Urusan pengiklanan, sms 014-3233287 @ mel-e ibnuamir@yahoo.com, subjek: Iklan Karya Fansuri
Latest News

1 Ramadhan / 22 Ogos (Sabtu)

Saturday, August 22, 2009 , Posted by nota untuk Syiah at 3:17 AM

Dinihari
Di opis, daku lihat tulisanku di Harakah tersiar-isu pengkhianatan Melayu. ALO mintak aku tulis sikit berita mengenai Ilham Centre.

Ia mengenai ramalan mereka bahawa Pas diramal akan menang di Permatang Pasir. Mungkinkah dalam bulan Ramadhan ini, daku dapat memanfaatkan kesibukan mereka untuk memuatkan lebih banyak tulisanku?

Daku sempat mengarang Tafsir al-Fansuri di Jln Pahang Barat. Di rumah, aku fikir nak sambung semula penulisan yang tergendala itu. Balik ke Jalan Raja Alang, ALO hantar setelah motor daku rosak adanya. Ketika itu, hampir jam 5:00 pagi.

Aku beli roti pandan di 7-11. Ketika hampir sahur kaksu sms dari Nottingham, UK. Berbalas sms seketika. Kemudian, daku menyambung karangan semula selepas Subuh.

Tengah hari & petang
Tadarus. Buat sikit catitan, kalau sempat dimasukkan dalam Tafsir al-Fansuri. Selesai Juzuk 1. Jam 4 petang aku stand-by, bersiap-siap nak ambil bubur lambuk. Tengah beratur, aku tadarus, tapi rasa tidak tenteram. Kaedah ini tak sesuai untuk dicuba pada keesokan harinya.

Kali ini, tempat mereka letak meja bubur lambuk, panjang sungguh, tak seperti biasa. Lambakan bubur lambuk berbaris di atas jalan tar, berhampiran Masjid Kg Baru. Hmm.. kalau rakam hal ini dalam cerpen pun oke jugaks kotz?

Dr Ali sms, katanya novel, Panggil Aku Melaju, tulisan Rahmat Haroun Hashim itu ada kaitan dengan seorang pensyarah. Namanya dirahsiakan. Apakah ada isu kontroversi? Hal itu aku akan cuba siasat kemudian, insya Allah.

Berbalas sms dengan Don F berhubung isu surat misteri Beng Hock, juga Siti Nurhaliza jual air di gerai Suria FM. Tapi, bila aku pergi, tiada kelibatnya pun.

"Belilah air bang," seorang DJ menegur, "RM2.50 jer. Siap dapat majalah lagi."

Aku jalan-jalan di Bazaar Ramadhan, sambil cuci-cuci mata membuat dosa. Tak pa, sambil solat terawih sat gi, aku bertaubat la balik. He he he.. Sapa suruh depa pakai yang bukan-bukan?

Ada orang mengaut keuntungan daripada jualan 'mask'. Aku ingatkan free. Bila aku minta topeng tu, maka lelaki itu berkata, "Satu 80 sen."

Aku berlalu pergi dengan penuh rasa malu. Cis! Penyakit orang-ramai sudah boleh dibikin niaga. Orang tu berketayap pulak tu. Jikalau kerajaan boleh bagi kondom dan jarum suntikan percuma, takkan kerajaan tak boleh beri topeng muka percuma?

Antara lain fenomena yang biasa aku lihat untuk hari ini - Bernama TV, budak-budaknya masih hingusan, mungkin editor lepaskan mereka untuk buat kerja-kerja begini. Wartawan senior akan mengunjungi sidang-sidang media kalangan menteri.

Aku balik ke rumah dengan penuh rasa tak best yang bersarang di dada sebab tv tak boleh buka. Jangan-jangan rosak tak? Aku dah ketagih banget nak tengok Jejak Rasul, As-Salam USA sambil menunggu waktu berbuka puasa.

Mujurlah ada tv kecil, yang abah beli masa dia bekerja sementara di Taman Ria, Sg Petani dulu. Aku sempat buka TV3, tapi hanya dengar suara. Tak dapat tengok siaran visual. Yang ada hanya suara sahaja. Tak apa la, janji ada. Ketika mengarang ini, aku tengah dengar As-Salam USA yang diacarakan oleh Hajjah Norzie Pak Wan Cheek.

"Motor dah oke?" kata Man Motor, seorang kenalanku yang baru. Dia buka bengkel motor, area Keramat. Dulu, dia di Kampung Baru. Dia berjanji, selepas berbuka puasa, dia akan tiba di rumah aku di sini. Esok, aku fikir tv ni aku perlu hantar ke kedai.

Atau, syeikh rasa ana nak kena beli sebuah televisyen yang barukah?

Rendra-UI, 1977


Malam
Sambil menunggu Man Motor, aku mengarang puisi selepas berbuka. Entah bila agaknya dia nak datang. Aku tunggu punya tunggu punya tunggu, bulan tak timbul-timbul.

Motorku yang demam ni entah bila nak siap. Aku terlena dalam proses penantian dan terawihku tercampak ke dalam gaung igauan mimpi. Aduh! Ruginya malam Ramadhanku yang malam ini.

TV pulak rosak. Tv kecik pun tak ada gambar kecuali audio sahaja. Teman-teman, bermula esok aku fikir mahu mengurangkan catatan di blog. Kerana, aku butuh waktu banyak untuk beribadat dan bertaubat. Petangnya mencuci mata membuat dosa, melihat aweks-aweks cun berpesta dan bersidai di kaki lima, dan malamnya aku mahu berterawih dan bertadarus.

Kalau update blog, cuma seringkas mungkin saja. Baik, aku mahu bingkas ke kamar mandi, mau wuduk dan menyucikan diri mengadap Ilahi, menagih keampunannya. Salam Ramadhan ...

Currently have 0 comments: