Urusan pengiklanan, sms 014-3233287 @ mel-e ibnuamir@yahoo.com, subjek: Iklan Karya Fansuri
Latest News

4-8 Ramadhan/25-29 Ogos (Selasa-Sabtu)

Tuesday, August 25, 2009 , Posted by nota untuk Syiah at 12:54 AM

8 Ramadhan / 29 Ogos (Sabtu)
Dinihari
Beli nasi lemak Kg Baru, 20 bungkus bawa ke pejabat. Bos minta bawa. Aku tunjuk cek M'siakini kat bos. Rupanya dia nak tengok apakah bayaran di situ mengatasi Harakah.

Petang
Adik datang ke KL dari Sg. Petani. Ketika aku sedang menaip ini, dia terkunci antara pintu dan grill di rumah abag iparnya. Maka, aku terpaksa ke Cheras sekarang. Adios..nanti sambung insya Allah Ta'ala.

Tiba di Jalan Loke Yew, adik call, bahawa dia telah berjaya melepaskan diri. Ada orang menolong dia keluar. Saya patah balik ke Kg Baru, berhasil merembat dua bungkus bubur lambuk. Petang, barulah adikku tiba dan menceritakan hal semuanya.

Selepas buka puasa, tunggu Masyi di Masjid Jamek, lalu makan besar di Burger King, Gombak. Aku kaciwa sebab Malaysian Today tiada. Hantar Mashi balik ke Bukit Jalil dan kami bermalam ke Cheras, di rumah abang ipar adikku itu.

Aku bercadang mahu ke rumah pakcik Halim di Gombak dengan Imran. Dia pun kebetulan, nak hantar pokok Riang kat Abg Zamri, anak sulung pakcik Halim. Anak pokok Riang tu dari Perik, rumah pak mertua adikku.

Aku pula nak kena tunai amanah abah, perlu serahkan herba Za'faran (safran) kat pakcik Halim. Dah lama tak jumpa dia. Jadi, ada modal untuk bercakap juga dengan pakcik selain isu politik.

######################################################

7 Ramadhan / 28 Ogos (Jumaat)


Dinihari

Dah kirim list honorarium H Daily Julai. Bertemu bos di Rafiya dan aku sudah arif sikit kejadian sebenar ketika pihak HD 'mengamuk' lantaran tulisanku itu. Kemungkinan besarnya, ada juga peranan si dia itu, demikian kata bos.

Bos pelawa aku ke Sabah, teman dia beri bantuan kepada keluarga tahanan ISA. Aku on saja.

Petang
Pergi ke Malaysiakini, ambil cek. Dapat honorarium RM960.00. Syukur. Penantian akhirnya dah membuahkan hasil. Aku harap, bermodalkan cek ini, dapat aku wujudkan akaun syarikat Garap Maju Enterprise. Amin ya rabbal 'alamin.

Jumpa Amy dan Sean. Baru tahu Amy memegang falsafah komunis, Sean pula berpaut ke dahan Darwinisme dengan begitu kuat sekali. Ya, Darwin yang menyatakan insan itu daripada beruk.

"I tak percaya kewujudan Adam, Eve," katanya. Azlan itu Umno dan Fathi Aris itu Liberterian. Jadi, di M'siakini ini, mereka mungkin menerima kehadiran falsafah, pegangan, faham campuran, rojak aqidah, pasembor kepartian, dan murtabak agama.

Aku minta ditukar Malaysian Online kepada spkb.seacem.com. Dia setuju. Bab ni yang aku malu, ketika Amy mula bertanya, "SPKB tu apa?" Setelah aku merawikan panjang lebar, dia rasa ingin sertai kumpulan kami yang suka berdebat hal-hal sensitif ini.

"Bolehkah saya masuk perbincangan SPKB tu?" tanyanya beriya-iya. Aku mengangguk setuju. Mungkin formatnya akan ikut format Merdeka Center kot. Tengok keadaanlah. Aku minta Amy tolong masukkan hal-hal seperti jumlah pelawat, Hi-Stat, Google Analytics.

Kalau ini tak da, ia merosakkan 'mood' aku untuk godam, dan cari bahan-bahan untuk laman itu. Kalau tiap-tiap hari kemaskini pun, dan aku tak tahu berapa jumlah pelawat, takde makna juga.

Kita patutlah tahu mana isu yang ada 'rating' tinggi agar kita dapat dalamkan lagi galian terhadap isu-isu tersebut. Aku tertanya-tanya, counter di D Daily tu macam mana depa buat? Kalau ada counter macam tu pun kira oke jugak la. Aku pernah tanya ALO. Aduh! Dia pun tak tahu.

