama hari ini. Kami sekeluarga bergambar di rumah. Semua ada. Abah dan mak pasti gembira bergambar bersama anak, dua menantu mereka dan dua orang ahli baru keluarga kami; cucu mereka yang lucu-lucu.

Masyi balik KL hari ini, jam 11 pagi di Pendang. Esok mungkin aku pergi ke rumah Tok Sik. Aku menyiapkan tugasan, terjemahan dan bahan-bahan berbentuk catatan pengalaman di Sandakan; ketika menziarahi ahli-ahli keluarga mantan tahanan ISA. Aku mengarang dulu... Adios!

Lepas terjemah pagi tadi, rasa kantuk serang. Aku tidur, bangun, tengok Dunia Baru The Movie. Baru kusedar penggambaran itu dibuat di Pendang. Tanah flat, tanah rata, jalan tu adalah jalan yang selalu kulalui dari Pendang ke Langgar. Alangkah indahnya negeriku! Ah! Kena kerja balik!

Melihat emas naik hari ini, hati jadi risau. Aku perlu lebih banyak wang untuk beli emas. Tetapi, gembira pun ada sebab dah ada emas sebelum ini. Lagi pun, baru-baru ni, aku dah bagi duit raya kat mak dan abah dengan dinar emas masa hari raya pertama hari tu. Yes! Alhamdulillah...

Tetapi, mereka menerimanya dengan berat hati juga kerana tahu aku tiada pendapatan tetap. Aku harap, selepas aku balik KL ni, ada beberapa perubahan dan sedikit demi sedikit, kehidupan bakal berubah ke arah kebaikan hendaknya.

Ya, emas dah pun naik hari ini. 1 dinar 4.25 gram bersamaan RM507 (Public Dinar) dan RM495 (Dinar Kelantan - aku rasa depa belum kemaskini). Moga rezeki makin murah lepas aidilfitri ini.

################

4:50 p.m, 21 September
-Semalam aku diberitahu Imran yang wanita India Hindu pengepam minyak itu bernama Mariam, suatu nama Islam juga. Tapi, dalam i.c, namanya Mariamah.

"Yang pelik tu, anak-anaknya semua Islam. Dia dengan ayahnya saja yang masih Hindu," kata adikku itu. Kitab lama Hindu itu usianya 370 tahun. Aku rasa, usia 370 tahun itu merujuk kepada tempoh lamanya kitab itu berada dalam simpanan keluarganya.

Ada bahanku yang ALO up tadi. KLIK DI SINI. Kemudian, dia sms bahawa selepas raya, badan dia sakit-sakit. Dia suruh aku siapkan bahan untuk Khamis pula.

Hari ini patutnya beraya di rumah Tok di Sik. Tapi, adikku pula yang tak jadi ke sana. Maka, aku pun di rumah seperti biasa. Makye Khai call, katanya Oktober depan dia walimah. Bulan 12 akan ada walimah di rumah bakal isterinya di Pahang.

Bercakap tentang nikah, kahwin dan jodoh ni, tadi seorang rakan sudah memutarbelitkan fakta yang menyebabkan aku rasa kaciwa. Rasa terhina dan tertipu pun ada. Dia minta diberi peluang.

Tidak perlu dicerita semua. Sekadar ingin bertanya, kenapakah perlu ada penipuan yang banyak sangat dalam berkasih? Oke, kena stop untuk mengarang dahulu. Adios!

################

4:22 p.m, 19 September - Semalam saya bersama abah dan Imran ke Hospital Sultanah Bahiyah, Langgar, Alur Setar. Bila balik dari Sandakan, saya takut terkena H1N1. Mujurlah tiada jadi apa-apa.

Tadi malam bersembang dengan Imran hal-ehwal agama. Aku bagitahu dia bahawa kisahnya bermimpi bertemu Nabi Muhammad s.a.w, telah aku siarkan dalam Harakah Daily lama dulu.

Dia berjanji nak bawa aku jumpa seorang wanita Hindu di Jitra yang ada kitab Hindu lama yang di dalamnya ada banyak ciri persamaan dengan al-Qur'an.

