Urusan pengiklanan, sms 014-3233287 @ mel-e ibnuamir@yahoo.com, subjek: Iklan Karya Fansuri
Latest News

9-15 Ramadhan/30 Ogos- 5 Sept (Ahad-Sabtu)

Tuesday, September 01, 2009 , Posted by nota untuk Syiah at 2:30 AM

15 Ramadhan / 5 September (Sabtu)
DINIHARI
Hantar bubur kambuk pada ALO di opis. Dia sua RM50. Dia juga minta bahan-bahan untuk laman web untuk Sabtu, Ahad ni.

"Kalau depa bising nanti macam mana pulak?" aku bertanya, khuatirkan dirinya juga.

"Pandai-pandailah ana jawab," katanya kembali.

PETANG
Ke KDH, Kajang sekitar 3:30 petang untuk induksi Abim. Aku rasa macam tak percaya yang aku masuk semula bekerja dengan Abim. Rasa segan juga tengok muka-muka depa. Tapi, bila dengar senior dok bercakap pengalaman lalu, rasa semangat balik.

Dan, aku lihat jiwa kapitalis opportunis aku kembali segar tatkala mendengar senior-senior sebut tentang Production House dan hartanah di Bukit Beruntung. Banyak projek terpendam disuakan ke atas Abim dulu, sebelum nak diserahkan kepada orang lain. Aku rasa beruntung.

Dalam ingatanku, ada pelan nak tubuhkan rumah anak yatim apabila melihat ramai anak-anak yang terbiar saja tanpa pendidikan. Rendra kritik Orba lewat Sajak Sebatang Lisong --> Delapan juta anak-anak tanpa pendidikan. Hai! Bilalah aku boleh berdeklamasi sajak macam Rendra ni?

"Tak perlu enta nak gaduh-gaduh berdeklamasi syeikh," kata Faisal Tehrani kepadaku dahulu. "Melainkan kalau enta ada cita-cita nak cari duit dengan cara deklamasi puisi di RTM tu."

Tapi, kalau deklamasi puisi ala Rendra, RTM nak ke deklamasi puisi yang menuai protes rakyat?

Dalam induksi Abim, barulah aku tahu. Rupa-rupanya KBMC (Kg Baru Medical Centre) itu Abim yang punya. Pusrawi dapat bantuan zakat sebanyak RM1 juta setahun, demikian kata mereka.

Apabila mahu pulang dari KDH Kajang, rakan penyair dari Pahang, Sahrunizam call, menyatakan bahawa, acara buka puasa hari ini tak jadi. Ditunda program buka puasa dengan Shabery Cheek tu di Hotel KL International. Ditunda pada 9 September depan.

"Kalau ada projek dengan Shabery story la," kataku. Dia gelak ja mendengar seorang kapitalis opportunis sepertiku. Kalimat kapitalis opportunis ni datang daripada dia jugak.

BELI JUADAH DI MARA JALAN RAJA LAUT
Balik dari Kajang, aku singgah beli juadah di Mara, Jalan Raja Laut sebab dah tak sempat ambil bubur lambuk Kg Baru. Belanja RM8.70, nasi tomato berlaukkan ayam percik, dengan bihun dan telur masin 70 sen (nyam, nyam, yummy).

Terlihat awek cun, muka macam Kristin Kreuk, awek SuperBoy dalam Smallville. Astaghfirullah. Dia dah beri respon. Aha! Aku jatuh cinta pandang kali ke 3,261. Harus kutabahkan hati juga. Eh! Jenayahkah jika aku jatuh cinta? Boleh masuk penjara ke? Boleh masuk neraka ke jika bercinta?

Akhirnya, cinta kami terhalang oleh seorang lelaki yang menemaninya. Ceh! Dah ade bf rupanya. Selamat tinggal kekasihku. Izinkan aku berundur. Lagi pun, dah dekat masa berbuka ni. He.. he..


NOTA KULIAH JR & AR-RISAALAH
Tasik Galilee / Herod sezaman dengan Nabi Yahya / Judea, Samaria, Galilee / Galilee pernah berada dalam kekuasaan Islam, ada sebuah masjid di Tibereas / Pelampau Yahudi pernah cuba merosakkannya pada 1948.