Sean kata, kalau nak buat web news, takut kami tidak boleh compete, tak boleh bersaing dengan orang lain. Apatah lagi, tenaga kami sangat sedikit, pengalaman terhad. Yang ada kemampuan menulis dan membuat laporan berita, spin isu, aku seorang saja. Ini tak boleh jadi.

"So, kena fikir satu benda yang orang lain belum buat," katanya sambil memberikan beberapa cadangan. Syor-syor itu sulit dan rahsia. Mana boleh bagitahu? He.. he..

Terlepas bubur lambuk
Pulang dari Bangsar, terlepas bubur lambuk. Waa..Jadi, aku balas dendam dengan beli murtabak (RM1.50), mee goreng (RM2) dan mee sup (RM3.50). Huh! Padan muka perut aku.. Errkk.. Dah beli makanan ni. Terlupa bahawa kaum ibu mungkin dah beli pizza untuk buka puasa di opis!

Alhamdulillah.. masuk hari ke-7 Ramadhan, baru aku rasa kenikmatan puasa, sesuatu yang aku harapkan akan tertimpa ke atasku seperti waktu-waktu dahulu. Melimpah keilmuan, kefahaman dengan sebab berbincang, menonton dokumentari tv, membaca buku dan bertadarus.

Nota kuliah SPKB Risalah, JR tidak teratur
Ini adalah fakta yang mungkin silap kerana aku mencatatnya dalam keadaan tak bersedia penuh terhadap dokumentari tv tadi.

Nabi Jeremiah lahir di Anaton. Dalam bahasa Arabnya, Al-Anaata. Dalam Bible namanya Anaton dan Anata kini dihuni penduduk Palestin. Sementara kawasan itu dikelilingi penduduk Israel.

Jeremiah dilantik sebagai nabi pada 626 S.M?? Nabi Jeremiah meramalkan kejatuhan kerajaan-kerajaan tertentu. Nabi Jeremiah menasihatkan Bani Israel agar tunduk kepada tentera Kaldea.

Bukit Kacang Kuda itu Tel El-Ful. Jadi, Tel Aviv maybe Bukit Aviv. Tel itu bukit. Kalau tak silap, ada istana Raja Jordan atas Tel-El-Ful. Tapi, tidak siap. Terbengkalai macam istana Mazwin, bini Sultan Brunei di Bukit Tunku tu kot? Kawasannya tinggi. Dan, ia tempat strategik untuk perang.

Mungkin, daku kena beli tanah di Palestin juga untuk rampas balik Israel dan pulangkan semula kepada pelarian Palestin. Simpan dulu cita-cita ni. Nanti, bila Imam Mahdi tiba, aku dah sedia!

Hud generasi kelima selepas Nuh. Ini fakta dari JR. Dewa Greek menjadi sembahan orang Arab dan begitu juga sebaliknya. Tapi, Dr Syed Muhammad Naquib al-Attas kata, orang Arab Jahiliah ni, walaupun tidak sembah berhala, tapi mereka tiada kisah-kisah dewata seperti dewa Greek.

Nabi Jeremiah satu-satunya nabi sebelum Isa a.s yang menggunakan kalimah Shalom. Boleh jadi ungkapan ini macam dua kalimah syahadat atau ucapan Salam (Assalamualaikum)?

Kita tinggalkan dulu pertanyaan ini untuk mendapatkan jawapan pada bila-bila masa kelak. Esok cerita Uzair atau Ezra. Ketika mengarang ini, aku mendengar Najib umumkan bahawa ada sejuta saham percuma kepada orang miskin di ibu kota. Dia berkata begitu di Masjid Al-Bukhary, KL.

Baguih Najib ni. Cukup prihatin ke atas orang-orang gembel semacam aku. Hidup Najib! He.. he..

Malam ni, kena siapkan ulasan buku pensyarah UKM. Itu tugasan yang bos beri semalam. Chow!

######################################################

6 Ramadhan /27 Ogos (Khamis)
Eli Stone, 26 Ogos, 2009 di Tv2 ada menyiarkan kisah saman ke atas seorang doktor. "Saya mahu penyelesaian secara Bible. Mata dengan mata, lidah dengan lidah, jantung dengan jantung."

Idea ini kusematkan dalam sebuah tulisanku di DD. Itu tulisanku yang pertama kepada Najib Razak sempena bulan Ramadhan ini. Sebelum itu, ada juga aku menulis kepada Najib Razak di DD.