"Dia kata kitab tu mahal, dari India dan lagi lama dari kitab Hindu yang dipegang sekarang," kata adikku itu. Aku rasa, ini pun mungkin boleh buat modal kajian untuk pembentangan kertas kerjaku dalam seminar intelektual muda Asasi kelak.

METER

Apabila adikku beritahu KJ berlakon sebagai pemandu teksi, maka aku mencarinya di internet. Inilah dia KJ yang pernah aku bertemunya tiga kali. Dua kali masa dia di Kg Baru, mengagihkan bubur lambuk dan ketika membeli juadah berbuka dekat Jln Raja Alang. Kali pertama, saat aku naik pejabat Umno di PWTC untuk interview orang-orang KJ masa Siasah baru beroperasi.

GERHANA

Daphne Iking ni, satu batch dengan aku masa kami sama-sama Matrikulasi Sains di USM sekitar 1997. Kelibatnya sentiasa mengundang perhatian. Maklumlah, orang Sabah. Aku dengar cerita, bahawa masyarakat Dayak punya pertalian darah secara langsung dengan orang Mongolia.

Jadi, tidak hairanlah kalau orang-orang kenamaan, punya citarasa Mongolia. Di Pasar Sandakan, darah mudaku berderau melihat gadis-gadis mereka. Kepadamu..Selamat Hari Raya, Altantuya!

################

9:26 p.m, 17 September - Kini, saya berada di warung internet Uncle Netzone, Kg Baru. Melihat CPU aku yang rosak dan update blog ini di celah-celah hingar-bingar anak muda di CC.

Tadi, 8:30 malam lebih kurang, aku sempat ke Hentian Duta dan kebetulan ada tiket orang yang nak dijual. Jam 11 malam nanti aku akan balik ke Pendang insya Allah dengan bas Mara Liner juga. Tiket lama 15 September hari tu tak terjual juga. Isk, isk, isk.

Menghantar sedikit bahan kepada ALO dan kalau nasib baik, dia akan up catatan pengalaman ini di Sandakan, bertemu keluarga bekas tahanan ISA.

Rasa gembira dan puas hati juga dapat balik ke rumah malam ini. Kengkawan sekalian. Terima kasihlah di atas sokongan dan doa kalian. Semoga berhati-hati di jalan raya menjelang hari raya.
Daaaa.... adios!

################

15 September, 9:00 malam -
Kini, saya sudah berada di hotel di Sabah, menulis mengenai tahanan ISA yang telah dibebaskan.

Bertolak dari LCCT sejak jam 7 pagi dan tiba di lapangan terbang Sandakan, Sabah sekitar jam 10:15 pagi.

Melawat tiga buat keluarga sejak petang tadi. Encik Mat Sah dah bebas dan kak Laila sangat gembira. Tadi di rumah Puan Norhatta, dia sempat berbisik, ke telinga saya...

"Dunia dah terbalik,"
katanya, "Suami mereka ni dah bebas, tapi suami saya masih ditahan.."

Dia mungkin nak kata, bahawa dia masih lagi berstatus mangsa. Bagaimanapun petang ini, dekat masa berbuka puasa, Kak Laila call ALO dan menyatakan kegembiraannya ke atas pembebasan suaminya itu. Aku tumpang bersyukur, alhamdulillah ...

"Laila call tadi, dia cakap suami dia dah ada di rumah, tapi dia pulak ada di Sabah," kata Lutfi kepadaku petang tadi saat hampir tiba masa berbuka. Waktu berbuka di sini, 6:09 p.m hari ini.

Currently have 3 comments:

  1. Anonymous says:

    1.你了解關鍵字廣告的陷阱與秘密???
    2.你了解SEO技巧???
    3.你了解網路行銷的方式與種類???
    4.你了解關鍵字行銷後的商機!!!
    5.你了解SEO作業與流程!!!
    6.你認為網路行銷多少才合理???
    7.你了解網站排名的注意事項!!!

  1. Anonymous says:

    新彩整形外科診所
    整形整形外科隆乳內視鏡隆乳豐胸果凍矽膠雙眼皮割雙眼皮縫雙眼皮開眼頭眼袋隆鼻韓式隆鼻抽脂削骨狐臭、>>>參考網站