Tiberias dari Google Maps, dekat kawasan Laut Mati. Ini pun tempat yang mesti aku masuk. Siapa nak cari penaja? Jom? Setiap tempat di Israel ni, kita kena buat sedikit kajian mengenai premis-premis perniagaan yang ada di situ sebelum kita masuk menggempurnya dalam tempoh 30 tahun lagi, insya Allah. Sila lihat di sini ---> http://en.wikipedia.org/wiki/Tiberias.

Ada buku pelancongan peta Israel, pengacara dokumentari AR memegang buku tu ketika berada di Shepherd Field. Yach! Aku mesti beli buku itu!

Yusuf an-Najar, lelaki yang dikatakan telah menghamilkan Mariam, mengingatkan daku tentang Habib an-Najar, lelaki yang menyelamatkan Musa a.s daripada kepungan tentera Fir'aun. Yusuf sepupu Maryam dan dia paling awal tahu yang Mariam telah hamil. Ini catatan daripada Bible.

Ya Tuhan, mataku terbeliak melihatkan harga emas melambung hari ini...Ada orang cakap, masa Ramadhan, harga emas jatuh. Tapi, kenapa harganya naik? 'Fatwa' depa ni kena semak semula.

Dinar Selling Price Buying Price
1 dinar RM 497.00 RM 467.00
5 dinar RM 2475.00 RM 2339.00
10 dinar RM 4928.00 RM 4682.00
Last updated 04/09/09 3:51 PM

######################################################

14 Ramadhan / 4 September (Jumaat)
DINIHARI
Jumpa bos di Haslam. Perkembangan terkini, Malaysia Bebas dah ada tapak. Cuma, ada sikit hal teknikal yang perlu diselesaikan.

Ada tugas baru menanti, kena ambil bubur lambuk Masjid Jamek Kg Baru kat dia esok petang. Juga, hono Julai yang aku letak masih belum lagi diproses. Bos bagi sedikit tips untuk licinkan hal melajukan wang honorarium tersebut.

MESEJ MERDEKA CENTRE
Azeera of Merdeka Centre mengirim mel-e lewat Facebook daku. Lalu, dia berkata...

"Abang Ali, Merdeka Center ada fieldwork pada 12 & 13 hb September (Sabtu & Ahad) ni. Kami perlukan sekitar 6-8 orang field interviwer. Kawasan bagi fieldwork adalah Kota Raja, Klang (Seri Andalas & Sri Muda).

"Bayaran untuk field interviewer adalah RM15 per questionnaires. Kajian fieldwork ini adalah berkenaan hubungan etnik di Malaysia anjuran Institut Kajian Etnik (KITA) UKM. Abang Ali ada budak-budak tak? Voluteer ke? Kalau ada Cina dan India bagus juga. Harap dapat dengar dari Abang Ali sesegera yang mungkin =) Terima qaseh!"

PETANG
Tak ramai orang ambil bubur lambuk sejak jam 5 petang. Seorang budak lelaki tetap memberi aku sebungkus saja. Kedekut betul. Lalu, aku minta pada seorang pakcik, mujur dia bagi. Orang dah tak ada, tapi bubur lambuk masih banyak. Kenapa orang makin berkurangan? Paling penting, kenapa orang semakin kedekut?

Kelmarin, aku beli ikan bilik RM1, tapi penjual 'memujukku secara paksa' agar beli RM2. Ish, kenapa jadi begitu peniaga dan kaum kapitalis hari ini. Dalam bulan, madrasah Ramadhan tidak mengubah apa-apa.

NOTA KULIAH SPKB + Secret Code JR
Nablus menjadi pusat ekonomi. Nabi Yaakob pernah tiba di Kanaan. Tapi, dia tidak menetap lama / Nablus ditadbir pihak berkuasa Palestin. Nabi Yusuf ditanam di Hebron bersama ahli keluarganya yang lain // Shakam // Orang Palestin pernah gugur ketika bertempur dengan Yahudi gara-gara mahu berebutkan hak ke atas makam Nabi Yusuf ini / Tel Balata / Sakar.