Sejak pagi tadi, bos call. Apa sebabnya tiadalah aku ketahui. Petang ini, aku dapat bubur lambuk lagi. Juga, sahabatku Sahrunizam call. Melihatkan mesejnya di Warong Kopi, baru aku faham maksudnya. Oke cikgu, insya Allah jumpa di KL International Hotel.

Kaum ibu di Harakah call dan sms - mereka mahu aku buat kenduri pizza, sambil berbuka puasa di opis Harakah besok. Hujan petang melambatkan urusan terjemahanku. Tapi, mujurlah tak ada kilat. Boleh sambung pekerjaan terjemahan sampai khatam.

Khutbah JR dan Ar-Risalah
Petang ini, aku melayan JR dan Ar-Risalah. Kaum Edom ada pertalian dengan Bani Israel. Kaum Edom tidak beri laluan untuk Musa dan Bani Israel menuju ke Palestin. Peristiwa penghijrahan ini dikenali sebagai Exodus.

Ain Azirah? - mungkin penempatan Kaum Nabi Lut. Sodom dan Gemorah, yang letaknya tidak jauh dari Laut Mati.

Daripada Ar-Risalah, kisah mengenai Nabi Isaiah (740 S.M, dilahirkan semasa zaman Uziah?? Kerajaan selatan. 722 S.M kerajaan itu jatuh --- Rujuk al-Isra' ayat 5)

Nabi Isaiah mampu meramal, dia ramalkan Bani Israel bebas dari Babylon. Raja Cyrus The Great orang yang dijanjikan menyelamatkan Bani Israel. Ramalan ini ada dalam Bible, bab?? Fasal 40 - 55.

Nabi Isaih petah berpidato. Pool of Silom... Nabi Isaiah dihukum mati di bawah pemerintahan Raja Manasih?

12 orang nabi-nabi kecil?
Ada 12 orang nabi-nabi kecil. Ada seorang nabi lagi, Nabi Malakhi, Fasal 3 - Ada disebut ramalan mengenai sabut bidara, api menyala ... Nabi Malakhi meramalkan kedatangan Nabi Muhammad s.a.w. Esok, kisah Nabi Jeremiah pula.

Aku teringat seorang rakan Kristian dari Sabah. Kami kerap berdebat mengenai agama. Suatu hari dia berkata, "Berapa jarak, tempoh masa antara Nabi Isa dan Nabi Muhammad?"

"Barangkali, kira-kira 600 tahun," demikian aku menjawab. Aku berkata demikian kerana, aku pernah terbaca Rasulullah s.a.w dilahirkan pada 571 Masehi. Kira-kira 600 tahunlah selepas Nabi Isa dilahirkan.

"Tapi, Nabi Isa cakap, TIDAK LAMA LAGI, akan lahir nabi lagi," katanya penuh keraguan, "Dan, selepas Nabi Isa, masih ada lagi nabi-nabi yang lahir selepasnya."

Jadi, antara tempoh Nabi Isa a.s dan Nabi Muhammad s.a.w itu, memang ada beberapa orang nabi dalam kalangan Bani Israel. Maka, dia keliru, sebab jarak antara Isa dan Muhammad sangat lama; 600 tahun. Sedangkan Nabi Isa bersabda, TIDAK LAMA LAGI, AKAN TIBA NABI BARU.

Dan, ketika itu masih wujud nabi-nabi selepas Isa. So, yang mana satu nabi yang disebutkan Isa al-Masih itu?

Aku pula, ketika terkenangkan bualan lama itu, mula terfikirkan sesuatu. Adakah 12 orang nabi-nabi kecil itu adalah Jeremiah, Isaiah, Malakhi dan lain-lain itu? Oh Tuhan, sungguh kurangnya ilmu di dadaku ini. Siramilah ia dengan pengetahuan berguna.

Surat seorang teman baru dari Mesir
Assalamualaikum
Thursday, August 27, 2009 11:24 AM
From: "Noorazam Abdullah Azzam"
To: ibnuamir@yahoo.com

Assalamualaikum,

Saya Muhammad Noorazam Bin Bahador.
Pelajar tahun 4 di Universiti Al-Azhar Mesir.

Saya antara pembaca setia tulisan Tuan, dan saya ingin meminta koleksi@himpunan2 artikel tuan dari dulu hingga sekarang sebab ada beberapa tulisan Tuan yang saya terlepas dan tidak berkesempatan untuk membaca akibat kesibukan.

Dan rasanya lebih bagus sekiranya Tuan sendiri membuat buku koleksi tulisan -tulisan Tuan,suapaya boleh orang ramai memilikinya.

Akhir kata, Salam ukhuwwah buat Tuan,
dan saya harap Tuan akan terus menulis demi menegakkan Islam.

Saya ucapkan juga kepada Tuan dengan ungkapan Rasulullah S.A.W kepada sahabat Baginda Hassan Ibnu Thabit, Penyair yang membela Rasulullah S.A.W melalui syair beliau.

"Semoga Ruhul Qudus (Malaikat Jibril) bersama-sama dengan Engkau ketika dan sepanjang engkau bersyair mempertahankan Aku"

Yang mana makna kebersamaan Malaikat Jibril itu ialah Malaikat Jibril,dengan Izin Allah Taala akan terus-menerus memberikan ilham kepada sahabat Rasulullah tersebut dalam menghasilkan Syair-syairnya untuk mempertahankan Rasulullah.

Semoga Allah Taala akan terus memberikan Tuan kekuatan dan Ilham yang terus menerus untuk menghasilkan tulisan-tulisan yang baik untuk mempertahankan dan memperjuangkan Islam.

Salam Ukhuwwah. Terima Kasih untuk artikel-artikel yang bakal dikirimkan nanti kepada saya.

Assalamualaikum Warahmatullah.


Semoga doa pelajar ini makbul hendaknya di bulan Ramadhan ini. Terharu sungguh bila tengok apa pandangan orang terhadap kita. Padahal corak kehidupanku sungguh buruk sekali.

Aku suka siswa ini kerana dia guna nama Abdullah Azzam - mirip nama hero dalam filem Ketika Cinta Bertasbih.

Dokumentari TV1 ala JR. RTM buat pembaharuan?
Wah! Ketika mengarang ini, TV1, RTM buat pembaharuan dengan mengetengahkan dokumentari baru ala JR dan Ar-Risalah. Bagus nih!

Aku tahu kaum Aad adalah Arab Purba. Mereka Arab juga. Kita pun Melayu. Ada juga Melayu Purba - Cham. Dan, menurut seorang rakanku orang Cham, ada juga Cham Purba. Dalam ilusiku, terbayang wajah Cham Purba ini, mengalir padanya darah keturunan Nabi Nuh yang mahir membuat bantera itu.

Oke, saya tengok tv dulu.. Opss, bos call.. kena opis di Jalan Pahang Barat sekejap.. chow!

Semangat mengarang lumpuh
ALO call, ada banyak perkara - salah satunya, kolum aku di DD tak dapat nak dibuat. CZ sibuk. Ini menyebabkan motivasi aku nak mengarang lumpuh. Di HM keadaannya lain sikit.

Di HM tiada counter, tiada jumlah pelawat dan Hi-Stat untuk aku buat bancian dan aku tak tahu berapa ramaikah orang yang nak baca tulisan aku. Jadi minat dan semangatku lumpuh. Orang yang menulis ni ada keinginan untuk mempamerkan bahan fikirannya.

Jika menulis sekejap di DD, dah jatuh ke bawah, tak sempat orang nak baca dan buat ulasan. Jadi, apalah gunanya, apalah ertinya letih-letih mengarang?

Kalau aku tidak tahu berapa ramai jumlah pelawat, jumlah yang klik tulisan, apalah ertinya? Tiada Google Analytics, tiada Hi-Stat, maka tidak boleh aku nak bentangkan kajian mengenai kecenderungat minat pembaca terhadap sesuatu isu.

######################################################

5 Ramadhan / 26 Ogos (Rabu)
Bangun awal pagi bersahur dan lepas itu sunting sikit buku Pak J daripada tulisan bahasa Indonesia ke BM.

Petangnya, saya sempat ambil bubur lambuk. Rupanya Syahadah 4:30 p.m tu B.I. Edisi BM, 7:00 p.m selepas JR dan berlaga dengan Ar-Risalah.

Apa nak buat? Terpaksa buat pilihan. Ar-Risalah gali balik kisah-kisah yang aku belum tahu dan kali ini ia lebih merinci kepada kisah Isa bin Maryam. Ya, bagus. Ia menambahkan koleksi pengetahuan.

Sollatullah - Al Mizan


Semua kisah nabi yang tak disebut dalam al-Quran, mereka gali. Ini menambahkan lagi seri kelazatan dalam bulan puasa. Hujan petang ini lebat sungguh. Dan aku terlepas JR sebab takut kilat memancung gelombang di tv.

Dek kerana hujan, aku berterawih di rumah, rasa khusyuk juga. May be lepas ni kena banyak terawih di rumah juga. Ikut keadaan juga, kalau kerja banyak, kena terawih di rumah.

Aku temui beberapa doa diilhamkan kepadaku, yang mana aku sendiri takut menyebutnya kerana ia amat bernilai dan tinggi mutunya. Biarlah rahsia. Molek juga solat terawih di rumah supaya ada banyak masa mengarang dan terjemah.

Sambil buat kerja, ada filem Hollywood di TV2.; Lemony Snicket's: A Series Of Unfortunate Events. Aku tertarik bukan sebab ceritanya fantasi.

Lemony Snicket's A Series of Unfortunate Events Trailer


Tapi disebabkan penerangannya yang menyatakan bahawa kisah ini terkait dengan pertubuhan, masyarakat rahsia. Serta-merta dalam gedung fikirku tergambar wajah Freemason.

Di pintu rumah Jim Carrey ada simbol pertubuhan itu juga... Kalau tonton hingga akhir, simbol mata satu Dajal Freemason pun kerap wujud. Ish melalut dah. Oke! Terus kerja. Stop blogging!

######################################################

4 Ramadhan / 25 Ogos (Selasa)
Pak J call lagi, bertanyakan hal, terjemahan bahasa Indonesia ke Malaysia. Ketika ini, aku sedang menyiapkan transkrip.

Pabila Pak J cakap tentang terjemahan, aku teringatkan watak Fahri yang cari duit dengan buat terjemahan. Godek-godek semula kenangan lama (Ayat-Ayat Cinta) di YouTube lalu terlihat kelibat Ketika Cinta Bertasbih. Bilalah filem ni nak datang ke Malaysia?

Trailer Ketika Cinta Bertasbih


Lalu terganggu oleh sms Tn Hj A.N yang menyatakan bahawa, ulasan bukunya yang aku buat di H Daily hari itu akan dikemaskini untuk disiar di Harakah semula.

Apabila tv dah ada, kulihat Jejak Rasul pukul 5 petang dan Syahadah pukul 4:30 petang. Maka, sukar nak ambil bubur lambuk. Aku harus fikirkan kaedah lain.

Mak sms. Dah sampai SP jam 3 pagi, Imran ambil. 11 pagi baru balik Pendang. 12:30 p.m, ambil Ibah dan Hakim dari Gunung Keriang. Syukur, semuanya selamat tiba.

Seorang karyawan muda PTS nak jumpa untuk tanya hal dinar emas. Jumpa dia Jumaat ini. Rasanya, Ramadhan ini tak menarik. Ada hal lain yang mesti dicari agaknya. Oke stop blogging!

Petang - Malam
Alhamdulillah. Dapat bubur lambuk. Kubeli popiah RM1. Yes, berhasil juga akhirnya. Buat pertama kali, aku dapat menyaksikan JR. Tadi, tertinggal Syahadah. Dalam JR, ada dimuat kisah Nabi Nuh. Aku rasa bangsa Nabi Nuh ini yang turunkan kemahiran membuat kapal dan bahtera kepada orang Cam dan orang Melayu.

Bahtera - tentera - jentera - akhirannya sama, iaitu 'TERA'. Ak teringat Terracota di China. Kita sebut banjir sebagai Bah. Jadi, adakah BAH-TERA Nabi Nuh itu ada kaitan dengan banjir besar?

Kaum Nuh a.s berada di puncak Banjaran Ararat menurut Taurat. Al-Qur'n menjelaskan dengan lebih tepat, iaitu Bukit Judi yang letak di dalam jajaran Banjaran Ararat. Dalam ilusi, aku melihat mereka takut turun dari gunung itu kerana bimbang bah datang lagi.

[Ketika berterawih - ramai budak bising bermain. Orang-orang tua di situ marah. Rasanya kalau kita boleh reka permainan, boleh kita sogokkan mainan ala perang dan dakwah nabi. Kalau kita boleh reka kapal nabi Nuh dan apa-apa yang mirip kisah dengan al-Quran, maka perlahan-lahan mereka akan lekas terpaut hatinya dengan al-Quran.]

Akibatnya, mereka membina kerajaan di puncak gunung. Sampailah akhirnya mereka berani ke lembah. Jadi, kebanyakan manusia itu berasal dari tempat tinggi. Dalam kepercayaan Melayu disebutkan bahawa kita datang dari Bukit Siguntang, tempat tinggi juga.

Dalam kepercayaan kuno, ada dewa-dewa datang dari kayangan, tempat tinggi seperti di langit, puncak gunung. Yahudi juga kerap merujuk Bukit Zion sebagai tempat Tuhan mereka. Akhirnya, mereka ini digelar ZIONIS. Dalam kepercayaa Yunani kuno dan Greek, ibu Alexander the Great, Dewa Hercules dan bapanya Zeus bersemayam di Gunung Olympus.

Setelah tamat zaman manusia berkerajaan di gunung dan bukit. Mereka mula turun bertani ke bawah. Aku melihat Ar-Risalah tadi. Ada disebut orang Nabatean. Aku teringat kalimat nabat - tumbuh-tumbuhan dalam bahasa Arab.

Walaupun, bangsa Arab belum wujud pada ketika ini, namun ada kemungkinan istilah ini asalnya milik kaum yang terawal dan diwarisi kepada orang Arab. Mungkinkah Nabatean itu petani?

Lampu bilik rosak, mengarang dalam gelap!
Ketika habis terawih aku menulis dalam gelap. Bila masuk bilik lampu tak menyala. Terpaksalah aku mengarang dalam gelap. Hai, tak habis-habis diruntun masalah. Sudah habis masalah motor dan tv, kini ada masalah lampu bilik yang gagal berfungsi. Oke, ini soalan drama Impian Fansuri.

Apa yang mesti aku buat sekarang? Beli lampu baru, atau nak periksa dulu? Oke, stop blogging!

Dah menyala dah lampu!
Alhamdulillah, bila buat sekali lagi. Lampu dah menyala terang bila aku cuba tadi. Lebih kurang, sejam lebih mengarang dalam gelap. Seksanya. Baru aku sedar kenapa Iman dan Islam dianggap sebagai suatu nikmat. Manusia dalam kegelapan, tiba-tiba dikirim cahaya.

Orang tengah lapar, tetiba diberikan makanan. Orang tengah dahaga dan haus, tiba-tiba diberi minum. Tadi, minum, makan dan mengunyah dalam gelap. Seksanya Tuhan...

Patutlah hamba abdi yang terkepung dalam sistem zalim seperti Bilal bin Rabah sanggup berani mati ketika tubuhnya dihempap batu. Dia tau dan sedar bahawa, insan bernama Muhammad itu adalah orang yang dia ingin bernaung di bawahnya selama ini.

Muhammad adalah pembebas dan sesiapa yang bernaung di bawah kekuasaannya pasti selamat, seperti cahaya yang menerangi setelah mereka menderita kegelapan berpanjangan. Hai... Hatiku ini baru sekejap sahaja didera bergelap selama sejam. Itu pun dah mengeluh!

Kepada Rasulullah, semoga kita dapat bersua kelak!

Al-Mizan - Junjungan Mulia

Currently have 16 comments:

  1. Bani Saad says:

    nak tanya...kitab2 kuning melayu semuanya bicara pasal fekah2 sj ka?atau ada kitab mcm ilmu sosiologi, ilmu hisab, falsafah dsb?

  1. w'salam ya suhaib,

    abg ali rasa ada yang sentuh ilmu matematik. Dulu, ada rencana dalam tulisan Ust Wan Saghir, katanya ulamak Patani dulu sampai pernah cipta satu tulisan Melayu untuk mengelakkan penjajah faham bahasa kita sendiri.

    Jika benar, mereka juga sudah ada pengetahuan mengenai bahasa.

    kena check balik juga PENGKAJI iaitu persatuan yang dok kumpul khazanah manuskrip Melayu. Mungkin di sana ada jawapannya.

    Cuba hubungi Atma, UKM juga. Di sana telah ada ratusan prasasti, batu bersurat dari Kerajaan Melayu Champa yang memperihalkan hubungan alam pelayaran, arah mata angin dan lain-lain ilmu.

    Hal itu berlaku sebelum Islam tiba dan tulisan di dalam batu bersurat itu ada tulisan pali & kawi, iaitu sejenis tulisan Melayu terawal.

    Bermaksud, dah ada pengetahuan ttg alam, dan ada angka lengkap dengan simbol matematik yang tersendiri.

    Jangan terkejut jika sistem nombor yang kita guna hari ini - 1, 2, 3 dan seterusnya berasal dr belahan dunia Timur dan bukan dari Barat.

    Nak tau lebih lanjut, jom pekena teh tarik, burger king, (tapi bukan bulan posa, melainkan malam saja, kalau terikat dgn terawih, maka lepas rayalah kot) :)

    Salam Ramadhan buat semua ...

  1. Anonymous says:

    Love Without Borders, in response to Taiwan's 88 flood, please go to my site ~ Thank you for blessing the whole world!

    雲林山區立委補選國民黨提名參選人張艮輝,98/8/23於斗南成立服務處。當天誠心為88災民祈福,祈願蒼天福澤災民,能快速重建家園。

    雲林立委候選人張艮輝於會場上表達一貫堅持的參選理念,「一份理想、2 個希望、 3大改變」,並藉盛會為台灣祈福,場上的台灣加油地圖由地方代表等數十人點燃230支蠟燭,代表為台灣加油並點亮台灣因受88水災所面臨的黑暗期,在點燃蠟燭的同時,張艮輝也宣讀為台灣祈福文表示願為台灣這塊土地承受所有苦難。

    雲林國民黨雲林立委張艮輝>>>參考網站

  1. Anonymous says:

    Love Without Borders, in response to Taiwan's 88 flood, please go to my site ~ Thank you for blessing the whole world!

    雲林山區立委補選國民黨提名參選人張艮輝,98/8/23於斗南成立服務處。當天誠心為88災民祈福,祈願蒼天福澤災民,能快速重建家園。

    雲林立委候選人張艮輝於會場上表達一貫堅持的參選理念,「一份理想、2 個希望、 3大改變」,並藉盛會為台灣祈福,場上的台灣加油地圖由地方代表等數十人點燃230支蠟燭,代表為台灣加油並點亮台灣因受88水災所面臨的黑暗期,在點燃蠟燭的同時,張艮輝也宣讀為台灣祈福文表示願為台灣這塊土地承受所有苦難。

    雲林國民黨雲林立委張艮輝>>>參考網站

  1. Anonymous says:

    I wish you health and happiness every day!
    Ich wünsche Ihnen Glück und Gesundheit jeden Tag!
    Je vous souhaite santé et bonheur chaque jour!

    整形
    婦產科
    張艮輝
    法拍屋
    瑜珈
    服飾
    隔熱紙
    清潔
    雲林

  1. Anonymous says:

    I wish you health and happiness every day!
    Ich wünsche Ihnen Glück und Gesundheit jeden Tag!
    Je vous souhaite santé et bonheur chaque jour!

    整形
    婦產科
    張艮輝
    法拍屋
    瑜珈
    服飾
    隔熱紙
    清潔
    雲林

  1. Anonymous says:

    Recommend some of Taiwan's high-quality sites so that you do reference and to share ~ and we wish everyone peace and happiness!

    Insulation paper:隔熱紙,health foods:保健食品,Baby Cakes:彌月蛋糕
    Kaohsiung County Tourism:高雄縣旅遊,>Kaohsiung yoga:高雄瑜珈,Shiba Inu:柴犬
    Kenting Tourism:墾丁旅遊,cleaning companies清潔公司,cheese cake:乳酪蛋糕
    Clothing wholesale:服飾批發,Vietnamese brides:越南新娘,brides from mainland China:大陸新娘
    Shaping:整形,MOTEL:MOTEL,Japanese clothing:日系服飾
    Jelly silicone:果凍矽膠,brides from mainland China:外籍新娘,Kaohsiung Tourism:高雄旅遊
    Cake:蛋糕,yoga classes:瑜珈教室,Torque Wrench:扭力板手
    Internet marketing:網路行銷,website ranking:網站排名,seo:seo

  1. Anonymous says:

    Recommend some of Taiwan's high-quality sites so that you do reference and to share ~ and we wish everyone peace and happiness!

    Insulation paper:隔熱紙,health foods:保健食品,Baby Cakes:彌月蛋糕
    Kaohsiung County Tourism:高雄縣旅遊,>Kaohsiung yoga:高雄瑜珈,Shiba Inu:柴犬
    Kenting Tourism:墾丁旅遊,cleaning companies清潔公司,cheese cake:乳酪蛋糕
    Clothing wholesale:服飾批發,Vietnamese brides:越南新娘,brides from mainland China:大陸新娘
    Shaping:整形,MOTEL:MOTEL,Japanese clothing:日系服飾
    Jelly silicone:果凍矽膠,brides from mainland China:外籍新娘,Kaohsiung Tourism:高雄旅遊
    Cake:蛋糕,yoga classes:瑜珈教室,Torque Wrench:扭力板手
    Internet marketing:網路行銷,website ranking:網站排名,seo:seo

