Urusan pengiklanan, sms 014-3233287 @ mel-e ibnuamir@yahoo.com, subjek: Iklan Karya Fansuri
Latest News

3 Ramadhan / 24 Ogos (Isnin)

Sunday, August 23, 2009 , Posted by nota untuk Syiah at 11:54 PM

Mashi sms, "Abah n mak ada d umah masyi. Nanti abg long makan di umah masyi nak dak?"

Aku belum buat apa-apa keputusan. Aik! Mak dan abah tak bagi tau pun yang depa nak mai KL. Hari ni kena azam betul-betul, nak kurangkan masa menulis blog.

Yong sms - "TVUNDI Beli Baru..". Alasan - TV awak tu dah lama, jika perbaiki, mungkin rosak balik, tinggi, so beli baru tak paah pk-pk. tv lama baiki kemudian jika perlu.

Hmm.. baik juga. Tapi, semalam dia yang syor perbaiki dulu. He.. he.. buat yang lain, undian masih dibuka. Taip TVUNDI BELI BARU LA SYEIKH / PERBAIKI JE YANG LAMA Alasannya begini ya syeikh ...

Sajak Pertemuan Mahasiswa, 1977


Aku mungkin kena fikirkan semula agar tafsir karanganku tidak terlalu kerap kelihatan. Kelak, menumbuhkan pelbagai tafsiran, mengundang lebih banyak pertanyaan di pihak pentadbiran daily. Mungkin cukup dengan cuma tadarus dan perlahan-lahan, tafsir itu boleh disempurnakan sehingga selepas hari raya aidil fitri.

Man Motor dah call, cuma aku tak sedia nak ambil motor lagi. Nanti aku fikir kemudian... I'Allah.

Petang ke Malam
Selepas ambil bubur lambuk, aku beli ayam percik. Survey TV di Chow Kitt dan seorang pelawat blog ini; N tetiba sms, "Baik beli tv yang baru." Dah ada dua undi tentang hal ini.

Lepas survey harga tv, aku jalan di stesen star Bandaraya. Sampai di Stesen Star Bukit Jalil, lalu kami berbuka di rumah sewa adik. Abah dan mak beli lauk di stadium Bukit Jalil.

Hala nak balik, abah bagi kad touch n go untuk mudahkan aku naik LRT. Balik ke Kg Baru, dapat panggilan daripada Man. Dapat motor, kena RM245, habis wang simpanan di Merdeka Center :(

Sempat beli tiket bas di Puduraya. Aku dijadualkan balik ke Pendang pada 15 September ini, 11 pagi di Jalan Duta, insya Allah. Tiba di rumah, daku berterawih dan terjelepok keletihan.

Bos call, menyatakan ada amuk di daily dan selepas ini aku sulit nak mengarang lagi di sana. Hai.. nasib badan. Bila aku bercerita hal ini kepada beberapa orang, ada beberapa jenis respon.

1. "Buka saja web baru" - mereka nak ambil ruang buat duit, kalau-kalau iklan masuk. Hal begini amat sukar menjadi kalau kita sorang saja yang menulis. Kita tak dapat nak menulis setiap hari.

2. "Tak pa, try tulis tempat lain atau tulis je kat majalah lain." - Percakapan seperti ini, kalau tak cakap pun tak pa, sebabnya, kot mana pun, saya memang akan menulis di tempat lain.

Kalau menulis dan HEP larang dengan menggunakan Auku, akan ada yang berkata dengan cara yang sama. Kebanyakan fikiran orang kita dah mudah menyerah kalah.

Mereka boleh cakap tentang dua perkara di atas. Tapi yang aku nak dengar, bukan ayat-ayat tu. Yang aku nak dengar, semangat orang untuk lawan penindasan. Dalam 1,000, sangat sulit mahu cari seorang yang boleh bercakap dengan nada melawan, dengan mengeluarkan perkataan ini..

3. "Takpa-kita kena ikhtiar macam mana nak bagi pengajaran dekat orang-orang ni" - perkataan macam ini aku belum pernah dengar. Aku nak declare, cuma aku seorang saja yang berani cakap macam ni. Oke, fine, aku menulis juga kat tempat lain. Oke, fine, aku boleh juga buka web lain.

Tapi, dalam masa yang sama, aku tak akan boleh duduk diam berputih mata. Akal mesti cergas, menyusun pelan tindakan. Kalau aku tak serang, bukan bererti aku takut, tapi, ada banyak kerja lain yang menyebabkan serangan untuk mendapatkan hak itu terhenti.

Kata Rendra dalam suatu slot, tiada pengusiran secara paksa. Aku berkata, tiada sekatan dalam berfikir, menulis dan mengarang. Boleh ja aku berpegang dengan cakap-cakap di atas, tapi untuk apa? Aku BERMAKSUD BAIK, dan aku jelas - MAKSUD BAIK aku memihak kepada yang siapa.

MAKSUD BAIK aku, bak kata Rendra - memihak kepada golongan tertindas macam aku sendiri!

Aku terkenang seorang pemuda askar yang ibunya terlantar, dikuarantin di Hospital Sultanah Bahiyah tadi, ketika menghantar mak, abah dan Anah di Puduraya.

Dia mahu teman berbicara tentang masalahnya. Dia rasa serba-salah, sejak Maghrib tadi, dia tak angkat hp. Kemudian, baru dia tahu, ibunya dah terlantar di hospital, kena kuarantin.

"Kena H1N1 ke?" aku menduga. Dia geleng kepala, "Entah apa sakitnya saya tak tahu." Dia ini orang Pantai Timur dan dia cuma berharap, ada tiket bas dijual di Puduraya.

"Sejak tadi, saya rasa pening kepala dan lain macam je badan. Memang dulu pun macam tu juga kalau-kalau ada ahli keluarga saya yang sakit berat," katanya lagi. Aku tekun mendengar.

Orang-orang seperti inilah yang perlu dibela. Marwan, rakanku sejak kecil, mati akibat leukimia dan dia akhirnya menghembuskan nafasnya yang terakhir lantaran keluarganya tak mampu nak tanggung kos rawatan hospital yang tinggi melambung.

Ketika negara kita dilanda H1N1, selepas itu kita dapat melihat topeng-topeng berselerakan atas alan raya. Ini fenomena baru yang kita baru nampak. Orang buang topeng merata-rata.

Selesema babi. Jika selesema burung, ayam kita habis dibunuh, tapi kalau babi, orang dok diam saja. Hal ini sedikit sebanyak, samalah keadaannya dengan kes melawan orang-orang atasan.

Ada yang mengambil sikap tak apa la tulis dekat tempat lain. Dan orang yang berkuasa itu, yang tindas kita itu, tak perlu kita buat apa-apa. Wabak budaya takut, 'biarkanlah saja apa yang orang atas nak buat apa saja', 'kita carilah kerja lain' ini - bilakah kita dapat bendung penularannya?

TV dah oke semula!
Aku beritahu bos, bahawa esok mungkin dapat jumpa dan berbincang mengenai hal yang baru berlaku. Aku baru berterawih sendirian sejurus tiba di rumah. Letih juga mahu pergi opis malam ini. Tiba-tiba, mataku terpandangan punat merah.

Oh ya! Alhamdulillah. TV ku sudah beroperasi semula. Syukurlah, nikmat Ramadhan, menonton Jejak Rasul, Syahadah, As-Salaam USA dan lain-lain movie lagha dapatlah kunikmati semula.

Dah masuk hari ketiga, barulah boleh bergumbira balik walaupun sedikit sebanyak, ada tekanan yang menyucuk-nyucuk di dada. Tuhan, berikan aku kekuatan untuk meneruskan kehidupan.

Kepada rakan-rakan yang sudi sms, mengundi, saya mengucapkan ribuan terima kasih. Kalian la antara penyumbang ke arah kekuatan rohaniku di sini.

Currently have 0 comments: