Urusan pengiklanan, sms 014-3233287 @ mel-e ibnuamir@yahoo.com, subjek: Iklan Karya Fansuri
Latest News

2 Ramadhan / 23 Ogos (Ahad)

Sunday, August 23, 2009 , Posted by nota untuk Syiah at 3:39 AM

Sempat hantar dua bahan dua daily. Alhamdulillah. Keluar ke masjid untuk ambil bubur lambuk. Tapi, rezekiku tiada hari ini.

Sebelum keluar, aku melihat ada surat KBI (Koperasi Belia Islam) yang disertakan sebuah buku perundangan kecil. Bulan ini, dan bulan lalu tak sempat nak carum. Duit kering. Ada cek, tapi tak sempat lagi nak bank-in. Banyak sungguh aku tangguhkan urusan peribadi kerana penulisan.

Malam ini selepas terawih, dan bertaubat lebih kurang, aku fikir kena bank-in cek di Bank Islam yang berhampiran di Jalan Yap Ah Shak, sambil berdakwah dan tarbiyah kepada amoi-amoi dan GRO-GRO Melayu di situ. Dapatlah pahala banyak sikit, he.. he..

Mungkin di sana aku boleh bertadarus, dan tasykil dan membayan mereka. Tetapi kalau dah jadi pelik sangat, baik aku blah. Aku berMAKSUD BAIK sebenarnya. Aku tertarik dengan pengertian MAKSUD BAIK yang dibangkitkan oleh idolaku - W. S. Rendra.

Rendra-UI, 1977


Aku jelas, MAKSUD BAIK aku memihak kepada orang-orang yang masih jauh dari masjid. Ustaz dan agamawan mahu berdakwah dan berkhutbah di masjid, ah, biarkan mereka di sana.

Tetapi, yang sebenarnya, pengertian Rendra ini ditujukan langsung kepada pemerintah. Hanya aku yang cuba kemudikan makna pengertian MAKSUD BAIK ini kepada hal yang serong bukan dimaksudkan oleh Rendra. Sajalah nak menguji kesabaran ustaz-ustaz ni, sat, he.. he..

Aku gagal mendapatkan bubur lambuk. Waaa..isk, isk, isk..Man Motor call dan akhirnya aku tiba di rumah untuk selesaikan masalah motor.

"Pukul 9 atau 10 saya datang balik," katanya. Lepas serah kunci motor, aku ke Mydin, survey harga tv. Paling murah RM189. Tapi MPB call, memberi nasihat supaya diperbaiki saja tv lama.

"Mungkin kalau perbaiki, RM50 saja kot?" katanya. Ada masuk akal juga. Mungkin lepas motor siap, dapatlah aku usung tv lama ini untuk diperbaiki. Inilah harta yang aku beli dengan gaji aku yang pertama sejak aku bekerja di Siasah sejak 2005.

Kisah aku, tv lama dan Lan
Saat itu aku menumpang di rumah Lan, rakan lamaku di Maktab Mahmud. Dulu, dia pensyarah UM. Dia siap warning aku - "Hang kalau nak menumpang di sini, jangan bantai HEP UM."

Lan kini menyambung PhD di Leeds, UK. TV lama yang rosak ini adalah tv Lan yang dia dah tak guna dah. Bila aku menulis ini, aku baru teringat jasa tv ni. Aku buat keputusan tak mahu jual. Ni kenangan lama bib! Nostalgia woo.. Lan jual tv tu kat aku dengan harga RM150 kalau tak silap.

Sekarang, aku ada dua pilihan - sama ada mahu beli tv yang baru atau perbaiki saja tv yang lama ini. Ish, macam cerita Impian Ilyana pulak. Tapi, kalau nak bagi jadi macam Impian Ilyana, boleh juga kalian kirimkan pandangan sms ke talian 014-3233287. He.. he..

Maka, bersabdalah Fansuri seperti bait-bait kalimah terakhir yang dicuplik dari puisi Rendra di atas itu - "Dan... di bawah matahari Ramadhan ini, ana bertanya pula kepada enta ya syeikh, MAKSUD BAIK enta untuk selesaikan masalah tv ana rosak ini, memihak kepada keputusan ana yang mana satu?"

Keputusan untuk beli tv yang baru atau perbaiki saja tv ana yang lama? Sms to 014-3233287.

Aduhai Tuhan, mungkin dengan masalah motor dan tv rosak ini, cek yang aku akan bank-in ini masih belum dapat membeli emas dinar yang baru, tapi mungkin dapat menebus dua dinar emas yang masih ada di Ar-Rahnu. Insya Allah, amin ya Rabbal 'Alamin...

Oke, ana mahu naik jet ke Arab Saudi. Malam nanti Raja Saud jemput ana jadi imam terawih kat Tanah Haram. Ana mahu kurangkan berblog lama-lama, tapi janji ini seperti gagal ana tunaikan.

Waktu berbuka puasa hampir tiba... ma'as salamah ...

Malam
Berhasil khatam terawih dengan witir sampai tamat. Rupa-rupanya, ada qunut panjang. Aku tak tahu adakah itu Qunut Nazilah atau pun tidak.

Menurut Pak Su Hamid dari Bukit Tembaga, dalam doa qunut itu ada doa yang baik diamalkan sehingga Pak Su dapat mencapai tahap kerohaniannya selama ini.

Bacalah "wa tawallani fi man tawallait." berulang-ulangkali. Aku tak nak cerita apa fadhilatnya. Berdoalah dan amalkanlah.

Selesai terawih, aku dapat rasakan kenikmatan baru. Pergi bank-in cek ke Bank Islam pun rasa tak best je ke tempat berfoya-foya dulu. Rasanya kena teruskan latihan kerohanian ini.

Dalam perjalanan pulang, aku makan Roti John dan Man Motor call. Dia kata nak hantar motor tu besok. Hai melepas lagi duit aku! Tak boleh nak save duit langsung mutakhir ini.

Currently have 1 comments:

  1. Anonymous says:

    Taiwan's flooding caused by the disaster, let us love to play together to help those in need of help, and now you need to do is click on any one keyword for each link will be sponsored by the NT one dollar, let us work together to create world peace ~ thank you!

    台灣這次受到洪水侵襲造成巨大災難,讓我們發揮愛心一起幫助這些需要幫助的人,現在你只要每點擊任何一個關鍵字連結,將會得到新台幣一元的贊助,讓我們一起共同創造世界和平~感謝您!

    旅遊 法拍屋 服飾
    婦產科 大陸外籍新娘 新娘
    納豆保健食品 瑜珈教室
    彌月蛋糕 汽車旅館MOTEL 台中住宿
    清潔公司 法拍屋 看護
    隔熱紙 seo 網路行銷
    整形外科 看護 整形
    室內設計 系統傢俱 網頁設計
    柴犬 哈士奇 網頁設計
    防爆工具 瑜珈 機票