  1. Bani Saad says:

    Tq. nnti kita ketemu insyaallah

  1. Anonymous says:

    Types of chocolate:
    Commercially available chocolate and chocolate can be divided into thermostat thermostat-free chocolate, the so-called free thermostat chocolate, is chocolate containing cocoa butter composition of the separation, and then replace the cocoa butter to vegetable oils, due to low prices, easy and in the is not easy to melt under high ambient temperature have been widely used in commercial purposes, the French chocolate Technology Normal University are reluctant to use the thermostat-free chocolate.

    Dalai Lama's public trip from August 31 to September 2. Dalai Lama plans on the 30th night entry from Taoyuan International Airport, 31 Chinese and foreign journalists will be held the morning, afternoon, and visits prospecting disaster victims, on the 1st of the trip was a public speech and the victims of the village, a modern place in Kaohsiung City Comprehensive Stadium, 2 No. Han God Dome Banquet Hall with Cardinal Paul Shan Kuo-hsi of the talk.

  1. kat mana tempat best melepak-lepak di Putrajaya?

  1. Anonymous says:

    Confidence, perseverance, courage, all three in place, then the world is not impossible to do things.
    http://www.104woo.com.tw
    www.104woo.com.tw/index.htm
    www.kinghouse.cc
    www.kinghouse.cc/house.php

  1. Anonymous says:

    On the ground planted vegetables, it is unlikely that long grass; the hearts of the good, it is unlikely that health evil.

    www.gayoyoga.com.tw
    www.gayoyoga.com.tw/teacher.html
    www.gayoyoga.com.tw/time.html
    www.sunny-yoga.net
    www.sunny-yoga.net/news/news001.php?userid=6&page=1
    www.sunny-yoga.net/aboutus/aboutus.php

    Sur le terrain planté de légumes, il est peu probable que l'herbe longue, le cœur du bien, il est peu probable que le mal de la santé.

    Auf dem Boden gepflanzt Gemüse, ist es unwahrscheinlich, dass die hohen Gras, die Herzen der gut ist, ist es unwahrscheinlich, dass die Gesundheit das Böse.

  1. Anonymous says:

    On the ground planted vegetables, it is unlikely that long grass; the hearts of the good, it is unlikely that health evil.

    www.gayoyoga.com.tw
    www.gayoyoga.com.tw/teacher.html
    www.gayoyoga.com.tw/time.html
    www.sunny-yoga.net
    www.sunny-yoga.net/news/news001.php?userid=6&page=1
    www.sunny-yoga.net/aboutus/aboutus.php

    Sur le terrain planté de légumes, il est peu probable que l'herbe longue, le cœur du bien, il est peu probable que le mal de la santé.

    Auf dem Boden gepflanzt Gemüse, ist es unwahrscheinlich, dass die hohen Gras, die Herzen der gut ist, ist es unwahrscheinlich, dass die Gesundheit das Böse.

  1. Anonymous says:

    ............♥
    ...........****
    ..........******
    .........********
    ........**********
    ......*************
    .....*****HAPPY***
    ....*****************
    ...*******************
    ..*********************
    ...........****
    ...........****
    ...........****
    Day, doing nothing is the life of the consumers; positive pay, is the creator of life. Nothing to do, that is, had an empty life; If people continue to pay the interest, that is, good life.
    www.hoard.com.tw
    www.hoard.com.tw/default.php
    www.hoard.com.tw/product_08.html
    www.hoard.com.tw/about_us2.html
    www.hoard.com.tw/chocolate.htm
    www.ta89.com
    www.ta89.com/about
    www.ta89.com/index.htm
    www.ta-520.com

  1. Anonymous says:

    ............♥
    ...........****
    ..........******
    .........********
    ........**********
    ......*************
    .....*****HAPPY***
    ....*****************
    ...*******************
    ..*********************
    ...........****
    ...........****
    ...........****
    Day, doing nothing is the life of the consumers; positive pay, is the creator of life. Nothing to do, that is, had an empty life; If people continue to pay the interest, that is, good life.
    www.hoard.com.tw
    www.hoard.com.tw/default.php
    www.hoard.com.tw/product_08.html
    www.hoard.com.tw/about_us2.html
    www.hoard.com.tw/chocolate.htm
    www.ta89.com
    www.ta89.com/about
    www.ta89.com/index.htm
    www.ta-520.com