Joseph = Yusuf // Jacob=Yaakob. Lidah kita berbeza dengan lidah Yahudi. 'Yaa' menjadi 'Ja' dan 'Yu' menjadi 'Jo'. Di Pulau Pinang, di muzium, tertera nama Yahudi Road sebagai Jahudi Road.

http://buzz.yahoo.com/buzzlog/92974?fp=1 - (boleh ke sesiapa tolong jelaskan hal ini kepada saya?) - http://www.youtube.com/watch?v=51kAw4OTlA0



Ashton Kutcher's Creepy Pledge


Simpang siur fakta sejarah sememangnya memeningkan, sekali gus merimaskan. Rasa, SPKB perlu susun matapelajaran Sejarah Dunia, Sejarah Melayu, Sejarah Nusantara termasuklah Sejarah Anbiya' yang ada dalam Old Testament dan New Testament dalam acuan SPKB sendiri.

Siapa nak jadi panel? Selain terbitan Kitab Agama dan Falsafah, silibus apa lagi yang perlu kita wujudkan wahai saudara-saudara ke atas umat dan Bani Melayu ini?

Oh, ya! Antara silibus lain yang mesti SPKB susun ialah Geografi yang khusus mengkaji topografi, peta Israel guna memudahkan taklukan demi taklukan ke atas bumi Israel kelak, insya Allah Ta'ala.

Zubir (Zubair?) itu penolong setia. Kalau ada anak lelaki, salah seorangnya Ali Zubair / Di sana ada bangunan dibangunkan dan diruntuhkan sebanyak 22 kali / Neopolis tukar nama jadi Nablus / Ada Masjid Kesedihan Saidina Yaakob. Di sini, semua saudara Yusuf berpakat menipu bapa mereka; Yaakob bahawa anaknya Yusuf dibaham serigala.

Ada tiga masjid berbeza yang disandarkan kepada peristiwa Yaakob ditipu anak-anaknya, bahawa Yusuf itu dibaham serigala / Makam Nabi Yahya, diriwayatkan bahawa hanya kepalanya ada di situ.

NOTA KULIAH AR
Baitullaham, 10 km dari Darus Salam / Gereja Nativity / Yusuf An-Najar - Dalam Bible, aku dengar rakan Kristian berkata, Maria (Mariam) pernah bernikah dengan seorang lelaki; Joseph (Yusuf) namanya.

"...Pada hari aku dilahirkan, pada hari aku meninggal, dan pada hari aku dibangkitkan kembali." - Ayat al-Quran untuk dibuat kajian.

Kesimpulan peribadi: Nabi Isa a.s mungkin tak turun pada hari kiamat. Yang turun adalah (1) keturunan Nabi Isa a.s (dengan andaian - Nabi Isa a.s mungkin pernah bernikah dengan Mary Magdalene) (2) Nabi Isa yang wujud dalam bentuk negara, USA, Great Britain, Benua Eropah.

Nabi Isa a.s belajar / alif, hamzah adalah anugerah Allah / Dia orang pertama yang menafsirkan huruf abjad / Kaum ibu menjadi takut, kalau-kalau anak-anak mereka terpengaruh dengan ungkapan pelik yang lahir dari lidah Nabi Isa a.s.

Esok ada induksi Abim Pusat di Kolej Darul Hikmah, Kajang. Ia mungkin turut berlaga dengan program berbuka puasa dengan Sharunizam di KL International Hotel. Ya Tuhan, permudahkan segala urusan. Baru selesai hantar bahan ulasan buku politik malam ini. Fuh! Lega buat seketika!

######################################################

13 Ramadhan / 3 September (Khamis)
PAGI
Usai solat Subuh, Cikgu Zul Tranungkite.net sms, "ok", dia sudi dan melapangkan waktunya untuk buat semula kolum aku dalam Detik Daily itu.

Fuh! Rase semangat sket nak godam Najib Razak lepas ni. TQ cikgu...

PETANG
Saya ambil bubur lambuk. Seorang beroleh dua, tapi aku malu lalu mengambil satu sahaja. Ada petugas Suria FM di situ juga, mengedarkan mee segera. Aku malu hidup meminta-minta. Hidup ini perlu banyak memberi dan bukannya banyak menerima, mengemis dan me
minta-minta.

Ramai panggilan masuk. Kepada semua. Hari Khamis, kalau saya tak angkat, jangan kecil hati. Itulah hari di mana saya mahu tumpukan kepada kerja-kerja penulisan dan terjemahan.

Sila sms sahaja, sertakan nama dan soalan, hajat apa.

MIMPI JUMPA RASULULLAH S.A.W
Seorang rakan sms bertalu-talu - merawikan pengalamannya bermimpi Nabi Muh
ammad ketika berusia 17 tahun (22 September 1997). Oleh kerana hal ini aku sifatkan hal ini sebagai penting, maka aku ambil pot juga.

"Ketika terjaga, hampir jam dua pagi," katanya lewat sms, "Selepas kejadian itu, saya dapatlah berkomunikasi dengan alam. Misalnya, ada seekor burung beritahu saya, bahawa akan ada ahli keluarga saya meninggal dunia. Esoknya, makcik saya yang sakit berat itu, telah mati."

Aku perlu adakan pertemuan dengan mereka yang pernah bermimpi bertemu nabi ini. Mungkin mereka akan dapat memberi beberapa fikrah baru lagi berguna, guna membebaskan Palestin dan wilayah-wilayah lain di Nusantara nanti, insya Allah Ta'ala.


Tuhan... di bulan Ramadhan yang penuh keberkatan ini, kupohon padaMu Tuhan agar termasuk dalam golongan yang akan bertindak membebaskan wilayah-wilayah kami yang pernah terjajah. Ameen Ya Rabbal 'Alamin...

Aku fikir, aku perlu kumpulkan orang-orang yang pernah mimpi jumpa Nabi Muhammad untuk buat kajian tentang hal ini. Mungkin boleh buat suatu wawancara. Hmm.. menarik juga. Boleh buat buku. Di Barat, depa bohong dengan cara wawancara orang-orang yang pernah ditangkap makhluk asing; alien.

Tak kan aku tak boleh buat buku berhubung suatu kajian mengenai orang-orang yang pernah bermimpi berjumpa Rasulullah s.a.w ni kot? Mungkinkah ada 'hadis-hadis' baru ke atas umat Melayu hari ini?

Kalau ditinjau Sulalatus Salatin, ada 'hadis' yang menyatakan bahawa junjungan besar bersabda, bahawa di Samudera (Sumatera) itu akan lahir ramai awliya'. Maka, hendaklah dibawa Islam ke daerah sana. Itu catatan Sulalatus Salatin.

Dan, mengikut kata pakcik, ada 'seseorang' dah terlepas ke Tanah Melayu ini. A
ku hanya perlu tahu siapakah yang pergi ke Tanjung Tuan, datang dari Pulau Sumatera dengan perahunya (kolek kecil??) itu. Menurut cerita, Tanjung Tuan adalah daerah yang paling hampir dengan Pulau Sumatera. Wallahu'alam...

Syahadan wal arakian ...
Dan bermimpi bertemu Rasulullah s.a.w
akan tetap kekal sebagai kenangan dan
misteri terindah dalam lipatan sejarah hidup kita!

5:53 p.m, 14 Ramadhan
Sekolah Pemikiran Kg. Baru

NOTA KULIAH MADRASAH RAMADHAN
Menonton JR hari ini, aku terfikir Ali Imran (keluarga Imran) - mustahil nasab Imran terputus dengan sebab Isa a.s wafat (atau, diangkat ke langit). Di situ, ada sekitar 80,000 penduduknya.

Ada pendapat menyatakan Isa a.s memang berkahwin dengan Mary Magdalene (sumber Bible). Jadi, sejauh mana kebenarannya, terpulanglah kepada teman-teman sekalian. Wallahu'alam...

Kengkawan, yang tengok Jejak Rasul, yang terbaca coretan ini, harap salin filem dokumentari itu dan pindahkan ke dalam YouTube, please...

1. Maryam disoal, "Siapa bapa kepada bayi ini?" / "Jangan cakap," kata Jibril. "Tapi, katakan, tanyalah kepada bayi ini." Aku teringatkan suatu nas, "Wa ayyadnahu bi ruhil qudus (Jibril)" - Adakah ketika itu Ruhul Qudus (Jibril) sedang 'menyelinap' masuk dalam tubuh Isa yang masih bayi? Lalu, dialah (Jibril) yang menjawab soalan orang Yahudi ke atas Isa yang masih bayi itu.

2. Aku teringat kata-kata rakan internet, sabda baginda terhadap Hassan Ibnu Tsabit, "Semoga Ruhul Qudus (Jibril) akan selalu melindungimu selama mana engkau mempertaha
nkan aku lewat gubahan sajak-sajak dan karangan syair-syairmu."

Kadangkala, bila aku tengok balik apa yang aku tulis, aku rasa bukan terbit dari aku sendiri. Lain macam jer. Agak ganjil, terasing dari garis fahaman orang lain dan tak sama dengan orang lain.

Barangkali, Jibril a.s ni boleh datang melindungi kita. Semoga Jibril a.s akan menjadi malaikat yang akan melindungi kita semua setiap saat dan ketika, selagi mana kita berjuang menegakkan agama Tuhan, insya Allah Ta'ala wal Ameen Ya Rabbal 'Alamin.

3. Hajar melahirkan Ismail, tiba-tiba mengalir air Zam Zam di bawah telapak kaki Ismail. Ketika Maryam melahirkan Isa, maka mengalir air di bawah pohon tamar. Kes Isa dan Ismail-Maryam dan Hajar ini hampir serupa.

AR-RISAALAH

Nazareth berada di Utara Israel. Tempat ini, aku nak masuk, dan aku mungkin masuk. Maryam ada pertalian sehingga Daud. Jadi, nenek moyang Isa al-Masih ini adalah raja agung Bani Israel.

Dalam kes Maryam ini, Nabi Zakaria a.s tentu berasa malu kerana keponakannya didapati telah 'berzina'. Tetapi, keajaiban mukjizat telah menyelamatkan maruah mereka sekeluarga.

Maryam seorang pertapa. Kehidupannya ibadat seputar biara saja, sehingga mendapat makanan dari langit dan dia mendapat penghormatan sehingga Jibril pun menziarahinya.

Kedudukan Maryam di sisi 'Bani' Kristian amat tinggi sekali. Mungkin sebab itulah Allah sisipkan sepotong ayat yang menyeru ibu Nabi Isa rukuk bersama orang yang rukuk (Muslimin) supaya bani Nasrani akan balik ke pangkuan Islam, iaitu ajaran Tauhid yang berasal dari Ibrahim a.s.

Maryam itu seorang petapa. Kesimpulannya, kita kena dok lama-lama di surau, masjid. Kerjalah seperti bilal dan siak masjid, surau untuk mendapatkan penghormatan seperti ini.

Seorang lelaki tua di Johor pernah berkata kepadaku, "Pergi saja ke surau, bentang sejadah dan buat kebajikan kecil-kecilan macam biasa di madrasah, surau, masjid, nanti 'ada'lah yang tolong kita waktu susah nanti."

Sebagaimana 'wahyu' turun kepada Maryam melalui Jibril a.s tatkala Maryam sedang beribadah seperti itulah 'wahyu' turun kepada Yukabad, ibu Nabi Musa a.s.

Wahyu ke atas Maryam & Yukabad itu, bagaimanapun bukan syarat bahawa taraf mereka maju setaraf nabi-nabi dan setanding rasul-rasul sebagai dakwaan Islam Liberal itu. Wallahu'alam.

######################################################

12 Ramadhan / 2 September (Rabu)
Dinihari
Syahadan bos 'bersabda' di Rafiya - tak perlu counter dalam laman web news baru tu. Maka maka hatiku rasa kaciwa sikit mendengar hal itu.

Di Detik Daily pun kolum tiada untuk orang semak segala yang aku tulis. Mood menulisku amat bergantung kepada counter, jumlah pelawat, Hi-Stat dan sebagainya.

Atau, setidak-tidaknya ada kolum untuk pastikan akan ada orang yang follow fikrah aku. Tanpa semua ini, sukar sikit nak mengarang. Aku mahu berdagang idea, mesti aku ingin kaji turun naik pasang surut saham idea ini.

Perang adalah angka-angka. Pilihan raya adalah sejenis peperangan ketika menghitung undi. Menulis pun suatu seni peperangan juga. serangan dalam bentuk pemikiran. Sebab itu ada cyber troopers, tentera siber. Ini menunjukkan bahawa mengarang pun sejenis seni berperang juga.

Tak ramai orang boleh fikir dan memahami cara aku berfikir lagi. Kalau aku fikir macam student lain, dah lama aku letak senjata pena dan tunduk saja kepada Auku dan tekanan TNC HEP.

Pagi
Zam Umno call masa sahur tadi. Dia mahu serah cerita, maklumat aduan guru-guru tentang Tee Keat. Sekali lagi, aku tak mahu layan sangat. Buang masa kalau depa semua ni penakut pahit.

Petang
Selesai urusan serah borang untuk buka akaun syarikat sepenuhnya. Pergi The Mall (SSM) dan bayar RM13 untuk dapatkan dokumen yang mengesahkan bahawa status syarikat ini - pemilik tunggal. Lega. Baru selesai satu kerja. Minggu depan baru dapat buku cek kot, insya Allah Ta'ala.

Terlepaslah mesyuarat Pusat Berita Abim, maaf rakan-rakan Abim. Ada induksi Sabtu, Ahad ini. Mereka mahu hantar mel-e kepadaku untuk hantar surat lantikan sebagai ahli majlis.

Aku dapat sms dari Cinema Online - iaitu Malaysia banned Halloween 2-Lihat di sini Cinema Online - Namaku tertera di http://www.cinema.com.my/contests/contest_result.aspx?cid=59.

Dapat rembat bubur lambuk yang Kosmo! taja. Baru terjumpa Rauzi Harakah selepas masuk hari ke-12 berpuasa dan beratur di masjid. Tapi, sayang, masa beratur cameramen tak tangkap muka aku untuk dimasukkan dalam paper depa. Cait! Cis!

Kak Sal sms, minta duit kutu. Sepantas kilat ketika beratur ambil bubur lambuk tadi, aku dah transfer duit. Selesai bayar duit kutu.

Malam
Layan Enemy of the State. Malam ini ketika berYM, ada pelajar Mesir bercerita masalah pelajar perubatan di Mesir, lalu aku berhasrat mahu menulis isu tersebut.

Juga, ada pengikut tulisan aku yang mahu bertanya lanjut tentang pengalaman bermimpi jumpa Nabi Muhammad. Mereka rujuk tulisanku yang lalu dalam Harakah Daily. Baca DI SINI.

Ada juga tulisan lain di sini, Peranan 'Rasulullah s.a.w' mengislamkan Dunia Melayu?

Malam ni, ada yang bersms, bercerita pengalaman memasing bertemu Rasulullah s.a.w. Agaknya kalau aku tulis buku mengenai pengalaman mereka ini, bagus juga. Kalian rasa bagaimana?

Enemy of the State


Bila tengok NSA ekori hero melalui satelit, aku terfikir nak takluk Israel melalui satelit. Melalui Google Maps yang ada kemudahan cerapan satelit, aku lihat kedudukan dari Tel Aviv ke Jericho, Israel. Kena kaji kedudukan streategi ini baik-baik sebelum nak takluk Palestin nanti.

Jalan dari Tel Aviv, menuju ke Jericho, Israel, sapa nak ikut aku!?
Starting from Sderot Rothschild/?????? ?????????

1 Head north on Sderot Rothschild/?????? ????????? toward Balfour/???????? - go 0.1 mi
2 Turn right at Sheinkin/?????????? - go 0.1 mi
3 Continue on Lincoln/?????????? - go 0.2 mi
4 Turn right toward Derech Menachem Begin/???? ???? ?????? - go 171 ft
5 Take the 1st right onto Derech Menachem Begin/???? ???? ?????? - go 0.3 mi
6 Turn right at HaRakevet/???????? - go 0.1 mi
7 Make a U-turn at HaHashmal/???????? - go 0.3 mi
8 Slight left to stay on HaRakevet/???????? - go 0.2 mi
9 Take the 1st right onto Exit to Route 1/?????? ????? 1?? - go 0.2 mi
10 Take the ramp onto Route 1 - go 57.3 mi
Go through 1 roundabout
11 Turn left at Route 90 - go 6.3 mi
12 Turn left - go 1.3 mi

Arriving at Unknown road. Total: 107 km - about 1 hour 27 mins

######################################################

11 Ramadhan / 1 September (Selasa)
Imran pergi The Curve dengan abang iparnya. Dia hanya singgah sebentar saja, nak guna bilik air. Lepas tu kami berpisah.

Aku submit borang untuk tubuhkan akaun syarikat. Hampir 90% berjaya. Tapi kerani minta aku bawa salinan sijil perniagaan yang asal untuk pengesahan. Jadi, tinggal one more step. Dia tanya, adakah aku datang sendiri atau ada wakil nak ambil buku cek. Ya! Tentulah aku sendiri.

"Empat hari bekerja, nanti baru encik boleh deposit duit," katanya. Aku ingat kena masukkan terus duit tu. Dah get ready nak bank-in cek M'siakini dalam akaun syarikat baru tu. Akhirnya, aku terpaksa bank-in terus cek itu dalam akaun peribadi.

Call, sms hari ni yang aku tidak dapat nak sambut - mesyuarat ke Pusat Berita Abim esok / Zam Umno bercerita hal Ong Tee Kiat. Aku tak layan sebab Umno ni dah takut. Aku nampak aku dah dipergunakan sejak dulu. Bukannya depa nak pi ke depan. / Panggilan MC untuk siap transkrip.

Tadi, berjaya ambil bubur lambuk. Ya Allah... banyaknya panggilan dan sms bertalu-talu. Urgh!!

Malam
Mengarang sikit di Detik Daily, menghilangkan kebosanan, sambil menonton Pontianak Harum Sundal Malam. Bos call, ajak minum, tetapi aku belum buat keputusan. Imran datang ke rumah, sebelum dia balik ke Pendang. Aku rasa sedikit tenang.. tahu tak kenapa?

Ya, syukurlah pen-driveku dijumpai dalam keretanya. Ada dua file Merdeka Centre dalam gajet itu. Hajat di hati, nak balik Pendang je malam ni dengan adik. Tapi apakan daya. Esok mesyuarat Pusat Berita Abim, dan mahu uruskan permohonan untuk mewujudkan akaun syarikat. Urgh!!!

######################################################

10 Ramadhan / 31 Ogos (Isnin)
Selepas ambil bubur lambuk, buka puasa di rumah abang ipar adikku di Cheras. Kemudian, kami hantar adik ipar adikku ke UIA. Dia tinggal di Mahallat Hafsa. Apabila salah seorang ahli keluarga kita bernikah. Maka, ahli keluarga kita secara tidak langsung akan jadi ramai.

Balik dari UIA, bos call dan kami bertemu di Haslam. Aku mula buat dua tuntutan. MP3 Player, leptop RM1,400. Manakala, dan opis kami adalah di bilik bos untuk mudahkan perbincangan.

"Dua tiga hari lagi, Malaysia Bebas akan beroperasi," katanya. "Tadi, dah bayar kos tapak."

Naik atas bilik dan sambung bualan. Blog Dr Lo' Lo, Khalid Samad serta isu-isu agama akan turut juga disumbat di dalam laman web tersebut, insya Allah. Pihak penaja akan dicari kemudian.

