Urusan pengiklanan, sms 014-3233287 @ mel-e ibnuamir@yahoo.com, subjek: Iklan Karya Fansuri
Latest News

16-22 Ramadhan/6-12 September (Ahad-Sabtu)

Monday, September 07, 2009 , Posted by nota untuk Syiah at 3:03 AM

20 Ramadhan / 10 September (Khamis)

Tengah dok ralit berblog aku terpadam semua catatan. Oleh sebab berlaku sedikit kesilapan, hampir ke semua catatanku telah hilang sepanjang minggu ini. Isk, isk, dan isk!

Rasa rugi juga masa berblog, kerana ada maklumat dan pandangan berguna. Tak apa, bersabar.

Ada bahaya dan risiko tersendiri jika menulis semua catatan sepanjang minggu dalam satu entry ni. Inilah salah satu kesannya. Catatan Ahad hingga Rabu terpadam dan terpendam sendirinya.

Empat hari punya catatan telah terkubur. Waaa... Siapa yang ada copy-paste segala catatan di sini, mohon mel-e ibnuamir@yahoo.com. Mungkinkah SB Bukit Aman ada menyimpannya?

Semalam, menemani sahabat penyairku, cikgu S dari Bera, Pahang berlegar-legar sekitar Kuala Lumpur. Dia menang tempat pertama dalam peraduan mengarang esei sempena One Malaysia anjuran Kementerian Belia dan Sukan. Tahniah cikgu.

Yang aku tak tahan, dalam Harakah tu, dia tulis bukan main. Dia kutuk PPSMI kaw kaw. Tetapi, dalam pertandingan mengarang esei mengenai peranan belia dalam menjayakan One Malaysia, dia johan tempat pertama! Fuh! Opportunis! Bila aku cakap macam tu, dia gelak memanjang.

"Daripada dapat kat orang lain baiklah dapat kat orang macam aku," katanya ketika memberi alasan. He.. he.. Dapatlah kat dia dalam RM 2,000. Oke lah tu. Apa-apa pun, tahniahlah cikgu.

Kami akhirnya keluar dari hotel selesai acara terima hadiah dan selesai berbuka puasa. Sabri Cheek kata, mulanya nak datang jam 6, kemudian dengar kata dia akan tiba jam 8 malam.

Maka, ketika mengulas hal itu, cikgu S kata, "Usman Awang berkata, siakap senohong gelama ikan duir, cakap bohong, lama-lama boleh jadi menteri."

Ya, dia datang pada 8:30 malam ketika kami baru keluar dari hotel KL International di Kg Baru, dengan keadaan kain sampinnya tertanggal, lalu dia kemaskan semula kain sampin tersebut.

Perhatian!!! Action Alert Siapa nak beli tiket bas dari KL ke PENDANG, KEDAH? Boleh call saya Ali di talian 014-3233287. 15 September, 2009. Jam 11:15 pagi, 6A, SINGLE SEAT. Naik bas kat Hentian Jalan Duta (bukan Puduraya). Harga tiket RM39 sahaja, Mara Liner.

Currently have 1 comments:

  1. Anonymous says:

    Do the right thing is smart to do should not do is ignorance.

    SEO

    網路行銷

    SEO

    網路行銷