######################################################

9 Ramadhan / 30 Ogos (Ahad)
Saya dan Imran beratur. Kami berhasil merembat dua bubur lambuk. Berehat di rumah sambil-sambil dok layan Jejak Rasul dan Ar-Risaalah, mengingatkan aku kepada rumah di Pendang.

Selepas berbuka, kami ke rumah Pakcik Halim di Taman Berlian, Gombak. Imran hantar pokok Riang dan aku pula telah berjaya menyerahkan amanah abah (Safran, Zaafaran) kepada pakcik.

Pakcik dah down kepada PAS. Isunya banyak, antaranya Nik Aziz menolak Kerajaan Perpaduan dan hujah-hujah yang pernah aku dengar daripada lidah orang-orang Umno.

"Nik Aziz tolak kerajaan perpaduan kerana dulu PAS pernah dibuang," demikian aku bertahan.

Amazing Sand Drawing


Amazing Sand Drawing @ Yahoo! Video
(Sila klik gambar di atas. Ini iklan saja)

"Tapi itu dulu," kata pakcik. "Takkan tak boleh nilaikan balik." Antara isi butiran hujah lain.

1. Tekanan MCA ke atas Umno (BN) dan tekanan Dap ke atas Pas (PR) sama saja. Tapi, mestilah juga kita lihat daripada jumlah bilangan kerusinya. Kes di Perak, kerusi Dap banyak. Tapi, dalam BN sekarang, MCA dah lemah dan mula bergolak.
2. Zainuddin Maidin suka buat cerita, bodek ketika aku bertanyakan tulisannya yang mengkritik Ibnu Muslim (Yaacob Hussein).
3. Perbalahan antara Umno dan Pas mengundang rasa serba-salah dan dilema dalam kalangan Melayu. Jadi, orang macam pakcik dah tak tahu nak buat macam mana.
4. Dan lain-lain cerita yang tidak dapat kucatatkan lagi...

"Pakcik nak tanya Ali..abah sekarang macam mana, bila dia tengok peristiwa di Kedah, Perak dan Selangor?" tanya bekas pegawai pelajaran itu.

"Dia pun cakap, dia selesa baca al-Qur'an jaa," begitu daku menjawab, teringat sikap abah yang dingin terhadap perkembangan politik PR mutakhir ini.

PR mesti diselamatkan. Awat depa ni lemah sangat? Ya, Umno pun lemah juga. Tetapi PR adalah harapan baru Malaysia. Mereka Orde Baru (Orba) yang bakal menggantikan Orde Lama (Orla).

Currently have 4 comments:

  1. Anonymous says:

    We owe it to someone else's achievements in health and thus feel joy, depending on the success of others as if their achievements, and this is the Buddha mind. Always hold the interests of all sentient beings of the heart, we can not leave the joy forever.
    www.cosmifilm.com.tw
    www.cosmifilm.com.tw/index.htm
    www.cosmifilm.com.tw/pro1.htm
    www.cosmifilm.com.tw/product2.htm
    www.pandora-mall.com
    www.pandora-mall.com/default.asp
    www.pandora-mall.com/info/guide.asp
    www.pandora-mall.com/info/view.asp?id=1

  1. Anonymous says:

    We owe it to someone else's achievements in health and thus feel joy, depending on the success of others as if their achievements, and this is the Buddha mind. Always hold the interests of all sentient beings of the heart, we can not leave the joy forever.
    www.cosmifilm.com.tw
    www.cosmifilm.com.tw/index.htm
    www.cosmifilm.com.tw/pro1.htm
    www.cosmifilm.com.tw/product2.htm
    www.pandora-mall.com
    www.pandora-mall.com/default.asp
    www.pandora-mall.com/info/guide.asp
    www.pandora-mall.com/info/view.asp?id=1

  1. Anonymous says:

    порно фильм на онлайне с малолетками http://free-3x.com/ школьница фильм порно скачать free-3x.com/ секс молодая брюнетка онлайн [url=http://free-3x.com/]free-3x.com[/url]

  1. Anonymous says:

    bvnmjad qvm gptuu oral porn

    umhvw!

    sygek pirwno ham asian teen